SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Download to read offline
Teori dan Model
Pengajaran & Pembelajaran
Konsep Teori
 Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar
 pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan

 Teori juga merupakan satu rumusan daripada
 pengetahuan sedia ada yang memberi panduan
 untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan
 maklumat baru

 Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini
 boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab yang
 utama, iaitu, behavioris, kognitif, sosial dan humanis
Teori Behaviorisme
 Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov
 dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner,
 berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan
 dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran
 mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga
 pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti
 anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka
 menumpukan ujian kepada perhubungan antara
 ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan
 perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris
 menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan
 mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar
 sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan
 bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal
 dan diramal.
Teori Kognitif
 Mazhab kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran
 ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal
 fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung
 daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti
 Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai
 jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah
 dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan
 kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka
 adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti
 pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah,
 penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia
 memiliki struktur kognitif, dan semasa proses
 pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di
 dalam ingatan.
Teori Sosial

 Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran
 dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama
 dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai
 Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh
 mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses
 pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih
 berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’.
 Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian
 pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan
 oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan
 dapat memberikan kesan yang optimum kepada
 kefahaman pelajar.
Teori Humanisme
 Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusia
 bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli
 mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap
 individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan
 individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan
 dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah
 dirancang dan disusun mengikut kehendak dan
 perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan
 bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan
 untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru
 hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi
 bimbingan supaya potensi mereka dapat
 diperkembangkan ke tahap optimum.
Model Robert Glazer
Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan
membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen
utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar,
kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga menekankan
maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif
pengajaran harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan sedia
ada pelajar. Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih
berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada
pelajar. Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala
proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan,
agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi
meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan.
Kesimpulannya, Model Pengajaran Robert Glaser dibina
berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang
menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan,
pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.
Model Sim
 Model Pengajaran Sim pula menjelaskan bahawa proses
 pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antara
 beberapa unsur iaitu guru, murid, isi pelajaran dan juga
 objektif. Model ini dibina berlandaskan konsep pengajaran
 sebagai bidang komunikasi, iaitu interaksi di antara guru dan
 murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam suatu
 persekitaran tertentu. Berdasarkan model ini, objektif pelajaran
 harus ditentukan secara explisit dan mengikut kebolehan murid-
 murid. Apa yang membezakan model ini dengan Model Glaser
 ialah Model Sim menekankan perhubungan yang baik antara
 guru dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang sihat
 dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
 Model ini juga memberi penekanan kepada unsur-unsur
 persekitaran seperti keadaan bilik darjah yang kondusif sesuai
 dengan keadaan sosio-ekonomi dan budaya pelajar.
 Kesimpulannya, dengan pertimbangan-pertimbangan tersebut,
 interaksi di antara guru, pelajar, objektif, isi pelajaran dan
 persekitaran dapat diwujudkan dengan berkesan. Seterusnya,
 keberkesanan proses pengajaran akan dapat dicapai ke tahap
 optimum.
Model Taba
 Model Pengajaran Taba pula menekankan penyusunan bahan-
 bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang dapat
 meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Penyusunan maklumat
 dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah diutamakan
 dalam model ini. Model ini menerangkan bahawa seseorang
 pelajar melakukan operasi kognitif ke atas bahan pengajaran
 atau pemilihan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui
 empat peringkat seperti berikut; menyusun data atau fakta
 dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan perbezaan,
 menggolong dan mengelas fakta-fakta menjadi kategori dan
 memberi label kepadanya, membuat generalisasi atau
 kesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori-kategori
 itu, dan mengaplikasi generalisasi yang diperolehi. Rumusannya,
 dengan merujuk kepada model ini, guru dapat merancang
 pengajaran dengan membahagikan topik kepada generalisasi,
 konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan
 kaedah pengajaran yang sesuai.
Model Latihan Terus
  Model Arahan Terus pula merupakan satu model
 pengajaran yang bertujuan untuk membantu pelajar
 mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang
 boleh diajar dengan cara langkah demi langkah. Model ini
 juga dikenali sebagai ‘Model Latihan’ dan ‘Model
 Pengajaran Aktif’. Model ini dibentuk khas untuk
 merangsang pembelajaran pelajar berkaitan pengetahuan
 berprosedur (procedural knowledge) yang memerlukan
 sama ada kemahiran asas atau komprensif dan juga
 berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan pengajaran
 langkah demi langkah. Model ini menekankan aspek
 pemerhatian pelajar terhadap apa yang ditunjukkan oleh
 guru sebelum pelajar melakukannya semula.
Model Inkuiri
Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk
mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau
daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini
memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah,
membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan
kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan
membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri
terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan
guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian.
Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah
rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak
diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh
pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada
peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti.
Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi
mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai
bidang khususnya bidang pendidikan.
Contoh Proses Pembelajaran dan Aktiviti P & P

  Proses                       Aktiviti P & P
Pembelajaran
1. Mewujudkan     - Merancang isi pelajaran mengikut
kesediaan belajar kebolehan pelajar serta susunan yang
                   sesuai
                   - Menyediakan alat bantu mengajar
                   - Mewujudkan suasana pembelajaran
                   yang kondusif


2. Mewujudkan      -Menggunakan  set induksi yang menarik
motivasi           - Menggunakan pengalaman pelajar untuk
                   mengaitkannya dengan pelajaran baru
                   - Membangkitkan naluri ingin tahu pelajar
                   dengan soalan mencabar
                   -Mewujudkan semangat bersaing
Proses                      Aktiviti P & P
Pembelajaran
3. Meningkatkan   - Menggunakan alat pandang dengar untuk
pengamatan dan    meningkatkan pengamatan pelajar
penanggapan       - menggunakan ilustrasi dan demonstrasi
                  yang jelas untuk pelajar mencontohinya
                  - Menggunakan pengalaman pelajar, teknik
                  generalisasi, contoh-contoh, bahan dan
                  situasi yang kjonkrit untuk meningkatkan
                  penanggapan dan kaedah inkuiri-penemuan
4. Mengekalkan    - Menyampaikan pelajaran dari konkrit
ingatan dan       kepada abstrak.
mengelakkan       -Memberikan nota penting pada akhir
lupaan            pelajaran.
                  - Mengilustrasi hubungan fakta dalam
                  carta
                  - Mementingkan kefahaman daripada
                  hafalan
Proses                   Aktiviti P & P
Pembelajaran
               - Mempelbagai dan memperbanyakkan
               aktiviti latihan
               - Memberi aktiviti pengukuhan dan
               pengayaan
               - Memberi ujian dari masa ke semasa


5. Membantu    - Memastikan pelajar menguasai
pemindahan     kemahiran dan memperoleh fakta
pembelajaran   dengan tepat dengan ujian ringkas
               - Memberi peluang kepada pelajar
               mengaplikasikan apa yang dipelajari
               - Mempelbagai banyak aktiviti latihan
               - Memberi aktiviti pengayaan
Proses                        Aktiviti P & P
 Pembelajaran
6. Menyebatikan    - Menggunakan teknik menyoal untuk
Kemahiran          menggalakkan pelajar berfikir
Berfikir           - Mengadakan aktiviti perbincangan
                   termasuk sumbangsaran, forum dsb.
                   - Menggunakan teknik penyelesaian
                   masalah dalam situasi yang sebenar
                   - Menggunakan soalan bercapah untuk
                   membimbing pelajar befikir secara analitik,
                   kritik dan rasional
7. Memupuk nilai   - Menjalankan aktiviti kumpulan untuk
dan sikap          memupuk sikap seperti kerjasama, tolong
                   menolong, hormat, toleransi dsb.
                   - Menonjolkan aktiviti budaya sekolah seperti
                   menyanyi lagu patriotik, kempen kebersihan,
                   program Minggu Agama dsb
                   - Menegaskan nilai dlm sesi p & p
                   - Galakkan pelajar sertai ko kurikulum
SEKIAN
     &
TERIMA KASIH

More Related Content

What's hot

Bab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikBab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikHazwani Idrus
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikBmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikPermata_An-Nur
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifAnne Ummu Hurairah
 
Edup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranEdup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranNazri Halim
 
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...Desmon Muroh
 
Model model pengajaran
Model model pengajaranModel model pengajaran
Model model pengajarannik_ruslawati
 
Model model pengajaran
Model model pengajaranModel model pengajaran
Model model pengajaranafiq ikhwan
 
773 article text-1515-2-10-20121203 (1)
773 article text-1515-2-10-20121203 (1)773 article text-1515-2-10-20121203 (1)
773 article text-1515-2-10-20121203 (1)CHIASHEAKKOONMoe
 
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikStrategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikAfiqah Nooh
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalKaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalHaslin Bahkiar
 

What's hot (14)

Bab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikBab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknik
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikBmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 
Resume teaching
Resume teachingResume teaching
Resume teaching
 
Edup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranEdup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaran
 
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
 
Model model pengajaran
Model model pengajaranModel model pengajaran
Model model pengajaran
 
Model model pengajaran
Model model pengajaranModel model pengajaran
Model model pengajaran
 
773 article text-1515-2-10-20121203 (1)
773 article text-1515-2-10-20121203 (1)773 article text-1515-2-10-20121203 (1)
773 article text-1515-2-10-20121203 (1)
 
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikStrategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Ilmu pendidikan
Ilmu pendidikanIlmu pendidikan
Ilmu pendidikan
 
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalKaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
 

Similar to TEORI DAN MODEL P&P

Teori & model p&p
Teori & model p&pTeori & model p&p
Teori & model p&pNurul Nadia
 
Tugas 1 mata kuliah desain instruksional
Tugas 1 mata kuliah desain instruksionalTugas 1 mata kuliah desain instruksional
Tugas 1 mata kuliah desain instruksionalCecep Kustandi
 
TOPIK 2 MODEL-MODEL PENGAJARAN (1).ppt
TOPIK 2 MODEL-MODEL PENGAJARAN (1).pptTOPIK 2 MODEL-MODEL PENGAJARAN (1).ppt
TOPIK 2 MODEL-MODEL PENGAJARAN (1).pptHafizul20
 
Tugas makalah Andi
Tugas makalah AndiTugas makalah Andi
Tugas makalah Andianirsu
 
Macam Macam Gaya Mengajar
Macam Macam Gaya MengajarMacam Macam Gaya Mengajar
Macam Macam Gaya MengajarWahyuniMappa
 
Model-Model Pembelajaran
Model-Model PembelajaranModel-Model Pembelajaran
Model-Model PembelajaranFitri Yusmaniah
 
Daring modul 5 kb_1_ model pembelajaran
Daring modul 5 kb_1_ model pembelajaranDaring modul 5 kb_1_ model pembelajaran
Daring modul 5 kb_1_ model pembelajaranRosmalia Eva
 
LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V Eman Syukur
 
6. MODEL PEMBELAJARAN EFEKSTIF.ppt
6. MODEL PEMBELAJARAN EFEKSTIF.ppt6. MODEL PEMBELAJARAN EFEKSTIF.ppt
6. MODEL PEMBELAJARAN EFEKSTIF.pptChairilArisandi2
 
MATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 Kendari
MATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 KendariMATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 Kendari
MATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 KendariFKIP UHO
 
Teknologi pendidikan
Teknologi pendidikanTeknologi pendidikan
Teknologi pendidikansuryo1
 
2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learning2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learningnurqomariah
 
Dokumen-tips-analisis-swot-dalam-model-pengajaran-pemprosesan-maklumat-dan-mo...
Dokumen-tips-analisis-swot-dalam-model-pengajaran-pemprosesan-maklumat-dan-mo...Dokumen-tips-analisis-swot-dalam-model-pengajaran-pemprosesan-maklumat-dan-mo...
Dokumen-tips-analisis-swot-dalam-model-pengajaran-pemprosesan-maklumat-dan-mo...AlfsbyForum
 
Teknik2 mengajar
Teknik2 mengajarTeknik2 mengajar
Teknik2 mengajarbaharnizam
 
Teknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajarTeknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajarcikgufoo
 
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdfKEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdfayulusiyana
 

Similar to TEORI DAN MODEL P&P (20)

Teori & model p&p
Teori & model p&pTeori & model p&p
Teori & model p&p
 
Teori & model p&p
Teori & model p&pTeori & model p&p
Teori & model p&p
 
Wednesday
WednesdayWednesday
Wednesday
 
Model-model Pembelajaran
Model-model PembelajaranModel-model Pembelajaran
Model-model Pembelajaran
 
Tugas 1 mata kuliah desain instruksional
Tugas 1 mata kuliah desain instruksionalTugas 1 mata kuliah desain instruksional
Tugas 1 mata kuliah desain instruksional
 
TOPIK 2 MODEL-MODEL PENGAJARAN (1).ppt
TOPIK 2 MODEL-MODEL PENGAJARAN (1).pptTOPIK 2 MODEL-MODEL PENGAJARAN (1).ppt
TOPIK 2 MODEL-MODEL PENGAJARAN (1).ppt
 
Tugas makalah Andi
Tugas makalah AndiTugas makalah Andi
Tugas makalah Andi
 
Modul (kb 4) saintifik
Modul (kb 4) saintifikModul (kb 4) saintifik
Modul (kb 4) saintifik
 
Macam Macam Gaya Mengajar
Macam Macam Gaya MengajarMacam Macam Gaya Mengajar
Macam Macam Gaya Mengajar
 
Model-Model Pembelajaran
Model-Model PembelajaranModel-Model Pembelajaran
Model-Model Pembelajaran
 
Daring modul 5 kb_1_ model pembelajaran
Daring modul 5 kb_1_ model pembelajaranDaring modul 5 kb_1_ model pembelajaran
Daring modul 5 kb_1_ model pembelajaran
 
LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V
 
6. MODEL PEMBELAJARAN EFEKSTIF.ppt
6. MODEL PEMBELAJARAN EFEKSTIF.ppt6. MODEL PEMBELAJARAN EFEKSTIF.ppt
6. MODEL PEMBELAJARAN EFEKSTIF.ppt
 
MATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 Kendari
MATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 KendariMATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 Kendari
MATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 Kendari
 
Teknologi pendidikan
Teknologi pendidikanTeknologi pendidikan
Teknologi pendidikan
 
2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learning2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learning
 
Dokumen-tips-analisis-swot-dalam-model-pengajaran-pemprosesan-maklumat-dan-mo...
Dokumen-tips-analisis-swot-dalam-model-pengajaran-pemprosesan-maklumat-dan-mo...Dokumen-tips-analisis-swot-dalam-model-pengajaran-pemprosesan-maklumat-dan-mo...
Dokumen-tips-analisis-swot-dalam-model-pengajaran-pemprosesan-maklumat-dan-mo...
 
Teknik2 mengajar
Teknik2 mengajarTeknik2 mengajar
Teknik2 mengajar
 
Teknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajarTeknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajar
 
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdfKEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
 

TEORI DAN MODEL P&P

  • 1. Teori dan Model Pengajaran & Pembelajaran
  • 2. Konsep Teori Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab yang utama, iaitu, behavioris, kognitif, sosial dan humanis
  • 3. Teori Behaviorisme Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
  • 4. Teori Kognitif Mazhab kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.
  • 5. Teori Sosial Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.
  • 6. Teori Humanisme Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.
  • 7. Model Robert Glazer Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga menekankan maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan, agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan. Kesimpulannya, Model Pengajaran Robert Glaser dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.
  • 8. Model Sim Model Pengajaran Sim pula menjelaskan bahawa proses pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antara beberapa unsur iaitu guru, murid, isi pelajaran dan juga objektif. Model ini dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai bidang komunikasi, iaitu interaksi di antara guru dan murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam suatu persekitaran tertentu. Berdasarkan model ini, objektif pelajaran harus ditentukan secara explisit dan mengikut kebolehan murid- murid. Apa yang membezakan model ini dengan Model Glaser ialah Model Sim menekankan perhubungan yang baik antara guru dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang sihat dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Model ini juga memberi penekanan kepada unsur-unsur persekitaran seperti keadaan bilik darjah yang kondusif sesuai dengan keadaan sosio-ekonomi dan budaya pelajar. Kesimpulannya, dengan pertimbangan-pertimbangan tersebut, interaksi di antara guru, pelajar, objektif, isi pelajaran dan persekitaran dapat diwujudkan dengan berkesan. Seterusnya, keberkesanan proses pengajaran akan dapat dicapai ke tahap optimum.
  • 9. Model Taba Model Pengajaran Taba pula menekankan penyusunan bahan- bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Penyusunan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah diutamakan dalam model ini. Model ini menerangkan bahawa seseorang pelajar melakukan operasi kognitif ke atas bahan pengajaran atau pemilihan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat seperti berikut; menyusun data atau fakta dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan perbezaan, menggolong dan mengelas fakta-fakta menjadi kategori dan memberi label kepadanya, membuat generalisasi atau kesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori-kategori itu, dan mengaplikasi generalisasi yang diperolehi. Rumusannya, dengan merujuk kepada model ini, guru dapat merancang pengajaran dengan membahagikan topik kepada generalisasi, konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai.
  • 10. Model Latihan Terus Model Arahan Terus pula merupakan satu model pengajaran yang bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang boleh diajar dengan cara langkah demi langkah. Model ini juga dikenali sebagai ‘Model Latihan’ dan ‘Model Pengajaran Aktif’. Model ini dibentuk khas untuk merangsang pembelajaran pelajar berkaitan pengetahuan berprosedur (procedural knowledge) yang memerlukan sama ada kemahiran asas atau komprensif dan juga berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan pengajaran langkah demi langkah. Model ini menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula.
  • 11. Model Inkuiri Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.
  • 12. Contoh Proses Pembelajaran dan Aktiviti P & P Proses Aktiviti P & P Pembelajaran 1. Mewujudkan - Merancang isi pelajaran mengikut kesediaan belajar kebolehan pelajar serta susunan yang sesuai - Menyediakan alat bantu mengajar - Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif 2. Mewujudkan -Menggunakan set induksi yang menarik motivasi - Menggunakan pengalaman pelajar untuk mengaitkannya dengan pelajaran baru - Membangkitkan naluri ingin tahu pelajar dengan soalan mencabar -Mewujudkan semangat bersaing
  • 13. Proses Aktiviti P & P Pembelajaran 3. Meningkatkan - Menggunakan alat pandang dengar untuk pengamatan dan meningkatkan pengamatan pelajar penanggapan - menggunakan ilustrasi dan demonstrasi yang jelas untuk pelajar mencontohinya - Menggunakan pengalaman pelajar, teknik generalisasi, contoh-contoh, bahan dan situasi yang kjonkrit untuk meningkatkan penanggapan dan kaedah inkuiri-penemuan 4. Mengekalkan - Menyampaikan pelajaran dari konkrit ingatan dan kepada abstrak. mengelakkan -Memberikan nota penting pada akhir lupaan pelajaran. - Mengilustrasi hubungan fakta dalam carta - Mementingkan kefahaman daripada hafalan
  • 14. Proses Aktiviti P & P Pembelajaran - Mempelbagai dan memperbanyakkan aktiviti latihan - Memberi aktiviti pengukuhan dan pengayaan - Memberi ujian dari masa ke semasa 5. Membantu - Memastikan pelajar menguasai pemindahan kemahiran dan memperoleh fakta pembelajaran dengan tepat dengan ujian ringkas - Memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari - Mempelbagai banyak aktiviti latihan - Memberi aktiviti pengayaan
  • 15. Proses Aktiviti P & P Pembelajaran 6. Menyebatikan - Menggunakan teknik menyoal untuk Kemahiran menggalakkan pelajar berfikir Berfikir - Mengadakan aktiviti perbincangan termasuk sumbangsaran, forum dsb. - Menggunakan teknik penyelesaian masalah dalam situasi yang sebenar - Menggunakan soalan bercapah untuk membimbing pelajar befikir secara analitik, kritik dan rasional 7. Memupuk nilai - Menjalankan aktiviti kumpulan untuk dan sikap memupuk sikap seperti kerjasama, tolong menolong, hormat, toleransi dsb. - Menonjolkan aktiviti budaya sekolah seperti menyanyi lagu patriotik, kempen kebersihan, program Minggu Agama dsb - Menegaskan nilai dlm sesi p & p - Galakkan pelajar sertai ko kurikulum
  • 16. SEKIAN & TERIMA KASIH