SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
SYIRIK DIMURKAI OLEH ALLAH




        Pada zaman globalisasi yang penuh dengan tipu muslihat ini, pelbagai masalah yang timbul
dengan cepat bagai „ Virus Apedemik „ . Dewasa ini, kemajuan zaman telah menimbulkan pelbagai
konflik , impak daripada perbezaan fahaman dan amalan. Konflik yang timbul ialah syirik, ini kerana
masyarakat pada hari ini kurang pendedahan tentang agama islam dan implikasinya adalah perbuatan
yang menyimpang dari ajaran asal yang terjadi antara sedar atau tidak. Natijah dari ayat diatas kita
mestilah “ Sediakan payung sebelum hujan”.

         Syirik adalah bermaksud perbuatan mempersekutukan Allah dalam apa jua bentuk samada
perkataan , pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan sesuatu yang lain iaitu makhluk
bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah. Syirik ini pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu syirik
khafi (tersembunyi ) dan syirik jali (terang dan nyata ). Bagi syirik khafi pengertiannya adalah
perbuatan yang disebut dalam Al Quran dan Hadis sebagai syirik, tetapi belum sampai syirik jali.
Syirik kafi adalah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala
seseorang dan contoh syirik jenis ini adalah riak. Manakala syirik jali pula adalah mempersekutukan
sesuatu selain Allah sama dengan Allah dalam hal-hal yang merupakan hak khusus bagi-Nya. Syirik
ini terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap ke tahap kufur dan syirik
jali ini menghapuskan seluruh amal dan akan dibalas dengan neraka. Terdapat tiga keadaan yang
boleh menyebabkan syirik dan syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu
menerusi iktikad, menerusi perbuatan dan menerusi lidah atau perkataan.

        Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya perbuatan syirik ini dikalangan umat
manusia di zaman ini. Penyakit syirik ini bukan sahaja menjangkiti akal sahaja malahan ia juga
menjangkiti hati yang mana disifatkan oleh Rasulullah S. A.W sebagai raja kepada anggota badan
manusia. Sikap terlalu mengagungkan dan mensucikan sesuatu beriman dengan benda yang hanya
boleh dilihat dan lupa kepada yang tidak dapat dilihat juga menjadi punca kepada syirik. Selain itu
manusia yang terlalu mengikut hawa nafsu dan syahwat tanpa memikirkan batasan agama juga boleh
menyebabkan berlakunya syirik. Manusia yang merasakan dirinya besar, berkuasa dan mereka yang
sombong dari beribadat kepada Allah lebih mudah terpedaya dengan tipu daya syaitan dan terjebak
dengan perbuatan syirik. Selain itu wujudnya taghut yang disembah oleh manusia juga menjadi sebab
dan punca kepada syirik.

         Bahaya dan kesan daripada syirik ini amat jelas dan ketara sekali. Manusia yang tidak
berpegang teguh dengan ajaran agama Allah dan jauh dari mengamalkan Al Quran dan As sunnah
akan mudah terpesong akidah dan mempercayai amalan syirik ini. Antara kesan mengamalkan syirik
ini terhadap individu adalah akidah seseorang akan rosak apabila mengamalkan syirik dan mereka
yang mengamalkan syirik wajib bertaubat.Selain itu masa akan terbuang dengan aktivitiyang tidak
sihat dan minda seseorang yang mengamalkan syirik akan menyebabkan tindakan dan kelakuan tidak
dapat berfikir dengan baik. Allah S.W.T amat benci terhadap orang yang mengamalkan syirik,
kehidupan mereka tidak dirahmati Allah dan Allah tidak mengampuni dosa orang syirik, Allah telah
berfirman: Ertinya “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa orang syirik” ( An- Nisa :
48 dan 117 ). Allah juga akan menghapuskan segala amalan orang yang syirik, Allah berfirman :
Ertinya “ Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang
telah merekakerjakan.” ( Al- An‟am: 88 ). Manakala kesan terhadap masayarakat pula adalah
berlakunya perpecahan antara pengamal syirik dengan orang- orang islam, perpaduan tergugat kerana
sifat yang terlalu memuja syirik menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling dan
institusi kekeluargaan pula berlaku keretakan kerana perbezaan fahaman. Akhir sekali kesan bahaya
syirk ini terhadap negara pula dapat dilihat apabila negara mengalami kemunduran, masyarakat yang
mengamalkan syirik akan membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah dan terlalu
bergantung terhadap sumbangan orang lain untuk hidup. Selain itu negara juga tidak akan aman, ini
kerana amalan syirik boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi Negara.

         Telah banyak yang kita pelajari tentang pengamalan syirik ini serta kesan- kesan terhadap
manusia. Oleh itu kita seharusnya mengelak segala amalan yang membawa kepada syirik ini. Cara
untuk mengatasi amalan syirik ini adalah dengan menanamkan aqidah islam yang betul sejak anak-
anak masih kecil lagi. Jauhkan diri kita dari perkara –perkara yang boleh membawa kepada syirik dan
kefahaman tentang islam adalah perlu ditanamkan ke dalam jiwa anak-anak. Dengan ini pengajaran
bagi pengamal syirik yang dapat kita pelajari adalah mensyirikkan Allah bereti tidak mengesakan-
Nya dan merupakan dosa yang besar dan tidak akan diampunkan oleh Allah. Untuk masuk ke syurga,
seseorang itu hendaklah bersolat, mengeluarkan zakat, menghubungkan tali persaudaraan dan tidak
mensyirikkan Allah. Selain itu mematuhi perintah Allah adalah wajib dan menghindarkan seseorang
itu daripada masuk neraka. Orang yang mensyirikkan Allah wajib meminta ampun daripada Allah
kerana Allah itu Maha Pengampun, Allah berfirman: Ertinya “ Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang .” ( Al-Hujurat : 14 ).

         Setelah perbincangan secara terperinci terhadap konflik yang dihadapi, sesungguhnya syirik
amat dimurkai Allah S.W.T dan orang yang syirik mesti bertaubat nasuha iaitu sebenar-benar taubat,
mudah-mudahan dosanya dilenyapkan Allah. Sesungguhnya tiada tuhan selain Allah dan kita mesti
redha dengan segala suruhannya dan jauhi segala larangannya termasuk syirik. Sedangkan Rasulullah
sendiri takut syirik yang akan berlaku pada umatnya seperti sabda Nabi S.A.W: “Sesuatu yang aku
takuti ke atas kamu ialah syirik kecil, para sahabat bertanya apakah maksud syirik kecil itu?
Jawab Rasul: syirik kecil itu adalah riak”. Allah juga telah berjanji pada hambanya bahawa orang
yang syirik akan disumbatkan ke neraka separti firman- Nya: “Barang siapa yang menemui Allah
(mati) dalam keadaan tidak berbuat syirik kepada- Nya sedikitpun pasti masuk syurga, tetapi
sesiapa yang menemui Allah ( mati ) dengan keadaan mensyirikkan Allah pasti dia akan masuk
neraka”. Kita sebagai hamba Allah yang bertaqwa haruslah menanamkan kepatuhan terhadap
perintah Allah. Ibu bapa juga terlibat bagi mendidik anak-anak supaya taat segala perintah Allah.
Dakwah-dakwag perlu dilakukan supaya masyarakat sedar dari mimpi tentang nikmat syurga dan
betapa pedihnya azab neraka Allah. Oleh itu, masyarakat perlu bangkit daripada mimpi ngeri dan
tidak terjebak dengan syirik. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui tiap-tiap apa yang dilakukan
hambanya. Natijahnya, syirik hanya membawa kemurkaan Allah dalam hidup yang penuh tipu daya
ini.

More Related Content

What's hot

Kliping tentang menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan ...
Kliping tentang menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan ...Kliping tentang menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan ...
Kliping tentang menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan ...Rizky Maulana
 
Kelompok 1 larangan mendekati zina bab 5
Kelompok 1 larangan mendekati zina bab 5Kelompok 1 larangan mendekati zina bab 5
Kelompok 1 larangan mendekati zina bab 5faizalmahendri
 
Menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zina
Menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zinaMenjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zina
Menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zinaRizky Maulana
 
Bohong dan Hikmah Jujur
Bohong dan Hikmah JujurBohong dan Hikmah Jujur
Bohong dan Hikmah JujurAnnisa V
 
Presentation1 tugas agama
Presentation1 tugas agamaPresentation1 tugas agama
Presentation1 tugas agamaRina Sintia
 
Id islam agama_rahmat_keadilan
Id islam agama_rahmat_keadilanId islam agama_rahmat_keadilan
Id islam agama_rahmat_keadilanAbdul Algafur
 
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1Haryanti Puji
 
Mutiara tersembunyi warisan nabi
Mutiara tersembunyi warisan nabiMutiara tersembunyi warisan nabi
Mutiara tersembunyi warisan nabialishofie
 
Ketika syariah dan khilafah mendekat dan lebih dekat lagi
Ketika syariah dan khilafah mendekat dan lebih dekat lagiKetika syariah dan khilafah mendekat dan lebih dekat lagi
Ketika syariah dan khilafah mendekat dan lebih dekat lagiMuthmainnah Bantasyam
 

What's hot (17)

Kliping tentang menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan ...
Kliping tentang menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan ...Kliping tentang menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan ...
Kliping tentang menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan ...
 
Bab 5 pergaulan bebas dan zina
Bab 5 pergaulan bebas dan zinaBab 5 pergaulan bebas dan zina
Bab 5 pergaulan bebas dan zina
 
Kelompok 1 larangan mendekati zina bab 5
Kelompok 1 larangan mendekati zina bab 5Kelompok 1 larangan mendekati zina bab 5
Kelompok 1 larangan mendekati zina bab 5
 
Menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zina
Menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zinaMenjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zina
Menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zina
 
Bohong dan Hikmah Jujur
Bohong dan Hikmah JujurBohong dan Hikmah Jujur
Bohong dan Hikmah Jujur
 
Presentation1 tugas agama
Presentation1 tugas agamaPresentation1 tugas agama
Presentation1 tugas agama
 
Id islam agama_rahmat_keadilan
Id islam agama_rahmat_keadilanId islam agama_rahmat_keadilan
Id islam agama_rahmat_keadilan
 
Amanah
AmanahAmanah
Amanah
 
Hukum memakai jimat
Hukum memakai jimatHukum memakai jimat
Hukum memakai jimat
 
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
 
6.1.2012
6.1.20126.1.2012
6.1.2012
 
Perilaku Jujur
Perilaku JujurPerilaku Jujur
Perilaku Jujur
 
Pacaran....(gak lhaa yaaawww)
Pacaran....(gak lhaa yaaawww)Pacaran....(gak lhaa yaaawww)
Pacaran....(gak lhaa yaaawww)
 
Ciri
CiriCiri
Ciri
 
Agama Islam BAB 2 Kejujuran
Agama Islam BAB 2 KejujuranAgama Islam BAB 2 Kejujuran
Agama Islam BAB 2 Kejujuran
 
Mutiara tersembunyi warisan nabi
Mutiara tersembunyi warisan nabiMutiara tersembunyi warisan nabi
Mutiara tersembunyi warisan nabi
 
Ketika syariah dan khilafah mendekat dan lebih dekat lagi
Ketika syariah dan khilafah mendekat dan lebih dekat lagiKetika syariah dan khilafah mendekat dan lebih dekat lagi
Ketika syariah dan khilafah mendekat dan lebih dekat lagi
 

Viewers also liked

Viewers also liked (13)

Perkara perkara yang membatalkan iman
Perkara perkara yang membatalkan imanPerkara perkara yang membatalkan iman
Perkara perkara yang membatalkan iman
 
10.perilakutercela
10.perilakutercela10.perilakutercela
10.perilakutercela
 
Mastering Studi Islam
Mastering Studi IslamMastering Studi Islam
Mastering Studi Islam
 
perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya
perkara membatalkan iman dan cara mengatasinyaperkara membatalkan iman dan cara mengatasinya
perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya
 
syirik
syiriksyirik
syirik
 
Fenomena Syirik di Masyarakat
Fenomena Syirik di MasyarakatFenomena Syirik di Masyarakat
Fenomena Syirik di Masyarakat
 
Syirik
SyirikSyirik
Syirik
 
Tauhid vs Syirik
Tauhid vs SyirikTauhid vs Syirik
Tauhid vs Syirik
 
Syirik
SyirikSyirik
Syirik
 
Memahami syirik dalam islam
Memahami syirik dalam islamMemahami syirik dalam islam
Memahami syirik dalam islam
 
Syirik ppt
Syirik pptSyirik ppt
Syirik ppt
 
Akidah
AkidahAkidah
Akidah
 
PAI Kelas 11 : ''Menghindari Dosa Besar"
PAI Kelas 11 : ''Menghindari Dosa Besar"PAI Kelas 11 : ''Menghindari Dosa Besar"
PAI Kelas 11 : ''Menghindari Dosa Besar"
 

Similar to MURKA ALLAH

Khutbah manual (takut kepada allah 24 julai 2015)
Khutbah manual (takut kepada allah 24 julai 2015)Khutbah manual (takut kepada allah 24 julai 2015)
Khutbah manual (takut kepada allah 24 julai 2015)MOHD ARIFF AB RAZAK
 
Makalah tentang syirik
Makalah tentang syirikMakalah tentang syirik
Makalah tentang syirikamrin syahrafi
 
Syirik Modern.pdf
Syirik Modern.pdfSyirik Modern.pdf
Syirik Modern.pdfppgasr0004
 
POWERPOINT
POWERPOINTPOWERPOINT
POWERPOINTAlfa2712
 
Memahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaranMemahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaranMuhsin Hariyanto
 
20 kesalahan dalam beraqidah
20 kesalahan dalam beraqidah20 kesalahan dalam beraqidah
20 kesalahan dalam beraqidahAdhitya Ramadian
 
Menghindari Perbuatan Syirik
Menghindari Perbuatan SyirikMenghindari Perbuatan Syirik
Menghindari Perbuatan SyirikArza Mukhib
 
bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zinaR&R Darulkautsar
 
Rasuah mib assignment. essay
Rasuah mib assignment. essayRasuah mib assignment. essay
Rasuah mib assignment. essayzeref17
 
Makalah Implementasi iman dan taqwa dalam kehidupan modern
Makalah Implementasi iman dan taqwa dalam kehidupan modernMakalah Implementasi iman dan taqwa dalam kehidupan modern
Makalah Implementasi iman dan taqwa dalam kehidupan modernAchmad Syarief
 
PENYIMPANGAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA DAN SEKILAS TENTANG KEKUFURAN.pptx
PENYIMPANGAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA DAN SEKILAS TENTANG KEKUFURAN.pptxPENYIMPANGAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA DAN SEKILAS TENTANG KEKUFURAN.pptx
PENYIMPANGAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA DAN SEKILAS TENTANG KEKUFURAN.pptxardiansyahryyan04
 
Bahaya maksiat
Bahaya maksiatBahaya maksiat
Bahaya maksiatalaulawy
 
Bahaya maksiat
Bahaya maksiatBahaya maksiat
Bahaya maksiatalaulawy
 
Week 4 konsep syahadah&tuntutannya
Week 4 konsep syahadah&tuntutannyaWeek 4 konsep syahadah&tuntutannya
Week 4 konsep syahadah&tuntutannyaredrumming
 

Similar to MURKA ALLAH (20)

Khutbah manual (takut kepada allah 24 julai 2015)
Khutbah manual (takut kepada allah 24 julai 2015)Khutbah manual (takut kepada allah 24 julai 2015)
Khutbah manual (takut kepada allah 24 julai 2015)
 
19245815 perkara-yang-merosakkan-aqidah (1)
19245815 perkara-yang-merosakkan-aqidah (1)19245815 perkara-yang-merosakkan-aqidah (1)
19245815 perkara-yang-merosakkan-aqidah (1)
 
Makalah tentang syirik
Makalah tentang syirikMakalah tentang syirik
Makalah tentang syirik
 
Aik kel 7
Aik kel 7Aik kel 7
Aik kel 7
 
All
AllAll
All
 
Syirik Modern.pdf
Syirik Modern.pdfSyirik Modern.pdf
Syirik Modern.pdf
 
null.pptx
null.pptxnull.pptx
null.pptx
 
POWERPOINT
POWERPOINTPOWERPOINT
POWERPOINT
 
Memahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaranMemahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaran
 
20 kesalahan dalam beraqidah
20 kesalahan dalam beraqidah20 kesalahan dalam beraqidah
20 kesalahan dalam beraqidah
 
Menghindari Perbuatan Syirik
Menghindari Perbuatan SyirikMenghindari Perbuatan Syirik
Menghindari Perbuatan Syirik
 
bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zina
 
Pedoman Krr Islam
Pedoman Krr IslamPedoman Krr Islam
Pedoman Krr Islam
 
Tauhid bagian 2
Tauhid bagian 2Tauhid bagian 2
Tauhid bagian 2
 
Rasuah mib assignment. essay
Rasuah mib assignment. essayRasuah mib assignment. essay
Rasuah mib assignment. essay
 
Makalah Implementasi iman dan taqwa dalam kehidupan modern
Makalah Implementasi iman dan taqwa dalam kehidupan modernMakalah Implementasi iman dan taqwa dalam kehidupan modern
Makalah Implementasi iman dan taqwa dalam kehidupan modern
 
PENYIMPANGAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA DAN SEKILAS TENTANG KEKUFURAN.pptx
PENYIMPANGAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA DAN SEKILAS TENTANG KEKUFURAN.pptxPENYIMPANGAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA DAN SEKILAS TENTANG KEKUFURAN.pptx
PENYIMPANGAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA DAN SEKILAS TENTANG KEKUFURAN.pptx
 
Bahaya maksiat
Bahaya maksiatBahaya maksiat
Bahaya maksiat
 
Bahaya maksiat
Bahaya maksiatBahaya maksiat
Bahaya maksiat
 
Week 4 konsep syahadah&tuntutannya
Week 4 konsep syahadah&tuntutannyaWeek 4 konsep syahadah&tuntutannya
Week 4 konsep syahadah&tuntutannya
 

MURKA ALLAH

  • 1. SYIRIK DIMURKAI OLEH ALLAH Pada zaman globalisasi yang penuh dengan tipu muslihat ini, pelbagai masalah yang timbul dengan cepat bagai „ Virus Apedemik „ . Dewasa ini, kemajuan zaman telah menimbulkan pelbagai konflik , impak daripada perbezaan fahaman dan amalan. Konflik yang timbul ialah syirik, ini kerana masyarakat pada hari ini kurang pendedahan tentang agama islam dan implikasinya adalah perbuatan yang menyimpang dari ajaran asal yang terjadi antara sedar atau tidak. Natijah dari ayat diatas kita mestilah “ Sediakan payung sebelum hujan”. Syirik adalah bermaksud perbuatan mempersekutukan Allah dalam apa jua bentuk samada perkataan , pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan sesuatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah. Syirik ini pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu syirik khafi (tersembunyi ) dan syirik jali (terang dan nyata ). Bagi syirik khafi pengertiannya adalah perbuatan yang disebut dalam Al Quran dan Hadis sebagai syirik, tetapi belum sampai syirik jali. Syirik kafi adalah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang dan contoh syirik jenis ini adalah riak. Manakala syirik jali pula adalah mempersekutukan sesuatu selain Allah sama dengan Allah dalam hal-hal yang merupakan hak khusus bagi-Nya. Syirik ini terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap ke tahap kufur dan syirik jali ini menghapuskan seluruh amal dan akan dibalas dengan neraka. Terdapat tiga keadaan yang boleh menyebabkan syirik dan syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu menerusi iktikad, menerusi perbuatan dan menerusi lidah atau perkataan. Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya perbuatan syirik ini dikalangan umat manusia di zaman ini. Penyakit syirik ini bukan sahaja menjangkiti akal sahaja malahan ia juga menjangkiti hati yang mana disifatkan oleh Rasulullah S. A.W sebagai raja kepada anggota badan manusia. Sikap terlalu mengagungkan dan mensucikan sesuatu beriman dengan benda yang hanya boleh dilihat dan lupa kepada yang tidak dapat dilihat juga menjadi punca kepada syirik. Selain itu manusia yang terlalu mengikut hawa nafsu dan syahwat tanpa memikirkan batasan agama juga boleh menyebabkan berlakunya syirik. Manusia yang merasakan dirinya besar, berkuasa dan mereka yang sombong dari beribadat kepada Allah lebih mudah terpedaya dengan tipu daya syaitan dan terjebak dengan perbuatan syirik. Selain itu wujudnya taghut yang disembah oleh manusia juga menjadi sebab dan punca kepada syirik. Bahaya dan kesan daripada syirik ini amat jelas dan ketara sekali. Manusia yang tidak berpegang teguh dengan ajaran agama Allah dan jauh dari mengamalkan Al Quran dan As sunnah akan mudah terpesong akidah dan mempercayai amalan syirik ini. Antara kesan mengamalkan syirik ini terhadap individu adalah akidah seseorang akan rosak apabila mengamalkan syirik dan mereka yang mengamalkan syirik wajib bertaubat.Selain itu masa akan terbuang dengan aktivitiyang tidak sihat dan minda seseorang yang mengamalkan syirik akan menyebabkan tindakan dan kelakuan tidak dapat berfikir dengan baik. Allah S.W.T amat benci terhadap orang yang mengamalkan syirik, kehidupan mereka tidak dirahmati Allah dan Allah tidak mengampuni dosa orang syirik, Allah telah berfirman: Ertinya “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa orang syirik” ( An- Nisa : 48 dan 117 ). Allah juga akan menghapuskan segala amalan orang yang syirik, Allah berfirman : Ertinya “ Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah merekakerjakan.” ( Al- An‟am: 88 ). Manakala kesan terhadap masayarakat pula adalah
  • 2. berlakunya perpecahan antara pengamal syirik dengan orang- orang islam, perpaduan tergugat kerana sifat yang terlalu memuja syirik menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling dan institusi kekeluargaan pula berlaku keretakan kerana perbezaan fahaman. Akhir sekali kesan bahaya syirk ini terhadap negara pula dapat dilihat apabila negara mengalami kemunduran, masyarakat yang mengamalkan syirik akan membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah dan terlalu bergantung terhadap sumbangan orang lain untuk hidup. Selain itu negara juga tidak akan aman, ini kerana amalan syirik boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi Negara. Telah banyak yang kita pelajari tentang pengamalan syirik ini serta kesan- kesan terhadap manusia. Oleh itu kita seharusnya mengelak segala amalan yang membawa kepada syirik ini. Cara untuk mengatasi amalan syirik ini adalah dengan menanamkan aqidah islam yang betul sejak anak- anak masih kecil lagi. Jauhkan diri kita dari perkara –perkara yang boleh membawa kepada syirik dan kefahaman tentang islam adalah perlu ditanamkan ke dalam jiwa anak-anak. Dengan ini pengajaran bagi pengamal syirik yang dapat kita pelajari adalah mensyirikkan Allah bereti tidak mengesakan- Nya dan merupakan dosa yang besar dan tidak akan diampunkan oleh Allah. Untuk masuk ke syurga, seseorang itu hendaklah bersolat, mengeluarkan zakat, menghubungkan tali persaudaraan dan tidak mensyirikkan Allah. Selain itu mematuhi perintah Allah adalah wajib dan menghindarkan seseorang itu daripada masuk neraka. Orang yang mensyirikkan Allah wajib meminta ampun daripada Allah kerana Allah itu Maha Pengampun, Allah berfirman: Ertinya “ Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang .” ( Al-Hujurat : 14 ). Setelah perbincangan secara terperinci terhadap konflik yang dihadapi, sesungguhnya syirik amat dimurkai Allah S.W.T dan orang yang syirik mesti bertaubat nasuha iaitu sebenar-benar taubat, mudah-mudahan dosanya dilenyapkan Allah. Sesungguhnya tiada tuhan selain Allah dan kita mesti redha dengan segala suruhannya dan jauhi segala larangannya termasuk syirik. Sedangkan Rasulullah sendiri takut syirik yang akan berlaku pada umatnya seperti sabda Nabi S.A.W: “Sesuatu yang aku takuti ke atas kamu ialah syirik kecil, para sahabat bertanya apakah maksud syirik kecil itu? Jawab Rasul: syirik kecil itu adalah riak”. Allah juga telah berjanji pada hambanya bahawa orang yang syirik akan disumbatkan ke neraka separti firman- Nya: “Barang siapa yang menemui Allah (mati) dalam keadaan tidak berbuat syirik kepada- Nya sedikitpun pasti masuk syurga, tetapi sesiapa yang menemui Allah ( mati ) dengan keadaan mensyirikkan Allah pasti dia akan masuk neraka”. Kita sebagai hamba Allah yang bertaqwa haruslah menanamkan kepatuhan terhadap perintah Allah. Ibu bapa juga terlibat bagi mendidik anak-anak supaya taat segala perintah Allah. Dakwah-dakwag perlu dilakukan supaya masyarakat sedar dari mimpi tentang nikmat syurga dan betapa pedihnya azab neraka Allah. Oleh itu, masyarakat perlu bangkit daripada mimpi ngeri dan tidak terjebak dengan syirik. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui tiap-tiap apa yang dilakukan hambanya. Natijahnya, syirik hanya membawa kemurkaan Allah dalam hidup yang penuh tipu daya ini.