Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Amazing Botanical Slides · SlidesCarnival.pptx
1. KUALA LUMPUR
KERTAS CADANGAN
KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN PENGUASAAN
KEMAHIRAN MEMBACA
DALAM KALANGAN MURID
TAHUN 4 ,5, DAN 6
OLEH :
PANITIA BAHASA MELAYU
5. Kemahiran membaca, menulis dan menaakul merupakan
komponen utama 3K dalam pelajaran bahasa Melayu sekolah
rendah. Kepentingan untuk murid menguasai kemahiran ini
adalah kritikal berikutan kegagalan murid menguasai
kemahiran membaca. Kelemahan menguasai kemahiran
membaca akan menjejaskan keupayaan penguasaan mata
pelajaran lain.
6. Untuk mencapai tujuan mengatasi masalah ini,
maka kajian tindakan perlu dijalankan untuk
mencari kaedah, cara atau pendekatan bagi
membolehkan murid dapat mengekalkan ingatan
tentang cara mengeja dan menyebut apa yang diajar
oleh guru. Secara tidak langsung akan meningkatkan
pemahaman murid terhadap apa yang dipelajari.
6
7. Apabila”core business” dapat
dilaksanakan, barulah
kecermerlangan murid dapat
dicapai dalam pelbagai bidang.
Dalam pada masa yang sama,
pihak sekolah akan dapat
merealisasikan visi sekolah iaitu ”
Hasilan Cemerlang
7
8. Visi tersebut memerlukan penggembelingan tenaga semua warga
pendidikan di SKTHO untuk memainkan peranan masing-masing .
Meski pun pelbagai langkah telah diambil oleh para guru mata pelajaran
Bahasa Melayu, tetapi relatifnya bilangan murid tidak menguasai bacaan
masih agak mengecewakan.
8
9. 9
ISU KEPERIHATINAN / FOKUS
KAJIAN
Membaca tanpa bantuan
atau mengeja .
Mengikuti silibus tahunan
yang sepatutnya
10. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am:
Meningkatkan penguasaan membaca
selepas sekurang-kurangnya 3 bulan
mengikuti program yang dijalankan.
Objektif Khusus:
Murid boleh mengeja dan membaca
tanpa bantuan guru.
Murid dapat mengecam dan
mengekalkan ingatan tentang bentuk
huruf,bunyi huruf dan sukukata.
10
12. PROSEDUR KAJIAN
Tinjauan Awal
Beberapa cara yang akan diguna untuk
mengumpul data awal, contohnya:
1. Analisis Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah
2. Pemerhatian Sewaktu Pdp
3. Temu bual
13. Cadangan Tindakan Intervensi
Guru-guru mencadangkan nama murid masing-masing
• Pemilihan bahan untuk digunakan.
• Penetapan masa untuk aktiviti.
• Mengeluarkan arahan bertulis atau memaklumkan dalam
mesyuarat tentang program Lestari Bahasa
• Mewujudkan kumpulan bersama ibubapa.
• Merekodkan pencapaian murid secara berkala.
• Pemberian ‘token’ sebagai tindakan pengukuhan kepada
murid-murid.
13
14. Aktiviti 1: Semua guru menjalankan diagnostik kepada
murid masing-masing.
Aktiviti 2: Menyerahkan nama kepada ketua panitia.
Aktiviti 3: Penyerahan bahan yang akan digunakan.
Aktiviti 4: Aktiviti dijalankan oleh guru mengikut masa
yang telah ditetapkan.
Aktiviti 5: Guru-guru menyerahkan perekodan mengikut
kandungan yang telah ditetapkan.
14
17. PENUTUP
Tuntasnya, program ini akan membantu
meningkatkan kemahiran membaca dalam
kalangan murid. Selain itu juga, guru dapat
memainkan peranan sebagai fasilitator serta
murid akan cepat menguasai kemahiran asas
bahasa dalam Bahasa Melayu iaitu membaca.
17