Dokumen ini menjelaskan cara pengiraan jumlah unit pelaburan dan nilai pelaburan berdasarkan harga unit dan jumlah unit. Ia juga menunjukkan bagaimana pelaburan jangka panjang dapat menambah jumlah unit melalui pengagihan dan mengurangkan risiko pelaburan.
1. Disediakan Oleh :
Fadzilah Binti Mamat @ Muhammad
Leader & Founder
SMART Consultant Team
http://unittrust.fadzilahmamat.com
1
Copyright 2010 SMART Consultant Team
(http://unittrust.fadzilahmamat.com)
2. Pengiraan Jumlah Unit
Sebenarnya, setiap kali seseorang pelabur membuat pelaburan
(samada pelaburan tunai atau pelaburan tambahan) jumlah pelaburan
sebenar (working capital) adalah kurang daripada nilai pelaburan.
Ini kerana, sebahagian daripada wang pelaburan akan digunakan
untuk membayar caj perkhidmatan.
Untuk maklumat lanjut tentang caj perkhidmatan dan cara
pengiraannya, sila rujuk di sini
http://fadzilahmamat.com/download/Maklumat & Cara Pengiraan Caj
Perkhidmatan Bagi Pelaburan.pdf
Namun begitu, untuk memudahkan pengiraan dan pemahaman anda
di dalam presentation ini, caj perkhidmatan akan diabaikan.
2
Copyright 2010 SMART Consultant Team
(http://unittrust.fadzilahmamat.com)
3. Pengiraan Jumlah Unit
Katakanlah seorang pelabur telah melabur sebanyak RM10,000 pada harga
RM1.00.
Jumlah unit yang akan diterima adalah mengikut formula berikut :
Jumlah Unit = Jumlah Pelaburan Sebenar
Harga Seunit
= RM10,000/1.00
= 10,000 unit.
Unit yang diterima oleh pelabur adalah tetap dan tidak berubah-ubah
melainkan pelabur membuat pelaburan tambahan ataupun setelah
menerima pengagihan (biasanya dipanggil dividen) daripada Public
Mutual.
3
Copyright 2010 SMART Consultant Team
(http://unittrust.fadzilahmamat.com)
4. Pengiraan Jumlah Unit
Untuk mengira nilai semasa pelaburan, formulanya adalah seperti berikut :
Nilai Semasa = Harga Dana Semasa x Jumlah Unit
Katakanlah pada suatu hari, harga dana A turun kepada RM0.95, maka
pada ketika ini nilai pelaburan adalah bersamaan dengan :
RM0.95 x 10,000=RM9,500
Sebaliknya jika harga dana A naik kepada RM1.05, nilai pelaburan adalah:
RM1.15 x 10,000=RM11,500.
4
Copyright 2010 SMART Consultant Team
(http://unittrust.fadzilahmamat.com)
5. Adakah pelabur akan mengalami kerugian
ketika harga rendah?
Ya, jika pelabur menjual pelaburan mereka pada ketika ini.
Tidak, jika mereka membiarkan sahaja pelaburan mereka.
Sebenarnya ramai pelabur yang membuat kesilapan BESAR dengan
menjual pelaburan ketika harga rendah. Ini kerana mereka khuatir
mereka akan mengalami kerugian yang lebih teruk. Hakikatnya harga
dana memang sentiasa turun naik. Hal bukanlah satu perkara yang
harus ditakuti oleh para pelabur.
Ini kerana ia sebenarnya merupakan satu kelebihan kerana memberi
peluang kepada pelabur untuk membeli dana pada harga yang lebih
rendah (ibarat kita membeli dengan harga diskaun semasa kempen
jualan murah di pasaraya).
5
Copyright 2010 SMART Consultant Team
(http://unittrust.fadzilahmamat.com)
6. Bagaimana Pelaburan Dalam Jangkamasa Panjang
Membantu Mengurangkan Risiko Pelaburan?
Kebanyakan dana unit trust akan memberi pengagihan tahunan
kepada pelabur.
Jika pengagihan ini tidak dikeluarkan dan dilaburkan semula, jumlah
unit akan bertambah.
Ini merupakan cara yang paling baik untuk mengoptimumkan
pulangan pelaburan di dalam pelaburan unit amanah.
Sila lihat contoh berikutnya untuk memahami bagaimana hal ini
berlaku.
Copyright 2010 SMART Consultant Team
(http://unittrust.fadzilahmamat.com) 6
7. Contoh Penambahan Jumlah Unit Selepas Tahun Pertama
Berdasarkan contoh tadi, pelabur sudahpun mempunyai unit
asal sebanyak 10000 unit. Katakanlah pada tahun pertama, dia
mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM800 dan harga
semasa dana adalah RM0.80
Jumlah Unit Tambahan = Jumlah Pengagihan
Harga Semasa
= 800/0.80
= 1,000 unit
Jumlah Unit Baru = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan
= 10,000 + 1000
= 11,000 unit
Copyright 2010 SMART Consultant Team
(http://unittrust.fadzilahmamat.com) 7
8. Contoh Penambahan Jumlah Unit Selepas Tahun Kedua
Sekarang pelabur sudahpun mempunyai jumlah unit baru
sebanyak 11,000 unit. Katakanlah pada tahun kedua, dia
mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM1000 dan harga
semasa dana adalah RM0.67
Jumlah unit tambahan = Jumlah Pengagihan
Harga Semasa
= 1,000/0.67
= 1,500 unit
Jumlah Unit Baru = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan
= 11,000 + 1500
= 12,500 unit
Copyright 2010 SMART Consultant Team
(http://unittrust.fadzilahmamat.com) 8
9. Contoh Penambahan Jumlah Unit Selepas Tahun Ketiga
Sekarang pelabur sudahpun mempunyai jumlah unit baru
sebanyak 12,500 unit. Katakanlah pada tahun ketiga, dia
mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM1500 dan harga
semasa dana adalah RM1.00
Jumlah unit tambahan = Jumlah Pengagihan
Harga Semasa
= 1,500/1.00
= 1,500 unit
Jumlah Unit Baru = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan
= 12,500 + 1500
= 14,000 unit
Copyright 2010 SMART Consultant Team
(http://unittrust.fadzilahmamat.com) 9
10. Berapakah Nilai Pelaburan Selepas 3 Tahun?
Sekarang pelabur mempunyai jumlah unit sebanyak 14000
Nilai Pelaburan Semasa = Harga Semasa x Jumlah Unit
Jika harga semasa = harga belian pada tahun pertama (RM1.oo), maka:
Nilai Pelaburan Semasa = RM1.00 x 14000 = RM14000
Jika harga semasa < harga belian pada tahun pertama (RM0.8o), maka:
Nilai Pelaburan Semasa = RM0.80 x 14000 = RM11,200
Jika harga semasa > harga belian pada tahun pertama (RM1.2o), maka:
Nilai Pelaburan Semasa = RM1.20 x 14000 = RM16,800
10
Copyright 2010 SMART Consultant Team
(http://unittrust.fadzilahmamat.com)
11. Kesimpulan
Dengan kata lain, apabila pelabur melabur
di dalam jangakamasa panjang, jumlah unit
akan bertambah.
Dengan ini, pelabur akan tetap mendapat
keuntungan walaupun berlaku penurunan
harga dana.
Malah, pelabur akan mendapat keuntungan
yang sangat baik sekiranya harga dana tidak
berubah atau makin meningkat.
11
Copyright 2010 SMART Consultant Team
(http://unittrust.fadzilahmamat.com)
12. Penutup
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami
dengan melayari laman web
http://unittrust.fadzilahmamat.com/contact
Copyright 2010 SMART Consultant Team
(http://unittrust.fadzilahmamat.com) 12