SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
1
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, mentafsirkan
perkataan global sebagai seluruh dunia atau pada keseluruhannya dan pada
umumnya. Manakala, globalisasi pula bermaksud suatu fenomena yang
menjadikan dunia semakin mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan
oleh kepantasan perkembangan teknologi maklumat.1
Dasawarsa ini, dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi
telah banyak memberi kesan kepada makhluk yang digelar manusia yang dicipta
oleh Tuhan. Zaman sekarang yang digelar sebagai zaman globalisasi telah
menyebabkan tidak wujudnya sempadan antara negara-negara dunia. Kini,
kebejatan moral antara manusia telah menyebabkan keruntuhan sesebuah
tamadun. Manusia pada masa ini semakin tidak berperikemanusiaan disebabkan
oleh ketamakan yang lahir dalam diri mereka. Disebabkanoleh ketamakan mereka
inilah, saudara-saudara mereka yang lain yang tidak berdosa turut menjadi
mangsa korban.
Sebagai contoh, isu peperangan yang berlaku pada masa sekarang bukan
lagi suatu isu yang baharu kepada penduduk dunia. Nama negara-negara yang
terlibat dalam peperangan seperti Palestin, Israel, Mesir, dan Syria adalah tidak
asing lagi sehingga ke hari ini, malah ianya menjadi lebih teruk dan kritikal dari
hari ke hari dan jumlah mangsa yang tidak berdosa yang terkorban juga meningkat
saban hari.
1 Hajah Noresah Bt Baharon. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
2
Walaupun wujud Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang
dianggap sebagai satu pertubuhan yang boleh membela nasib dan hak serta
kedaulatan sesebuah negara dunia, tetapi nampaknya peranan pertubuhan
tersebut adalah tidak berkesan kerana sesetengah negara masih bermaharajarela
pada masa ini. Sebagai contoh, apabila kuasa-kuasa Veto dunia bersuara dan
bertindak kejam, PBB juga tidak mampu untuk menyekat kemaraan kuasa-kuasa
tersebut. Oleh itu, esei ini akan membincang tentang konflik dunia yang berlaku
pada masa sekarang iaitu konflik Israel-Palestin serta kesannya terhadap semua
negara termasuk Malaysia dan kesan isu tersebut terhadap pendidikan negara
Malaysia.
3
2.0 LATAR BELAKANG ISU ISRAEL-PALESTIN
Peta 1: Peta Kawasan Palestin
Palestin terletak di bahagian barat benua Asia yang membentang antara
garis lintang meridian 15-34 dan 40-35 ke arah timur, dan antara garis lintang
meridian 30-29 dan 15-33 ke arah utara. Palestin membentuk bahagian tenggara
dari kesatuan geografi yang besar di belahan timur dunia Arab yang disebut
sebagai negeri Syam. Selain Palestin, negeri Syam terdiri daripada Lubnan, Syria
dan Jordan.
Tanah Palestin mempunyai keistimewaan dibanding dengan daerah lain
kerana merupakan sebahagian daripada tempat tinggal manusia pertama, tempat
diturunkan semua agama samawi, tempat dimana peradaban kuno muncul,
menjadi jambatan aktiviti kormesial, dan tempat penyusupan ekspedisi
4
ketenteraan di sepanjang era bersejarah yang berbeza. Lokasi strategik yang
dinikmati Palestin memungkinkannya untuk menjadi faktor penghubung antara
pelbagai benua bagi dunia kuno Asia, Afrika dan Eropah.
Manakala Israel merupakan sebuah negara di Asia barat yang terletak di
pinggir tenggara Laut Mediteranean. Negara ini menyempadani Palestin di
sebelah timur dan barat daya, Lebanon di utara, Syria serta Jordan di Timur, dan
Mesir di barat daya. Israel yang diasaskan pada tahun 1948 di atas tanah yang
pada ketika itu diduduki oleh orang Arab dan mengamalkan demokrasi berpalimen
merupakan negara Yahudi yang tunggal di dunia. Negara ini mempunyai ekonomi
yang maju dari segi teknologi dan perindustrian, dan mendapat tempat ke-23
antara 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB pada tahun
2005.
Gambar 1: Bendera Israel
5
Konflik Israel-Palestin kini bukanlah suatu peristiwa yang hanya berlaku
selama beberapa bulan mahupun beberapa tahun, ianya merupakan suatu
pertikaian yang telah berlangsung selama lebih daripada 60 tahun antara orang
Israel dan orang Arab Palestin yang tidak selesai sehingga ke hari ini. Secara
umumnya konflik yang berlaku ini merangkumi aspek politik, ekonomi, sosial dan
juga melibatkan isu agama yang ternyata memberi kesan yang berterusan
terhadap negara Palestin dan negara-negara lain. Konflik yang berlaku antara dua
pihak ini tidak pernah surut dari rundingan dan seolah-olah rundingan yang
dilakukan sebelum ini tidak membawa kesan yang positif atau menemui jalan
penyelesaian.
Pada tahun 1914 sehingga 1920, setelah tamat Perang Dunia Pertama,
orang Turki bimbang dengan pengaruh Britain dan Perancis yang semakin kuat di
kawasan Timur Tengah, lantas mereka bersekutu dengan Jerman.2 Oleh itu,
Zionis bekerjasama dengan Britain dan mendesak Britain menyokong
penghijrahan orang Yahudi ke Palestin. Sebagai balasannya, mereka menjanjikan
negara Yahudi yang terbentuk nanti akan melindungi kepentingan British di
Terusan Suez. Pada masa yang sama, Britain menjanjikan bahawa orang Arab
akan diberikan kemerdekaan sekiranya mereka bangun menentang orang Turki.
Justeru orang Arab memulakan pemberontakan. Sementara itu, Britain dan
Perancis telah bertemu secara sulit. Dengan menjangkakan bahawa orang Turki
2 Mahdi Suid., Sazlina Othman. (2014). Teks STPM Sejarah Penggal 2 (Sejarah Islam).
Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
6
akan ditewaskan, kedua-dua kuasa ini merancangkan pembahagian Timur
Tengah melalui Perjanjian Sykes-Picot.
Perisytiharan Balfour pada 2 November 1917 menyaksikan Setiausaha
Luar Negara Britain, Lord Balfour mengumumkan sokongan bersepadu kerajaan
Britain kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di
Palestin tetapi orang Arab membantah. Britain menenangkan mereka dengan
berjanji bahawa penempatan Yahudi di Palestin hanya dibenarkan sejauh mana
penempatan mereka sejajar dengan kebebasan politik dan ekonomi penduduk
Arab. Bagi rakyat Palestin, 2 November menjadi hari berkabung buat seluruh
negara.
Pada tahun 1920 hingga 1939, setelah Liga Bangsa atau lebih dikenali
sebagai Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari dibentuk, dengan
persetujuan British, Zionis memulakan penghijrahan orang Yahudi Eropah secara
besar-besaran ke Palestin. Antara tahun 1923 dan 1936, penduduk Yahudi di
Palestin bertambah dari 58 000 kepada 348 000 orang dalam tempoh yang sama,
penduduk Arab di Palestin bertambah dari 642 000 kepada 978 000 orang.
Zionis menubuhkan “Dana Kebangsaan Yahudi” untuk membeli tanah di
Palestin tetapi mereka hanya dapat memperluaskan bahagian tanah mereka
sebanyak 5.6 peratus sahaja. Rakyat Palestin membantah penhijrahan Zionis
yang semakin pesat, tetapi Britaintidak bertindak balas. Padatahun 1936, Palestin
mengisytiharkan mogok peringkat kebangsaan sebagai membantah penghijrahan
Zionis. Tidak lama kemudian mogok rakyat Palestin bertukar menjadi
7
pemberontakan bersenjata terhadap British. Namun pada tahun 1939, British
bersama Zionis telah berjaya menghancurkan pemberontakan tersebut.
Manakala pada tahun 1945 sehingga ke hari ini, semasa tercetusnya
Perang Dunia Kedua, dasar British berkaitan Palestin berubah dan secara tiba-
tiba sahaja mereka cuba menghadkan penghijrahan Zionis untuk menghalang
orang Arab daripada menyokong Jerman. Zionis mengaturkan penghijrahan
secara haram dan terus terang menentang British. Di Eropah, pemimpin negara
Jerman iaitu Adolf Hitler memulakan penghapusan etnik Yahudi. Sebelum Jerman
tewas, berjuta-juta orang Yahudi telah dibunuh. Lebih daripada 200 000 orang
Yahudi dapat berhijrah ke Palestin di bawah program Zionis. United Nation (UN)
atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan. Syria, Lubnan, dan
Jordan mencapai kemerdekaan kecuali Palestin.
Gambar 2: Tanah Jajahan Israel di Palestin
Pada ketika itu berlakunya pertempuran ganas antara orang Yahudi Zionis
dengan rakyat Palestin. Pihak British tidak dapat lagi mengawal keadaan dan
membiarkan PBB memikul tanggungjawab ke atas isu Palestin. “Resolusi
Pemecahan” yang ditetapkan oleh PBB membahagikan Palestin di bawah mandat
8
Zionis Yahudi dengan orang Arab Palestin. Rakyat Paletsin menolak
pembahagian tanah air mereka.
Zionis bersiap sedia untuk menghadapi pemecahan dan memulakan
kempen keganasan terhadap rakyat Palestin untuk memaksa mereka lari
meninggalkan kampung halaman. Malah pada tanggal 5 Jun 1967, perang ketiga
Arab-Israel tercetus setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua yang digelar
'Perang 6 Hari'. Perang tersebut dikenali sebagai ‘Perang 6 hari’ kerana dalam
tempoh enam hari saja, tentera Yahudi menawan Semenanjung Sinai, Tebing
Barat, Bukit Golan dan Semenanjung Gaza telah membawa konflik Israel-Palestin
berlarutan sehingga ke hari ini.
Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah
‘penyelesaian dua negara’ yang melibatkan sebuah negara Palestin merdeka di
samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju
bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk
menamatkan konflik. Hal ini demikian kerana, kebanyakan warga Palestin melihat
Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa depan.
Namun, sebahagian ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu
negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi
sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk.
Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang
bentuk persetujuan yang dirancang.
Terdapat banyak pihak dalam negeri dan juga pihak antarabangsa yang
terlibat dalam konflik tersebut. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel
9
yang diketuai oleh Ehud Olmet dan Pertubuhan Pembebasan Palestin yang
diketuai oleh Mahmoud Abbas. Manakala pihak antarabangsa yang terlibat dalam
konflik tersebut ialah dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada
Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,
dan diwakili oleh seorang utusan khas yang kini merupakan Tony Blair.
Sejak tahun 2006 lagi, pihak palestin telah dipecahbelah oleh konflik antara
dua puak yang utama pada ketika itu iaitu puak Fatah yang merupakan satu parti
yang terbesar dan puak Hamas, iaitu sebuah kumpulan militan Islam. Oleh sebab
itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (Kerajaan
Interim Palestin) berpecah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur
Gaza. Ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah
pertubuhan pengganas oleh Israel serta negara-negara yang lain. Oleh itu,
walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, ianya tidak dibenarkan
untuk mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.
Selain itu, pusingan perundingan keamaan yang bermula di Annapolis,
Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai
ketetapan mutakhir menjelang tahun 2008. Semua pihak telah bersetuju bahawa
terdapat 6 teras atau ‘status akhir’ yang merupakan persoalan yang mesti
diselesaikan iaitu Jerusalem, pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan, dan
air. Sehubungan dengan itu, dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin,
konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan pendapat. Ini bertindak
untuk menonjolkan percanggahan pendapat yang besar, bukan sahaja antara
orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.
10
Dasar British yang bersimpati dengan gerakan Zionisme yang bermatlamat
untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi telah membawa Palestin ke dalam
percaturan barat dan orang Yahudi. Hal ini telah menimbulkan masalah yang rumit
dan kritikal ke atas Palestin, apabila hak rakyat Palestin sebagai permastautin
dinafikan dengan penghijrahan dan pendudukan orang Yahudi di bumi Palestin.
Secara ringkasnya, ia telah membawa kepada kewujudan 4 masalah utama
yang dihadapi pada masa ini iaitu berkaitan dengan kedudukan dan kedaulatan
bumi Palestin, masalah pelarian Palestin, hak rakyat Palestin serta kekejaman dan
penindasan Israel ke atas rakyat Palestin yang menjadi sebahagian daripada
permasalahan utama dalam isu Palestin yang masih tidak menemui jalan penamat
sehingga ke hari ini malah menjadi semakin rumit.
3.0 KESAN ISU ISRAEL-PALESTIN
Peperangan antara Israel dan Palestin selama ini bukan hanya sekadar
memberi impak kepada kedua-dua negara itu sendiri tetapi juga terhadap negara-
negara dunia yang lain. Impaknya boleh dilihat dari aspek politik, sosial dan juga
ekonomi. Dari aspek sosial, kesan daripada peperangan tersebut bukan sahaja
melibatkan ratusan nyawa manusia yang tidak berdosa terkorban, malah ianya
turut menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan penyebaran wabak penyakit.3
3 Mahdi Suid., Sazlina Othman. (2014). Teks STPM Sejarah Penggal 1 (Sejarah Dunia).
Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
11
Pada baru-baru ini, serangan udara jet-jet pejuang Israel terhadap
semenanjung Gaza telah menyebabkan 121 insan terkorban dan lebih daripada
920 orang yang cedera malah rejim Zionis turut mengebom dua buah masjid di
Gaza semalam di mana ketika itu para Jemaah sedang mengerjakan solat tarawih
dan telah mengorbankan tiga nyawa. Kebanyakan mangsa korban tersebut adalah
terdiri daripada golongan kanak-kanak yang tidak berdosa. Hal ini demikian
kerana, mereka mendakwa masjid tersebut digunakan untuk menyembunyikan
roket dan turut menuduh pergerakan Hamas, Jihad Islam dan kumpulan-kumpulan
pejuang Palestin menggunakan taktik itu untuk menyalahgunakan masjid dengan
menyembunyikan senjata api.
Gambar 3: Masjid di Gaza yang diserang oleh rejim Zionis
Apabila menyentuh kepada penyebaran wabak penyakit iaitu salah
satu kesan daripada peperangan yang berlaku antara Palestin dan Israel,
kesannya bukan sahaja dua negara tersebut yang mendapat impak, malah
12
negara-negara yang berhampiran dengan dua negara tersebut turut menjadi
mangsa. Wabak penyakit yang paling ketara semasa berlakunya peperangan
tersebut ialah penyakit tangan, kaki dan mulut. Buktinya, penduduk negara Jordan,
Egypt serta Syria turut mendapat kesan wabak penyakit tersebut terutamanya
golongan kanak-kanak dan juga bayi.
Gambar 4: Wabak penyakit kaki dan mulut yang semakin menular
Selain itu, pemimpin silih berganti, persidangan demi persidangan dan
perjanjian demi perjanjian ditndatangani, tetapi nasib rakyat Palestin masih tidak
terbela, malah keadaan lebih teruk. Kemenangan Hamas pada piliihan raya yang
telus dengan dihadiri pemantau Amerika, termasuk Jimmy Carter (bekas Presiden
Amerika) pada tahun 2006 bukan diberi sokongan, malah rakyat Gaza
‘dihadiahkan’ dengan hukuman kejam.
Dengan dukungan Amerika dan negara Eropah, Israel menegakkan
sekatan makanan dan barangan keperluan kepada penduduk Gaza. Sekatan
13
secara menyeluruh yang menghalang penduduk hidup seperti manusia dengan
menjadikan Gaza sebagai ‘penjara terbuka terbesar dunia’. Mereka tidak
dibenarkan mengimport makanan, keperluan perubatan, air dan sebagainya telah
mengeruhkan lagi keadaan di Palestin.
Dari aspek politik pula, hubungan dua hala antara Israel dan Amerika
Syarikat yang merupakan faktor penting dalam dasar Amerika Syarikat di timur
tengah. Kongres Amerika Syarikat meletakkan keutamaan dalam hubungan dua
hala yang erat dan saling tolong-menolong. Sokongan yang ketara ke atas Israel
merupakan pemberian bantuan luar yang sentiasa dihulurkan oleh pihak Amerika
Syarikat. Sebagai contoh, Israel mampu menanggung kos peperangan sehingga
mencecah kos beratusan billion dan mampu memiliki senjata nuklear. Israel yang
bertindak ganas dan angkuh kerana mempunyai senjata nuklear telah
membimbangkan negara-neagara yang lain sehinggakan negara dunia yang lain
tidak berani untuk campur tangan untuk menolong Palestin. Persatuan Bangsa-
bangsa Bersatu juga tidak dapat untuk bersuara kerana terdapat sebuah kuasa
veto yang sering memberi bantuan kepada Israel dan kini semakin ramai pihak
yang benci kepada Amerika Syarikat.
Peperangan memberi impak yang besar kepada manusia. Perbezaan
geopolitik tidak menghalang sesebuah negara menyatakan pendirian secara tegas
dan berani. Dalam konteks Malaysia, nilai persaudaraan Islam dan naluri
perikemanusiaan penganut agama lain menjadi nadi keprihatinan terhadap
mangsa jenayah perang. Kesan paparan berita melalui media cetak dan elektronik
membangkitkan keberanian Malaysia menyatakan secara tegas bahawa rejim
14
Israel adalah pengganas dan kelantangan Malaysia menyatakan pendirian
bahawa tentera Zionis adalah penjenayah perang sama sekali tidak pernah goyah.
Dalam kalangan Negara-Negara Pertubuhan Islam (OIC), Malaysia
merupakan negara yang paling lantang sekali menentang pencerobohan di Gaza
pada baru-baru ini dan telah menyebabkan negara Malaysia dituduh oleh Israel
yang mengatakan Malaysia menjalin kerjasama ketenteraan dengan Hamas
dengan memberi latihan kepada tentera Hamas untuk menyerang Israel dari udara
dan menyatakan ingin menyerang Malaysia. Hal ini secara tidak langsung adalah
suatu ancaman bagi rakyat Malaysia dan akan menyebabkan rakyat Malaysia
berasa tidak selamat.
Manakala kesan isu Israel-Palestin terhadap aspek ekonomi pula, Palestin
sehingga ke hari ini tidak dapat memajukan negaranya kerana terpaksa
menanggung hutang perang yang tinggi. Kuasa-kuasa besar yang lain terus
melakukan sekatan ekonomi terhadap negara Palestin dan menyebabkan rakyat
Palestin pada hari hidup dalam keadaan yang miskin dan hanya mampu
menunggu pertolongan daripada negara-negara luar terutamanya negara anggota
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Disebabkan oleh keadaan ekonomi
Palestin yang tidak maju akibat perang, maka majoriti rakyatnya menganggur
kerana tidak mempunyai peluang pekerjaan disebabkan negara yang tidak pernah
aman. Menurut laporan Harian Metro, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Palestin, Jawad
Naji berkata, sebarang rundingan untuk membangunkan ekonomi Palestin tanpa
menamatkan sekatan Israel tidak akan membawa sebarang makna.
15
4.0 KESAN TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Isu Israel-Palestin yang berlaku sehingga ke hari ini secara tidak langsung
juga turut memberi kesan ke atas pendidikan di negara kita. Isu ini boleh
diklasifikasikan sebagai suatu isu politik. Namun, pelajar-pelajar negara kita
nampaknya mudah terpengaruh dengan isu tersebut sehinggakan mereka tidak
sedar sama ada umur mereka itu layak untuk membincangkan isu politik ataupun
tidak. Bukan sekadar itu sahaja, pelajar-pelajar yang melibatkan diri secara tidak
langsung terhadap isu ini juga turut membawa fahaman masing-masing dan
akhirnya akan membawa kepada perbalahan.4
Hal ini demikian kerana, terdapat sesetengah pelajar yang menyokong
tindakan Israel dan juga terdapat segelintir pelajar yang menyokong Gaza atau
Palestin. Apabila mereka melibatkan diri secara aktif dalam isu ini melalui
perhimpunan-perhimpunan mahupun perbalahan idea melalui media sosial, ini
secara tidak langsung akan menjejaskan pelajaran mereka dan impian Malaysia
untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nampaknya adalah
amat sukar untuk dicapai.
Buktinya, pada tanggal 3 Ogos 2014 yang lalu seramai lebih daripada 50
ribu rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti tempatan,
golongan wanita, dan juga kanak-kanak telah menyertai suatu perhimpunan
anjuran Pertubuhan Viva Palestina dan Aqsa Sharif yang bertempat di Dataran
Merdeka. Di bawah panas terik matahari jam 3 petang, padang yang pernah
4 Ibrahim Saad. (1992). Perubahan Pendidikan Di Malaysia: Satu Cabaran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
16
bergema dengan laungan Merdeka tersebut telah kembali bergema dengan
laungan “Free Palestin”.
Gambar 5: Peserta perhimpunan yang majority terdiri daripada golongan pelajar
sekolah menengah dan universiti tempatan
Peserta perhimpunan pada ketika itu baring di tanah untuk menunjukkan
kehilangan jiwa akibat ditembak bedilan tentera Zionis dan sebahagian daripada
mereka turut membawa sepanduk dengan slogan “America stop funding the
genocide”, “Free Gaza”, “Save Gaza”, “Malaysia against Zionism”, “Demi Islam”
dan “We stand with Palestine”. Penglibatan pelajar-pelajar negara Malaysia yang
terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan pelajar universiti ini akan
menjejaskan pencapaian pendidikan di negara kerana asset-aset negara pada
masa kini terus dipengaruhi oleh isu semasa yang berlaku di dunia luar sehingga
mengabaikan pelajaran mereka.
17
5.0 KESIMPULAN
Konflik Israel dan Palestin yang berlarutan sehingga ke hari banyak
memberi pengajaran kepada penduduk dunia khususnya Malaysia. Malaysia
merupakan sebuah negara yang didiami oleh pelbagai kaum merupakan suatu
cabaran yang agak berat yang perlu digalaskan oleh setiap penduduk kerana
terdapat pelbagai jenis budaya dan agama yang diamalkan. Sekiranya rakyat
negara Malaysia tidak memiliki dan mengamalkan nilai toleransi dalam diri mereka
masing-masing, nescaya negara Malaysia suatu hari nanti juga akan menghadapi
konflik yang sama seperti yang berlaku di Israel dan Palestin. Oleh itu, rakyat
Malaysia haruslah bersatu padu dan hapuskan sifat perkauman yang wujud dalam
diri individu untuk menjamin kesejahteraan hidup dan supaya Malaysia mampu
menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

More Related Content

What's hot

Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATIONICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATIONEddy Terinisip
 
Kebaikan sukan
Kebaikan sukanKebaikan sukan
Kebaikan sukanfardzli71
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosialaishahwan
 
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia keduaFaktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia keduaNoha Fiq
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrennersmk changlun
 
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan MeiosisPerbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan MeiosisMohd Shukri Suib
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaArra Asri
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasWan Izimasha
 
Isi kandungan
Isi kandunganIsi kandungan
Isi kandungannuraizat
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakRawiah Al-Adawiah
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 

What's hot (20)

1. sumber primer
1. sumber primer1. sumber primer
1. sumber primer
 
Falsafah Pendidikan
Falsafah PendidikanFalsafah Pendidikan
Falsafah Pendidikan
 
DASAR-DASAR KERAJAAN
DASAR-DASAR KERAJAANDASAR-DASAR KERAJAAN
DASAR-DASAR KERAJAAN
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATIONICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
 
Amalan membaca
Amalan membacaAmalan membaca
Amalan membaca
 
Kebaikan sukan
Kebaikan sukanKebaikan sukan
Kebaikan sukan
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Sisihan piawai
Sisihan piawaiSisihan piawai
Sisihan piawai
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosial
 
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia keduaFaktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
 
Alkohol
AlkoholAlkohol
Alkohol
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrenner
 
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan MeiosisPerbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
 
Isi kandungan
Isi kandunganIsi kandungan
Isi kandungan
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
 
Kritik artikel
Kritik artikelKritik artikel
Kritik artikel
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 

Similar to Esei Cabaran dan Isu Semasa

Konflik Palestin-Israel
Konflik Palestin-Israel Konflik Palestin-Israel
Konflik Palestin-Israel Rasit Masrii
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumUmizah Khamis
 
Latar belakang dunia islam abad ke 20 (k3)
Latar belakang dunia islam abad ke 20 (k3)Latar belakang dunia islam abad ke 20 (k3)
Latar belakang dunia islam abad ke 20 (k3)Muhamad Hafizi Hafizi
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnikkhatijah1889
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Dinesh Madhavan
 
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnikFadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnikYazreen Eleena
 
Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1razali1982
 
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfMPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfAnisFikriyah2
 
Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.pptx
Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.pptxBab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.pptx
Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.pptxMEGANYEOHTZEXUANMoe
 
: KONFLIK ANTARABANGSA
: KONFLIK ANTARABANGSA: KONFLIK ANTARABANGSA
: KONFLIK ANTARABANGSAsuziana15
 
CH9F5F
CH9F5FCH9F5F
CH9F5Fcgsha
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)kim rae KI
 
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Norazman Mohd Nor
 

Similar to Esei Cabaran dan Isu Semasa (20)

Konflik Palestin-Israel
Konflik Palestin-Israel Konflik Palestin-Israel
Konflik Palestin-Israel
 
Konflik israel dan palestin
Konflik israel dan palestinKonflik israel dan palestin
Konflik israel dan palestin
 
Palestin
PalestinPalestin
Palestin
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Latar belakang dunia islam abad ke 20 (k3)
Latar belakang dunia islam abad ke 20 (k3)Latar belakang dunia islam abad ke 20 (k3)
Latar belakang dunia islam abad ke 20 (k3)
 
Masyarakatmajmuk
MasyarakatmajmukMasyarakatmajmuk
Masyarakatmajmuk
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
 
Ctu
CtuCtu
Ctu
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia
 
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnikFadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
 
Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1
 
TOPIK 1.pdf
TOPIK 1.pdfTOPIK 1.pdf
TOPIK 1.pdf
 
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfMPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
 
Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.pptx
Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.pptxBab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.pptx
Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.pptx
 
: KONFLIK ANTARABANGSA
: KONFLIK ANTARABANGSA: KONFLIK ANTARABANGSA
: KONFLIK ANTARABANGSA
 
Bab 3-ting-5
Bab 3-ting-5Bab 3-ting-5
Bab 3-ting-5
 
CH9F5F
CH9F5FCH9F5F
CH9F5F
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)
 
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
 

More from Sing Kiat Lee @IPGK Pulau Pinang (6)

Contoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPGContoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPG
 
Kaedah kajian PBS Sejarah
Kaedah kajian PBS SejarahKaedah kajian PBS Sejarah
Kaedah kajian PBS Sejarah
 
Adat perkhawinan PBS Sejarah
Adat perkhawinan PBS SejarahAdat perkhawinan PBS Sejarah
Adat perkhawinan PBS Sejarah
 
Adat kelahiran PBS Sejarah
Adat kelahiran PBS SejarahAdat kelahiran PBS Sejarah
Adat kelahiran PBS Sejarah
 
Asal usul PBS Sejarah
Asal usul PBS SejarahAsal usul PBS Sejarah
Asal usul PBS Sejarah
 
Adat kematian PBS Sejarah
Adat kematian PBS SejarahAdat kematian PBS Sejarah
Adat kematian PBS Sejarah
 

Recently uploaded

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 

Recently uploaded (11)

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 

Esei Cabaran dan Isu Semasa

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, mentafsirkan perkataan global sebagai seluruh dunia atau pada keseluruhannya dan pada umumnya. Manakala, globalisasi pula bermaksud suatu fenomena yang menjadikan dunia semakin mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan oleh kepantasan perkembangan teknologi maklumat.1 Dasawarsa ini, dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi telah banyak memberi kesan kepada makhluk yang digelar manusia yang dicipta oleh Tuhan. Zaman sekarang yang digelar sebagai zaman globalisasi telah menyebabkan tidak wujudnya sempadan antara negara-negara dunia. Kini, kebejatan moral antara manusia telah menyebabkan keruntuhan sesebuah tamadun. Manusia pada masa ini semakin tidak berperikemanusiaan disebabkan oleh ketamakan yang lahir dalam diri mereka. Disebabkanoleh ketamakan mereka inilah, saudara-saudara mereka yang lain yang tidak berdosa turut menjadi mangsa korban. Sebagai contoh, isu peperangan yang berlaku pada masa sekarang bukan lagi suatu isu yang baharu kepada penduduk dunia. Nama negara-negara yang terlibat dalam peperangan seperti Palestin, Israel, Mesir, dan Syria adalah tidak asing lagi sehingga ke hari ini, malah ianya menjadi lebih teruk dan kritikal dari hari ke hari dan jumlah mangsa yang tidak berdosa yang terkorban juga meningkat saban hari. 1 Hajah Noresah Bt Baharon. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 2. 2 Walaupun wujud Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggap sebagai satu pertubuhan yang boleh membela nasib dan hak serta kedaulatan sesebuah negara dunia, tetapi nampaknya peranan pertubuhan tersebut adalah tidak berkesan kerana sesetengah negara masih bermaharajarela pada masa ini. Sebagai contoh, apabila kuasa-kuasa Veto dunia bersuara dan bertindak kejam, PBB juga tidak mampu untuk menyekat kemaraan kuasa-kuasa tersebut. Oleh itu, esei ini akan membincang tentang konflik dunia yang berlaku pada masa sekarang iaitu konflik Israel-Palestin serta kesannya terhadap semua negara termasuk Malaysia dan kesan isu tersebut terhadap pendidikan negara Malaysia.
  • 3. 3 2.0 LATAR BELAKANG ISU ISRAEL-PALESTIN Peta 1: Peta Kawasan Palestin Palestin terletak di bahagian barat benua Asia yang membentang antara garis lintang meridian 15-34 dan 40-35 ke arah timur, dan antara garis lintang meridian 30-29 dan 15-33 ke arah utara. Palestin membentuk bahagian tenggara dari kesatuan geografi yang besar di belahan timur dunia Arab yang disebut sebagai negeri Syam. Selain Palestin, negeri Syam terdiri daripada Lubnan, Syria dan Jordan. Tanah Palestin mempunyai keistimewaan dibanding dengan daerah lain kerana merupakan sebahagian daripada tempat tinggal manusia pertama, tempat diturunkan semua agama samawi, tempat dimana peradaban kuno muncul, menjadi jambatan aktiviti kormesial, dan tempat penyusupan ekspedisi
  • 4. 4 ketenteraan di sepanjang era bersejarah yang berbeza. Lokasi strategik yang dinikmati Palestin memungkinkannya untuk menjadi faktor penghubung antara pelbagai benua bagi dunia kuno Asia, Afrika dan Eropah. Manakala Israel merupakan sebuah negara di Asia barat yang terletak di pinggir tenggara Laut Mediteranean. Negara ini menyempadani Palestin di sebelah timur dan barat daya, Lebanon di utara, Syria serta Jordan di Timur, dan Mesir di barat daya. Israel yang diasaskan pada tahun 1948 di atas tanah yang pada ketika itu diduduki oleh orang Arab dan mengamalkan demokrasi berpalimen merupakan negara Yahudi yang tunggal di dunia. Negara ini mempunyai ekonomi yang maju dari segi teknologi dan perindustrian, dan mendapat tempat ke-23 antara 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB pada tahun 2005. Gambar 1: Bendera Israel
  • 5. 5 Konflik Israel-Palestin kini bukanlah suatu peristiwa yang hanya berlaku selama beberapa bulan mahupun beberapa tahun, ianya merupakan suatu pertikaian yang telah berlangsung selama lebih daripada 60 tahun antara orang Israel dan orang Arab Palestin yang tidak selesai sehingga ke hari ini. Secara umumnya konflik yang berlaku ini merangkumi aspek politik, ekonomi, sosial dan juga melibatkan isu agama yang ternyata memberi kesan yang berterusan terhadap negara Palestin dan negara-negara lain. Konflik yang berlaku antara dua pihak ini tidak pernah surut dari rundingan dan seolah-olah rundingan yang dilakukan sebelum ini tidak membawa kesan yang positif atau menemui jalan penyelesaian. Pada tahun 1914 sehingga 1920, setelah tamat Perang Dunia Pertama, orang Turki bimbang dengan pengaruh Britain dan Perancis yang semakin kuat di kawasan Timur Tengah, lantas mereka bersekutu dengan Jerman.2 Oleh itu, Zionis bekerjasama dengan Britain dan mendesak Britain menyokong penghijrahan orang Yahudi ke Palestin. Sebagai balasannya, mereka menjanjikan negara Yahudi yang terbentuk nanti akan melindungi kepentingan British di Terusan Suez. Pada masa yang sama, Britain menjanjikan bahawa orang Arab akan diberikan kemerdekaan sekiranya mereka bangun menentang orang Turki. Justeru orang Arab memulakan pemberontakan. Sementara itu, Britain dan Perancis telah bertemu secara sulit. Dengan menjangkakan bahawa orang Turki 2 Mahdi Suid., Sazlina Othman. (2014). Teks STPM Sejarah Penggal 2 (Sejarah Islam). Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
  • 6. 6 akan ditewaskan, kedua-dua kuasa ini merancangkan pembahagian Timur Tengah melalui Perjanjian Sykes-Picot. Perisytiharan Balfour pada 2 November 1917 menyaksikan Setiausaha Luar Negara Britain, Lord Balfour mengumumkan sokongan bersepadu kerajaan Britain kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin tetapi orang Arab membantah. Britain menenangkan mereka dengan berjanji bahawa penempatan Yahudi di Palestin hanya dibenarkan sejauh mana penempatan mereka sejajar dengan kebebasan politik dan ekonomi penduduk Arab. Bagi rakyat Palestin, 2 November menjadi hari berkabung buat seluruh negara. Pada tahun 1920 hingga 1939, setelah Liga Bangsa atau lebih dikenali sebagai Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari dibentuk, dengan persetujuan British, Zionis memulakan penghijrahan orang Yahudi Eropah secara besar-besaran ke Palestin. Antara tahun 1923 dan 1936, penduduk Yahudi di Palestin bertambah dari 58 000 kepada 348 000 orang dalam tempoh yang sama, penduduk Arab di Palestin bertambah dari 642 000 kepada 978 000 orang. Zionis menubuhkan “Dana Kebangsaan Yahudi” untuk membeli tanah di Palestin tetapi mereka hanya dapat memperluaskan bahagian tanah mereka sebanyak 5.6 peratus sahaja. Rakyat Palestin membantah penhijrahan Zionis yang semakin pesat, tetapi Britaintidak bertindak balas. Padatahun 1936, Palestin mengisytiharkan mogok peringkat kebangsaan sebagai membantah penghijrahan Zionis. Tidak lama kemudian mogok rakyat Palestin bertukar menjadi
  • 7. 7 pemberontakan bersenjata terhadap British. Namun pada tahun 1939, British bersama Zionis telah berjaya menghancurkan pemberontakan tersebut. Manakala pada tahun 1945 sehingga ke hari ini, semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua, dasar British berkaitan Palestin berubah dan secara tiba- tiba sahaja mereka cuba menghadkan penghijrahan Zionis untuk menghalang orang Arab daripada menyokong Jerman. Zionis mengaturkan penghijrahan secara haram dan terus terang menentang British. Di Eropah, pemimpin negara Jerman iaitu Adolf Hitler memulakan penghapusan etnik Yahudi. Sebelum Jerman tewas, berjuta-juta orang Yahudi telah dibunuh. Lebih daripada 200 000 orang Yahudi dapat berhijrah ke Palestin di bawah program Zionis. United Nation (UN) atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan. Syria, Lubnan, dan Jordan mencapai kemerdekaan kecuali Palestin. Gambar 2: Tanah Jajahan Israel di Palestin Pada ketika itu berlakunya pertempuran ganas antara orang Yahudi Zionis dengan rakyat Palestin. Pihak British tidak dapat lagi mengawal keadaan dan membiarkan PBB memikul tanggungjawab ke atas isu Palestin. “Resolusi Pemecahan” yang ditetapkan oleh PBB membahagikan Palestin di bawah mandat
  • 8. 8 Zionis Yahudi dengan orang Arab Palestin. Rakyat Paletsin menolak pembahagian tanah air mereka. Zionis bersiap sedia untuk menghadapi pemecahan dan memulakan kempen keganasan terhadap rakyat Palestin untuk memaksa mereka lari meninggalkan kampung halaman. Malah pada tanggal 5 Jun 1967, perang ketiga Arab-Israel tercetus setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua yang digelar 'Perang 6 Hari'. Perang tersebut dikenali sebagai ‘Perang 6 hari’ kerana dalam tempoh enam hari saja, tentera Yahudi menawan Semenanjung Sinai, Tebing Barat, Bukit Golan dan Semenanjung Gaza telah membawa konflik Israel-Palestin berlarutan sehingga ke hari ini. Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah ‘penyelesaian dua negara’ yang melibatkan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik. Hal ini demikian kerana, kebanyakan warga Palestin melihat Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa depan. Namun, sebahagian ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk. Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan yang dirancang. Terdapat banyak pihak dalam negeri dan juga pihak antarabangsa yang terlibat dalam konflik tersebut. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel
  • 9. 9 yang diketuai oleh Ehud Olmet dan Pertubuhan Pembebasan Palestin yang diketuai oleh Mahmoud Abbas. Manakala pihak antarabangsa yang terlibat dalam konflik tersebut ialah dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan diwakili oleh seorang utusan khas yang kini merupakan Tony Blair. Sejak tahun 2006 lagi, pihak palestin telah dipecahbelah oleh konflik antara dua puak yang utama pada ketika itu iaitu puak Fatah yang merupakan satu parti yang terbesar dan puak Hamas, iaitu sebuah kumpulan militan Islam. Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (Kerajaan Interim Palestin) berpecah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza. Ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel serta negara-negara yang lain. Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, ianya tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi. Selain itu, pusingan perundingan keamaan yang bermula di Annapolis, Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang tahun 2008. Semua pihak telah bersetuju bahawa terdapat 6 teras atau ‘status akhir’ yang merupakan persoalan yang mesti diselesaikan iaitu Jerusalem, pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan, dan air. Sehubungan dengan itu, dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan pendapat. Ini bertindak untuk menonjolkan percanggahan pendapat yang besar, bukan sahaja antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.
  • 10. 10 Dasar British yang bersimpati dengan gerakan Zionisme yang bermatlamat untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi telah membawa Palestin ke dalam percaturan barat dan orang Yahudi. Hal ini telah menimbulkan masalah yang rumit dan kritikal ke atas Palestin, apabila hak rakyat Palestin sebagai permastautin dinafikan dengan penghijrahan dan pendudukan orang Yahudi di bumi Palestin. Secara ringkasnya, ia telah membawa kepada kewujudan 4 masalah utama yang dihadapi pada masa ini iaitu berkaitan dengan kedudukan dan kedaulatan bumi Palestin, masalah pelarian Palestin, hak rakyat Palestin serta kekejaman dan penindasan Israel ke atas rakyat Palestin yang menjadi sebahagian daripada permasalahan utama dalam isu Palestin yang masih tidak menemui jalan penamat sehingga ke hari ini malah menjadi semakin rumit. 3.0 KESAN ISU ISRAEL-PALESTIN Peperangan antara Israel dan Palestin selama ini bukan hanya sekadar memberi impak kepada kedua-dua negara itu sendiri tetapi juga terhadap negara- negara dunia yang lain. Impaknya boleh dilihat dari aspek politik, sosial dan juga ekonomi. Dari aspek sosial, kesan daripada peperangan tersebut bukan sahaja melibatkan ratusan nyawa manusia yang tidak berdosa terkorban, malah ianya turut menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan penyebaran wabak penyakit.3 3 Mahdi Suid., Sazlina Othman. (2014). Teks STPM Sejarah Penggal 1 (Sejarah Dunia). Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
  • 11. 11 Pada baru-baru ini, serangan udara jet-jet pejuang Israel terhadap semenanjung Gaza telah menyebabkan 121 insan terkorban dan lebih daripada 920 orang yang cedera malah rejim Zionis turut mengebom dua buah masjid di Gaza semalam di mana ketika itu para Jemaah sedang mengerjakan solat tarawih dan telah mengorbankan tiga nyawa. Kebanyakan mangsa korban tersebut adalah terdiri daripada golongan kanak-kanak yang tidak berdosa. Hal ini demikian kerana, mereka mendakwa masjid tersebut digunakan untuk menyembunyikan roket dan turut menuduh pergerakan Hamas, Jihad Islam dan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin menggunakan taktik itu untuk menyalahgunakan masjid dengan menyembunyikan senjata api. Gambar 3: Masjid di Gaza yang diserang oleh rejim Zionis Apabila menyentuh kepada penyebaran wabak penyakit iaitu salah satu kesan daripada peperangan yang berlaku antara Palestin dan Israel, kesannya bukan sahaja dua negara tersebut yang mendapat impak, malah
  • 12. 12 negara-negara yang berhampiran dengan dua negara tersebut turut menjadi mangsa. Wabak penyakit yang paling ketara semasa berlakunya peperangan tersebut ialah penyakit tangan, kaki dan mulut. Buktinya, penduduk negara Jordan, Egypt serta Syria turut mendapat kesan wabak penyakit tersebut terutamanya golongan kanak-kanak dan juga bayi. Gambar 4: Wabak penyakit kaki dan mulut yang semakin menular Selain itu, pemimpin silih berganti, persidangan demi persidangan dan perjanjian demi perjanjian ditndatangani, tetapi nasib rakyat Palestin masih tidak terbela, malah keadaan lebih teruk. Kemenangan Hamas pada piliihan raya yang telus dengan dihadiri pemantau Amerika, termasuk Jimmy Carter (bekas Presiden Amerika) pada tahun 2006 bukan diberi sokongan, malah rakyat Gaza ‘dihadiahkan’ dengan hukuman kejam. Dengan dukungan Amerika dan negara Eropah, Israel menegakkan sekatan makanan dan barangan keperluan kepada penduduk Gaza. Sekatan
  • 13. 13 secara menyeluruh yang menghalang penduduk hidup seperti manusia dengan menjadikan Gaza sebagai ‘penjara terbuka terbesar dunia’. Mereka tidak dibenarkan mengimport makanan, keperluan perubatan, air dan sebagainya telah mengeruhkan lagi keadaan di Palestin. Dari aspek politik pula, hubungan dua hala antara Israel dan Amerika Syarikat yang merupakan faktor penting dalam dasar Amerika Syarikat di timur tengah. Kongres Amerika Syarikat meletakkan keutamaan dalam hubungan dua hala yang erat dan saling tolong-menolong. Sokongan yang ketara ke atas Israel merupakan pemberian bantuan luar yang sentiasa dihulurkan oleh pihak Amerika Syarikat. Sebagai contoh, Israel mampu menanggung kos peperangan sehingga mencecah kos beratusan billion dan mampu memiliki senjata nuklear. Israel yang bertindak ganas dan angkuh kerana mempunyai senjata nuklear telah membimbangkan negara-neagara yang lain sehinggakan negara dunia yang lain tidak berani untuk campur tangan untuk menolong Palestin. Persatuan Bangsa- bangsa Bersatu juga tidak dapat untuk bersuara kerana terdapat sebuah kuasa veto yang sering memberi bantuan kepada Israel dan kini semakin ramai pihak yang benci kepada Amerika Syarikat. Peperangan memberi impak yang besar kepada manusia. Perbezaan geopolitik tidak menghalang sesebuah negara menyatakan pendirian secara tegas dan berani. Dalam konteks Malaysia, nilai persaudaraan Islam dan naluri perikemanusiaan penganut agama lain menjadi nadi keprihatinan terhadap mangsa jenayah perang. Kesan paparan berita melalui media cetak dan elektronik membangkitkan keberanian Malaysia menyatakan secara tegas bahawa rejim
  • 14. 14 Israel adalah pengganas dan kelantangan Malaysia menyatakan pendirian bahawa tentera Zionis adalah penjenayah perang sama sekali tidak pernah goyah. Dalam kalangan Negara-Negara Pertubuhan Islam (OIC), Malaysia merupakan negara yang paling lantang sekali menentang pencerobohan di Gaza pada baru-baru ini dan telah menyebabkan negara Malaysia dituduh oleh Israel yang mengatakan Malaysia menjalin kerjasama ketenteraan dengan Hamas dengan memberi latihan kepada tentera Hamas untuk menyerang Israel dari udara dan menyatakan ingin menyerang Malaysia. Hal ini secara tidak langsung adalah suatu ancaman bagi rakyat Malaysia dan akan menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat. Manakala kesan isu Israel-Palestin terhadap aspek ekonomi pula, Palestin sehingga ke hari ini tidak dapat memajukan negaranya kerana terpaksa menanggung hutang perang yang tinggi. Kuasa-kuasa besar yang lain terus melakukan sekatan ekonomi terhadap negara Palestin dan menyebabkan rakyat Palestin pada hari hidup dalam keadaan yang miskin dan hanya mampu menunggu pertolongan daripada negara-negara luar terutamanya negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Disebabkan oleh keadaan ekonomi Palestin yang tidak maju akibat perang, maka majoriti rakyatnya menganggur kerana tidak mempunyai peluang pekerjaan disebabkan negara yang tidak pernah aman. Menurut laporan Harian Metro, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Palestin, Jawad Naji berkata, sebarang rundingan untuk membangunkan ekonomi Palestin tanpa menamatkan sekatan Israel tidak akan membawa sebarang makna.
  • 15. 15 4.0 KESAN TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA Isu Israel-Palestin yang berlaku sehingga ke hari ini secara tidak langsung juga turut memberi kesan ke atas pendidikan di negara kita. Isu ini boleh diklasifikasikan sebagai suatu isu politik. Namun, pelajar-pelajar negara kita nampaknya mudah terpengaruh dengan isu tersebut sehinggakan mereka tidak sedar sama ada umur mereka itu layak untuk membincangkan isu politik ataupun tidak. Bukan sekadar itu sahaja, pelajar-pelajar yang melibatkan diri secara tidak langsung terhadap isu ini juga turut membawa fahaman masing-masing dan akhirnya akan membawa kepada perbalahan.4 Hal ini demikian kerana, terdapat sesetengah pelajar yang menyokong tindakan Israel dan juga terdapat segelintir pelajar yang menyokong Gaza atau Palestin. Apabila mereka melibatkan diri secara aktif dalam isu ini melalui perhimpunan-perhimpunan mahupun perbalahan idea melalui media sosial, ini secara tidak langsung akan menjejaskan pelajaran mereka dan impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nampaknya adalah amat sukar untuk dicapai. Buktinya, pada tanggal 3 Ogos 2014 yang lalu seramai lebih daripada 50 ribu rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti tempatan, golongan wanita, dan juga kanak-kanak telah menyertai suatu perhimpunan anjuran Pertubuhan Viva Palestina dan Aqsa Sharif yang bertempat di Dataran Merdeka. Di bawah panas terik matahari jam 3 petang, padang yang pernah 4 Ibrahim Saad. (1992). Perubahan Pendidikan Di Malaysia: Satu Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 16. 16 bergema dengan laungan Merdeka tersebut telah kembali bergema dengan laungan “Free Palestin”. Gambar 5: Peserta perhimpunan yang majority terdiri daripada golongan pelajar sekolah menengah dan universiti tempatan Peserta perhimpunan pada ketika itu baring di tanah untuk menunjukkan kehilangan jiwa akibat ditembak bedilan tentera Zionis dan sebahagian daripada mereka turut membawa sepanduk dengan slogan “America stop funding the genocide”, “Free Gaza”, “Save Gaza”, “Malaysia against Zionism”, “Demi Islam” dan “We stand with Palestine”. Penglibatan pelajar-pelajar negara Malaysia yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan pelajar universiti ini akan menjejaskan pencapaian pendidikan di negara kerana asset-aset negara pada masa kini terus dipengaruhi oleh isu semasa yang berlaku di dunia luar sehingga mengabaikan pelajaran mereka.
  • 17. 17 5.0 KESIMPULAN Konflik Israel dan Palestin yang berlarutan sehingga ke hari banyak memberi pengajaran kepada penduduk dunia khususnya Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh pelbagai kaum merupakan suatu cabaran yang agak berat yang perlu digalaskan oleh setiap penduduk kerana terdapat pelbagai jenis budaya dan agama yang diamalkan. Sekiranya rakyat negara Malaysia tidak memiliki dan mengamalkan nilai toleransi dalam diri mereka masing-masing, nescaya negara Malaysia suatu hari nanti juga akan menghadapi konflik yang sama seperti yang berlaku di Israel dan Palestin. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah bersatu padu dan hapuskan sifat perkauman yang wujud dalam diri individu untuk menjamin kesejahteraan hidup dan supaya Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.