Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

375 views

Published on

Memakai pakaian yang bersesuaian dalam misi dan operasi memberikan satu imej yang positif dan dinamik pada organisasi.

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

  1. 1. 15TIPSHUMANITARIAN MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif MRA Kesesuaian Pakaian di Lapangan Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada yang lain
  2. 2. Apabila anda bergerak dalam Misi Bantuan, suka atau tidak, ada kod pakaian yang perlu diaplikasi. Ianya bertujuan untuk menjaga maruah dan nama baik organisasi disamping memberikan anda keselesaan, keselamatan dan juga perlindungan. 0
  3. 3. 1 Pakaian Rasmi Organisasi Kami di MRA menggunakan kemeja ala uniform kilang dan juga T-Shirt. Kami sudah jarang memakai vest melainkan untuk para doktor semasa membuka Klinik Lapangan kami .
  4. 4. 2 Kalau beroperasi di kawasan banjir / taufan / bencana Pertimbangkan untuk membawa kasut getah (kasut Pua Chu Kang) di kawasan yang lecak dan berair (lopak, paya, tepi sungai dan sewaktu dengannya).
  5. 5. 3 Pakailah penutup kepala. Topi, snow cap, ketayap, tudung, apa saja. Elakkan kepala anda dari terdedah kepada panas dan bahang matahari, juga kepada air hujan dan kedinginan salju. Tapi di seseparuh komuniti memakai cap dilihat sebagai budaya Barat, adjustlah...
  6. 6. 4 Berkaca mata hitam di Lapangan Di kawasan snow, anda memang diminta untuk berkaca mata hitam bagi mengelakkan snow blind. Tetapi apabila bersama di dalam majlis atau perbincangan bukan ditempat salji, adalah lebih baik anda membuka cermin mata itu. Eye contact sangat penting dalam komunikasi di lapangan.
  7. 7. 5 Sediakan baju hujan Di kawasan yang dikenal pasti beriklim lembap dan bercuaca seperti di Malaysia, Menyediakan sehelai baju hujan amat membantu pergerakan. Memakai payung tidak begitu menjadi trend ngol
  8. 8. 6 Bawa stokin lebih Anda kena sentiasa pastikan anda memakai stokin yang kering setiap kali memakai kasut Stokin dan kasut basah hanya menambahkan ketidakselesaan dan mungkin boleh menyebabkan perut sakit.
  9. 9. 7 Bawalah mafla untuk melindungi leher dan dari debu-debu kering. Mafla ini boleh digunakan juga untuk menutup kepala dan telinga, termasuk untuk jadi sejadah. Tapi sekiranya anda berada di zon konflik atau perang, janganlah pulak pakai Mafla tu ala-ala Mujahidin, itu cari penyakit.
  10. 10. 8 Bilangan Pakaian Bergantung kepada keadaan dan jangkamasa Misi. Kebiasaannya saya bawa 3 pasang baju 2 pasang seluar, sehelai kain, tuala mandi dan pakaian dalam secukup rasa. Cari fabrik yang ringan dan cepat kering kalau dicuci. Ianya juga bergantung kepada program yang diatur.
  11. 11. 9 Untuk Operasi yang melibatkan elemen search and rescue Bawalah sarung tangan plastik atau getah yang boleh dicuci atau boleh dibuang sahaja
  12. 12. 10 Pemakaian pakaian tempatan Lihat kepada sensitiviti dan penerimaan masyarakat setempat. Ada yang suka dan ada yang kurang gemar.
  13. 13. 11 Elakan berkongsi tuala mandi Walaupun kecil sahaja tuala mandi itu lebih baik dari berkongsi. Makan boleh kongsi, tapi tidak pada tuala mandi.
  14. 14. 12 Bawa baju sejuk yang bersesuaian Baju sejuk selalunya tebal dan berat. Jadi sebelum tiba di sesebuah lapangan itu, pastikan suhu yang bakal anda hadapi, sekarang kan lebih mudah untuk dapatkan maklumat.
  15. 15. 13 Tinggalkan VEST dalam misi banjir dan sewaktu dengannya Kalau hujan berterusan dan banjir, memakai vest yang tidak kalis air adalah sangat tidak praktikal dan akan berkesudahan dengan anda akan demam.
  16. 16. 14 Pastikan penampilan anda sentiasa cool walaupun ditengah bencana Jangan nampak serabai, selekeh, tak terurus, komot, kusut, busuk, masam… anda perlu sentiasa kelihatan bertenaga dan positif
  17. 17. 15 Pakailah pakaian yang menutup aurat, kemas dan sopan. Ini lebih baik, di kawasan bencana kita perlu bersedia untuk segala kemungkinan, kalau kena solat di tepi jalan, bawah jambatan, atas meja dan sebagainya.
  18. 18. Kesesuaian Pakaian di Lapangan 15 Tips Humanitarian

×