Dokumen ini memberikan 15 tips untuk memilih penginapan yang aman ketika bekerja di lapangan kemanusiaan. Beberapa tips kunci adalah memeriksa kehadiran organisasi lain di lokasi, mendapatkan informasi dari sumber tak resmi, memastikan adanya akses darurat, dan memilih penginapan dekat fasilitas komunikasi. Keselamatan harus menjadi pertimbangan utama dalam memilih penginapan ketika bekerja di daerah bencana atau konflik.
2. 1
Tanya siapa lagi tetamu lain
Jika ada ramai orang asing/foreigner, kawasan
atau tempat itu memang diyakini selamat, paling
tidak ianya sesuai untuk orang asing
3. 2
Lihat jika ada organisasi lain
yang menjadikan premis itu
sebagai pejabat
Sekiranya ada organisasi yang menjadikan
premis ini sebagai pejabat ini bermakna tahap
keselamatan dan fasiliti di premis ini adalah baik
dan boleh diharapkan.
4. 3
Mendaftarlah dengan guna
nama staf tempatan
Elakkan dari mendedahkan nama, negara mana,
berapa lama, bilik berapa kepada daftar nama
dihotel, kalau boleh gunakan nama staf tempatan
bagi mengelakkan diri anda daripada agenda
mereka yang berkepentingan
5. 4
Dapatkan maklumat lanjut
mengenai premis itu dari sumber
tak rasmi
Tanya tentang maklumat mengenai sesuatu premis
itu dari tukang kebun, pengawal keselamatan,
pemandu, pemilik kedai berdekatan, tukang dobi,
jangan tanya dengan pengurusan.
6. 5
Bersedia untuk orientasi kawasan
Anda kena merayau ke seluruh kawasan premis
bagi mendapatkan kepuasan dan melihat sendiri
segala perimeter, bilik, tahap keselamatan dan
lain-lain fasiliti.
7. 6
Pastikan bilik anda ada tingkap
atau tidak
Kemana tingkap ini menghadap, apa halangan di
tingkap, tingkap ini dikunci dari dalam atau
bagaimana, adakah tingkap ini memiliki ciri
keselamatan atau tidak, jenis tingkap yang
bagaimana, boleh dihulur tangan dari luar atau
tidak.
8. 7
Pastikan ada ruang disebelah
katil dan bawah katil
Antara pertahanan terakhir anda jika berlaku
sesuatu, lompat dari katil dan dapatkan
perlindungan ditepi katil.
9. 8
Sekiranya anda berada lebih
dari tingkat satu, pastikan
tangga dimana
Sentiasa pastikan tangga atau lift berfungsi
sebelum anda bersetuju untuk menginap
dimana-mana premis, adakah syarat-syarat
tertentu seperti lift hanya boleh naik bukan
turun dan sebagainya.
10. 9
Adakah premis anda turut
menjual minuman alkohol/bar
Diseseparuh negara, ini kawasan yang
merbahaya, yang terdedah dengan serangan
ekstrimis dan pelampau agama.
11. 10
Pastikan tingkap sentiasa
tertutup, langsir rapat dan tidak
dapat dilihat dari luar
Anda tidak perasan bahawa anda diperhatikan
oleh orang dari luar setiap kali anda berada
didalam bilik/penginapan anda
12. 11
Elakan menginap dalam
bangunan di kawasan
gempa/bencana
Walaupun ditawarkan diskaun 70%, menginap
didalam hotel yang retak, anda perlu mengelak,
lebih baik tidur dalam sleeping bag dalam
khemah di tengah padang, ianya lebih selamat
13. 12
Resit di alamat penginapan
seperti tertulis didalam visa
Kadang kala, anda ingin berjimat dan
mendapatkan penginapan lebih baik setelah
anda biasa dan lebih mengenali sesuatu tempat
tersebut, jadi anda ingin berpindah dari situ,
anda perlu pandai untuk adjust keperluan ini.
14. 13
Pastikan ada fasiliti
perhubungan dan air
Ada kawasan dimana anda akan terputus dari
dunia luar langsung dan lebih malang, tiada air
di tandas.
15. 14
Simpan alamat penginapan anda
dalam bahasa tempatan
Kalau anda tersesat, anda boleh minta bantuan
dari orang tempatan untuk menunjukkan jalan
ke penginapan anda dengan mudah, lebih cantik
kalau ada no telefon dan peta lokasi.
16. 15
Pastikan bilik anda ada TV
dengan siaran tempatan
Ketika kami di Peshawar, kami dapat maklumat
mengenai kejadian serangan bom dan perintah
berkurung dari TV. Ketika di Jepun, kami dapat
maklumat mengenai gempa dari TV tempatan.