SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN INTEGRATED MANAGEMENT
SYSTEM (IMS) APACC DI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM
SHAH (POLIMAS): SATU TINJAUAN
Normah bt Cheman
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah
(norcheman92@gmail.com)
Ruslinawati bt Abdul Ghani
Jabatan Pengajian Am
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah
(ruslina007@gmail.com)
Zaiton bt Arifin
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah
(zaifin5638@gmail.com)
ABSTRAK
Akreditasi Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC) merupakan
satu-satunya akreditasi khusus bagi institusi TVET. Pencapaian tahap III-Emas oleh
sesebuah institusi pendidikan yang berasaskan TVET secara langsung membuktikan bahawa
sistem pengajian politeknik telah berupaya mencapai standard yang ditetapkan di peringkat
antarabangsa. Secara langsung bermakna graduan dari sistem pengajian politeknik mampu
bersaing sehingga di persada antarabangsa. Pencapaian itu juga bertepatan dengan
perancangan politeknik bagi mencapai lonjakan keempat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu melahirkan graduan Program Pendidikan
Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang berkualiti. Justeru itu, POLIMAS telah
membina model perancangan yang komprehensif dan diaplikasikan. Sehubungan dengan itu,
kajian berbentuk kuantitatif dan kualitatif ini dilaksanakan untuk meninjau keberkesanan
penggunaan ‘APACC Integrated Management System’ dalam merancang, melaksana,
menyemak dan melakukan tindakan penambahbaikan dalam persediaan menghadapi audit
akreditasi APACC sehingga POLIMAS berupaya mencapai tahap III-Emas dalam audit
APACC. Kajian ini juga memberi kepentingan dan maklumat kepada organisasi untuk
mencapai objektifnya. Seiring dengan itu, Fisher C.D et al. (1990) menyatakan penilaian
sebagai satu proses untuk menentukan sejauh mana aktiviti latihan yang dijalankan telah
mencapai matlamat yang ditetapkan. Objektif asas penilaian ialah menentukan sama ada
latihan tersebut telah mencapai objektifnya atau tidak. Secara ringkasnya, inisiatif
pengantarabangsaan merupakan pendekatan yang mesti diambil supaya institusi ini berada
sebaris dengan institusi TVET di luar negara.
Kata kunci: APACC, penggunaan IMS, teknologi maklumat, TQM, teori Deming.
e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
1.0 PENDAHULUAN
Jabatan Pendidikan Politeknik, KPT mensasarkan pencapaian akreditasi APACC yang
merupakan sebuah badan di bawah Colombo Plan Staff College for Technician Education
(CPSC) secara langsung berupaya memudahkan mobiliti graduan Politeknik Malaysia ke
negara-negara Asean. CPSC yang dianggotai oleh 17 buah negara rantau Asia Pasifik telah
memulakan inisiatif bagi penubuhan APACC pada bulan Disember 2004 di Seoul, Republik
Korea. 17 buah negara keahlian CPSC telah memberi komitmen mereka untuk
membangunkan satu badan serantau bagi memberi akreditasi dan persijilan kepada institusi
Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET). Antara prinsip asas inisiatif
akreditasi dan persijilan APACC adalah mengharmonikan kualiti pendidikan TVET,
mewujudkan standard setara dalam kemahiran yang diajari di institusi TVET rantau Asia
Pasifik dan memudahcara mobiliti pekerja di rantau Asia dan Pasifik.
Sehubungan dengan itu, didapati menerusi statistik yang dikeluarkan oleh pihak CPSC pada
tahun 2013, 87 buah institusi dari 8 buah negara telah memohon untuk mencapai akreditasi
APACC. Dari 87 buah itu hanya 29 buah sahaja (33.3%) telah berjaya memperolehi
akreditasi APACC. Dari 29 buah itu hanya 3 institusi (3.4%) yang berupaya mencapai Tahap
II - Perak dari keseluruhan institusi yang memohon. Selebihnya 26 buah (29.8%)
memperolehi Tahap I - Gangsa. Pada tahun 2014 Politeknik Malaysia menjadi institusi TVET
pertama di Asia Pasifik yang mencapai Tahap III - Emas. Antaranya Politeknik Ungku Omar
(PUO), Perak, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Selangor dan Politeknik
Ibrahim Sultan (PIS), Johor. Pada tahun berikutnya, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
(POLISAS), Pahang, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Perak, Politeknik Seberang Perai
(PSP), Pulau Pinang dan Politeknik Kota Bharu (PKB), Kelantan. Setelah itu pada 2016,
Politeknik Port Dickson pula berjaya dalam audit ini. Politeknik Sultan Abdul Halim
Muad’zam Shah (POLIMAS) merupakan Politeknik Malaysia ke-sembilan mendapat
anugerah tersebut pada bulan Disember 2017. Dalam konteks ini, ia merupakan satu kaedah
untuk mengukur kecemerlangan institusi pengajian politeknik adalah dengan membuat
perbandingan dengan institusi seumpamanya di peringkat antarabangsa. Justeru,
penandarasan melalui APACC menunjukkan sembilan daripada empat belas institusi TVET
dalam rantau Asia Pasifik yang mendapat tahap emas adalah daripada kalangan Politeknik
Malaysia. Dalam konteks ini, ia adalah sejajar dengan usaha politeknik untuk melahirkan
graduan TVET yang berkualiti menerusi program transformasi ekonomi (ETP), Malaysia
perlu peningkatan 2.5 kali ganda enrolmen TVET menjelang 2025. Walau bagaimanapun,
penawaran terhadap pekerja TVET tidak mencukupi dalam 10 daripada 12 sektor Bidang
Ekonomi Utama Negara (NKEA) ketika ini. Tambahan pula, TVET dianggap kurang
menarik berbanding dengan pendidikan universiti yang konvensional. Ini menyebabkan
jumlah pelajar laluan TVET masih rendah, terutamanya yang berkelayakan tinggi. Justeru,
Malaysia perlu beralih daripada sistem pendidikan tinggi yang hanya menumpu kepada
pendidikan universiti yang konvensional, sebagai satu-satunya laluan kerjaya, kepada dua
laluan berasingan yang mengambilkira TVET.
Seiring dengan itu, didapati akreditasi APACC telah mendatangkan penambahbaikan mutu
dalam perkhidmatan institusi TVET. Antara peningkatan tersebut merangkumi tujuh kriteria
iaitu Governan (C1), Pengajaran dan Pembelajaran (C2), Fakulti dan Staf (C3), Penyelidikan
dan Pembangunan (C4), Image dan Sustainablity(C5), Resources (C6) dan Support to
Students (C7). Ia adalah selaras dengan misi CPSC yang menyatakan bahawa, “as a
commission established by CPSC, the APACC aims to accredit and certify the TVET
e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
institutions for human resources development through the standardization and harmonization
of education and training systems which will facilities the mobility of the workforce across
national borders in Asia and the Pacific region”. Menerusi pernyataan ini jelaslah bahawa
akreditasi APACC adalah sebagai badan penyelarasan sumber manusia melalui
penyeragaman dan harmonisasi sistem pendidikan dan latihan. Dengan ini, akreditasi
APACC adalah tanda kualiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan
itu, dalam usaha untuk mencapai tahap III-Emas oleh sesebuah institusi pendidikan yang
berasaskan TVET, POLIMAS telah melaksanakan ‘APACC Integrated Management System’
dalam merancang, melaksana, menyemak dan melakukan tindakan penambahbaikan dalam
persediaan menghadapi audit akreditasi APACC sehingga POLIMAS berupaya mencapai
tahap III-Emas dalam audit APACC. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk meninjau
keberkesanan penggunaan sistem tersebut.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini adalah untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam serta
menyeluruh tentang keberkesanan proses serta amalan ke arah pencapaian tahap III- Emas
dalam akreditasi yang merangkumi;
a. Mengenalpasti mengikut peratus penglibatan komuniti POLIMAS dalam
Kumpulan Kerja APACC
b. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan media melalui ketepatan pengurusan
masa perlaksanaan aktiviti APACC
c. Membandingkan pencapaian kumpulan kerja mengikut kriteria dalam mock audit
APACC
3.0 LITERATURE REVIEW
John W. Creswell dalam karyanya menyatakan, penyelidik perlu menghuraikan penyelidikan
yang dilakukannya secara kritis, merumuskan idea-idea penting serta menghasilkan tema
utama, arah, kritikan dan sebagainya.(Cooper,1984; Marshall & Rossman, 2006)
menyatakan bahawa penyelidik juga perlu menyatakan kawasan yang belum diselidiki
dengan teliti. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah melaksanakan sistem Integrated
Management System (IMS). Didapati sistem IMS adalah penting dalam usaha untuk
mencapai akreditasi APACC. Menerusi kajian yang dilaksanakan ini dikenalpasti terdapat
beberapa proses atau aktiviti yang penting untuk diberi perhatian dalam sistem IMS ini.
Antaranya Total Quality Management (TQM) dan pusingan Deming. Begitu juga,
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menyampaikan maklumat
berkaitan kerja samaada dalam waktu bekerja atau selepas waktu kerja.
Dalam konteks ini, isu kualiti (TQM) menjadi satu perkara yang amat penting bagi sesebuah
organisasi kerana persaingan pada zaman sains dan teknologi ini tidak lagi berdasarkan
kepada harga tetapi (berdasarkan kepada) kualiti. Menurut Kanji et.all (1998), TQM
merupakan satu cara hidup bagi sebuah organisasi yang komited kepada kepuasan pelanggan
dan usaha ini dilakukan melalui proses peningkatan berterusan. Ia merupakan satu budaya
korporat yang bercirikan peningkatan ke atas kepuasan pelanggan melalui penekanan
terhadap aktiviti peningkatan berterusan yang melibatkan penyertaan semua pekerja dalam
organisasi tersebut dengan aktif. Seiring dengan itu, pihak pengurusan memainkan peranan
e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
penting dalam memastikan wujudnya penyertaan dari semua pihak yang terlibat dalam
organisasi tersebut. Kaedah ini adalah bertepatan dengan Islam sebagai satu cara hidup yang
sempurna, menekankan ke atas pencapaian matlamat di dunia dan akhirat. Oleh itu, sudah
semestinya ia menekankan kualiti dan peningkatannya dalam pengeluaran produk atau
perkhidmatan. Ini disokong oleh Surah al-A'raf, ayat 157 dan satu hadis yang diriwayatkan
oleh Bayhaqi yang bermaksud: "Allah itu bagus dan cantik. Dia tidak menerima kecuali yang
bagus dan cantik." Terdapat lagi satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang juga
menyokong kenyataan ini iaitu: "Allah telah menetapkan bahawa dalam setiap perkara ada
cara yang baik.."
Demikianlah juga, peningkatan pusingan Deming juga penting dalam IMS. Pusingan Deming
(Deming, 1982) atau lebih dikenali sebagai pusingan PDCA (Plan, Do, Check, Act) atau
Shewart. Konsep peningkatan proses adalah sesuai dengan pusingan Deming yang tidak
berhenti dan berterusan untuk meningkatkan kesemua perkara dengan menggunakan inovasi
yang tidak berkesudahan. Pusingan Deming mengandungi empat peringkat utama iaitu
rancang, buat, periksa dan bertindak secara berturutan antara satu sarna lain dan proses ini
akan berterusan. Antara teknik yang digunapakai adalah statistik seperti rajah tulang ikan,
carta bar, carta perbatuan, rajah pareto, rajah pai, rajah taburan atau SPC akan dipilih sesuai
dengan proses-proses sebagai alat untuk membantu organisasi dalam mengawal kualiti agar
ia dapat mencapai atau melampaui piawai yang telah ditentukan oleh mereka. Antara perkara
penting dalam pengurusan Deming (Deming, 1982) adalah wujudkan ketetapan matlamat ke
arah peningkatan mutu bahan dan perkhidmatan, sentiasa menambahbaikkan sistem
pengeluaran dan perkhidmatan, hapuskan perasaan takut dan binakan kepercayaan.
Seterusnya, laksanakan transformasi turut diperkatakan oleh Deming. Transformasi
memerlukan satu kumpulan tenaga pekerja yang besar serta kerjasama setiap orang
berdasarkan prinsip "menang-menang".
Dalam konteks ini, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga memainkan peranan yang
penting. ICT membolehkan pengguna untuk membuat, mengakses, menyebar, menyimpan,
mengurus, dan menyampaikan maklumat dalam format digital. Antara media sosial yang
diguna sebagai jaringan komunikasi adalah facebook, MySpace, Friendstar, Bebo, WeChat,
Whatsapp, Telegram dan lain-lain komunikasi elektronik yang membolehkan pengguna
mengadakan komuniti maya atau atas talian untuk berkongsi maklumat, idea, mesej, video
dan sebagainya. Justeru itu, kemajuan ICT telah menjadikan media sosial sebagai medium
komunikasi utama oleh kebanyakan pekerja dalam menyelesaikan urusan harian mereka. Ini
kerana media sosial sangat mudah dan cepat untuk menyampaikan maklumat serta
mempunyai kemampuan menghantar mesej dalam pelbagai format maklumat seperti teks,
gambar, video dan sebagainya (Siti Ezaleila 2013). Jelas, penggunaan media sosial tidak
hanya digunakan untuk bersosial semata-mata tetapi telah mula digunakan untuk urusan
pekerjaan. Ia selaras dengan pandangan Farzana (Farzana et al. 2015) bahawa penggunaan
media sosial dalam pekerjaan dan organisasi meningkat secara mendadak mutakhir ini. Ia
juga seiring dengan kajian yang dilakukan oleh enjin pencarian pekerjaan dalam talian,
jobstreet.com di dapati bahawa 54 peratus daripada responden yang terdiri daripada pekerja
di seluruh negara yang mengambil bahagian dalam kajian tersebut masih menerima arahan
daripada majikan masing-masing meskipun di luar waktu pejabat termasuk ketika bercuti
(Utusan Online, 2013). Justeru itu, pengkaji mendapati sistem IMS ini telah berjaya
dilaksanakan yang merangkumi Total Quality Management (TQM), pusingan Deming dan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menyampaikan maklumat
berkaitan kerja samaada dalam waktu bekerja atau selepas waktu kerja. Kejayaan POLIMAS
e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
mencapai tahap III- Emas dalam akreditasi merupakan ukuran kepada kejayaan sistem IMS
ini.
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Jenis kajian ini ialah penyelidikan kualitatif yang cenderung kepada metode pengumpulan
data melalui pemerhatian ataupun penganalisisan kandungan dokumen yang berkaitan.
Menurut Noraini Idris, penyelidikan kualitatif merupakan usaha menjawab perkara-perkara
yang tidak mungkin dapat dijawab menerusi penyelidikan kuantitatif serta memberi
gambaran dari perspektif yang tidak dapat diukur secara kuantiti.
Metode pengumpulan data juga telah diguna oleh pengkaji. Metodologi bererti Sains (ilmu
pengetahuan) bagi mencari jawapan. Ia berasal dari perkataan Yunani yang terdiri dari dua
perkataan iaitu metodeos bererti cara atau jalan dan logos membawa maksud kajian tentang
sesuatu atau ringkasnya Sains. Oleh yang demikian, metodologi bererti ilmu tentang cara atau
prosedur yang tertentu bagi memahami sesuatu penelitian dan penyelidikan agar hasil yang
diperolehi menepati kehendak ilmiah serta boleh dipertanggungjawabkan. Kualiti sesuatu
penelitian dan penyelidikan itu bergantung kepada ketepatan penggunaan metode-metode
yang sesuai dengan objek dan tujuan. Peranannya amat penting dalam proses pembangunan
manusia dan sumber. Ia menjadi input utama kepada sebarang cadangan perubahan yang
berkesan. Pengetahuan dan penemuan-penemuan yang terkumpul boleh memungkinkan
beberapa hukuman tentang pelbagai fenomena.
Data kajian ini diperolehi dari berbagai-bagai sumber, antaranya kepustakaan yang berupa
pelbagai tulisan sama ada berupa makalah mahupun hasil penyelidikan terdahulu dalam
bentuk dokumen lama, manuskrip, buku ilmiah, jurnal, ensiklopedia, kertas seminar, nas al-
Quran dan tafsiran, kertas kerja, latihan ilmiah dan sebagainya. Maka, penyelidikan adalah
usaha-usaha yang dilakukan dengan cara pengumpulan data dan penafsiran terhadap data-
data yang terkumpul.
Selanjutnya, pengkaji akan berusaha mengunjungi beberapa buah perpustakaan sebagai
tempat memperolehi data-data yang dikehendaki. Antaranya; Perpustakaan Hamzah Sendut,
Universiti Sains Malaysia, Perpustakaan Peringatan Za’aba, Universiti Malaya dan
Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Manakala data berbentuk elektronik antaranya,
didapati daripada Perpustakaan Digital ‘Abdullah Sanusi, eprints.utm.my, eprints.um.edu.my,
eprints.usm.my, eprints.ukm.my, e-book dan maktabah shamelah. Menurut ‘Azizi Yahaya,
Shahrin Hashim dan lain-lain bahawa “dengan penggunaan komputer, proses pencarian
maklumat menjadi lebih mudah bagi penyelidik kerana penyelidik tidak perlu membuang
masa membuat nota lengkap dan merumuskan artikel-artikel yang hendak dikaji.
Dalam proses pengumpulan data ini, penyelidik akan mengemukakan beberapa bentuk
metode yang dapat memberi maklumat yang tepat dan bersesuaian untuk digunakan dalam
kajian ini, antaranya ialah metode dokumentasi. Metode dokumentasi ialah suatu proses
mendapatkan data dengan mengkaji dokumen-dokumen yang berhubung-kait dengan masalah
yang dikaji. Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikannya sebagai himpunan atau
kumpulan bahan atau dokumen yang dapat digunakan sebagai asas sesuatu kajian,
penghasilan sesuatu terbitan dan lain-lain. Maka, metode dokumentasi ialah cara
pengumpulan data dengan melakukan studi terhadap dokumen-dokumen yang ada
hubungannya dengan masalah yang diteliti. Antara yang termasuk dalam kategori dokumen
ialah keputusan, pengadilan, kumpulan hukum-hakam dan peraturan.
e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
Melalui bahan ini, pengkaji akan dapat mengolah dan menyusun segala maklumat yang
diperolehi. Maka, kajian yang dilakukan berpandukan dokumen-dokumen yang relevan akan
menghasilkan satu kajian yang baik dan bermutu dalam metode ini, penyelidik akan
menggunakan petikan-petikan daripada al-Quran dan al-Hadith bagi mengukuhkan lagi setiap
pendapat yang diutarakan, kedua-duanya tergolong sebagai dokumen kerana sifatnya sebagai
sumber yang bertulis dan terjamin keasliannya. Walaupun metode dokumentasi ini hampir
sama dengan historis dari sudut penyelidikan dokumen-dokumen tertentu, namun terdapat
perbezaan di antara keduanya di mana metode dokumentasi tidak mempunyai nilai sejarah
sedangkan metode historis mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri.
Dalam konteks ini, pengkaji telah melaksanakan kajian berbentuk kualitatif (tinjauan) dengan
tujuan untuk mengenalpasti peratus prestasi kumpulan kerja APACC menerusi sistem IMS
yang merangkumi TQM, pusingan Deming dan keberkesanan penggunaan media sebagai
agen komunikasi antara pihak pengurusan dan staf serta pensyarah POLIMAS berkaitan kerja
samaada dalam waktu bekerja atau selepas waktu kerja. Kaedah ini turut digunakan untuk
mengira (skor pencapaian) bagi setiap mock audit yang telah dilaksanakan sehingga
POLIMAS berjaya dalam audit APACC. Seiring dengan itu, reka bentuk kajian ialah pelan
tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan
(Sabitha, 2006). Ia juga berfungsi sebagai panduan dalam membantu penyelidik dalam proses
memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang
dijalankan. Reka bentuk penyelidikan juga menjadi model bagi membolehkan penyelidik
membuat inferens berkenaan pemboleh ubah yang dikaji. Penyelidikan yang dijalankan ini
merupakan kajian deskriptif yang bermatlamat untuk meninjau dan meneroka sumber ralat
dalam pengukuran. Dalam konteks ini, populasi kajian ialah kumpulan sasaran penyelidik
supaya sesuatu dapatan kajian dapat diaplikasikan (Fraenkel & Wallen, 1990). Dalam kajian
ini populasi sasaran pengkaji terdiri daripada seramai 552 orang staf, pensyarah, 5,265 orang
pelajar POLIMAS yang telah bertungkus lumus menjayakan akreditasi tersebut.
Kesimpulannya, pengkaji berpendapat bahawa kaedah tinjauan ini amat sesuai digunakan
dalam kajian ini bagi mengetahui keberkesanan penggunaan Integrated Management System
(IMS) APACC di POLIMAS.
Seterusnya ketepatan data diukur menerusi triangulasi data. Triangulasi ialah kombinasi
beragam sumber data, tenaga pengkaji, teori, dan teknik metodologi dalam suatu pengkajian
atas gejala sosial. Triangulasi diperlukan karena setiap teknik memiliki keunggulan dan
kelemahannya sendiri. Dengan demikian triangulasi memungkinkan tangkapan realitas secara
lebih tepat dan valid. Terdapat empat bentuk triangulasi (Denzin, 1978):
(1) Triangulasi data, iaitu penggunaan beragam sumber data dalam suatu pengkajian.
(2) Triangulasi pengkaji, iaitu penggunaan beberapa pengkaji yang berbeza disiplin ilmunya
dalam suatu pengkajian.
(3) Triangulasi teori, iaitu penggunaan sejumlah perspektif dalam menafsir satu set data.
(4) Triangulasi teknik metodologi, iaitu penggunaan sejumlah teknik dalam suatu pengkajian.
Maka, dalam sesebuah kajian kualitatif, lagi banyak data ditriangulasikan maka lagi tinggi
ketepatan fakta dan lagi kuat keesahannya. Justeru triangulasi data amat diberi perhatian
dalam meningkatkan mutu data.
e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Kajian ini mendapati beberapa dapatan. Antaranya ;
5.1 Mengenalpasti mengikut peratus penglibatan Komuniti POLIMAS dalam
Kumpulan Kerja APACC
Rajah 1: Peratus Penglibatan Staf Di Polimas
Sebanyak sembilan kumpulan kerja APACC telah dibentuk iaitu jawatankuasa induk,
sokongan, Kriteria 1, Kriteria 2, Kriteria 3, Kriteria 4, Kriteria 5, Kriteria 6 dan Kriteria 7
dalam penyediaan dokumen, prasarana dan aktiviti kemeriahan APACC. Merujuk rajah 1,
didapati 36.1 peratus staf telah terlibat dalam jawatankuasa sokongan yang memfokuskan
persediaan prasarana dan aktiviti kemeriahan APACC, manakala 10.9 peratus hingga 5.1
peratus staf terlibat dalam persediaan dokumen dan 8.9 peratus staf terlibat dalam
jawatankuasa Induk bagi merancang dan memantau perlaksanaan persediaan APACC.
Dapatan ini menunjukkan bahawa sejumlah besar staf sebanyak 36.1 peratus telah
terilibatkan dalam jawatankuasa sokongan bagi membantu persediaan prasarana dan aktiviti
kemeriahan APACC.
0.0
10.0
20.0
30.0
40.0
8.9
36.1
8.0 10.9
6.0 5.1 5.4 8.5 5.4
e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
5.2 Mengenalpasti Keberkesanan Penggunaan Media melalui Ketepatan Pengurusan
Masa Perlaksanaan Aktiviti APACC
Rajah 2b: Carta Perbatuan Aktiviti Audit APACC
Sebanyak 12 aktiviti utama yang telah dirancang bagi menghadapi akreditasi APACC iaitu
kesedaran dan pembudayaan, penyediaan dokumen, Grooming pelajar, penyerahan
permohonan Online APACC, bengkel penilaian kendiri, audit dokumen, penyerahan laporan
penilaian, empat sesi mock audit, semakan dan pemantauan dokumen APACC dan prasarana
POLIMAS. Carta perbatuan aktiviti APACC yang dirancang dan dilaksanakan adalah seperti
Rajah 2a dibawah.
Rajah 2b: Peratus Ketepatan Pengurusan Masa Perlaksanaan Aktiviti
Pengurusan telah menggunakan pelbagai media penyampaian maklumat dan komunikasi
seperti blogspot, google drive, web site, facebook dan whatsap bagi memastikan semua
aktiviti APACC dapat dilaksanakan mengikut ketepatan masa yang ditetapkan. Rajah 2b
menunjukkan 75 peratus (9 dari 12 aktiviti) yang telah mengikut tempoh perlaksanaan yang
ditetapkan. Hanya 25 peratus sahaja aktiviti yang tidak mengikut perancangan. Ini
0
20
40
60
80
100
AKT 1 AKT 2 AKT 3 AKT 4 AKT 5 AKT 6 AKT 7 AKT 8 AKT 9 AKT
10
AKT
11
AKT
12
100 100
62.5
100 100
67
100
67
100 100 100 100
e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
membuktikan penggunaan media sebagai alat komunikasi dan penyampai maklumat kepada
semua komuniti POLIMAS adalah berkesan.
5.3 Membandingkan Pencapaian Kumpulan Kerja mengikut Kriteria dalam MOCK
audit APACC
Rajah 3: Peratus Peningkatan Skor Dalam Mock Audit
Kumpulan kerja APACC terdiri dari tujuh kriteria iaitu Governan (C1), Pengajaran dan
Pembelajaran (C2), Fakulti dan Staf (C3), Penyelidikan dan Pembangunan (C4), Image dan
Sustainablity(C5), Resources (C6) dan Support to Students (C7). Semua kriteria ini perlu
dipantau dalam memastikan semua dokumen dan bahan bukti yang lengkap telah disediakan.
Oleh itu beberapa siri mock audit telah dilaksanakan bagi memantau persediaan setiap
kumpulan kerja tersebut. Tindakan penambahbaikan telah dilaksanakan ke atas semua
dapatan dari setiap mock audit yang dijalankan. Rajah 3 menunjukkan peningkatan skor
markah dalam setiap mock audit. Dapatan telah menunjukkan kumpulan kerja kriteria 5 telah
menunjukkan peningkatan skor markah yang tertinggi berbanding kumpulan kerja yang lain.
Namun semua kumpulan kerja telah menunjukkan peningkatan skor dari mock 1sehingga
audit sebenar APACC. Oleh itu, setiap organisasi yang ingin berjaya perlu memperolehi satu
sistern pengurusan kualiti yang sernpurna. Sistem tersebut haruslah fleksibel rnengikut
perrnintaan pasaran dan peraliran rnasa serta berupaya rmenghadapi "perubahan" serta
"penambahbaikan yang berterusan".
0
20
40
60
80
100
Kriteria 1 Kriteria 2 Kriteria 3 Kriteria 4 Kriteria 5 Kriteria 6 Kriteria 7
7.9
26.3
12.3
19.4
60.7
10.2
12.5
2.4
2
12.5
2.3
48.9
8.2
27.8
15 16.2
5.6
9.5
100
5.7
0
0 5.9 5.9 6.5 4.3 3 6.5
% Peningkatan Skor MOCK 1 % Peningkatan Skor MOCK 2
% Peningkatan Skor MOCK 3 % Peningkatan Skor CPSC
e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, walaupun terdapat beberapa limitasi yang membataskan kajian,
namun dapatan kajian ini telah menjawab kesemua objektif kajian yang telah dikemukakan.
Penggunaan Integrated Management System (IMS) APACC di Politeknik Sultan Abdul
Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) adalah berkesan dalam usaha untuk mencapai tahap III-
Emas dalam akreditasi APACC. Ini menunjukkan konsep IMS yang merangkumi TQM,
Deming dan penggunaan ICT sebagai media penyampaian maklumat dan komunikasi telah
meletakkan POLIMAS dalam senarai penerima status EMAS serta menduduki tempat kedua
dalam senarai akreditasi APACC. Sebanyak 75 peratus aktiviti yang dirancang dalam carta
perbatuan aktiviti APACC telah mengikut ketetapan masa. Begitu juga, setiap kumpulan
kerja kriteria telah mencapai peningkatan dalam skor markah dari setiap siri mock audit yang
dijalankan.
RUJUKAN
Azizah Hamzah. (2010). Kaedah Kualitatif dalam Penyelidikan Sosiobudaya dalam Jurnal
Pengajian Media Malaysia, 6 (1).
Babbie E. (2010). The Practice of Social Research. USA: Wadsworth Cengage Learning.
Denzin, NK. (1978). The Research Act: A Theoretical Introduction in Sociological Methods.
McGraw-Hills: New York.
Deming, W. E. (1982). Quality, Productivity and Competitive Position. Cambridge, MA:
Massachusetts Institute of Technology, Center for Advanced Engineering Study.
Fraenkel, Jack R. & Wallen, Norman E. (1993). How To Design and Evaluate Research in
Education. New York: McGraw-Hill.
Kanji, G. & Wong, A.(1998), Business Excellence Model for Supply Chain Management,
Total Quality Management, vol. 10, no.8, pp. 1147-1168.
Patton, M. Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods (2nd ed.). Newbury
Park, CA: Sage Publications, Inc.
Pekeliling kemajuan pentadbiran awarn. (1992). Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh
(TQM) bagi Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: MDC Sdn. Bhd.
Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya, Selangor: Pearson
Prentice Hall.
Taylor, SJ dan R Bogdan. (1984). Introduction to Qualitative Research Methods: The Search
for Meanings. Second Edition. John Wiley and Sons. Toronto.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/4-politeknik-terima-anugerah-
emas-apacc-1.106341#ixzz54W1y10hd©Utusan Melayu (M) Bhd
e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
http://polimas-apacc.blogspot.my/p/srr.html

More Related Content

Similar to Kata kunci_ APACC, penggunaan IMS, teknologi maklumat, TQM, teori Deming. (4).pdf

Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baruUnit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
uthm
 
Powerpoint ulasan artikel
Powerpoint ulasan artikelPowerpoint ulasan artikel
Powerpoint ulasan artikel
Supra Mani
 
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
Siti Fatimah Dzulkifli
 
Bengkel cdl mei 2017
Bengkel cdl mei 2017Bengkel cdl mei 2017
Bengkel cdl mei 2017
SMK RPI
 
Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan.pdf
Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan.pdfDokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan.pdf
Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan.pdf
Hemarani Munisamy
 
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 01
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA  presentation 01PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA  presentation 01
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 01
Hizam Hussain
 

Similar to Kata kunci_ APACC, penggunaan IMS, teknologi maklumat, TQM, teori Deming. (4).pdf (20)

Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
 
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikanKecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
 
1911
19111911
1911
 
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
 
Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baruUnit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
 
EKS
EKSEKS
EKS
 
Powerpoint ulasan artikel
Powerpoint ulasan artikelPowerpoint ulasan artikel
Powerpoint ulasan artikel
 
Memartabatkan Peranan Pentadbir Di Universiti Awam: Pengurusan Kejat
Memartabatkan Peranan Pentadbir Di Universiti Awam: Pengurusan KejatMemartabatkan Peranan Pentadbir Di Universiti Awam: Pengurusan Kejat
Memartabatkan Peranan Pentadbir Di Universiti Awam: Pengurusan Kejat
 
Tugasan 3 asse tbase kertas 3
Tugasan 3 asse tbase kertas 3Tugasan 3 asse tbase kertas 3
Tugasan 3 asse tbase kertas 3
 
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
 
8. kertas dasar mqa
8. kertas dasar mqa8. kertas dasar mqa
8. kertas dasar mqa
 
Bengkel cdl mei 2017
Bengkel cdl mei 2017Bengkel cdl mei 2017
Bengkel cdl mei 2017
 
Proposal for event
Proposal for eventProposal for event
Proposal for event
 
DSKKV CEB SEMESTER 1 TEKNOLOGI ELEKTRONIK KV.pdf
DSKKV CEB SEMESTER 1 TEKNOLOGI ELEKTRONIK KV.pdfDSKKV CEB SEMESTER 1 TEKNOLOGI ELEKTRONIK KV.pdf
DSKKV CEB SEMESTER 1 TEKNOLOGI ELEKTRONIK KV.pdf
 
Pc comp 2015-proposal
Pc comp 2015-proposalPc comp 2015-proposal
Pc comp 2015-proposal
 
Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan.pdf
Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan.pdfDokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan.pdf
Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan.pdf
 
COPPA
COPPACOPPA
COPPA
 
Bengkel kik untuk pis with animation based on mampu
Bengkel kik untuk pis with animation based on mampuBengkel kik untuk pis with animation based on mampu
Bengkel kik untuk pis with animation based on mampu
 
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 01
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA  presentation 01PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA  presentation 01
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 01
 
Taklimat pembestarian sept2014
Taklimat pembestarian sept2014Taklimat pembestarian sept2014
Taklimat pembestarian sept2014
 

More from Ruslina Wati

Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW (1...
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW (1...Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW (1...
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW (1...
Ruslina Wati
 
GERAKAN_ANTI_HADIS_DI_MALAYSIA.pdf
GERAKAN_ANTI_HADIS_DI_MALAYSIA.pdfGERAKAN_ANTI_HADIS_DI_MALAYSIA.pdf
GERAKAN_ANTI_HADIS_DI_MALAYSIA.pdf
Ruslina Wati
 
APLIKASI_MULTIMEDIA_DALAM_PDP_IBADAH_SOLAT.pdf
APLIKASI_MULTIMEDIA_DALAM_PDP_IBADAH_SOLAT.pdfAPLIKASI_MULTIMEDIA_DALAM_PDP_IBADAH_SOLAT.pdf
APLIKASI_MULTIMEDIA_DALAM_PDP_IBADAH_SOLAT.pdf
Ruslina Wati
 
Aplikasi Sistem Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) dalam Pengurusan.pdf
Aplikasi Sistem Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) dalam Pengurusan.pdfAplikasi Sistem Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) dalam Pengurusan.pdf
Aplikasi Sistem Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) dalam Pengurusan.pdf
Ruslina Wati
 
PERSEPSI_PELAJAR_POLIMAS_TERHADAP_KEPENTINGAN_BERKOMUNIKASI_DALAM_BAHASA_INGG...
PERSEPSI_PELAJAR_POLIMAS_TERHADAP_KEPENTINGAN_BERKOMUNIKASI_DALAM_BAHASA_INGG...PERSEPSI_PELAJAR_POLIMAS_TERHADAP_KEPENTINGAN_BERKOMUNIKASI_DALAM_BAHASA_INGG...
PERSEPSI_PELAJAR_POLIMAS_TERHADAP_KEPENTINGAN_BERKOMUNIKASI_DALAM_BAHASA_INGG...
Ruslina Wati
 
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW.pdf
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW.pdfPembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW.pdf
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW.pdf
Ruslina Wati
 
Sistem Pengurusan Surat (MyPengurus) dalam Kalangan Jawatankuasa (JK) Induk ...
Sistem Pengurusan Surat (MyPengurus)  dalam Kalangan Jawatankuasa (JK) Induk ...Sistem Pengurusan Surat (MyPengurus)  dalam Kalangan Jawatankuasa (JK) Induk ...
Sistem Pengurusan Surat (MyPengurus) dalam Kalangan Jawatankuasa (JK) Induk ...
Ruslina Wati
 
Sains dan Teknologi Menurut Perspektif al-Quran Satu Tinjauan.pdf
Sains dan Teknologi Menurut Perspektif al-Quran Satu Tinjauan.pdfSains dan Teknologi Menurut Perspektif al-Quran Satu Tinjauan.pdf
Sains dan Teknologi Menurut Perspektif al-Quran Satu Tinjauan.pdf
Ruslina Wati
 
Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...
Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...
Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...
Ruslina Wati
 
SISTEM PENILAIÀN PROJEK INOVASI (SPPIV) BAGI iCOMPEX’ DI POLITEKNIK SULTAN AB...
SISTEM PENILAIÀN PROJEK INOVASI (SPPIV) BAGI iCOMPEX’ DI POLITEKNIK SULTAN AB...SISTEM PENILAIÀN PROJEK INOVASI (SPPIV) BAGI iCOMPEX’ DI POLITEKNIK SULTAN AB...
SISTEM PENILAIÀN PROJEK INOVASI (SPPIV) BAGI iCOMPEX’ DI POLITEKNIK SULTAN AB...
Ruslina Wati
 
ICONTVET2020_Effectiveness_in_Applying_Affective_Domain_Values_for_Technologi...
ICONTVET2020_Effectiveness_in_Applying_Affective_Domain_Values_for_Technologi...ICONTVET2020_Effectiveness_in_Applying_Affective_Domain_Values_for_Technologi...
ICONTVET2020_Effectiveness_in_Applying_Affective_Domain_Values_for_Technologi...
Ruslina Wati
 

More from Ruslina Wati (11)

Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW (1...
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW (1...Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW (1...
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW (1...
 
GERAKAN_ANTI_HADIS_DI_MALAYSIA.pdf
GERAKAN_ANTI_HADIS_DI_MALAYSIA.pdfGERAKAN_ANTI_HADIS_DI_MALAYSIA.pdf
GERAKAN_ANTI_HADIS_DI_MALAYSIA.pdf
 
APLIKASI_MULTIMEDIA_DALAM_PDP_IBADAH_SOLAT.pdf
APLIKASI_MULTIMEDIA_DALAM_PDP_IBADAH_SOLAT.pdfAPLIKASI_MULTIMEDIA_DALAM_PDP_IBADAH_SOLAT.pdf
APLIKASI_MULTIMEDIA_DALAM_PDP_IBADAH_SOLAT.pdf
 
Aplikasi Sistem Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) dalam Pengurusan.pdf
Aplikasi Sistem Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) dalam Pengurusan.pdfAplikasi Sistem Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) dalam Pengurusan.pdf
Aplikasi Sistem Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) dalam Pengurusan.pdf
 
PERSEPSI_PELAJAR_POLIMAS_TERHADAP_KEPENTINGAN_BERKOMUNIKASI_DALAM_BAHASA_INGG...
PERSEPSI_PELAJAR_POLIMAS_TERHADAP_KEPENTINGAN_BERKOMUNIKASI_DALAM_BAHASA_INGG...PERSEPSI_PELAJAR_POLIMAS_TERHADAP_KEPENTINGAN_BERKOMUNIKASI_DALAM_BAHASA_INGG...
PERSEPSI_PELAJAR_POLIMAS_TERHADAP_KEPENTINGAN_BERKOMUNIKASI_DALAM_BAHASA_INGG...
 
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW.pdf
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW.pdfPembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW.pdf
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW.pdf
 
Sistem Pengurusan Surat (MyPengurus) dalam Kalangan Jawatankuasa (JK) Induk ...
Sistem Pengurusan Surat (MyPengurus)  dalam Kalangan Jawatankuasa (JK) Induk ...Sistem Pengurusan Surat (MyPengurus)  dalam Kalangan Jawatankuasa (JK) Induk ...
Sistem Pengurusan Surat (MyPengurus) dalam Kalangan Jawatankuasa (JK) Induk ...
 
Sains dan Teknologi Menurut Perspektif al-Quran Satu Tinjauan.pdf
Sains dan Teknologi Menurut Perspektif al-Quran Satu Tinjauan.pdfSains dan Teknologi Menurut Perspektif al-Quran Satu Tinjauan.pdf
Sains dan Teknologi Menurut Perspektif al-Quran Satu Tinjauan.pdf
 
Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...
Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...
Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...
 
SISTEM PENILAIÀN PROJEK INOVASI (SPPIV) BAGI iCOMPEX’ DI POLITEKNIK SULTAN AB...
SISTEM PENILAIÀN PROJEK INOVASI (SPPIV) BAGI iCOMPEX’ DI POLITEKNIK SULTAN AB...SISTEM PENILAIÀN PROJEK INOVASI (SPPIV) BAGI iCOMPEX’ DI POLITEKNIK SULTAN AB...
SISTEM PENILAIÀN PROJEK INOVASI (SPPIV) BAGI iCOMPEX’ DI POLITEKNIK SULTAN AB...
 
ICONTVET2020_Effectiveness_in_Applying_Affective_Domain_Values_for_Technologi...
ICONTVET2020_Effectiveness_in_Applying_Affective_Domain_Values_for_Technologi...ICONTVET2020_Effectiveness_in_Applying_Affective_Domain_Values_for_Technologi...
ICONTVET2020_Effectiveness_in_Applying_Affective_Domain_Values_for_Technologi...
 

Recently uploaded (7)

Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
 
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 

Kata kunci_ APACC, penggunaan IMS, teknologi maklumat, TQM, teori Deming. (4).pdf

  • 1. e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18) KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN INTEGRATED MANAGEMENT SYSTEM (IMS) APACC DI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS): SATU TINJAUAN Normah bt Cheman Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah (norcheman92@gmail.com) Ruslinawati bt Abdul Ghani Jabatan Pengajian Am Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah (ruslina007@gmail.com) Zaiton bt Arifin Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah (zaifin5638@gmail.com) ABSTRAK Akreditasi Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC) merupakan satu-satunya akreditasi khusus bagi institusi TVET. Pencapaian tahap III-Emas oleh sesebuah institusi pendidikan yang berasaskan TVET secara langsung membuktikan bahawa sistem pengajian politeknik telah berupaya mencapai standard yang ditetapkan di peringkat antarabangsa. Secara langsung bermakna graduan dari sistem pengajian politeknik mampu bersaing sehingga di persada antarabangsa. Pencapaian itu juga bertepatan dengan perancangan politeknik bagi mencapai lonjakan keempat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu melahirkan graduan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang berkualiti. Justeru itu, POLIMAS telah membina model perancangan yang komprehensif dan diaplikasikan. Sehubungan dengan itu, kajian berbentuk kuantitatif dan kualitatif ini dilaksanakan untuk meninjau keberkesanan penggunaan ‘APACC Integrated Management System’ dalam merancang, melaksana, menyemak dan melakukan tindakan penambahbaikan dalam persediaan menghadapi audit akreditasi APACC sehingga POLIMAS berupaya mencapai tahap III-Emas dalam audit APACC. Kajian ini juga memberi kepentingan dan maklumat kepada organisasi untuk mencapai objektifnya. Seiring dengan itu, Fisher C.D et al. (1990) menyatakan penilaian sebagai satu proses untuk menentukan sejauh mana aktiviti latihan yang dijalankan telah mencapai matlamat yang ditetapkan. Objektif asas penilaian ialah menentukan sama ada latihan tersebut telah mencapai objektifnya atau tidak. Secara ringkasnya, inisiatif pengantarabangsaan merupakan pendekatan yang mesti diambil supaya institusi ini berada sebaris dengan institusi TVET di luar negara. Kata kunci: APACC, penggunaan IMS, teknologi maklumat, TQM, teori Deming.
  • 2. e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18) 1.0 PENDAHULUAN Jabatan Pendidikan Politeknik, KPT mensasarkan pencapaian akreditasi APACC yang merupakan sebuah badan di bawah Colombo Plan Staff College for Technician Education (CPSC) secara langsung berupaya memudahkan mobiliti graduan Politeknik Malaysia ke negara-negara Asean. CPSC yang dianggotai oleh 17 buah negara rantau Asia Pasifik telah memulakan inisiatif bagi penubuhan APACC pada bulan Disember 2004 di Seoul, Republik Korea. 17 buah negara keahlian CPSC telah memberi komitmen mereka untuk membangunkan satu badan serantau bagi memberi akreditasi dan persijilan kepada institusi Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET). Antara prinsip asas inisiatif akreditasi dan persijilan APACC adalah mengharmonikan kualiti pendidikan TVET, mewujudkan standard setara dalam kemahiran yang diajari di institusi TVET rantau Asia Pasifik dan memudahcara mobiliti pekerja di rantau Asia dan Pasifik. Sehubungan dengan itu, didapati menerusi statistik yang dikeluarkan oleh pihak CPSC pada tahun 2013, 87 buah institusi dari 8 buah negara telah memohon untuk mencapai akreditasi APACC. Dari 87 buah itu hanya 29 buah sahaja (33.3%) telah berjaya memperolehi akreditasi APACC. Dari 29 buah itu hanya 3 institusi (3.4%) yang berupaya mencapai Tahap II - Perak dari keseluruhan institusi yang memohon. Selebihnya 26 buah (29.8%) memperolehi Tahap I - Gangsa. Pada tahun 2014 Politeknik Malaysia menjadi institusi TVET pertama di Asia Pasifik yang mencapai Tahap III - Emas. Antaranya Politeknik Ungku Omar (PUO), Perak, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Selangor dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor. Pada tahun berikutnya, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Pahang, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Perak, Politeknik Seberang Perai (PSP), Pulau Pinang dan Politeknik Kota Bharu (PKB), Kelantan. Setelah itu pada 2016, Politeknik Port Dickson pula berjaya dalam audit ini. Politeknik Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (POLIMAS) merupakan Politeknik Malaysia ke-sembilan mendapat anugerah tersebut pada bulan Disember 2017. Dalam konteks ini, ia merupakan satu kaedah untuk mengukur kecemerlangan institusi pengajian politeknik adalah dengan membuat perbandingan dengan institusi seumpamanya di peringkat antarabangsa. Justeru, penandarasan melalui APACC menunjukkan sembilan daripada empat belas institusi TVET dalam rantau Asia Pasifik yang mendapat tahap emas adalah daripada kalangan Politeknik Malaysia. Dalam konteks ini, ia adalah sejajar dengan usaha politeknik untuk melahirkan graduan TVET yang berkualiti menerusi program transformasi ekonomi (ETP), Malaysia perlu peningkatan 2.5 kali ganda enrolmen TVET menjelang 2025. Walau bagaimanapun, penawaran terhadap pekerja TVET tidak mencukupi dalam 10 daripada 12 sektor Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) ketika ini. Tambahan pula, TVET dianggap kurang menarik berbanding dengan pendidikan universiti yang konvensional. Ini menyebabkan jumlah pelajar laluan TVET masih rendah, terutamanya yang berkelayakan tinggi. Justeru, Malaysia perlu beralih daripada sistem pendidikan tinggi yang hanya menumpu kepada pendidikan universiti yang konvensional, sebagai satu-satunya laluan kerjaya, kepada dua laluan berasingan yang mengambilkira TVET. Seiring dengan itu, didapati akreditasi APACC telah mendatangkan penambahbaikan mutu dalam perkhidmatan institusi TVET. Antara peningkatan tersebut merangkumi tujuh kriteria iaitu Governan (C1), Pengajaran dan Pembelajaran (C2), Fakulti dan Staf (C3), Penyelidikan dan Pembangunan (C4), Image dan Sustainablity(C5), Resources (C6) dan Support to Students (C7). Ia adalah selaras dengan misi CPSC yang menyatakan bahawa, “as a commission established by CPSC, the APACC aims to accredit and certify the TVET
  • 3. e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18) institutions for human resources development through the standardization and harmonization of education and training systems which will facilities the mobility of the workforce across national borders in Asia and the Pacific region”. Menerusi pernyataan ini jelaslah bahawa akreditasi APACC adalah sebagai badan penyelarasan sumber manusia melalui penyeragaman dan harmonisasi sistem pendidikan dan latihan. Dengan ini, akreditasi APACC adalah tanda kualiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, dalam usaha untuk mencapai tahap III-Emas oleh sesebuah institusi pendidikan yang berasaskan TVET, POLIMAS telah melaksanakan ‘APACC Integrated Management System’ dalam merancang, melaksana, menyemak dan melakukan tindakan penambahbaikan dalam persediaan menghadapi audit akreditasi APACC sehingga POLIMAS berupaya mencapai tahap III-Emas dalam audit APACC. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk meninjau keberkesanan penggunaan sistem tersebut. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif utama kajian ini adalah untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam serta menyeluruh tentang keberkesanan proses serta amalan ke arah pencapaian tahap III- Emas dalam akreditasi yang merangkumi; a. Mengenalpasti mengikut peratus penglibatan komuniti POLIMAS dalam Kumpulan Kerja APACC b. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan media melalui ketepatan pengurusan masa perlaksanaan aktiviti APACC c. Membandingkan pencapaian kumpulan kerja mengikut kriteria dalam mock audit APACC 3.0 LITERATURE REVIEW John W. Creswell dalam karyanya menyatakan, penyelidik perlu menghuraikan penyelidikan yang dilakukannya secara kritis, merumuskan idea-idea penting serta menghasilkan tema utama, arah, kritikan dan sebagainya.(Cooper,1984; Marshall & Rossman, 2006) menyatakan bahawa penyelidik juga perlu menyatakan kawasan yang belum diselidiki dengan teliti. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah melaksanakan sistem Integrated Management System (IMS). Didapati sistem IMS adalah penting dalam usaha untuk mencapai akreditasi APACC. Menerusi kajian yang dilaksanakan ini dikenalpasti terdapat beberapa proses atau aktiviti yang penting untuk diberi perhatian dalam sistem IMS ini. Antaranya Total Quality Management (TQM) dan pusingan Deming. Begitu juga, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menyampaikan maklumat berkaitan kerja samaada dalam waktu bekerja atau selepas waktu kerja. Dalam konteks ini, isu kualiti (TQM) menjadi satu perkara yang amat penting bagi sesebuah organisasi kerana persaingan pada zaman sains dan teknologi ini tidak lagi berdasarkan kepada harga tetapi (berdasarkan kepada) kualiti. Menurut Kanji et.all (1998), TQM merupakan satu cara hidup bagi sebuah organisasi yang komited kepada kepuasan pelanggan dan usaha ini dilakukan melalui proses peningkatan berterusan. Ia merupakan satu budaya korporat yang bercirikan peningkatan ke atas kepuasan pelanggan melalui penekanan terhadap aktiviti peningkatan berterusan yang melibatkan penyertaan semua pekerja dalam organisasi tersebut dengan aktif. Seiring dengan itu, pihak pengurusan memainkan peranan
  • 4. e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18) penting dalam memastikan wujudnya penyertaan dari semua pihak yang terlibat dalam organisasi tersebut. Kaedah ini adalah bertepatan dengan Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna, menekankan ke atas pencapaian matlamat di dunia dan akhirat. Oleh itu, sudah semestinya ia menekankan kualiti dan peningkatannya dalam pengeluaran produk atau perkhidmatan. Ini disokong oleh Surah al-A'raf, ayat 157 dan satu hadis yang diriwayatkan oleh Bayhaqi yang bermaksud: "Allah itu bagus dan cantik. Dia tidak menerima kecuali yang bagus dan cantik." Terdapat lagi satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang juga menyokong kenyataan ini iaitu: "Allah telah menetapkan bahawa dalam setiap perkara ada cara yang baik.." Demikianlah juga, peningkatan pusingan Deming juga penting dalam IMS. Pusingan Deming (Deming, 1982) atau lebih dikenali sebagai pusingan PDCA (Plan, Do, Check, Act) atau Shewart. Konsep peningkatan proses adalah sesuai dengan pusingan Deming yang tidak berhenti dan berterusan untuk meningkatkan kesemua perkara dengan menggunakan inovasi yang tidak berkesudahan. Pusingan Deming mengandungi empat peringkat utama iaitu rancang, buat, periksa dan bertindak secara berturutan antara satu sarna lain dan proses ini akan berterusan. Antara teknik yang digunapakai adalah statistik seperti rajah tulang ikan, carta bar, carta perbatuan, rajah pareto, rajah pai, rajah taburan atau SPC akan dipilih sesuai dengan proses-proses sebagai alat untuk membantu organisasi dalam mengawal kualiti agar ia dapat mencapai atau melampaui piawai yang telah ditentukan oleh mereka. Antara perkara penting dalam pengurusan Deming (Deming, 1982) adalah wujudkan ketetapan matlamat ke arah peningkatan mutu bahan dan perkhidmatan, sentiasa menambahbaikkan sistem pengeluaran dan perkhidmatan, hapuskan perasaan takut dan binakan kepercayaan. Seterusnya, laksanakan transformasi turut diperkatakan oleh Deming. Transformasi memerlukan satu kumpulan tenaga pekerja yang besar serta kerjasama setiap orang berdasarkan prinsip "menang-menang". Dalam konteks ini, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga memainkan peranan yang penting. ICT membolehkan pengguna untuk membuat, mengakses, menyebar, menyimpan, mengurus, dan menyampaikan maklumat dalam format digital. Antara media sosial yang diguna sebagai jaringan komunikasi adalah facebook, MySpace, Friendstar, Bebo, WeChat, Whatsapp, Telegram dan lain-lain komunikasi elektronik yang membolehkan pengguna mengadakan komuniti maya atau atas talian untuk berkongsi maklumat, idea, mesej, video dan sebagainya. Justeru itu, kemajuan ICT telah menjadikan media sosial sebagai medium komunikasi utama oleh kebanyakan pekerja dalam menyelesaikan urusan harian mereka. Ini kerana media sosial sangat mudah dan cepat untuk menyampaikan maklumat serta mempunyai kemampuan menghantar mesej dalam pelbagai format maklumat seperti teks, gambar, video dan sebagainya (Siti Ezaleila 2013). Jelas, penggunaan media sosial tidak hanya digunakan untuk bersosial semata-mata tetapi telah mula digunakan untuk urusan pekerjaan. Ia selaras dengan pandangan Farzana (Farzana et al. 2015) bahawa penggunaan media sosial dalam pekerjaan dan organisasi meningkat secara mendadak mutakhir ini. Ia juga seiring dengan kajian yang dilakukan oleh enjin pencarian pekerjaan dalam talian, jobstreet.com di dapati bahawa 54 peratus daripada responden yang terdiri daripada pekerja di seluruh negara yang mengambil bahagian dalam kajian tersebut masih menerima arahan daripada majikan masing-masing meskipun di luar waktu pejabat termasuk ketika bercuti (Utusan Online, 2013). Justeru itu, pengkaji mendapati sistem IMS ini telah berjaya dilaksanakan yang merangkumi Total Quality Management (TQM), pusingan Deming dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menyampaikan maklumat berkaitan kerja samaada dalam waktu bekerja atau selepas waktu kerja. Kejayaan POLIMAS
  • 5. e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18) mencapai tahap III- Emas dalam akreditasi merupakan ukuran kepada kejayaan sistem IMS ini. 4.0 METODOLOGI KAJIAN Jenis kajian ini ialah penyelidikan kualitatif yang cenderung kepada metode pengumpulan data melalui pemerhatian ataupun penganalisisan kandungan dokumen yang berkaitan. Menurut Noraini Idris, penyelidikan kualitatif merupakan usaha menjawab perkara-perkara yang tidak mungkin dapat dijawab menerusi penyelidikan kuantitatif serta memberi gambaran dari perspektif yang tidak dapat diukur secara kuantiti. Metode pengumpulan data juga telah diguna oleh pengkaji. Metodologi bererti Sains (ilmu pengetahuan) bagi mencari jawapan. Ia berasal dari perkataan Yunani yang terdiri dari dua perkataan iaitu metodeos bererti cara atau jalan dan logos membawa maksud kajian tentang sesuatu atau ringkasnya Sains. Oleh yang demikian, metodologi bererti ilmu tentang cara atau prosedur yang tertentu bagi memahami sesuatu penelitian dan penyelidikan agar hasil yang diperolehi menepati kehendak ilmiah serta boleh dipertanggungjawabkan. Kualiti sesuatu penelitian dan penyelidikan itu bergantung kepada ketepatan penggunaan metode-metode yang sesuai dengan objek dan tujuan. Peranannya amat penting dalam proses pembangunan manusia dan sumber. Ia menjadi input utama kepada sebarang cadangan perubahan yang berkesan. Pengetahuan dan penemuan-penemuan yang terkumpul boleh memungkinkan beberapa hukuman tentang pelbagai fenomena. Data kajian ini diperolehi dari berbagai-bagai sumber, antaranya kepustakaan yang berupa pelbagai tulisan sama ada berupa makalah mahupun hasil penyelidikan terdahulu dalam bentuk dokumen lama, manuskrip, buku ilmiah, jurnal, ensiklopedia, kertas seminar, nas al- Quran dan tafsiran, kertas kerja, latihan ilmiah dan sebagainya. Maka, penyelidikan adalah usaha-usaha yang dilakukan dengan cara pengumpulan data dan penafsiran terhadap data- data yang terkumpul. Selanjutnya, pengkaji akan berusaha mengunjungi beberapa buah perpustakaan sebagai tempat memperolehi data-data yang dikehendaki. Antaranya; Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, Perpustakaan Peringatan Za’aba, Universiti Malaya dan Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Manakala data berbentuk elektronik antaranya, didapati daripada Perpustakaan Digital ‘Abdullah Sanusi, eprints.utm.my, eprints.um.edu.my, eprints.usm.my, eprints.ukm.my, e-book dan maktabah shamelah. Menurut ‘Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan lain-lain bahawa “dengan penggunaan komputer, proses pencarian maklumat menjadi lebih mudah bagi penyelidik kerana penyelidik tidak perlu membuang masa membuat nota lengkap dan merumuskan artikel-artikel yang hendak dikaji. Dalam proses pengumpulan data ini, penyelidik akan mengemukakan beberapa bentuk metode yang dapat memberi maklumat yang tepat dan bersesuaian untuk digunakan dalam kajian ini, antaranya ialah metode dokumentasi. Metode dokumentasi ialah suatu proses mendapatkan data dengan mengkaji dokumen-dokumen yang berhubung-kait dengan masalah yang dikaji. Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikannya sebagai himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen yang dapat digunakan sebagai asas sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan dan lain-lain. Maka, metode dokumentasi ialah cara pengumpulan data dengan melakukan studi terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungannya dengan masalah yang diteliti. Antara yang termasuk dalam kategori dokumen ialah keputusan, pengadilan, kumpulan hukum-hakam dan peraturan.
  • 6. e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18) Melalui bahan ini, pengkaji akan dapat mengolah dan menyusun segala maklumat yang diperolehi. Maka, kajian yang dilakukan berpandukan dokumen-dokumen yang relevan akan menghasilkan satu kajian yang baik dan bermutu dalam metode ini, penyelidik akan menggunakan petikan-petikan daripada al-Quran dan al-Hadith bagi mengukuhkan lagi setiap pendapat yang diutarakan, kedua-duanya tergolong sebagai dokumen kerana sifatnya sebagai sumber yang bertulis dan terjamin keasliannya. Walaupun metode dokumentasi ini hampir sama dengan historis dari sudut penyelidikan dokumen-dokumen tertentu, namun terdapat perbezaan di antara keduanya di mana metode dokumentasi tidak mempunyai nilai sejarah sedangkan metode historis mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Dalam konteks ini, pengkaji telah melaksanakan kajian berbentuk kualitatif (tinjauan) dengan tujuan untuk mengenalpasti peratus prestasi kumpulan kerja APACC menerusi sistem IMS yang merangkumi TQM, pusingan Deming dan keberkesanan penggunaan media sebagai agen komunikasi antara pihak pengurusan dan staf serta pensyarah POLIMAS berkaitan kerja samaada dalam waktu bekerja atau selepas waktu kerja. Kaedah ini turut digunakan untuk mengira (skor pencapaian) bagi setiap mock audit yang telah dilaksanakan sehingga POLIMAS berjaya dalam audit APACC. Seiring dengan itu, reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006). Ia juga berfungsi sebagai panduan dalam membantu penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk penyelidikan juga menjadi model bagi membolehkan penyelidik membuat inferens berkenaan pemboleh ubah yang dikaji. Penyelidikan yang dijalankan ini merupakan kajian deskriptif yang bermatlamat untuk meninjau dan meneroka sumber ralat dalam pengukuran. Dalam konteks ini, populasi kajian ialah kumpulan sasaran penyelidik supaya sesuatu dapatan kajian dapat diaplikasikan (Fraenkel & Wallen, 1990). Dalam kajian ini populasi sasaran pengkaji terdiri daripada seramai 552 orang staf, pensyarah, 5,265 orang pelajar POLIMAS yang telah bertungkus lumus menjayakan akreditasi tersebut. Kesimpulannya, pengkaji berpendapat bahawa kaedah tinjauan ini amat sesuai digunakan dalam kajian ini bagi mengetahui keberkesanan penggunaan Integrated Management System (IMS) APACC di POLIMAS. Seterusnya ketepatan data diukur menerusi triangulasi data. Triangulasi ialah kombinasi beragam sumber data, tenaga pengkaji, teori, dan teknik metodologi dalam suatu pengkajian atas gejala sosial. Triangulasi diperlukan karena setiap teknik memiliki keunggulan dan kelemahannya sendiri. Dengan demikian triangulasi memungkinkan tangkapan realitas secara lebih tepat dan valid. Terdapat empat bentuk triangulasi (Denzin, 1978): (1) Triangulasi data, iaitu penggunaan beragam sumber data dalam suatu pengkajian. (2) Triangulasi pengkaji, iaitu penggunaan beberapa pengkaji yang berbeza disiplin ilmunya dalam suatu pengkajian. (3) Triangulasi teori, iaitu penggunaan sejumlah perspektif dalam menafsir satu set data. (4) Triangulasi teknik metodologi, iaitu penggunaan sejumlah teknik dalam suatu pengkajian. Maka, dalam sesebuah kajian kualitatif, lagi banyak data ditriangulasikan maka lagi tinggi ketepatan fakta dan lagi kuat keesahannya. Justeru triangulasi data amat diberi perhatian dalam meningkatkan mutu data.
  • 7. e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18) 5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Kajian ini mendapati beberapa dapatan. Antaranya ; 5.1 Mengenalpasti mengikut peratus penglibatan Komuniti POLIMAS dalam Kumpulan Kerja APACC Rajah 1: Peratus Penglibatan Staf Di Polimas Sebanyak sembilan kumpulan kerja APACC telah dibentuk iaitu jawatankuasa induk, sokongan, Kriteria 1, Kriteria 2, Kriteria 3, Kriteria 4, Kriteria 5, Kriteria 6 dan Kriteria 7 dalam penyediaan dokumen, prasarana dan aktiviti kemeriahan APACC. Merujuk rajah 1, didapati 36.1 peratus staf telah terlibat dalam jawatankuasa sokongan yang memfokuskan persediaan prasarana dan aktiviti kemeriahan APACC, manakala 10.9 peratus hingga 5.1 peratus staf terlibat dalam persediaan dokumen dan 8.9 peratus staf terlibat dalam jawatankuasa Induk bagi merancang dan memantau perlaksanaan persediaan APACC. Dapatan ini menunjukkan bahawa sejumlah besar staf sebanyak 36.1 peratus telah terilibatkan dalam jawatankuasa sokongan bagi membantu persediaan prasarana dan aktiviti kemeriahan APACC. 0.0 10.0 20.0 30.0 40.0 8.9 36.1 8.0 10.9 6.0 5.1 5.4 8.5 5.4
  • 8. e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18) 5.2 Mengenalpasti Keberkesanan Penggunaan Media melalui Ketepatan Pengurusan Masa Perlaksanaan Aktiviti APACC Rajah 2b: Carta Perbatuan Aktiviti Audit APACC Sebanyak 12 aktiviti utama yang telah dirancang bagi menghadapi akreditasi APACC iaitu kesedaran dan pembudayaan, penyediaan dokumen, Grooming pelajar, penyerahan permohonan Online APACC, bengkel penilaian kendiri, audit dokumen, penyerahan laporan penilaian, empat sesi mock audit, semakan dan pemantauan dokumen APACC dan prasarana POLIMAS. Carta perbatuan aktiviti APACC yang dirancang dan dilaksanakan adalah seperti Rajah 2a dibawah. Rajah 2b: Peratus Ketepatan Pengurusan Masa Perlaksanaan Aktiviti Pengurusan telah menggunakan pelbagai media penyampaian maklumat dan komunikasi seperti blogspot, google drive, web site, facebook dan whatsap bagi memastikan semua aktiviti APACC dapat dilaksanakan mengikut ketepatan masa yang ditetapkan. Rajah 2b menunjukkan 75 peratus (9 dari 12 aktiviti) yang telah mengikut tempoh perlaksanaan yang ditetapkan. Hanya 25 peratus sahaja aktiviti yang tidak mengikut perancangan. Ini 0 20 40 60 80 100 AKT 1 AKT 2 AKT 3 AKT 4 AKT 5 AKT 6 AKT 7 AKT 8 AKT 9 AKT 10 AKT 11 AKT 12 100 100 62.5 100 100 67 100 67 100 100 100 100
  • 9. e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18) membuktikan penggunaan media sebagai alat komunikasi dan penyampai maklumat kepada semua komuniti POLIMAS adalah berkesan. 5.3 Membandingkan Pencapaian Kumpulan Kerja mengikut Kriteria dalam MOCK audit APACC Rajah 3: Peratus Peningkatan Skor Dalam Mock Audit Kumpulan kerja APACC terdiri dari tujuh kriteria iaitu Governan (C1), Pengajaran dan Pembelajaran (C2), Fakulti dan Staf (C3), Penyelidikan dan Pembangunan (C4), Image dan Sustainablity(C5), Resources (C6) dan Support to Students (C7). Semua kriteria ini perlu dipantau dalam memastikan semua dokumen dan bahan bukti yang lengkap telah disediakan. Oleh itu beberapa siri mock audit telah dilaksanakan bagi memantau persediaan setiap kumpulan kerja tersebut. Tindakan penambahbaikan telah dilaksanakan ke atas semua dapatan dari setiap mock audit yang dijalankan. Rajah 3 menunjukkan peningkatan skor markah dalam setiap mock audit. Dapatan telah menunjukkan kumpulan kerja kriteria 5 telah menunjukkan peningkatan skor markah yang tertinggi berbanding kumpulan kerja yang lain. Namun semua kumpulan kerja telah menunjukkan peningkatan skor dari mock 1sehingga audit sebenar APACC. Oleh itu, setiap organisasi yang ingin berjaya perlu memperolehi satu sistern pengurusan kualiti yang sernpurna. Sistem tersebut haruslah fleksibel rnengikut perrnintaan pasaran dan peraliran rnasa serta berupaya rmenghadapi "perubahan" serta "penambahbaikan yang berterusan". 0 20 40 60 80 100 Kriteria 1 Kriteria 2 Kriteria 3 Kriteria 4 Kriteria 5 Kriteria 6 Kriteria 7 7.9 26.3 12.3 19.4 60.7 10.2 12.5 2.4 2 12.5 2.3 48.9 8.2 27.8 15 16.2 5.6 9.5 100 5.7 0 0 5.9 5.9 6.5 4.3 3 6.5 % Peningkatan Skor MOCK 1 % Peningkatan Skor MOCK 2 % Peningkatan Skor MOCK 3 % Peningkatan Skor CPSC
  • 10. e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18) 6.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, walaupun terdapat beberapa limitasi yang membataskan kajian, namun dapatan kajian ini telah menjawab kesemua objektif kajian yang telah dikemukakan. Penggunaan Integrated Management System (IMS) APACC di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) adalah berkesan dalam usaha untuk mencapai tahap III- Emas dalam akreditasi APACC. Ini menunjukkan konsep IMS yang merangkumi TQM, Deming dan penggunaan ICT sebagai media penyampaian maklumat dan komunikasi telah meletakkan POLIMAS dalam senarai penerima status EMAS serta menduduki tempat kedua dalam senarai akreditasi APACC. Sebanyak 75 peratus aktiviti yang dirancang dalam carta perbatuan aktiviti APACC telah mengikut ketetapan masa. Begitu juga, setiap kumpulan kerja kriteria telah mencapai peningkatan dalam skor markah dari setiap siri mock audit yang dijalankan. RUJUKAN Azizah Hamzah. (2010). Kaedah Kualitatif dalam Penyelidikan Sosiobudaya dalam Jurnal Pengajian Media Malaysia, 6 (1). Babbie E. (2010). The Practice of Social Research. USA: Wadsworth Cengage Learning. Denzin, NK. (1978). The Research Act: A Theoretical Introduction in Sociological Methods. McGraw-Hills: New York. Deming, W. E. (1982). Quality, Productivity and Competitive Position. Cambridge, MA: Massachusetts Institute of Technology, Center for Advanced Engineering Study. Fraenkel, Jack R. & Wallen, Norman E. (1993). How To Design and Evaluate Research in Education. New York: McGraw-Hill. Kanji, G. & Wong, A.(1998), Business Excellence Model for Supply Chain Management, Total Quality Management, vol. 10, no.8, pp. 1147-1168. Patton, M. Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods (2nd ed.). Newbury Park, CA: Sage Publications, Inc. Pekeliling kemajuan pentadbiran awarn. (1992). Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) bagi Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: MDC Sdn. Bhd. Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Prentice Hall. Taylor, SJ dan R Bogdan. (1984). Introduction to Qualitative Research Methods: The Search for Meanings. Second Edition. John Wiley and Sons. Toronto. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/4-politeknik-terima-anugerah- emas-apacc-1.106341#ixzz54W1y10hd©Utusan Melayu (M) Bhd
  • 11. e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18) http://polimas-apacc.blogspot.my/p/srr.html