Dokumen ini berisi ucapan terima kasih penulis kepada dosen dan teman-teman yang membantu menyelesaikan tugas kursus, serta keluarga yang memberikan dukungan. Penulis juga meringkaskan ilmu yang didapat dari mengerjakan tugas tersebut, dan menekankan peranan mahasiswa untuk memajukan pendidikan di negara.
1. i
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim. Syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan rahmat-Nya, akhirnya
saya dapat menyelesaikan tugasan kursus BMMB 3073 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah. Saya juga menjulang setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Zurihan bin
Yusoff, atas kesudian beliau memberikan tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak
membantu dengan memberikan banyak penerangan,tunjuk ajar dan nasihat kepada saya
dalam menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya, segala kerjasama dan bantuan beliau saya
dahului dengan setinggi-tinggi penghargaan.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak membantu sama
ada secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya dalam memberikan idea-idea dan
pendapat yang bernas berkenaan kerja kursus ini. Tidak lupa juga ucapan setinggi
penghargaan ditujukan kepada ahli keluarga saya yang tidak pernah jemu memberikan
sokongan moral walaupun hanya dari jauh serta semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan
tugasan ini.
Banyak ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sejajar
dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan
mahasiswa terutama bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai bidang pendidikan
di negara ini. Akhir sekali, sekali lagi saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Segala jasa tuan puan akan saya kenangi.