SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Sekapur Sirih
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan kekuatan yang
diberikanNya dapat juga kerja kursus ini dilaksanakan berdasarkan tajuk dan spesifikasi
yang dikehendaki. Walaupun terdapat kekangan masa, namun saya bersyukur kerana kerja
kursus ini dapat juga disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Maznah binti Saidin
pensyarah kursus EDU 3103 ‘Murid dan Alam Belajar’ kerana telah memberi bimbingan dan
tunjuk ajar sehingga saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi
bantuan, teguran dan sokongan bagi melancarkan lagi proses penyediaan tugasan ini.
Begitu juga dengan suami serta anak-anak yang amat memahami tentang tugasan yang
perlu disiapkan . Semoga hasil kerja ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang
membacanya dan semoga mendapat keberkatan daripada Allah swt.
Disediakan oleh :
………………………………
Ammriza binti Ahmad
( No K/P : 701025-02-5530 )
BMM 2A
Pendahuluan
Pendekatan pembelajaran adalah ilmu yang menyeluruh dan bersepadu sifatnya.
Proses perlaksanaannya memerlukan kelembutan dan kebijaksanaan yang tinggi. Sejak dari
zaman Greek hinggalah ke hari ini, pendekatan pembelajaran sentiasa terus berkembang.
Mengikut pendapat Ahmad Mohd. Salleh dalam bukunya yang bertajuk : Pendidikan Islam :
Falsafah Pedagogi dan Metodologi (1997). Pendekatan pembelajaran bertujuan untuk
memudahkan pelajar menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Dengan adanya pendekatan, guru akan membuat tanggapan asas yang akan dijadikan
prinsip dan amalan di bilik darjah. Pendekatan Pembelajaran adalah satu set andaian yang
saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur
aksiomatik. Pendekatan pembelajaran haruslah berlandaskan kepada model prinsip atau
teori pembelajaran ( Sumber: Edward M. Anthony : 1963)
Dalam memilih kaedah dan strategi mengajar seorang guru yang bijak tidak boleh
sama sekali memilih secara rawak. Ini kerana sebarang pendekatan yang digunakan
haruslah pendekatan yang dirancang mengikut pertimbangan perbezaan individu di antara
pelajar-pelajar. Pendekatan yang digunakan haruslah berkemampuan memberi maklum
balas dan inisiatif kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah pembelajaran yang
dipelajari. Namun begitu keberkesanan pembelajaran bergantung kepada efektif kaedah
dan pendekatan yang digunakan oleh guru. (Sumber: PortalUniversiti Gunaderma Indonesia)
Walau apapun dapatan yang diperolehi daripada kajian oleh tokoh-tokoh pendidikan
namun daripada hasil pengamatan didapati kaedah pembelajaran secara konvesional yang
selama ini digunakan oleh seorang guru, di dapati bahawa hasil pembelajaran yang
diperoehi belum lagi mencapai tahap yang optimum. Ini kerana pelajar belum diberi
kesempatan secara meluas untuk mengembangkan bakat dan juga kemampuan. pelajar.
2.0 Pendekatan Pembelajaran Induktif dan Deduktif
2.1 Pendekatan Induktif
Model pendekatan ini dirancang dan dibangunkan oleh Hilda Toba dengan tujuan
untuk mendorong para pelajar mencari dan mengorganisasikan maklumat,
kemudiannnya pendekatan induktif telah dikembangkan oleh Ahli Falsafah Perancis
iaitu Bacon. Mengikut pendekatan ini proses pembelajaran bermula dengan
memberikan berbagai contoh, Daripada contoh –contoh tersebut pelajar akan dapat
memahami peraturan dan kemudiannya mengambil atau membuat keputusan
Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-
maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan
pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu
prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing
memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-
contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.
Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedah mengajar
yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran, khususnya
Matematik, Sains dan Bahasa. yang bersifat umum.
2.2 Pendekatan Deduktif
Pendekatan pembelajaran ini juga dikenali sebagai pendekatan cerakinan.
Menurut Kamarudin Haji Husin (1988) : pendekatan ini merupakan satu pendekatan
mengajar yang memulakan satu kajian dengan melihat secara menyeluruh aspek
pembelajaran sebelum membuat kesimpulan. Pendekatan ini memerlukan pelajar membuat
satu cerakinan daripada yang umum kepada yang spesifik, Ditakrifkan sebagai sesuatu
pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum,
teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yag dikhususkan.
Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru
daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui.
Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang
kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang komprehensif
dan pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teorem atau
peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikannya dalam contoh-contoh
yang khusus.
3.0 Perbandingan/Perbezaan Pendekatan Induktif dan Deduktif
3.1 Konsep
Mencuba Generalisasi
Membuat Generalisasi Pendekatan Induktif
Membuat Konsep Binaan/Jumpaan
___________________________________________________________________
Mencuba Generalisasi
Membuat Generalisasi Pendekatan Deduktif
Membuat Konsep Cerakinan
3.1.3 Perbezaan Kedua-dua Pendekatan Dari Segi Konsep
3.1.1 MODEL INDUKTIF
Merancang Aktiviti Pelaksanaan Penilaian
Kenalpasti
Maklumat
Sediakan
Contoh
Membuat KesimpulanMemberikan contoh- ontoh-
kan sepuktifi
yang
hampe))))))))))))
))))))))))))))))
))))))))))))))))
))))))))))))))))
))))))))))))))))
))))))))))))))))
))))Memberikan contoh
3.1.2 MODEL DEDUKTIF
3.1.2 MODEL DEDUKTIF
Merancang Pelaksanaan Penilaian
Kenalpasti
Maklumat
Sediakan
Contoh
Menjelaskan
Definisi/Konsep Atau Generalisasi Ilustrasi/Contoh-contoh
Dari segi kerangka konsep kedua-dua model ini mempunyai proses aliran yang
hampir sama. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang jelas di antara kedua-dua
model. Khususnya pada peringkat perlaksanaan.
INDUKTIF DEDUKTIF
Model induktif menghendaki pelajar
memberikan contoh-contoh sebelum
membuat atau memberi penjelasan
Model deduktif memerlukan pelajar
memberikan definisi konsep atau membuat
generalisasi melalui contoh-contoh atau
ilustrasi barulah pelajar membuat penjelasan
masalah.
3.2 Prinsip
3.2.1 induktif
Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru harus
menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh murid
membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan untuk
membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.
Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan
dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk
mendapat kesimpulan diri sendiri.
Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri
yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpasti.
Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.
Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga digalakkan
memberi contoh-contoh yang serupa.
Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan
yang berkenaan.
Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik
kepada umum.
3.2.2 Deduktif
Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu.
Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali rumus, generalisasi, prinsip, teorem
atau teori agar membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang
telah didedahkan.
Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau
membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan secara mendalam.
Penggunaan pendekatan deduktif haruslah dilaksanakan mengikut prosedur dengan
tepat. Proses menyelesaikan masalah atau untuk membuktikan hipotesis tidak
terhad kepada menggunakan satu generalisasi, prinsip, rumus, hukum atau teori yang
telah dipelajari.
Guru sendiri tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan
cara membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal-jawab
sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.
(Sumber : Blog Sport Priority : Pendekatan Deduktif)
3.2.3 Perbezaan dari segi Prinsip
INDUKTIF DEDUKTIF
Model induktif menghendaki guru
menyediakan soalan-soalan dan contoh-
contoh spesifik kepada kesimpulan umum.
Melibatkan deria murid khasnya lihat,
dengar, hidu dan sentuh.
Model deduktif memerlukan hipotesis atau
masalah didedahkan terlebih dahulu.
Pemilihan generalisasi, prinsip atau teori
haruslah difahami untuk penyelesaian
masalah atau membuktikan hipotesis.
3.3 Ciri
3.3.1 INDUKTIF
i. Penekanan adalah diberikan kepada kemahiran berfikir dan mempunyai
tujuan yang efektif
ii Pendekatan ini bersturuktur rendah
iii Dari segi penggunaan masa kurang berkesan – adakalanya terlalu lama dan
adakalanya terlalu singkat
iv Banyak memberi peluang dan juga kesempatan kepada pelajar untuk belajar
secara sendiri
v Proses pembelajaran bermula dengan konvesional dan perbincangan secara
terbuka
vi Penutup pembelajaran dan pelajar mengaplikasikan dapatan.
3.3.2 DEDUKTIF
i Berorientasikan kepada pembelajaran masteri
ii Berstruktur tinggi
iii Penggunaan masa yang lebih panjang
iv Lebih efesiensi
v Kurang memberi kesempatan untuk pelajar belajar secara bebas.
vi Proses pembelajaran bermula dengan pelajar menyatakan abstrak membuat
rumusan secara menyeluruh, mengaplikaskan dalam pembelajaran dan seterusnya
berlaku penutupan pembelajaran
(Sumber : Blog Pengajaran Portal Komuniti Universiti Gunaderma Indonesia)
3.3.3 Perbezaan dari segi ciri
Melihat kepada ciri kedua-dua pendekatan ini jelas terdapatnya perbezaan yang amat
ketara. Pendekatan deduktif adalah model pembelajaran yang merupakan imbangan yang
sangat dekat dengan model pendekatan Induktif. Kedua-dua pendekatan di reka untuk
mengajar pelajar membuat generaslisasi dan memahami sesuatu konsep. Tahap kefahaman
pelajar bergantung kepada penglibatan guru secara aktif dalam membimbing pelajar.
Perbezaan terletak kepada urutan proses pembelajaran sesuatu kemahiran, di mana
pelajar lebih berpeluang untuk meningkatkan tahap kefahaman melalui proses berfikir, juga
cara guru memotivasikan pelajar dari semasa ke semasa. Apabila menggunakan
pendekatan deduktif seorang guru harus lebih aktif membimbing pelajarnya. Pembelajaran di
lakukan dengan menggunakan kaedah ceramah, soal jawab dan juga simulasi.
3.4 Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
3.4.1 Pendekatan Induktif
Dalam pendekatan ini guru akan memberi beberapa contoh yang kesemuanya
mempunyai konsep dan peraturan yang sama. Walau bagaimanapun peraturan konsep tidak
dinyatakan. Murid akan cuba mencarinya melalui contoh-contoh yang diberi. Pendekatan ini
banyak menggunakan teknik penyoalan di mana guru akan cuba mencungkil attribute kritikal
dan bukan kritikal yang merupakan ciri-ciri penting dan tidak penting konsep yang dipelajari.
Melalui latihan sedemikian murid akan mulai faham akan konsep yang sama yang terdapat
dalam semua contoh. Melalui pendekatan ini guru akan menunjukkkan beberapa contoh-
contoh dan bukan contoh konsep yang dipelajari.
3.4.2 Pendekatan Deduktif
Dalam pendekatan ini guru akan memberi generalisasi kepada murid-murid diseertai
dengan beberapa contoh tertentu. Murid dikehendaki memahami generalisasi dan contoh-
contoh tersebut dan kemudian mencari contoh-contoh lain untuk diaplikasikan dalam situasi
lain yang hamper sama. Dalam konteks pengajaran, guru boleh memulakan pelajaran
dengan mengemukakan rumusbeserta dengan contoh-contoh yang sesuai. Kemudian guru
meminta murid memberikan contoh-contoh lain berpandukan rumus tersebut.
3.4.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
n INDUKTIF
Peringkat Aktiviti Guru Aktiviti Murid
I
Set Induksi
(Pendedahan)
Guru meletakkan kad-kad ayat satu demi
satu pada carta poket.
• Amin termakan racun.
• Abu terpijak sekeping kaca.
• Ali terambil buku Mat.
• Kereta terlanggar seekor kerbau.
Murid-murid membaca
ayat-ayat daripada kad-
kad ayat yang ditunjukkan.
II
(Pembentukan
Konsep)
Guru mengemukakan soalan-soalan
tersebut
 Adakah Amin hendak makan racun ?
 Adakah Abu sengaja pijak kaca ?
 Adakah Ali sedar ambil buku Mat ?
 Adakah kereta itu sengaja melanggar
seekor kerbau?
Murid-murid menjawab
soalan guru.
 Tidak.
 Tidak sengaja.
 Tidak sedar.
 Tidak sengaja.
III
(Pembentukan
Kesimpulan)
 Murid-murid telah faham maksud
termakan, terpijak, terambil dan
terlanggar. Apakah maksud ‘ter’ dalam
perkataan makan, pijak, ambil dan
langgar ?
 Bolehkah murid menerangkan maksud
imbuhan ‘ter’ dalam perkataan-
perkataan perbuatan itu?
 “Cikgu, ‘ter’ membawa
maksud tidak sengaja
atau tidak sedar.”
 “Imbuhan ‘ter’ di sini
membawa maksud
tidak sengaja.”
IV
Penutup
(Pembentukan
Pengukuhan)
 Guru mempamerkan kad kenyataan
yang menerangkan maksud imbuhan
‘ter’.
 Kemudian, guru menyuruh murid
membacanya dan memberi beberapa
contoh ayat yang mengandungi
imbuhan ‘ter’.
 Murid-murid membawa
kesimpulan dalam kad
kenyataan.
 Murid-murid memberi
contoh ayat yang
mengandungi imbuhan
‘ter’.
Sumber : Mok Soon Sang : Psikologi Pendidikan dan Pedagogi
Murid dan Alam Belajar (2010)
3.4.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
DEDUKTIF
Peringkat Aktiviti Guru Aktiviti Murid
I
Set Induksi
(Pendedahan)
• Guru meletakkan kad-kad gambar
(kelawar, burung merpati dan kupu-
kupu) satu demi satu pada carta
poket.
• Guru membimbing murid dengan
soalan
i. “Mengapakah haiwan-haiwan ini
boleh terbang?”
ii. “Apakah kesimpulan terhadap
haiwan yang ada sayap?”
iii. Adakah semua haiwan yang ada
sayap boleh terbang?”
• Murid disuruh mengenal
pasti dan menyebut
nama haiwan-haiwan itu.
• Murid menjawab :
i. “Ia ada sayap.”
ii. “Haiwan yang ada
sayap boleh
terbang.”
iii. “Ya / Tidak.”
II
Aplikasi
 Guru menunjukkan kad-kad gambar
angsa, itik dan burung unta.
 Guru kemudian membimbing murid
dengan aktiviti soal jawab hingga
mereka membentuk generalisasi
baru.
 Murid disuruh mengenal
pasti dan menyebut
nama haiwan itu.
 Murid menjawab soalan
guru sehingga mereka
boleh merumuskan
bahawa : “Bukan semua
haiwan yang ada sayap
boleh terbang”
III
(Pembentukan
Kesimpulan)
 Guru membimbing murid membuat
generalisasi baru melalui aktiviti soal
jawab.
 Murid akhirnya boleh
menyebut dan
mnerangkan bahawa
“Haiwan yang ada sayap
dan badannya ringan
boleh terbang.”
IV
Penutup
(Pengukuhan)
 Guru menyuruh murid sebut :
i. 4 jenis haiwan yang boleh terbang.
ii. 4 jenis haiwan yang ada sayap
tetapi tidak boleh terbang.
 Guru membimbing murid
menjalankan aktiviti pengukuhan.
 Murid memberikan
contoh haiwan bersayap
yang boleh terbang dan
yang tidak boleh
terbang.
 Murid merekod dan
melukis haiwan-haiwan
itu dalam buku nota.
3.5 Implikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah
Pendekatan Induktif Pendekatan Deduktif
Dapat meransang kebolehan mental dan
dapat melibatkan pelajar aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran
Ia merupakan cara yang mudah bagi guru
untuk menyampaikan isi pelajaran.
Pelajar boleh berdikari dalam usaha
mempelajari dan memahami sesuatu konsep.
Dapat menjimatkan masa dan tenaga
kerana guru tidak perlu membuat banyak
persediaan.
Pelajar dapat belajar bagaimana menghadapi
sesuatu masalah, merancang strategi
penyelesaian sehingga mencapai tahap
membuat keputusan.
Pendekatan ini patut dan sesuai digunakan
oleh sebab secara tradisinya guru patut
memberikan penerangan sebelum
memulakan pengajaran dan pembelajaran.
4.0 Refleksi
Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah terpilih untuk mengikuti Program
Pensiswazahan Guru anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui tugasan dan kerja
kursus yang diberi oleh pensyarah, saya dapat mengingati semula ilmu pendidikan yang
saya pelajari di maktab perguruan enam belas tahun yang lalu.
Apabila saya membaca secara terperinci dan mengakses internet untuk mendapat
pelbagai maklumat tentang tajuk tugasan iaitu ‘Pendekatan Pembelajaran’, saya amat
bersyukur kerana pelbagai pendekatan yang boleh saya gunakan bagi menyampaikan isi
pelajaran kepada murid-murid saya supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
Daripada pelbagai pendekatan yang dipelajari, saya sememangnya banyak
mengaplikasikan pendekatan deduktif terhadap anak didik saya. Ini adalah kerana anak didik
saya tinggal di daerah Baling dan mempunyai latar belakang yang berbeza taraf pendidikan.
Ini memerlukan saya menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang mudah untuk mereka
fahami dengan memberi penerangan terlebih dahulu. Setelah mereka faham, barulah saya
meminta mereka memberi contoh berdasarkan kefahaman dan pengetahuan sedia ada.
Setakat ini murid-murid saya memang memberi respon yang baik dalam
pembelajaran mereka dan objektif pembelajaran memang tercapai. Melalui pendekatan
deduktif ini saya juga dapat menjimatkan masa dalam penyediaan bahan. Oleh itu saya
dapat menumpukan perhatian saya kepada murid-murid yang memerlukan bimbingan
secara individu. Saya harap pengetahuan dan ilmu ini akan kekal dalam ingatan dan saya
akan memperbaiki segala kekurangan, seterusnya ilmu ini akan diaplikasikan sepanjang
kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dan terbilang.
5.0 BIBLIOGRAFI
Ahmad Mohd. Salleh. (1997). Siri Diploma Perguruan : Pendidikan Islam (Falsafah,
Pedagogi dan Metalogi). Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng. (1997). Siri Diploma Perguruan : Pedagogi II (Pelaksanaan Pengajaran). Shah
Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
http://community.gunadarma.ac.id/
http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/pendekatan-deduktif.html
http://www.slideshare.net/army_gulz87/pendekatan-kaedah-teknik-dan-strategi
Kamarudin Hj. Husin. (1988). Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Shah Alam : Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (1995). Siri Pendidikan Perguruan : Matematik KBSR dan Strategi
Pengajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (1996). Siri Pendidikan Perguruan : Pedagogi 2 (Pelaksanaan Pengajaran).
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2010). Siri Pengajian Profesional : Psikologi Pendidikan dan Pedagogi
(Murid dan Alam Belajar). Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Tuan Jah Tuan Yusof. (2011). Siri Pengajian Bahasa Melayu : Kaedah Pengajaran Bahasa
Melayu. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

More Related Content

What's hot

Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Fatimah Al-Dayana
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulum
DoEy Mas
 
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasiKemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
Sohib AlQuran
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewell
firo HAR
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
artyschatz
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
Hanim Hanisha
 

What's hot (20)

kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan Perenialisme
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulum
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
 
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURANKEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasiKemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewell
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
Pentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolioPentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolio
 
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
 
Kelebihan ujian objektif
Kelebihan ujian objektifKelebihan ujian objektif
Kelebihan ujian objektif
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUM
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
 
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
 

Viewers also liked (7)

Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
Pemikiran dalam Psikologi PendidikanPemikiran dalam Psikologi Pendidikan
Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
 
Model Pembelajaran
Model PembelajaranModel Pembelajaran
Model Pembelajaran
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Statistik contoh jawapan
Statistik   contoh jawapanStatistik   contoh jawapan
Statistik contoh jawapan
 
Sintak berbagai model pembelajaran
Sintak berbagai model pembelajaranSintak berbagai model pembelajaran
Sintak berbagai model pembelajaran
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutan
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 

Similar to Diana

ppt.metode pembelajaran
ppt.metode pembelajaranppt.metode pembelajaran
ppt.metode pembelajaran
NurIka23
 
Metode pembelajaran berdasarkan masalah
Metode pembelajaran berdasarkan masalahMetode pembelajaran berdasarkan masalah
Metode pembelajaran berdasarkan masalah
patatmu
 
Model-Model Pembelajaran Presentasi
Model-Model Pembelajaran PresentasiModel-Model Pembelajaran Presentasi
Model-Model Pembelajaran Presentasi
Dahlia Safarinah
 
Teori & model p&p
Teori & model p&pTeori & model p&p
Teori & model p&p
Nurul Nadia
 
Teori & model p&p
Teori & model p&pTeori & model p&p
Teori & model p&p
adminipda
 
Teori & model p&p
Teori & model p&pTeori & model p&p
Teori & model p&p
Nor Afendi
 
Teori & model p&p
Teori & model p&pTeori & model p&p
Teori & model p&p
syahnorain
 

Similar to Diana (20)

3.2 Model-Model Pembelajaran.pptx
3.2 Model-Model Pembelajaran.pptx3.2 Model-Model Pembelajaran.pptx
3.2 Model-Model Pembelajaran.pptx
 
Tugas 1 mata kuliah desain instruksional
Tugas 1 mata kuliah desain instruksionalTugas 1 mata kuliah desain instruksional
Tugas 1 mata kuliah desain instruksional
 
Bg ucok i
Bg ucok iBg ucok i
Bg ucok i
 
Model Pembelajaran.pptx
Model Pembelajaran.pptxModel Pembelajaran.pptx
Model Pembelajaran.pptx
 
kaedah mengajar.
kaedah mengajar.kaedah mengajar.
kaedah mengajar.
 
Model-model Pembelajaran Bahasa arab zaman modern dengan teknologi terjini
Model-model Pembelajaran Bahasa arab zaman modern dengan teknologi terjiniModel-model Pembelajaran Bahasa arab zaman modern dengan teknologi terjini
Model-model Pembelajaran Bahasa arab zaman modern dengan teknologi terjini
 
ppt.metode pembelajaran
ppt.metode pembelajaranppt.metode pembelajaran
ppt.metode pembelajaran
 
Metode pembelajaran berdasarkan masalah
Metode pembelajaran berdasarkan masalahMetode pembelajaran berdasarkan masalah
Metode pembelajaran berdasarkan masalah
 
metode-metode dalam pembelajaran- SALASATI RAMADANI
metode-metode dalam pembelajaran- SALASATI RAMADANI metode-metode dalam pembelajaran- SALASATI RAMADANI
metode-metode dalam pembelajaran- SALASATI RAMADANI
 
Model discovery learning
Model discovery learningModel discovery learning
Model discovery learning
 
2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learning2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learning
 
Model-model Pembelajaran
Model-model PembelajaranModel-model Pembelajaran
Model-model Pembelajaran
 
Model-Model Pembelajaran Presentasi
Model-Model Pembelajaran PresentasiModel-Model Pembelajaran Presentasi
Model-Model Pembelajaran Presentasi
 
Teori & model p&p
Teori & model p&pTeori & model p&p
Teori & model p&p
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Teori & model p&p
Teori & model p&pTeori & model p&p
Teori & model p&p
 
Teori & model p&p
Teori & model p&pTeori & model p&p
Teori & model p&p
 
Teori & model p&p
Teori & model p&pTeori & model p&p
Teori & model p&p
 
Teori2011
Teori2011Teori2011
Teori2011
 
Teori & model p&p
Teori & model p&pTeori & model p&p
Teori & model p&p
 

Diana

  • 1. Sekapur Sirih Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan kekuatan yang diberikanNya dapat juga kerja kursus ini dilaksanakan berdasarkan tajuk dan spesifikasi yang dikehendaki. Walaupun terdapat kekangan masa, namun saya bersyukur kerana kerja kursus ini dapat juga disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Maznah binti Saidin pensyarah kursus EDU 3103 ‘Murid dan Alam Belajar’ kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi bantuan, teguran dan sokongan bagi melancarkan lagi proses penyediaan tugasan ini. Begitu juga dengan suami serta anak-anak yang amat memahami tentang tugasan yang perlu disiapkan . Semoga hasil kerja ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya dan semoga mendapat keberkatan daripada Allah swt. Disediakan oleh : ……………………………… Ammriza binti Ahmad ( No K/P : 701025-02-5530 ) BMM 2A
  • 2. Pendahuluan Pendekatan pembelajaran adalah ilmu yang menyeluruh dan bersepadu sifatnya. Proses perlaksanaannya memerlukan kelembutan dan kebijaksanaan yang tinggi. Sejak dari zaman Greek hinggalah ke hari ini, pendekatan pembelajaran sentiasa terus berkembang. Mengikut pendapat Ahmad Mohd. Salleh dalam bukunya yang bertajuk : Pendidikan Islam : Falsafah Pedagogi dan Metodologi (1997). Pendekatan pembelajaran bertujuan untuk memudahkan pelajar menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan, guru akan membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip dan amalan di bilik darjah. Pendekatan Pembelajaran adalah satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Pendekatan pembelajaran haruslah berlandaskan kepada model prinsip atau teori pembelajaran ( Sumber: Edward M. Anthony : 1963) Dalam memilih kaedah dan strategi mengajar seorang guru yang bijak tidak boleh sama sekali memilih secara rawak. Ini kerana sebarang pendekatan yang digunakan haruslah pendekatan yang dirancang mengikut pertimbangan perbezaan individu di antara pelajar-pelajar. Pendekatan yang digunakan haruslah berkemampuan memberi maklum balas dan inisiatif kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah pembelajaran yang dipelajari. Namun begitu keberkesanan pembelajaran bergantung kepada efektif kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh guru. (Sumber: PortalUniversiti Gunaderma Indonesia) Walau apapun dapatan yang diperolehi daripada kajian oleh tokoh-tokoh pendidikan namun daripada hasil pengamatan didapati kaedah pembelajaran secara konvesional yang selama ini digunakan oleh seorang guru, di dapati bahawa hasil pembelajaran yang diperoehi belum lagi mencapai tahap yang optimum. Ini kerana pelajar belum diberi kesempatan secara meluas untuk mengembangkan bakat dan juga kemampuan. pelajar.
  • 3. 2.0 Pendekatan Pembelajaran Induktif dan Deduktif 2.1 Pendekatan Induktif Model pendekatan ini dirancang dan dibangunkan oleh Hilda Toba dengan tujuan untuk mendorong para pelajar mencari dan mengorganisasikan maklumat, kemudiannnya pendekatan induktif telah dikembangkan oleh Ahli Falsafah Perancis iaitu Bacon. Mengikut pendekatan ini proses pembelajaran bermula dengan memberikan berbagai contoh, Daripada contoh –contoh tersebut pelajar akan dapat memahami peraturan dan kemudiannya mengambil atau membuat keputusan Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat- maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh- contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan. Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa. yang bersifat umum.
  • 4. 2.2 Pendekatan Deduktif Pendekatan pembelajaran ini juga dikenali sebagai pendekatan cerakinan. Menurut Kamarudin Haji Husin (1988) : pendekatan ini merupakan satu pendekatan mengajar yang memulakan satu kajian dengan melihat secara menyeluruh aspek pembelajaran sebelum membuat kesimpulan. Pendekatan ini memerlukan pelajar membuat satu cerakinan daripada yang umum kepada yang spesifik, Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yag dikhususkan. Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui. Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang komprehensif dan pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus.
  • 5. 3.0 Perbandingan/Perbezaan Pendekatan Induktif dan Deduktif 3.1 Konsep Mencuba Generalisasi Membuat Generalisasi Pendekatan Induktif Membuat Konsep Binaan/Jumpaan ___________________________________________________________________ Mencuba Generalisasi Membuat Generalisasi Pendekatan Deduktif Membuat Konsep Cerakinan 3.1.3 Perbezaan Kedua-dua Pendekatan Dari Segi Konsep 3.1.1 MODEL INDUKTIF Merancang Aktiviti Pelaksanaan Penilaian Kenalpasti Maklumat Sediakan Contoh Membuat KesimpulanMemberikan contoh- ontoh- kan sepuktifi yang hampe)))))))))))) )))))))))))))))) )))))))))))))))) )))))))))))))))) )))))))))))))))) )))))))))))))))) ))))Memberikan contoh 3.1.2 MODEL DEDUKTIF 3.1.2 MODEL DEDUKTIF Merancang Pelaksanaan Penilaian Kenalpasti Maklumat Sediakan Contoh Menjelaskan Definisi/Konsep Atau Generalisasi Ilustrasi/Contoh-contoh
  • 6. Dari segi kerangka konsep kedua-dua model ini mempunyai proses aliran yang hampir sama. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang jelas di antara kedua-dua model. Khususnya pada peringkat perlaksanaan. INDUKTIF DEDUKTIF Model induktif menghendaki pelajar memberikan contoh-contoh sebelum membuat atau memberi penjelasan Model deduktif memerlukan pelajar memberikan definisi konsep atau membuat generalisasi melalui contoh-contoh atau ilustrasi barulah pelajar membuat penjelasan masalah. 3.2 Prinsip 3.2.1 induktif Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh murid membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan. Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri. Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpasti. Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.
  • 7. Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa. Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang berkenaan. Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik kepada umum. 3.2.2 Deduktif Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali rumus, generalisasi, prinsip, teorem atau teori agar membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan. Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan secara mendalam. Penggunaan pendekatan deduktif haruslah dilaksanakan mengikut prosedur dengan tepat. Proses menyelesaikan masalah atau untuk membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu generalisasi, prinsip, rumus, hukum atau teori yang telah dipelajari. Guru sendiri tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal-jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri. (Sumber : Blog Sport Priority : Pendekatan Deduktif)
  • 8. 3.2.3 Perbezaan dari segi Prinsip INDUKTIF DEDUKTIF Model induktif menghendaki guru menyediakan soalan-soalan dan contoh- contoh spesifik kepada kesimpulan umum. Melibatkan deria murid khasnya lihat, dengar, hidu dan sentuh. Model deduktif memerlukan hipotesis atau masalah didedahkan terlebih dahulu. Pemilihan generalisasi, prinsip atau teori haruslah difahami untuk penyelesaian masalah atau membuktikan hipotesis. 3.3 Ciri 3.3.1 INDUKTIF i. Penekanan adalah diberikan kepada kemahiran berfikir dan mempunyai tujuan yang efektif ii Pendekatan ini bersturuktur rendah iii Dari segi penggunaan masa kurang berkesan – adakalanya terlalu lama dan adakalanya terlalu singkat iv Banyak memberi peluang dan juga kesempatan kepada pelajar untuk belajar secara sendiri v Proses pembelajaran bermula dengan konvesional dan perbincangan secara terbuka vi Penutup pembelajaran dan pelajar mengaplikasikan dapatan. 3.3.2 DEDUKTIF
  • 9. i Berorientasikan kepada pembelajaran masteri ii Berstruktur tinggi iii Penggunaan masa yang lebih panjang iv Lebih efesiensi v Kurang memberi kesempatan untuk pelajar belajar secara bebas. vi Proses pembelajaran bermula dengan pelajar menyatakan abstrak membuat rumusan secara menyeluruh, mengaplikaskan dalam pembelajaran dan seterusnya berlaku penutupan pembelajaran (Sumber : Blog Pengajaran Portal Komuniti Universiti Gunaderma Indonesia) 3.3.3 Perbezaan dari segi ciri Melihat kepada ciri kedua-dua pendekatan ini jelas terdapatnya perbezaan yang amat ketara. Pendekatan deduktif adalah model pembelajaran yang merupakan imbangan yang sangat dekat dengan model pendekatan Induktif. Kedua-dua pendekatan di reka untuk mengajar pelajar membuat generaslisasi dan memahami sesuatu konsep. Tahap kefahaman pelajar bergantung kepada penglibatan guru secara aktif dalam membimbing pelajar. Perbezaan terletak kepada urutan proses pembelajaran sesuatu kemahiran, di mana pelajar lebih berpeluang untuk meningkatkan tahap kefahaman melalui proses berfikir, juga cara guru memotivasikan pelajar dari semasa ke semasa. Apabila menggunakan pendekatan deduktif seorang guru harus lebih aktif membimbing pelajarnya. Pembelajaran di lakukan dengan menggunakan kaedah ceramah, soal jawab dan juga simulasi. 3.4 Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
  • 10. 3.4.1 Pendekatan Induktif Dalam pendekatan ini guru akan memberi beberapa contoh yang kesemuanya mempunyai konsep dan peraturan yang sama. Walau bagaimanapun peraturan konsep tidak dinyatakan. Murid akan cuba mencarinya melalui contoh-contoh yang diberi. Pendekatan ini banyak menggunakan teknik penyoalan di mana guru akan cuba mencungkil attribute kritikal dan bukan kritikal yang merupakan ciri-ciri penting dan tidak penting konsep yang dipelajari. Melalui latihan sedemikian murid akan mulai faham akan konsep yang sama yang terdapat dalam semua contoh. Melalui pendekatan ini guru akan menunjukkkan beberapa contoh- contoh dan bukan contoh konsep yang dipelajari. 3.4.2 Pendekatan Deduktif Dalam pendekatan ini guru akan memberi generalisasi kepada murid-murid diseertai dengan beberapa contoh tertentu. Murid dikehendaki memahami generalisasi dan contoh- contoh tersebut dan kemudian mencari contoh-contoh lain untuk diaplikasikan dalam situasi lain yang hamper sama. Dalam konteks pengajaran, guru boleh memulakan pelajaran dengan mengemukakan rumusbeserta dengan contoh-contoh yang sesuai. Kemudian guru meminta murid memberikan contoh-contoh lain berpandukan rumus tersebut. 3.4.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
  • 11. n INDUKTIF Peringkat Aktiviti Guru Aktiviti Murid I Set Induksi (Pendedahan) Guru meletakkan kad-kad ayat satu demi satu pada carta poket. • Amin termakan racun. • Abu terpijak sekeping kaca. • Ali terambil buku Mat. • Kereta terlanggar seekor kerbau. Murid-murid membaca ayat-ayat daripada kad- kad ayat yang ditunjukkan. II (Pembentukan Konsep) Guru mengemukakan soalan-soalan tersebut  Adakah Amin hendak makan racun ?  Adakah Abu sengaja pijak kaca ?  Adakah Ali sedar ambil buku Mat ?  Adakah kereta itu sengaja melanggar seekor kerbau? Murid-murid menjawab soalan guru.  Tidak.  Tidak sengaja.  Tidak sedar.  Tidak sengaja. III (Pembentukan Kesimpulan)  Murid-murid telah faham maksud termakan, terpijak, terambil dan terlanggar. Apakah maksud ‘ter’ dalam perkataan makan, pijak, ambil dan langgar ?  Bolehkah murid menerangkan maksud imbuhan ‘ter’ dalam perkataan- perkataan perbuatan itu?  “Cikgu, ‘ter’ membawa maksud tidak sengaja atau tidak sedar.”  “Imbuhan ‘ter’ di sini membawa maksud tidak sengaja.” IV Penutup (Pembentukan Pengukuhan)  Guru mempamerkan kad kenyataan yang menerangkan maksud imbuhan ‘ter’.  Kemudian, guru menyuruh murid membacanya dan memberi beberapa contoh ayat yang mengandungi imbuhan ‘ter’.  Murid-murid membawa kesimpulan dalam kad kenyataan.  Murid-murid memberi contoh ayat yang mengandungi imbuhan ‘ter’. Sumber : Mok Soon Sang : Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar (2010) 3.4.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
  • 12. DEDUKTIF Peringkat Aktiviti Guru Aktiviti Murid I Set Induksi (Pendedahan) • Guru meletakkan kad-kad gambar (kelawar, burung merpati dan kupu- kupu) satu demi satu pada carta poket. • Guru membimbing murid dengan soalan i. “Mengapakah haiwan-haiwan ini boleh terbang?” ii. “Apakah kesimpulan terhadap haiwan yang ada sayap?” iii. Adakah semua haiwan yang ada sayap boleh terbang?” • Murid disuruh mengenal pasti dan menyebut nama haiwan-haiwan itu. • Murid menjawab : i. “Ia ada sayap.” ii. “Haiwan yang ada sayap boleh terbang.” iii. “Ya / Tidak.” II Aplikasi  Guru menunjukkan kad-kad gambar angsa, itik dan burung unta.  Guru kemudian membimbing murid dengan aktiviti soal jawab hingga mereka membentuk generalisasi baru.  Murid disuruh mengenal pasti dan menyebut nama haiwan itu.  Murid menjawab soalan guru sehingga mereka boleh merumuskan bahawa : “Bukan semua haiwan yang ada sayap boleh terbang” III (Pembentukan Kesimpulan)  Guru membimbing murid membuat generalisasi baru melalui aktiviti soal jawab.  Murid akhirnya boleh menyebut dan mnerangkan bahawa “Haiwan yang ada sayap dan badannya ringan boleh terbang.” IV Penutup (Pengukuhan)  Guru menyuruh murid sebut : i. 4 jenis haiwan yang boleh terbang. ii. 4 jenis haiwan yang ada sayap tetapi tidak boleh terbang.  Guru membimbing murid menjalankan aktiviti pengukuhan.  Murid memberikan contoh haiwan bersayap yang boleh terbang dan yang tidak boleh terbang.  Murid merekod dan melukis haiwan-haiwan itu dalam buku nota. 3.5 Implikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah
  • 13. Pendekatan Induktif Pendekatan Deduktif Dapat meransang kebolehan mental dan dapat melibatkan pelajar aktif dalam pengajaran dan pembelajaran Ia merupakan cara yang mudah bagi guru untuk menyampaikan isi pelajaran. Pelajar boleh berdikari dalam usaha mempelajari dan memahami sesuatu konsep. Dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana guru tidak perlu membuat banyak persediaan. Pelajar dapat belajar bagaimana menghadapi sesuatu masalah, merancang strategi penyelesaian sehingga mencapai tahap membuat keputusan. Pendekatan ini patut dan sesuai digunakan oleh sebab secara tradisinya guru patut memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. 4.0 Refleksi Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah terpilih untuk mengikuti Program Pensiswazahan Guru anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui tugasan dan kerja
  • 14. kursus yang diberi oleh pensyarah, saya dapat mengingati semula ilmu pendidikan yang saya pelajari di maktab perguruan enam belas tahun yang lalu. Apabila saya membaca secara terperinci dan mengakses internet untuk mendapat pelbagai maklumat tentang tajuk tugasan iaitu ‘Pendekatan Pembelajaran’, saya amat bersyukur kerana pelbagai pendekatan yang boleh saya gunakan bagi menyampaikan isi pelajaran kepada murid-murid saya supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Daripada pelbagai pendekatan yang dipelajari, saya sememangnya banyak mengaplikasikan pendekatan deduktif terhadap anak didik saya. Ini adalah kerana anak didik saya tinggal di daerah Baling dan mempunyai latar belakang yang berbeza taraf pendidikan. Ini memerlukan saya menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang mudah untuk mereka fahami dengan memberi penerangan terlebih dahulu. Setelah mereka faham, barulah saya meminta mereka memberi contoh berdasarkan kefahaman dan pengetahuan sedia ada. Setakat ini murid-murid saya memang memberi respon yang baik dalam pembelajaran mereka dan objektif pembelajaran memang tercapai. Melalui pendekatan deduktif ini saya juga dapat menjimatkan masa dalam penyediaan bahan. Oleh itu saya dapat menumpukan perhatian saya kepada murid-murid yang memerlukan bimbingan secara individu. Saya harap pengetahuan dan ilmu ini akan kekal dalam ingatan dan saya akan memperbaiki segala kekurangan, seterusnya ilmu ini akan diaplikasikan sepanjang kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dan terbilang. 5.0 BIBLIOGRAFI Ahmad Mohd. Salleh. (1997). Siri Diploma Perguruan : Pendidikan Islam (Falsafah, Pedagogi dan Metalogi). Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
  • 15. Ee Ah Meng. (1997). Siri Diploma Perguruan : Pedagogi II (Pelaksanaan Pengajaran). Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. http://community.gunadarma.ac.id/ http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/pendekatan-deduktif.html http://www.slideshare.net/army_gulz87/pendekatan-kaedah-teknik-dan-strategi Kamarudin Hj. Husin. (1988). Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (1995). Siri Pendidikan Perguruan : Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (1996). Siri Pendidikan Perguruan : Pedagogi 2 (Pelaksanaan Pengajaran). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2010). Siri Pengajian Profesional : Psikologi Pendidikan dan Pedagogi (Murid dan Alam Belajar). Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Tuan Jah Tuan Yusof. (2011). Siri Pengajian Bahasa Melayu : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.