12. Berkelah di Tepi Pantai Pada hujung minggu yang lalu, saya sekeluarga berkelah ke Teluk Batik.Kami ke sana dengan menaiki kereta. Sebelum ke sana ,ibu dan kakak telah menyediakan bekalan makanan. Selain itu , kami juga membawa pelampung ,radio,pakaian m andi,dan bola.Ayah dan abang pula memasukkan semua barang ke dalam bagasi kereta. Kami bertolak pada pukul 9.00 pagi.Sepanjang perjalanan saya dapat melihat permandangan yang indah.Saya berasa tidak sabar untuk sampai ke sana. Kami tiba di sana pada pukul 10.30 pagi.Setelah meletakkan kereta ,kami pun mengeluarkan barang-barang yang dibawa . Kemudian ,kami meletakkannya di bawah sepohon pokok yang rendang. Tanpa membuang masa,saya dan adik terus menukar pakaian mandi untuk bermandi-manda di laut. Ayah pula membaca surat khabar manakala ibu dan kakak menyediakan makanan sambil mendengar radio. Setelah penat bermandi –manda,Kami pun menjamu selera . Selepas itu , saya dan adik bermain bola sementara kakak mengutip kulit siput di pinggir pantai. Sebelum pulang, kami mengemaskan barang-barang dan membuang sampah ke dalam tong sampah. Kami berasa agak penat . Namun begitu , kami tetap berasa gembira dan berharap dapat datang ke sini lagi.