SlideShare a Scribd company logo
1 of 81
AJ 21303
TANAH MELAYU DALAM
ZAMAN PENJAJAHAN
KULIAH 1
PENGENALAN
Kuliah ini memberi penjelasan kepada pelajar
mengenai silibus kursus, bahan rujukan asas,
penilaian kursus, dan kertas projek.
Sinopsis Kursus
Kursus ini meneliti perkembangan penjajahan kuasa
Eropah dari kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke
tangan Portugis, penjajahan Belanda sehingga penjajahan
awal British di Tanah Melayu. Semua kuasa Eropah ini
dilihat secara komprehinsif dari tahun 1600 sehingga 1900
sama ada dari aspek politik, ekonomi dan sosial di Tanah
Melayu .
Antara tema-tema penting yang dikaji ialah kemunculan
kuasa Portugis, perang tiga segi, Perjanjian Anglo-
Belanda, Perjanjian Pangkor 1874, perang Naning dan
pentadbiran awal British. Kemunculan Kesultanan Johor
turut disentuh dalam melihat kuasa tempatan berhadapan
dengan kuasa Eropah di Tanah Melayu.
Objektif kursus
Memberi kefahaman kepada pelajar tentang bagaimana dan
mengapa Tanah Melayu dijajah oleh kuasa-kuasa Portugis,
Belanda dan British sebelum abad ke-20 M.
Mendedahkan pelajar kepada betapa pentingnya semangat
patriotisme dan kesedaran kebangsaan dipupuk bagi
membebaskan diri daripada belenggu penjajahan.
menjelaskan kepada pelajar peri pentingnya perpaduan dan
kerjasama dalam memperjuangkan kemerdekaan.
Penilaian kursus
Kertas Projek [30%]
Tutorial [20%]
peperiksaan akhir [50%]
________________________
Jumlah [100%]
Rujukan Asas
Andaya, Barbara Watson dan Leonard Y. 1982. A History of
Malaysia, London and Basingstoke: Macmillan Asian History
Series.
Mills, L.A. 2003. British Malaysa, 1824-1867. Journal of the
Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, MBRAS Reprint
No.22. Selangor: Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd.
Tarling, Nicholas. 1969. British Policy in the Malay Peninsula
and Archipelago, 1824-1871, Kuala Lumpur.
Khoo Kay Kim. 1972. The Western Malay States, 1850-1873:
The Effects of Commercial Development on Malay Politics.
Kuala Lumpur
Thio, Eunice. 1969. British Policy in the Malay Peninsula
1880-1910. Singapore: University of Malaya Press
Miller, Harry. 1965. The Story of Malaysia, London: Faber &
Faber
C. Northcote Parkinso. 1963. British intervention in Malaya
1867-1877, Kuala Lumpur: University of Malaya press
Kernial Singh Sandhu. 1973. Early Malaysia: Some Observation
on the nature of Indian contacts with pre-British Malaya.
Singapore: University Education Press
Rahimah Adbul Aziz. 1997. Pembaratan Pemerintahan Johor
(1800-1945): Satu analisis Sosiologi-sejarah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Nesaamalar Nadarajah. 2000. Johore and the origins of British
control 1895-1914. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn.Bhd.
J.Kennedy. 1993. A History of Malaya, Third Edition
(Malaysia). Kuala Lumpur: Percetakan Sooriya
J.M.Cullick. 1970. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu
Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
A. Samad Ahmad. 1985. Kerajaan Johor-Riau. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tajuk kuliah
Minggu Tajuk Kuliah
1 Pengenalan
2 Latar Belakang Tanah Melayu sebelum abad ke-
19
3 kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka
4 kuasa Portugis di Melaka 1511-1642
5 Kemelut kuasa penjajah dan kerajaan Tempatan
(perang tiga segi)
6 Kemunculan Empayar Kesultanan Johor
7 Kuasa Belanda di Tanah Melayu 1642-1824
8 Kemunculan awal British di Tanah Melayu
9 Perjanjian-perjanjian penting di Tanah Melayu
10 Reaksi masyarakat tempatan terhadap campur
tangan British
11 Negeri-negeri Selat semasa zaman penjajahan
12 Pentadbiran awal British (1874-1900)
13 Pembentangan kertas projek
14 Rumusan dan perbincangan
*Pelajar dimestikan hadir setiap kuliah dan tutorial dan sebarang
perubahan akan dimaklumankan dari semasa ke semasa.
Peta: Tanah Melayu
Sumber: Andaya, Barbara Watson dan Leonard Y. 1982. A History of Malaysia, London and Basingstoke: Macmillan
Asian History Series.
PERBINCANGAN MENGENAI KERTAS
PROJEK
1. Tajuk Kertas Projek
2. Arahan membuat kertas projek
Jenis tulisan: Tahoma / Arial
Saiz tulisan dalam teks: 11
Selang baris: 1.5
Nota kaki: saiz (9)
Sila rujuk garis panduan gaya penulisan tesis dan
disertasi,Universiti Malaysia Sabah
Jumlah halaman sekurang-kurangnya 50 halaman tidak
termasuk lampiran
Dijilid menggunakan kulit keras (Hard-Cover Binding)
Kertas projek dihantar selewat-lewatnya pada kuliah
terakhir (minggu ke-14) berserta copy dalam CD
Struktur kertas projek: Tajuk-Abstrak-senarai
kandungan-Bibliografi-Lampiran
(Pastikan Nota kaki dan bibliografi ditulis dengan
betul)
Setiap Kertas projek tidak boleh melebihi 5 orang
Contoh:
Tajuk: Empayar Kesultanan Johor
Abstrak
Isi Kandungan
Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Kemunculan Kesultanan Johor
Bab 3: Pentadbiran dan ketenteraan
Bab 4: Kemerosotan Johor
Bab 5: Kesimpulan
Bibliografi
Lampiran
SEKIAN DAN TERIMA KASIH
kuliah 2
LATAR BELAKANG TANAH MELAYU
SEBELUM ABAD KE-19
Kuliah ini membincangkan keadaan masyarakat di Tanah
Melayu sama ada dari aspek politik tradisional, sistem
ekonomi dan sosial termasuklah sistem pendidikan dan
keagamaan. Kedudukan Tanah Melayu dan negeri-negerinya
ditunjukkan berdasarkan peta-peta yang berkaitan. Perkara ini
penting dalam melihat latar belakang Tanah Melayu sebelum
abad ke-19.
Bagaimana keadaan
masyarakat di Tanah Melayu
sebelum abad ke-19 M?
POLITIK FEUDAL / TRADISIONAL
Struktur masyarakat melayu feudal merupakan lanjutan
daripada sistem pemerintahan Hindu yang mengakibatkan
perpecahan masyarakat yang berasaskan golongan bangsawan
dan golongan rakyat.
Golongan rakyat pada masa itu hidup secara berkelompok
dengan komuniti yang kecil dalam kawasan yang sama.
Golongan bangsawan mempunyai kedudukan yang tinggi dan
kuasa yang dipegang juga mencerminkan peranan mereka
dalam membubat keputusan terhadap orang lain.
Menurut A.Aziz Deraman (2001):
“masyarakat melayu digambarkan sebagai satu
piramid yang besar dengan golongan bangsawan
terdiri daripada raja / sultan pada kedudukan paling
atas sekali dan pembesar mempunyai hubungan yang
rapat dengan rakyat sebagai golongan yang
memerintah dan juga golongan yang diperintah”.
Rajah 1: piramid pentadbiran kerajaan Melayu
Raja
Pemb
esar
Rakyat
Hamba
Kerajaan melayu feudal mempunyai 3 unit politik iaitu negeri,
daerah dan kampung.
1. Negeri
Perkataan negeri digunakan sebagai kata awalan misalnya negeri
kedah, negeri pahang negeri sembilan dan sebagainya.
Golongan pemerintah:Sultan / Raja, Bendahara, penghulu
bendahari, temenggung, laksamana, syahbandar. Konsep daulat dan
tulah- mengukuhkan kedudukkan sultan sebagai ketua tertinggi.
2. Daerah/ jajahan
sesebuah daerah dibentuk oleh penggunaan sungai sebagai alat
perhubungan. Ia sama ada kawasan yang terletak di sebelah sahaja
atau di kedua-dua belah tebing sungai negeri itu ataupun ia sebuah
lembah tetapi pada kuala sungai yang besar.
Pemerintah sesebuah daerah ialah seorang pembesar yang diambil
daripada satu zuriat yang telah lama mempunyai hubungan dengan
daerah tersebut. Terdapat dua jenis keturunan pembesar iaitu sama
ada berketurunan diraja atau golongan pembesar. Di sestengah
negeri seperti negeri Perak, pembesar-pembesarnya mempunyai
gelaran tertentu seperti Orang Besar Berempat, Orang Besar
Berlapan Orang Besar enam Belas dan kadang kala Orang besar
tiga puluh dua.
Tugas pembesar ialah menjalankan pentadbiran tempatan,
keadilan, pertahan, memunggut cukai dan pemimpin umum. Beliau
akan dibantu oleh beberapa orang penolong dan juga timbalan
yang pada umumnya terdiri daripada kalangan sanak saudara
sendiri. Lazimnya para pembesar mengamalkan kuasa yang
melebihi daripada kuasa sultan itu sendiri.
3. Kampung
Diketuai oleh ketua kampung ataupun penghulu. Seorang ketua
kampung boleh datang daripada rakyat biasa tetapi mendapat
kedudukan yang lebih tinggi sedikit. Jawatan ini adalah secara
keturunan / warisan, tidak dibayar gaji kecuali mengambil
sebahagian kecil daripada hasil cukai yang dikutip oleh pembesar.
Peranannya sangat besar dalam menangani pelbagai masalah dalam
kampung kerana seorang ketua kampung merupakan perantaraan di
antara golongan pemerintah dan juga golongan yang diperintah.
Pada kebiasaannya tugas seorang penghulu ialah mengutip cukai,
menjaga keamanan dan keharmonian kampung serta mengarahkan
anak-anak buahnya untuk melaksanakan kerja-kerja yang
diperintahkan oleh golongan atasan.
ASPEK EKONOMI FEUDAL
Telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:
1. Ekonomi Golongan Pemerintah
2. Ekonomi Golongan Yang Diperintah.
Ekonomi golongan pemerintah
1. Sistem cukai dan ufti
Sumber pendapatan yang diperolehi oleh sultan ialah
pendapatan daripada hasil pungutan cukai yang dikenakan
ke atas rakyat seperti cukai-cukai tanah, ternakan, tanaman,
perdagangan, ufti daripada negeri jajahan takluk, hadiah
daripada para pedagang yang datang berdagang sama ada
luar atau dalam serta daripada sumber lain.
Menurut Gullick (1970):
“Sultan Abdullah (sultan Perak) telah menyewakan hak
memungut cukai di muara sungai Perak sebanyak RM 24 000
setahun dan menteri laut pada zaman kemuncak
pemerintahannya iaitu (1870-1872), mendapat sebanyak RM
180 000 setahun dari sebuah lompong di Larut”.
Manakala kerabat diraja dan para pembesar pula mendapat
kekayaan daripada sumber yang kurang sedikit daripada
sultan. Misalnya daripada hasil cukai lalu lintas di sungai-
sungai dan hasil daripada tanah-tanah pertanian yang dimiliki
mereka iaitu hasil daripada sawah dan dusun buah-buahan
yang dikerjakan oleh hamba.
Melalui sistem kerah yang wujud dalam masyarakat melayu.
Menurut Mohd. Jamil Mukmin (1997):
“ suatu cukai yang merupakan cukai hartanah atau cukai
jualan telah berkuatkuasa pada masa itu. Jika seseorang
hendak menjual tanah atau rumahnya, maka orang itu
terlebih dahulu meminta kebenaran daripada sultan ataupun
bendahara dan untuk meperolehi kebenaran ini, orang itu
kena membayar cukai kepada kerajaan”.
Di Melaka, Tome Pires telah melaporkan tentang
pembayaran cukai yang dikenakan kepada pedagang-
pedagang dari Barat seperti India, Sri Lanka (Ceylon), Pegu
dan dunia Arab iaitu:
“kesemua mereka membayar enam peratus di melaka..orang
melayu atau dari negeri lain yang membawa isteri mereka
menetap di melaka. Mereka membayar tiga peratus, dan
selain dari itu dikenakan cukai diraja enam peratus untuk
orang asing dan tiga peratus bagi peribumi”.
Pedagang dari Timur pula seperti China, Jepun, Jawa dan
maluku tidak perlu membayar cukai tetapi dikehendaki
memberi hadiah.
Manakala sistem ufti pula, melalui hubungan Melaka dengan
China yang bermula apabila Yin Qing iaitu selaku menteri dalam
China dihantar ke melaka untuk bertemu dengan Parameswara.
Hasilnya, parameswara dianugerahkan cap kempa, pakaian
kerajaan, payung iram-iram kuning sebagai pengiktirafan Raja
Melaka. Kunjungan ini sekaligus mewujudkan hubungan
perdagangan dua hala antara China dan Melaka.
Menurut apa yang terkandung dalam buku sejarah Ming Hui
Dian, terdapat kira-kira 40 jenis barang-barag dari Melaka
yang dijadikan sebagai ufti kepada negara China. Antaranya
ialah sumbu badak, penyu kerah, kayu laka dan barus dan
sebagainya.
2. Sistem ekonomi kawalan tenaga Buruh
Hasil daripada sawah dan dusun buah-buahan yang dikerjakan
oleh hamba hutang dan juga hamba sahaya sebagai khidmat dan
bayaran kepada pembesar. Kerja-kerja yang dijalankan setiap
masa ini menjadi sumber pendapatan yang besar bagi pembesar.
Bagi golongan yang diperintah, mereka menampung kehidupan
dengan bekerja sebagai petani, nelayan, bertukang dan juga
berdagang. Biasanya hasil pendapatan yang diperolehi hanya
setakat memenuhi keperluan asas untuk hidup dan untuk
membayar cukai-cukai yang dikenakan ke atas mereka.
Menurut Azmah Abdul manat (2001):
“ekonomi masyarakat kebanyakkan atau bawahan adalah
bercorak sara diri”.
Ini kerana mereka tidak melihat kepada kepentingan untuk
mendapatkan hasil yang lebih daripada sekadar mencukupi
dan faktor keluasan tanah yang terhad. Begitu juga, faktor
tenaga kerja yang kurang dan biasanya tenaga kerja yang
digunakan untuk mengerjakan tanah adalah terdiri daripada
kaum keluarga mereka sendiri.
Pada masa yang sama, mereka juga terikat dengan sistem
kerah yang diwajibkan dan keadaan ini pada waktu-waktu
tertentu oleh pihak istana. Sistem ini memaksa rakyat
meninggalkan pekerjaan mereka yang asal untuk bekerja bagi
pihak istana tanpa sebarang bayaran dan ganjaran. Fenomena
ini boleh digambarkan dengan pepatah lama iaitu “kerja raja
dijunjung, kerja sendiri dikelek”.
Keadaan seperti ini menunjukkan bahawa berlakunya
penindasan yang barangkali tidak disedari oleh pihak
pemerintah terhadap golongan yang diperintah dan tidak
wujud keadilan sosial. Ini juga telah mencipta jurang
pemisahan dari segi corak kehidupan antara kedua-dua
golongan.
3. Sistem Ekonomi Monopoli
Golongan raja / sultan dan pembesar mempunyai kedudukan
ekonomi yang kuat kerana kemampuan mereka memperolehi
hasil pendapatan daripada pelbagai punca atau monopoli
sesuatu sumber ekonomi misalnya, seperti kita boleh lihat
dalam aktiviti perlombongan dan juga perdagangan.
Dalam bidang perdagangan yang dimonopoli oleh sultan dan
para pembesar, ia meliputi semua hasil yang diperolehi sama
ada dalam negeri dan jajahan takkluk. Hasilnya boleh dipunggut
dalam dua sistem iaitu:
Pertamanya melalui sistem pajak iaitu apabila seseorang itu
diberi kuasa menjalankan perdagangan barangan tertentu dan
dia dikehendaki membayar sejumlah wang kepada wakil sultan
yang memajakkan tanah berkenaan.
Keduanya ialah melalui pajakan monopoli, sultan biasanya
mendapat hak monopoli dalam sesuatu jenis barangan dan
lazimnya diserahkan kepada sesuatu golongan atau seseorang
untuk menguruskannya. Orang itu perlu membayar sejumlah
wang, dan biasanya lebih besar jumlahnya kepada sultan atau
wakilnya.
4. Sumber ekonomi lain
Perlombongan merupakan kegiatan yang menambahkan
pendapatan pembesar melayu yang sering menimbulkan
perebutan dan juga konflik di antara mereka yang berlanjutan
sehingga menyebabkan campurtangan British ke Tanah
Melayu.
Pada abad ke-19, salah satu kawasan yang penting ialah sungai
ujong. Kegiatan perlombingan bijih timah ini telah lama
diusahakan iaitu seawal abad ke-19 lagi. Kebanyakkan aktiviti
perlombongan di kawasan sungai ujong ini diusahakan oleh
para pembesar seperti Datuk Kelana, Datuk Syahbandar dan
Datuk Mida Linggi yang menguasai dan mendominasi serta
mengawal beberapa kawasan perlombongan dan perdagangan
bijih timah.
Penguasaan golongan pemerintah ini dapat dilihat daripada dua
sudut iaitu:
1. semua urusan yang bersangkut paut dengan aktiviti
perlombongan mestilah melalui para pembesar. Misalnya,
mereka akan menjadi pembeli tunggal hasil pengeluaran
bijih timah di sesuatu kawasan dan harga akan dibayar
mengikut harga yang telah ditetapkan oleh pembesar.
2. golongan pemerintah ini akan mengenakan pelbagai jenis
cukai dengan kadar yang ditentukan oleh mereka kepada
pelombong dan juga buruh cina yang bekerja di lombong.
Ini termasuklah cukai perseorangan, kepala, cukai
hasilpengeluaran, cukai pengangkutan, cukai perdagangan
dan juga cukai tanah.
Ekonomi golongan yang diperintah / masyarakat
kebanyakkan
1. ekonomi berdasarkan pertanian sara diri
sebelum era kolonialisasi di Tanah Melayu, hampir kesemua
negeri melayu adalah tertumpu di kuala-kuala sungai
disebabkan kepentingannya sebagai aktiviti pertanian,
pengangkutan dan sesuai juga untuk menjalankan pentadbiran.
Kebanyakkan mereka melibatkan diri dalam penanaman padi
sawah sejak abad ke-15 yang dibawa masuk oleh orang
Minangkabau. Kegiatan penanaman padi sawah mengunakan
teknik yang tersendiri dan mereka juga mempunyai kemahiran
yang tinggi untuk mengairi sawah-sawah mereka dengan
mengunakan empangan kayu ataupun kincir untuk
mendapatkan bekalan air.
Proses penanaman padi melibatkan kerja-kerja seperti
menaikkan air, mengangkul, menyemai, merumput, menuai,
mengirik, menangin, menjemur dan menumbuk untuk
menghasilkan beras.
Tanaman lain juga diusahakan seperti pisang, tebu, nanas, ubi
kayu, keladi, kunyit, serai, cili api dan kelapa. Begitu juga
tanaman buah-buahan seperti manggis, rambutan dan juga
durian.
Sebenarnya, proses pengeluaran berkait rapat dengan ciri
kehidupan mereka kerana matlamat pengeluaran adalah untuk
keperluan hidup sahaja. Menurut A. Aziz Deraman (2001):
“masyarakat melayu boleh dikatakan sebagai masyarakat
ekonomi tani yang tingkat pengkhususan atau keanggotaan
sistem pengeluaran dan hubungan dengan pengeluaran,
pertukaran, pemilikan harta dan punca pengeluaran yang
lain tidak sukar dijangkakan”.
2. Ekonomi berdasarkan perdagangan
Kehidupan secara berkelompok di tepi laut dan juga sungai
telah melahirkan golongan pelaut yang beranai dan ulung di
kalangan mereka. Pembentukkan armada melayu yang kuat
pada zaman srivijaya, majapahit, acheh dan juga Melaka telah
membuktikan kecekapan feudal pelayaran. Kepandaian dan
keberanian bangsa melayu dalam perlayaran terbukti dalam
sejarah dan tidak dapat dinafikan lagi.
Sebagai contoh, pada zaman kegemilangan Melaka, ramai
masyarakat melayu telah menceburkan diri dalam lapangan
perdagangan dan perniagaan. Misalnya, dokumen China 1436
telah menyatakan bahawa negeri Pahang mengeksport bijih
timah dan kapur barus dan menimport sutera dan kain dari
jawa.
Manakala perdagangan rakyat biasa dijalankan secara kecil-
kecilan sahaja berbanding dengan golongan pemerintah.
Keadaan ini sebenarnya memperlihatkan asas ekonomi
masyarakat melayu feudal bergantung kepada pertanian dan
perikanan.
Penggunaan mata wang, di Melaka bermula semasa
pemerintahan sultan Muzafar Syah. Bulat daripada logam
timah dan mengunakan nilai satu ketul timah yang beratnya 1
kati 8 tahil. Muka hadapan duit tersebut tertulis Muzafar Syah
Al Sultan.
3. Ekonomi berdasarkan perlombongan
Aktiviti perlombongan diusahakan oleh orang melayu sejak
zaman gangsa lagi, misalnya patung buddha yang dijumpai
bertarikh abad ke-5 dan abad ke-9 diperbuat daripada gangsa
dan pada masa itu orang arab telah menjalinkan hubungan
perdagangan bijih timah dengan kedah. Catatan cina tahun
1412 pula menyebut bahawa bijih timah adalah antara
barangan yang diperdagangkan di Melaka dan tahun 1436
menyebut bahawa bijih timah menjadi bahan ekdport bagi
negeri Pahang.
Pada awal abad ke-19, kegiatan perlombongan dianggap
sebagai kerja sambilan oleh orang melayu kerana mereka
menumpukan kepada aktiviti pertanian iaitu padi sawah dan
memunggut hasil hutan.
Orang melayu mengerjakan lombong dengan menggunakan
2 cara iaitu melampan dan mendulang. Namun kedua-dua
cara ini kurang berkesan kerana mengeluarkan hasil yang
sangat terhad.
Apabila berlakunya permintaan terhadap bijih timah yang
semakin meningkat, para pembesar di Sungai Ujong telah
mencari saudagar dan pemodal, terutamanya dari Melaka.
Ini menyebabkan tenaga buruh yang sedia ada tidak
mencukupi dan terpaksa mengambil buruh cina untuk
bekerja di lombong. Keadaan ini menyebabkan kemasukkan
beramai-ramai orang cina ke Tanah Melayu iaitu pada tahun
1831 dan seterusnya mewujudkan terbentuknya masyarakat
majmuk di Malaysia.
4. Sumber ekonomi lain
Sistem ekonomi masyarakat melayu tradisional dalam
pengertian yang amat luas boleh dilihat melalui cara orang
melayu mempertingkatkan usaha untuk hidup.
Sungai bukan sahaja digunakan sebagai jalan perhubungan
utama tetapi juga dijadikan sebagai sumber pendapatan. Ini
membolehkan merka mendapatkan bekalan makanan dengan
menangkap ikan dan bekalan air untuk keperluan seharian.
Hasil tangkapan ikan ini biasanya hanya cukup untuk
keperluan keluarga sahaja. Peralatan yang digunakan ialah
tali kail, bubu dan jerat.
Mereka juga menternak binatang untuk menambahkan
sumber makanan dan juga sebagai sumber protien. Ternakan
seperti kerbau, itik dan ayam untuk kegunaan tertentu.
Malah kawasan hutan yang tebal dan belum diteroka yang
dimiliki membolehkan penduduk mengusahakan hasil hutan
itu. Hasil hutan seperti pokok nipah, nibong, rotan, damar, dan
minyak yang diperolehi dari kayu. Hasil-hasil hutan ini akan
didagangkan dengan menggunakan sistem perhubungan
melalui sungai untuk dijual dan ditukarkan dengan beras,
tembakau, garam dan sebagainya. Aktiviti sebegini dianggap
penting untuk mendapatkan barangan atau keperluan asas.
Aspek sosial masyarakat melayu feudal
1. pertumbuhan dan perkembangan penduduk Tanah
Melayu (demografi)
Tidak terdapat satu banci yang meliputi bagi penduduk-
penduduk negeri Perak, Selangor dan negeri sembilan hingga
tahun 1891. angka-angka banci 1891 tidak dapat digunakan
sebagai satu panduan tentang bilangan penduduk 20 tahun yang
lalu kerana tambahan penduduk oleh pindah-masuk yang tidak
dicatat dalam tahun 1880an.
Anggaran-anggaran yang dibuat oleh pemerhati Eropah
mestilah dihadapi dengan berhati-hati. Ini kerana penduduk
tidak menentu bilangannya disebabkan ada yang melarikan
diri apabila berlakunya pergaduhan dan kembali semula tetapi
kadang-kadang mereka mendirikan rumah baru ditempat lain.
Dengan itu bilangan penduduk sentiasa turun naik. McNair
menganggarkan bilangan penduduk Melayu di Perak dalam
tahun 1870 seramai 30,000 orang dan tahun 1879 seramai
31,553 orang berdasarkan bilangan cukai kepala. Bilangan
penduduk selangor pula pada tahun 1874 ialah 5,000 orang
dan bertambah kepada 10,000 orang pada tahun 1878.
penduduk Melayu negeri sembilan berjumlah diantara
30,000 hingga 40,000 orang.
Jadual: Banci pada tahun 1891
Negeri Melayu Lain-lain* Jumlah
Perak 106,393 107,861 214,254
Selangor 26,578 55,014 81,592
Negeri Sembilan 48,480 22,250 70,730
*Kebanyakkan orang Cina
Sumber: J.M.Gullick, Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka,1970, hlm. 36
Penduduk cina mengalami jumlah turun-naik lebih hebat lagi
berbanding daripada penduduk Melayu kerana perubahan
keuntungan di lombong dan pergaduhan. Di Larut (perak)
penduduk cina dianggarkan berjumlah 40,000 orang pada tahun
1871, 27,000 orang (1874), 15,000 orang (1876) dan 9,000
orang (1877). Manakala di Kuala Lumpur (pusat perlombongan
besar di selangor, orang cina diangarkan berjumlah 10,000
orang (1870), 5, 000 orang (1873) dan pada tahun 1884 ialah
28,236 orang.
Dengan bilangan penduduk cina yang ramai ini dilantik seorang
ketua yang memakai gelaran capitan china dikurniakan oleh
sultan. Perlantikkan ini bertujuan untuk memudahkan urusan
dengan pelombong cina dan capitan ini mewakili kumpulan
cina bukan mewakili perseorangan.
Susunan penduduk melayu sangat sukar untuk dikelaskan
mengikut kategori kerana bercampur aduk. Apa yang jelas
sebahagian besar berasal dari keturunan minangkabau. Ini jelas
di negeri sembilan dalam susun lapis masyarakatnya. Tetapi di
Perak terdapat kepelbagai susun lapis seperti melayu,
minangkabau, orang bugis (dari sulawesi), orang kerinchi,
orang rawa, orang mandaling dan orang Batak dari sumatera.
Ada juga orang arab yang berkahwin dengan orang melayu
dan kecil bilangannya tidak lebih dari keturunan campur aduk
orang arab / acheh. Walau bagaimanapun, ketaatan dan
kesetiaan mereka kepada golongan pemerintah masih kukuh
serta tidak boleh dipertikaikan lagi. Ini kerana mereka masih
meyakini konsep daulat dan tulah yang diamalkan sekian
lama dalam masyarakat melayu, walaupun ikatan kesukuan
dan darah yang kuat pada diri mereka.
2. Agama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaan masyarakat feudal telah mengalami
proses perkembangan selaras dengan perkembangan
masyarakat itu sendiri. Peningalan zaman lampau
menunjukkan orang melayu pada masa dulu memang
mempunyai tanggapan tentang hakikat hidup dan mati dalam
alam semesta. Kepercayaan kaum bumiputera (primatif) adalah
banyak bercorakan animisme seperti mempercayai hantu,
keramat, roh dan sebagainya. Kepercayaan ini memyebabkan
mereka memuja dan memuji unsur dan semangat seperti pokok
besar yang dipercayai berpenunggu.
Hindu pada asasnya merupakan kepercayaan kepada semangat
sebagai tenaga yang ada pada objek tertentu, organik atau
bukan organik sama ada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan
atau anasir alam lain yang amat berpengaruh dalam kehidupan.
Kedatangan Islam telah mengubah sistem kepercayaan
keseluruhan masyarakat melayu kepada satu agama wahyu .
proses sinkritsme iaitu penyebatian dan penyeduaian terhadap
agam Islam berlaku tetapi masih terdapat juga ciri kepercayaan
animisme dan Hindu-Buddha dalam sesetenggah amalan
kehidupan mereka.
Proses pengislaman yang berlaku pada abad ke-15
memperlihatkan masyarakat melayu telah memeluk agam
Islam. Menurut J.M.Gullick (1970):
“Mereka ini semuanya beragam Islam kira-kira lima abad
lamanya. Tetapi penukaran agama ini merupakan suatu
penukaran yang membolehkan pemeliharaan banyak dari ada
istiadat agam Hindu yang telah diamalkan di zaman pra-Islam
bersama-sama kepercayaan penyembahan berhala yang lebih
tua.”
3. Pendidikan
Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Eropah, pendidikan di Tanah
Melayu berbentuk formal dan tidak formal serta tidak
menitikberatkan perkembangan pelajar-pelajarnya. Corak
pendidikan adalah seperti pengajaran al-Quran, tingkah laku
dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni
mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam
bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian,
perikanan dan perburuan.
Misalnya, kedudukan melaka sebagai pusat keilmuan,
mengalakan kehadiran ramai ulama dari luar negeri.
Antaranya ialah seperti Makhdum sayyid abdul aziz, maulana
abu bakar, kadhi yusuf, kadhi menua, kadhi munawar syah
dan terdapat juga ulama seperti wali songo (wali sembilan),
sunan bonang dan sunan Giri (Jawa).
Pemerintah memberikan kedudukan istimewa kepada
golongan ulama kerana mereka bukan sahaja
bertanggungjawab untuk mengislamkan golongan
pemerintah dan rakyat tetapi juga menjaga institusi
pemerintahan dari sudut agama. Proses pembelajaran pada
zaman Islam berkembang dengan meluas di kalangan atasan
dan rakyat biasa tidak seperti mana zaman hindu-Buddha.
Istana adalah sala satu tempat yang menjadi tumpuan cerdik
pandai yang datang dari dalam dan luar negeri. Menurut D. G
Hall:
“mereka juga memperkenalkan intelek-intelek dan ulama-
ulama Islam untuk memperkuatkan lagi pegangan raja-raja itu
dan untuk menubuhkan pusat-pusat penyebaran Islam. Istana-
istana menjadi pusat pengajian Islam dan mengeluarkan
banyak juga hasil-hasil sastera yang sebahagian besarnya
masih lagi terdapat pada hari ini.”
Masjid dan madrasah juga memainkan peranan penting
sebagai institusi pengajian ilmu pengetahuan dan pusat
penyebaran Islam. Pendidikan ini lebih bersifat formal di
mana kanak-kanak diajar oleh guru yang berkhidmat secara
sukarela. Ibu bapa sering kali memberikan saguhati atau
sedekah kepada guru-guru anak mereka sebagai ganjaran.
Surau dijadikan pusat pengajian ilmu sama fungsinya dengan
pembelajaran di Masjid. Cara pembelajaran terbahagi kepada 2
iaitu pembelajaran pada waktu pagi dan juga pembelajaran
pada waktu malam. Pada waktu pagi, pembelajaran adalah
seperti bacaan al-Quran termasuklah pelajaran ilmu tajwid dan
ilmu qasidah. Waktu malam pula adalah pengajian bagi orang
dewasa. Walaupun bersifat formal, tetapi sistemnya tidak
teratur keran bilangan pelajarnya tidak terhad jika
dibandingkan dengan bilangan pengajarnya yang sedikit.
Rumusan
Rujukan
Andaya, Barbara Watson dan Leonard Y. 1982. A History of
Malaysia, London and Basingstoke: Macmillan Asian History
Series.
Miller, Harry. 1965. The Story of Malaysia, London: Faber &
Faber
J.M.Gullick. 1970. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu
Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
A.Aziz deraman. 2001. Masyarakat dan Kebudayaan
Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Cheah Boon Khen. 1990. Feudalisme Melayu: Ciri-ciri
dan Pensejarahannya. Pulau Pinang: Universiti Sains
malaysia
J.Kennedy. 1993. A History of Malaya, Third Edition
(Malaysia). Kuala Lumpur: Percetakan Sooriya
SEKIAN DAN TERIMA KASIH

More Related Content

Similar to SEJARAH PENJAJAHAN

Kelas intensif spm2016. tema 10
Kelas intensif spm2016. tema 10Kelas intensif spm2016. tema 10
Kelas intensif spm2016. tema 10isharsmiaa
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISINur Fareha
 
PLURALITI & MASYARAKAT PLURALISTIK
PLURALITI & MASYARAKAT PLURALISTIKPLURALITI & MASYARAKAT PLURALISTIK
PLURALITI & MASYARAKAT PLURALISTIKAshikin Azeman
 
11. akibat perluasan kolonialisme dan imperialisme di indonesia.
11. akibat perluasan kolonialisme dan imperialisme di indonesia.11. akibat perluasan kolonialisme dan imperialisme di indonesia.
11. akibat perluasan kolonialisme dan imperialisme di indonesia.SMA Negeri 9 KERINCI
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALAlif Akram
 
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)Norisuwanah Jaffar
 
Note topik 1
Note topik 1Note topik 1
Note topik 1azlina_ab
 
Bab2 Sejarah Pluraliti
Bab2 Sejarah PluralitiBab2 Sejarah Pluraliti
Bab2 Sejarah Pluralitikita1malaysia
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jimmy Mogolid
 
Soalan tumpuan sejarah islam 2016
Soalan tumpuan sejarah islam 2016Soalan tumpuan sejarah islam 2016
Soalan tumpuan sejarah islam 2016helmie2016
 
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptxKerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptxNugrohoPriyo4
 
Sejarah Kertas 3 SPM 2017 - Bahan Bantu Jawapan
Sejarah Kertas 3 SPM 2017 -  Bahan Bantu JawapanSejarah Kertas 3 SPM 2017 -  Bahan Bantu Jawapan
Sejarah Kertas 3 SPM 2017 - Bahan Bantu JawapanTuisyen Geliga
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuCTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuMahyuddin Khalid
 
MPU21032 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 2.1 DAN 2.2
MPU21032 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 2.1 DAN 2.2MPU21032 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 2.1 DAN 2.2
MPU21032 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 2.1 DAN 2.2ahmadghazali20
 
mpu21032 konsep etika dan peradaban 2.1 dan 2,2
mpu21032 konsep etika dan peradaban 2.1 dan 2,2mpu21032 konsep etika dan peradaban 2.1 dan 2,2
mpu21032 konsep etika dan peradaban 2.1 dan 2,2ahmadghazali20
 

Similar to SEJARAH PENJAJAHAN (20)

Kelas intensif spm2016. tema 10
Kelas intensif spm2016. tema 10Kelas intensif spm2016. tema 10
Kelas intensif spm2016. tema 10
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
 
Arnhy makalah
Arnhy makalahArnhy makalah
Arnhy makalah
 
SJH 1106 (AT)
SJH 1106 (AT)SJH 1106 (AT)
SJH 1106 (AT)
 
PLURALITI & MASYARAKAT PLURALISTIK
PLURALITI & MASYARAKAT PLURALISTIKPLURALITI & MASYARAKAT PLURALISTIK
PLURALITI & MASYARAKAT PLURALISTIK
 
11. akibat perluasan kolonialisme dan imperialisme di indonesia.
11. akibat perluasan kolonialisme dan imperialisme di indonesia.11. akibat perluasan kolonialisme dan imperialisme di indonesia.
11. akibat perluasan kolonialisme dan imperialisme di indonesia.
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
 
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
 
PLURALITI
PLURALITIPLURALITI
PLURALITI
 
Note topik 1
Note topik 1Note topik 1
Note topik 1
 
Sejarah 1 skema
Sejarah 1 skemaSejarah 1 skema
Sejarah 1 skema
 
Bab2 Sejarah Pluraliti
Bab2 Sejarah PluralitiBab2 Sejarah Pluraliti
Bab2 Sejarah Pluraliti
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
 
Soalan tumpuan sejarah islam 2016
Soalan tumpuan sejarah islam 2016Soalan tumpuan sejarah islam 2016
Soalan tumpuan sejarah islam 2016
 
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptxKerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
 
Sejarah Kertas 3 SPM 2017 - Bahan Bantu Jawapan
Sejarah Kertas 3 SPM 2017 -  Bahan Bantu JawapanSejarah Kertas 3 SPM 2017 -  Bahan Bantu Jawapan
Sejarah Kertas 3 SPM 2017 - Bahan Bantu Jawapan
 
Artikel ilmiah sni
Artikel ilmiah sniArtikel ilmiah sni
Artikel ilmiah sni
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuCTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
 
MPU21032 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 2.1 DAN 2.2
MPU21032 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 2.1 DAN 2.2MPU21032 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 2.1 DAN 2.2
MPU21032 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 2.1 DAN 2.2
 
mpu21032 konsep etika dan peradaban 2.1 dan 2,2
mpu21032 konsep etika dan peradaban 2.1 dan 2,2mpu21032 konsep etika dan peradaban 2.1 dan 2,2
mpu21032 konsep etika dan peradaban 2.1 dan 2,2
 

Recently uploaded

PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxmuhammadkausar1201
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 

Recently uploaded (20)

PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 

SEJARAH PENJAJAHAN

  • 1. AJ 21303 TANAH MELAYU DALAM ZAMAN PENJAJAHAN
  • 2. KULIAH 1 PENGENALAN Kuliah ini memberi penjelasan kepada pelajar mengenai silibus kursus, bahan rujukan asas, penilaian kursus, dan kertas projek.
  • 3. Sinopsis Kursus Kursus ini meneliti perkembangan penjajahan kuasa Eropah dari kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis, penjajahan Belanda sehingga penjajahan awal British di Tanah Melayu. Semua kuasa Eropah ini dilihat secara komprehinsif dari tahun 1600 sehingga 1900 sama ada dari aspek politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu .
  • 4. Antara tema-tema penting yang dikaji ialah kemunculan kuasa Portugis, perang tiga segi, Perjanjian Anglo- Belanda, Perjanjian Pangkor 1874, perang Naning dan pentadbiran awal British. Kemunculan Kesultanan Johor turut disentuh dalam melihat kuasa tempatan berhadapan dengan kuasa Eropah di Tanah Melayu.
  • 5. Objektif kursus Memberi kefahaman kepada pelajar tentang bagaimana dan mengapa Tanah Melayu dijajah oleh kuasa-kuasa Portugis, Belanda dan British sebelum abad ke-20 M. Mendedahkan pelajar kepada betapa pentingnya semangat patriotisme dan kesedaran kebangsaan dipupuk bagi membebaskan diri daripada belenggu penjajahan. menjelaskan kepada pelajar peri pentingnya perpaduan dan kerjasama dalam memperjuangkan kemerdekaan.
  • 6. Penilaian kursus Kertas Projek [30%] Tutorial [20%] peperiksaan akhir [50%] ________________________ Jumlah [100%]
  • 7. Rujukan Asas Andaya, Barbara Watson dan Leonard Y. 1982. A History of Malaysia, London and Basingstoke: Macmillan Asian History Series. Mills, L.A. 2003. British Malaysa, 1824-1867. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, MBRAS Reprint No.22. Selangor: Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd. Tarling, Nicholas. 1969. British Policy in the Malay Peninsula and Archipelago, 1824-1871, Kuala Lumpur.
  • 8. Khoo Kay Kim. 1972. The Western Malay States, 1850-1873: The Effects of Commercial Development on Malay Politics. Kuala Lumpur Thio, Eunice. 1969. British Policy in the Malay Peninsula 1880-1910. Singapore: University of Malaya Press Miller, Harry. 1965. The Story of Malaysia, London: Faber & Faber C. Northcote Parkinso. 1963. British intervention in Malaya 1867-1877, Kuala Lumpur: University of Malaya press
  • 9. Kernial Singh Sandhu. 1973. Early Malaysia: Some Observation on the nature of Indian contacts with pre-British Malaya. Singapore: University Education Press Rahimah Adbul Aziz. 1997. Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945): Satu analisis Sosiologi-sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Nesaamalar Nadarajah. 2000. Johore and the origins of British control 1895-1914. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn.Bhd.
  • 10. J.Kennedy. 1993. A History of Malaya, Third Edition (Malaysia). Kuala Lumpur: Percetakan Sooriya J.M.Cullick. 1970. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka A. Samad Ahmad. 1985. Kerajaan Johor-Riau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
  • 12. Minggu Tajuk Kuliah 1 Pengenalan 2 Latar Belakang Tanah Melayu sebelum abad ke- 19 3 kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka 4 kuasa Portugis di Melaka 1511-1642 5 Kemelut kuasa penjajah dan kerajaan Tempatan (perang tiga segi) 6 Kemunculan Empayar Kesultanan Johor 7 Kuasa Belanda di Tanah Melayu 1642-1824 8 Kemunculan awal British di Tanah Melayu
  • 13. 9 Perjanjian-perjanjian penting di Tanah Melayu 10 Reaksi masyarakat tempatan terhadap campur tangan British 11 Negeri-negeri Selat semasa zaman penjajahan 12 Pentadbiran awal British (1874-1900) 13 Pembentangan kertas projek 14 Rumusan dan perbincangan *Pelajar dimestikan hadir setiap kuliah dan tutorial dan sebarang perubahan akan dimaklumankan dari semasa ke semasa.
  • 14. Peta: Tanah Melayu Sumber: Andaya, Barbara Watson dan Leonard Y. 1982. A History of Malaysia, London and Basingstoke: Macmillan Asian History Series.
  • 16. 1. Tajuk Kertas Projek 2. Arahan membuat kertas projek Jenis tulisan: Tahoma / Arial Saiz tulisan dalam teks: 11 Selang baris: 1.5 Nota kaki: saiz (9) Sila rujuk garis panduan gaya penulisan tesis dan disertasi,Universiti Malaysia Sabah Jumlah halaman sekurang-kurangnya 50 halaman tidak termasuk lampiran Dijilid menggunakan kulit keras (Hard-Cover Binding)
  • 17. Kertas projek dihantar selewat-lewatnya pada kuliah terakhir (minggu ke-14) berserta copy dalam CD Struktur kertas projek: Tajuk-Abstrak-senarai kandungan-Bibliografi-Lampiran (Pastikan Nota kaki dan bibliografi ditulis dengan betul) Setiap Kertas projek tidak boleh melebihi 5 orang
  • 18. Contoh: Tajuk: Empayar Kesultanan Johor Abstrak Isi Kandungan Bab 1: Pengenalan Bab 2: Kemunculan Kesultanan Johor Bab 3: Pentadbiran dan ketenteraan Bab 4: Kemerosotan Johor Bab 5: Kesimpulan Bibliografi Lampiran
  • 20. kuliah 2 LATAR BELAKANG TANAH MELAYU SEBELUM ABAD KE-19 Kuliah ini membincangkan keadaan masyarakat di Tanah Melayu sama ada dari aspek politik tradisional, sistem ekonomi dan sosial termasuklah sistem pendidikan dan keagamaan. Kedudukan Tanah Melayu dan negeri-negerinya ditunjukkan berdasarkan peta-peta yang berkaitan. Perkara ini penting dalam melihat latar belakang Tanah Melayu sebelum abad ke-19.
  • 21. Bagaimana keadaan masyarakat di Tanah Melayu sebelum abad ke-19 M?
  • 22. POLITIK FEUDAL / TRADISIONAL Struktur masyarakat melayu feudal merupakan lanjutan daripada sistem pemerintahan Hindu yang mengakibatkan perpecahan masyarakat yang berasaskan golongan bangsawan dan golongan rakyat. Golongan rakyat pada masa itu hidup secara berkelompok dengan komuniti yang kecil dalam kawasan yang sama. Golongan bangsawan mempunyai kedudukan yang tinggi dan kuasa yang dipegang juga mencerminkan peranan mereka dalam membubat keputusan terhadap orang lain.
  • 23. Menurut A.Aziz Deraman (2001): “masyarakat melayu digambarkan sebagai satu piramid yang besar dengan golongan bangsawan terdiri daripada raja / sultan pada kedudukan paling atas sekali dan pembesar mempunyai hubungan yang rapat dengan rakyat sebagai golongan yang memerintah dan juga golongan yang diperintah”.
  • 24. Rajah 1: piramid pentadbiran kerajaan Melayu Raja Pemb esar Rakyat Hamba
  • 25. Kerajaan melayu feudal mempunyai 3 unit politik iaitu negeri, daerah dan kampung. 1. Negeri Perkataan negeri digunakan sebagai kata awalan misalnya negeri kedah, negeri pahang negeri sembilan dan sebagainya. Golongan pemerintah:Sultan / Raja, Bendahara, penghulu bendahari, temenggung, laksamana, syahbandar. Konsep daulat dan tulah- mengukuhkan kedudukkan sultan sebagai ketua tertinggi.
  • 26. 2. Daerah/ jajahan sesebuah daerah dibentuk oleh penggunaan sungai sebagai alat perhubungan. Ia sama ada kawasan yang terletak di sebelah sahaja atau di kedua-dua belah tebing sungai negeri itu ataupun ia sebuah lembah tetapi pada kuala sungai yang besar. Pemerintah sesebuah daerah ialah seorang pembesar yang diambil daripada satu zuriat yang telah lama mempunyai hubungan dengan daerah tersebut. Terdapat dua jenis keturunan pembesar iaitu sama ada berketurunan diraja atau golongan pembesar. Di sestengah negeri seperti negeri Perak, pembesar-pembesarnya mempunyai gelaran tertentu seperti Orang Besar Berempat, Orang Besar Berlapan Orang Besar enam Belas dan kadang kala Orang besar tiga puluh dua.
  • 27. Tugas pembesar ialah menjalankan pentadbiran tempatan, keadilan, pertahan, memunggut cukai dan pemimpin umum. Beliau akan dibantu oleh beberapa orang penolong dan juga timbalan yang pada umumnya terdiri daripada kalangan sanak saudara sendiri. Lazimnya para pembesar mengamalkan kuasa yang melebihi daripada kuasa sultan itu sendiri.
  • 28. 3. Kampung Diketuai oleh ketua kampung ataupun penghulu. Seorang ketua kampung boleh datang daripada rakyat biasa tetapi mendapat kedudukan yang lebih tinggi sedikit. Jawatan ini adalah secara keturunan / warisan, tidak dibayar gaji kecuali mengambil sebahagian kecil daripada hasil cukai yang dikutip oleh pembesar. Peranannya sangat besar dalam menangani pelbagai masalah dalam kampung kerana seorang ketua kampung merupakan perantaraan di antara golongan pemerintah dan juga golongan yang diperintah. Pada kebiasaannya tugas seorang penghulu ialah mengutip cukai, menjaga keamanan dan keharmonian kampung serta mengarahkan anak-anak buahnya untuk melaksanakan kerja-kerja yang diperintahkan oleh golongan atasan.
  • 29. ASPEK EKONOMI FEUDAL Telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu: 1. Ekonomi Golongan Pemerintah 2. Ekonomi Golongan Yang Diperintah.
  • 30. Ekonomi golongan pemerintah 1. Sistem cukai dan ufti Sumber pendapatan yang diperolehi oleh sultan ialah pendapatan daripada hasil pungutan cukai yang dikenakan ke atas rakyat seperti cukai-cukai tanah, ternakan, tanaman, perdagangan, ufti daripada negeri jajahan takluk, hadiah daripada para pedagang yang datang berdagang sama ada luar atau dalam serta daripada sumber lain.
  • 31. Menurut Gullick (1970): “Sultan Abdullah (sultan Perak) telah menyewakan hak memungut cukai di muara sungai Perak sebanyak RM 24 000 setahun dan menteri laut pada zaman kemuncak pemerintahannya iaitu (1870-1872), mendapat sebanyak RM 180 000 setahun dari sebuah lompong di Larut”.
  • 32. Manakala kerabat diraja dan para pembesar pula mendapat kekayaan daripada sumber yang kurang sedikit daripada sultan. Misalnya daripada hasil cukai lalu lintas di sungai- sungai dan hasil daripada tanah-tanah pertanian yang dimiliki mereka iaitu hasil daripada sawah dan dusun buah-buahan yang dikerjakan oleh hamba. Melalui sistem kerah yang wujud dalam masyarakat melayu.
  • 33. Menurut Mohd. Jamil Mukmin (1997): “ suatu cukai yang merupakan cukai hartanah atau cukai jualan telah berkuatkuasa pada masa itu. Jika seseorang hendak menjual tanah atau rumahnya, maka orang itu terlebih dahulu meminta kebenaran daripada sultan ataupun bendahara dan untuk meperolehi kebenaran ini, orang itu kena membayar cukai kepada kerajaan”.
  • 34. Di Melaka, Tome Pires telah melaporkan tentang pembayaran cukai yang dikenakan kepada pedagang- pedagang dari Barat seperti India, Sri Lanka (Ceylon), Pegu dan dunia Arab iaitu: “kesemua mereka membayar enam peratus di melaka..orang melayu atau dari negeri lain yang membawa isteri mereka menetap di melaka. Mereka membayar tiga peratus, dan selain dari itu dikenakan cukai diraja enam peratus untuk orang asing dan tiga peratus bagi peribumi”. Pedagang dari Timur pula seperti China, Jepun, Jawa dan maluku tidak perlu membayar cukai tetapi dikehendaki memberi hadiah.
  • 35. Manakala sistem ufti pula, melalui hubungan Melaka dengan China yang bermula apabila Yin Qing iaitu selaku menteri dalam China dihantar ke melaka untuk bertemu dengan Parameswara. Hasilnya, parameswara dianugerahkan cap kempa, pakaian kerajaan, payung iram-iram kuning sebagai pengiktirafan Raja Melaka. Kunjungan ini sekaligus mewujudkan hubungan perdagangan dua hala antara China dan Melaka.
  • 36. Menurut apa yang terkandung dalam buku sejarah Ming Hui Dian, terdapat kira-kira 40 jenis barang-barag dari Melaka yang dijadikan sebagai ufti kepada negara China. Antaranya ialah sumbu badak, penyu kerah, kayu laka dan barus dan sebagainya.
  • 37. 2. Sistem ekonomi kawalan tenaga Buruh Hasil daripada sawah dan dusun buah-buahan yang dikerjakan oleh hamba hutang dan juga hamba sahaya sebagai khidmat dan bayaran kepada pembesar. Kerja-kerja yang dijalankan setiap masa ini menjadi sumber pendapatan yang besar bagi pembesar. Bagi golongan yang diperintah, mereka menampung kehidupan dengan bekerja sebagai petani, nelayan, bertukang dan juga berdagang. Biasanya hasil pendapatan yang diperolehi hanya setakat memenuhi keperluan asas untuk hidup dan untuk membayar cukai-cukai yang dikenakan ke atas mereka.
  • 38. Menurut Azmah Abdul manat (2001): “ekonomi masyarakat kebanyakkan atau bawahan adalah bercorak sara diri”. Ini kerana mereka tidak melihat kepada kepentingan untuk mendapatkan hasil yang lebih daripada sekadar mencukupi dan faktor keluasan tanah yang terhad. Begitu juga, faktor tenaga kerja yang kurang dan biasanya tenaga kerja yang digunakan untuk mengerjakan tanah adalah terdiri daripada kaum keluarga mereka sendiri.
  • 39. Pada masa yang sama, mereka juga terikat dengan sistem kerah yang diwajibkan dan keadaan ini pada waktu-waktu tertentu oleh pihak istana. Sistem ini memaksa rakyat meninggalkan pekerjaan mereka yang asal untuk bekerja bagi pihak istana tanpa sebarang bayaran dan ganjaran. Fenomena ini boleh digambarkan dengan pepatah lama iaitu “kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek”.
  • 40. Keadaan seperti ini menunjukkan bahawa berlakunya penindasan yang barangkali tidak disedari oleh pihak pemerintah terhadap golongan yang diperintah dan tidak wujud keadilan sosial. Ini juga telah mencipta jurang pemisahan dari segi corak kehidupan antara kedua-dua golongan.
  • 41. 3. Sistem Ekonomi Monopoli Golongan raja / sultan dan pembesar mempunyai kedudukan ekonomi yang kuat kerana kemampuan mereka memperolehi hasil pendapatan daripada pelbagai punca atau monopoli sesuatu sumber ekonomi misalnya, seperti kita boleh lihat dalam aktiviti perlombongan dan juga perdagangan.
  • 42. Dalam bidang perdagangan yang dimonopoli oleh sultan dan para pembesar, ia meliputi semua hasil yang diperolehi sama ada dalam negeri dan jajahan takkluk. Hasilnya boleh dipunggut dalam dua sistem iaitu: Pertamanya melalui sistem pajak iaitu apabila seseorang itu diberi kuasa menjalankan perdagangan barangan tertentu dan dia dikehendaki membayar sejumlah wang kepada wakil sultan yang memajakkan tanah berkenaan.
  • 43. Keduanya ialah melalui pajakan monopoli, sultan biasanya mendapat hak monopoli dalam sesuatu jenis barangan dan lazimnya diserahkan kepada sesuatu golongan atau seseorang untuk menguruskannya. Orang itu perlu membayar sejumlah wang, dan biasanya lebih besar jumlahnya kepada sultan atau wakilnya.
  • 44. 4. Sumber ekonomi lain Perlombongan merupakan kegiatan yang menambahkan pendapatan pembesar melayu yang sering menimbulkan perebutan dan juga konflik di antara mereka yang berlanjutan sehingga menyebabkan campurtangan British ke Tanah Melayu. Pada abad ke-19, salah satu kawasan yang penting ialah sungai ujong. Kegiatan perlombingan bijih timah ini telah lama diusahakan iaitu seawal abad ke-19 lagi. Kebanyakkan aktiviti perlombongan di kawasan sungai ujong ini diusahakan oleh para pembesar seperti Datuk Kelana, Datuk Syahbandar dan Datuk Mida Linggi yang menguasai dan mendominasi serta mengawal beberapa kawasan perlombongan dan perdagangan bijih timah.
  • 45. Penguasaan golongan pemerintah ini dapat dilihat daripada dua sudut iaitu: 1. semua urusan yang bersangkut paut dengan aktiviti perlombongan mestilah melalui para pembesar. Misalnya, mereka akan menjadi pembeli tunggal hasil pengeluaran bijih timah di sesuatu kawasan dan harga akan dibayar mengikut harga yang telah ditetapkan oleh pembesar.
  • 46. 2. golongan pemerintah ini akan mengenakan pelbagai jenis cukai dengan kadar yang ditentukan oleh mereka kepada pelombong dan juga buruh cina yang bekerja di lombong. Ini termasuklah cukai perseorangan, kepala, cukai hasilpengeluaran, cukai pengangkutan, cukai perdagangan dan juga cukai tanah.
  • 47. Ekonomi golongan yang diperintah / masyarakat kebanyakkan 1. ekonomi berdasarkan pertanian sara diri sebelum era kolonialisasi di Tanah Melayu, hampir kesemua negeri melayu adalah tertumpu di kuala-kuala sungai disebabkan kepentingannya sebagai aktiviti pertanian, pengangkutan dan sesuai juga untuk menjalankan pentadbiran.
  • 48. Kebanyakkan mereka melibatkan diri dalam penanaman padi sawah sejak abad ke-15 yang dibawa masuk oleh orang Minangkabau. Kegiatan penanaman padi sawah mengunakan teknik yang tersendiri dan mereka juga mempunyai kemahiran yang tinggi untuk mengairi sawah-sawah mereka dengan mengunakan empangan kayu ataupun kincir untuk mendapatkan bekalan air.
  • 49. Proses penanaman padi melibatkan kerja-kerja seperti menaikkan air, mengangkul, menyemai, merumput, menuai, mengirik, menangin, menjemur dan menumbuk untuk menghasilkan beras. Tanaman lain juga diusahakan seperti pisang, tebu, nanas, ubi kayu, keladi, kunyit, serai, cili api dan kelapa. Begitu juga tanaman buah-buahan seperti manggis, rambutan dan juga durian.
  • 50. Sebenarnya, proses pengeluaran berkait rapat dengan ciri kehidupan mereka kerana matlamat pengeluaran adalah untuk keperluan hidup sahaja. Menurut A. Aziz Deraman (2001): “masyarakat melayu boleh dikatakan sebagai masyarakat ekonomi tani yang tingkat pengkhususan atau keanggotaan sistem pengeluaran dan hubungan dengan pengeluaran, pertukaran, pemilikan harta dan punca pengeluaran yang lain tidak sukar dijangkakan”.
  • 51. 2. Ekonomi berdasarkan perdagangan Kehidupan secara berkelompok di tepi laut dan juga sungai telah melahirkan golongan pelaut yang beranai dan ulung di kalangan mereka. Pembentukkan armada melayu yang kuat pada zaman srivijaya, majapahit, acheh dan juga Melaka telah membuktikan kecekapan feudal pelayaran. Kepandaian dan keberanian bangsa melayu dalam perlayaran terbukti dalam sejarah dan tidak dapat dinafikan lagi.
  • 52. Sebagai contoh, pada zaman kegemilangan Melaka, ramai masyarakat melayu telah menceburkan diri dalam lapangan perdagangan dan perniagaan. Misalnya, dokumen China 1436 telah menyatakan bahawa negeri Pahang mengeksport bijih timah dan kapur barus dan menimport sutera dan kain dari jawa. Manakala perdagangan rakyat biasa dijalankan secara kecil- kecilan sahaja berbanding dengan golongan pemerintah. Keadaan ini sebenarnya memperlihatkan asas ekonomi masyarakat melayu feudal bergantung kepada pertanian dan perikanan.
  • 53. Penggunaan mata wang, di Melaka bermula semasa pemerintahan sultan Muzafar Syah. Bulat daripada logam timah dan mengunakan nilai satu ketul timah yang beratnya 1 kati 8 tahil. Muka hadapan duit tersebut tertulis Muzafar Syah Al Sultan.
  • 54. 3. Ekonomi berdasarkan perlombongan Aktiviti perlombongan diusahakan oleh orang melayu sejak zaman gangsa lagi, misalnya patung buddha yang dijumpai bertarikh abad ke-5 dan abad ke-9 diperbuat daripada gangsa dan pada masa itu orang arab telah menjalinkan hubungan perdagangan bijih timah dengan kedah. Catatan cina tahun 1412 pula menyebut bahawa bijih timah adalah antara barangan yang diperdagangkan di Melaka dan tahun 1436 menyebut bahawa bijih timah menjadi bahan ekdport bagi negeri Pahang.
  • 55. Pada awal abad ke-19, kegiatan perlombongan dianggap sebagai kerja sambilan oleh orang melayu kerana mereka menumpukan kepada aktiviti pertanian iaitu padi sawah dan memunggut hasil hutan. Orang melayu mengerjakan lombong dengan menggunakan 2 cara iaitu melampan dan mendulang. Namun kedua-dua cara ini kurang berkesan kerana mengeluarkan hasil yang sangat terhad.
  • 56. Apabila berlakunya permintaan terhadap bijih timah yang semakin meningkat, para pembesar di Sungai Ujong telah mencari saudagar dan pemodal, terutamanya dari Melaka. Ini menyebabkan tenaga buruh yang sedia ada tidak mencukupi dan terpaksa mengambil buruh cina untuk bekerja di lombong. Keadaan ini menyebabkan kemasukkan beramai-ramai orang cina ke Tanah Melayu iaitu pada tahun 1831 dan seterusnya mewujudkan terbentuknya masyarakat majmuk di Malaysia.
  • 57. 4. Sumber ekonomi lain Sistem ekonomi masyarakat melayu tradisional dalam pengertian yang amat luas boleh dilihat melalui cara orang melayu mempertingkatkan usaha untuk hidup. Sungai bukan sahaja digunakan sebagai jalan perhubungan utama tetapi juga dijadikan sebagai sumber pendapatan. Ini membolehkan merka mendapatkan bekalan makanan dengan menangkap ikan dan bekalan air untuk keperluan seharian.
  • 58. Hasil tangkapan ikan ini biasanya hanya cukup untuk keperluan keluarga sahaja. Peralatan yang digunakan ialah tali kail, bubu dan jerat. Mereka juga menternak binatang untuk menambahkan sumber makanan dan juga sebagai sumber protien. Ternakan seperti kerbau, itik dan ayam untuk kegunaan tertentu.
  • 59. Malah kawasan hutan yang tebal dan belum diteroka yang dimiliki membolehkan penduduk mengusahakan hasil hutan itu. Hasil hutan seperti pokok nipah, nibong, rotan, damar, dan minyak yang diperolehi dari kayu. Hasil-hasil hutan ini akan didagangkan dengan menggunakan sistem perhubungan melalui sungai untuk dijual dan ditukarkan dengan beras, tembakau, garam dan sebagainya. Aktiviti sebegini dianggap penting untuk mendapatkan barangan atau keperluan asas.
  • 60. Aspek sosial masyarakat melayu feudal
  • 61. 1. pertumbuhan dan perkembangan penduduk Tanah Melayu (demografi) Tidak terdapat satu banci yang meliputi bagi penduduk- penduduk negeri Perak, Selangor dan negeri sembilan hingga tahun 1891. angka-angka banci 1891 tidak dapat digunakan sebagai satu panduan tentang bilangan penduduk 20 tahun yang lalu kerana tambahan penduduk oleh pindah-masuk yang tidak dicatat dalam tahun 1880an.
  • 62. Anggaran-anggaran yang dibuat oleh pemerhati Eropah mestilah dihadapi dengan berhati-hati. Ini kerana penduduk tidak menentu bilangannya disebabkan ada yang melarikan diri apabila berlakunya pergaduhan dan kembali semula tetapi kadang-kadang mereka mendirikan rumah baru ditempat lain.
  • 63. Dengan itu bilangan penduduk sentiasa turun naik. McNair menganggarkan bilangan penduduk Melayu di Perak dalam tahun 1870 seramai 30,000 orang dan tahun 1879 seramai 31,553 orang berdasarkan bilangan cukai kepala. Bilangan penduduk selangor pula pada tahun 1874 ialah 5,000 orang dan bertambah kepada 10,000 orang pada tahun 1878. penduduk Melayu negeri sembilan berjumlah diantara 30,000 hingga 40,000 orang.
  • 64. Jadual: Banci pada tahun 1891 Negeri Melayu Lain-lain* Jumlah Perak 106,393 107,861 214,254 Selangor 26,578 55,014 81,592 Negeri Sembilan 48,480 22,250 70,730 *Kebanyakkan orang Cina Sumber: J.M.Gullick, Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1970, hlm. 36
  • 65. Penduduk cina mengalami jumlah turun-naik lebih hebat lagi berbanding daripada penduduk Melayu kerana perubahan keuntungan di lombong dan pergaduhan. Di Larut (perak) penduduk cina dianggarkan berjumlah 40,000 orang pada tahun 1871, 27,000 orang (1874), 15,000 orang (1876) dan 9,000 orang (1877). Manakala di Kuala Lumpur (pusat perlombongan besar di selangor, orang cina diangarkan berjumlah 10,000 orang (1870), 5, 000 orang (1873) dan pada tahun 1884 ialah 28,236 orang.
  • 66. Dengan bilangan penduduk cina yang ramai ini dilantik seorang ketua yang memakai gelaran capitan china dikurniakan oleh sultan. Perlantikkan ini bertujuan untuk memudahkan urusan dengan pelombong cina dan capitan ini mewakili kumpulan cina bukan mewakili perseorangan.
  • 67. Susunan penduduk melayu sangat sukar untuk dikelaskan mengikut kategori kerana bercampur aduk. Apa yang jelas sebahagian besar berasal dari keturunan minangkabau. Ini jelas di negeri sembilan dalam susun lapis masyarakatnya. Tetapi di Perak terdapat kepelbagai susun lapis seperti melayu, minangkabau, orang bugis (dari sulawesi), orang kerinchi, orang rawa, orang mandaling dan orang Batak dari sumatera.
  • 68. Ada juga orang arab yang berkahwin dengan orang melayu dan kecil bilangannya tidak lebih dari keturunan campur aduk orang arab / acheh. Walau bagaimanapun, ketaatan dan kesetiaan mereka kepada golongan pemerintah masih kukuh serta tidak boleh dipertikaikan lagi. Ini kerana mereka masih meyakini konsep daulat dan tulah yang diamalkan sekian lama dalam masyarakat melayu, walaupun ikatan kesukuan dan darah yang kuat pada diri mereka.
  • 69. 2. Agama dan kepercayaan Agama dan kepercayaan masyarakat feudal telah mengalami proses perkembangan selaras dengan perkembangan masyarakat itu sendiri. Peningalan zaman lampau menunjukkan orang melayu pada masa dulu memang mempunyai tanggapan tentang hakikat hidup dan mati dalam alam semesta. Kepercayaan kaum bumiputera (primatif) adalah banyak bercorakan animisme seperti mempercayai hantu, keramat, roh dan sebagainya. Kepercayaan ini memyebabkan mereka memuja dan memuji unsur dan semangat seperti pokok besar yang dipercayai berpenunggu.
  • 70. Hindu pada asasnya merupakan kepercayaan kepada semangat sebagai tenaga yang ada pada objek tertentu, organik atau bukan organik sama ada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan atau anasir alam lain yang amat berpengaruh dalam kehidupan. Kedatangan Islam telah mengubah sistem kepercayaan keseluruhan masyarakat melayu kepada satu agama wahyu . proses sinkritsme iaitu penyebatian dan penyeduaian terhadap agam Islam berlaku tetapi masih terdapat juga ciri kepercayaan animisme dan Hindu-Buddha dalam sesetenggah amalan kehidupan mereka.
  • 71. Proses pengislaman yang berlaku pada abad ke-15 memperlihatkan masyarakat melayu telah memeluk agam Islam. Menurut J.M.Gullick (1970): “Mereka ini semuanya beragam Islam kira-kira lima abad lamanya. Tetapi penukaran agama ini merupakan suatu penukaran yang membolehkan pemeliharaan banyak dari ada istiadat agam Hindu yang telah diamalkan di zaman pra-Islam bersama-sama kepercayaan penyembahan berhala yang lebih tua.”
  • 72. 3. Pendidikan Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Eropah, pendidikan di Tanah Melayu berbentuk formal dan tidak formal serta tidak menitikberatkan perkembangan pelajar-pelajarnya. Corak pendidikan adalah seperti pengajaran al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan.
  • 73. Misalnya, kedudukan melaka sebagai pusat keilmuan, mengalakan kehadiran ramai ulama dari luar negeri. Antaranya ialah seperti Makhdum sayyid abdul aziz, maulana abu bakar, kadhi yusuf, kadhi menua, kadhi munawar syah dan terdapat juga ulama seperti wali songo (wali sembilan), sunan bonang dan sunan Giri (Jawa).
  • 74. Pemerintah memberikan kedudukan istimewa kepada golongan ulama kerana mereka bukan sahaja bertanggungjawab untuk mengislamkan golongan pemerintah dan rakyat tetapi juga menjaga institusi pemerintahan dari sudut agama. Proses pembelajaran pada zaman Islam berkembang dengan meluas di kalangan atasan dan rakyat biasa tidak seperti mana zaman hindu-Buddha.
  • 75. Istana adalah sala satu tempat yang menjadi tumpuan cerdik pandai yang datang dari dalam dan luar negeri. Menurut D. G Hall: “mereka juga memperkenalkan intelek-intelek dan ulama- ulama Islam untuk memperkuatkan lagi pegangan raja-raja itu dan untuk menubuhkan pusat-pusat penyebaran Islam. Istana- istana menjadi pusat pengajian Islam dan mengeluarkan banyak juga hasil-hasil sastera yang sebahagian besarnya masih lagi terdapat pada hari ini.”
  • 76. Masjid dan madrasah juga memainkan peranan penting sebagai institusi pengajian ilmu pengetahuan dan pusat penyebaran Islam. Pendidikan ini lebih bersifat formal di mana kanak-kanak diajar oleh guru yang berkhidmat secara sukarela. Ibu bapa sering kali memberikan saguhati atau sedekah kepada guru-guru anak mereka sebagai ganjaran.
  • 77. Surau dijadikan pusat pengajian ilmu sama fungsinya dengan pembelajaran di Masjid. Cara pembelajaran terbahagi kepada 2 iaitu pembelajaran pada waktu pagi dan juga pembelajaran pada waktu malam. Pada waktu pagi, pembelajaran adalah seperti bacaan al-Quran termasuklah pelajaran ilmu tajwid dan ilmu qasidah. Waktu malam pula adalah pengajian bagi orang dewasa. Walaupun bersifat formal, tetapi sistemnya tidak teratur keran bilangan pelajarnya tidak terhad jika dibandingkan dengan bilangan pengajarnya yang sedikit.
  • 79. Rujukan Andaya, Barbara Watson dan Leonard Y. 1982. A History of Malaysia, London and Basingstoke: Macmillan Asian History Series. Miller, Harry. 1965. The Story of Malaysia, London: Faber & Faber J.M.Gullick. 1970. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
  • 80. A.Aziz deraman. 2001. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Cheah Boon Khen. 1990. Feudalisme Melayu: Ciri-ciri dan Pensejarahannya. Pulau Pinang: Universiti Sains malaysia J.Kennedy. 1993. A History of Malaya, Third Edition (Malaysia). Kuala Lumpur: Percetakan Sooriya