SlideShare a Scribd company logo
1 of 65
-aabadd-
SEJARAH DUNIA
TEMA 4 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
TAJUK : Konflik Antarabangsa
SUB TAJUK : Perang Dingin (1945-1955)
TAJUK SOALAN : Bincangkan sebab-sebab berlakunya
Perang Dingin 1945-1955 dan kesan peperangan tersebut
kepada dunia .
DISEDIAKAN OLEH : Siti Hazierah Badriah Binti Husin
KELAS : 6 RENDAH ZA’BA
Latar belakang
•Istilah Perang Dingin dipelopor oleh Bernard Baruch dalam ucapannya kepada Jawatankuasa
Penyelidikan Senat pada tahun 1948 .
•Istilah ini merujuk kepada keadaan tegang yang wujud antara Amerika Syarikat dan Soviet
Union . Hal ini berlaku tanpa sebarang pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa –
kuasa besar tersebut .
•Perang ini merujuk kepada konflik antara negara-negara komunis yang diketuai oleh Soviet
Union dengan negara-negara Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat.
•Melambangkan konflik antara negara-negara untuk memajukan kepentingan nasional melalui
cara-cara politik , ekonomi dan psikologi .
•Kedua-dua pihak menjalankan kegiatan subversif , propaganda , pengintipan dan perang secara
tidak langsung menerusi sekutu mereka .
•Menurut sejarawan , Perang Dingin bermula pada tahun 1947 ,apabila Presiden Harry Truman ,
mengisytiharkan dasar antikomunis yang dikenali sebagai ‘Doktrin Truman’.
•Perang Dingin ini melibatkan Amerika Syarikat da Soviet Union berlanjutan hingga akhir tahun
1980-an .
Bernard
Baruch
Faktor – faktor Tercetus Perang Dingin
Perbezaan Ideologi Politik
Perbezaan Sistem Ekonomi
Kemunculan Kuasa Dunia yang Baharu
Dasar Peluasan Pengaruh Soviet Union di Eropah
Perkembangan semasa Perang Dunia kedua
Perubahan Pucuk Pemimpin
Hubungan Renggang antara Amerika dan Soviet Union
Zon Penampan
Teori Domino
Kekalahan Jepun
Perbezaan Ideologi Politik
•Terdapat perbezaan ideologi politik yang amat ketara antara Amerika Syarikat dan
Soviet Union ,
kuasa - kuasa besar ini mengamalkan sistem pemeritahan yang amat bertentangan .
• Amerika Syarikat memperjuangkan sistem pemerintahan demokrasi yang
mengutamakan hak asasi manusia seperti hakuntuk berkumpul , menyuarakan pendapat
dan kebebasan media .
•Berpandukan ideologi ini , Amerika Syarikat mahu pilihan raya diadakan di negara –
negara yang dibebas kan selepas Perang Dunia Kedua tamat .
•Dalam pada itu , Soviet Union pula merupakan jaguh sistem pemerintahan sosialis yang
berteraskan ideologi komunis . Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Soviet Union
diterajui oleh Parti Komunis .
•Dalam pemerintahan komunis , rakyat tidak diberi kebebasan untuk berhimpun dan
menyuarakan pendapat mereka .
Perbezaan Sistem Ekonomi
•Dalam aspek ekonomi , Amerika Syarikat memperjuangkan sistem ekonomi
kapitalis , iaitu sistem ekonomi yang bebas daripada campur tangan kerajaan .
•Selaras dengan sistem kapitalis yang diterajui oleh Amerika Syarikat , maka
negara tersebut menggalakkan ekonomi perdagangan bebas di seluruh dunia .
•Dalam pada itu , Soviet Union pila tidak menggalakkan kegiatan ekonomi bebas
kerana bimbang masyarakat terdedah kepada sistem ekonomi Barat .
•Soviet Union bimbang pengaruh dari Barat akan mengancam regim totalitarian
tersebut .
•Sehubungan ini , Soviet Union tidak menggalakkan negara – negara sosialis
melibatkan diri dalam perdagangan antarabangsa .
Kemunculan Kuasa Dunia yang Baharu
•Perang Dunia Kedua menyebabkan bilangan negara yang bertaraf kuasa besar dunia
telah berkurangan .
•Negara – negara seperti Jepun dan Itali telah mengalami kekalahan dan menjadi lemah
selepas Perang Dunia Kedua .
• Dalam pada itu , Britain dan Perancis telah menjadi lemah daripada segi ketenteraan
dan. ekonomi
• Malah negara – negara seperti Britain , Jerman , Jepun dan Perancis kini bergantung
kepada Amerika Syarikat yang muncul sebagai kuasa dunia untuk membangunkan
semua ekonomi mereka .
•Perkembangan ini menyebabkan lahir dua kuasa baharu dunia , iaitu Amerika Syarikat
dan Soviet Union yang bersaing untuk mengukuhkan kedudukan masing – masing .
Dasar Peluasan Pengaruh Soviet Union
di Eropah
•Sebelum Perang Dunia Kedua berakhir , Soviet Union mula meluaskan pengaruh di benua
Eropah .
•Menjelang akhir tahun 1944 , Tentera Merah (tentera komunis) Soviet Union bertindak
membebaskan dan mengawal sebahagian besar negara – negara di Eropah Timur di bawah
pengaruh mereka .
•Semasa Persidangan Yalta diadakan pada tahun 1945 , Soviet Union menguasai kawasan yang
manganjur hingga ke garisan Curzon yang dijadikan sempadan antara Soviet Union dan Poland .
Selain itu , Soviet Union juga menguasai bahagian Barat Jerman .
•Semasa Perang Dunia Kedua tamat , Soviet Union bertindak mengukuhkan cengkamannya
terhadap negara – negara di Eropah Timur . Malah Tentera Merah Soviet Union turut
mempengaruhi pilihan raya yang akan diadakan di negara – negara Eropah Timur .
•Selain itu , kerajaan – kerajaan yang dibentuk di Eropah Timur juga didominasi oleh golongan
komunis .Disamping itu , kementerian – kementerian yang penting seperti kementerian pertahanan
dan ketenteraan juga berada di bawah kawalan komunis .
•Selain menguasai Eropah Timur , kerajaan Soviet Union di bawah pimpinan
Stalin turut berusaha untuk meluaskan pengaruh komunis barat .
•Dalam konteks ini , Stalin menggalakkan golongan komunis di Eropah Barat
untuk memainkan perana aktif dalam pilihan raya umum yang diadakan di
negara – negara tersebut .
•Menjelang tahun 1946 , parti – parti komunis menjadi amat berpengaruh di
Perancis dan Itali .
•Tindakan Soviet Union untuk menyebarkan pengaruh komunis di Eropah
Barat
menyebabkan Amerika Syarikat mengambil langkah –langkah bagi menyekat
penyebaran fahaman komunis .
•Perkembangan ini menyebabkan hubungan antara Soviet Union dan Amerika
Syarikat menjadi renggang dan tercetus Perang Dingin .
Perkembangan semasa Perang Dunia
Kedua
•Hubungan antara Amerika Syarikat , Soviet Union dan Britain telah menjadi renggang
sebelum Perang Dunia Kedua tamat .
•Walaupun ketiga – tiga negara tersebut berada dalam pakatan yang sama menentang
Jerman , namun timbul perasaan curiga dan syak wasangka dalam kalangan mereka .
•Hubungan yang semakin renggang antara ketiga – tiga kuasa besar ini jelas ketara dalam
Persidangan Yalta (Februari 1945) dan Persidangan Potsdam(Julai 1945) yang diadakan
untuk menentukan hala tuju dan kerjasama antara negara – negara tersebut selepas
Perang Dunia Kedua tamat .
•Dalam Persidangan Yalta , tiga pemimpin utama iaitu Roosevelt , Winston Churchill
dan Stalin bersetuju pilihan raya diadakan di negara-negara Eropah Timur yang diduduki
atau dibebaskan oleh Soviet Union .
•Hubungan antara ketiga – tiga kuasa besar ini bertambah renggang dalam
Persidangan Potsdam yang diadakan pada Julai 1945 .
•Dalam persidangan tersebut , Presiden Amerika Syarikat ,Harry Truman
menuntut agar pilihan raya diadakan di negara – negara Eropah Timur
yang dikuasaioleh Soviet Union .
•Stalin menolak tuntutan Harry Truman kerana negara – negara tersebut
akan menubuhkan kerajaan antiSoviet Union .
•Namun begitu , Roosevelt dan Churchill bimbang Stalin akan memaksa
negara – negara tersebut menerima sistem pemerintahan komunis .
Dalam pda itu , Stalin pula berazam menubuhkan kerajaan komunis di
negara yang didudukinya demi keselamatan masa depan .
PERSIDANGAN YALTA
PERSIDANGAN POTSDAM
Winston Churchill
Ferdinand D. Roosevelt
Stalin
Presiden Amerika Syarikat
Perubahan Pucuk Pimpinan
•Usaha untuk menyelesaikan masalah antara ketiga – tiga kuasa besar bertambah rumit ekoran
perubahan pucuk pimpinan yang berlaku di Amerika Syarikat dan Britain .
•Presiden Roosevelt telah digantikan oleh Harry Truman di Amerika Syarikat manakala Perdana
Menteri Winston Churchill telah digantikan oleh Clement Atlee di Britain .
•Harry Truman dan Clement Atlee tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam hal ehwal
antarabangsa dan mereka amat curiga terhadap dasar luar Stalin .
•Harry Truman percaya Soviet Union tidak membenarkan penubuhan kerajaan demokratik di
Eropah . Malah beliau berpendapat selepas mengukuhkan pengaruh di Eropah Timur , Soviet
Union akan meluaskan pengaruhnya ke Eropah Barat .
•Berdasarkan kepercayaan ini , beliau mula mengamalkan dasar untuk menyekat peluasan
pengaruh Soviet Union .
•Tambahan pula , kejayaan Amerika Syarikat meletupkan bom atom telah menyebabkan Presiden
Harry Truman bertekad untuk menggunakan pendekatan yang lebih agresif untuk menyeaakat
peluasan pengaruh Soviet Union .
Ferdinand D. Roosevelt
digantikan oleh Harry
Truman di Amerika
Syarikat
Perdana Menteri
Winston Churchill telah
digantikan oleh Clement
Atlee di Britain
Ferdinand D. Roosevelt
Winston Churchill Clement Atlee
Hubungan Renggang antara Amerika
Syarikat dan Soviet Union
•Hubungan antara Amerika Syarikat dan Soviet Union menjadi semakin buruk selepas
bulan Mei 1945 .
•Tindakan Amerika Syarikat menolak bantuan ekonomi yang diminta oleh Soviet Union
untuk membangunkan semula negara selepas perang mengeruhkan hubungan antara
kedua – dua kuasa besar tersebut .
•Hubungan menjadi bertambah buruk apabila Winston Churchill dalam ucapannya di
Foulton , Missouri pada Mac 1946 menyatakan bahawa terdapat ‘tirai besi’ yang
menganjur dari Stettin di Baltik hingga ke Trieste di Adriatik . Menurut beliau , ‘tirai
besi’ ini memisahkan Eropah Timur dengan Eropah Barat .
•Ucapan Winston Churchill jelas menunjukkan kebimbangan Amerika Syarikat dan
Britain terhadap peluasan pengaruh Soviet Union di Eropah Timur dan Eropah Tengah
.
Zon Penampan
• Pemimpin Soviet Union , iaitu Stalin ingin mewujudkan zon penampan bagi
mengelakkan ancaman daripada negara – negara di Eropah Barat . Sebelum
itu Soviet Union pernah ditawan oleh musuh daripada bahagian Barat .
• Umpamanya Hitler pernah menawan Soviet Union pada tahun 1941 dari
arah barat menerusi Poland , Romania , Bulgaria dan Hungary .
Poland
Romania
Romania
Romania
HungaryBulgaria
•Pengalaman lampau ini menyebabkan Stalin ingin mewujudkan ‘negara
– negara satelit’ yang bertindak sebagai zon penampan antara Soviet
Union dengan negara – negara di Eropah Barat . Negara – negara satelit
ini mempunyai sistem pemerintahan tersendiri yang didominasi oleh
Soviet Union .
•Malah , mana – mana negara yang ingin menakluki Soviet Union dari
arah barat perlu menguasai negara – negara satelit Soviet Union terlebih
dahulu .
•Soviet Union menjadikan negara – negara Eropah Timur sebagai benteng
untuk menghadapi ancaman musuhnya daripada Eropah Barat .
Teori Domino
•Amerika Syarikat dan Britain bimbang fahaman komunis akan merebak
ke Eropah Barat .
•Pemimpin – pemimpin di Barat percaya kepada ‘teori domino’ , iaitu
apabila sesebuah negara dikuasai oleh komunis maka satru demi satu
negara lain akan jatuh ke tangan komunis .
•Perkembangan ini amat membimbangkan Amerika Syarikat dan Britain
hingga kedua – dua negara tersebut bertekad bagi menyekat
perkembangan komunis di mana – mana negara .
•Keadaan ini telah mencetuskan ketegangan antara Soviet Union dan
Amerika Syarikat serta merancakkan Perang Dingin
Kekalahan Jepun
•Menjelang tahun 1945 , hubungan antara kuasa – kuasa
besar menjadi bertambah buruk .
•Kekalahan Jepun pada bulan Ogos 1945 , menjadikan
hubungan antara kuasa – kuasa besar ini menjadi semakin
buruk .
•Kejayaan Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di
Hiroshima dan Nagasaki meningkatkan kebimbangan Soviet
Union terhadap dasar Amerika Syarikat.
Perang Dingin
Di
Eropah
(1945 – 1955)
Doktrin Truman
•Perang Dingin tercetus apabila Presiden Harry Truman mengumumkan bahawa
segala bantuan yang diberikan kepada Soviet Union dihentikan .
•Pada bulan Oktober 1945 , beliau menegaskan Amerika Syarikat tidak mengiktirafkan
mana – mana kerajaan yang ditubuhkan tanpa persetujuan penduduknya .
•Pada tahun 1946 , Presiden Harry Truman menekankan dasar Amerika Syarikat yang
akan menggunakan apa cara sekalipun untuk membendung pengaruh komunis .
•Kenyataan Truman ini menjadi asas kepada pembentukan ‘Doktrin Truman’ yang
membawa kepada usaha Amerika Syarikat menetang peluasan pengaruh Soviet Union
dan ideologi komunis ke seluruh dunia .
•Berpandukan kepada doktrin ini , Amerika Syarikat telah memberi bantuan
ketenteraan dan kewangan kepada Turki dan Greece untuk menghadapi ancaman
komunis . Doktrin ini menjadi asas kepada dasar luar Amerika Syarikat bagi tempoh
tiga dekad berikutnya .
Kronologi peristiwa penting
perang dingin
Tahun Dasar Imperialisme
1947 •Amerika Syarikat menyalurkan bantuan kepada negara – negara Eropah
Barat melalui Rancangan Marshall .
•Stalin menolak bantuan Rancangan Marshall
1948 Peristiwa pengepungan Berlin bermula
1949 •NATO ditubuhkan
•Amerika Syarikat meletupkan bom atom
•China menjadi negara komunis
1950 Perang Korea bermula
1952 Amerika Syarikat meletupkan bom hidrogen
1953 •Perang Korea tamat
•Soviet Union meletupkan bom hidrogen
•Stalin meninggal dunia
1955 Pakatan Warsaw ditubuhkan
Tirai Besi
•Pada bulan Mac 1946 , Perdana Menteri Britain Winston Churchill
memberitahu bahawa terdapa ‘tirai besi’ yang memisahkan Eropah
kepada dua blok yang bermusuhan , iaitu blok komunis dan blok bukan
komunis .
•Pandangan yang dikemukakan oleh Churchill jelas menunjukkan
bahawa wujud perpecahan antara Timur dan Barat .
•Kewujudan ‘tirai besi’ menyebabkan hubungan perdagangan antara
blok – blok ini amat terhad manakala hubungan biasa secara
perseorangan hampir tidak wujud .
Rancangan Marshall
•Pada tahun 1947 , Amerika Syarikat melancarkan Rancangan
Marshall(Marshall Plan)untuk membantu negara-negara Eropah
memulihkan ekonomi dan mengukuhkan pemerintahan demokratik di
negara tersebut .
•Soviet Union menolak Rancangan Marshall yang didakwa sebagai
campur tangan Amerika Syarikat dalam hal ehwal negara lain.
•Soviet Union enggan menerima bantuan Marshall dan memaksa
negara-negara Eropah Timur lain berbuat demikian .
•Di bawah Rancangan Marshall ,Amerika Syarikat membekalkan bahan-
bahan mentah , jentera , minyak dan baja bernillai $3 000 juta dolar
Amerika antara tahun 1948-1952.
Pertubuhan Kerjasama Ekonomi
Eropah (OEEC)
•Penubuhan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Eropah (OEEC) untuk menguruskan
Rancangan Marshall menambahkan ketegangan antara Timur dan Barat .
•Pertubuhan ini dianggotai oleh 16 buah negara Eropah termasuk Amerika Syarikat
dan Kanada .
•Melalui pertubuhan ini , Amerika Syarikat membelanjakan sejumlah besar wang bagi
menjalinkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara-negara Eropah .
•Ekoran daripada bantuan tersebut ,Eropah Barat mengalami pemulihan ekonomi yang
amat ketara .
•Pembangunan ekonomi dan kemakmuran dikecapi oleh penduduk menyebabkan
perkembangan fahaman komunis dapat disekat di Eropah Barat .
COMECON
•Selepas penolakan terhadap Rancangan Marshall , Soviet
Union mula mengawal negara-negara Eropah Timur di bawah
pengaruh komunis .
•Stalin menubuhkan Biro Penerangan Komunis Cominform
untuk menyelaraskan kegiatan parti-parti komunis Eropah .
•Selain itu , ia juga bertujuan mewujudkan kerjasama
ekonomi bagi negara-negara Eropah Timur dalam COMECON.
Perkembangan Pengaruh
Komunis di Eropah Timur
•Selepas Perang Dunia Kedua tamat , Soviet Union mula mengukuhkan kedudukannya di Eropah
Timur .
•Soviet Union mula menempatkan tenteranya di Poland, Hungary, Romania, Bulgaria,
Czechoslovakia, bahagian timur Jerman dan Austria .
•Soviet Union menggunakan kekuatan tentera untuk membentuk kerajaan-kerajaan komunis di
negara-negara tersebut.malah Soviet Union juga menggunkan kuasanya untuk mengendalikan
dasar-dasar dalam dan luar negara-negra tersebut.
•Dasar Soviet Union mengukuhkan pemerintahan komunis jelas ketar di Poland,
Czechoslovakia,dan Yugoslovia .
•Perkembangan pengaruh komunis di Eropah Timur menimbulkan kebimbangan dalam
pemimpin-pemimpin politik di Eropah .A
Pengaruh Komunis di Poland
•Soviet Union melibatkan diri secara langsung dalam mengukuhkan pengaruh komunis
di Poland .
•Parti-parti yang bukan komunis seperti Parti Rakyat telah diserapkan dalam Barisan
Kebangsaan Parti Pekerja Poland yang merupakan parti politik komunis .
•Malah Soviet Union juga bertindak menyingkirkan 75 000 anggota komunis dan
sosialis Poland yang tidak menurut arahan serta panduan yang telah ditetapkan oleh
Soviet Union .
•Pada tahun 1948, Setiausaha Parti Komunis ,Gomulka dipaksa meletakkan jawatan
kerana memberi sokongan kepada Tito di Yugoslavia .
•Perkembangan di Poland jelas menunjukkan peranan Soviet Union dalam
mengukuhkan kedudukan serta pengaruh komunis di Eropah Timur.
Gomulka pict
Gomulka
Tito
Pengaruh komunis di Czechoslovakia
•Sebelum Perang Dunia Kedua ,Czechoslovakia merupakan negara paling maju dalam bidang
perindustrian di Eropah Timur.
•Malah Czechoslovakia juga mempunyai pengalaman dalam pemerintahan demokrasi .
•Selepas Perang Dunia Kedua , Parti komunis mendapat sokongan yang meluas daripada
golongan pekerja dan intelek ekoran peranannya dalam penentangan terhadap Nazi Jerman .
•Parti komunis telah menyertai kerajaan campuran yang terdiri daripada golongan liberal dan
parti-parti berhaluan kiri di bawah pemimpin Klement Gottwald.
•Pada bulan Februari 1948,kerajaan baharu ditubuhkan oleh Parti Komunis dan Parti Demokrat.
•Seterusnya,berlaku gerakan untuk menyingkirkan golongan anti-komunis daripada jawatan-
jawatan kerajaan .
•Penguasaan Parti Komunis di Czechoslovakia diteruskan dengan gerakan pembersihan dalam
parti itu.
•Pemimpin-pemimpin yang menunjukkan taat setia kepada Rusia dikekalkan berkuasa.
Klement
Gottwald
yugoslavia
Pengaruh komunis di Yugoslavia
•Parti komunis Yugoslavia di bawah pimpinan Tito tidak mempunyai hubungan mesra dengan
Soviet Union . Menjelang tahun 1948 , timbul perselisihan faham yang amat ketara antara Tito
dan Stalin.
•Soviet Union menuduh Tito sebagai pengkhianat bangsa dan membatalkan tututan Yugoslavia
terhadap Carinthia di Austria . Malah Rusia menuduh Yugoslavia memberi layanan buruk
terhadap rakyat Soviet Union yang menetap di negara tersebut.
•Hubungan antara Yugoslavia dan Soviet Union menjadi semakin tegang apabila Tito enggan
menerima rancangan ekonomi yang dilaksanakan oleh Stalin.
•Dalam pada itu,Tito mempunyai rancangan untuk menubuhkan satu pakatan dalam kalangan
negara-negara Balkan .
•Rancangan Tito amat bertentangan dengan kehendak Soviet Union sehingga beliau dituduh
sebagai tali barut Amerika Syarikat .
•Perkembangan ini menyebabkan Yugoslavia disingkirkan daripada Gerakan Komunis
Antarabangsa . Dalam pada itu , kuasa-kuasa barat pula bersedia untuk menghulurkan bantuan
ekonomi kepada Yugoslavia .
•Komunisme nasional bebas yang diperkenalkan oleh Tito turut mendapat sokongan daripad
negara-negara komunis yang lain.
•Ekoran perkembangan ini , Soviet Union mula menjalankan gerakan pembersihan dalam
kalangan pemimpin komunis tempatan di Hungary,Poland,Romania,Bulgaria dan Czechoslovakia.
greek
Pengaruh komunis di Greek
•Semasa Perang Dunia Kedua, parti komunis Greek memainkan peranan dalam
penentangan terhadap Jerman .
•Pada tahun 1944,Parti komunis turut menyertai kerajaan campuran yang ditubuhkan .
•Peperangan tercetus di Athens ekoran cadangan kerajaan agar gerila komunis
meletakkan senjata .
•Pada bulan Mac 1946, Parti Monarkis berhaluan kanan berjaya dalam pilihan raya
umum.
•Golongan komunis mewujudkan pasukan gerila di Macedonia untuk bertindak balas .
Komunis turut mendapat bantuan dan sokongan daripada Yugoslavia .
•Parti Monarkis pula mendapat sokongan daripada Britain dan Amerika Syarikat
selepas tahun 1947.
•Menjelang tahun 1949, gerila-gerila komunis dapat ditewaskan .
Ero baratPerkembangan Politik di Eropah
Barat•Selepas Perang Dunia Kedua , negara-negar Eropah Barat menghadapi kesukaran untuk
membangunkan semula ekonomi .
•Keadaan ini menyebabkan berlaku masalah inflasi ,pengangguran,dan kebuluran .
Perkembangan ini menyebabkan parti-parti berhaluan komunis mula mendapat sokongan rakyat
Perancis dan Itali .
•Umpamanya kerajaan campuran pertama yang diwujudkan di Perancis di bawah pimpinan de
Gaulle turut dianggotai oleh ahli-ahli Parti komunis Perancis .
•Menjelang tahun 1947, Parti komunis menjadi pembangkang di Perancis.
•Parti komunis Itali turut menyertai kerajaan campuran yang ditubuhkan oleh de Gasperi yang
merupakan pemimpin Parti Kristian Demokrat.
•Malah , pengaruh komunis berkembang pesat dalam kalangan kaum petani di bahagian selatan
Itali.
•Perkembangan ini telah menimbulkan kebimbangan Amerika Syarikat yang telah bertindak
untuk memberi sokongan ekonomi dan ketenteraan untuk mempertahankan demokrasi di
Masalah Perpecahan Jerman
•Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh pihak Berikat selepas Perang Dunia Kedua adalah
pembinaan semula ekonomi dan Politik Jerman .
•Negara Jerman telah dibahagi kepada empat kawasan yang ditadbir oleh Soviet Union ,Amerika
Syarikat ,British dan Perancis.
•Suruhanjaya Kawalan Berikat telah ditubuhkan untuk menyelaraskan perkara-perkara yang akan
memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam pentadbiran Jerman .
•Menjelang tahun 1948, Soviet Union telah memiliknegarakan semula industri di Jerman Timur .
Soviet Union juga bertindak merampas dan mengagihkan ladang melebihi keluasan 250 ekar.
•Mereka juga menggalakkan penubuhan Parti Sosial Bersatu yang merupakan gabungan Parti
komunis dan Parti Sosial Demokrat.
•Pada tahun 1947, Amerika Syarikat dan British telah menyatukan kawasan-kawasan yang
berada di bawah penguasaan mereka untuk tujuan ekonomi.
•Pada tahun 1948, Amerika Syarikat ,Britain ,dan Perancis telah membuat keputusan untuk
memdirikan sebuah kerajaan bagi Jerman Barat melalui Perjanjian London.
Pengepungan berlin
•Pada bulan Februari 1948, Panglima tentera Soviet Union ,Sokolovsky mendakwa seluruh kota
Berlin adalah sebahagian Rusia.
•Sementara itu , pada bulan Jun 1948, wakil-wakil daripada Amerika Syarikat,Britain,Perancis,
Belgium,Belanda dan Luxembourg,yang mengadakan pertemuan di London bersetuju untuk
mewujudkan sebuah kerajaan pusat di Jerman Barat.
•Konfrontasi secar terbuka berlaku apabila pihak berkuasa Jerman Barat membuat keputusan
untuk menilai semula mata wang Jerman.
•Tujuan penilaian semula mata wang ini dilakukan adalah
Membantu pemulihan ekonomi
Menentang pasaran gelap
•Soviet Union mendakwa penilaian semula mata wang bertentangan dengan Perjanjian
Potsdam.
•Seterusnya,Soviet Union mengambil langkah untuk menghalang
penyebaran mata wang baharu di zon mereka dan seluruh Berlin.
•Sekatan yang dilakukan oleh Soviet Union menyebabkan bahagian
yang dikuasai oleh Barat mendapat bekalan melalui pengangkutan
udara.
•Pada bulan Mei 1949, satu perjanjian telah diadakan oleh kedua-dua
pihak dan sebagai susulannya, jalan-jalan darat dibuka semula .
•Dalam perjanjian tersebut, keempat-empat kuasa yang mentadbir
Jerman bersetuju akan dibahagi-bahagikan pada masa akan datang.
•Perjanjian tersebut membawa kepada penubuhan dua buah negara
,iaitu;
Republik Persekutuan Jerman (Jerman Barat) Mei 1949
Republik Demokratik Jerman (Jerman Timur) Oktober 1949
•Muncul Perikatan Tentera
 Persetiaan Dunkirk
 Perjanjian Brusells
• Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara
( NATO )
• Pakatan WARSAW
• Pembentukan Blok Dunia
• Kemunculan Negara – negara Berkecuali
• Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara
( SEATO )
• Perlumbaan Senjata
Muncul Perikatan Tentera
•Selepas Perang Dunia Kedua tamat ,Soviet Union muncul sebagai kuasa
militer yang paling kuat di benua Eropah .
•Soviet Union berjaya menguasai kawasan seluas 180 000 batu persegi
dengan penduduk berjumlah tiga juta dibawah pengaruhnya.
•Kebangkitan Soviet Union dalam bidang ketenteraan mengancam
keselamatan negara-negara di benua Eropah Barat.
•Sebagai tindak balas kepada perkembangan ini, usaha telah dimulakan
untuk menubuhkan perikatan tentera dalam kalangan negara-negara di
Eropah Barat.
Persetiaan Dunkirk
•Pada bulan Mac 1947, Britain dan Perancis telah
menubuhkan satu perikatan tentera yang dikenali sebagai
Persetiaan Dunkirk .
•Antara objektif utama persetiaan ini ialah;
Menghadapi serangan daripada Jerman
Menjalinkan kerjasama bagi menghadapi ancaman Soviet
Union .
Mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi.
Perjanjian Brusells
•Peristiwa rampasan kuasa di Prague pada Februari
1948,menambahkan kebimbangan dalam kalangan negara-
negara Eropah Barat terhadap ancaman Rusia.
•Perkembangan ini mendorong menteri luar Britain , Bevin
mendesak agar kerjasama dalam bidang ketenteraan dan
bidang ekonomi dalam kalangan negara-negara di Eropah
Barat ditingkatkan .
•Ekoran perkembangan ini, Perjanjian Brusells ditandatangani
oleh negara Britain ,Perancis ,Belgium ,Belanda dan
Luxembourg.
Bevin
Bevin
Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Atlantik
Utara( NATO )
•Selepas peristiwa pengepungan di Berlin negara-
negara di Eropah Barat mencurigai tindak-tanduk
Soviet Union di benua Eropah .
•Pada 4 April 1949 , 12 buah negara telah
menandatangani Perjanjian Atlantik Utara di
Washington. Perjanjian ini menyebabkan semua
negara di Eropah Barat bersatu di bawah kepimpinan
Amerika Syarikat untuk menbendung ancaman
komunis.
•Antara kepentingan NATO;
NATO merupakan satu usaha untuk menjalinkan kerjasama
dalam kalangan negara-negara Eropah Barat.
Pertubuhan ini memainkan peranan dalam
mempertahankan anggotanya daripada ancaman komunis.
Selepas pertubuhan NATO ,penyebaran pengaruh komunis
di Eropah berjaya disekat.
Amerika Syarikat menempatkan tenteranya di Eropah Barat
mulai tahun 1949.
Sebagai tindak balas terhadap NATO ,Soviet Union
menubuhkan Pakatan WARSAW.
Pakatan WARSAW
•Penubuhan NATO dan diikuti oleh perkembangan dasar antikomunis
telah menimbulkan kebimbangan Soviet Union .
•Sebagai tindak balas , Soviet Union telah mengadakan satu pakatan
ketenteraan dengan negara-negara satelitnya yang dikenali sebagai
Pakatan WARSAW. Pakatan ini melibatkan negara-negara komunis
Eropah Timur termasuk Soviet Rusia,Albania ,Bulgaria,Hungary ,Poland
,Romania, Czechoslovakia dan Jerman Timur.
•Pakatan ini menjamin bantuan segera kepada negara-negara anggota
termasuk bantuan ketenteraan .
•Pasukan tentera yang dianggotai oleh tentera daripada negara-negara
pakatan WARSAW telah ditubuhkan di bawah kepimpinan komander
tertinggi tentera Rusia .
•Sebuah jawatankuasa rundingan telah ditubuhkan
untuk mewujudkan persefahaman dalam hal politik
dalam kalangan anggota Pakatan WARSAW .
•Antara kesan penubuhan Pakatan WARSAW ialah;
Rusia mengukuhkan kedudukannya di Eropah Timur
dengan menempatkan tenteranya di negara-negara
Eropah Timur.
Rusia mengawal negara-negara satelit dan
mematahkan pemberontakan yang tercetus .
Pembentukan Blok Dunia
•Kesan Perang Dingin yang paling penting ialah kemunculan
blok dunia.
•Blok dunia merujuk kepada negara-negara yang sehaluan
yang berusaha dan bertindak secara bersama bagi menjaga
kepentingan ahli.
•Blok ini muncul dalam pelbagai bentuk berdasarkan aspek
goegrafi , ekonomi atau politik.
•Berdasarkan perbezaan ideologi , muncul dua blok yang
utama ,iaitu Blok Kapitalis dan Blok Komunis .
ASPEK BLOK KAPITALIS BLOK KOMUNIS
POLITIK •Mengamalkan sistem pemerintahan
demokrasi.
•Kerajaan dipilih oleh rakyat mulalui
pilihan raya .
•Terdapat kebebasan menubuhkan
parti-parti politik.
•Mengamalkan sistem
pemerintahn komunis.
•Diperintah oleh diktator.
•Hanya parti komunis
diiktiraf.
EKONOMI •Mengamalkan sistem ekonomi bebas.
•Peluang perniagaan dan pimilikan
persendirian .
•Perniagaan dimiliki dan
diuruskan oleh kerajaan .
•Tidak menggalakkan
perniagaan antarabangsa.
SOSIAL Individu diberi kebebasan untuk
berhimpun ,bercakap dan menyuarakan
pendapat.
Kebebasan individu
dikawal.
Kemunculan Negara – negara Berkecuali
•Perang Dingin menyebabkan negara-negara dunia ketiga menjadi rebutan antara dua kuasa
besar , iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union .
•Blok kapitalis dan Blok komunis berusaha mempengaruhi negara-negara dunia ketiga dalam
menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi.
•Negara-negara dunia ketiga tidak mahu memihak kepada negara-negara daripada blok komunis
ataupun drpd blok kapitalis. Dalam konteks ini , negara-negara dunia ketiga mengamalkan sikap
berkecuali .
•Perkembangan ini menyebabkan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan
npada bulan September 1961. pergerakan ini dianggotai oleh negara-negara membangun di Asia
,Afrika dan Amerika Selatan .
•Matlamat utama penubuhan NAM adalah mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong
blok Barat ataupun blok komunis .
•Antara prinsip perjuangan NAM adalah ;
Mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara
.
Menghormati kedaulatan sesebuah negara .
Menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui perundingan .
Menghormati hak asasi manusia .
Penubuhan Pertubuhan Perjanjian
Asia Tenggara
( SEATO )
•Salah satu kesan Perang Dingin ialah penubuhan Pakatan tentera
antikomunis yang dikenali sebagai SEATO .
•SEATO merupakan pertubuhan keselamatan yang pertama ditubuhkan
antara kuasa-kuasa Barat dan Asia bagi menjaga keselamatan .
•Pakatan tentera ini ditubuhkan pada tahun 1954 untuk membendung
kemarahan pengaruh komunis ke kawasan Pasifik Barat dan Asia
Tenggara .
•SEATO memberi tumpuan bagi menyekat peluasan pengaruh China
komunis ke Asia Tenggara dan mententeramkan pemberontakan
komunis di Asia Tenggara .
Perlumbaan Senjata
•Perang Dingin juga mencetuskan perlumbaan senjata antara
Soviet Union dengan Amerika Syarikat .
•Perlumbaan ini menyebabkan kedua-dua kuasa besar
menghasilkan pelbagai jenis peralatan perang .
•Perkembangan ini menyebabkan berlaku persaingan dalam
bidang teknologi dan ketenteraan .
•Antara senjata yang dihasilkan oleh kuasa-kuasa
besar ini termasuklah:
I. Kereta perisai
II. Artileri
III.Kapal selam
IV.Grenad roket
V. Meriam anti pesawat
VI.Pesawat pengebom
VII.Pesawat pengintip
VIII.Peluru berpandu balistik
Galeri Sejarah
•Artileri •Grenad roket
Galeri Sejarah
• Kapal Selam•Meriam anti pesawat
Galeri Sejarah
• Pesawat pengebom • Pesawat pengintip
Galeri Sejarah
• Peluru berpandu balistik
Kesimpulan
Perang Dingin yang tercetus di antara Amerika
Syarikat dengan Soviet Union memberi impak
yang mendalam kepada negara-negara di Eropah
khususnya dan seluruh dunia amnya. Beberapa
peperangan yang tercetus di antara negara
dikatakan didalangi oleh dua blok kuasa tersebut
bagi tujuan meraih sokongan dan menguji
senjata baru

More Related Content

What's hot

Sistem Pendidikan Jerman & Perancis
Sistem Pendidikan Jerman & PerancisSistem Pendidikan Jerman & Perancis
Sistem Pendidikan Jerman & Perancishasfazera hassan
 
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 saadiah alidrus
 
KESAN PERANG DINGIN 1945.pptx
KESAN PERANG DINGIN 1945.pptxKESAN PERANG DINGIN 1945.pptx
KESAN PERANG DINGIN 1945.pptxRoniGipin2
 
Sejarah STPM: 2.1 Institusi Pemerintahan (China & Russia abad ke 16-20)
Sejarah STPM: 2.1 Institusi Pemerintahan (China & Russia abad ke 16-20)Sejarah STPM: 2.1 Institusi Pemerintahan (China & Russia abad ke 16-20)
Sejarah STPM: 2.1 Institusi Pemerintahan (China & Russia abad ke 16-20)Presley Marcel
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananOliver Louise
 
STPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIA
STPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIASTPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIA
STPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIANurZahidah22
 
Pemberontakan boxer
Pemberontakan boxerPemberontakan boxer
Pemberontakan boxerNoha Fiq
 
Peristiwa dahagi india (stpm sej sem 1)
Peristiwa dahagi india (stpm sej sem 1)Peristiwa dahagi india (stpm sej sem 1)
Peristiwa dahagi india (stpm sej sem 1)azam_hazel
 
Sistem ekonomi kapitalisme di amerika syarikat pada abad ke 18
Sistem ekonomi kapitalisme di amerika syarikat pada abad ke 18Sistem ekonomi kapitalisme di amerika syarikat pada abad ke 18
Sistem ekonomi kapitalisme di amerika syarikat pada abad ke 18Suverinus Sanan II
 
SEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIA
SEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIASEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIA
SEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIAsaadiah alidrus
 
Reaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
Reaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan BaratReaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
Reaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barathasfazera hassan
 
Sejarah STPM Masyarakat Industri di England
Sejarah STPM Masyarakat Industri di EnglandSejarah STPM Masyarakat Industri di England
Sejarah STPM Masyarakat Industri di EnglandKhai Khairy
 
FAKTOR-FAKTOR TERCETUS PERANG KEMERDEKAAN
FAKTOR-FAKTOR TERCETUS PERANG KEMERDEKAANFAKTOR-FAKTOR TERCETUS PERANG KEMERDEKAAN
FAKTOR-FAKTOR TERCETUS PERANG KEMERDEKAANsuziana15
 
Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)
Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)
Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)Nurul Najihah Al-Saachez
 
MASYARAKAT FEUDAL JEPUN.pptx
MASYARAKAT FEUDAL JEPUN.pptxMASYARAKAT FEUDAL JEPUN.pptx
MASYARAKAT FEUDAL JEPUN.pptxChellitda
 
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agrariaKonsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agrariaJimmy Mogolid
 
STPM Sem 1 Sejarah Perang Dingin.pdf
STPM Sem 1 Sejarah Perang Dingin.pdfSTPM Sem 1 Sejarah Perang Dingin.pdf
STPM Sem 1 Sejarah Perang Dingin.pdfSohaibHakimi1
 
BAB 15: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT
BAB 15: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN  TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT BAB 15: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN  TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT
BAB 15: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT mdhanafi
 

What's hot (20)

Sistem Pendidikan Jerman & Perancis
Sistem Pendidikan Jerman & PerancisSistem Pendidikan Jerman & Perancis
Sistem Pendidikan Jerman & Perancis
 
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
 
KESAN PERANG DINGIN 1945.pptx
KESAN PERANG DINGIN 1945.pptxKESAN PERANG DINGIN 1945.pptx
KESAN PERANG DINGIN 1945.pptx
 
Sejarah STPM: 2.1 Institusi Pemerintahan (China & Russia abad ke 16-20)
Sejarah STPM: 2.1 Institusi Pemerintahan (China & Russia abad ke 16-20)Sejarah STPM: 2.1 Institusi Pemerintahan (China & Russia abad ke 16-20)
Sejarah STPM: 2.1 Institusi Pemerintahan (China & Russia abad ke 16-20)
 
Bab 1 masyarakat fedual
Bab 1 masyarakat fedualBab 1 masyarakat fedual
Bab 1 masyarakat fedual
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
 
STPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIA
STPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIASTPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIA
STPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIA
 
Pemberontakan boxer
Pemberontakan boxerPemberontakan boxer
Pemberontakan boxer
 
Peristiwa dahagi india (stpm sej sem 1)
Peristiwa dahagi india (stpm sej sem 1)Peristiwa dahagi india (stpm sej sem 1)
Peristiwa dahagi india (stpm sej sem 1)
 
Sistem ekonomi kapitalisme di amerika syarikat pada abad ke 18
Sistem ekonomi kapitalisme di amerika syarikat pada abad ke 18Sistem ekonomi kapitalisme di amerika syarikat pada abad ke 18
Sistem ekonomi kapitalisme di amerika syarikat pada abad ke 18
 
SEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIA
SEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIASEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIA
SEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIA
 
Reaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
Reaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan BaratReaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
Reaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
 
Sejarah STPM Masyarakat Industri di England
Sejarah STPM Masyarakat Industri di EnglandSejarah STPM Masyarakat Industri di England
Sejarah STPM Masyarakat Industri di England
 
FAKTOR-FAKTOR TERCETUS PERANG KEMERDEKAAN
FAKTOR-FAKTOR TERCETUS PERANG KEMERDEKAANFAKTOR-FAKTOR TERCETUS PERANG KEMERDEKAAN
FAKTOR-FAKTOR TERCETUS PERANG KEMERDEKAAN
 
Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)
Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)
Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)
 
MASYARAKAT FEUDAL JEPUN.pptx
MASYARAKAT FEUDAL JEPUN.pptxMASYARAKAT FEUDAL JEPUN.pptx
MASYARAKAT FEUDAL JEPUN.pptx
 
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agrariaKonsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
 
STPM Sem 1 Sejarah Perang Dingin.pdf
STPM Sem 1 Sejarah Perang Dingin.pdfSTPM Sem 1 Sejarah Perang Dingin.pdf
STPM Sem 1 Sejarah Perang Dingin.pdf
 
BAB 15: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT
BAB 15: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN  TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT BAB 15: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN  TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT
BAB 15: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT
 
Masyarakat feudal
Masyarakat feudalMasyarakat feudal
Masyarakat feudal
 

Similar to : KONFLIK ANTARABANGSA

ISU SEMASA DUNIA
ISU SEMASA DUNIAISU SEMASA DUNIA
ISU SEMASA DUNIANurAin178
 
Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia KeduaFaktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia Keduahasfazera hassan
 
Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.pptx
Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.pptxBab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.pptx
Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.pptxMEGANYEOHTZEXUANMoe
 
SJ T4 KSSM Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME zila khalid =).pptx
SJ T4 KSSM Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME zila khalid =).pptxSJ T4 KSSM Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME zila khalid =).pptx
SJ T4 KSSM Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME zila khalid =).pptxNORROHAYABINTIIBRAHI
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957Didiy Otto
 
Hist note form 5 chap 9
Hist note form 5 chap 9Hist note form 5 chap 9
Hist note form 5 chap 9far84
 
CH9F5F
CH9F5FCH9F5F
CH9F5Fcgsha
 
Tingkatan 4 Bab 3 part i. (KSSM)
Tingkatan 4 Bab 3 part i. (KSSM)Tingkatan 4 Bab 3 part i. (KSSM)
Tingkatan 4 Bab 3 part i. (KSSM)Fadlan Fadzy
 
4.3.1 Dekolonisasi di China
4.3.1 Dekolonisasi di China4.3.1 Dekolonisasi di China
4.3.1 Dekolonisasi di ChinaNUR
 
Topik 1 Pembaharuan dalam sistem politik Eropah.pptx
Topik 1 Pembaharuan dalam sistem politik Eropah.pptxTopik 1 Pembaharuan dalam sistem politik Eropah.pptx
Topik 1 Pembaharuan dalam sistem politik Eropah.pptxRfianRoslee
 
Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 (KSSM)
Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 (KSSM)Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 (KSSM)
Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 (KSSM)Nur Syazarin
 
Perjalanan Revolusi China 1911
Perjalanan Revolusi China 1911Perjalanan Revolusi China 1911
Perjalanan Revolusi China 1911Noha Fiq
 
Adolf hitler
Adolf hitlerAdolf hitler
Adolf hitlerNns Teo
 
Bab 3-ting-5 Sejarah SPM
Bab 3-ting-5 Sejarah SPMBab 3-ting-5 Sejarah SPM
Bab 3-ting-5 Sejarah SPMnurul othman
 
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkasAmilinda Amsar
 
E05c02a43d8a54f8844a34c41c61d055
E05c02a43d8a54f8844a34c41c61d055E05c02a43d8a54f8844a34c41c61d055
E05c02a43d8a54f8844a34c41c61d055Huang Qi Shen
 

Similar to : KONFLIK ANTARABANGSA (20)

ISU SEMASA DUNIA
ISU SEMASA DUNIAISU SEMASA DUNIA
ISU SEMASA DUNIA
 
Bab 9 tingkatan 5
Bab 9 tingkatan 5Bab 9 tingkatan 5
Bab 9 tingkatan 5
 
Sejarah kesatuan soviet
Sejarah kesatuan sovietSejarah kesatuan soviet
Sejarah kesatuan soviet
 
Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia KeduaFaktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua
 
Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.pptx
Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.pptxBab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.pptx
Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.pptx
 
SJ T4 KSSM Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME zila khalid =).pptx
SJ T4 KSSM Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME zila khalid =).pptxSJ T4 KSSM Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME zila khalid =).pptx
SJ T4 KSSM Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME zila khalid =).pptx
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
 
Hist note form 5 chap 9
Hist note form 5 chap 9Hist note form 5 chap 9
Hist note form 5 chap 9
 
CH9F5F
CH9F5FCH9F5F
CH9F5F
 
Tingkatan 4 Bab 3 part i. (KSSM)
Tingkatan 4 Bab 3 part i. (KSSM)Tingkatan 4 Bab 3 part i. (KSSM)
Tingkatan 4 Bab 3 part i. (KSSM)
 
Bab 3-ting-5
Bab 3-ting-5Bab 3-ting-5
Bab 3-ting-5
 
4.3.1 Dekolonisasi di China
4.3.1 Dekolonisasi di China4.3.1 Dekolonisasi di China
4.3.1 Dekolonisasi di China
 
Topik 1 Pembaharuan dalam sistem politik Eropah.pptx
Topik 1 Pembaharuan dalam sistem politik Eropah.pptxTopik 1 Pembaharuan dalam sistem politik Eropah.pptx
Topik 1 Pembaharuan dalam sistem politik Eropah.pptx
 
Penyatuan negara bangsa
Penyatuan negara bangsaPenyatuan negara bangsa
Penyatuan negara bangsa
 
Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 (KSSM)
Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 (KSSM)Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 (KSSM)
Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 (KSSM)
 
Perjalanan Revolusi China 1911
Perjalanan Revolusi China 1911Perjalanan Revolusi China 1911
Perjalanan Revolusi China 1911
 
Adolf hitler
Adolf hitlerAdolf hitler
Adolf hitler
 
Bab 3-ting-5 Sejarah SPM
Bab 3-ting-5 Sejarah SPMBab 3-ting-5 Sejarah SPM
Bab 3-ting-5 Sejarah SPM
 
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
 
E05c02a43d8a54f8844a34c41c61d055
E05c02a43d8a54f8844a34c41c61d055E05c02a43d8a54f8844a34c41c61d055
E05c02a43d8a54f8844a34c41c61d055
 

More from suziana15

perhubungan luar
perhubungan luarperhubungan luar
perhubungan luarsuziana15
 
sistem pemerintahan raja sultan amir di anddalus dan india
sistem pemerintahan raja sultan amir di anddalus dan indiasistem pemerintahan raja sultan amir di anddalus dan india
sistem pemerintahan raja sultan amir di anddalus dan indiasuziana15
 
perhubungan luar
perhubungan luarperhubungan luar
perhubungan luarsuziana15
 
institusi khalifah
institusi khalifahinstitusi khalifah
institusi khalifahsuziana15
 
Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli suziana15
 
sistem pemerintahan
sistem pemerintahan sistem pemerintahan
sistem pemerintahan suziana15
 
istem pemerintahan
istem pemerintahanistem pemerintahan
istem pemerintahansuziana15
 
masyarakat islam
masyarakat islammasyarakat islam
masyarakat islamsuziana15
 
masyarakat jahiliah
masyarakat jahiliahmasyarakat jahiliah
masyarakat jahiliahsuziana15
 
perang dunia pertama
perang dunia pertamaperang dunia pertama
perang dunia pertamasuziana15
 
perkembangan inteliktual
perkembangan inteliktualperkembangan inteliktual
perkembangan inteliktualsuziana15
 
masyarakat industri
masyarakat industrimasyarakat industri
masyarakat industrisuziana15
 
masyarakat maritim
masyarakat maritimmasyarakat maritim
masyarakat maritimsuziana15
 
perkembangan inteliktual
perkembangan inteliktualperkembangan inteliktual
perkembangan inteliktualsuziana15
 
sistem pemerintahan beraja di china
sistem pemerintahan beraja di chinasistem pemerintahan beraja di china
sistem pemerintahan beraja di chinasuziana15
 
PERANAN MAHARAJA RUSIA
PERANAN MAHARAJA RUSIAPERANAN MAHARAJA RUSIA
PERANAN MAHARAJA RUSIAsuziana15
 
PERKEMBANGAN EKONOMI
PERKEMBANGAN EKONOMIPERKEMBANGAN EKONOMI
PERKEMBANGAN EKONOMIsuziana15
 
INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)
INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)
INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)suziana15
 

More from suziana15 (20)

ekonomi
ekonomiekonomi
ekonomi
 
perhubungan luar
perhubungan luarperhubungan luar
perhubungan luar
 
sistem pemerintahan raja sultan amir di anddalus dan india
sistem pemerintahan raja sultan amir di anddalus dan indiasistem pemerintahan raja sultan amir di anddalus dan india
sistem pemerintahan raja sultan amir di anddalus dan india
 
perhubungan luar
perhubungan luarperhubungan luar
perhubungan luar
 
institusi khalifah
institusi khalifahinstitusi khalifah
institusi khalifah
 
Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli
 
sistem pemerintahan
sistem pemerintahan sistem pemerintahan
sistem pemerintahan
 
istem pemerintahan
istem pemerintahanistem pemerintahan
istem pemerintahan
 
masyarakat islam
masyarakat islammasyarakat islam
masyarakat islam
 
masyarakat jahiliah
masyarakat jahiliahmasyarakat jahiliah
masyarakat jahiliah
 
ekonomi
ekonomiekonomi
ekonomi
 
perang dunia pertama
perang dunia pertamaperang dunia pertama
perang dunia pertama
 
perkembangan inteliktual
perkembangan inteliktualperkembangan inteliktual
perkembangan inteliktual
 
masyarakat industri
masyarakat industrimasyarakat industri
masyarakat industri
 
masyarakat maritim
masyarakat maritimmasyarakat maritim
masyarakat maritim
 
perkembangan inteliktual
perkembangan inteliktualperkembangan inteliktual
perkembangan inteliktual
 
sistem pemerintahan beraja di china
sistem pemerintahan beraja di chinasistem pemerintahan beraja di china
sistem pemerintahan beraja di china
 
PERANAN MAHARAJA RUSIA
PERANAN MAHARAJA RUSIAPERANAN MAHARAJA RUSIA
PERANAN MAHARAJA RUSIA
 
PERKEMBANGAN EKONOMI
PERKEMBANGAN EKONOMIPERKEMBANGAN EKONOMI
PERKEMBANGAN EKONOMI
 
INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)
INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)
INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 

Recently uploaded (8)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 

: KONFLIK ANTARABANGSA

  • 2. SEJARAH DUNIA TEMA 4 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa TAJUK : Konflik Antarabangsa SUB TAJUK : Perang Dingin (1945-1955) TAJUK SOALAN : Bincangkan sebab-sebab berlakunya Perang Dingin 1945-1955 dan kesan peperangan tersebut kepada dunia . DISEDIAKAN OLEH : Siti Hazierah Badriah Binti Husin KELAS : 6 RENDAH ZA’BA
  • 3. Latar belakang •Istilah Perang Dingin dipelopor oleh Bernard Baruch dalam ucapannya kepada Jawatankuasa Penyelidikan Senat pada tahun 1948 . •Istilah ini merujuk kepada keadaan tegang yang wujud antara Amerika Syarikat dan Soviet Union . Hal ini berlaku tanpa sebarang pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa – kuasa besar tersebut . •Perang ini merujuk kepada konflik antara negara-negara komunis yang diketuai oleh Soviet Union dengan negara-negara Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat. •Melambangkan konflik antara negara-negara untuk memajukan kepentingan nasional melalui cara-cara politik , ekonomi dan psikologi . •Kedua-dua pihak menjalankan kegiatan subversif , propaganda , pengintipan dan perang secara tidak langsung menerusi sekutu mereka . •Menurut sejarawan , Perang Dingin bermula pada tahun 1947 ,apabila Presiden Harry Truman , mengisytiharkan dasar antikomunis yang dikenali sebagai ‘Doktrin Truman’. •Perang Dingin ini melibatkan Amerika Syarikat da Soviet Union berlanjutan hingga akhir tahun 1980-an .
  • 5. Faktor – faktor Tercetus Perang Dingin Perbezaan Ideologi Politik Perbezaan Sistem Ekonomi Kemunculan Kuasa Dunia yang Baharu Dasar Peluasan Pengaruh Soviet Union di Eropah Perkembangan semasa Perang Dunia kedua Perubahan Pucuk Pemimpin Hubungan Renggang antara Amerika dan Soviet Union Zon Penampan Teori Domino Kekalahan Jepun
  • 6. Perbezaan Ideologi Politik •Terdapat perbezaan ideologi politik yang amat ketara antara Amerika Syarikat dan Soviet Union , kuasa - kuasa besar ini mengamalkan sistem pemeritahan yang amat bertentangan . • Amerika Syarikat memperjuangkan sistem pemerintahan demokrasi yang mengutamakan hak asasi manusia seperti hakuntuk berkumpul , menyuarakan pendapat dan kebebasan media . •Berpandukan ideologi ini , Amerika Syarikat mahu pilihan raya diadakan di negara – negara yang dibebas kan selepas Perang Dunia Kedua tamat . •Dalam pada itu , Soviet Union pula merupakan jaguh sistem pemerintahan sosialis yang berteraskan ideologi komunis . Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Soviet Union diterajui oleh Parti Komunis . •Dalam pemerintahan komunis , rakyat tidak diberi kebebasan untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka .
  • 7. Perbezaan Sistem Ekonomi •Dalam aspek ekonomi , Amerika Syarikat memperjuangkan sistem ekonomi kapitalis , iaitu sistem ekonomi yang bebas daripada campur tangan kerajaan . •Selaras dengan sistem kapitalis yang diterajui oleh Amerika Syarikat , maka negara tersebut menggalakkan ekonomi perdagangan bebas di seluruh dunia . •Dalam pada itu , Soviet Union pila tidak menggalakkan kegiatan ekonomi bebas kerana bimbang masyarakat terdedah kepada sistem ekonomi Barat . •Soviet Union bimbang pengaruh dari Barat akan mengancam regim totalitarian tersebut . •Sehubungan ini , Soviet Union tidak menggalakkan negara – negara sosialis melibatkan diri dalam perdagangan antarabangsa .
  • 8. Kemunculan Kuasa Dunia yang Baharu •Perang Dunia Kedua menyebabkan bilangan negara yang bertaraf kuasa besar dunia telah berkurangan . •Negara – negara seperti Jepun dan Itali telah mengalami kekalahan dan menjadi lemah selepas Perang Dunia Kedua . • Dalam pada itu , Britain dan Perancis telah menjadi lemah daripada segi ketenteraan dan. ekonomi • Malah negara – negara seperti Britain , Jerman , Jepun dan Perancis kini bergantung kepada Amerika Syarikat yang muncul sebagai kuasa dunia untuk membangunkan semua ekonomi mereka . •Perkembangan ini menyebabkan lahir dua kuasa baharu dunia , iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang bersaing untuk mengukuhkan kedudukan masing – masing .
  • 9. Dasar Peluasan Pengaruh Soviet Union di Eropah •Sebelum Perang Dunia Kedua berakhir , Soviet Union mula meluaskan pengaruh di benua Eropah . •Menjelang akhir tahun 1944 , Tentera Merah (tentera komunis) Soviet Union bertindak membebaskan dan mengawal sebahagian besar negara – negara di Eropah Timur di bawah pengaruh mereka . •Semasa Persidangan Yalta diadakan pada tahun 1945 , Soviet Union menguasai kawasan yang manganjur hingga ke garisan Curzon yang dijadikan sempadan antara Soviet Union dan Poland . Selain itu , Soviet Union juga menguasai bahagian Barat Jerman . •Semasa Perang Dunia Kedua tamat , Soviet Union bertindak mengukuhkan cengkamannya terhadap negara – negara di Eropah Timur . Malah Tentera Merah Soviet Union turut mempengaruhi pilihan raya yang akan diadakan di negara – negara Eropah Timur . •Selain itu , kerajaan – kerajaan yang dibentuk di Eropah Timur juga didominasi oleh golongan komunis .Disamping itu , kementerian – kementerian yang penting seperti kementerian pertahanan dan ketenteraan juga berada di bawah kawalan komunis .
  • 10. •Selain menguasai Eropah Timur , kerajaan Soviet Union di bawah pimpinan Stalin turut berusaha untuk meluaskan pengaruh komunis barat . •Dalam konteks ini , Stalin menggalakkan golongan komunis di Eropah Barat untuk memainkan perana aktif dalam pilihan raya umum yang diadakan di negara – negara tersebut . •Menjelang tahun 1946 , parti – parti komunis menjadi amat berpengaruh di Perancis dan Itali . •Tindakan Soviet Union untuk menyebarkan pengaruh komunis di Eropah Barat menyebabkan Amerika Syarikat mengambil langkah –langkah bagi menyekat penyebaran fahaman komunis . •Perkembangan ini menyebabkan hubungan antara Soviet Union dan Amerika Syarikat menjadi renggang dan tercetus Perang Dingin .
  • 11. Perkembangan semasa Perang Dunia Kedua •Hubungan antara Amerika Syarikat , Soviet Union dan Britain telah menjadi renggang sebelum Perang Dunia Kedua tamat . •Walaupun ketiga – tiga negara tersebut berada dalam pakatan yang sama menentang Jerman , namun timbul perasaan curiga dan syak wasangka dalam kalangan mereka . •Hubungan yang semakin renggang antara ketiga – tiga kuasa besar ini jelas ketara dalam Persidangan Yalta (Februari 1945) dan Persidangan Potsdam(Julai 1945) yang diadakan untuk menentukan hala tuju dan kerjasama antara negara – negara tersebut selepas Perang Dunia Kedua tamat . •Dalam Persidangan Yalta , tiga pemimpin utama iaitu Roosevelt , Winston Churchill dan Stalin bersetuju pilihan raya diadakan di negara-negara Eropah Timur yang diduduki atau dibebaskan oleh Soviet Union .
  • 12. •Hubungan antara ketiga – tiga kuasa besar ini bertambah renggang dalam Persidangan Potsdam yang diadakan pada Julai 1945 . •Dalam persidangan tersebut , Presiden Amerika Syarikat ,Harry Truman menuntut agar pilihan raya diadakan di negara – negara Eropah Timur yang dikuasaioleh Soviet Union . •Stalin menolak tuntutan Harry Truman kerana negara – negara tersebut akan menubuhkan kerajaan antiSoviet Union . •Namun begitu , Roosevelt dan Churchill bimbang Stalin akan memaksa negara – negara tersebut menerima sistem pemerintahan komunis . Dalam pda itu , Stalin pula berazam menubuhkan kerajaan komunis di negara yang didudukinya demi keselamatan masa depan .
  • 15. Winston Churchill Ferdinand D. Roosevelt Stalin
  • 17. Perubahan Pucuk Pimpinan •Usaha untuk menyelesaikan masalah antara ketiga – tiga kuasa besar bertambah rumit ekoran perubahan pucuk pimpinan yang berlaku di Amerika Syarikat dan Britain . •Presiden Roosevelt telah digantikan oleh Harry Truman di Amerika Syarikat manakala Perdana Menteri Winston Churchill telah digantikan oleh Clement Atlee di Britain . •Harry Truman dan Clement Atlee tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam hal ehwal antarabangsa dan mereka amat curiga terhadap dasar luar Stalin . •Harry Truman percaya Soviet Union tidak membenarkan penubuhan kerajaan demokratik di Eropah . Malah beliau berpendapat selepas mengukuhkan pengaruh di Eropah Timur , Soviet Union akan meluaskan pengaruhnya ke Eropah Barat . •Berdasarkan kepercayaan ini , beliau mula mengamalkan dasar untuk menyekat peluasan pengaruh Soviet Union . •Tambahan pula , kejayaan Amerika Syarikat meletupkan bom atom telah menyebabkan Presiden Harry Truman bertekad untuk menggunakan pendekatan yang lebih agresif untuk menyeaakat peluasan pengaruh Soviet Union .
  • 18. Ferdinand D. Roosevelt digantikan oleh Harry Truman di Amerika Syarikat Perdana Menteri Winston Churchill telah digantikan oleh Clement Atlee di Britain Ferdinand D. Roosevelt Winston Churchill Clement Atlee
  • 19. Hubungan Renggang antara Amerika Syarikat dan Soviet Union •Hubungan antara Amerika Syarikat dan Soviet Union menjadi semakin buruk selepas bulan Mei 1945 . •Tindakan Amerika Syarikat menolak bantuan ekonomi yang diminta oleh Soviet Union untuk membangunkan semula negara selepas perang mengeruhkan hubungan antara kedua – dua kuasa besar tersebut . •Hubungan menjadi bertambah buruk apabila Winston Churchill dalam ucapannya di Foulton , Missouri pada Mac 1946 menyatakan bahawa terdapat ‘tirai besi’ yang menganjur dari Stettin di Baltik hingga ke Trieste di Adriatik . Menurut beliau , ‘tirai besi’ ini memisahkan Eropah Timur dengan Eropah Barat . •Ucapan Winston Churchill jelas menunjukkan kebimbangan Amerika Syarikat dan Britain terhadap peluasan pengaruh Soviet Union di Eropah Timur dan Eropah Tengah .
  • 20. Zon Penampan • Pemimpin Soviet Union , iaitu Stalin ingin mewujudkan zon penampan bagi mengelakkan ancaman daripada negara – negara di Eropah Barat . Sebelum itu Soviet Union pernah ditawan oleh musuh daripada bahagian Barat . • Umpamanya Hitler pernah menawan Soviet Union pada tahun 1941 dari arah barat menerusi Poland , Romania , Bulgaria dan Hungary . Poland Romania Romania Romania HungaryBulgaria
  • 21. •Pengalaman lampau ini menyebabkan Stalin ingin mewujudkan ‘negara – negara satelit’ yang bertindak sebagai zon penampan antara Soviet Union dengan negara – negara di Eropah Barat . Negara – negara satelit ini mempunyai sistem pemerintahan tersendiri yang didominasi oleh Soviet Union . •Malah , mana – mana negara yang ingin menakluki Soviet Union dari arah barat perlu menguasai negara – negara satelit Soviet Union terlebih dahulu . •Soviet Union menjadikan negara – negara Eropah Timur sebagai benteng untuk menghadapi ancaman musuhnya daripada Eropah Barat .
  • 22. Teori Domino •Amerika Syarikat dan Britain bimbang fahaman komunis akan merebak ke Eropah Barat . •Pemimpin – pemimpin di Barat percaya kepada ‘teori domino’ , iaitu apabila sesebuah negara dikuasai oleh komunis maka satru demi satu negara lain akan jatuh ke tangan komunis . •Perkembangan ini amat membimbangkan Amerika Syarikat dan Britain hingga kedua – dua negara tersebut bertekad bagi menyekat perkembangan komunis di mana – mana negara . •Keadaan ini telah mencetuskan ketegangan antara Soviet Union dan Amerika Syarikat serta merancakkan Perang Dingin
  • 23. Kekalahan Jepun •Menjelang tahun 1945 , hubungan antara kuasa – kuasa besar menjadi bertambah buruk . •Kekalahan Jepun pada bulan Ogos 1945 , menjadikan hubungan antara kuasa – kuasa besar ini menjadi semakin buruk . •Kejayaan Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki meningkatkan kebimbangan Soviet Union terhadap dasar Amerika Syarikat.
  • 24.
  • 25.
  • 27. Doktrin Truman •Perang Dingin tercetus apabila Presiden Harry Truman mengumumkan bahawa segala bantuan yang diberikan kepada Soviet Union dihentikan . •Pada bulan Oktober 1945 , beliau menegaskan Amerika Syarikat tidak mengiktirafkan mana – mana kerajaan yang ditubuhkan tanpa persetujuan penduduknya . •Pada tahun 1946 , Presiden Harry Truman menekankan dasar Amerika Syarikat yang akan menggunakan apa cara sekalipun untuk membendung pengaruh komunis . •Kenyataan Truman ini menjadi asas kepada pembentukan ‘Doktrin Truman’ yang membawa kepada usaha Amerika Syarikat menetang peluasan pengaruh Soviet Union dan ideologi komunis ke seluruh dunia . •Berpandukan kepada doktrin ini , Amerika Syarikat telah memberi bantuan ketenteraan dan kewangan kepada Turki dan Greece untuk menghadapi ancaman komunis . Doktrin ini menjadi asas kepada dasar luar Amerika Syarikat bagi tempoh tiga dekad berikutnya .
  • 28. Kronologi peristiwa penting perang dingin Tahun Dasar Imperialisme 1947 •Amerika Syarikat menyalurkan bantuan kepada negara – negara Eropah Barat melalui Rancangan Marshall . •Stalin menolak bantuan Rancangan Marshall 1948 Peristiwa pengepungan Berlin bermula 1949 •NATO ditubuhkan •Amerika Syarikat meletupkan bom atom •China menjadi negara komunis 1950 Perang Korea bermula 1952 Amerika Syarikat meletupkan bom hidrogen 1953 •Perang Korea tamat •Soviet Union meletupkan bom hidrogen •Stalin meninggal dunia 1955 Pakatan Warsaw ditubuhkan
  • 29. Tirai Besi •Pada bulan Mac 1946 , Perdana Menteri Britain Winston Churchill memberitahu bahawa terdapa ‘tirai besi’ yang memisahkan Eropah kepada dua blok yang bermusuhan , iaitu blok komunis dan blok bukan komunis . •Pandangan yang dikemukakan oleh Churchill jelas menunjukkan bahawa wujud perpecahan antara Timur dan Barat . •Kewujudan ‘tirai besi’ menyebabkan hubungan perdagangan antara blok – blok ini amat terhad manakala hubungan biasa secara perseorangan hampir tidak wujud .
  • 30. Rancangan Marshall •Pada tahun 1947 , Amerika Syarikat melancarkan Rancangan Marshall(Marshall Plan)untuk membantu negara-negara Eropah memulihkan ekonomi dan mengukuhkan pemerintahan demokratik di negara tersebut . •Soviet Union menolak Rancangan Marshall yang didakwa sebagai campur tangan Amerika Syarikat dalam hal ehwal negara lain. •Soviet Union enggan menerima bantuan Marshall dan memaksa negara-negara Eropah Timur lain berbuat demikian . •Di bawah Rancangan Marshall ,Amerika Syarikat membekalkan bahan- bahan mentah , jentera , minyak dan baja bernillai $3 000 juta dolar Amerika antara tahun 1948-1952.
  • 31. Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Eropah (OEEC) •Penubuhan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Eropah (OEEC) untuk menguruskan Rancangan Marshall menambahkan ketegangan antara Timur dan Barat . •Pertubuhan ini dianggotai oleh 16 buah negara Eropah termasuk Amerika Syarikat dan Kanada . •Melalui pertubuhan ini , Amerika Syarikat membelanjakan sejumlah besar wang bagi menjalinkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara-negara Eropah . •Ekoran daripada bantuan tersebut ,Eropah Barat mengalami pemulihan ekonomi yang amat ketara . •Pembangunan ekonomi dan kemakmuran dikecapi oleh penduduk menyebabkan perkembangan fahaman komunis dapat disekat di Eropah Barat .
  • 32. COMECON •Selepas penolakan terhadap Rancangan Marshall , Soviet Union mula mengawal negara-negara Eropah Timur di bawah pengaruh komunis . •Stalin menubuhkan Biro Penerangan Komunis Cominform untuk menyelaraskan kegiatan parti-parti komunis Eropah . •Selain itu , ia juga bertujuan mewujudkan kerjasama ekonomi bagi negara-negara Eropah Timur dalam COMECON.
  • 33. Perkembangan Pengaruh Komunis di Eropah Timur •Selepas Perang Dunia Kedua tamat , Soviet Union mula mengukuhkan kedudukannya di Eropah Timur . •Soviet Union mula menempatkan tenteranya di Poland, Hungary, Romania, Bulgaria, Czechoslovakia, bahagian timur Jerman dan Austria . •Soviet Union menggunakan kekuatan tentera untuk membentuk kerajaan-kerajaan komunis di negara-negara tersebut.malah Soviet Union juga menggunkan kuasanya untuk mengendalikan dasar-dasar dalam dan luar negara-negra tersebut. •Dasar Soviet Union mengukuhkan pemerintahan komunis jelas ketar di Poland, Czechoslovakia,dan Yugoslovia . •Perkembangan pengaruh komunis di Eropah Timur menimbulkan kebimbangan dalam pemimpin-pemimpin politik di Eropah .A
  • 34. Pengaruh Komunis di Poland •Soviet Union melibatkan diri secara langsung dalam mengukuhkan pengaruh komunis di Poland . •Parti-parti yang bukan komunis seperti Parti Rakyat telah diserapkan dalam Barisan Kebangsaan Parti Pekerja Poland yang merupakan parti politik komunis . •Malah Soviet Union juga bertindak menyingkirkan 75 000 anggota komunis dan sosialis Poland yang tidak menurut arahan serta panduan yang telah ditetapkan oleh Soviet Union . •Pada tahun 1948, Setiausaha Parti Komunis ,Gomulka dipaksa meletakkan jawatan kerana memberi sokongan kepada Tito di Yugoslavia . •Perkembangan di Poland jelas menunjukkan peranan Soviet Union dalam mengukuhkan kedudukan serta pengaruh komunis di Eropah Timur.
  • 36. Tito
  • 37. Pengaruh komunis di Czechoslovakia •Sebelum Perang Dunia Kedua ,Czechoslovakia merupakan negara paling maju dalam bidang perindustrian di Eropah Timur. •Malah Czechoslovakia juga mempunyai pengalaman dalam pemerintahan demokrasi . •Selepas Perang Dunia Kedua , Parti komunis mendapat sokongan yang meluas daripada golongan pekerja dan intelek ekoran peranannya dalam penentangan terhadap Nazi Jerman . •Parti komunis telah menyertai kerajaan campuran yang terdiri daripada golongan liberal dan parti-parti berhaluan kiri di bawah pemimpin Klement Gottwald. •Pada bulan Februari 1948,kerajaan baharu ditubuhkan oleh Parti Komunis dan Parti Demokrat. •Seterusnya,berlaku gerakan untuk menyingkirkan golongan anti-komunis daripada jawatan- jawatan kerajaan . •Penguasaan Parti Komunis di Czechoslovakia diteruskan dengan gerakan pembersihan dalam parti itu. •Pemimpin-pemimpin yang menunjukkan taat setia kepada Rusia dikekalkan berkuasa.
  • 39. yugoslavia Pengaruh komunis di Yugoslavia •Parti komunis Yugoslavia di bawah pimpinan Tito tidak mempunyai hubungan mesra dengan Soviet Union . Menjelang tahun 1948 , timbul perselisihan faham yang amat ketara antara Tito dan Stalin. •Soviet Union menuduh Tito sebagai pengkhianat bangsa dan membatalkan tututan Yugoslavia terhadap Carinthia di Austria . Malah Rusia menuduh Yugoslavia memberi layanan buruk terhadap rakyat Soviet Union yang menetap di negara tersebut. •Hubungan antara Yugoslavia dan Soviet Union menjadi semakin tegang apabila Tito enggan menerima rancangan ekonomi yang dilaksanakan oleh Stalin. •Dalam pada itu,Tito mempunyai rancangan untuk menubuhkan satu pakatan dalam kalangan negara-negara Balkan . •Rancangan Tito amat bertentangan dengan kehendak Soviet Union sehingga beliau dituduh sebagai tali barut Amerika Syarikat . •Perkembangan ini menyebabkan Yugoslavia disingkirkan daripada Gerakan Komunis Antarabangsa . Dalam pada itu , kuasa-kuasa barat pula bersedia untuk menghulurkan bantuan ekonomi kepada Yugoslavia . •Komunisme nasional bebas yang diperkenalkan oleh Tito turut mendapat sokongan daripad negara-negara komunis yang lain. •Ekoran perkembangan ini , Soviet Union mula menjalankan gerakan pembersihan dalam kalangan pemimpin komunis tempatan di Hungary,Poland,Romania,Bulgaria dan Czechoslovakia.
  • 40. greek Pengaruh komunis di Greek •Semasa Perang Dunia Kedua, parti komunis Greek memainkan peranan dalam penentangan terhadap Jerman . •Pada tahun 1944,Parti komunis turut menyertai kerajaan campuran yang ditubuhkan . •Peperangan tercetus di Athens ekoran cadangan kerajaan agar gerila komunis meletakkan senjata . •Pada bulan Mac 1946, Parti Monarkis berhaluan kanan berjaya dalam pilihan raya umum. •Golongan komunis mewujudkan pasukan gerila di Macedonia untuk bertindak balas . Komunis turut mendapat bantuan dan sokongan daripada Yugoslavia . •Parti Monarkis pula mendapat sokongan daripada Britain dan Amerika Syarikat selepas tahun 1947. •Menjelang tahun 1949, gerila-gerila komunis dapat ditewaskan .
  • 41. Ero baratPerkembangan Politik di Eropah Barat•Selepas Perang Dunia Kedua , negara-negar Eropah Barat menghadapi kesukaran untuk membangunkan semula ekonomi . •Keadaan ini menyebabkan berlaku masalah inflasi ,pengangguran,dan kebuluran . Perkembangan ini menyebabkan parti-parti berhaluan komunis mula mendapat sokongan rakyat Perancis dan Itali . •Umpamanya kerajaan campuran pertama yang diwujudkan di Perancis di bawah pimpinan de Gaulle turut dianggotai oleh ahli-ahli Parti komunis Perancis . •Menjelang tahun 1947, Parti komunis menjadi pembangkang di Perancis. •Parti komunis Itali turut menyertai kerajaan campuran yang ditubuhkan oleh de Gasperi yang merupakan pemimpin Parti Kristian Demokrat. •Malah , pengaruh komunis berkembang pesat dalam kalangan kaum petani di bahagian selatan Itali. •Perkembangan ini telah menimbulkan kebimbangan Amerika Syarikat yang telah bertindak untuk memberi sokongan ekonomi dan ketenteraan untuk mempertahankan demokrasi di
  • 42. Masalah Perpecahan Jerman •Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh pihak Berikat selepas Perang Dunia Kedua adalah pembinaan semula ekonomi dan Politik Jerman . •Negara Jerman telah dibahagi kepada empat kawasan yang ditadbir oleh Soviet Union ,Amerika Syarikat ,British dan Perancis. •Suruhanjaya Kawalan Berikat telah ditubuhkan untuk menyelaraskan perkara-perkara yang akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam pentadbiran Jerman . •Menjelang tahun 1948, Soviet Union telah memiliknegarakan semula industri di Jerman Timur . Soviet Union juga bertindak merampas dan mengagihkan ladang melebihi keluasan 250 ekar. •Mereka juga menggalakkan penubuhan Parti Sosial Bersatu yang merupakan gabungan Parti komunis dan Parti Sosial Demokrat. •Pada tahun 1947, Amerika Syarikat dan British telah menyatukan kawasan-kawasan yang berada di bawah penguasaan mereka untuk tujuan ekonomi. •Pada tahun 1948, Amerika Syarikat ,Britain ,dan Perancis telah membuat keputusan untuk memdirikan sebuah kerajaan bagi Jerman Barat melalui Perjanjian London.
  • 43. Pengepungan berlin •Pada bulan Februari 1948, Panglima tentera Soviet Union ,Sokolovsky mendakwa seluruh kota Berlin adalah sebahagian Rusia. •Sementara itu , pada bulan Jun 1948, wakil-wakil daripada Amerika Syarikat,Britain,Perancis, Belgium,Belanda dan Luxembourg,yang mengadakan pertemuan di London bersetuju untuk mewujudkan sebuah kerajaan pusat di Jerman Barat. •Konfrontasi secar terbuka berlaku apabila pihak berkuasa Jerman Barat membuat keputusan untuk menilai semula mata wang Jerman. •Tujuan penilaian semula mata wang ini dilakukan adalah Membantu pemulihan ekonomi Menentang pasaran gelap •Soviet Union mendakwa penilaian semula mata wang bertentangan dengan Perjanjian Potsdam.
  • 44. •Seterusnya,Soviet Union mengambil langkah untuk menghalang penyebaran mata wang baharu di zon mereka dan seluruh Berlin. •Sekatan yang dilakukan oleh Soviet Union menyebabkan bahagian yang dikuasai oleh Barat mendapat bekalan melalui pengangkutan udara. •Pada bulan Mei 1949, satu perjanjian telah diadakan oleh kedua-dua pihak dan sebagai susulannya, jalan-jalan darat dibuka semula . •Dalam perjanjian tersebut, keempat-empat kuasa yang mentadbir Jerman bersetuju akan dibahagi-bahagikan pada masa akan datang. •Perjanjian tersebut membawa kepada penubuhan dua buah negara ,iaitu; Republik Persekutuan Jerman (Jerman Barat) Mei 1949 Republik Demokratik Jerman (Jerman Timur) Oktober 1949
  • 45. •Muncul Perikatan Tentera  Persetiaan Dunkirk  Perjanjian Brusells • Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara ( NATO ) • Pakatan WARSAW • Pembentukan Blok Dunia • Kemunculan Negara – negara Berkecuali • Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara ( SEATO ) • Perlumbaan Senjata
  • 46. Muncul Perikatan Tentera •Selepas Perang Dunia Kedua tamat ,Soviet Union muncul sebagai kuasa militer yang paling kuat di benua Eropah . •Soviet Union berjaya menguasai kawasan seluas 180 000 batu persegi dengan penduduk berjumlah tiga juta dibawah pengaruhnya. •Kebangkitan Soviet Union dalam bidang ketenteraan mengancam keselamatan negara-negara di benua Eropah Barat. •Sebagai tindak balas kepada perkembangan ini, usaha telah dimulakan untuk menubuhkan perikatan tentera dalam kalangan negara-negara di Eropah Barat.
  • 47. Persetiaan Dunkirk •Pada bulan Mac 1947, Britain dan Perancis telah menubuhkan satu perikatan tentera yang dikenali sebagai Persetiaan Dunkirk . •Antara objektif utama persetiaan ini ialah; Menghadapi serangan daripada Jerman Menjalinkan kerjasama bagi menghadapi ancaman Soviet Union . Mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi.
  • 48. Perjanjian Brusells •Peristiwa rampasan kuasa di Prague pada Februari 1948,menambahkan kebimbangan dalam kalangan negara- negara Eropah Barat terhadap ancaman Rusia. •Perkembangan ini mendorong menteri luar Britain , Bevin mendesak agar kerjasama dalam bidang ketenteraan dan bidang ekonomi dalam kalangan negara-negara di Eropah Barat ditingkatkan . •Ekoran perkembangan ini, Perjanjian Brusells ditandatangani oleh negara Britain ,Perancis ,Belgium ,Belanda dan Luxembourg.
  • 50. Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara( NATO ) •Selepas peristiwa pengepungan di Berlin negara- negara di Eropah Barat mencurigai tindak-tanduk Soviet Union di benua Eropah . •Pada 4 April 1949 , 12 buah negara telah menandatangani Perjanjian Atlantik Utara di Washington. Perjanjian ini menyebabkan semua negara di Eropah Barat bersatu di bawah kepimpinan Amerika Syarikat untuk menbendung ancaman komunis.
  • 51. •Antara kepentingan NATO; NATO merupakan satu usaha untuk menjalinkan kerjasama dalam kalangan negara-negara Eropah Barat. Pertubuhan ini memainkan peranan dalam mempertahankan anggotanya daripada ancaman komunis. Selepas pertubuhan NATO ,penyebaran pengaruh komunis di Eropah berjaya disekat. Amerika Syarikat menempatkan tenteranya di Eropah Barat mulai tahun 1949. Sebagai tindak balas terhadap NATO ,Soviet Union menubuhkan Pakatan WARSAW.
  • 52. Pakatan WARSAW •Penubuhan NATO dan diikuti oleh perkembangan dasar antikomunis telah menimbulkan kebimbangan Soviet Union . •Sebagai tindak balas , Soviet Union telah mengadakan satu pakatan ketenteraan dengan negara-negara satelitnya yang dikenali sebagai Pakatan WARSAW. Pakatan ini melibatkan negara-negara komunis Eropah Timur termasuk Soviet Rusia,Albania ,Bulgaria,Hungary ,Poland ,Romania, Czechoslovakia dan Jerman Timur. •Pakatan ini menjamin bantuan segera kepada negara-negara anggota termasuk bantuan ketenteraan . •Pasukan tentera yang dianggotai oleh tentera daripada negara-negara pakatan WARSAW telah ditubuhkan di bawah kepimpinan komander tertinggi tentera Rusia .
  • 53. •Sebuah jawatankuasa rundingan telah ditubuhkan untuk mewujudkan persefahaman dalam hal politik dalam kalangan anggota Pakatan WARSAW . •Antara kesan penubuhan Pakatan WARSAW ialah; Rusia mengukuhkan kedudukannya di Eropah Timur dengan menempatkan tenteranya di negara-negara Eropah Timur. Rusia mengawal negara-negara satelit dan mematahkan pemberontakan yang tercetus .
  • 54. Pembentukan Blok Dunia •Kesan Perang Dingin yang paling penting ialah kemunculan blok dunia. •Blok dunia merujuk kepada negara-negara yang sehaluan yang berusaha dan bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli. •Blok ini muncul dalam pelbagai bentuk berdasarkan aspek goegrafi , ekonomi atau politik. •Berdasarkan perbezaan ideologi , muncul dua blok yang utama ,iaitu Blok Kapitalis dan Blok Komunis .
  • 55. ASPEK BLOK KAPITALIS BLOK KOMUNIS POLITIK •Mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. •Kerajaan dipilih oleh rakyat mulalui pilihan raya . •Terdapat kebebasan menubuhkan parti-parti politik. •Mengamalkan sistem pemerintahn komunis. •Diperintah oleh diktator. •Hanya parti komunis diiktiraf. EKONOMI •Mengamalkan sistem ekonomi bebas. •Peluang perniagaan dan pimilikan persendirian . •Perniagaan dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan . •Tidak menggalakkan perniagaan antarabangsa. SOSIAL Individu diberi kebebasan untuk berhimpun ,bercakap dan menyuarakan pendapat. Kebebasan individu dikawal.
  • 56. Kemunculan Negara – negara Berkecuali •Perang Dingin menyebabkan negara-negara dunia ketiga menjadi rebutan antara dua kuasa besar , iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union . •Blok kapitalis dan Blok komunis berusaha mempengaruhi negara-negara dunia ketiga dalam menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi. •Negara-negara dunia ketiga tidak mahu memihak kepada negara-negara daripada blok komunis ataupun drpd blok kapitalis. Dalam konteks ini , negara-negara dunia ketiga mengamalkan sikap berkecuali . •Perkembangan ini menyebabkan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan npada bulan September 1961. pergerakan ini dianggotai oleh negara-negara membangun di Asia ,Afrika dan Amerika Selatan . •Matlamat utama penubuhan NAM adalah mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat ataupun blok komunis .
  • 57. •Antara prinsip perjuangan NAM adalah ; Mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara . Menghormati kedaulatan sesebuah negara . Menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui perundingan . Menghormati hak asasi manusia .
  • 58. Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara ( SEATO ) •Salah satu kesan Perang Dingin ialah penubuhan Pakatan tentera antikomunis yang dikenali sebagai SEATO . •SEATO merupakan pertubuhan keselamatan yang pertama ditubuhkan antara kuasa-kuasa Barat dan Asia bagi menjaga keselamatan . •Pakatan tentera ini ditubuhkan pada tahun 1954 untuk membendung kemarahan pengaruh komunis ke kawasan Pasifik Barat dan Asia Tenggara . •SEATO memberi tumpuan bagi menyekat peluasan pengaruh China komunis ke Asia Tenggara dan mententeramkan pemberontakan komunis di Asia Tenggara .
  • 59. Perlumbaan Senjata •Perang Dingin juga mencetuskan perlumbaan senjata antara Soviet Union dengan Amerika Syarikat . •Perlumbaan ini menyebabkan kedua-dua kuasa besar menghasilkan pelbagai jenis peralatan perang . •Perkembangan ini menyebabkan berlaku persaingan dalam bidang teknologi dan ketenteraan .
  • 60. •Antara senjata yang dihasilkan oleh kuasa-kuasa besar ini termasuklah: I. Kereta perisai II. Artileri III.Kapal selam IV.Grenad roket V. Meriam anti pesawat VI.Pesawat pengebom VII.Pesawat pengintip VIII.Peluru berpandu balistik
  • 62. Galeri Sejarah • Kapal Selam•Meriam anti pesawat
  • 63. Galeri Sejarah • Pesawat pengebom • Pesawat pengintip
  • 64. Galeri Sejarah • Peluru berpandu balistik
  • 65. Kesimpulan Perang Dingin yang tercetus di antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union memberi impak yang mendalam kepada negara-negara di Eropah khususnya dan seluruh dunia amnya. Beberapa peperangan yang tercetus di antara negara dikatakan didalangi oleh dua blok kuasa tersebut bagi tujuan meraih sokongan dan menguji senjata baru

Editor's Notes

  1. Dalam aspek ekonomi , Amerika Syarikat memperjuangkan sistem ekonomi kapitalis , iaitu sistem ekonomi yang bebas daripada campur tangan kerajaan .
  2. Stalin
  3. Presiden Amerika Syarikat
  4. Hdh
  5. Hungary