SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
KESAN MENDALAM APABILA KITA SERING MENGINGATI MATI


        Apakah yang dikatakan mati menurut pandangan Islam? mati ialah perpisahan antara rohani
seseorang dengan jasmaninya atau nyawa keluar meninggalkan badan setelah genap tempoh hidup di
dunia. Tubuh yang kasar akan kembali ke asal kejadiannya, iaitu tanah, dan nyawa kembali kepada yang
mencipta, iaitu Allah s.w.t

         Bagaimana rasanya mati? Rasulullah s.a.w ada bersabda, maksudnya : “Sesiapa yang mati
bererti telah datanglah kiamat.” Lantaran itu orang yang memahami hakikat “mati” dengan perngertian
yang sebenar akan lebih giat bekerja dan berusaha kepada perkara yang berfaedah untuk dunia dan
akhirat. Setiap kali seseorang itu teringat akan mati, terbayanglah peristiwa sewaktu akan mati dan
selepasnya. Terbayang juga soalan yang akam ditimbulkan oleh Allah mengenai segala amalan selama di
dunia.

         Iman Ghazali pernah menulis dalam kitabnya : “Kedahsyatan pertama adalh terjadi pada kiamat
kecil. Dan semua kedahsyatan kiamat besar ada bandingan atau gambarannya dalam kiamat kecil itu.
Seperti bergempa bumi misalnya. Maka tanah tempat seseorang berada terasa bergegar pula ketika ia
sedang menghadapi mati. Dengan mengalami mati bererti mangalami kiamat kecil. “

       Ajal kematian akan tetap sampai kesemua makhluk yang bernyawa

       “Adanya sakit itu sebenarnya menjadi peringatan akan adanya mati yang tidak boleh dielakkan.
Malah adanya masa tua itu pun sebagai alamat pula,“ demikian Iman Ghazali menulis lagi.

        Mati iaitu tidaklah lama, hanya beberapa detik sahaja, iaitu ketika tercabut nyawa daripada
jasad manusia. Setelah selesai nyawa meninggalkan badan, tidak ada lagi mati selepas itu, bahkan alam
yang lebih kekal akan ditempohi berbekalkan amalan ketika hidup didunia.

       Allah berfirman dalam Surah al-Waaqiah, ayat 48 bermaksud : “ada pun jika yang mati ialah
orang yang mendekati diri kepada Allah, maka matinya adalah tenang dan nikmat.”

        Sesungguhnya mati adalah sesuatu kejadian yang dahsyat dan hebat. Maka lupakanlah mati
atau tidak mengingati akan mati adalah sesuatu kebodohan, manakala mengingati mati adalah sesuatu
kesedaran atau pengertian tentang diri sendiri dan tentang hakikat hidup ini.

        Bagaimanapun, mengingati mati tanpa pengertian yang jelas akan menyebabkan penderitaan
batin yang amat berbahaya, teapi mengingati mati dengan penuh pengertian dan kepercayaan hidup
sesudah mati itu akan menimbulkan rasa keberanian dan kebahagiaan hidup di kedua-dua alam dunia
dan akhirat.
Mengenangkan pembalasan buruk yang akan diterima selepas jika membuat dosa akan
membuat seseorang itu sentiasa menggunakan masanya dengan baik. Apabila ia teringat akan mati,
terus teringat pula akan disoal mengenai masa hidupnya. Dengan cara begini setiap masanya akan
digunakan untuk kerja yang berfaedah dan mamberi kebajikan.

        Mati adalah laksana suatu gerbang perbatasan di antara hidup fana ini menuju ke arah
kehidupan yang maha luasa dan baqa, iaitu hidup akhirat. Kalau kita fikirkan hal ini dengan tenang. Tidak
ada alasan kepada kita untuk takut menghadapi mati. Kalau ada yang takut menghadapi mati hanyalah
kerana melihat bangkai terlantar dengan muka yang pucat kuning tanpa darah mengalir dalam
tubuhnya.

       Ada yang takut mengingati mati kerana memikirkan bahawa bangkai yang terbujur itu akan
dimasukkan ke liang lahad dan akan tinggal sepi tanpa berteman. Keadaan begini menyebabkan seorang
Maharaja Benua Tiongkok beribu-ribu tahun dahulu menitahkan suatu tempat yang tidak akn didatangi
oleh kematian. Bagaimanapun, usaha itu gagal, kerana Tuhan telah menjanjikan bahawa setiap yang
bernyawa pasti mati.

PERASAAN

         Walaupun seseorang itu berusha bersungguh-sungguh dan bertungkus lumus menjalankan
kerja, namun ia tetap tidak kuasa memanjangkan nyawanya. Kerana itu ia perlu memilih hidup yang
sederhan dan tidak bermegah-megah, tidak gilakan harta dan pangkat, tidak pentingkan sanjungan. Apa
yang penting baginya ialah bekalan untuk menghadapi mati.

        Justeru itu, seseorang itu menjadi lebih cekap, bersih dan amanah. Tidak suka menipu dan
menerima rasuah untuk kepentingan diri sendiri. Bagi merekia perbuatan ini tidak memberi erti, kerana
segala yang diperolehi itu tidak kekal malah menambahkan dosa. Apabila teringatkan mati, bayang-
bayang pembalasan bermain di kepala betapa azabnya orang yang banyak dosa ketika menghadapi mati.

        Meskipun orang yang mengaku beriman, namun perhitungan dosa itu dan kesalahan yang
dilakukan ketika hidupnya akan mandapat perhitungan juga. Kelepasan dan keringan hanya akan
berlaku sesudah mengadakan pertimbangan dan imbangan antara berat ringannya kebaikan dan
kesalahan itu.

        Allah menegaskan, orang yang mati kerana mempertahankan kebenaran dalam dunia ini, adalh
hidup. Firman yang bermaksud: “Janganlah kamu sangka bahawa orang yang terbunuh pada kalan
Allah, bahawa dia mati bahkan dia hidup. Di sisi Tuahan mereka diberi rezeki. Mereka bersukacita
dengan apa yang diberikan Allah. Dan mereka menyatakan kegembiraan untuk orang yang belum
menuruti mereka dari belakang, bahawa tak usah takut dan usah berdukacita.“ (Surah ali-Imran, ayat
169-170).

        Orang yang beriamn kepada Allah akan menghadapi maut bukan dengan perasaan putus asa,
tetapi dengan penuh kerelaan dan penyerahan yang tulus ikhlas. Kerana maut seseorang yang takwa
seperti pasukan payung terjun yang melompat dari kapal terbang di angkasa.
Dengan kepercayaan dan keyakinan penuh, keimanan dan ibadatnya akan bertindak seperti
paying terjun yang akan mengembang menyelamatkan jiwanya. Hanya beberapa saat sahaja terapung-
apung rohnya, dan akhirnyadia dapat berpijak di alam kembali, iaitu alam yang kekal dan abadi.

       Seseorang yang telah menghadapi mati,dia akan berada dalam satu tempoh sebhelummendapat
pembalasan baik san buruk. Tempoh yang pertam ialah masa menunggu, iaitu sesudah manusia
mengalami mati dan dikebumikan hinggalah dtang kiamat. Tempoh ini dinamakan ‘alam barzakh’

        Tempoh kedua dinamakn tempoh peralihan, yang bermula dari terjadinya kiamat hinggalah
selama 40 tahun ( di dalam kiraan tuhan ) Di mana waktyu yang selam itu alam bauan akan m enjadi
sunyi sepi, senyap tiada sedikit pun terdengar desiran angin dan riak air.

       Setelah cukup 40 tahun, maka sampailah waktu kebangkitan yang semua manusia akan
dihidupkan semula. Pada masa inilah terjadinya semula kehidupan roh dan jasad seperti sediakala untuk
menghadapi perbicaraan. Tempoh menunggu hari perbicaraan itu juga selama 40 tahun, iaitu manusia
akn berkumpul di Padang Mahsyar.

         Cukup tempoh yang ditetepkan itu, sampailah masanya kepada tempoh ketiga, iaitu waktu
hisab. Inilah satu-satunya waktu yang genting untuk menentukan hakim yang maha arif dan maha adil.
Tempoh ini dinamakn ‘al-yaumuddin’.

        Dengan jelas Rasulullah s.a.w menerangkan masa yang akan ditempuhi sesudah mati. Baginda
berkata: Seorang hamba Allah yang beriman, apabila telah mulai terputus dengan duniadan akan
menghadap ke akhirat datanglah malaikat dari langit, jernih mukanya laksan matahari membawa kain
kain kafan dari kafan syurga, dan harum-haruman syurga.

         Maka duduklah malaikat-malaikat itu merenungnya di sekelilingnya. Kemudian dating pula
malaikatulmaut lalu duduk di sisi kepalanya. Maka dia pun berkata: “Wahai diri yang baik, keluarlah
engakau dengan keredaan Allah.” Maka keluarlah nafas itu dari tubuhnya laksana mangalir titisan air
dari piala, lalu diambil pula oleh malaikat-malaikat tadi dan dimasukkan nya ke dalam kafan yang dibawa
itu kemudian diberinya haruman dan dibawanya pergi laksana manatang sejemput kasturi yang
harumdari permukaan bumi.

         Sesudah itu mereka pun membawanya naik ke langit dan setiap kali terjumpa dngan segolongan
malaikat lalu bertanya: Apakah bau yang harum ini? Malaikat yang membawa itu membawa: “Si polan
anak si Polan.” Disebut namanya yang seelok-elok dipakai ketika di dunia.

       Setelah sampai ke langit dunia, malaikat-malaikat itu meminta dibukakan pintu langit itu, lalu
dibukakan. Maka penggawa langit pertama menghantarnya pula sampai ketujuh, lalu Allah
memerintah: “Tuliskan hambaku ini di tempat orang yang mulia, dan bawalah kembali ke bumi kepada
tubuhnya.”

      Kemudian datang pula dua malaikat dan duduk berhampirannya lalu berkata: “Siapakah
Tuhanmu?” Dia menjawab: “Tuhanku, Allah!”
MALAIKAT

        Apakah agamamu?
        “Agamaku Islam!”
        Siapakah orang yang diutus kepadamu?
        “Dia adalah Rasulullah!”
        Bagaimana engkau tahu?
        “Aku baca Kitab Allah, dan aku percaya akan dia dan aku benarkan!”

       Justeru itu, kedengaranlah seruan penjuru dari langit: “Telahmembenarkan hambaku, maka
sediakanlah hamparan untuknya dalam syurga.” Dengan itu dibuka baginya sebuah pintu ke syurga
dengan segala harum-haruman dan dila[pangkan kedudukannya dalam kubur sejauh mata memandang.

        Setelah itu dating pula kepadanya seorang yang mukanya baik, pakaiannay bagus dan baunya
harum terus berkata: Senangkanlah hatimu denganbarang yamg menggembirakan engkau, inilah hari
yang telah dijanjikan buat engkau.”

        Kemudian dia bertanya: “Engkau ini siapa? Mukamu sangat elok membawa khabar baik!”

        Jawabnya: “Sya ini adalah amalmu yang salih.” Apabila mendengar perkataan itu, lalu ia
berkata: “Ya Tuhanku! Lekaslah dirikan kiamat supaya aku kembali kepada ahliku dan hartaku.”

       Seterusnya Nabi bersabda lagi: “Dan hamba Allah yang kafir, a*pabila telah terputus dengan
dunia dan menghadap akhirat, turun pula malaikat yang mukanya hitam membawa bungkusan, mereka
pun duduk merentang penglihatan.

        Kemudian dating malaikatulmaut lalu duduk di sisi kepalanya dan berkata: “Hai diri yang keji!
Keluarlah engkau dengan kebencian Allah dan kemurkaannya.” Maka dia pun memisahkan roh itu dari
badannya dan dicabut laksana mencabut duri dari bulu yang kotor lalu diambilnya. Dengan sekelip mata
sahaja dimasukkannya ke dalam bungkusan buruk, seolah-olah bangkai yang paling busuk dibawanya
terbang ke langit.

        Setiap kali bertemu dengan kelompok malaikat, mereka bertanya: “Apakah bau busuk ini?”
malaikat itu menjawab: Si Polan ank si Polan,” disebut dengan seburuk-buruk namanya yang dikenali
ketika sampai ke langit dunia. Malaikat itu meminta supaya dibuka pintu langit itu, tidak ada siapa yang
mahu membukanya.

        Lalu Rasulullah s.a.w membaca ayat al-Quran dalam surah al-A’raf, ayat 40, maksudnya:
“sesungguhnya orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan memandang rendah kepadanya, tidaklah
dibuka bagi mereka pintu langit dan tidaklah mereka masuk ke dalamsyurga, sebelum unta dapat
dimasukkan ke dalam lubang jarum.”

       Maka Allah memerintahkan: “Tuliskanlah kitabnya dalam penjara, dibawah bumi yang paling
bawah. Terus dilemparkan rohnya itu, kemudian Nabi membaca pula ayat bermaksud: “Dan sesiapa
yang mensyirikkan Allah, adalah dia seakan-akan tersungkur jatuh dari langit, lalu berebut-rebut burung
atau diterbangkan angin ke penjuru yang jauh.” (Surah al-Hajj, ayat 31).

       Selepas itu dikembalikan rohnya ke dalam tubuh semula dan didatangi oleh dua malaikat terus
duduk berhampirannya lalu bertanya:

       Siapa Tuhanmu?’ Dia menjawab: ‘Saya tidak tahu.
       ‘Apa agamamu?’
       ‘Saya tidah tahu!
       Siapakah orang yang diutus pada mu itu?
       “Saya tidak tahu!”

        Kemudian datanglah seruan dari langit, bahawa orang itu adalah seorang yang telah melakukan
dusta. Sebab itu sediakanlah hamparannya dalam neraka, dan dibuka sebuah di antara pintu neraka.
Kelihatanlah melambai-lambai ke arahnya kepanasan dan angin samumnya. Kubur pun kian sempit
hingga berlaga tulang dalam jasadnya.

         Maka datanglah seorang yang mukanya sangat buruk dan pakaian yang buruk serta baunya
sangat busuk, terus berkata: “Sekarang terimalah hal yang sangat menyakitimu, inilah hari yang telah
dijanjikan buat engkau!”

        Si mayat bertanya: “Engkau ini siapa? Dating dengan rupa yang sangat buruk pula?” lalu
dijawabnya: “Saya ini adalah amalanmu yang buruk!” lantas orang itu berseru: “Ya atuhan! Janganlah
dating kiamat!

         Bagaimanapun, umat Islam janganlah selalu berbangga akan menjadi umat yang masuk syurga
di hari kemudian sebelum mereka memberikan amal perbuatan yang diwajibkan oleh Allah dan
melemparkan jauh yang tidak diredai-Nya.

        Sifat penakut, fasif, mengharapkan kadar Qada, mementingkan diri sendiri, cuba menjatuhkan
kawan jika kawan melebihinya dirinya, umpat-mengumpat dan pelbagai lagi sifat keji mestilah
dihapuskan san dikikis dari jiwa umat Islam sejat.

        Apakah sebenarnya, ilmu yang terkandung di dalam Quran dan Hadis? Sesetengah masyarakat
Islam sendiri menganggapkan bahawa Quran dan Hadis itu semata-mata ilmu untuk ibadat tertentu.

       Kenapa anggapan yang sedemikian ada dalam kalangan umat Islam sendiri? Hal ini
membuktikan bahawa orang itu tidak mendalami agama Islam! Dengan sebab itulah agama Islam yang
suci menjadi kabur lantaran tertutup oleh kekalutan jiwa mereka sendiri.

        Sekiranya segala hikmat dan hidayah serta ilmu pengetahuan Islam tidak dapat dinikmati oleh
umat Islam sendiri, maka orang Islam akan sentiasa meraba-raba dan berpaut dengan apa sahaja yang
tersentuh dan terasa oleh tangannya.
Al-Quran ada menyebut, bahawa Allah telah menjadikan sifat ‘cinta mati’ sebagai tanda iman,
dan Allah menguji serta mencuba hati orang yang derhaka dengan kematian.

        Lantaran itu, kita mesti selalu ingatkan mati supaya ia sentiasa menjadi penasihat kepada kita.
Tetapi bagaimanakah cara yang berkesan supaya dapat selalu mengingati mati?

               Dengan menziarahi orang sakit,
               Selalu menyaksiakn orang yang hamper-hampir hendak mati,
               Melawat keluargayang ada ahlinya mati,
               Menyaksikan atau menguruskan jenazah sehingga masuk ke liang kubur, dan
               Menziarahi kubur.

        Dengan sedemikian akan menimbulkan kesan yang mendalam ke atas diri setiap insane.
        Cukuplah untuk member keinsafan bahawa saat mati kita semakin hampir, membuktikan
        bahawa hidup ini tidak kekal. Dengan itu kesombongan, kemegahan, kekuasaan, kedudukan,
        keperwiraan, kezaliman dan apa jua tidak dapat menghalang seseorang itu daripada menemui
        maut.

        Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Cukuplah dengan maut itu sebagai pengajaran.”
Rumahtangga perlu dibina berasakan cirri Islam


       Setiap tahun, terutama sekali bualn Disember, memperlihatkan banyak pasangan mendirikan
rumah tangga.

       Bagi setiap pasangan yang sudah tentu mengharapkan perkahwinan mereka ini akan berkekalan
di samping mewujudkan sebuah keluarga yang aman bahagia.

       Dalam hubungan ini, tidak semua perkahwinan akan bahagia berkekalan sepertimana yang
diharapkan. Perkahwinan yang didahului dengan cinta tidak semestinya menjamin kebahagiaan dan
berkekalan.

      Juga, kadang-kadang perkahwinan yang didirikan atas dasar pilihan orang tua pun tidak dapat
mengekalkan hidup suami isteri dalam sesebuah rumahtangga.

        Pendek kata, segala harapan hanya tinggal menjadi impian sahaja. Ikatan janjidan kemahuan
hendak hidup bersama tidak menjadi kenyataan. Rumah tangga yang telah didirikan selama ini, tidak
kira sama ada atas dasar suka sama suka atau diaturkan oleh orang tua, runtuh dan akhirnya, mereka
berpisah.

       Punca utama ialah suami dan isteri kurang memahami atau gagal melaksanakan tugas dan
tanggungjawab masing-masing. Jika berkehendakkan sesebuah rumah tangga yang bahagia dan
berkekalan, maka ia memerlukan kerjasama dari kedua-dua belah pihak.

      Dalam soal rumah tangga, ada sebilangan suami yang bukan sahaja tidak faham mengenai
kedudukannya sebagai seorang suami malah tidak tahu apakah yang seharusnya dilalkuakan untuk
membentuk sebuah rumah tangga yang harmoni serta berkekalan. Mereka hanya berusaha sekadar
mencukupi keperluan seperti makn, minum dan pakaian untuk isteri.

        Sebaliknya pula, ada sebilangan isteri yang kurang memahami tugas dan tanggungjawab yang
diwajibkan sebagai seorang isteri. Mereka hanya menumpukan fikiran dan perhatian kepada melahir
dan menjaga anak-anak sahaja. Ini menyebabkan layanan kepada suami diabaikan.

       Di dalam Islam, amatlah jelas bahawa yang berhak menjadi ketua dan pemimpin dalam
sesebuah rumah tangga adalah si suami sepertimana yang difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam surah
an-Nisaa’, ayat 34 yang bermaksud:

        “Kaum lelaki itu adalah pemimpin pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempua,
oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberaoa keistimewaan) atas orang-
orang perempuan , dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah)
sebahagian dari harta mereka”.
Oleh itu, keharmonian rumah tangga mungkin tidak tercapai sekiranya si isteri mengambil alih
menjadi ketua dan pemimpin dalam rumah tangga.

       Tidak dapat dinafikan bahawa keadaan yang amat mendukacitakan ini memang ada berlaku
pada hari ini; lebih-lebih apabila si isteri bergaji lebih dari si suami. Ada juga si isteri yang memerintah
serta mengarahkan suaminya berbuat itu dan ini.

       Berdasrkan kepada ayat di atas, sekiranya keadaan yang menyedihkan ini berlaku, sudah tentu
akan menjadi suatu penghalang yang bolehmenyekat kebahagiaan, keharmonian dan kerukunan
sesebuah rumah tangga.

       Untuk mengelakkan sesebuah rumah tangga daripad mengalamisebarang keruntuhan serta
menjauhkan si suami dan si isteri daripada gejal-gejala perselisihan faham yang mungkin membawa
kepada perceraian di samping menyelamatkan anak-anak jika ada, daripada menjadi mangsa perceraian,
maka Allah s.w.t telah menetapkan tugas dan tanggungjawab si suami dan si isteri.

        Tugas dan tanggungjawab suami dan isteri:

                Member dan menyediakan sekadar mampu dan tidak melampaui batas, nafkah
                perbelanjaan rumah seperti makan dan minum, pakaian dan tempat tinggal yang sesuai
                di mana si isteri akan merasa aman dan damai tinggal di dalamnya.
                Member kepuasan nafkah batin kepada si isteri. Ini akan menghindarkan si isteri dari
                berlaku curang dan melanggar tatasusila kekeluargaan.
                Mengelakkan diri dari menyakiti hati serta perbuatan yang boleh memudaratkan si isteri.
                Bertimbang rasa dan berlaku adil serta menunjukkan perangai yang baik terhadap si
                isteri.
                Bergaul dengan si isteri debgan cara yang baik dan mesra, seperti lemah lembut dan
                bermanis muka.
                Berilah nasihat dan pendidikan yang baik kepada si isteri dan janganlah dia difitnahkan
                tanpa apa-apa bukti yang sah. Sentiasa mengamalkan sifat berterus terang kepadanya
                dan janganlah membohongi si isteri kerana sekiranya ini diketahui oleh si isteri, ini akan
                menimbulkan kesan kepadanya di man si isteri akan mula membohongi si suami pula.
Isteri yang taat kepada suami

   Janganlah sekali-kali memperhambakan si isteri. Berilah si isteri hak-haknya sebagai seorang
   isteri.
   Memberi keizinan dan kesempatan kepada si isteri untuk menziarahi dan mengunjungi
   keluarganya.
   Si suami mestilah menerima dengan penuh ikhlas nasihat-nasihat isteri yang logic dan
   munasabah untuk kebaikan rumah tangga.
   Si suami dibolehkan memukul isterinya untuk member pengajaran sahaja dan bukan kerana
   mengikut sentiment marah dan nafsu apabila untuk membalas dendam. Ini juga telahditegaskan
   oleh Allah s.w.t dalam surah an-Nisaa’, ayat 34. FirmanNya, yang bermaksu:

“Dan permpuan-perempuan yang kamu bimbang melakuakn perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah
kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan
(kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan
mengajarnya).

Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk
menyusahkan dia. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar”.

Si suamidilarang memukul muka isteri serta mencaci dan makinya. Si suami dilarang juga tidak boleh
menghalau si isteri ke rumah orang lain.

Tugas dan tanggungjawab isteri terhadap suami:

       Bersifat jujur, ikhlas dan patuh serta mentaati suaminya di dalm segala urusan asalkan ia
       tidak bertentangan dengan hukum agama. Ketaatan mestilah diberi sepenuhnya kepada si
       suami.
       Ini juga bertentangan dengan firman Allah s.w.t, juga dalam surah an-Nisaa’, ayat 34, yang
       bermaksud: “Maka perempuan –perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah dan
       suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apajua yang wajib dipelihara)
       ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya.”
       Memakai pakain yang bersih dan bersopan santun serta berharum-haruman di dalam rumah
       dan dihadapan suaminya. Dalam kata lain, si isteri mestilah bersifat timbang rasa kepada si
       isteri.
       Melayani serta menunaikan kehendak si suami dan jangan sekali-kalimenolak
       permintaannya untuk melakukan persetubuhan selagi ia tidak akan membawa apa-apa
       kemudaratan dan juga tidak bertentangan denagn hokum agama. Di sebaliknya, did lam hal
       ini, si suami juga mestilah bersifat bertimbang rasa kepada si isteri.
       Berkelakuan sopan terhadao si suami dan mengadakan pertuturan yang baik serta tidak
       menyakiti hati si suami.
       Jangan sekali-kali memberati si suami di dalam soal nafkah seperti pakaian, wang atau pun
       tempat tinggal yang di luar kemampuan si isteri.
Hendaklah menjaga kebersihan rumah dan harta benda di dalamnya. Barang-barang
          kepunyaan si suami tidak boleh diberikan kepada orang lain tanpa terlebih dahulu
          mendapat mendapat keizinannya.
          Janganlah keluar rumah bersiar-siar mengikut kehendak hati tanpa terlebih dahulu
          diizinkannya. Si isteri juga tidak dibenarkan membawa masuk kedalam rumahnya seorang
          lelaki tanpa juga mendapat keizinan dari si suami terlebih dahulu. Ini ada lah untuk menjaga
          maruah dan kehormatan si suami. Pendek kata, si isteri mestilah mengelakkan dirinya dari
          melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah dan menjejaskan nama baik suaminya.
          Sekiranya harta si isteri melebihi si suami, maka janganlah si isteri membangga-banggakan
          hartanya di hartanya di hadapan si suami serta mencemuhnya.
          Segera meminta maaf kepada si suami sekiranya si isteri yang telah berlaku salah
          kepadanya. Pergaduhan yang dibiarkan berpanjangan tanpa bermaaf-maafan adalah tidak
          baik yang mana ini boleh memperjejaskan keharmonian rumah tangga.
          Si isteri juga mestilah mendengar dan menerima nasihat si suami demi mewujudkan sebuah
          rumah tangga yang aman, damai dan berkekalan.

       Si suami dan si isteri yang dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing akan
dapat mengelakkan rumah tangga meraka dari kucar-kacir dan perpecahan. Dengan keadaan aman dan
damai, maka usaha mereka ke arah mewujudkan sebuah rumah tangga yang bahagia dan berkekalan
sehingga ke akhir hayatakan tercapai, insya-Allah.

       Kesimpulannya, sesebuah rumah tangga yang bahagia dan berkekalan bergantumg kepada
kerjasama, saling mengerti dan tanggungjawab kedua belah pihak, iaitu suami dan isteri.
APA HUKUM BERIMANKAN ORANG FASIK ?
Soalan

   1. Kami beberapa orang pelajar Islam dari Malaysia dan pelajar-pelajar Islam daripada negara-
      negara lain yang sedang menuntut di Amerika dan tinggal di salah sebuah bandar di negara itu
      mengalami kesukaranuntuk menunaikan solat jumaat dan solat dua hari raya kerana ketiadaan
      masjid.
      Ada di antara kami bercadang hendak menyewa sebuah gereja untuk tujuan itu. Tetapi ada
      pelajar yang tidak menyetujuinya dengan alas an tidak wajar orang Islam bersembahyang di
      gereja?
      Kami ingin tahu, apakah hukumnya orang Islam bersembahyang di gereja?
   2. Apakah hukumnya seorang perempuan bersembahyangdengan memakai purdah (menutup
      mukanya dan hanya menampakkan dua matanya sahaja?)
   3. Benarkah tidak sah kita mengikut iman yang diketahui sebagai anak zina(anak luar nikah)
   4. Apakah hukumnya berimankan orang fasik?

Jawapan

   1. Orang Islam bersembahyang di gereja hukumnya makruh, atau boleh jatuh kepada haram, iaitu
      bergantung kepada keadaan gereja itu.
      Sekiranya di dinding gereja itu ada gambar-gambar atau panting-patung, maka hukumnya
      adalah haram orang Islam sembah yang di dalamnya, sekalipun ia bersih daripada najis-najis.
      Sebaliknya pula jika di dindingnya tidak ada gambar-gambar atau patung-patung dan tidak pula
      menimbulkan sangkaan, bahawa ia membesarkan syiar-syiar ibadah agama mereka, maka
      hukumnya makruh mendirikan solat di dalamnya.
   2. Dimakruhkan kepada perempuan bersembahyang dengan menutup mukanya dan
      menampakkan dua matanya sahaja. (Lihat: Al-Qaul, al-Tam, Imam Syafii).
   3. Tidak benar. Tetapi sah solat kita berimamkan anak zina dan juga orang yang tidak diketahui
      bapanya seperti anak pungut, Cuma dihukumkan makruh sahaja.
   4. Berimamkan orang fasik hukumnya adalah makruh juga.
      Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: “Allah tidak meneriama akan sembahyang orang yang
      menjadi imam di antara satu kaum, sedang mereka benci kepadanya.” (kebencian mereka itu
      disebabkan hal keagamaan). –(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah daripada
      Abdullah Bin Umar).
Lafaz niat solat sunat Jumaat
Soalan

   1. Bagaimanakah niat dan lafaz niat solat sunat sebelum dan selepas fardu Jumaat. Adakah niatnya
      dibuat mengikut imam seperti sembahyang fardu Jumaat?
   2. Bagaimanakah cara duduk yang betul pada tahiyat awal dan duduk tahiyat atau ketika hendak
      membaca selawat sahaja? Sampai bila jari telunjuk itu mesti diluruskan dan sejak bila pula jari-
      jari tangan kanan digenggam?
   3. Adakah solat sunat tahiyatul masjid itu sebaik-baik sahaja kita masuk ke masjid untuk
      mengerjakan sebarang solat fardu?
   4. Jika soalt berjemaah pada fardu-fardu lain, adakah akan dilakukan soalt sunat sebelum dan
      selepasnya?
   5. Bilakah kita disunatkan mengangkat tangan ke paras bahu dan pada rakaat ke berapa? Saya
      dapati ada orang yang mengangkat tangan ketika hendak ruku’ dan sujud, tetapi ada juga yang
      tidak berbuat demikian.

Jawapan

   1. Lafaz niat solat sunat sebelum Jumaat: “Usolli sunnatal Jumu’ati raka’ataini qabliyyatan lillahi
      Ta’ala” (Sahaja aku solat sunat sebelumnya keran Allah Ta’ala).
      Lafaz niat solat sunat selepas fardu Jumaat pula: “Usolli sunnatal Jumu’ati raka’ataini
      ba’diyyatan lillahi Ta’ala” (Sahaja aku solat sunat Jumaat dua rakaat sesudahnya kerana Allah
      Ta’ala).
   2. Seseorang itu disunatkan duduk fardu iftirasy (bersimpuh) pada tahiyat awal dan duduk
      tawarruk pada tahiyat akhir.
      Duduk iftirasy iaitu duduk di atas buku lali sebelah kiri, tapak kaki kana ditegakkan, hujung jari
      kanan dihadapkan ke kiblat. Sementara duduk tawaruk pula sama seperti duduk iftirasy, tetapi
      tapak kaki yang kiri dikeluarkan ke sebelah kanan dan punggung sampai ke tanah.
   3. Ya, solat sunat tahiyyatul masjid dilakukan apabila kita masuk masjid dan sebelum duduk,
      disunatkan melalkukannya tak kira sama ada tujuan masuk masjid atau sunat lain-lainnya.
      Tujuan solat itu untuk menghormati masjid.
   4. Ya, disunatkan melakukan solat sunat sebelum dan sesudah solat-solat fardu yang lima sama
      ada solat fardu itu dilakukan dengan berjemaah atau secara sendirian, kecuali solat Asar dan
      Subuh tiada disunatkan solat selepasnya.
   5. Disunatkan mengangkat kedua-dua tangan setinggi bahu serta kedua-dua dihadapkan selain dari
      ketika berdiri tahiyyat awal.
Beberapa syarat kelayakan menjadi imam
Sesebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang yang berpelajaran, berpengalaman, bijak dan
bertanggungjawab, maka penumpangnya sudah tentu dalam keadaan selesa dan tenang. Mereka yakin
kenderaan yang dinaikinya itu ndalam keadaan selamat dan akan sampai ke tempat yang dituju.

       Demikianlah perumpamaan sebuah jamaah dalam sembahyang yang dikendalikan oleh seorang
imam yang memiliki sifat-sifat khusus yang dikendalikan oleh agama, maka makmumnya berasa selesa,
tenteram dan khusyuk, tidak gelisah dan tidak dalam keadaan rimas.

       Dalam sesebuah kariah atau jamaah, imam hendaklah terdiri daripada orang yang benar-
benarlebih mempunyai kelayakan di segenap segi, kerana ia berfungsi menarik hati orang ramai
memakmurkan masjid atau surau.

       Imam juga menjadi contoh dan ikutan dalam menghayati ajaran Islam. Di samping itu imam
menjadi tumpuan untuk meminta nasihat da menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli
jamaah setempat.

Siapakah orang lebih utama menjadi imam?

       Orang yang lebih faqih (yakni yang lebih faham mengenai kagamaan terutama daklam perkara
       yang berkaitan dengan solat).
       Orang yang qari’ (elok bacaan al-Quran dari segi tajwid , sebutan huruf dan sebagainya).
       Orang yang wara’.
       Orang yang lebih dahulu berhijrah (di zaman hayat Rasulullah s.a.w. dan zaman sahabat)
       Orang yang lebih nasab atau keturunannya.
       Orang yang lebih baik sejarah hidupnya.
       Orang yang lebih bersih badan dan pakaiannya.
       Orang yang lebih merdu suaranya.
       Orang yang lebih baik paras rupanya.

   Seandainya terkumpul kesemuanya itu hendaklah didahulukan lebih utama mengikut susunan.

       Selain sifat-sifat yang disebutkan di atas, seorang imam hendaklah bersifat bijaksana dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Bersifat lapang dada, berpandangan jauh sehingga tidak
mudah panic ketika menghadapi sesuatu masalah.

        Seperkara lagi yang patut diingat oleh imam, iaitu jangan melakukan sesuatu yang boleh
meliarkan dan menakutkan hati makmumnya dari menghadiri jamaah. Sebaliknya pula hendaklah dia
sentiasa mencari jalan untuk menarik lebih ramai makmum dating bersolat jamaah, terutamanya
golongan belia.

      Dalam hubungan ini, satu daripada caranya ialah imam jangan terlalu memberat-beratkan dan
memanjangkan solat.
Anas bin Malik menceritakan: “Aku tidak pernah soalat di belakang seorang imam yang lebih
ringkas (ringan) solatnya tetapi sempurna selain daripada Rasulullah s.a.w. dan apabila baginda
terdengar tangisan bayi, lalu baginda memendekkan solat kerana takutkan rungutan ibunya. “-(Riwayat
Bukhari)

       Hadis lain menyebut sabda Nabi s.a.w. maksudnya: “Aapabila seotang di antara kamu
mengimamkan orang ramai, maka hendaklah kamu meringkaskan solat, kerana bahawasanya ada di
antara mereka orang muda, orang tua, orang yang lemah dan orang sakit; tetapi apabila kamu solat
seorang diri, maka solatlah mengikut yang kamu suka.”-(Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah).

         Dalam peristiwa lain Rasulullah s.a.w telah melantik sahabatnya Mu’az menjadi imam masjid di
sebuah kampong. Mu’az selalu membaca syst ysng panjang. Pada suatu ketika seorang Badwi berhenti
dari solatnya, kerana tidak sanggup mengikut solat Mu’az dengan sebab panjang surah yang dibacanya.
Lelaki itu pergi mengadu kepada Rasulullah mengenai Mu’az.

        Rasulullah s.a.w. memanggil Mu’az mengadapnya, lalu menegur Mu’az dan mensifatkannya
sebagai ‘membuka’ peluang fitnah. Rasulullah member peringatan kepada Mu’az supaya beliau
berhati-hati dan tidak memanjangkan solat, kerana sabda Rasulullah dalam jamaah itu kedapatan kanak-
kanak, orang tua, orang sakit, orang yang ada urusan, orang perempuan dan lain-lain. Tetapi apabila
kamu seorang diri maka buatlah sekehendakmu, pesan Rasulullah s.a.w.

       Imam juga hendaklah bijaksana dalam mengamalkan wirid-wirid dan doa selepas solat dari segi
panjang pendeknya, masyhur atau tidaknya dan hendaklah diambil kira suasana pada sesuatu waktu.
Kesan mendalam apabila kita sering mengingati mati

More Related Content

What's hot

(23) do’a dan dongeng 25 Agustus 2013
(23) do’a  dan dongeng  25 Agustus 2013(23) do’a  dan dongeng  25 Agustus 2013
(23) do’a dan dongeng 25 Agustus 2013
Dr. Maman SW
 
(23) do’a dan dongeng 19 juli 2013
(23) do’a  dan dongeng 19 juli 2013(23) do’a  dan dongeng 19 juli 2013
(23) do’a dan dongeng 19 juli 2013
Dr. Maman SW
 
Surga dan neraka 2
Surga dan neraka 2Surga dan neraka 2
Surga dan neraka 2
rexydwiakbar
 
(23) do’a dan dongeng
(23) do’a  dan dongeng(23) do’a  dan dongeng
(23) do’a dan dongeng
Dr. Maman SW
 

What's hot (20)

Renungan menghadapi kematian
Renungan menghadapi kematianRenungan menghadapi kematian
Renungan menghadapi kematian
 
Dahsyatnya Neraka Indahnya Surga
Dahsyatnya Neraka Indahnya SurgaDahsyatnya Neraka Indahnya Surga
Dahsyatnya Neraka Indahnya Surga
 
Training Renungan Kematian - In House Training
Training Renungan Kematian - In House TrainingTraining Renungan Kematian - In House Training
Training Renungan Kematian - In House Training
 
Neraka
NerakaNeraka
Neraka
 
2. gambaran terjadinya hari akhir,
2. gambaran terjadinya hari akhir,2. gambaran terjadinya hari akhir,
2. gambaran terjadinya hari akhir,
 
(23) do’a dan dongeng 25 Agustus 2013
(23) do’a  dan dongeng  25 Agustus 2013(23) do’a  dan dongeng  25 Agustus 2013
(23) do’a dan dongeng 25 Agustus 2013
 
(23) do’a dan dongeng 19 juli 2013
(23) do’a  dan dongeng 19 juli 2013(23) do’a  dan dongeng 19 juli 2013
(23) do’a dan dongeng 19 juli 2013
 
Perjalanan panjang manusia
Perjalanan panjang manusiaPerjalanan panjang manusia
Perjalanan panjang manusia
 
Taubat
TaubatTaubat
Taubat
 
Surga & neraka 03
Surga & neraka 03Surga & neraka 03
Surga & neraka 03
 
Calon Ahli Syurga dan Neraka
Calon Ahli Syurga dan NerakaCalon Ahli Syurga dan Neraka
Calon Ahli Syurga dan Neraka
 
Persentasi surga neraka kelompok 4
Persentasi surga neraka kelompok 4Persentasi surga neraka kelompok 4
Persentasi surga neraka kelompok 4
 
Surga.pptx
Surga.pptxSurga.pptx
Surga.pptx
 
Surga dan neraka 2
Surga dan neraka 2Surga dan neraka 2
Surga dan neraka 2
 
(23) do’a dan dongeng
(23) do’a  dan dongeng(23) do’a  dan dongeng
(23) do’a dan dongeng
 
Dahsyatnya syurga dan neraka
Dahsyatnya syurga dan nerakaDahsyatnya syurga dan neraka
Dahsyatnya syurga dan neraka
 
Raja dan-taubat-group-3-class-xia-3
Raja dan-taubat-group-3-class-xia-3Raja dan-taubat-group-3-class-xia-3
Raja dan-taubat-group-3-class-xia-3
 
Orang2 yg di jamin masuk surga
Orang2 yg di jamin masuk surgaOrang2 yg di jamin masuk surga
Orang2 yg di jamin masuk surga
 
Taubat
TaubatTaubat
Taubat
 
Gambaran neraka bagian 2
Gambaran neraka bagian 2Gambaran neraka bagian 2
Gambaran neraka bagian 2
 

Similar to Kesan mendalam apabila kita sering mengingati mati

Dahsyatnya proses sakaratul maut
Dahsyatnya proses sakaratul mautDahsyatnya proses sakaratul maut
Dahsyatnya proses sakaratul maut
eyiep
 
Keadaan roh setelah terpisah dari badan
Keadaan roh setelah terpisah dari badanKeadaan roh setelah terpisah dari badan
Keadaan roh setelah terpisah dari badan
Erman Hidayat
 
Inilah proses kematian dan hancurnya tubuh kita
Inilah proses kematian dan hancurnya tubuh kitaInilah proses kematian dan hancurnya tubuh kita
Inilah proses kematian dan hancurnya tubuh kita
mr_haryono
 
Kitab bidayatul hidayah
Kitab bidayatul hidayahKitab bidayatul hidayah
Kitab bidayatul hidayah
Tikno Grs
 
Seruan al barzakh-rumi
Seruan al barzakh-rumiSeruan al barzakh-rumi
Seruan al barzakh-rumi
ustzhafiz
 
XII_Gasal_2.-Kehidupan-Manusia-di-Hari-Kiamat_PPT.pptx
XII_Gasal_2.-Kehidupan-Manusia-di-Hari-Kiamat_PPT.pptxXII_Gasal_2.-Kehidupan-Manusia-di-Hari-Kiamat_PPT.pptx
XII_Gasal_2.-Kehidupan-Manusia-di-Hari-Kiamat_PPT.pptx
AlfaFisabilillah
 
Khutbah Ust Khoirul Anshori MA SYAHAMAH
Khutbah Ust Khoirul Anshori MA SYAHAMAHKhutbah Ust Khoirul Anshori MA SYAHAMAH
Khutbah Ust Khoirul Anshori MA SYAHAMAH
Muchammad Dimyati
 
Iman kepada hari akhir
Iman kepada hari akhirIman kepada hari akhir
Iman kepada hari akhir
Mahda Leni
 

Similar to Kesan mendalam apabila kita sering mengingati mati (20)

Dahsyatnya proses sakaratul maut
Dahsyatnya proses sakaratul mautDahsyatnya proses sakaratul maut
Dahsyatnya proses sakaratul maut
 
Khutbah kehidupan kedua
Khutbah kehidupan keduaKhutbah kehidupan kedua
Khutbah kehidupan kedua
 
4.5 hari kiamat
4.5 hari kiamat4.5 hari kiamat
4.5 hari kiamat
 
tanda tanda kiamat
tanda tanda kiamattanda tanda kiamat
tanda tanda kiamat
 
agama nad.docx
agama nad.docxagama nad.docx
agama nad.docx
 
Keadaan roh setelah terpisah dari badan
Keadaan roh setelah terpisah dari badanKeadaan roh setelah terpisah dari badan
Keadaan roh setelah terpisah dari badan
 
Inilah proses kematian dan hancurnya tubuh kita
Inilah proses kematian dan hancurnya tubuh kitaInilah proses kematian dan hancurnya tubuh kita
Inilah proses kematian dan hancurnya tubuh kita
 
Kitab bidayatul hidayah
Kitab bidayatul hidayahKitab bidayatul hidayah
Kitab bidayatul hidayah
 
Seruan al barzakh-rumi
Seruan al barzakh-rumiSeruan al barzakh-rumi
Seruan al barzakh-rumi
 
Tanda2 kematian
Tanda2 kematianTanda2 kematian
Tanda2 kematian
 
Iman hari qiamat
Iman hari qiamatIman hari qiamat
Iman hari qiamat
 
XII_Gasal_2.-Kehidupan-Manusia-di-Hari-Kiamat_PPT.pptx
XII_Gasal_2.-Kehidupan-Manusia-di-Hari-Kiamat_PPT.pptxXII_Gasal_2.-Kehidupan-Manusia-di-Hari-Kiamat_PPT.pptx
XII_Gasal_2.-Kehidupan-Manusia-di-Hari-Kiamat_PPT.pptx
 
Bagi yang masih hidup perbanyaklah mengingat mati
Bagi yang masih hidup perbanyaklah mengingat matiBagi yang masih hidup perbanyaklah mengingat mati
Bagi yang masih hidup perbanyaklah mengingat mati
 
RAHASIA-RAHASIA RUH.pptx
RAHASIA-RAHASIA  RUH.pptxRAHASIA-RAHASIA  RUH.pptx
RAHASIA-RAHASIA RUH.pptx
 
Khutbah Ust Khoirul Anshori MA SYAHAMAH
Khutbah Ust Khoirul Anshori MA SYAHAMAHKhutbah Ust Khoirul Anshori MA SYAHAMAH
Khutbah Ust Khoirul Anshori MA SYAHAMAH
 
Iman kepada hari akhir
Iman kepada hari akhirIman kepada hari akhir
Iman kepada hari akhir
 
Alam kubur
Alam kuburAlam kubur
Alam kubur
 
Iman kepada hari akhir
Iman kepada hari akhirIman kepada hari akhir
Iman kepada hari akhir
 
Iman kepada hari akhir
Iman kepada hari akhirIman kepada hari akhir
Iman kepada hari akhir
 
(10) reinkarnasi
(10) reinkarnasi(10) reinkarnasi
(10) reinkarnasi
 

Kesan mendalam apabila kita sering mengingati mati

  • 1. KESAN MENDALAM APABILA KITA SERING MENGINGATI MATI Apakah yang dikatakan mati menurut pandangan Islam? mati ialah perpisahan antara rohani seseorang dengan jasmaninya atau nyawa keluar meninggalkan badan setelah genap tempoh hidup di dunia. Tubuh yang kasar akan kembali ke asal kejadiannya, iaitu tanah, dan nyawa kembali kepada yang mencipta, iaitu Allah s.w.t Bagaimana rasanya mati? Rasulullah s.a.w ada bersabda, maksudnya : “Sesiapa yang mati bererti telah datanglah kiamat.” Lantaran itu orang yang memahami hakikat “mati” dengan perngertian yang sebenar akan lebih giat bekerja dan berusaha kepada perkara yang berfaedah untuk dunia dan akhirat. Setiap kali seseorang itu teringat akan mati, terbayanglah peristiwa sewaktu akan mati dan selepasnya. Terbayang juga soalan yang akam ditimbulkan oleh Allah mengenai segala amalan selama di dunia. Iman Ghazali pernah menulis dalam kitabnya : “Kedahsyatan pertama adalh terjadi pada kiamat kecil. Dan semua kedahsyatan kiamat besar ada bandingan atau gambarannya dalam kiamat kecil itu. Seperti bergempa bumi misalnya. Maka tanah tempat seseorang berada terasa bergegar pula ketika ia sedang menghadapi mati. Dengan mengalami mati bererti mangalami kiamat kecil. “ Ajal kematian akan tetap sampai kesemua makhluk yang bernyawa “Adanya sakit itu sebenarnya menjadi peringatan akan adanya mati yang tidak boleh dielakkan. Malah adanya masa tua itu pun sebagai alamat pula,“ demikian Iman Ghazali menulis lagi. Mati iaitu tidaklah lama, hanya beberapa detik sahaja, iaitu ketika tercabut nyawa daripada jasad manusia. Setelah selesai nyawa meninggalkan badan, tidak ada lagi mati selepas itu, bahkan alam yang lebih kekal akan ditempohi berbekalkan amalan ketika hidup didunia. Allah berfirman dalam Surah al-Waaqiah, ayat 48 bermaksud : “ada pun jika yang mati ialah orang yang mendekati diri kepada Allah, maka matinya adalah tenang dan nikmat.” Sesungguhnya mati adalah sesuatu kejadian yang dahsyat dan hebat. Maka lupakanlah mati atau tidak mengingati akan mati adalah sesuatu kebodohan, manakala mengingati mati adalah sesuatu kesedaran atau pengertian tentang diri sendiri dan tentang hakikat hidup ini. Bagaimanapun, mengingati mati tanpa pengertian yang jelas akan menyebabkan penderitaan batin yang amat berbahaya, teapi mengingati mati dengan penuh pengertian dan kepercayaan hidup sesudah mati itu akan menimbulkan rasa keberanian dan kebahagiaan hidup di kedua-dua alam dunia dan akhirat.
  • 2. Mengenangkan pembalasan buruk yang akan diterima selepas jika membuat dosa akan membuat seseorang itu sentiasa menggunakan masanya dengan baik. Apabila ia teringat akan mati, terus teringat pula akan disoal mengenai masa hidupnya. Dengan cara begini setiap masanya akan digunakan untuk kerja yang berfaedah dan mamberi kebajikan. Mati adalah laksana suatu gerbang perbatasan di antara hidup fana ini menuju ke arah kehidupan yang maha luasa dan baqa, iaitu hidup akhirat. Kalau kita fikirkan hal ini dengan tenang. Tidak ada alasan kepada kita untuk takut menghadapi mati. Kalau ada yang takut menghadapi mati hanyalah kerana melihat bangkai terlantar dengan muka yang pucat kuning tanpa darah mengalir dalam tubuhnya. Ada yang takut mengingati mati kerana memikirkan bahawa bangkai yang terbujur itu akan dimasukkan ke liang lahad dan akan tinggal sepi tanpa berteman. Keadaan begini menyebabkan seorang Maharaja Benua Tiongkok beribu-ribu tahun dahulu menitahkan suatu tempat yang tidak akn didatangi oleh kematian. Bagaimanapun, usaha itu gagal, kerana Tuhan telah menjanjikan bahawa setiap yang bernyawa pasti mati. PERASAAN Walaupun seseorang itu berusha bersungguh-sungguh dan bertungkus lumus menjalankan kerja, namun ia tetap tidak kuasa memanjangkan nyawanya. Kerana itu ia perlu memilih hidup yang sederhan dan tidak bermegah-megah, tidak gilakan harta dan pangkat, tidak pentingkan sanjungan. Apa yang penting baginya ialah bekalan untuk menghadapi mati. Justeru itu, seseorang itu menjadi lebih cekap, bersih dan amanah. Tidak suka menipu dan menerima rasuah untuk kepentingan diri sendiri. Bagi merekia perbuatan ini tidak memberi erti, kerana segala yang diperolehi itu tidak kekal malah menambahkan dosa. Apabila teringatkan mati, bayang- bayang pembalasan bermain di kepala betapa azabnya orang yang banyak dosa ketika menghadapi mati. Meskipun orang yang mengaku beriman, namun perhitungan dosa itu dan kesalahan yang dilakukan ketika hidupnya akan mandapat perhitungan juga. Kelepasan dan keringan hanya akan berlaku sesudah mengadakan pertimbangan dan imbangan antara berat ringannya kebaikan dan kesalahan itu. Allah menegaskan, orang yang mati kerana mempertahankan kebenaran dalam dunia ini, adalh hidup. Firman yang bermaksud: “Janganlah kamu sangka bahawa orang yang terbunuh pada kalan Allah, bahawa dia mati bahkan dia hidup. Di sisi Tuahan mereka diberi rezeki. Mereka bersukacita dengan apa yang diberikan Allah. Dan mereka menyatakan kegembiraan untuk orang yang belum menuruti mereka dari belakang, bahawa tak usah takut dan usah berdukacita.“ (Surah ali-Imran, ayat 169-170). Orang yang beriamn kepada Allah akan menghadapi maut bukan dengan perasaan putus asa, tetapi dengan penuh kerelaan dan penyerahan yang tulus ikhlas. Kerana maut seseorang yang takwa seperti pasukan payung terjun yang melompat dari kapal terbang di angkasa.
  • 3. Dengan kepercayaan dan keyakinan penuh, keimanan dan ibadatnya akan bertindak seperti paying terjun yang akan mengembang menyelamatkan jiwanya. Hanya beberapa saat sahaja terapung- apung rohnya, dan akhirnyadia dapat berpijak di alam kembali, iaitu alam yang kekal dan abadi. Seseorang yang telah menghadapi mati,dia akan berada dalam satu tempoh sebhelummendapat pembalasan baik san buruk. Tempoh yang pertam ialah masa menunggu, iaitu sesudah manusia mengalami mati dan dikebumikan hinggalah dtang kiamat. Tempoh ini dinamakan ‘alam barzakh’ Tempoh kedua dinamakn tempoh peralihan, yang bermula dari terjadinya kiamat hinggalah selama 40 tahun ( di dalam kiraan tuhan ) Di mana waktyu yang selam itu alam bauan akan m enjadi sunyi sepi, senyap tiada sedikit pun terdengar desiran angin dan riak air. Setelah cukup 40 tahun, maka sampailah waktu kebangkitan yang semua manusia akan dihidupkan semula. Pada masa inilah terjadinya semula kehidupan roh dan jasad seperti sediakala untuk menghadapi perbicaraan. Tempoh menunggu hari perbicaraan itu juga selama 40 tahun, iaitu manusia akn berkumpul di Padang Mahsyar. Cukup tempoh yang ditetepkan itu, sampailah masanya kepada tempoh ketiga, iaitu waktu hisab. Inilah satu-satunya waktu yang genting untuk menentukan hakim yang maha arif dan maha adil. Tempoh ini dinamakn ‘al-yaumuddin’. Dengan jelas Rasulullah s.a.w menerangkan masa yang akan ditempuhi sesudah mati. Baginda berkata: Seorang hamba Allah yang beriman, apabila telah mulai terputus dengan duniadan akan menghadap ke akhirat datanglah malaikat dari langit, jernih mukanya laksan matahari membawa kain kain kafan dari kafan syurga, dan harum-haruman syurga. Maka duduklah malaikat-malaikat itu merenungnya di sekelilingnya. Kemudian dating pula malaikatulmaut lalu duduk di sisi kepalanya. Maka dia pun berkata: “Wahai diri yang baik, keluarlah engakau dengan keredaan Allah.” Maka keluarlah nafas itu dari tubuhnya laksana mangalir titisan air dari piala, lalu diambil pula oleh malaikat-malaikat tadi dan dimasukkan nya ke dalam kafan yang dibawa itu kemudian diberinya haruman dan dibawanya pergi laksana manatang sejemput kasturi yang harumdari permukaan bumi. Sesudah itu mereka pun membawanya naik ke langit dan setiap kali terjumpa dngan segolongan malaikat lalu bertanya: Apakah bau yang harum ini? Malaikat yang membawa itu membawa: “Si polan anak si Polan.” Disebut namanya yang seelok-elok dipakai ketika di dunia. Setelah sampai ke langit dunia, malaikat-malaikat itu meminta dibukakan pintu langit itu, lalu dibukakan. Maka penggawa langit pertama menghantarnya pula sampai ketujuh, lalu Allah memerintah: “Tuliskan hambaku ini di tempat orang yang mulia, dan bawalah kembali ke bumi kepada tubuhnya.” Kemudian datang pula dua malaikat dan duduk berhampirannya lalu berkata: “Siapakah Tuhanmu?” Dia menjawab: “Tuhanku, Allah!”
  • 4. MALAIKAT Apakah agamamu? “Agamaku Islam!” Siapakah orang yang diutus kepadamu? “Dia adalah Rasulullah!” Bagaimana engkau tahu? “Aku baca Kitab Allah, dan aku percaya akan dia dan aku benarkan!” Justeru itu, kedengaranlah seruan penjuru dari langit: “Telahmembenarkan hambaku, maka sediakanlah hamparan untuknya dalam syurga.” Dengan itu dibuka baginya sebuah pintu ke syurga dengan segala harum-haruman dan dila[pangkan kedudukannya dalam kubur sejauh mata memandang. Setelah itu dating pula kepadanya seorang yang mukanya baik, pakaiannay bagus dan baunya harum terus berkata: Senangkanlah hatimu denganbarang yamg menggembirakan engkau, inilah hari yang telah dijanjikan buat engkau.” Kemudian dia bertanya: “Engkau ini siapa? Mukamu sangat elok membawa khabar baik!” Jawabnya: “Sya ini adalah amalmu yang salih.” Apabila mendengar perkataan itu, lalu ia berkata: “Ya Tuhanku! Lekaslah dirikan kiamat supaya aku kembali kepada ahliku dan hartaku.” Seterusnya Nabi bersabda lagi: “Dan hamba Allah yang kafir, a*pabila telah terputus dengan dunia dan menghadap akhirat, turun pula malaikat yang mukanya hitam membawa bungkusan, mereka pun duduk merentang penglihatan. Kemudian dating malaikatulmaut lalu duduk di sisi kepalanya dan berkata: “Hai diri yang keji! Keluarlah engkau dengan kebencian Allah dan kemurkaannya.” Maka dia pun memisahkan roh itu dari badannya dan dicabut laksana mencabut duri dari bulu yang kotor lalu diambilnya. Dengan sekelip mata sahaja dimasukkannya ke dalam bungkusan buruk, seolah-olah bangkai yang paling busuk dibawanya terbang ke langit. Setiap kali bertemu dengan kelompok malaikat, mereka bertanya: “Apakah bau busuk ini?” malaikat itu menjawab: Si Polan ank si Polan,” disebut dengan seburuk-buruk namanya yang dikenali ketika sampai ke langit dunia. Malaikat itu meminta supaya dibuka pintu langit itu, tidak ada siapa yang mahu membukanya. Lalu Rasulullah s.a.w membaca ayat al-Quran dalam surah al-A’raf, ayat 40, maksudnya: “sesungguhnya orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan memandang rendah kepadanya, tidaklah dibuka bagi mereka pintu langit dan tidaklah mereka masuk ke dalamsyurga, sebelum unta dapat dimasukkan ke dalam lubang jarum.” Maka Allah memerintahkan: “Tuliskanlah kitabnya dalam penjara, dibawah bumi yang paling bawah. Terus dilemparkan rohnya itu, kemudian Nabi membaca pula ayat bermaksud: “Dan sesiapa
  • 5. yang mensyirikkan Allah, adalah dia seakan-akan tersungkur jatuh dari langit, lalu berebut-rebut burung atau diterbangkan angin ke penjuru yang jauh.” (Surah al-Hajj, ayat 31). Selepas itu dikembalikan rohnya ke dalam tubuh semula dan didatangi oleh dua malaikat terus duduk berhampirannya lalu bertanya: Siapa Tuhanmu?’ Dia menjawab: ‘Saya tidak tahu. ‘Apa agamamu?’ ‘Saya tidah tahu! Siapakah orang yang diutus pada mu itu? “Saya tidak tahu!” Kemudian datanglah seruan dari langit, bahawa orang itu adalah seorang yang telah melakukan dusta. Sebab itu sediakanlah hamparannya dalam neraka, dan dibuka sebuah di antara pintu neraka. Kelihatanlah melambai-lambai ke arahnya kepanasan dan angin samumnya. Kubur pun kian sempit hingga berlaga tulang dalam jasadnya. Maka datanglah seorang yang mukanya sangat buruk dan pakaian yang buruk serta baunya sangat busuk, terus berkata: “Sekarang terimalah hal yang sangat menyakitimu, inilah hari yang telah dijanjikan buat engkau!” Si mayat bertanya: “Engkau ini siapa? Dating dengan rupa yang sangat buruk pula?” lalu dijawabnya: “Saya ini adalah amalanmu yang buruk!” lantas orang itu berseru: “Ya atuhan! Janganlah dating kiamat! Bagaimanapun, umat Islam janganlah selalu berbangga akan menjadi umat yang masuk syurga di hari kemudian sebelum mereka memberikan amal perbuatan yang diwajibkan oleh Allah dan melemparkan jauh yang tidak diredai-Nya. Sifat penakut, fasif, mengharapkan kadar Qada, mementingkan diri sendiri, cuba menjatuhkan kawan jika kawan melebihinya dirinya, umpat-mengumpat dan pelbagai lagi sifat keji mestilah dihapuskan san dikikis dari jiwa umat Islam sejat. Apakah sebenarnya, ilmu yang terkandung di dalam Quran dan Hadis? Sesetengah masyarakat Islam sendiri menganggapkan bahawa Quran dan Hadis itu semata-mata ilmu untuk ibadat tertentu. Kenapa anggapan yang sedemikian ada dalam kalangan umat Islam sendiri? Hal ini membuktikan bahawa orang itu tidak mendalami agama Islam! Dengan sebab itulah agama Islam yang suci menjadi kabur lantaran tertutup oleh kekalutan jiwa mereka sendiri. Sekiranya segala hikmat dan hidayah serta ilmu pengetahuan Islam tidak dapat dinikmati oleh umat Islam sendiri, maka orang Islam akan sentiasa meraba-raba dan berpaut dengan apa sahaja yang tersentuh dan terasa oleh tangannya.
  • 6. Al-Quran ada menyebut, bahawa Allah telah menjadikan sifat ‘cinta mati’ sebagai tanda iman, dan Allah menguji serta mencuba hati orang yang derhaka dengan kematian. Lantaran itu, kita mesti selalu ingatkan mati supaya ia sentiasa menjadi penasihat kepada kita. Tetapi bagaimanakah cara yang berkesan supaya dapat selalu mengingati mati?  Dengan menziarahi orang sakit,  Selalu menyaksiakn orang yang hamper-hampir hendak mati,  Melawat keluargayang ada ahlinya mati,  Menyaksikan atau menguruskan jenazah sehingga masuk ke liang kubur, dan  Menziarahi kubur. Dengan sedemikian akan menimbulkan kesan yang mendalam ke atas diri setiap insane. Cukuplah untuk member keinsafan bahawa saat mati kita semakin hampir, membuktikan bahawa hidup ini tidak kekal. Dengan itu kesombongan, kemegahan, kekuasaan, kedudukan, keperwiraan, kezaliman dan apa jua tidak dapat menghalang seseorang itu daripada menemui maut. Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Cukuplah dengan maut itu sebagai pengajaran.”
  • 7. Rumahtangga perlu dibina berasakan cirri Islam Setiap tahun, terutama sekali bualn Disember, memperlihatkan banyak pasangan mendirikan rumah tangga. Bagi setiap pasangan yang sudah tentu mengharapkan perkahwinan mereka ini akan berkekalan di samping mewujudkan sebuah keluarga yang aman bahagia. Dalam hubungan ini, tidak semua perkahwinan akan bahagia berkekalan sepertimana yang diharapkan. Perkahwinan yang didahului dengan cinta tidak semestinya menjamin kebahagiaan dan berkekalan. Juga, kadang-kadang perkahwinan yang didirikan atas dasar pilihan orang tua pun tidak dapat mengekalkan hidup suami isteri dalam sesebuah rumahtangga. Pendek kata, segala harapan hanya tinggal menjadi impian sahaja. Ikatan janjidan kemahuan hendak hidup bersama tidak menjadi kenyataan. Rumah tangga yang telah didirikan selama ini, tidak kira sama ada atas dasar suka sama suka atau diaturkan oleh orang tua, runtuh dan akhirnya, mereka berpisah. Punca utama ialah suami dan isteri kurang memahami atau gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Jika berkehendakkan sesebuah rumah tangga yang bahagia dan berkekalan, maka ia memerlukan kerjasama dari kedua-dua belah pihak. Dalam soal rumah tangga, ada sebilangan suami yang bukan sahaja tidak faham mengenai kedudukannya sebagai seorang suami malah tidak tahu apakah yang seharusnya dilalkuakan untuk membentuk sebuah rumah tangga yang harmoni serta berkekalan. Mereka hanya berusaha sekadar mencukupi keperluan seperti makn, minum dan pakaian untuk isteri. Sebaliknya pula, ada sebilangan isteri yang kurang memahami tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan sebagai seorang isteri. Mereka hanya menumpukan fikiran dan perhatian kepada melahir dan menjaga anak-anak sahaja. Ini menyebabkan layanan kepada suami diabaikan. Di dalam Islam, amatlah jelas bahawa yang berhak menjadi ketua dan pemimpin dalam sesebuah rumah tangga adalah si suami sepertimana yang difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam surah an-Nisaa’, ayat 34 yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempua, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberaoa keistimewaan) atas orang- orang perempuan , dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”.
  • 8. Oleh itu, keharmonian rumah tangga mungkin tidak tercapai sekiranya si isteri mengambil alih menjadi ketua dan pemimpin dalam rumah tangga. Tidak dapat dinafikan bahawa keadaan yang amat mendukacitakan ini memang ada berlaku pada hari ini; lebih-lebih apabila si isteri bergaji lebih dari si suami. Ada juga si isteri yang memerintah serta mengarahkan suaminya berbuat itu dan ini. Berdasrkan kepada ayat di atas, sekiranya keadaan yang menyedihkan ini berlaku, sudah tentu akan menjadi suatu penghalang yang bolehmenyekat kebahagiaan, keharmonian dan kerukunan sesebuah rumah tangga. Untuk mengelakkan sesebuah rumah tangga daripad mengalamisebarang keruntuhan serta menjauhkan si suami dan si isteri daripada gejal-gejala perselisihan faham yang mungkin membawa kepada perceraian di samping menyelamatkan anak-anak jika ada, daripada menjadi mangsa perceraian, maka Allah s.w.t telah menetapkan tugas dan tanggungjawab si suami dan si isteri. Tugas dan tanggungjawab suami dan isteri: Member dan menyediakan sekadar mampu dan tidak melampaui batas, nafkah perbelanjaan rumah seperti makan dan minum, pakaian dan tempat tinggal yang sesuai di mana si isteri akan merasa aman dan damai tinggal di dalamnya. Member kepuasan nafkah batin kepada si isteri. Ini akan menghindarkan si isteri dari berlaku curang dan melanggar tatasusila kekeluargaan. Mengelakkan diri dari menyakiti hati serta perbuatan yang boleh memudaratkan si isteri. Bertimbang rasa dan berlaku adil serta menunjukkan perangai yang baik terhadap si isteri. Bergaul dengan si isteri debgan cara yang baik dan mesra, seperti lemah lembut dan bermanis muka. Berilah nasihat dan pendidikan yang baik kepada si isteri dan janganlah dia difitnahkan tanpa apa-apa bukti yang sah. Sentiasa mengamalkan sifat berterus terang kepadanya dan janganlah membohongi si isteri kerana sekiranya ini diketahui oleh si isteri, ini akan menimbulkan kesan kepadanya di man si isteri akan mula membohongi si suami pula.
  • 9. Isteri yang taat kepada suami Janganlah sekali-kali memperhambakan si isteri. Berilah si isteri hak-haknya sebagai seorang isteri. Memberi keizinan dan kesempatan kepada si isteri untuk menziarahi dan mengunjungi keluarganya. Si suami mestilah menerima dengan penuh ikhlas nasihat-nasihat isteri yang logic dan munasabah untuk kebaikan rumah tangga. Si suami dibolehkan memukul isterinya untuk member pengajaran sahaja dan bukan kerana mengikut sentiment marah dan nafsu apabila untuk membalas dendam. Ini juga telahditegaskan oleh Allah s.w.t dalam surah an-Nisaa’, ayat 34. FirmanNya, yang bermaksu: “Dan permpuan-perempuan yang kamu bimbang melakuakn perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan dia. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar”. Si suamidilarang memukul muka isteri serta mencaci dan makinya. Si suami dilarang juga tidak boleh menghalau si isteri ke rumah orang lain. Tugas dan tanggungjawab isteri terhadap suami: Bersifat jujur, ikhlas dan patuh serta mentaati suaminya di dalm segala urusan asalkan ia tidak bertentangan dengan hukum agama. Ketaatan mestilah diberi sepenuhnya kepada si suami. Ini juga bertentangan dengan firman Allah s.w.t, juga dalam surah an-Nisaa’, ayat 34, yang bermaksud: “Maka perempuan –perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apajua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya.” Memakai pakain yang bersih dan bersopan santun serta berharum-haruman di dalam rumah dan dihadapan suaminya. Dalam kata lain, si isteri mestilah bersifat timbang rasa kepada si isteri. Melayani serta menunaikan kehendak si suami dan jangan sekali-kalimenolak permintaannya untuk melakukan persetubuhan selagi ia tidak akan membawa apa-apa kemudaratan dan juga tidak bertentangan denagn hokum agama. Di sebaliknya, did lam hal ini, si suami juga mestilah bersifat bertimbang rasa kepada si isteri. Berkelakuan sopan terhadao si suami dan mengadakan pertuturan yang baik serta tidak menyakiti hati si suami. Jangan sekali-kali memberati si suami di dalam soal nafkah seperti pakaian, wang atau pun tempat tinggal yang di luar kemampuan si isteri.
  • 10. Hendaklah menjaga kebersihan rumah dan harta benda di dalamnya. Barang-barang kepunyaan si suami tidak boleh diberikan kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat mendapat keizinannya. Janganlah keluar rumah bersiar-siar mengikut kehendak hati tanpa terlebih dahulu diizinkannya. Si isteri juga tidak dibenarkan membawa masuk kedalam rumahnya seorang lelaki tanpa juga mendapat keizinan dari si suami terlebih dahulu. Ini ada lah untuk menjaga maruah dan kehormatan si suami. Pendek kata, si isteri mestilah mengelakkan dirinya dari melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah dan menjejaskan nama baik suaminya. Sekiranya harta si isteri melebihi si suami, maka janganlah si isteri membangga-banggakan hartanya di hartanya di hadapan si suami serta mencemuhnya. Segera meminta maaf kepada si suami sekiranya si isteri yang telah berlaku salah kepadanya. Pergaduhan yang dibiarkan berpanjangan tanpa bermaaf-maafan adalah tidak baik yang mana ini boleh memperjejaskan keharmonian rumah tangga. Si isteri juga mestilah mendengar dan menerima nasihat si suami demi mewujudkan sebuah rumah tangga yang aman, damai dan berkekalan. Si suami dan si isteri yang dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing akan dapat mengelakkan rumah tangga meraka dari kucar-kacir dan perpecahan. Dengan keadaan aman dan damai, maka usaha mereka ke arah mewujudkan sebuah rumah tangga yang bahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayatakan tercapai, insya-Allah. Kesimpulannya, sesebuah rumah tangga yang bahagia dan berkekalan bergantumg kepada kerjasama, saling mengerti dan tanggungjawab kedua belah pihak, iaitu suami dan isteri.
  • 11. APA HUKUM BERIMANKAN ORANG FASIK ? Soalan 1. Kami beberapa orang pelajar Islam dari Malaysia dan pelajar-pelajar Islam daripada negara- negara lain yang sedang menuntut di Amerika dan tinggal di salah sebuah bandar di negara itu mengalami kesukaranuntuk menunaikan solat jumaat dan solat dua hari raya kerana ketiadaan masjid. Ada di antara kami bercadang hendak menyewa sebuah gereja untuk tujuan itu. Tetapi ada pelajar yang tidak menyetujuinya dengan alas an tidak wajar orang Islam bersembahyang di gereja? Kami ingin tahu, apakah hukumnya orang Islam bersembahyang di gereja? 2. Apakah hukumnya seorang perempuan bersembahyangdengan memakai purdah (menutup mukanya dan hanya menampakkan dua matanya sahaja?) 3. Benarkah tidak sah kita mengikut iman yang diketahui sebagai anak zina(anak luar nikah) 4. Apakah hukumnya berimankan orang fasik? Jawapan 1. Orang Islam bersembahyang di gereja hukumnya makruh, atau boleh jatuh kepada haram, iaitu bergantung kepada keadaan gereja itu. Sekiranya di dinding gereja itu ada gambar-gambar atau panting-patung, maka hukumnya adalah haram orang Islam sembah yang di dalamnya, sekalipun ia bersih daripada najis-najis. Sebaliknya pula jika di dindingnya tidak ada gambar-gambar atau patung-patung dan tidak pula menimbulkan sangkaan, bahawa ia membesarkan syiar-syiar ibadah agama mereka, maka hukumnya makruh mendirikan solat di dalamnya. 2. Dimakruhkan kepada perempuan bersembahyang dengan menutup mukanya dan menampakkan dua matanya sahaja. (Lihat: Al-Qaul, al-Tam, Imam Syafii). 3. Tidak benar. Tetapi sah solat kita berimamkan anak zina dan juga orang yang tidak diketahui bapanya seperti anak pungut, Cuma dihukumkan makruh sahaja. 4. Berimamkan orang fasik hukumnya adalah makruh juga. Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: “Allah tidak meneriama akan sembahyang orang yang menjadi imam di antara satu kaum, sedang mereka benci kepadanya.” (kebencian mereka itu disebabkan hal keagamaan). –(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abdullah Bin Umar).
  • 12. Lafaz niat solat sunat Jumaat Soalan 1. Bagaimanakah niat dan lafaz niat solat sunat sebelum dan selepas fardu Jumaat. Adakah niatnya dibuat mengikut imam seperti sembahyang fardu Jumaat? 2. Bagaimanakah cara duduk yang betul pada tahiyat awal dan duduk tahiyat atau ketika hendak membaca selawat sahaja? Sampai bila jari telunjuk itu mesti diluruskan dan sejak bila pula jari- jari tangan kanan digenggam? 3. Adakah solat sunat tahiyatul masjid itu sebaik-baik sahaja kita masuk ke masjid untuk mengerjakan sebarang solat fardu? 4. Jika soalt berjemaah pada fardu-fardu lain, adakah akan dilakukan soalt sunat sebelum dan selepasnya? 5. Bilakah kita disunatkan mengangkat tangan ke paras bahu dan pada rakaat ke berapa? Saya dapati ada orang yang mengangkat tangan ketika hendak ruku’ dan sujud, tetapi ada juga yang tidak berbuat demikian. Jawapan 1. Lafaz niat solat sunat sebelum Jumaat: “Usolli sunnatal Jumu’ati raka’ataini qabliyyatan lillahi Ta’ala” (Sahaja aku solat sunat sebelumnya keran Allah Ta’ala). Lafaz niat solat sunat selepas fardu Jumaat pula: “Usolli sunnatal Jumu’ati raka’ataini ba’diyyatan lillahi Ta’ala” (Sahaja aku solat sunat Jumaat dua rakaat sesudahnya kerana Allah Ta’ala). 2. Seseorang itu disunatkan duduk fardu iftirasy (bersimpuh) pada tahiyat awal dan duduk tawarruk pada tahiyat akhir. Duduk iftirasy iaitu duduk di atas buku lali sebelah kiri, tapak kaki kana ditegakkan, hujung jari kanan dihadapkan ke kiblat. Sementara duduk tawaruk pula sama seperti duduk iftirasy, tetapi tapak kaki yang kiri dikeluarkan ke sebelah kanan dan punggung sampai ke tanah. 3. Ya, solat sunat tahiyyatul masjid dilakukan apabila kita masuk masjid dan sebelum duduk, disunatkan melalkukannya tak kira sama ada tujuan masuk masjid atau sunat lain-lainnya. Tujuan solat itu untuk menghormati masjid. 4. Ya, disunatkan melakukan solat sunat sebelum dan sesudah solat-solat fardu yang lima sama ada solat fardu itu dilakukan dengan berjemaah atau secara sendirian, kecuali solat Asar dan Subuh tiada disunatkan solat selepasnya. 5. Disunatkan mengangkat kedua-dua tangan setinggi bahu serta kedua-dua dihadapkan selain dari ketika berdiri tahiyyat awal.
  • 13. Beberapa syarat kelayakan menjadi imam Sesebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang yang berpelajaran, berpengalaman, bijak dan bertanggungjawab, maka penumpangnya sudah tentu dalam keadaan selesa dan tenang. Mereka yakin kenderaan yang dinaikinya itu ndalam keadaan selamat dan akan sampai ke tempat yang dituju. Demikianlah perumpamaan sebuah jamaah dalam sembahyang yang dikendalikan oleh seorang imam yang memiliki sifat-sifat khusus yang dikendalikan oleh agama, maka makmumnya berasa selesa, tenteram dan khusyuk, tidak gelisah dan tidak dalam keadaan rimas. Dalam sesebuah kariah atau jamaah, imam hendaklah terdiri daripada orang yang benar- benarlebih mempunyai kelayakan di segenap segi, kerana ia berfungsi menarik hati orang ramai memakmurkan masjid atau surau. Imam juga menjadi contoh dan ikutan dalam menghayati ajaran Islam. Di samping itu imam menjadi tumpuan untuk meminta nasihat da menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli jamaah setempat. Siapakah orang lebih utama menjadi imam? Orang yang lebih faqih (yakni yang lebih faham mengenai kagamaan terutama daklam perkara yang berkaitan dengan solat). Orang yang qari’ (elok bacaan al-Quran dari segi tajwid , sebutan huruf dan sebagainya). Orang yang wara’. Orang yang lebih dahulu berhijrah (di zaman hayat Rasulullah s.a.w. dan zaman sahabat) Orang yang lebih nasab atau keturunannya. Orang yang lebih baik sejarah hidupnya. Orang yang lebih bersih badan dan pakaiannya. Orang yang lebih merdu suaranya. Orang yang lebih baik paras rupanya. Seandainya terkumpul kesemuanya itu hendaklah didahulukan lebih utama mengikut susunan. Selain sifat-sifat yang disebutkan di atas, seorang imam hendaklah bersifat bijaksana dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Bersifat lapang dada, berpandangan jauh sehingga tidak mudah panic ketika menghadapi sesuatu masalah. Seperkara lagi yang patut diingat oleh imam, iaitu jangan melakukan sesuatu yang boleh meliarkan dan menakutkan hati makmumnya dari menghadiri jamaah. Sebaliknya pula hendaklah dia sentiasa mencari jalan untuk menarik lebih ramai makmum dating bersolat jamaah, terutamanya golongan belia. Dalam hubungan ini, satu daripada caranya ialah imam jangan terlalu memberat-beratkan dan memanjangkan solat.
  • 14. Anas bin Malik menceritakan: “Aku tidak pernah soalat di belakang seorang imam yang lebih ringkas (ringan) solatnya tetapi sempurna selain daripada Rasulullah s.a.w. dan apabila baginda terdengar tangisan bayi, lalu baginda memendekkan solat kerana takutkan rungutan ibunya. “-(Riwayat Bukhari) Hadis lain menyebut sabda Nabi s.a.w. maksudnya: “Aapabila seotang di antara kamu mengimamkan orang ramai, maka hendaklah kamu meringkaskan solat, kerana bahawasanya ada di antara mereka orang muda, orang tua, orang yang lemah dan orang sakit; tetapi apabila kamu solat seorang diri, maka solatlah mengikut yang kamu suka.”-(Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah). Dalam peristiwa lain Rasulullah s.a.w telah melantik sahabatnya Mu’az menjadi imam masjid di sebuah kampong. Mu’az selalu membaca syst ysng panjang. Pada suatu ketika seorang Badwi berhenti dari solatnya, kerana tidak sanggup mengikut solat Mu’az dengan sebab panjang surah yang dibacanya. Lelaki itu pergi mengadu kepada Rasulullah mengenai Mu’az. Rasulullah s.a.w. memanggil Mu’az mengadapnya, lalu menegur Mu’az dan mensifatkannya sebagai ‘membuka’ peluang fitnah. Rasulullah member peringatan kepada Mu’az supaya beliau berhati-hati dan tidak memanjangkan solat, kerana sabda Rasulullah dalam jamaah itu kedapatan kanak- kanak, orang tua, orang sakit, orang yang ada urusan, orang perempuan dan lain-lain. Tetapi apabila kamu seorang diri maka buatlah sekehendakmu, pesan Rasulullah s.a.w. Imam juga hendaklah bijaksana dalam mengamalkan wirid-wirid dan doa selepas solat dari segi panjang pendeknya, masyhur atau tidaknya dan hendaklah diambil kira suasana pada sesuatu waktu.