SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
1. Tajuk rencana- Perpaduankaumdi Malaysia
2. Nama penulis –MuhammadAfiff FirdausBinAbdullah
3. Isi kandungan:
(a) Pengenalan
Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan
kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek
yang penting dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh beberapa
kaum dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang
perpisahan. Pada zaman pemerintahan British di negara ini , mereka mengamalkan dasar
pecah dan perintah terutama membiarkan penduduk negara ini mengamalkan kegiatan
ekonomi masing-masing mengikut komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di
kampung yang terlibat dalam bidang pertanian dan penanaman padi serta menangkap ikan
manakala tenaga buruh di ladang diambil dari negara India dan di kawasan lombong bijih
timah tenaga imigran dari China diambil. Kesannya jurang perpaduan mula timbul
disebabkan kegiatan ekonomi yang diusahakan di samping tempat tinggal yang berbeza .
Keadaan ini mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India bersama-
sama dalam satu lokaliti.Kesan jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang
pemisahan antara kaum.
Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan mereka yang dibawa
ke negara ini. Orang Cina dan India memiliki sistem sekolah vernakular sendiri yang
membawa masuk guru, buku dan sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di
negara ini telah wujud satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah aliran
agama , Inggeris, Cina , Tamil dan aliran Melayu. Kesan langsung wujudnya sistem
pendidikan zaman British ini menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh
memungkinkan pergaulan kaum dapat dilakukan dengan sempurna.
Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941-1945 juga
tak kurang mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan integrasi kaum di negara ini.
Pihak Jepun pula mengamalkan dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata
mengeruhkan lagi keadaan semasa dengan menyebabkan timbulnya perasaan benci dan
prasangka buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina bertindak mengambil
kesempatan utuk membalas dendam dengan menganggotai Bintang Tiga atau lebih dikenali
sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) dalam tempoh masa Jepun menyerah kalah dan
sebelum kedatangan kembali pihak British. Ketika inilah berlakunya keganasan 14 hari
seperti membunuh, menculik, membakar masjid dan bangunan sebagai cara membalas
dendam . Keadaan ini menyebabkan berlakunya persengketaan kaum antara orang Melayu
dan orang Cina. Lebih memburukkan lagi keadaan adalah apabila kebanyakan orang Cina
terlibat dalam pergerakan PKM manakala orang Melayu kebanyakannya merupakan anggota
pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948-1960.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari
kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan
dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
(Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan
kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah
gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan
persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang
besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah
menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti
Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif
Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12
kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah
meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak
bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan
telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan
perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12
Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan
sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar
darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan
permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan
Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan
membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu
dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal
Perikatan . Orang Melayu memandang perisitiwa ini sebagai kaduk naik junjung. Natijahnya
berlaku kemarahan yang meluap-luap dalam kalangan orang Melayu sehingga
menumpahkan darah .Maka berlakulah kejadian yang dinamakan Tragedi 13 Mei 1969.
Kepanasan isu ini cepat menular sehingga ke seluruh negara dalam masa yang begitu
singkat sahaja.
Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan agama dan soal hak
kerakyatan dan beberapa isu sensitif lain yang mampu menjejaskan perpaduan kaum di
negara ini . Ianya dibawa dan dimainkan oleh beberapa badan bukan kerajaan yang cuba
mendapatkan nama dalam usaha mendapatkan sokongan berterusan sehingga ke tarikh
pilihanraya akan datang. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa diselesaikan atau dirungkai
terlebih awal hal ini mampu merobek perpaduan kaum sedia ada pada masa sekarang.
(b) Kepentingan perpaduan kaum
Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk
menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan
.Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan
kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita
dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini.
Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam nada
yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini
dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan
patriotik yang tinggi.
Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan
tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan etnik di
negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman luar
dan dalam negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akan melahirkan
kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada campurtangan kuasa luar seterusnya
memelihara kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya.
Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling
menghormati antara satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir
dalam jiwa seluruh anggota masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur begitu sahaja
jika semua anggota masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk sejak kita
kecil lagi.
(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum
Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian
kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada
tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan
secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi
bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan terdapat sebahagian
anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik mudah
untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di
negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua
anggota masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang
ekonomi cuba diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan
pada 1970.
Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang
berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran
yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum.
MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun
ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis
Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah
ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah
perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan
kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk
menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN
dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara
yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang
ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang
berbilang kaum
Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila kesedaran
politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di negara ini.
Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada awalnya bermaksud untuk membela masyarakat
atau kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula
dibentuk apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC yang
merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik dalam
usaha memuju kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakkukan
mulai 1948 hinggalah 1956 . Dapat dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya perpaduan
kaum dibentuk bagi menjamin keadaan negara yang aman dan damai dengan penduduknya
dapat bekerjasama antara satu sama lain.
.
(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum .
Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana
perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana
dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah
mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta
oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor
perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi
tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara
mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri
daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan
berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan
prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum
terbabit.
Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat
yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi
kesedaran kebangaaan pemuda –pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah
bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks
diimport dari negara China dan berkiblatkan China.Sekolah Tamil pula menggunakan
bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak
di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki
ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris
sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada
pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan
dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris
juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali,
sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan
keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan
terdidik – berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular yang tidak mempunyai
pandangan dunia (world – view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif
perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan
sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran
kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan
tenaga dan ekonomi.
Penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial seperti
web dan blog serta face book menyebabkan timbulnya kerenggangan kaum kerana banyak
menimbulkan isu sensitif . Beberapa laman web yang bebas bergerak telah memperkatakan
begitu banyak isu bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita palsu
menyebabkan wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa kenyataan
bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang. Keadaan ini
pula tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan bidang kuasa
antara badan penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi. Penyebaran berita palsu dan
tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan persengketaan terhadap anggota masyarakat
di negara ini. Isu kalimah Allah dalam bible yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu
contohnya menyebabkan berlaku pertentangan pendapat dalam kalangan rakyat di negara
ini. Ianya bakal menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat yang
mampu mengguggat keamanan negara.
(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia
Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal
dan memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi
Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia
merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha
untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini
mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik,
ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi
Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media
Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan
Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel
Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat
Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan
Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan
dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik
yang erat antara rakyat di negara ini.
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada
awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua
sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya
dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud
kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik
sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt
resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid
pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini
dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat.
Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat
Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan
sambil belajar, kursus motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran
kebudyaan dan persembahan pentas.
Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang
berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul
kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam
sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara.
Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui
aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat
disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk
perpaduan kaum.Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang
memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini
dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan
menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.
Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang
hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk
semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus
dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk
menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek
kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat
perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.
Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta
akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan
kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi
dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat
ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama
dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina,
Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,
(f) Rumusan
Pengetahuan
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah
negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai ialah
melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh
dikompromi oleh sebarang faktor lain.
Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di
negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni
di negara yang kita cintai ini.
Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah
negara negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi
menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .
Iktibar
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua
rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota
masyarakat
Harapan
Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/
peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah
banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar
menjadi lebih bermakna akhirnya.

More Related Content

What's hot

Pengenalan hubungan etnik
Pengenalan hubungan etnikPengenalan hubungan etnik
Pengenalan hubungan etnikDanial Najdmi
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikHadif Syahmi
 
Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Nizam 6281
 
Hubungan Etnik Bab-5
Hubungan Etnik Bab-5Hubungan Etnik Bab-5
Hubungan Etnik Bab-5Fadhil Ismail
 
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan PerpaduanPengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduandka1a2015
 
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysiaSyazwan Zulkifli
 
13 Mei 1969
13 Mei 196913 Mei 1969
13 Mei 1969末 Wei
 
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)surrenderyourthrone
 
Forum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumForum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumfiro HAR
 
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalWanBK Leo
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuMisiah Bayani
 
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politikMaizatul Akmal
 

What's hot (20)

Pengenalan hubungan etnik
Pengenalan hubungan etnikPengenalan hubungan etnik
Pengenalan hubungan etnik
 
Tutorial 1 peristiwa 5 mei
Tutorial 1 peristiwa 5 meiTutorial 1 peristiwa 5 mei
Tutorial 1 peristiwa 5 mei
 
13 mei
13 mei 13 mei
13 mei
 
13 mei 1969
13 mei 196913 mei 1969
13 mei 1969
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969
 
Hubungan Etnik Bab-5
Hubungan Etnik Bab-5Hubungan Etnik Bab-5
Hubungan Etnik Bab-5
 
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan PerpaduanPengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
 
Bab5 permuafakatan politik
Bab5 permuafakatan politikBab5 permuafakatan politik
Bab5 permuafakatan politik
 
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
 
13 Mei 1969
13 Mei 196913 Mei 1969
13 Mei 1969
 
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)
 
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasionalHubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
 
Forum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumForum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaum
 
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
 
Golongan intelektual (sejarah malaysia)
Golongan intelektual (sejarah malaysia)Golongan intelektual (sejarah malaysia)
Golongan intelektual (sejarah malaysia)
 
Hubungan etnik 3102
Hubungan etnik 3102Hubungan etnik 3102
Hubungan etnik 3102
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
 
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
 
Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politik
 

Viewers also liked

Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Tugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTan Fen
 
Topik 4:Malaysia Negara Maju dan Sejahtera
Topik 4:Malaysia Negara Maju  dan SejahteraTopik 4:Malaysia Negara Maju  dan Sejahtera
Topik 4:Malaysia Negara Maju dan SejahteraNor Fadhilah
 
Jawapan bab4-t3
Jawapan bab4-t3Jawapan bab4-t3
Jawapan bab4-t3Cg Man
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Isu perpaduan etnik malaysia
Isu perpaduan etnik malaysiaIsu perpaduan etnik malaysia
Isu perpaduan etnik malaysiaSherly Jewinly
 

Viewers also liked (10)

Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
 
Kuliah 4 cont
Kuliah 4 contKuliah 4 cont
Kuliah 4 cont
 
Tugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnik
 
1. dskp pm sk tahun 6
1. dskp pm sk tahun 61. dskp pm sk tahun 6
1. dskp pm sk tahun 6
 
Topik 4:Malaysia Negara Maju dan Sejahtera
Topik 4:Malaysia Negara Maju  dan SejahteraTopik 4:Malaysia Negara Maju  dan Sejahtera
Topik 4:Malaysia Negara Maju dan Sejahtera
 
Patriotisme
PatriotismePatriotisme
Patriotisme
 
Jawapan bab4-t3
Jawapan bab4-t3Jawapan bab4-t3
Jawapan bab4-t3
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Isu perpaduan etnik malaysia
Isu perpaduan etnik malaysiaIsu perpaduan etnik malaysia
Isu perpaduan etnik malaysia
 

Similar to Kerja kusus sejarah tgktn 1

Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1su ana
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumUmizah Khamis
 
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasiPengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasiBrenda Rachel Marie
 
Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4Mak Jemah AF
 
Hubungan etnik-di-malaysia-group-1
Hubungan etnik-di-malaysia-group-1Hubungan etnik-di-malaysia-group-1
Hubungan etnik-di-malaysia-group-1Siti Norazlina
 
Bab 1 pengenalan hubungan etnik
Bab 1 pengenalan hubungan etnikBab 1 pengenalan hubungan etnik
Bab 1 pengenalan hubungan etnikFarid Hasan
 
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukTopik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukSharifahNurAbu
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnikkhatijah1889
 
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...Irwan John Imbayan
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalanwanie02
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptctwa1
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanCaeser Rio
 

Similar to Kerja kusus sejarah tgktn 1 (20)

Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasiPengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
 
Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4
 
Hubungan etnik-di-malaysia-group-1
Hubungan etnik-di-malaysia-group-1Hubungan etnik-di-malaysia-group-1
Hubungan etnik-di-malaysia-group-1
 
TOPIK 1.pdf
TOPIK 1.pdfTOPIK 1.pdf
TOPIK 1.pdf
 
Bab 1 pengenalan hubungan etnik
Bab 1 pengenalan hubungan etnikBab 1 pengenalan hubungan etnik
Bab 1 pengenalan hubungan etnik
 
13mei
13mei13mei
13mei
 
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukTopik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
 
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnik
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Bab 9
Bab 9Bab 9
Bab 9
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
 
Kenegaraan
KenegaraanKenegaraan
Kenegaraan
 
Asimen he
Asimen heAsimen he
Asimen he
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
 
BAB_1.pptx
BAB_1.pptxBAB_1.pptx
BAB_1.pptx
 

Recently uploaded

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 

Recently uploaded (11)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 

Kerja kusus sejarah tgktn 1

  • 1. 1. Tajuk rencana- Perpaduankaumdi Malaysia 2. Nama penulis –MuhammadAfiff FirdausBinAbdullah 3. Isi kandungan:
  • 2. (a) Pengenalan Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek yang penting dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang perpisahan. Pada zaman pemerintahan British di negara ini , mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah terutama membiarkan penduduk negara ini mengamalkan kegiatan ekonomi masing-masing mengikut komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang terlibat dalam bidang pertanian dan penanaman padi serta menangkap ikan manakala tenaga buruh di ladang diambil dari negara India dan di kawasan lombong bijih timah tenaga imigran dari China diambil. Kesannya jurang perpaduan mula timbul disebabkan kegiatan ekonomi yang diusahakan di samping tempat tinggal yang berbeza . Keadaan ini mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India bersama- sama dalam satu lokaliti.Kesan jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang pemisahan antara kaum. Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan mereka yang dibawa ke negara ini. Orang Cina dan India memiliki sistem sekolah vernakular sendiri yang membawa masuk guru, buku dan sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara ini telah wujud satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah aliran agama , Inggeris, Cina , Tamil dan aliran Melayu. Kesan langsung wujudnya sistem pendidikan zaman British ini menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan pergaulan kaum dapat dilakukan dengan sempurna. Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941-1945 juga tak kurang mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan integrasi kaum di negara ini. Pihak Jepun pula mengamalkan dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata mengeruhkan lagi keadaan semasa dengan menyebabkan timbulnya perasaan benci dan prasangka buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina bertindak mengambil kesempatan utuk membalas dendam dengan menganggotai Bintang Tiga atau lebih dikenali sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) dalam tempoh masa Jepun menyerah kalah dan sebelum kedatangan kembali pihak British. Ketika inilah berlakunya keganasan 14 hari seperti membunuh, menculik, membakar masjid dan bangunan sebagai cara membalas dendam . Keadaan ini menyebabkan berlakunya persengketaan kaum antara orang Melayu
  • 3. dan orang Cina. Lebih memburukkan lagi keadaan adalah apabila kebanyakan orang Cina terlibat dalam pergerakan PKM manakala orang Melayu kebanyakannya merupakan anggota pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948-1960. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya. Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan . Orang Melayu memandang perisitiwa ini sebagai kaduk naik junjung. Natijahnya berlaku kemarahan yang meluap-luap dalam kalangan orang Melayu sehingga menumpahkan darah .Maka berlakulah kejadian yang dinamakan Tragedi 13 Mei 1969. Kepanasan isu ini cepat menular sehingga ke seluruh negara dalam masa yang begitu singkat sahaja.
  • 4. Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan agama dan soal hak kerakyatan dan beberapa isu sensitif lain yang mampu menjejaskan perpaduan kaum di negara ini . Ianya dibawa dan dimainkan oleh beberapa badan bukan kerajaan yang cuba mendapatkan nama dalam usaha mendapatkan sokongan berterusan sehingga ke tarikh pilihanraya akan datang. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa diselesaikan atau dirungkai terlebih awal hal ini mampu merobek perpaduan kaum sedia ada pada masa sekarang.
  • 5. (b) Kepentingan perpaduan kaum Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan .Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi. Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akan melahirkan kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada campurtangan kuasa luar seterusnya memelihara kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya. Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir dalam jiwa seluruh anggota masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur begitu sahaja jika semua anggota masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk sejak kita kecil lagi.
  • 6. (c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970. Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila kesedaran politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di negara ini. Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada awalnya bermaksud untuk membela masyarakat
  • 7. atau kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula dibentuk apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC yang merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik dalam usaha memuju kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai 1948 hinggalah 1956 . Dapat dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya perpaduan kaum dibentuk bagi menjamin keadaan negara yang aman dan damai dengan penduduknya dapat bekerjasama antara satu sama lain. .
  • 8. (d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum . Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit. Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi kesedaran kebangaaan pemuda –pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China.Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik – berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular yang tidak mempunyai pandangan dunia (world – view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.
  • 9. Penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial seperti web dan blog serta face book menyebabkan timbulnya kerenggangan kaum kerana banyak menimbulkan isu sensitif . Beberapa laman web yang bebas bergerak telah memperkatakan begitu banyak isu bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita palsu menyebabkan wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa kenyataan bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang. Keadaan ini pula tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan bidang kuasa antara badan penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi. Penyebaran berita palsu dan tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan persengketaan terhadap anggota masyarakat di negara ini. Isu kalimah Allah dalam bible yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu contohnya menyebabkan berlaku pertentangan pendapat dalam kalangan rakyat di negara ini. Ianya bakal menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat yang mampu mengguggat keamanan negara. (e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada
  • 10. awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar, kursus motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan persembahan pentas. Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.
  • 11. Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,
  • 12. (f) Rumusan Pengetahuan Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain. Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini. Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku . Iktibar Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat Harapan Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya.