SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
FORUM -1
5 TAHAP KEPIMPINAN JOHN MAXWELL
Ulasan Oleh: Sadila Binti Mamat (M20161000539)
Pendahuluan
Kepimpinan adalah daya atau keupayaan seseorang pemimpin untuk memimpin
sesuatu organisasi menuju ke matlamat kejayaan (Zahrah Anwar, 2016). Definisi ini
disokong (Cartwright dan Zender, 1960) yang menyatakan kepimpinan ialah tingkah laku
yang mempunyai keupayaan untuk mengubah haluan sesuatu organisasi dengan memilih
kriteria yang tertentu dalam mencapai objektif organisasi. Pemimpin mampu memantau
pengikutnya agar mengikut kriteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan.
Kriteria atau ciri-ciri yang dipilih akan membentuk tahap-tahap kepimpinan sepertimana teori
tahap kepimpinan John Maxwell. Walaubagaimanapun John Maxwell mempunyai huraian
yang tersendiri terhadap ciri-ciri yang beliau percaya dalam teorinya dapat membina tahap
kepimpinan.
Ciri-Ciri 5 Tahap Kepimpinan John Maxwell
Menurut John Maxwell, terdapat lima tahap penting dalam kepimpinan. Tahap
pertama adalah Kepemimpinan dasar (Rights / hak) yang bermaksud individu mengikut
pemimpin kerana jawatan ketua yang dimiliki iaitu Kepimpinan Berdasarkan Kepada
Kedudukan (Position Level). Dalam konteks sekolah, pemimpim ini adalah Pengetua atau
Guru Besar (PGB) yang baru menerima mandat / lantikan KPM untuk menerajui sekolah.
Tahap ini hanya baik untuk permulaan sebagai pemimpin tetapi perlu segera kepada
perpindahan tahap seterusnya. Namun hanya proses kematangan dalam pengurusan akan
membawa PGB melepasi tahap ini dengan jayanya.
Ciri-ciri PGB pada tahap perama ini adalah mereka dianggap sebagai ketua yang
berautoriti sahaja kerana lantikan (tugas) bukan pemimpin sejati bagi oganisasi sekolah
bahkan mereka mungkin tidak mempunyai pengaruh di kalangan guru-guru sehingga
mungkin tidak dianggap memberikan inspirasi yang perlu dibanggakan dan dicontohi oleh
guru-guru. Selain itu, pemimpin tahap ini akan bersendirian di dalam organisasi. Maxwell
menggelar pemimpin jenis ini sebagai “The one-liner, it is lonely at the top” , kerana
menurut Maxwell kakitangan bawahan lebih suka untuk mengelak daripada bekerja dengan
pemimpin jenis ini. Oleh itu, guru-guru hanya melaksanakan kerja rutin yang asas dan tidak
mahu terlibat dalam usaha-usaha penambahbaikan sekolah. Kesimpulannya, tidak semua
ketua adalah pemimpin, tetapi setiap pemimpin adalah ketua.
Tahap kedua hubungan (Relationships) iaitu Kepimpinan Berasaskan Kepada
Penerimaan. Pada peringkat ini, individu mengikut pemimpin kerana mereka ingin
melakukan hal tersebut bukan atas paksaan. Ini kerana mereka suka dengan personaliti,
karisma dan kredibiliti pemimpin atau kagum dengan jawatan yang anda ada atau
tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. PGB mula mempelajari untuk mewujudkan
perhubungan yang baik dengan warga sekolah. Ini kerana hubungan yang baik bukan
sahaja berjaya mendapatkan komitmen organisasi malah, menjadikan mereka lebih
bermotivasi untuk berkerja bersama-sama PGB. Guru-guru akan menjadi lebih berkualiti
dan produktif serta menerima PGB sebagai pemimpin mereka. Ini kerana mereka mula
mempercayai PGB sebagai seorang pemimpin yang baik. Mereka akan mula mengikuti visi
pemimpin dan sama-sama untuk mencapai matlamat yang dirancangkan.
Ciri-ciri PGB pada tahap kedua ini ialah menjadi pendengar yang baik. Pemimpin
yang baik perlu menjadi pendengar yang baik kepada pengikut. Selain itu, pemimpin juga
perlu mengenali dan memahami setiap kriteria yang ada pada pengikutnya. Melakukan
observasi atau pemerhatian dengan baik. Pemimpin dalam tahap ini memantau apa yang
dilakukan oleh pengikut dalam organisasi untuk mengetahui kemampuan, kekuatan dan
kelemahan setiap ahli organisasi. Belajar dan melayani dengan baik. Pemimpin sentiasa
memberikan bantuan, bimbingan dan motivasi kepada pengikut. Pemimpin mempunyai
keupayaan untuk bergaul dengan pengikutnya. Pemimpin tahap ini adalah membina
hubungan keperibadian yang baik dalam sekolah dengan mewujudkan kepercayaan dan
perasaan saling hormat menghormati antara PGB dan guru-guru. Seterusnya boleh
mengukuhkan kekuatan yang ada pada diri mereka sehingga mereka berupaya
menggunakan kekuatan yang ada pada diri mereka secara optimum kepada organisasi.
Tahap ketiga pula adalah Produktiviti (Results / hasil) iaitu individu yang mengikut
pemimpin kerana melihat perubahan positif, sumbangan atau jasa yang telah dilakukan oleh
pemimpin untuk organisasi kerana PGB telah memiliki pengalaman dan prestasi serta
kredibiliti dalam kepimpinan. Tahap kepimpinan ini adalah Kepimpinan Berdasarkan
Kepada Keputusan. Pada tahap ini, pemimpin mencapai keputusan yang boleh diukur.
Dalam konteks di sekolah, rancangan yang dibawa oleh PGB pada awalnya diakuri oleh
guru-guru kerana faktor tugas atau paksaan. Namun setelah beberapa insiden kejayaan,
guru-guru mulai akur bahawa PGB memiliki kehebatan dalam rancangan beliau sehingga
setiap rancangan membawa kejayaan. Dalam pada itu, seorang guru yang telah berjaya
menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang tetapi jika pencapaian tersebut tidak dihargai
oleh PGB maka guru-guru akhirnya kecewa dan tidak mengambil peduli terhadap
kerjayanya (burned-out). Oleh itu PGB yang berada pada tahap ini seharusnya sentiasa
menjaga keperluan anggota organisasi dari aspek kebajikan, penghargaan dan
keperluannya untuk membangunkan tahap profesionalisme yang lebih tinggi.
Ciri-ciri PGB yang mencapai aras ini adalah akan menjadi contoh kepada
organisasi. Guru-guru akan mengikuti apa yang mereka lihat dan ikut apa yang dilakukan
oleh pemimpin. PGB perlu bersama mereka untuk menjayakan program bukan sekadar
memberi arahan semata-mata. Selain itu, PGB perlu memiliki kekuatan momentum untuk
mendorong pengikut mencapai matlamat yang sama. Momentum yang dihasilkan oleh PGB
dapat menyelesaikan 90 % masalah. Pemimpin pada tahap ini dapat merekrut orang yang
memiliki ciri-ciri seperti dirinya. Oleh itu, untuk memiliki orang yang bertanggungjawab, PGB
perlu menjadi orang yang bertanggungjawab. Kualiti yang ada pada PGB akan menarik
minat organisasi untuk mempelajari dan mengikutnya.
Tahap keempat adalah mengembangkan orang lain (Reproducion / reproduksi).
Pemimpin tahap ini boleh menjadi seorang pemimpin kerana berupaya untuk
membangunkan pimpinannya supaya dapat mencapai keberhasilannya mereka sendiri.
Tahap kepimpinan ini dipanggil Kepimpinan Berasaskan Pembangunan Kakitangan.
Membangunkan orang lain bermakna PGB mendelegasikan tugas-tugas kepada kakitangan
yang boleh diharapkan. Maxwell mencadangkan untuk PGB mengenali guru-guru sehingga
80% sebelum melakukan deligasi. Oleh itu, PGB perlu memperuntukkan kira-kira 80% waktu
kerja yang ada untuk memberi bimbingan kepada guru-guru kanan dan guru-guru yang
berpotensi tertinggi serta 20% untuk melakukan tugas-tugas lain yang produktif.
Ciri-ciri PGB pada tahap ini adalah merekrut dengan baik guru-guru bawah
seliaanya bersesuaian dengan potensi diri yang mereka miliki. Dengan itu, PGB akan
menempatkan individu dalam posisi yang tepat setelah mengetahui kekuatan dan
kelemahan yang ada pada setiap mereka. Ini akan membantu membawa kejayaaan yang
besar kepada organisasi mahupun kerjaya mereka. PGB juga akan melengkapkan potensi
mereka dengan latihan pembangunan yang sedia ada dan memantau perkembangan
melalui latihan yang disediakan.
Tahap ke lima adalah puncak kepemimpinan (Respect / rasa hormat) iaitu individu
yang mengikut pemimpin kerana mengetahui siapa pemimpin mereka dan apa yang telah
dihasilkan oleh pemimpinnya. Peringkat terakhir ini dipanggil Kepimpinan Berasaskan
Kepada Penghormatan. Apabila sampai ke tahap ini, pemimpin sudah menghabiskan
masa bertahun-tahun untuk mengembangkan orang lain dan organisasi. Pada masa yang
sama, PGB juga telah menghasilkan ramai pemimpin yang berkaliber dan cemerlang.
Walaupun sampai tahap kemuncak, PGB harus memahami proses belajar adalah
sepanjang hayat dan tiada hadnya.
Ciri-ciri PGB pada tahap ini adalah seorang pemimpin yang masih disebut jasanya
walaupun mereka telah lama meninggalkan organisasi, sama ada kerana pertukaran atau
persaraan. Mereka adalah pemimpin yang meninggalkan legasi yang baik dan utuh. Mereka
juga telah melahirkan pemimpin-pemimpin tahap 4 yang lebih ramai. Matlamat jangka
panjang yang paling penting bagi sesebuah organisasi adalah untuk terus membina
generasi pemimpin yang berjaya iaitu, seorang pemimpin Tahap 5 perlu menghasilkan lebih
ramai pemimpin Tahap 4.
Perbezaan Kepimpinan Tahap 3 dan Kepimpinan Tahap 5
Pada pendapat saya, perbezaan pemimpin yang berada di tahap ke tiga dengan
pemimpin yang berjaya berada pada tahap ke lima adalah kesan kepimpinan kepada
organisasi. Hakikatnya, kesan kepimpinan pada tahap ketiga hanya pada luaran sahaja
berbanding kesan pemimpin pada tahap kelima adalah memori yang berkekalan. Oleh itu,
pemimpin boleh mencapai kepimpinan tahap ketiga dalam masa yang singkat tetapi untuk
ke tahap kelima memerlukan masa yang lama.
Selain itu, perbezaan yang ketara juga pada tahap ke tiga dan kelima adalah dari
segi hubungan yang baik. dengan orang ramai terutamanya hubungan antara pemimpin
dengan pengikutnya. Ramai pengikut menjadikan pemimpin sebagai ‘role model’. Pengikut
bertungkus lumus membantu anda mencapai kejayaan. Pada masa yang sama, semangat
kerjasama atau suasana persekitaran bekerja menjadi harmoni kerana semua pengikut
mendapat momentum daripada pemimin. Pemimpin merupakan pokok besar kepada
organisasinya. Organisasi berupaya mencapai keputusan yang baik dalam masa yang
singkat. Walaupun ini merupakan kelebihan kepada pemimpin tahap ketiga. Namun, ia juga
merupakan kelemahana kepadanya. Sekiranya, pemimpin tahap ketiga meninggalkan
organisasi tersebut. Hasil atau kejayaan yang dicapai pada sebelumnya akan berkurangan
kerana pengikut sangat bergantung kepada pemimpin untuk mencapai kejayaan. Pengikut
kehilangan motivasi dan momentum daripada pemimpin yang mereka sukai, mereka
kehilangan hala tuju untuk terus bergerak. Suasana pekerjaaan menjadi tegang kerana
mereka tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Mereka kehilangan momentum yang mereka
bergantung selama ini.
Dalam kepimpinan tahap lima, mereka menghormati usaha pemimpin terhadap
organisasinya. Jasa mereka tidak dilupai walaupun telah lama meninggalkan organisasi
tersebut kerana pertukaran atau persaraan. Biasanya pemimpin tahap kelima telah
menghasilkan ramai pemimpin tahap keempat. Matlamat jangka panjang yang paling
penting bagi sebuah organisasi adalah untuk terus membina generasi pemimpin yang
berjaya iaitu, seorang pemimpin tahap kelima perlu menghasilkan lebih ramai pemimpin
tahap keempat.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kita dapat melihat keberkesaan pemimpin tahap ketiga dan kelima
terhadap sesebuah organisasi. Sebagai seorang pemimpin yang cemerlang, kita harus
berusaha mencapai kepimpinan tahap kelima supaya ‘legacy’ yang kita bina dapat
berterusan serta mempunyai kesinambungan bahkan menjadi momentum kepada pemimpin
yang bakal mencapai kepimpinan tahap kelima.
.

More Related Content

What's hot

Laporan kem kepimpinan
Laporan kem kepimpinanLaporan kem kepimpinan
Laporan kem kepimpinantati hidayatie
 
MODEL KOMPETENSI
MODEL KOMPETENSIMODEL KOMPETENSI
MODEL KOMPETENSILala Aliron
 
Tugas warden asrama
Tugas warden asramaTugas warden asrama
Tugas warden asramafakurol
 
Peranan dan tanggungjawab pengawas
Peranan dan tanggungjawab pengawasPeranan dan tanggungjawab pengawas
Peranan dan tanggungjawab pengawasAhmad Yusoff
 
Pengurusan organisasi, kepimpinan dan penyeliaan berkesan
Pengurusan organisasi, kepimpinan dan penyeliaan berkesanPengurusan organisasi, kepimpinan dan penyeliaan berkesan
Pengurusan organisasi, kepimpinan dan penyeliaan berkesanLee Oi Wah
 
Minit mesyuarat agung pi 2014
Minit mesyuarat agung pi 2014Minit mesyuarat agung pi 2014
Minit mesyuarat agung pi 2014NORAINI1010
 
Perancangan Strategik Untuk Agensi Sektor Awam (Public Organization)
Perancangan Strategik Untuk Agensi Sektor Awam (Public Organization)Perancangan Strategik Untuk Agensi Sektor Awam (Public Organization)
Perancangan Strategik Untuk Agensi Sektor Awam (Public Organization)Muhamad Bustaman Abdul Manaf
 
Manual i KePs 2018-2019
Manual i KePs 2018-2019Manual i KePs 2018-2019
Manual i KePs 2018-2019Chon Seong Hoo
 
Kertas kerja gotong royong
Kertas kerja gotong royongKertas kerja gotong royong
Kertas kerja gotong royongEiza Alias
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubahskteena0112
 
Konsep asas kepemimpinan
Konsep asas kepemimpinanKonsep asas kepemimpinan
Konsep asas kepemimpinanEmyza Hamzah
 
Slot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptx
Slot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptxSlot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptx
Slot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptxALSAFII
 
Minit mesyuarat pss kali ke 3
Minit mesyuarat pss kali ke 3Minit mesyuarat pss kali ke 3
Minit mesyuarat pss kali ke 3Habibah Abdullah
 
Sijil Penyertaan
Sijil PenyertaanSijil Penyertaan
Sijil PenyertaanMaiza Aziz
 
Bab 1 1.0 hingga 1.4
Bab 1 1.0 hingga 1.4Bab 1 1.0 hingga 1.4
Bab 1 1.0 hingga 1.4Sapiah Khalid
 
8 langkah mengurus perubahan john kotter
8 langkah mengurus perubahan john kotter8 langkah mengurus perubahan john kotter
8 langkah mengurus perubahan john kotterroslan abd latib
 
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxPENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxAzimahDollah2
 
What's hot (20)

Laporan kem kepimpinan
Laporan kem kepimpinanLaporan kem kepimpinan
Laporan kem kepimpinan
 
MODEL KOMPETENSI
MODEL KOMPETENSIMODEL KOMPETENSI
MODEL KOMPETENSI
 
Tugas warden asrama
Tugas warden asramaTugas warden asrama
Tugas warden asrama
 
Peranan dan tanggungjawab pengawas
Peranan dan tanggungjawab pengawasPeranan dan tanggungjawab pengawas
Peranan dan tanggungjawab pengawas
 
Pengurusan organisasi, kepimpinan dan penyeliaan berkesan
Pengurusan organisasi, kepimpinan dan penyeliaan berkesanPengurusan organisasi, kepimpinan dan penyeliaan berkesan
Pengurusan organisasi, kepimpinan dan penyeliaan berkesan
 
Perancangan strategik (strategic planning)
Perancangan strategik (strategic planning) Perancangan strategik (strategic planning)
Perancangan strategik (strategic planning)
 
Minit mesyuarat agung pi 2014
Minit mesyuarat agung pi 2014Minit mesyuarat agung pi 2014
Minit mesyuarat agung pi 2014
 
Perancangan Strategik Untuk Agensi Sektor Awam (Public Organization)
Perancangan Strategik Untuk Agensi Sektor Awam (Public Organization)Perancangan Strategik Untuk Agensi Sektor Awam (Public Organization)
Perancangan Strategik Untuk Agensi Sektor Awam (Public Organization)
 
Manual i KePs 2018-2019
Manual i KePs 2018-2019Manual i KePs 2018-2019
Manual i KePs 2018-2019
 
Kertas kerja gotong royong
Kertas kerja gotong royongKertas kerja gotong royong
Kertas kerja gotong royong
 
Gaya kepimpinan
Gaya kepimpinanGaya kepimpinan
Gaya kepimpinan
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubah
 
Konsep asas kepemimpinan
Konsep asas kepemimpinanKonsep asas kepemimpinan
Konsep asas kepemimpinan
 
Slot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptx
Slot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptxSlot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptx
Slot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptx
 
Minit mesyuarat pss kali ke 3
Minit mesyuarat pss kali ke 3Minit mesyuarat pss kali ke 3
Minit mesyuarat pss kali ke 3
 
Topik4 : perancangan
Topik4 : perancanganTopik4 : perancangan
Topik4 : perancangan
 
Sijil Penyertaan
Sijil PenyertaanSijil Penyertaan
Sijil Penyertaan
 
Bab 1 1.0 hingga 1.4
Bab 1 1.0 hingga 1.4Bab 1 1.0 hingga 1.4
Bab 1 1.0 hingga 1.4
 
8 langkah mengurus perubahan john kotter
8 langkah mengurus perubahan john kotter8 langkah mengurus perubahan john kotter
8 langkah mengurus perubahan john kotter
 
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxPENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
 
Similar to 5 Tahap Kepimpinan John Maxwell

5 Level Kepemimpinan Efektif & 7 Prinsip Pemimpin Sukses_Andrie Wongso_2015.pdf
5 Level Kepemimpinan Efektif & 7 Prinsip Pemimpin Sukses_Andrie Wongso_2015.pdf5 Level Kepemimpinan Efektif & 7 Prinsip Pemimpin Sukses_Andrie Wongso_2015.pdf
5 Level Kepemimpinan Efektif & 7 Prinsip Pemimpin Sukses_Andrie Wongso_2015.pdfrobert_ab
 
5 level kepemimpinan efektif
5 level kepemimpinan efektif 5 level kepemimpinan efektif
5 level kepemimpinan efektif Eko Mardianto
 
Tugas 1 MSDM ALIVA NUR Q.(1961074) kp2 2019
Tugas 1 MSDM ALIVA NUR Q.(1961074) kp2 2019Tugas 1 MSDM ALIVA NUR Q.(1961074) kp2 2019
Tugas 1 MSDM ALIVA NUR Q.(1961074) kp2 2019Aliva Qomariyah
 
How to be an effective leader
How to be an effective leaderHow to be an effective leader
How to be an effective leaderSTIE-STMIK IBBI
 
Asas kepimpinan dan perkembangan profesional gur1
Asas kepimpinan dan perkembangan profesional gur1Asas kepimpinan dan perkembangan profesional gur1
Asas kepimpinan dan perkembangan profesional gur1Azizan Amanda
 
High Performance Leadership-Day 1 FF REV (1).pptx
High Performance Leadership-Day  1 FF REV (1).pptxHigh Performance Leadership-Day  1 FF REV (1).pptx
High Performance Leadership-Day 1 FF REV (1).pptxmochammadlampera1
 
10.kepemimpinan yang effektif
10.kepemimpinan yang effektif10.kepemimpinan yang effektif
10.kepemimpinan yang effektifFreddy Indra
 
Latihan Leadership
Latihan LeadershipLatihan Leadership
Latihan Leadershippjj_kemenkes
 
Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019
Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019
Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019LailatulRodhiyah1
 
Coaching step by step
Coaching step by stepCoaching step by step
Coaching step by stepAlfa Maulana
 
Latihan Leadership
Latihan LeadershipLatihan Leadership
Latihan Leadershippjj_kemenkes
 
Tugas basworo metpen finising
Tugas basworo metpen finisingTugas basworo metpen finising
Tugas basworo metpen finisingFahmy Metala
 
Konsep Dasar Kepemimpinan Pendidikan
Konsep Dasar Kepemimpinan PendidikanKonsep Dasar Kepemimpinan Pendidikan
Konsep Dasar Kepemimpinan PendidikanAbdau Qur'ani
 
Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan - Citra Octavi Putri (19...
Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan - Citra Octavi Putri (19...Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan - Citra Octavi Putri (19...
Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan - Citra Octavi Putri (19...CitraOctaviaPutri
 
Fungsi manajemen kepemimpinan
Fungsi manajemen   kepemimpinanFungsi manajemen   kepemimpinan
Fungsi manajemen kepemimpinanSthefanie Parera
 
Similar to 5 Tahap Kepimpinan John Maxwell (20)

5 Level Kepemimpinan Efektif & 7 Prinsip Pemimpin Sukses_Andrie Wongso_2015.pdf
5 Level Kepemimpinan Efektif & 7 Prinsip Pemimpin Sukses_Andrie Wongso_2015.pdf5 Level Kepemimpinan Efektif & 7 Prinsip Pemimpin Sukses_Andrie Wongso_2015.pdf
5 Level Kepemimpinan Efektif & 7 Prinsip Pemimpin Sukses_Andrie Wongso_2015.pdf
 
5 level kepemimpinan efektif
5 level kepemimpinan efektif 5 level kepemimpinan efektif
5 level kepemimpinan efektif
 
Tugas 1 MSDM ALIVA NUR Q.(1961074) kp2 2019
Tugas 1 MSDM ALIVA NUR Q.(1961074) kp2 2019Tugas 1 MSDM ALIVA NUR Q.(1961074) kp2 2019
Tugas 1 MSDM ALIVA NUR Q.(1961074) kp2 2019
 
kepemimpinan
 kepemimpinan kepemimpinan
kepemimpinan
 
How to be an effective leader
How to be an effective leaderHow to be an effective leader
How to be an effective leader
 
Asas kepimpinan dan perkembangan profesional gur1
Asas kepimpinan dan perkembangan profesional gur1Asas kepimpinan dan perkembangan profesional gur1
Asas kepimpinan dan perkembangan profesional gur1
 
High Performance Leadership-Day 1 FF REV (1).pptx
High Performance Leadership-Day  1 FF REV (1).pptxHigh Performance Leadership-Day  1 FF REV (1).pptx
High Performance Leadership-Day 1 FF REV (1).pptx
 
10.kepemimpinan yang effektif
10.kepemimpinan yang effektif10.kepemimpinan yang effektif
10.kepemimpinan yang effektif
 
Latihan Leadership
Latihan LeadershipLatihan Leadership
Latihan Leadership
 
Isi kepemimpinan
Isi kepemimpinanIsi kepemimpinan
Isi kepemimpinan
 
Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019
Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019
Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019
 
Coaching step by step
Coaching step by stepCoaching step by step
Coaching step by step
 
Handout 13 ld
Handout 13 ldHandout 13 ld
Handout 13 ld
 
Latihan Leadership
Latihan LeadershipLatihan Leadership
Latihan Leadership
 
Tugas basworo metpen finising
Tugas basworo metpen finisingTugas basworo metpen finising
Tugas basworo metpen finising
 
Konsep Dasar Kepemimpinan Pendidikan
Konsep Dasar Kepemimpinan PendidikanKonsep Dasar Kepemimpinan Pendidikan
Konsep Dasar Kepemimpinan Pendidikan
 
Gaya kepemimpinan
Gaya kepemimpinanGaya kepemimpinan
Gaya kepemimpinan
 
Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan - Citra Octavi Putri (19...
Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan - Citra Octavi Putri (19...Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan - Citra Octavi Putri (19...
Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan - Citra Octavi Putri (19...
 
Fungsi manajemen kepemimpinan
Fungsi manajemen   kepemimpinanFungsi manajemen   kepemimpinan
Fungsi manajemen kepemimpinan
 
Perilaku organisasi
Perilaku organisasiPerilaku organisasi
Perilaku organisasi
 
Recently uploaded

Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Recently uploaded (20)

Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
5 Tahap Kepimpinan John Maxwell

  • 1. FORUM -1 5 TAHAP KEPIMPINAN JOHN MAXWELL Ulasan Oleh: Sadila Binti Mamat (M20161000539) Pendahuluan Kepimpinan adalah daya atau keupayaan seseorang pemimpin untuk memimpin sesuatu organisasi menuju ke matlamat kejayaan (Zahrah Anwar, 2016). Definisi ini disokong (Cartwright dan Zender, 1960) yang menyatakan kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan untuk mengubah haluan sesuatu organisasi dengan memilih kriteria yang tertentu dalam mencapai objektif organisasi. Pemimpin mampu memantau pengikutnya agar mengikut kriteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan. Kriteria atau ciri-ciri yang dipilih akan membentuk tahap-tahap kepimpinan sepertimana teori tahap kepimpinan John Maxwell. Walaubagaimanapun John Maxwell mempunyai huraian yang tersendiri terhadap ciri-ciri yang beliau percaya dalam teorinya dapat membina tahap kepimpinan. Ciri-Ciri 5 Tahap Kepimpinan John Maxwell Menurut John Maxwell, terdapat lima tahap penting dalam kepimpinan. Tahap pertama adalah Kepemimpinan dasar (Rights / hak) yang bermaksud individu mengikut pemimpin kerana jawatan ketua yang dimiliki iaitu Kepimpinan Berdasarkan Kepada Kedudukan (Position Level). Dalam konteks sekolah, pemimpim ini adalah Pengetua atau Guru Besar (PGB) yang baru menerima mandat / lantikan KPM untuk menerajui sekolah. Tahap ini hanya baik untuk permulaan sebagai pemimpin tetapi perlu segera kepada perpindahan tahap seterusnya. Namun hanya proses kematangan dalam pengurusan akan membawa PGB melepasi tahap ini dengan jayanya. Ciri-ciri PGB pada tahap perama ini adalah mereka dianggap sebagai ketua yang berautoriti sahaja kerana lantikan (tugas) bukan pemimpin sejati bagi oganisasi sekolah bahkan mereka mungkin tidak mempunyai pengaruh di kalangan guru-guru sehingga mungkin tidak dianggap memberikan inspirasi yang perlu dibanggakan dan dicontohi oleh guru-guru. Selain itu, pemimpin tahap ini akan bersendirian di dalam organisasi. Maxwell menggelar pemimpin jenis ini sebagai “The one-liner, it is lonely at the top” , kerana menurut Maxwell kakitangan bawahan lebih suka untuk mengelak daripada bekerja dengan pemimpin jenis ini. Oleh itu, guru-guru hanya melaksanakan kerja rutin yang asas dan tidak
  • 2. mahu terlibat dalam usaha-usaha penambahbaikan sekolah. Kesimpulannya, tidak semua ketua adalah pemimpin, tetapi setiap pemimpin adalah ketua. Tahap kedua hubungan (Relationships) iaitu Kepimpinan Berasaskan Kepada Penerimaan. Pada peringkat ini, individu mengikut pemimpin kerana mereka ingin melakukan hal tersebut bukan atas paksaan. Ini kerana mereka suka dengan personaliti, karisma dan kredibiliti pemimpin atau kagum dengan jawatan yang anda ada atau tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. PGB mula mempelajari untuk mewujudkan perhubungan yang baik dengan warga sekolah. Ini kerana hubungan yang baik bukan sahaja berjaya mendapatkan komitmen organisasi malah, menjadikan mereka lebih bermotivasi untuk berkerja bersama-sama PGB. Guru-guru akan menjadi lebih berkualiti dan produktif serta menerima PGB sebagai pemimpin mereka. Ini kerana mereka mula mempercayai PGB sebagai seorang pemimpin yang baik. Mereka akan mula mengikuti visi pemimpin dan sama-sama untuk mencapai matlamat yang dirancangkan. Ciri-ciri PGB pada tahap kedua ini ialah menjadi pendengar yang baik. Pemimpin yang baik perlu menjadi pendengar yang baik kepada pengikut. Selain itu, pemimpin juga perlu mengenali dan memahami setiap kriteria yang ada pada pengikutnya. Melakukan observasi atau pemerhatian dengan baik. Pemimpin dalam tahap ini memantau apa yang dilakukan oleh pengikut dalam organisasi untuk mengetahui kemampuan, kekuatan dan kelemahan setiap ahli organisasi. Belajar dan melayani dengan baik. Pemimpin sentiasa memberikan bantuan, bimbingan dan motivasi kepada pengikut. Pemimpin mempunyai keupayaan untuk bergaul dengan pengikutnya. Pemimpin tahap ini adalah membina hubungan keperibadian yang baik dalam sekolah dengan mewujudkan kepercayaan dan perasaan saling hormat menghormati antara PGB dan guru-guru. Seterusnya boleh mengukuhkan kekuatan yang ada pada diri mereka sehingga mereka berupaya menggunakan kekuatan yang ada pada diri mereka secara optimum kepada organisasi. Tahap ketiga pula adalah Produktiviti (Results / hasil) iaitu individu yang mengikut pemimpin kerana melihat perubahan positif, sumbangan atau jasa yang telah dilakukan oleh pemimpin untuk organisasi kerana PGB telah memiliki pengalaman dan prestasi serta kredibiliti dalam kepimpinan. Tahap kepimpinan ini adalah Kepimpinan Berdasarkan Kepada Keputusan. Pada tahap ini, pemimpin mencapai keputusan yang boleh diukur. Dalam konteks di sekolah, rancangan yang dibawa oleh PGB pada awalnya diakuri oleh guru-guru kerana faktor tugas atau paksaan. Namun setelah beberapa insiden kejayaan, guru-guru mulai akur bahawa PGB memiliki kehebatan dalam rancangan beliau sehingga setiap rancangan membawa kejayaan. Dalam pada itu, seorang guru yang telah berjaya
  • 3. menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang tetapi jika pencapaian tersebut tidak dihargai oleh PGB maka guru-guru akhirnya kecewa dan tidak mengambil peduli terhadap kerjayanya (burned-out). Oleh itu PGB yang berada pada tahap ini seharusnya sentiasa menjaga keperluan anggota organisasi dari aspek kebajikan, penghargaan dan keperluannya untuk membangunkan tahap profesionalisme yang lebih tinggi. Ciri-ciri PGB yang mencapai aras ini adalah akan menjadi contoh kepada organisasi. Guru-guru akan mengikuti apa yang mereka lihat dan ikut apa yang dilakukan oleh pemimpin. PGB perlu bersama mereka untuk menjayakan program bukan sekadar memberi arahan semata-mata. Selain itu, PGB perlu memiliki kekuatan momentum untuk mendorong pengikut mencapai matlamat yang sama. Momentum yang dihasilkan oleh PGB dapat menyelesaikan 90 % masalah. Pemimpin pada tahap ini dapat merekrut orang yang memiliki ciri-ciri seperti dirinya. Oleh itu, untuk memiliki orang yang bertanggungjawab, PGB perlu menjadi orang yang bertanggungjawab. Kualiti yang ada pada PGB akan menarik minat organisasi untuk mempelajari dan mengikutnya. Tahap keempat adalah mengembangkan orang lain (Reproducion / reproduksi). Pemimpin tahap ini boleh menjadi seorang pemimpin kerana berupaya untuk membangunkan pimpinannya supaya dapat mencapai keberhasilannya mereka sendiri. Tahap kepimpinan ini dipanggil Kepimpinan Berasaskan Pembangunan Kakitangan. Membangunkan orang lain bermakna PGB mendelegasikan tugas-tugas kepada kakitangan yang boleh diharapkan. Maxwell mencadangkan untuk PGB mengenali guru-guru sehingga 80% sebelum melakukan deligasi. Oleh itu, PGB perlu memperuntukkan kira-kira 80% waktu kerja yang ada untuk memberi bimbingan kepada guru-guru kanan dan guru-guru yang berpotensi tertinggi serta 20% untuk melakukan tugas-tugas lain yang produktif. Ciri-ciri PGB pada tahap ini adalah merekrut dengan baik guru-guru bawah seliaanya bersesuaian dengan potensi diri yang mereka miliki. Dengan itu, PGB akan menempatkan individu dalam posisi yang tepat setelah mengetahui kekuatan dan kelemahan yang ada pada setiap mereka. Ini akan membantu membawa kejayaaan yang besar kepada organisasi mahupun kerjaya mereka. PGB juga akan melengkapkan potensi mereka dengan latihan pembangunan yang sedia ada dan memantau perkembangan melalui latihan yang disediakan.
  • 4. Tahap ke lima adalah puncak kepemimpinan (Respect / rasa hormat) iaitu individu yang mengikut pemimpin kerana mengetahui siapa pemimpin mereka dan apa yang telah dihasilkan oleh pemimpinnya. Peringkat terakhir ini dipanggil Kepimpinan Berasaskan Kepada Penghormatan. Apabila sampai ke tahap ini, pemimpin sudah menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mengembangkan orang lain dan organisasi. Pada masa yang sama, PGB juga telah menghasilkan ramai pemimpin yang berkaliber dan cemerlang. Walaupun sampai tahap kemuncak, PGB harus memahami proses belajar adalah sepanjang hayat dan tiada hadnya. Ciri-ciri PGB pada tahap ini adalah seorang pemimpin yang masih disebut jasanya walaupun mereka telah lama meninggalkan organisasi, sama ada kerana pertukaran atau persaraan. Mereka adalah pemimpin yang meninggalkan legasi yang baik dan utuh. Mereka juga telah melahirkan pemimpin-pemimpin tahap 4 yang lebih ramai. Matlamat jangka panjang yang paling penting bagi sesebuah organisasi adalah untuk terus membina generasi pemimpin yang berjaya iaitu, seorang pemimpin Tahap 5 perlu menghasilkan lebih ramai pemimpin Tahap 4. Perbezaan Kepimpinan Tahap 3 dan Kepimpinan Tahap 5 Pada pendapat saya, perbezaan pemimpin yang berada di tahap ke tiga dengan pemimpin yang berjaya berada pada tahap ke lima adalah kesan kepimpinan kepada organisasi. Hakikatnya, kesan kepimpinan pada tahap ketiga hanya pada luaran sahaja berbanding kesan pemimpin pada tahap kelima adalah memori yang berkekalan. Oleh itu, pemimpin boleh mencapai kepimpinan tahap ketiga dalam masa yang singkat tetapi untuk ke tahap kelima memerlukan masa yang lama. Selain itu, perbezaan yang ketara juga pada tahap ke tiga dan kelima adalah dari segi hubungan yang baik. dengan orang ramai terutamanya hubungan antara pemimpin dengan pengikutnya. Ramai pengikut menjadikan pemimpin sebagai ‘role model’. Pengikut bertungkus lumus membantu anda mencapai kejayaan. Pada masa yang sama, semangat kerjasama atau suasana persekitaran bekerja menjadi harmoni kerana semua pengikut mendapat momentum daripada pemimin. Pemimpin merupakan pokok besar kepada organisasinya. Organisasi berupaya mencapai keputusan yang baik dalam masa yang singkat. Walaupun ini merupakan kelebihan kepada pemimpin tahap ketiga. Namun, ia juga merupakan kelemahana kepadanya. Sekiranya, pemimpin tahap ketiga meninggalkan organisasi tersebut. Hasil atau kejayaan yang dicapai pada sebelumnya akan berkurangan kerana pengikut sangat bergantung kepada pemimpin untuk mencapai kejayaan. Pengikut
  • 5. kehilangan motivasi dan momentum daripada pemimpin yang mereka sukai, mereka kehilangan hala tuju untuk terus bergerak. Suasana pekerjaaan menjadi tegang kerana mereka tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Mereka kehilangan momentum yang mereka bergantung selama ini. Dalam kepimpinan tahap lima, mereka menghormati usaha pemimpin terhadap organisasinya. Jasa mereka tidak dilupai walaupun telah lama meninggalkan organisasi tersebut kerana pertukaran atau persaraan. Biasanya pemimpin tahap kelima telah menghasilkan ramai pemimpin tahap keempat. Matlamat jangka panjang yang paling penting bagi sebuah organisasi adalah untuk terus membina generasi pemimpin yang berjaya iaitu, seorang pemimpin tahap kelima perlu menghasilkan lebih ramai pemimpin tahap keempat. Kesimpulan Kesimpulannya, kita dapat melihat keberkesaan pemimpin tahap ketiga dan kelima terhadap sesebuah organisasi. Sebagai seorang pemimpin yang cemerlang, kita harus berusaha mencapai kepimpinan tahap kelima supaya ‘legacy’ yang kita bina dapat berterusan serta mempunyai kesinambungan bahkan menjadi momentum kepada pemimpin yang bakal mencapai kepimpinan tahap kelima. .
  • 6. kehilangan motivasi dan momentum daripada pemimpin yang mereka sukai, mereka kehilangan hala tuju untuk terus bergerak. Suasana pekerjaaan menjadi tegang kerana mereka tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Mereka kehilangan momentum yang mereka bergantung selama ini. Dalam kepimpinan tahap lima, mereka menghormati usaha pemimpin terhadap organisasinya. Jasa mereka tidak dilupai walaupun telah lama meninggalkan organisasi tersebut kerana pertukaran atau persaraan. Biasanya pemimpin tahap kelima telah menghasilkan ramai pemimpin tahap keempat. Matlamat jangka panjang yang paling penting bagi sebuah organisasi adalah untuk terus membina generasi pemimpin yang berjaya iaitu, seorang pemimpin tahap kelima perlu menghasilkan lebih ramai pemimpin tahap keempat. Kesimpulan Kesimpulannya, kita dapat melihat keberkesaan pemimpin tahap ketiga dan kelima terhadap sesebuah organisasi. Sebagai seorang pemimpin yang cemerlang, kita harus berusaha mencapai kepimpinan tahap kelima supaya ‘legacy’ yang kita bina dapat berterusan serta mempunyai kesinambungan bahkan menjadi momentum kepada pemimpin yang bakal mencapai kepimpinan tahap kelima. .