Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Rasuah mib assignment. essay

7,980 views

Published on

  • Be the first to comment

Rasuah mib assignment. essay

  1. 1. Page |1 Tajuk 7 : Peranan M.I.B Dalam Menangani Membanteraskan Rasuah. PENGENALAN.Definisi rasuah (ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri ataumemperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dankepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Rasuah yang wujud dalam bidang politik danpentadbiran mungkin berbentuk sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Bagimewujudkan sebuah kerajaan yang jujur, efisien lagi amanah itu, maka atas titah perkenanBaginda (Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal BolkiahMu‟izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam) , satu badanpencegah rasuah telah ditubuhkan yang dinamakan “Biro Mencegah Rasuah”.Rasuah tidaksekadar memudahkan atau menggalakkan jenayah seperti pemalsuan wang, cetak rompak, danpenyeludupan.Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama.Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:- “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta(orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamumenghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan(atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamumengetahui (salahnya)”.Istilah Rasuah : Perkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi “ al-risywah”Dalam Alquran rasuah digolongkan dalam kata umum batil. apa sahaja istilah mengenainyaadalah sama sahaja iaitu menerima imbalan sebelum atau sesudah sesuatu jasa diberikan. jenis‘hadiah semacam’ telah diterima sebagai pemberian biasa yang bukan rasuah. Jenis hadiah inidikatakan berpatutan sebagai membalas jasa orang yang telah membantu seseorang yang lainterutama jika yang membantu itu mempunyai kuasa. Seperti kata pepatah: “Orang berbudi kitaberbahasa, orang memberi kita merasa”. Demikian pepatah Melayu membenarkan tindakan.Pokok pangkalnya ‘ikhlas’. Ikhlas yang memberi, dan ikhlas pula yang menerima. Tetapi, tidakdemikian pula halnya dari kaca mata undang-undang dan hukum-hukum Islam. Istilah-istilah
  2. 2. Page |2seumpama itu dianggap mempunyai pengertian buruk. Yang berbuat hal-hal seperti itu dianggapmelakukan kesalahan.Wujudnya konsep MIB adalah untuk menegakkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam yangberlandaskan Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam. Dengan adanyapegangan konsep MIB pada seseorang, ianya boleh menjauhkan seseorang itu terlibat dengankegiatan rasuah.Maksud hadis “Rasuah Berleluasa”Daripada Muaz bin Jabal ra berkata, aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda, " Ambillahpemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuahdalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun, kenyataannya kamu tidakakan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untukmengambilnya." (H.R At-Thabrani dan Abu Nuaim)Keterangan Hadis.Di akhir zaman rasuah akan menjadi-jadi pada masyarakat dan wang mempunyai kuasa untukmembeli pangkat dan kedudukan dan wang juga diperlukan untuk mendapat kemudahan daripihak yang berpangkat dan berkuasa. Wang telah menjadi Tuhan yang disembah oleh setiaporang yang tamak dan rakus.Dalam keadaan yang sebegini rupa, orang sudah tidak mempedulikan sesiapa. Maka musnahlahakhlak dan runtuhlah segala budi dan yang wujud hanyalah kezaliman dan penindasan dari setiaplapisan terhadap lapisan yang memerlukannya.Jenis-jenis rasuah adalah seperti sesuatu yang dengannya menyampaikan kepada mengambilsesuatu tanpa hak, seperti sesuatu yang disogok oleh seseorang kepada pemerintah/penguasa ataupihak yang bertanggungjawab untuk memperolehi pengguguran terhadap sesuatu yangsemestinya ditunaikan. Ini adalah dari jenis rasuah yang paling teruk dan besar dosa danmudaratnya kepada masyarakat Islam.Inilah yang dimaksudkan oleh Firman Allah:"Dan janganlah kamu makan hartabenda kamu di antara kamu dengan batil dan kamu ajukanperkara itu kepada penguasa (hakim) dengan maksud supaya kamu makan sebahagian dari
  3. 3. Page |3harta orang lain dengan dosa, sedangkan kamu mengetahui." (al-Baqarah: 188)(Lihat al-Feqhul Wadhih, vol 2, Dr. Muhmad Bakr Ismail, hal.610)Jenis jenis rasuah yang lain ialah seperti sogokan yang dapat menghilangkan hak dari pemiliknyasebagai tindakan balas dendam kerana cemburu, dengki. Jenis ini ada kemiripan dengan jenisyang pertama saya huraikan diatas tersebut, Satu jenis rasuah yang selalu berlaku di kalanganmasyarakat kita ialah. sogokan yang diberikan untuk memperolehi satu-satu jawatan ataupekerjaan dan sebagainya.Amalan rasuah merupakan suatu bentuk gejala sosial yang wajib ke atas setiap individumencegahnya. Ini kerana rasuah itu banyak memberi kesan yang buruk, bukan sahaja terhadapindividu bahkan juga kepada masyarakat dan negara.1. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Individu:(i) Kehilangan pekerjaan.(Kerana ditangkap menerima rasuah)(ii) Kejatuhan moral atau maruah.(Masyarakat akan memandang rendah kearah orang yangmenerima rasuah)(iii) Menerima hukuman.(Hukuman yang sepatutnya akan dijalankan kepada orang yangmenerima rasuah)(iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.(iv) Keluarga terabai.2. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Masyarakat:(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.(iii) Membebankan golongan orang susah.(iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagimembantu rakyat miskin diselewengkan.
  4. 4. Page |43. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Negara:(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.(ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.(iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.(iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.(v) Mengurangkan pendapatan negara.(vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.Kesan-kesan yang lain yang kesannya terhadap diri sendiri dan keluarga ialah orang nyamenerima rasuah itu memakan duit haram, Orang yang menerima rasuah itu (Sama ada sipemberi atau si penerima) tidak akan sesekali masuk syurga, Segala dan apa segi amalan orangyang menerima rasuah itu akan ditolak, Akan mendapat laknat daripada Allah SubhannahuWa’taala dan rasul rasulnya Dan orang yang menerima rasuah ataupun pemberinya akanmendapat azab di akhirat nanti, Seperti dalam firman dibawah ini sabdanya :-Riwayat Imam al-Thabrani , Daripada Abdullah bin ‘Amru, Rasullulallah Sallallahu ‘alaihiwassalam bersabda:- “Pemberi dan penerima rasuah (Tempat mereka adalah di dalamneraka)”Terdapat pelbagai punca yang boleh dikenal pasti mengakibatkan gejala rasuah ini semakinberleluasa. Antaranya ialah, akibat arus modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidakdiseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Gejalarasuah turut berpunca dari kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yanglemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas danterbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalamhadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yangmemberikan jalan terhadap kedua-duanya”.“Dan janganlah ada diantara kalian yang memakan harta benda sebahagian yang lain denganjalan yang batil, dan janganlah menggunakannya sebagai umpan (untuk menyuap) para hakim
  5. 5. Page |5dengan maksud agar kalian dapat memakan harta orang lain dengan jalan dosa, padahal kalianmengetahui (hal itu)” [TMQ Al Baqarah (2): 188].Faktor luaran dan dalaman terjadinya rasuah ialah berpunca daripada kelemahan dalam diriindividu seperti mempunyai sikap tamak, ingin cepat kaya, berbelanja melebihi pendapatan danhidup mewah. Selain itu, kelemahan dalaman sesebuah organisasi akibat dari kepimpinan yanglemah, sistem dan prosedur yang tidak telus, kerenah birokrasi serta kuasa budi bicara yang luasmenyebabkan ruang dan peluang rasuah terbuka luas. Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis–habisan dari awal lagi akan memberi kesanburuk terhadap sistem pentadbiran negara . Penyakit ini juga akan turut menggugat kestabilansosial negara . Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asingterhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini . Rasuahjuga tidak boleh dimulakan kerana akan berlarutan dan ketagihan. Rasuah menyebabkan seseorang menjual prinsip , maruah dan harga diri . Masyarakat yangmengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah ditetapkan .Adabanyak langkah langkah dalam menegani dan membanteras masalah gejala rasuah ini.Sudah pasti tindakan awal dalam menangani / mencegah gejala rasuah ialah kerajaan perlumembuktikan kesungguhan mereka dalam menangani masalah ini dengan menahan, mendakwadan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masihberanggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidakdibawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat akan keikhlasankerajaan menangani isu ini.Tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberipetanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkanmereka untuk melakukan jenayah ini.Langkah seterusnya dalam menangani gejala rasuah ini adalan dengan memperkuatkanpenerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikannegara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Semua konsep yang baik dijelaskan
  6. 6. Page |6kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negaradaripada ancaman rasuah ini.Sebagai seorang yang beragama Islam perlu memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri kitauntuk mengelakkan diri daripada gejala rasuah ini. Keimanan dan keperibadian yang tinggiadalah benteng yang paling ampuh untuk membanteras gejala rasuah. Pihak sekolah juga perlumemainkan peranan penting untuk mendidik anak-anak bangsa supaya menjauhi gajala ini.Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zamanpersekolahan lagi.Biro Mencegah Rasuah (BMR) ditubuhkan pada 1 Februari 1982 oleh Kerajaan Kebawah DuliYang Maha Mulia di bawah Perintah Darurat (Pencegahan Rasuah) 1981. Pada tahun 1984,berikutan kemerdekaan Negara Brunei Darussalam, undang-undang Negara Brunei Darussalamtelah disusun semula dan Perintah Darurat (Pencegahan Rasuah) 1981 sekarang dikenali sebagaiAkta Pencegahan Rasuah (Penggal 131). Sepanjang 25 tahun penubuhannya, BMR telahmenggunakan dan memperkenalkan langkah-langkah dan pendekatan di dalam usaha untukmencegah rasuah dan juga meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya rasuah.Kepada siapa yang menerima sebarang suapan diberikan, dijanjikan atau ditawarkan dengansecara tidak jujur hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas itu melaporkanpemberian, janji atau tawaran, serta nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikanatau menawarkan suapan itu kepadanya, kepada pegawai biro yang berdekatan sekali, dan jikadia gagal berbuat demikian tanpa alasan yang menasabah ia adalah bersalah dan boleh, jikadidapati sabit kesalahannya, hukuman denda maksima ialah hukum penjara 7 tahun dan hukumdenda tidak melebihi $30,000 atau kedua-kedua hukuman mengikut akta pencegahan rasuah(penggal 131).Hukuman yang diberikan oleh pihak biro pencegah rasuah adalah supaya memberikan kesedarankepada setiap orang terutama sekali kepada kalangan muda belia dan kanak-kanak akan ancamandan keburukan rasuah, sebab mereka ini adalah bakal pemimpin pada masa akan datang.Pegawai-pegawai kerajaan janganlah terlalu bermesra-mesra dengan orang-orang yang adahubungan rasmi dengan mereka atau yang mempunyai kepentingan-kepentingan dengan jabatanmereka. kerana ini akan menimbulkan rasa ‘ terhutang budi’ dan akhirnya ingin pula membalas
  7. 7. Page |7budi yang berkemungkinan akan mempengaruhi keputusan-keputusan yang mereka buat dalammenjalankan tugas mereka. Ini yang menyebabkan berlakunya rasuah . Statistik rasuah Di Negara Brunei DarussalamPenyelidikan telah pun dibuat di Pejabat kehakiman, Kementerian Undang-Undang NegaraBrunei Darussalam mengenai jumlah orang yang telah sabit di bawah kesalahan 6 (c) AktaPencegahan Rasuah, Penggal 131 dari lima tahun kebelakangan iaitu 1986, 1987, 1988, 1989 dan1990 sebagaimana yang tercatat seperti berikut:TAHUN JUMLAH1986 19 orang1987 11 orang1988 10 orang1989 5 orang1990 3 orangStatistik diatas menunjukkan gejala rasuah semakin berkurangan tahun ke tahun, menunjukkanbahawa sistem Pencegah Rasuah penggal 131 (B.M.R) adalah efektif dalam menangani gejalarasuah yang berlaku di Negara Brunei Darussalam. Kesimpulan.Walaupun Biro Mencegah Rasuah berjaya menangkap dan membawa orang yang terlibat denganrasuah ke muka pengadilan, tetapi mungkin banyak lagi yang boleh ditakrifkan kepada kesrasuah yang membabitkan perlakuan seperti penyelewengan , penyalahgunaan kuasa dankecurangan yang dilakukan sama ada secara sedar atau tidak.Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab setiap ketua organisasi mengambil langkahyang strategik dan tegas untuk membanteras perlakuan ini sebagai usaha pencegahan rasuahdalam sesebuah organisasi.
  8. 8. Page |8Melayu Islam BerajaTajuk 7 : Sejauh Manakah Peranan MIB DalamMenangani Membanteraskan Rasuah.Group : DIP ‘1’ Marine Engineering .Dibuat Oleh :Qamarul Arifin Bin Hj AffandyMuhd Waie bin Mohd NoorMohamad Nazri bin RamliMohammad Azizan bin Hj OthmanBrian Lee Tseen Kkui

×