2. Dalam perlaksanaan kerja-kerja bantuan di
lapangan, kita kerapkali bertemu dengan pihak
berkuasa, orang tengah, agen, pemerintah, orang
politik, “ketua bahagian” dan sebagainya. Apapun
mereka ini dihormati dan berkuasa di dalam
lingkungan mereka masing-masing.
Adatnya ialah kami tidak akan membuat sebarang
serahan saguhati dalam bentuk wang, ini amat
merbahaya dan berisiko tinggi. Kebiasaannya
ialah kami memberikan cenderamata atau hadiah
istimewa dari Malaysia.
0
3. 1 Pen berlogo organisasi anda
Pen yang sedikit canggih, kalau boleh tertera
logo organisasi anda atau kalau ada ejaan
Malaysia itu juga baik untuk dihadiahkan kepada
orang yang banyak membantu kita.
4. 2
T-Shirt Organisasi
Pastikan anda memberikan T-Shirt yang masih
dalam sampul/berplastik lagi. Ini lebih
mengujakan kerana masih ada bau kedai lagi.
Sebutkan ini merupakan koleksi edisi terhad,
hanya orang tertentu sahaja yang memilikinya.
5. 3
Buku Coffee Table
Momento ini kebiasaannya kami berikan apabila
kita berurusan secara rasmi dengan pemimpin
setempat, organisasi lain yang membantu di
lapangan. Nak bawa dahlah berat, jadi jangan
berikan tak tentu hala pada semua orang yang
kita jumpa.
6. 4
Majallah Organisasi
Sekiranya anda ada majallah organisasi, terutama
edisi terbaru bukan edisi sebelum merdeka atau
zaman dinasour, ianya juga amat membantu.
Ini bakal memberikan gambaran positif mengenai
organisasi anda dan aktiviti yang dilakukan, kalau
ianya diterbitkan dalam Bahasa Inggeris itu juga
cukup membantu.
7. 5
Gambar berbingkai
Anda boleh juga memberikan gambar yang siap
dibingkaikan, ini lebih sesuai sekiranya anda
melakukan kunjungan balas ke sebuah organisasi
yang telah melawat anda ataupun yang anda
temui di lapangan. Gambar bersama mereka
yang dibingkaikan itu pastinya cukup
sentimental dan mengukuhkan perhubungan.
8. 6
Snek Makanan Tempatan
Dalam sesetengah persidangan atau konferen,
anda boleh sahaja letakkan kerepek ubi atau
kerepek pisang diatas meja pendaftaran untuk
dikongsi dengan peserta lain. Begitu juga bila
kita beroperasi di lapangan, bilik gerakan kita
ada stok makanan dari Malaysia yang enak dan
lazat, tapi hati-hati, tidak semua orang suka
lempok durian.
9. 7
Gula-gula
Saya sentiasa membawa gula-gula dalam poket seluar
saya. Lagi banyak perisa lagi baik. Ini kita boleh
berikan kepada anak-anak di jalanan yang kita temui,
sambil berbual dan menegur mereka kita boleh
selitkan gula-gula didalam kocek mereka, tapi jangan
buat macam Ali Baba tabur duit di pasar. Anda akan
diserbu oleh budak-budak nanti.
10. 8
Jam Meja
Pastikan jam meja ini tertera logo organisasi
anda serta ianya unik, tidak ada dijual ditepi
jalan. Juga jangan lupa sertakan bateri spare
untuk jam ini sekali, ini amat membantu mereka.
11. 9
Mug / Gelas
Ini merupakan antara bahan biasa yang
diberikan sebagai cenderamata, tapi pastikan
mug ini mempunyai ciri-ciri Malaysia dan
organisasi anda, nanti bila mereka minum pasti
teringat kepada kita.
12. 10 Kain Pelikat / Kain Batik
Anda kena mengenal budaya dan resmi mereka
yang berada disesuatu kawasan terlebih dahulu.
Ada negara yang amat menghargai kain pelikat
dari Malaysia dan menganggapnya sebagai
hadiah cukup istimewa.
13. 11
Vest Organisasi
Kami dah jarang bagi Vest yang mahal tu, kami
biasa berikan vest kuning lutsinar yang biasa
saja, kosnya rendah, boleh kena air dan senang
kering. Vest yang banyak poket tu kadangkala
tidak praktikal untuk banjir dan beberapa
bencana lain.
14. 12 Topi Organisasi
Sekiranya organisasi anda mempunyai topi,
ianya juga boleh dijadikan sebagai bahan
cenderamata, lebih unik topi tu lebih baik.
15. 13
Rantai Kunci / Key Chain
Ini merupakan antara cenderamata yang mudah.
Carilah yang ada gambar KLCC atau Bendera
Malaysia, berciri-ciri budaya kita dan seumpamanya.
16. 14
Duit Kertas & Syilling
Ini memang dikira cenderamata paling sempoi
sekali. Jadi bawalah kepingan syiling dan
kepingan RM1 tu banyak sikit. Tapi terpulanglah
kalau nak bagi RM10 atau RM50 sebagai hadiah.
17. 15 Belanja Keperluan Dapur
Ini lebih baik, di kawasan bencana kita perlu
bersedia untuk segala kemungkinan, kalau kena
solat di tepi jalan, bawah jambatan, atas meja
dan sebagainya.