SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
Corresponding Author: Noor Azzah Zakaria, affiliation, address, no.phone
19
Journal of Social Science and Humanities, 3 (3): 19-27, 2020
e-ISSN: 2600 - 9056
© RMP Publications, 2020
DOI: 10.26666/rmp.jssh.2020.3.5
Aplikasi Sistem Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) dalam Pengurusan
Kecemerlangan Staf Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS): Satu
Sorotan Kajian
Noor Azzah bt Zakaria1
, Ruslinawati bt Abdul Ghani2
1
Unit jaminan kualiti, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, bandar Darulaman, Jitra, 06000, Kedah
2
Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, bandar Darulaman, Jitra, 06000, Kedah
Abstract: Abstrak
Kajian pembangunan sistem APCB merupakan satu mekanisme model yang komprehensif dan diaplikasikan untuk
meningkatkan kecemerlangan pengurusan organisasi di POLIMAS. Sistem atas talian ini merupakan satu kaedah
untuk mengukur prestasi serta kecemerlangan staf POLIMAS secara optimal dan menjadikan proses pemilihan staf
yang cemerlang serta berpotensi lebih berkesan. Kajian berbentuk kualitatif ini adalah bertepatan dengan
pandangan Siggins. Menurut Siggins (1992) ganjaran dan penilaian prestasi yang adil dan seragam sangat penting
sebagai faktor penggalak atau perangsang tingkah laku pekerja yang dinamik dan cemerlang serta berpotensi
meningkatkan komitmen mereka terhadap organisasi. Menurut Siggins juga, sistem penilaian yang digunapakai
wajar mempunyai elemen yang adil dan saksama, realistik, difahami dan dapat diterima secara keseluruhan.
Key word: Sistem APCB, Kecemerlangan pengurusan POLIMAS,
PENGENALAN
Di dalam Zaman Teknologi Maklumat ini, boleh
dikatakan hampir semua bidang, termasuk pendidikan,
perkilangan, penyelidikan, sukan, hiburan, dan
perniagaan, menggunakan sistem maklumat sebagai
satu keperluan. Satu sistem ialah satu kumpulan aktiviti
dan elemen yang disusun untuk mencapai sesuatu
matlamat. Sistem maklumat pula adalah merupakan
kombinasi perkakasan, perisian dan sistem
telekomunikasi yang dapat menyokong operasi
perniagaan, meningkatkan produktiviti di samping
membantu pengurus membuat keputusan.
Di zaman ini, kejayaan sesuatu organisasi bergantung
kepada sistem maklumat. Kini banyak organisasi
menggunakan sistem maklumat untuk menawarkan
perkhidmatan yang lebih memuaskan kepada pengguna,
mencapai maklumat yang lebih luas, menangani
perubahan organisasi yang cepat dan meningkatkan
produktiviti pekerja. Menurut beberapa kajian sistem
maklumat yang efektif mestilah dapat menampung
harapan pelanggan dan keperluan perniagaan.
Justeru itu, sistem Anugerah Pekerja Contoh Bulanan
(APCB) ini dihasilkan bertujuan untuk memudahkan
pihak Pengurusan (Ketua Jabatan atau Ketua Program
dan Ketua Unit), Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah, melaksanakan tugas mengenalpasti
calon pekerja contoh bulanan dari Jabatan pada setiap
bulan. Sistem ini boleh dicapai secara atas talian bagi
membolehkan pihak pengurusan membuat penilaian.
Penggunaan sistem ini, secara tidak langsung dapat
menggantikan sistem konvensional sedia ada. Anugerah
Pekerja Contoh Bulanan diwujudkan untuk memberikan
pengikhtirafan dan penghargaan kepada warga KPM
yang telah menunjukkan kecemerlangan dari segi
perkhidmatan dan peribadi pada satu-satu bulan yang
dinilai. Setiap awal bulan, Ketua Jabatan, Ketua
Program dan Ketua Unit akan membuat pencalonan dari
jabatan dan unit masing-masing bedasarkan kriteria-
kriteria yang telah ditetapkan, merujuk kepada
garispanduan yang telah ditetapkan melalui Pekeliling
Pentadbiran Bil 1 tahun 2008, Anugerah Pekerja Contoh
Kementerian Pengajian Tinggi. Pemenang Anugerah
Pekerja Contoh pada setiap bulan akan dicalonkan
sebagai Tokoh Pekerja Contoh, Kementerian Pengajian
Tinggi dimana pemenangnya akan diumumkan semasa
majlis Perhimpunan Bulanan atau setara dengannya.
Dengan menggunakan Sistem APCB ini, laporan dan
Noor Azzah/ Journal of Social Science and Humanities, 3(3) 2020, Pages: 19-27
20
statistik dapat dijana dengan cepat dan ia juga
menjimatkan masa dan kos. Pembangunan sistem ini
selaras dengan Pekeliling Transformasi Perkhidmatan
Awam Bil 1 Tahun 2016 terdapat dua bidang inovasi
iaitu inovasi sosial dan inovasi penyampaian
perkhidmatan. Begitu juga, inovasi penyampaian
perkhidmatan juga mempunyai empat ciri utama.
Antaranya memberi impak ketara dan positif kepada
pelanggan, meningkatkan kecekapan dan mengoptima
kos dalam menangani kekangan sumber kewangan dan
sumber manusia, memperkenalkan pendekatan
penyampaian perkhidmatan baharu atau memantapkan
kaedah semasa yang kurang berkesan; dan
memanfaatkan keupayaan teknologi terkini.
Manakala, membangunkan inovasi merupakan analisis
perjalanan cetusan ilham, kreativiti, idea atau buah
fikiran yang bertitik tolak dari sorot pandang dan
pemerhatian mendalam seseorang hingga ia merasa
terpanggil untuk mencipta, mengubah atau memperbaiki
sesuatu keadaan dengan mengguna pakai pelbagai
sumber untuk menyempurnakannya. Oleh itu, inovasi
bermakna momentum, usaha dan inisiatif
memperkenalkan produk baru; satu proses kerja yang
dilakukan secara berterusan dan berulang-ulang untuk
menghasilkan produk, proses, pengetahuan dan
perkhidmatan dengan memanipulasi penemuan-
penemuan saintifik yang telah wujud (Kusiak, 2007;
Damanpour, 1996).
Selain itu, rasional pembangunan inovasi ini adalah
merupakan satu inisiatif untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-
Ketua Unit dalam mengenalpasti calon APCB pada
setiap bulan. Berlaku juga kelewatan bagi mereka
dalam mengemukakan calon-calon bersesuaian dari
jabatan dan unit masing-masing. Sesetengah Ketua
Jabatan dan Ketua Unit didapati terlupa untuk membuat
pencalonan dan menyebabkan sukar bagi Pegawai
Pengurusan Kualiti untuk menyelaras dan membuat
pemilihan dan membawa keperingkat seterusnya. Islam
juga amat menggalakkan kajian atau penelitian untuk
mencari penemuan-penemuan baru dalam bidang-
bidang teknologi serta menggunakannya dalam
kehidupan seharian. Islam juga menuntut supaya
mengembangkan teknologi sehingga menemui
kebesaran dan keagungan Allah yang tidak dapat
ditandingi oleh segala makhluk yang ada di langit dan di
bumi. Firman Allah: “Lakukanlah pengkajian
(penelitian dengan menggunakan metode ilmiah)
mengenai apa-apa yang ada di langit dan di bumi.”
(Surah Yunus: 101) “Tidakkah kamu memperhatikan
bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu
apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah
melimpahkan kepada kami nikmat-nikmat-Nya yang
zahir dan yang batin?” (Surah Luqman: 20)
RASIONAL PENGGUNAAN KONSEP
PANGKALAN DATA
Menurut Kendall & Kendall (2002), data yang disimpan
dalam pangkalan data merupakan aset yang berharga
kepada sesuatu organisasi. Ekoran daripada itu, sistem
yang berkonsepkan pangkalan data merupakan
peneyelesaian terbaik dalam membangunakan sistem
yang memerlukan penyimpanan dan capaian ke atas
rekod di pangkalan data. Selain daripada itu, berikut
merupakan kebaikan memiliki pangkalan data:
i. Kawalan terhadap data lewah kerana
kebanyakkan data disimpan di satu
lokasi.
ii. Ekonomikal dari segi tenaga manusia,
storan dan kos.
iii. Piawaian data dapat dilaksanakan
disebabkan konsep perkongsian dan
pengendalian data terpusat.
iv. Integriti data, baikpulih, sokongan
dan keselamatan yang lebih baik
seperti penggunaan kata laluan,
penyulitan serta penambahan kawalan
serentak.
v. Lebih maklumat dapat dijana hasil
daripada data yang sama.
Sistem Pengurusan Pangkalan Data.
Pangkalan data merujuk kepada satu koleksi fail-fail
yang mengandungi data-data yang disusun bagi
membolehkan capaian, paparan dan penggunaan ke atas
data tersebut. Sistem pengurusan pangkalan data pula
membenarkan pengguna menggunakan komputer untuk:
➢ mencipta pangkalan data;
➢ menambah, menukar dan menghapus data
dalam pangkalan data;
➢ mengisih data dalam pangkalan data;
➢ mencapai data dari pangkalan data; dan
➢ mencipta borang dan laporan menggunakan
data dalam pangkalan data tersebut.
Salah satu dari Sistem Pengurusan Pangkalan Data
(SPPD) berasaskan komputer peribadi yang terdapat di
pasaran ialah Microsoft Access. Antara fungsi
Microsoft Access adalah menyimpan, mengisih dan
mendapatkan data untuk berbagai aplikasi. Perisian ini
dilengkapi dengan alat untuk mencipta pangkalan data,
jadual, borang, laporan dan queri. Microsoft Access
boleh digunakan secara standalone atau sistem berbilang
pengguna melalui rangkaian.
Projek ini akan menggunakan perisian Microsoft Access
untuk pembangunan sistem pangkalan data. Perisian
Microsoft Access dipilih kerana ia merupakan satu
perisian pengurusan pangkalan data yang cukup
Klabklay/ Journal of Social Science and Humanities, 1(2) 2019, Pages: 01-06
21
berkuasa. Ia berfungsi dalam persekitaran Windows dan
terdapat dalam kebanyakkan komputer peribadi.
Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk :
Membangunkan suatu perisian atas talian, APCB yang
boleh digunakan sebagai satu sistem untuk mengukur
kecemerlangan staf POLIMAS di setiap jabatan dan
unit. Kemudian, penyelidik telah mendapatkan
penilaian para pensyarah dari jabatan JTMK, USTM
dan pakar terhadap perisian yang dibangunkan. Segala
kelemahan dan cadangan yang baik diambil kira untuk
menghasilkan perisian yang bermutu dan berkesan
sebagai salah satu kaedah untuk memberi pengiktirafan
secara formal kepada jabatan dan unit yang
menunjukkan inisiatif dan pencapaian cemerlang dalam
semua aspek pengurusan bertunjangkan kepimpinan
yang unggul. Begitu juga, memasukan maklumat secara
berkomputer untuk mempercepatkan proses kemasukan
data dan mengurangkan penggunaan borang secara
manual.
Literature Review
Kajian Ke Atas Sistem Sedia Ada:
Bagi membangunkan sistem ini beberapa langkah dan
kajian yang telah dijalankan ke beberapa buah
organisasi yang telah menjadi pelopor dalam
pembangunan sistem anugerah pekerja cemerlang.
Melalui temu bual dan soal selidik dengan pentadbiran
yang terlibat didapati :-
i. Sistem maklumat dan rujukan masih
menggunakan sistem fail.
ii. Penggunaan komputer atau sistem tidaklah
menyeluruh.
iii. Tidak ada sistem yang tepat di dalam
pengurusan merekod jumlah staf yang
menerima anugerah cemerlang bulanan.
iv. Mengambil masa yang lama dalam proses
mencari maklumat atau data staf.
v. Kurang dari segi kecekapan pengguna
menggunakan sistem yang terbabit.
vi. Tidak ada keselamatan atau langkah-langkah
sekiranya ada pencerobohan maklumat .
vii. Rekod penggunaan komputer oleh ketua unit
atau jabatan kurang teratur dan masih
menggunakan secara manual.
Berdasarkan maklumat yang didapati di dalam kajian
dan temubual, maka didapati perlu dibina satu sistem
yang mudah dan senang digunakan. Ini adalah juga
untuk menjimatkan masa capaian, mengurangkan
tenaga mencari maklumat dan kemudahan kemaskini
pada maklumat yang ada.
4.0 Metodologi Kajian
Jenis kajian ini ialah penyelidikan kualitatif yang
cenderung kepada metode pengumpulan data melalui
pemerhatian ataupun penganalisisan kandungan
dokumen yang berkaitan. Menurut Noraini Idris (2013),
penyelidikan kualitatif merupakan usaha menjawab
perkara-perkara yang tidak mungkin dapat dijawab
menerusi penyelidikan kuantitatif serta memberi
gambaran dari perspektif yang tidak dapat diukur secara
kuantiti. Kajian yang dijalankan ini juga merupakan satu
kajian berbentuk deskriptif. Menurut Mohd. Majid
Konting (2004:96), penyelidikan deskriptif merupakan
penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan
sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Dalam kajian
ini, pemerhatian khusus diberikan kepada sistem APCB,
pengkaji membuat satu kesimpulan yang berbentuk
umum berkaitan dengannya.
Metodologi Pembangunan sistem APCB dibangunkan
dengan menggunakan metodologi air terjun. Metodologi
air terjun telah dipilih dalam pembangunan sistem
adalah kerana :-
a. Metodologi air terjun merupakan kaedah
konvensional pembangunan sistem yang terdiri daripada
beberapa teknik yang saling melengkapi antara satu
sama lain. Teknik– teknik tersebut adalah :
➢ Teknik pengaturcaraan berstruktur.
➢ Analisa berstruktur dan rekabentuk berstruktur
yang dikenali sebagai
teknik analisa / rekabentuk sistem.
b. Teknik pengaturcaraan berstruktur dalam Kaedah
Tradisional [air terjun] tertumpu kepada penghasilan
output yang tepat dan membolehkan saya membaca,
mengesan dan melakukan pengubahsuaian terhadap
output dengan mudah.
c. Teknik analisa berstruktur dalam kaedah air terjun
dapat membantu pengaturcaraan mengenalpasti :-
➢ Keperluan pemprosesan data .
➢ Jenis input dan output yang diperlukan .
➢ Bagaimana setiap fungsi aturcara
dilaksanakan.
d. Sistem maklumat yang kompleks mengandungi
banyak fungsi yang terdiri daripada sub program. Oleh
itu, rekabentuk berstruktur menyediakan panduan dalam
menentukan set aturcara yang sepatutnya wujud,
dilaksanakan dan bagaimana hierarki susunan sesebuah
aturcara. Metodologi air terjun terdapat 5 fasa kitar
hayat pembangunan sistem :-
1. Fasa Penyiasatan Awal
➢ Kenalpasti skop
➢ Sempadan masalah
Analis
Keperlu
& Spesifi
Noor Azzah/ Journal of Social Science and Humanities, 3(3) 2020, Pages: 19-27
22
➢ Strategi pembangunan sistem
2. Fasa Analisa
➢ Keperluan maklumat - temu bual
➢ Sistem Stakeholder
➢ Model Keperluan - model data, model
proses & model objek
3. Fasa Rekabentuk
➢ Rekabentuk senibina
➢ Rekabentuk Senibina Aplikasi
➢ Pembangunan Aplikasi
4. Fasa Pembangunan dan Implementasi Sistem
➢ Komponen fasa pembangunan
➢ Ujian Aplikasi
➢ Dokumentasi
5. Fasa Sokongan Dan Operasi
➢ Penyelenggaraan
➢ Pembetulan
➢ Penyesuaian
➢ Pencegahan
➢ Melaksanakan perubahan.
Rajah 1 Metodologi Air Terjun
Keperluan Perisian
Sistem APCB ini menggunakan perisian PHP adalah
bahasa skrip sampingan komputer pelayan yang
digunakan untuk membangunkan laman web Statik atau
laman web Dinamik atau aplikasi Web. PHP bermaksud
Hypertext Pre-processor, yang sebelum ini berdiri
Klabklay/ Journal of Social Science and Humanities, 1(2) 2019, Pages: 01-06
23
untuk Laman Utama Peribadi. Skrip PHP hanya boleh
ditafsirkan pada komputer pelayan yang telah dipasang
PHP sebagai antaramuka. Ini kerana PHP mempunyai
banyak kelebihan di antaranya:-
1. Menyediakan antara muka grafik dengan
mudah.
2. Boleh mengawal perlaksanaan aplikasi
menggunakan atur cara.
3. Berupaya untuk mencapai API (Application
Program Interface).
4. Kemudahan aturcara berorientasikan objek.
5. Kawalan ralat.
6. Boleh melaksanakan atur cara berstruktur.
Dalam pengaturcaraan PHP, reka bentuk antara muka
aplikasi yang mengandungi objek-objek bergrafik perlu
dibangunkan. Fungsi-fungsi berdasarkan kepada acara
yang berlaku apabila pengguna melakukan tindakan
terhadap objek perlu juga disertakan. Antara sebab lain
pengaturcaraan berorentasikan objek dipilih bagi
pembangunan sistem, kerana objek-objek yang dicipta
boleh digunakan semula dalam aplikasi-aplikasi yang
lain. Objek tersebut diubahsuai mengikut kesesuaian
sistem apabila juruaturcara memerlukan objek ini dalam
sistem lain.
Oleh yang demikian, metodologi bererti ilmu tentang
cara atau prosedur yang tertentu bagi memahami sesuatu
penelitian dan penyelidikan agar hasil yang diperolehi
menepati kehendak ilmiah serta boleh
dipertanggungjawabkan. Kualiti sesuatu penelitian dan
penyelidikan itu bergantung kepada ketepatan
penggunaan metode-metode yang sesuai dengan objek
dan tujuan. Peranannya amat penting dalam proses
pembangunan manusia dan sumber. Ia menjadi input
utama kepada sebarang cadangan perubahan yang
berkesan. Pengetahuan dan penemuan-penemuan yang
terkumpul boleh memungkinkan beberapa hukuman
tentang pelbagai fenomena.
Pembangunan Aplikasi Sistem APCB
Pembangunan sistem atas talian APCB merupakan satu
mekanisme yang bersifat sistematik, bersepadu dan
konsisten supaya para panel penilai dapat membuat
penilaian kecemerlangan staf POLIMAS secara cepat
serta efisien sama ada di unit atau jabatan. Justeru itu,
penggunaan kaedah ini merupakan alat penyelesaian
masalah secara kreatif dan inovatif dalam penyelesaian
masalah pemilihan staf yang cemerlang. Seiring dengan
itu, menurut Rieber (1990), grafik statik menyediakan
ilustrasi statik dan ia boleh memudahkan kefahaman
terhadap hubungan ruang dan struktur sesuatu objek
berbanding penerangan yang diberikan dalam bentuk
teks yang abstrak.
Kaedah Perlaksanaan Inovasi
Perlaksanaan kaedah ini diterajui oleh Ketua Jabatan
dan Ketua Unit. Mereka akan memilih seramai dua
orang pegawai dari setiap Jabatan dan Unit. Dengan ini
setiap bulan dua pencalonan tersebut adalah
merangkumi seorang daripada Kumpulan Pengurusan &
Profesional (P&P), Gred 41 hingga Gred 54 dan seorang
pegawai dari Kumpulan Sokongan 1 atau Sokongan 11.
Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan berhak untuk tidak
memilih mana-mana pegawai sekiranya penilaian beliau
menunjukkan bahawa tiada pegawai yang layak untuk
dipilih bagi menerima anugerah tersebut.
Dalam konteks ini, pegawai yang layak dipilih adalah
semua pegawai yang bertugas di KPM termasuk
pegawai baru yang telah berkhidmat sekurang-
kurangnya 30 hari (1 bulan) dari tarikh penilaian dibuat.
Penilaian dibuat berdasarkan kriteria-kriteria seperti,
Penghasilan Kerja, Kualiti Peribadi, Nilai Tambah
(Value- add), Kriteria Tambahan dan Ulasan Ketua
Jabatan. Semua pencalonan hendak dikemukakan
selewat-lewatnya sebelum 5 haribulan setiap bulan
kepada Pegawai Pengurusan Kualiti untuk diselaraskan
dan seterusnya memilih calon yang sesuai.
Seiring dengan itu, kaedah peaksanaan atau pendekatan
yang digunakan dalam inovasi ini adalah menggunakan
kitaran Perancangan, Pelaksanaan, Penyeragaman dan
Tindakan (Plan, Do, Check, Action) atau P.D.C.A
(Aguayo, R. Dr Deming, 1991):
i. Perancangan
Sebagai Ketua Kumpulan inovasi, calon
bertanggungjawab memantau dan
membimbing ahli-ahli lain dalam
kumpulan ini. Ahli-ahli tersebut terdiri
daripada 3 orang iaitu seorang ketua
(penganalisa), pengumpul data dan
pembangunan sistem. Idea dan cadangan
untuk inovasi ini adalah kombinasi semua
ahli. Ianya dipersembahkan dalam carta
Gantt.
ii. Pelaksanaan
Perbincangan berkaitan dengan cara-cara
pelaksanaan inovasi dibincangkan dan
semua ahli sebulat suara memutuskan
untuk mengadakan soal selidik terhadap
pengguna sebelum dan selepas sistem ini
wujud. Perkembangan kemajuan
pelaksanaan sistem ini akan sentiasa
dikemaskinikan.
iii. Penyemakan
Noor Azzah/ Journal of Social Science and Humanities, 3(3) 2020, Pages: 19-27
24
Ketua Kumpulan akan menyemak isi
kandungan dan perkembangan
pembangunan sistem APCB ini agar
mengikut jadual perancangan yang telah
dibuat. Jika ada cadangan yang
dikemukakan, satu pemantauan dan
tindakan susulan akan dilakukan.
iv. Tindakan
Ketua kumpulan akan berbincang dengan
pihak pengurusan untuk melakukan
penyeragaman dan mendapatkan dana
sekiranya perlu.
Perbezaan Antara Perkara/Proses Yang sebelum
Dengan Yang Sekarang
Antara perbezaan sebelum dan selepas inovasi ini
dijalankan adalah seperti di bawah:
Sebelum Sekarang
Mengisi borang
instrument penilaian
calon Anugerah Pekerja
Contoh secara manual
Mengisi borang
instrument penilaian
calon Anugerah Pekerja
Contoh secara online
Menyemak dan Mengira
markah dari borang
pencalonan
Hanya menyemak
markah yang telah
dikey-in dalam sistem.
Mengambil tempoh masa
yang lama untuk
memindah maklumat
kerana memerlukan
mengisi borang.
Pemindahan maklumat
cepat, telus dan lebih
efisien.
Memerlukan fail yang
banyak untuk
menyimpan hasil
cetakan.
Tidak memerlukan fail
yang banyak. Data
disimpan secara on-line.
Tidak ada sistem yang
mudah dan user friendly
di jabatan.
Sistem adalah user
friendly dan mudah
digunakan.
Tempoh/masa yang
diambil lama untuk
mengetahui keputusan
calon yang berjaya.
Proses pemilihan calaon
akan lebih singkat serta
cepat.
Terdapat Jabatan dan
Unit tidak membuat
pencalonan disebabkan
alasan KJ/KU terlupa.
Tiada lagi alasan terlupa
dan tidak patuh kepada
tarikh due-date.
Komen yang banyak dari
pensyarah dan staf
tentang keputusan calon
yang berjaya.
Kurang komen dari
pensyarah dan staf
kerana semua jabatan
dan unit memberikan
pencalonan.
Permulaan Penggunaan Sistem
Antaramuka Sistem Anugerah Pekerja Contoh
Bulanan (APCB)
1) Layari web : https://polimas.edu.my
I. Gunakan PERKHIDMATAN
ATAS TALIAN / G2C
II. Klik pada ANUGERAH
PEKERJA CONTOH
BULANAN
a. Klik pada Klik Sini untuk
pendaftaran penguna kali pertama.
2) Paparan muka hadapan Anugerah Pekerja
Contoh Bulanan.
a. Klik pada Klik Sini untuk
pendaftaran penguna kali
Klabklay/ Journal of Social Science and Humanities, 1(2) 2019, Pages: 01-06
25
pertama.
Pengguna yang telah berdaftar, sila butang Klik Sini
b. Administator sistem akan aktifkan pengguna yang
berdaftar untuk Log In sistem APCB
Pastikan semua kotak
yang bertanda
bintang di isi
sepenuhnya dan klik
butang Register
Klik pada Create
an account
Masukkan
username dan
password yang
telah didaftar dan
tekan butang Log
In
Klik pada
JABATAN
untuk pilihan
masing-
masing.
Pilih BULAN
untuk penilaian
tersebut
dijalankan
Noor Azzah/ Journal of Social Science and Humanities, 3(3) 2020, Pages: 19-27
26
KESIMPULAN
Sistem baru yang akan dibangunkan ini adalah lebih
baik berbanding sistem semasa. Dengan penggunaan
sistem ini, pengguna terutamanya ketua unit dan ketua
jabatan sedikit sebanyak dapat mengurangkan masa
untuk melakukan pemilihan calon APCB di dalam
sistem ini. Mempermudahkan operasi pemilihan calon
yang
layak. Perkhidmatan kepada pengguna dapat
ditingkatkan. Pengurangan penggunaan sistem fail dan
ruang penyimpanan maklumat adalah sesuatu yang
sangat diharapkan. Ia juga dapat mengelakkan
pengulangan data yang sama berlaku. Sistem ini juga
sebenarnya memudahkan pihak pentadbiran dalam
memantau rekod jumlah staf yang cemerlang setiap
bulan, masa penggunaan komputer dan kos penggunaan
komputer dengan lebih cepat, cekap dan sistematik.
Pengumpulan data dapat diketahui dengan mudah dan
pantas.
Berdasarkan kepada output yang dihasilkan, terdapat
beberapa cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan
lagi keberkesanan penggunaan inovasi ini dalam
menyelesaikan masalah memilih calon Anugerah
Pekerja Contoh Bulanan, APCB di Politeknik Sultan
Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), antaranya
ialah :
i. Meluaskan penggunaannya ke jabatan dan
unit disemua politeknik-politeknik
Malaysia.
ii. Menambahbaik rekabentuk yang lebih
menarik serta mesra pengguna (user
friendly) untuk digunakan oleh pelbagai
pihak atau pengguna.
iii. Menambahkan fungsi sistem APCB agar
boleh disambungkan dengan emel atau
wApps pengguna, agar pengguna akan
lebih peka (alert) dengan makluman dari
urusetia pemilihan calon.
Seiring dengan ini, kaedah ini adalah bertepatan dengan
Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna,
menekankan ke atas pencapaian matlamat di dunia dan
akhirat. Oleh itu, sudah semestinya ia menekankan
kualiti dan peningkatannya dalam pengeluaran produk
atau perkhidmatan. Ini disokong oleh Surah al-A'raf,
ayat 157 dan satu hadis yang diriwayatkan oleh al-
Bayhaqi yang bermaksud: "Allah itu bagus dan cantik.
Dia tidak menerima kecuali yang bagus dan cantik."
Begitu juga, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Muslim yang turut menyokong kenyataan ini iaitu:
"Allah telah menetapkan bahawa dalam setiap perkara
ada cara yang baik."
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim
Aguayo, R. Dr Deming: The American who taught the
Japanese about quality. London, Mercury Books, 1991
Damanpour, F. (1996). Organizational complexity and
innovation: Developing and testing multiple
contingency models. Management Science, 42, 693-
716.
Pekeliling Pentadbiran Bil.1 Tahun 2008, Kementerian
Pengajian
Tinggi.http://apcb,kptonline.net/loginstdnt.php
Klabklay/ Journal of Social Science and Humanities, 1(2) 2019, Pages: 01-06
27
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2011), Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara, Retrieved from
http://www.mohe.gov.my/psptn/Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.
Kementerian Pendidikan Tinggi (2015), Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025
(Pendidikan Tinggi). Retrieved from
https://www.mohe.gov.my/pppm-pt
Pelan Strategik POLIMAS 2016-2025
Dr. Shahrul Azaman Mohd. Noah(2006).Analisis dan
Permodelan Data.(Cetakan ke 4).Meteor Doc,Kuala
Lumpur.
Dr. Shahrul Azaman Mohd. Noah(2006). Implementasi
Pangkalan Data.(Cetakan ke-3).Meteor Doc,Kuala
Lumpur.
Kamsuriah Ahmad(2006).Analisis dan Rekabentuk
Sistem.(Cetakan ke-4).Meteor Doc,Kuala Lumpur.
Mohd. Juzaiddin Ab. Aziz(2007).Pengaturcaraan
Visual.(Cetakan ke-7).Meteor doc,Kuala Lumpur.
Abdullah Embong. (2000). Sistem Pangkalan Data.
Tradisi Ilmu Sdn. Bhd.
Atzeni et.al, (2000). Database Systems: Concepts,
Languages and Architectures. England: McGraw-Hill.
Clegg, D. and Barker, R. (1994). Case Method Fast-
Track: A RAD Approach. England: Addison Wesley.
Connolly and Begg. (2001). Database Systems: A
Practical Approach to Design, Implementation, and
Management. Second Edition. England: Addison-
Wesley.
Ensor, D. & Stevenson, I. (1997). Oracle Design. New
Jersey: Prentice-Hall.
Gupta, Yash P. (1988). Industrial Management and
Data System: Direction of Structured Approaches in
System Development. London: Elsevier.
Hoffer, J.A, George, J.F. & Valacich, J.S (2002). System
Analysis and Design. 3rd Edition. New Jersey:
Prentice-Hall.
Kendall, K.E & Kendall, J.E (2002). System Analysis
and Design. 5th Edition. New Jersey: Prentice-Hall.
Kusiak, A. (2007). Innovation Science: A Primer. Int.
J. Computer Application in Technology, 28, 140-149
Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan
Pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Noraini Idris (2013). Penyelidikan dalam pendidikan,
Edition, McGraw-Hill Education.
Rieber, L.P. (1990). Using Computer Animated
Graphics in Science Instruction with Children. Journal
of Educational Psychology, 82 (1), 135.
Salha Abdullah dan Nazlia Omar. (2000). Sistem
Pangkalan Data. Kuala Lumpur: Sprint Print, Prentice
Hall.
Siggins, J. (1992). Job Satisfaction and Performance
in a Changing Environment. Library Trends, 41, 299-
315
Silberschatz, A., Korth, H.F and Sudarshan, S. (1997).
Database System Concept. Third Edition. England:
McGraw-Hill
Zaini Md. Jana (1991). Panduan Analisis dan
Rekabentuk Sistem. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Rujukan (Website)
http://www.databaseanswers.org/approach2db_design.
htm
http://www.databaseanswers.org/data_models/car_sale
s/method.htm
http://www.frick-cpa.com/ss7/Theory_Models.asp
#Hierarchy (Hierarchical Database Model).

More Related Content

Similar to APCB Sistem

SIM-1,Siti Nurfadila - 43117010217, Implikasi aplikasi sim dalam pelaksaan ma...
SIM-1,Siti Nurfadila - 43117010217, Implikasi aplikasi sim dalam pelaksaan ma...SIM-1,Siti Nurfadila - 43117010217, Implikasi aplikasi sim dalam pelaksaan ma...
SIM-1,Siti Nurfadila - 43117010217, Implikasi aplikasi sim dalam pelaksaan ma...FadillaDici
 
SI-PI,Ranti Pusriana,Hapzi Ali,Sistem Informasi Sekolah,Mercubuana,2017
SI-PI,Ranti Pusriana,Hapzi Ali,Sistem Informasi Sekolah,Mercubuana,2017SI-PI,Ranti Pusriana,Hapzi Ali,Sistem Informasi Sekolah,Mercubuana,2017
SI-PI,Ranti Pusriana,Hapzi Ali,Sistem Informasi Sekolah,Mercubuana,2017Ranti Pusriana
 
Pemanfaatan smart school dalam sistem manajemen sekolah
Pemanfaatan smart school dalam sistem manajemen sekolahPemanfaatan smart school dalam sistem manajemen sekolah
Pemanfaatan smart school dalam sistem manajemen sekolahAnis Ilahi
 
Proposal Sistem informasi nilai siswa pada ma muhammadiyah cisata
Proposal Sistem informasi nilai siswa pada ma muhammadiyah cisataProposal Sistem informasi nilai siswa pada ma muhammadiyah cisata
Proposal Sistem informasi nilai siswa pada ma muhammadiyah cisataIKHSAN MAHRURI
 
Sistem informasi akademik solusi manajemen informasi
Sistem informasi akademik solusi manajemen informasi  Sistem informasi akademik solusi manajemen informasi
Sistem informasi akademik solusi manajemen informasi erlan efarda
 
Studi kelayakan sistem informasi ppdb online SMAN 99 Jakarta
Studi kelayakan sistem informasi ppdb online SMAN 99 JakartaStudi kelayakan sistem informasi ppdb online SMAN 99 Jakarta
Studi kelayakan sistem informasi ppdb online SMAN 99 JakartaRahmatin Nadia
 
Dokumen Studi Kelayakan Sistem Pendaftaran Online Peserta Didik Baru Berbasis...
Dokumen Studi Kelayakan Sistem Pendaftaran Online Peserta Didik Baru Berbasis...Dokumen Studi Kelayakan Sistem Pendaftaran Online Peserta Didik Baru Berbasis...
Dokumen Studi Kelayakan Sistem Pendaftaran Online Peserta Didik Baru Berbasis...Rina Wijaya
 
Artikel ppt uas, bayu nugroho, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, analisis dan...
Artikel ppt uas, bayu nugroho, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, analisis dan...Artikel ppt uas, bayu nugroho, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, analisis dan...
Artikel ppt uas, bayu nugroho, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, analisis dan...Bayu-86
 
Studi kelayakan sistem informasi pendidikan psb online.docx
Studi kelayakan sistem informasi pendidikan psb online.docxStudi kelayakan sistem informasi pendidikan psb online.docx
Studi kelayakan sistem informasi pendidikan psb online.docxWinda Dwiastini
 
ANALISIS SISTEM INFORMASI SIKLUS PRODUKSI, PENGUPAHAN, DAN SUMBER DAYA MANUSI...
ANALISIS SISTEM INFORMASI SIKLUS PRODUKSI, PENGUPAHAN, DAN SUMBER DAYA MANUSI...ANALISIS SISTEM INFORMASI SIKLUS PRODUKSI, PENGUPAHAN, DAN SUMBER DAYA MANUSI...
ANALISIS SISTEM INFORMASI SIKLUS PRODUKSI, PENGUPAHAN, DAN SUMBER DAYA MANUSI...RaihanAbid1
 
Sim, imel aisyah, hapzi ali, analisa dan perancangan si pada pt.mpm,universit...
Sim, imel aisyah, hapzi ali, analisa dan perancangan si pada pt.mpm,universit...Sim, imel aisyah, hapzi ali, analisa dan perancangan si pada pt.mpm,universit...
Sim, imel aisyah, hapzi ali, analisa dan perancangan si pada pt.mpm,universit...Imel Aisyah Amini
 
Sim,singgih febriansyah,hapzi ali, impelentasi sistem informasi pada pt paci...
Sim,singgih febriansyah,hapzi ali, impelentasi sistem informasi pada pt  paci...Sim,singgih febriansyah,hapzi ali, impelentasi sistem informasi pada pt  paci...
Sim,singgih febriansyah,hapzi ali, impelentasi sistem informasi pada pt paci...Singgih Febriansyah
 
Studi Kelayakan SI PSB SMA Labschool Kebayoran
Studi Kelayakan SI PSB SMA Labschool KebayoranStudi Kelayakan SI PSB SMA Labschool Kebayoran
Studi Kelayakan SI PSB SMA Labschool KebayoranFikry Khairytamim
 
Sistem Informasi Manajemen "Dokumen Usulan Pengembangan Sistem Informasi untu...
Sistem Informasi Manajemen "Dokumen Usulan Pengembangan Sistem Informasi untu...Sistem Informasi Manajemen "Dokumen Usulan Pengembangan Sistem Informasi untu...
Sistem Informasi Manajemen "Dokumen Usulan Pengembangan Sistem Informasi untu...Wahyu Anggara
 
Amudi pandapotan saragih, hapzi ali, dss di forum 4 minggu 5 (25 31 agustus 2...
Amudi pandapotan saragih, hapzi ali, dss di forum 4 minggu 5 (25 31 agustus 2...Amudi pandapotan saragih, hapzi ali, dss di forum 4 minggu 5 (25 31 agustus 2...
Amudi pandapotan saragih, hapzi ali, dss di forum 4 minggu 5 (25 31 agustus 2...Amudi Pandapotan Saragih
 
Artikel sim rania juita 43219110113 (30 10-2020)
Artikel sim rania juita 43219110113 (30 10-2020)Artikel sim rania juita 43219110113 (30 10-2020)
Artikel sim rania juita 43219110113 (30 10-2020)RaniaRaniaJuita
 
Artikel sim rania juita 43219110113 (12 12-2020)
Artikel sim rania juita 43219110113 (12 12-2020)Artikel sim rania juita 43219110113 (12 12-2020)
Artikel sim rania juita 43219110113 (12 12-2020)RaniaRaniaJuita
 

Similar to APCB Sistem (20)

SIM-1,Siti Nurfadila - 43117010217, Implikasi aplikasi sim dalam pelaksaan ma...
SIM-1,Siti Nurfadila - 43117010217, Implikasi aplikasi sim dalam pelaksaan ma...SIM-1,Siti Nurfadila - 43117010217, Implikasi aplikasi sim dalam pelaksaan ma...
SIM-1,Siti Nurfadila - 43117010217, Implikasi aplikasi sim dalam pelaksaan ma...
 
SI-PI,Ranti Pusriana,Hapzi Ali,Sistem Informasi Sekolah,Mercubuana,2017
SI-PI,Ranti Pusriana,Hapzi Ali,Sistem Informasi Sekolah,Mercubuana,2017SI-PI,Ranti Pusriana,Hapzi Ali,Sistem Informasi Sekolah,Mercubuana,2017
SI-PI,Ranti Pusriana,Hapzi Ali,Sistem Informasi Sekolah,Mercubuana,2017
 
Pemanfaatan smart school dalam sistem manajemen sekolah
Pemanfaatan smart school dalam sistem manajemen sekolahPemanfaatan smart school dalam sistem manajemen sekolah
Pemanfaatan smart school dalam sistem manajemen sekolah
 
Proposal Sistem informasi nilai siswa pada ma muhammadiyah cisata
Proposal Sistem informasi nilai siswa pada ma muhammadiyah cisataProposal Sistem informasi nilai siswa pada ma muhammadiyah cisata
Proposal Sistem informasi nilai siswa pada ma muhammadiyah cisata
 
Sistem informasi akademik solusi manajemen informasi
Sistem informasi akademik solusi manajemen informasi  Sistem informasi akademik solusi manajemen informasi
Sistem informasi akademik solusi manajemen informasi
 
Studi kelayakan sistem informasi ppdb online SMAN 99 Jakarta
Studi kelayakan sistem informasi ppdb online SMAN 99 JakartaStudi kelayakan sistem informasi ppdb online SMAN 99 Jakarta
Studi kelayakan sistem informasi ppdb online SMAN 99 Jakarta
 
Dokumen Studi Kelayakan Sistem Pendaftaran Online Peserta Didik Baru Berbasis...
Dokumen Studi Kelayakan Sistem Pendaftaran Online Peserta Didik Baru Berbasis...Dokumen Studi Kelayakan Sistem Pendaftaran Online Peserta Didik Baru Berbasis...
Dokumen Studi Kelayakan Sistem Pendaftaran Online Peserta Didik Baru Berbasis...
 
Artikel ppt uas, bayu nugroho, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, analisis dan...
Artikel ppt uas, bayu nugroho, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, analisis dan...Artikel ppt uas, bayu nugroho, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, analisis dan...
Artikel ppt uas, bayu nugroho, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, analisis dan...
 
Studi kelayakan sistem informasi pendidikan psb online.docx
Studi kelayakan sistem informasi pendidikan psb online.docxStudi kelayakan sistem informasi pendidikan psb online.docx
Studi kelayakan sistem informasi pendidikan psb online.docx
 
Pengendalian dan sia
Pengendalian dan siaPengendalian dan sia
Pengendalian dan sia
 
Data berkualitas
Data berkualitasData berkualitas
Data berkualitas
 
ANALISIS SISTEM INFORMASI SIKLUS PRODUKSI, PENGUPAHAN, DAN SUMBER DAYA MANUSI...
ANALISIS SISTEM INFORMASI SIKLUS PRODUKSI, PENGUPAHAN, DAN SUMBER DAYA MANUSI...ANALISIS SISTEM INFORMASI SIKLUS PRODUKSI, PENGUPAHAN, DAN SUMBER DAYA MANUSI...
ANALISIS SISTEM INFORMASI SIKLUS PRODUKSI, PENGUPAHAN, DAN SUMBER DAYA MANUSI...
 
Studi kelayakan
Studi kelayakanStudi kelayakan
Studi kelayakan
 
Sim, imel aisyah, hapzi ali, analisa dan perancangan si pada pt.mpm,universit...
Sim, imel aisyah, hapzi ali, analisa dan perancangan si pada pt.mpm,universit...Sim, imel aisyah, hapzi ali, analisa dan perancangan si pada pt.mpm,universit...
Sim, imel aisyah, hapzi ali, analisa dan perancangan si pada pt.mpm,universit...
 
Sim,singgih febriansyah,hapzi ali, impelentasi sistem informasi pada pt paci...
Sim,singgih febriansyah,hapzi ali, impelentasi sistem informasi pada pt  paci...Sim,singgih febriansyah,hapzi ali, impelentasi sistem informasi pada pt  paci...
Sim,singgih febriansyah,hapzi ali, impelentasi sistem informasi pada pt paci...
 
Studi Kelayakan SI PSB SMA Labschool Kebayoran
Studi Kelayakan SI PSB SMA Labschool KebayoranStudi Kelayakan SI PSB SMA Labschool Kebayoran
Studi Kelayakan SI PSB SMA Labschool Kebayoran
 
Sistem Informasi Manajemen "Dokumen Usulan Pengembangan Sistem Informasi untu...
Sistem Informasi Manajemen "Dokumen Usulan Pengembangan Sistem Informasi untu...Sistem Informasi Manajemen "Dokumen Usulan Pengembangan Sistem Informasi untu...
Sistem Informasi Manajemen "Dokumen Usulan Pengembangan Sistem Informasi untu...
 
Amudi pandapotan saragih, hapzi ali, dss di forum 4 minggu 5 (25 31 agustus 2...
Amudi pandapotan saragih, hapzi ali, dss di forum 4 minggu 5 (25 31 agustus 2...Amudi pandapotan saragih, hapzi ali, dss di forum 4 minggu 5 (25 31 agustus 2...
Amudi pandapotan saragih, hapzi ali, dss di forum 4 minggu 5 (25 31 agustus 2...
 
Artikel sim rania juita 43219110113 (30 10-2020)
Artikel sim rania juita 43219110113 (30 10-2020)Artikel sim rania juita 43219110113 (30 10-2020)
Artikel sim rania juita 43219110113 (30 10-2020)
 
Artikel sim rania juita 43219110113 (12 12-2020)
Artikel sim rania juita 43219110113 (12 12-2020)Artikel sim rania juita 43219110113 (12 12-2020)
Artikel sim rania juita 43219110113 (12 12-2020)
 

More from Ruslina Wati

Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW (1...
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW (1...Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW (1...
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW (1...Ruslina Wati
 
GERAKAN_ANTI_HADIS_DI_MALAYSIA.pdf
GERAKAN_ANTI_HADIS_DI_MALAYSIA.pdfGERAKAN_ANTI_HADIS_DI_MALAYSIA.pdf
GERAKAN_ANTI_HADIS_DI_MALAYSIA.pdfRuslina Wati
 
APLIKASI_MULTIMEDIA_DALAM_PDP_IBADAH_SOLAT.pdf
APLIKASI_MULTIMEDIA_DALAM_PDP_IBADAH_SOLAT.pdfAPLIKASI_MULTIMEDIA_DALAM_PDP_IBADAH_SOLAT.pdf
APLIKASI_MULTIMEDIA_DALAM_PDP_IBADAH_SOLAT.pdfRuslina Wati
 
PERSEPSI_PELAJAR_POLIMAS_TERHADAP_KEPENTINGAN_BERKOMUNIKASI_DALAM_BAHASA_INGG...
PERSEPSI_PELAJAR_POLIMAS_TERHADAP_KEPENTINGAN_BERKOMUNIKASI_DALAM_BAHASA_INGG...PERSEPSI_PELAJAR_POLIMAS_TERHADAP_KEPENTINGAN_BERKOMUNIKASI_DALAM_BAHASA_INGG...
PERSEPSI_PELAJAR_POLIMAS_TERHADAP_KEPENTINGAN_BERKOMUNIKASI_DALAM_BAHASA_INGG...Ruslina Wati
 
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW.pdf
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW.pdfPembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW.pdf
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW.pdfRuslina Wati
 
Kata kunci_ APACC, penggunaan IMS, teknologi maklumat, TQM, teori Deming. (4)...
Kata kunci_ APACC, penggunaan IMS, teknologi maklumat, TQM, teori Deming. (4)...Kata kunci_ APACC, penggunaan IMS, teknologi maklumat, TQM, teori Deming. (4)...
Kata kunci_ APACC, penggunaan IMS, teknologi maklumat, TQM, teori Deming. (4)...Ruslina Wati
 
Sistem Pengurusan Surat (MyPengurus) dalam Kalangan Jawatankuasa (JK) Induk ...
Sistem Pengurusan Surat (MyPengurus)  dalam Kalangan Jawatankuasa (JK) Induk ...Sistem Pengurusan Surat (MyPengurus)  dalam Kalangan Jawatankuasa (JK) Induk ...
Sistem Pengurusan Surat (MyPengurus) dalam Kalangan Jawatankuasa (JK) Induk ...Ruslina Wati
 
Sains dan Teknologi Menurut Perspektif al-Quran Satu Tinjauan.pdf
Sains dan Teknologi Menurut Perspektif al-Quran Satu Tinjauan.pdfSains dan Teknologi Menurut Perspektif al-Quran Satu Tinjauan.pdf
Sains dan Teknologi Menurut Perspektif al-Quran Satu Tinjauan.pdfRuslina Wati
 
Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...
Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...
Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...Ruslina Wati
 
SISTEM PENILAIÀN PROJEK INOVASI (SPPIV) BAGI iCOMPEX’ DI POLITEKNIK SULTAN AB...
SISTEM PENILAIÀN PROJEK INOVASI (SPPIV) BAGI iCOMPEX’ DI POLITEKNIK SULTAN AB...SISTEM PENILAIÀN PROJEK INOVASI (SPPIV) BAGI iCOMPEX’ DI POLITEKNIK SULTAN AB...
SISTEM PENILAIÀN PROJEK INOVASI (SPPIV) BAGI iCOMPEX’ DI POLITEKNIK SULTAN AB...Ruslina Wati
 
ICONTVET2020_Effectiveness_in_Applying_Affective_Domain_Values_for_Technologi...
ICONTVET2020_Effectiveness_in_Applying_Affective_Domain_Values_for_Technologi...ICONTVET2020_Effectiveness_in_Applying_Affective_Domain_Values_for_Technologi...
ICONTVET2020_Effectiveness_in_Applying_Affective_Domain_Values_for_Technologi...Ruslina Wati
 

More from Ruslina Wati (11)

Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW (1...
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW (1...Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW (1...
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW (1...
 
GERAKAN_ANTI_HADIS_DI_MALAYSIA.pdf
GERAKAN_ANTI_HADIS_DI_MALAYSIA.pdfGERAKAN_ANTI_HADIS_DI_MALAYSIA.pdf
GERAKAN_ANTI_HADIS_DI_MALAYSIA.pdf
 
APLIKASI_MULTIMEDIA_DALAM_PDP_IBADAH_SOLAT.pdf
APLIKASI_MULTIMEDIA_DALAM_PDP_IBADAH_SOLAT.pdfAPLIKASI_MULTIMEDIA_DALAM_PDP_IBADAH_SOLAT.pdf
APLIKASI_MULTIMEDIA_DALAM_PDP_IBADAH_SOLAT.pdf
 
PERSEPSI_PELAJAR_POLIMAS_TERHADAP_KEPENTINGAN_BERKOMUNIKASI_DALAM_BAHASA_INGG...
PERSEPSI_PELAJAR_POLIMAS_TERHADAP_KEPENTINGAN_BERKOMUNIKASI_DALAM_BAHASA_INGG...PERSEPSI_PELAJAR_POLIMAS_TERHADAP_KEPENTINGAN_BERKOMUNIKASI_DALAM_BAHASA_INGG...
PERSEPSI_PELAJAR_POLIMAS_TERHADAP_KEPENTINGAN_BERKOMUNIKASI_DALAM_BAHASA_INGG...
 
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW.pdf
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW.pdfPembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW.pdf
Pembangunan_Modal_insan_yang_Berintegriti_Berasaskan_akhlak_Rasulullah_SAW.pdf
 
Kata kunci_ APACC, penggunaan IMS, teknologi maklumat, TQM, teori Deming. (4)...
Kata kunci_ APACC, penggunaan IMS, teknologi maklumat, TQM, teori Deming. (4)...Kata kunci_ APACC, penggunaan IMS, teknologi maklumat, TQM, teori Deming. (4)...
Kata kunci_ APACC, penggunaan IMS, teknologi maklumat, TQM, teori Deming. (4)...
 
Sistem Pengurusan Surat (MyPengurus) dalam Kalangan Jawatankuasa (JK) Induk ...
Sistem Pengurusan Surat (MyPengurus)  dalam Kalangan Jawatankuasa (JK) Induk ...Sistem Pengurusan Surat (MyPengurus)  dalam Kalangan Jawatankuasa (JK) Induk ...
Sistem Pengurusan Surat (MyPengurus) dalam Kalangan Jawatankuasa (JK) Induk ...
 
Sains dan Teknologi Menurut Perspektif al-Quran Satu Tinjauan.pdf
Sains dan Teknologi Menurut Perspektif al-Quran Satu Tinjauan.pdfSains dan Teknologi Menurut Perspektif al-Quran Satu Tinjauan.pdf
Sains dan Teknologi Menurut Perspektif al-Quran Satu Tinjauan.pdf
 
Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...
Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...
Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...
 
SISTEM PENILAIÀN PROJEK INOVASI (SPPIV) BAGI iCOMPEX’ DI POLITEKNIK SULTAN AB...
SISTEM PENILAIÀN PROJEK INOVASI (SPPIV) BAGI iCOMPEX’ DI POLITEKNIK SULTAN AB...SISTEM PENILAIÀN PROJEK INOVASI (SPPIV) BAGI iCOMPEX’ DI POLITEKNIK SULTAN AB...
SISTEM PENILAIÀN PROJEK INOVASI (SPPIV) BAGI iCOMPEX’ DI POLITEKNIK SULTAN AB...
 
ICONTVET2020_Effectiveness_in_Applying_Affective_Domain_Values_for_Technologi...
ICONTVET2020_Effectiveness_in_Applying_Affective_Domain_Values_for_Technologi...ICONTVET2020_Effectiveness_in_Applying_Affective_Domain_Values_for_Technologi...
ICONTVET2020_Effectiveness_in_Applying_Affective_Domain_Values_for_Technologi...
 

Recently uploaded

Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 

Recently uploaded (20)

Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 

APCB Sistem

  • 1. Corresponding Author: Noor Azzah Zakaria, affiliation, address, no.phone 19 Journal of Social Science and Humanities, 3 (3): 19-27, 2020 e-ISSN: 2600 - 9056 © RMP Publications, 2020 DOI: 10.26666/rmp.jssh.2020.3.5 Aplikasi Sistem Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) dalam Pengurusan Kecemerlangan Staf Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS): Satu Sorotan Kajian Noor Azzah bt Zakaria1 , Ruslinawati bt Abdul Ghani2 1 Unit jaminan kualiti, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, bandar Darulaman, Jitra, 06000, Kedah 2 Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, bandar Darulaman, Jitra, 06000, Kedah Abstract: Abstrak Kajian pembangunan sistem APCB merupakan satu mekanisme model yang komprehensif dan diaplikasikan untuk meningkatkan kecemerlangan pengurusan organisasi di POLIMAS. Sistem atas talian ini merupakan satu kaedah untuk mengukur prestasi serta kecemerlangan staf POLIMAS secara optimal dan menjadikan proses pemilihan staf yang cemerlang serta berpotensi lebih berkesan. Kajian berbentuk kualitatif ini adalah bertepatan dengan pandangan Siggins. Menurut Siggins (1992) ganjaran dan penilaian prestasi yang adil dan seragam sangat penting sebagai faktor penggalak atau perangsang tingkah laku pekerja yang dinamik dan cemerlang serta berpotensi meningkatkan komitmen mereka terhadap organisasi. Menurut Siggins juga, sistem penilaian yang digunapakai wajar mempunyai elemen yang adil dan saksama, realistik, difahami dan dapat diterima secara keseluruhan. Key word: Sistem APCB, Kecemerlangan pengurusan POLIMAS, PENGENALAN Di dalam Zaman Teknologi Maklumat ini, boleh dikatakan hampir semua bidang, termasuk pendidikan, perkilangan, penyelidikan, sukan, hiburan, dan perniagaan, menggunakan sistem maklumat sebagai satu keperluan. Satu sistem ialah satu kumpulan aktiviti dan elemen yang disusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Sistem maklumat pula adalah merupakan kombinasi perkakasan, perisian dan sistem telekomunikasi yang dapat menyokong operasi perniagaan, meningkatkan produktiviti di samping membantu pengurus membuat keputusan. Di zaman ini, kejayaan sesuatu organisasi bergantung kepada sistem maklumat. Kini banyak organisasi menggunakan sistem maklumat untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih memuaskan kepada pengguna, mencapai maklumat yang lebih luas, menangani perubahan organisasi yang cepat dan meningkatkan produktiviti pekerja. Menurut beberapa kajian sistem maklumat yang efektif mestilah dapat menampung harapan pelanggan dan keperluan perniagaan. Justeru itu, sistem Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) ini dihasilkan bertujuan untuk memudahkan pihak Pengurusan (Ketua Jabatan atau Ketua Program dan Ketua Unit), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, melaksanakan tugas mengenalpasti calon pekerja contoh bulanan dari Jabatan pada setiap bulan. Sistem ini boleh dicapai secara atas talian bagi membolehkan pihak pengurusan membuat penilaian. Penggunaan sistem ini, secara tidak langsung dapat menggantikan sistem konvensional sedia ada. Anugerah Pekerja Contoh Bulanan diwujudkan untuk memberikan pengikhtirafan dan penghargaan kepada warga KPM yang telah menunjukkan kecemerlangan dari segi perkhidmatan dan peribadi pada satu-satu bulan yang dinilai. Setiap awal bulan, Ketua Jabatan, Ketua Program dan Ketua Unit akan membuat pencalonan dari jabatan dan unit masing-masing bedasarkan kriteria- kriteria yang telah ditetapkan, merujuk kepada garispanduan yang telah ditetapkan melalui Pekeliling Pentadbiran Bil 1 tahun 2008, Anugerah Pekerja Contoh Kementerian Pengajian Tinggi. Pemenang Anugerah Pekerja Contoh pada setiap bulan akan dicalonkan sebagai Tokoh Pekerja Contoh, Kementerian Pengajian Tinggi dimana pemenangnya akan diumumkan semasa majlis Perhimpunan Bulanan atau setara dengannya. Dengan menggunakan Sistem APCB ini, laporan dan
  • 2. Noor Azzah/ Journal of Social Science and Humanities, 3(3) 2020, Pages: 19-27 20 statistik dapat dijana dengan cepat dan ia juga menjimatkan masa dan kos. Pembangunan sistem ini selaras dengan Pekeliling Transformasi Perkhidmatan Awam Bil 1 Tahun 2016 terdapat dua bidang inovasi iaitu inovasi sosial dan inovasi penyampaian perkhidmatan. Begitu juga, inovasi penyampaian perkhidmatan juga mempunyai empat ciri utama. Antaranya memberi impak ketara dan positif kepada pelanggan, meningkatkan kecekapan dan mengoptima kos dalam menangani kekangan sumber kewangan dan sumber manusia, memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baharu atau memantapkan kaedah semasa yang kurang berkesan; dan memanfaatkan keupayaan teknologi terkini. Manakala, membangunkan inovasi merupakan analisis perjalanan cetusan ilham, kreativiti, idea atau buah fikiran yang bertitik tolak dari sorot pandang dan pemerhatian mendalam seseorang hingga ia merasa terpanggil untuk mencipta, mengubah atau memperbaiki sesuatu keadaan dengan mengguna pakai pelbagai sumber untuk menyempurnakannya. Oleh itu, inovasi bermakna momentum, usaha dan inisiatif memperkenalkan produk baru; satu proses kerja yang dilakukan secara berterusan dan berulang-ulang untuk menghasilkan produk, proses, pengetahuan dan perkhidmatan dengan memanipulasi penemuan- penemuan saintifik yang telah wujud (Kusiak, 2007; Damanpour, 1996). Selain itu, rasional pembangunan inovasi ini adalah merupakan satu inisiatif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua- Ketua Unit dalam mengenalpasti calon APCB pada setiap bulan. Berlaku juga kelewatan bagi mereka dalam mengemukakan calon-calon bersesuaian dari jabatan dan unit masing-masing. Sesetengah Ketua Jabatan dan Ketua Unit didapati terlupa untuk membuat pencalonan dan menyebabkan sukar bagi Pegawai Pengurusan Kualiti untuk menyelaras dan membuat pemilihan dan membawa keperingkat seterusnya. Islam juga amat menggalakkan kajian atau penelitian untuk mencari penemuan-penemuan baru dalam bidang- bidang teknologi serta menggunakannya dalam kehidupan seharian. Islam juga menuntut supaya mengembangkan teknologi sehingga menemui kebesaran dan keagungan Allah yang tidak dapat ditandingi oleh segala makhluk yang ada di langit dan di bumi. Firman Allah: “Lakukanlah pengkajian (penelitian dengan menggunakan metode ilmiah) mengenai apa-apa yang ada di langit dan di bumi.” (Surah Yunus: 101) “Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan yang batin?” (Surah Luqman: 20) RASIONAL PENGGUNAAN KONSEP PANGKALAN DATA Menurut Kendall & Kendall (2002), data yang disimpan dalam pangkalan data merupakan aset yang berharga kepada sesuatu organisasi. Ekoran daripada itu, sistem yang berkonsepkan pangkalan data merupakan peneyelesaian terbaik dalam membangunakan sistem yang memerlukan penyimpanan dan capaian ke atas rekod di pangkalan data. Selain daripada itu, berikut merupakan kebaikan memiliki pangkalan data: i. Kawalan terhadap data lewah kerana kebanyakkan data disimpan di satu lokasi. ii. Ekonomikal dari segi tenaga manusia, storan dan kos. iii. Piawaian data dapat dilaksanakan disebabkan konsep perkongsian dan pengendalian data terpusat. iv. Integriti data, baikpulih, sokongan dan keselamatan yang lebih baik seperti penggunaan kata laluan, penyulitan serta penambahan kawalan serentak. v. Lebih maklumat dapat dijana hasil daripada data yang sama. Sistem Pengurusan Pangkalan Data. Pangkalan data merujuk kepada satu koleksi fail-fail yang mengandungi data-data yang disusun bagi membolehkan capaian, paparan dan penggunaan ke atas data tersebut. Sistem pengurusan pangkalan data pula membenarkan pengguna menggunakan komputer untuk: ➢ mencipta pangkalan data; ➢ menambah, menukar dan menghapus data dalam pangkalan data; ➢ mengisih data dalam pangkalan data; ➢ mencapai data dari pangkalan data; dan ➢ mencipta borang dan laporan menggunakan data dalam pangkalan data tersebut. Salah satu dari Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) berasaskan komputer peribadi yang terdapat di pasaran ialah Microsoft Access. Antara fungsi Microsoft Access adalah menyimpan, mengisih dan mendapatkan data untuk berbagai aplikasi. Perisian ini dilengkapi dengan alat untuk mencipta pangkalan data, jadual, borang, laporan dan queri. Microsoft Access boleh digunakan secara standalone atau sistem berbilang pengguna melalui rangkaian. Projek ini akan menggunakan perisian Microsoft Access untuk pembangunan sistem pangkalan data. Perisian Microsoft Access dipilih kerana ia merupakan satu perisian pengurusan pangkalan data yang cukup
  • 3. Klabklay/ Journal of Social Science and Humanities, 1(2) 2019, Pages: 01-06 21 berkuasa. Ia berfungsi dalam persekitaran Windows dan terdapat dalam kebanyakkan komputer peribadi. Objektif Kajian Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk : Membangunkan suatu perisian atas talian, APCB yang boleh digunakan sebagai satu sistem untuk mengukur kecemerlangan staf POLIMAS di setiap jabatan dan unit. Kemudian, penyelidik telah mendapatkan penilaian para pensyarah dari jabatan JTMK, USTM dan pakar terhadap perisian yang dibangunkan. Segala kelemahan dan cadangan yang baik diambil kira untuk menghasilkan perisian yang bermutu dan berkesan sebagai salah satu kaedah untuk memberi pengiktirafan secara formal kepada jabatan dan unit yang menunjukkan inisiatif dan pencapaian cemerlang dalam semua aspek pengurusan bertunjangkan kepimpinan yang unggul. Begitu juga, memasukan maklumat secara berkomputer untuk mempercepatkan proses kemasukan data dan mengurangkan penggunaan borang secara manual. Literature Review Kajian Ke Atas Sistem Sedia Ada: Bagi membangunkan sistem ini beberapa langkah dan kajian yang telah dijalankan ke beberapa buah organisasi yang telah menjadi pelopor dalam pembangunan sistem anugerah pekerja cemerlang. Melalui temu bual dan soal selidik dengan pentadbiran yang terlibat didapati :- i. Sistem maklumat dan rujukan masih menggunakan sistem fail. ii. Penggunaan komputer atau sistem tidaklah menyeluruh. iii. Tidak ada sistem yang tepat di dalam pengurusan merekod jumlah staf yang menerima anugerah cemerlang bulanan. iv. Mengambil masa yang lama dalam proses mencari maklumat atau data staf. v. Kurang dari segi kecekapan pengguna menggunakan sistem yang terbabit. vi. Tidak ada keselamatan atau langkah-langkah sekiranya ada pencerobohan maklumat . vii. Rekod penggunaan komputer oleh ketua unit atau jabatan kurang teratur dan masih menggunakan secara manual. Berdasarkan maklumat yang didapati di dalam kajian dan temubual, maka didapati perlu dibina satu sistem yang mudah dan senang digunakan. Ini adalah juga untuk menjimatkan masa capaian, mengurangkan tenaga mencari maklumat dan kemudahan kemaskini pada maklumat yang ada. 4.0 Metodologi Kajian Jenis kajian ini ialah penyelidikan kualitatif yang cenderung kepada metode pengumpulan data melalui pemerhatian ataupun penganalisisan kandungan dokumen yang berkaitan. Menurut Noraini Idris (2013), penyelidikan kualitatif merupakan usaha menjawab perkara-perkara yang tidak mungkin dapat dijawab menerusi penyelidikan kuantitatif serta memberi gambaran dari perspektif yang tidak dapat diukur secara kuantiti. Kajian yang dijalankan ini juga merupakan satu kajian berbentuk deskriptif. Menurut Mohd. Majid Konting (2004:96), penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Dalam kajian ini, pemerhatian khusus diberikan kepada sistem APCB, pengkaji membuat satu kesimpulan yang berbentuk umum berkaitan dengannya. Metodologi Pembangunan sistem APCB dibangunkan dengan menggunakan metodologi air terjun. Metodologi air terjun telah dipilih dalam pembangunan sistem adalah kerana :- a. Metodologi air terjun merupakan kaedah konvensional pembangunan sistem yang terdiri daripada beberapa teknik yang saling melengkapi antara satu sama lain. Teknik– teknik tersebut adalah : ➢ Teknik pengaturcaraan berstruktur. ➢ Analisa berstruktur dan rekabentuk berstruktur yang dikenali sebagai teknik analisa / rekabentuk sistem. b. Teknik pengaturcaraan berstruktur dalam Kaedah Tradisional [air terjun] tertumpu kepada penghasilan output yang tepat dan membolehkan saya membaca, mengesan dan melakukan pengubahsuaian terhadap output dengan mudah. c. Teknik analisa berstruktur dalam kaedah air terjun dapat membantu pengaturcaraan mengenalpasti :- ➢ Keperluan pemprosesan data . ➢ Jenis input dan output yang diperlukan . ➢ Bagaimana setiap fungsi aturcara dilaksanakan. d. Sistem maklumat yang kompleks mengandungi banyak fungsi yang terdiri daripada sub program. Oleh itu, rekabentuk berstruktur menyediakan panduan dalam menentukan set aturcara yang sepatutnya wujud, dilaksanakan dan bagaimana hierarki susunan sesebuah aturcara. Metodologi air terjun terdapat 5 fasa kitar hayat pembangunan sistem :- 1. Fasa Penyiasatan Awal ➢ Kenalpasti skop ➢ Sempadan masalah Analis Keperlu & Spesifi
  • 4. Noor Azzah/ Journal of Social Science and Humanities, 3(3) 2020, Pages: 19-27 22 ➢ Strategi pembangunan sistem 2. Fasa Analisa ➢ Keperluan maklumat - temu bual ➢ Sistem Stakeholder ➢ Model Keperluan - model data, model proses & model objek 3. Fasa Rekabentuk ➢ Rekabentuk senibina ➢ Rekabentuk Senibina Aplikasi ➢ Pembangunan Aplikasi 4. Fasa Pembangunan dan Implementasi Sistem ➢ Komponen fasa pembangunan ➢ Ujian Aplikasi ➢ Dokumentasi 5. Fasa Sokongan Dan Operasi ➢ Penyelenggaraan ➢ Pembetulan ➢ Penyesuaian ➢ Pencegahan ➢ Melaksanakan perubahan. Rajah 1 Metodologi Air Terjun Keperluan Perisian Sistem APCB ini menggunakan perisian PHP adalah bahasa skrip sampingan komputer pelayan yang digunakan untuk membangunkan laman web Statik atau laman web Dinamik atau aplikasi Web. PHP bermaksud Hypertext Pre-processor, yang sebelum ini berdiri
  • 5. Klabklay/ Journal of Social Science and Humanities, 1(2) 2019, Pages: 01-06 23 untuk Laman Utama Peribadi. Skrip PHP hanya boleh ditafsirkan pada komputer pelayan yang telah dipasang PHP sebagai antaramuka. Ini kerana PHP mempunyai banyak kelebihan di antaranya:- 1. Menyediakan antara muka grafik dengan mudah. 2. Boleh mengawal perlaksanaan aplikasi menggunakan atur cara. 3. Berupaya untuk mencapai API (Application Program Interface). 4. Kemudahan aturcara berorientasikan objek. 5. Kawalan ralat. 6. Boleh melaksanakan atur cara berstruktur. Dalam pengaturcaraan PHP, reka bentuk antara muka aplikasi yang mengandungi objek-objek bergrafik perlu dibangunkan. Fungsi-fungsi berdasarkan kepada acara yang berlaku apabila pengguna melakukan tindakan terhadap objek perlu juga disertakan. Antara sebab lain pengaturcaraan berorentasikan objek dipilih bagi pembangunan sistem, kerana objek-objek yang dicipta boleh digunakan semula dalam aplikasi-aplikasi yang lain. Objek tersebut diubahsuai mengikut kesesuaian sistem apabila juruaturcara memerlukan objek ini dalam sistem lain. Oleh yang demikian, metodologi bererti ilmu tentang cara atau prosedur yang tertentu bagi memahami sesuatu penelitian dan penyelidikan agar hasil yang diperolehi menepati kehendak ilmiah serta boleh dipertanggungjawabkan. Kualiti sesuatu penelitian dan penyelidikan itu bergantung kepada ketepatan penggunaan metode-metode yang sesuai dengan objek dan tujuan. Peranannya amat penting dalam proses pembangunan manusia dan sumber. Ia menjadi input utama kepada sebarang cadangan perubahan yang berkesan. Pengetahuan dan penemuan-penemuan yang terkumpul boleh memungkinkan beberapa hukuman tentang pelbagai fenomena. Pembangunan Aplikasi Sistem APCB Pembangunan sistem atas talian APCB merupakan satu mekanisme yang bersifat sistematik, bersepadu dan konsisten supaya para panel penilai dapat membuat penilaian kecemerlangan staf POLIMAS secara cepat serta efisien sama ada di unit atau jabatan. Justeru itu, penggunaan kaedah ini merupakan alat penyelesaian masalah secara kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah pemilihan staf yang cemerlang. Seiring dengan itu, menurut Rieber (1990), grafik statik menyediakan ilustrasi statik dan ia boleh memudahkan kefahaman terhadap hubungan ruang dan struktur sesuatu objek berbanding penerangan yang diberikan dalam bentuk teks yang abstrak. Kaedah Perlaksanaan Inovasi Perlaksanaan kaedah ini diterajui oleh Ketua Jabatan dan Ketua Unit. Mereka akan memilih seramai dua orang pegawai dari setiap Jabatan dan Unit. Dengan ini setiap bulan dua pencalonan tersebut adalah merangkumi seorang daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P), Gred 41 hingga Gred 54 dan seorang pegawai dari Kumpulan Sokongan 1 atau Sokongan 11. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan berhak untuk tidak memilih mana-mana pegawai sekiranya penilaian beliau menunjukkan bahawa tiada pegawai yang layak untuk dipilih bagi menerima anugerah tersebut. Dalam konteks ini, pegawai yang layak dipilih adalah semua pegawai yang bertugas di KPM termasuk pegawai baru yang telah berkhidmat sekurang- kurangnya 30 hari (1 bulan) dari tarikh penilaian dibuat. Penilaian dibuat berdasarkan kriteria-kriteria seperti, Penghasilan Kerja, Kualiti Peribadi, Nilai Tambah (Value- add), Kriteria Tambahan dan Ulasan Ketua Jabatan. Semua pencalonan hendak dikemukakan selewat-lewatnya sebelum 5 haribulan setiap bulan kepada Pegawai Pengurusan Kualiti untuk diselaraskan dan seterusnya memilih calon yang sesuai. Seiring dengan itu, kaedah peaksanaan atau pendekatan yang digunakan dalam inovasi ini adalah menggunakan kitaran Perancangan, Pelaksanaan, Penyeragaman dan Tindakan (Plan, Do, Check, Action) atau P.D.C.A (Aguayo, R. Dr Deming, 1991): i. Perancangan Sebagai Ketua Kumpulan inovasi, calon bertanggungjawab memantau dan membimbing ahli-ahli lain dalam kumpulan ini. Ahli-ahli tersebut terdiri daripada 3 orang iaitu seorang ketua (penganalisa), pengumpul data dan pembangunan sistem. Idea dan cadangan untuk inovasi ini adalah kombinasi semua ahli. Ianya dipersembahkan dalam carta Gantt. ii. Pelaksanaan Perbincangan berkaitan dengan cara-cara pelaksanaan inovasi dibincangkan dan semua ahli sebulat suara memutuskan untuk mengadakan soal selidik terhadap pengguna sebelum dan selepas sistem ini wujud. Perkembangan kemajuan pelaksanaan sistem ini akan sentiasa dikemaskinikan. iii. Penyemakan
  • 6. Noor Azzah/ Journal of Social Science and Humanities, 3(3) 2020, Pages: 19-27 24 Ketua Kumpulan akan menyemak isi kandungan dan perkembangan pembangunan sistem APCB ini agar mengikut jadual perancangan yang telah dibuat. Jika ada cadangan yang dikemukakan, satu pemantauan dan tindakan susulan akan dilakukan. iv. Tindakan Ketua kumpulan akan berbincang dengan pihak pengurusan untuk melakukan penyeragaman dan mendapatkan dana sekiranya perlu. Perbezaan Antara Perkara/Proses Yang sebelum Dengan Yang Sekarang Antara perbezaan sebelum dan selepas inovasi ini dijalankan adalah seperti di bawah: Sebelum Sekarang Mengisi borang instrument penilaian calon Anugerah Pekerja Contoh secara manual Mengisi borang instrument penilaian calon Anugerah Pekerja Contoh secara online Menyemak dan Mengira markah dari borang pencalonan Hanya menyemak markah yang telah dikey-in dalam sistem. Mengambil tempoh masa yang lama untuk memindah maklumat kerana memerlukan mengisi borang. Pemindahan maklumat cepat, telus dan lebih efisien. Memerlukan fail yang banyak untuk menyimpan hasil cetakan. Tidak memerlukan fail yang banyak. Data disimpan secara on-line. Tidak ada sistem yang mudah dan user friendly di jabatan. Sistem adalah user friendly dan mudah digunakan. Tempoh/masa yang diambil lama untuk mengetahui keputusan calon yang berjaya. Proses pemilihan calaon akan lebih singkat serta cepat. Terdapat Jabatan dan Unit tidak membuat pencalonan disebabkan alasan KJ/KU terlupa. Tiada lagi alasan terlupa dan tidak patuh kepada tarikh due-date. Komen yang banyak dari pensyarah dan staf tentang keputusan calon yang berjaya. Kurang komen dari pensyarah dan staf kerana semua jabatan dan unit memberikan pencalonan. Permulaan Penggunaan Sistem Antaramuka Sistem Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) 1) Layari web : https://polimas.edu.my I. Gunakan PERKHIDMATAN ATAS TALIAN / G2C II. Klik pada ANUGERAH PEKERJA CONTOH BULANAN a. Klik pada Klik Sini untuk pendaftaran penguna kali pertama. 2) Paparan muka hadapan Anugerah Pekerja Contoh Bulanan. a. Klik pada Klik Sini untuk pendaftaran penguna kali
  • 7. Klabklay/ Journal of Social Science and Humanities, 1(2) 2019, Pages: 01-06 25 pertama. Pengguna yang telah berdaftar, sila butang Klik Sini b. Administator sistem akan aktifkan pengguna yang berdaftar untuk Log In sistem APCB Pastikan semua kotak yang bertanda bintang di isi sepenuhnya dan klik butang Register Klik pada Create an account Masukkan username dan password yang telah didaftar dan tekan butang Log In Klik pada JABATAN untuk pilihan masing- masing. Pilih BULAN untuk penilaian tersebut dijalankan
  • 8. Noor Azzah/ Journal of Social Science and Humanities, 3(3) 2020, Pages: 19-27 26 KESIMPULAN Sistem baru yang akan dibangunkan ini adalah lebih baik berbanding sistem semasa. Dengan penggunaan sistem ini, pengguna terutamanya ketua unit dan ketua jabatan sedikit sebanyak dapat mengurangkan masa untuk melakukan pemilihan calon APCB di dalam sistem ini. Mempermudahkan operasi pemilihan calon yang layak. Perkhidmatan kepada pengguna dapat ditingkatkan. Pengurangan penggunaan sistem fail dan ruang penyimpanan maklumat adalah sesuatu yang sangat diharapkan. Ia juga dapat mengelakkan pengulangan data yang sama berlaku. Sistem ini juga sebenarnya memudahkan pihak pentadbiran dalam memantau rekod jumlah staf yang cemerlang setiap bulan, masa penggunaan komputer dan kos penggunaan komputer dengan lebih cepat, cekap dan sistematik. Pengumpulan data dapat diketahui dengan mudah dan pantas. Berdasarkan kepada output yang dihasilkan, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi keberkesanan penggunaan inovasi ini dalam menyelesaikan masalah memilih calon Anugerah Pekerja Contoh Bulanan, APCB di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), antaranya ialah : i. Meluaskan penggunaannya ke jabatan dan unit disemua politeknik-politeknik Malaysia. ii. Menambahbaik rekabentuk yang lebih menarik serta mesra pengguna (user friendly) untuk digunakan oleh pelbagai pihak atau pengguna. iii. Menambahkan fungsi sistem APCB agar boleh disambungkan dengan emel atau wApps pengguna, agar pengguna akan lebih peka (alert) dengan makluman dari urusetia pemilihan calon. Seiring dengan ini, kaedah ini adalah bertepatan dengan Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna, menekankan ke atas pencapaian matlamat di dunia dan akhirat. Oleh itu, sudah semestinya ia menekankan kualiti dan peningkatannya dalam pengeluaran produk atau perkhidmatan. Ini disokong oleh Surah al-A'raf, ayat 157 dan satu hadis yang diriwayatkan oleh al- Bayhaqi yang bermaksud: "Allah itu bagus dan cantik. Dia tidak menerima kecuali yang bagus dan cantik." Begitu juga, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang turut menyokong kenyataan ini iaitu: "Allah telah menetapkan bahawa dalam setiap perkara ada cara yang baik." RUJUKAN Al-Quran al-Karim Aguayo, R. Dr Deming: The American who taught the Japanese about quality. London, Mercury Books, 1991 Damanpour, F. (1996). Organizational complexity and innovation: Developing and testing multiple contingency models. Management Science, 42, 693- 716. Pekeliling Pentadbiran Bil.1 Tahun 2008, Kementerian Pengajian Tinggi.http://apcb,kptonline.net/loginstdnt.php
  • 9. Klabklay/ Journal of Social Science and Humanities, 1(2) 2019, Pages: 01-06 27 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2011), Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Retrieved from http://www.mohe.gov.my/psptn/Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kementerian Pendidikan Tinggi (2015), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Retrieved from https://www.mohe.gov.my/pppm-pt Pelan Strategik POLIMAS 2016-2025 Dr. Shahrul Azaman Mohd. Noah(2006).Analisis dan Permodelan Data.(Cetakan ke 4).Meteor Doc,Kuala Lumpur. Dr. Shahrul Azaman Mohd. Noah(2006). Implementasi Pangkalan Data.(Cetakan ke-3).Meteor Doc,Kuala Lumpur. Kamsuriah Ahmad(2006).Analisis dan Rekabentuk Sistem.(Cetakan ke-4).Meteor Doc,Kuala Lumpur. Mohd. Juzaiddin Ab. Aziz(2007).Pengaturcaraan Visual.(Cetakan ke-7).Meteor doc,Kuala Lumpur. Abdullah Embong. (2000). Sistem Pangkalan Data. Tradisi Ilmu Sdn. Bhd. Atzeni et.al, (2000). Database Systems: Concepts, Languages and Architectures. England: McGraw-Hill. Clegg, D. and Barker, R. (1994). Case Method Fast- Track: A RAD Approach. England: Addison Wesley. Connolly and Begg. (2001). Database Systems: A Practical Approach to Design, Implementation, and Management. Second Edition. England: Addison- Wesley. Ensor, D. & Stevenson, I. (1997). Oracle Design. New Jersey: Prentice-Hall. Gupta, Yash P. (1988). Industrial Management and Data System: Direction of Structured Approaches in System Development. London: Elsevier. Hoffer, J.A, George, J.F. & Valacich, J.S (2002). System Analysis and Design. 3rd Edition. New Jersey: Prentice-Hall. Kendall, K.E & Kendall, J.E (2002). System Analysis and Design. 5th Edition. New Jersey: Prentice-Hall. Kusiak, A. (2007). Innovation Science: A Primer. Int. J. Computer Application in Technology, 28, 140-149 Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Noraini Idris (2013). Penyelidikan dalam pendidikan, Edition, McGraw-Hill Education. Rieber, L.P. (1990). Using Computer Animated Graphics in Science Instruction with Children. Journal of Educational Psychology, 82 (1), 135. Salha Abdullah dan Nazlia Omar. (2000). Sistem Pangkalan Data. Kuala Lumpur: Sprint Print, Prentice Hall. Siggins, J. (1992). Job Satisfaction and Performance in a Changing Environment. Library Trends, 41, 299- 315 Silberschatz, A., Korth, H.F and Sudarshan, S. (1997). Database System Concept. Third Edition. England: McGraw-Hill Zaini Md. Jana (1991). Panduan Analisis dan Rekabentuk Sistem. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rujukan (Website) http://www.databaseanswers.org/approach2db_design. htm http://www.databaseanswers.org/data_models/car_sale s/method.htm http://www.frick-cpa.com/ss7/Theory_Models.asp #Hierarchy (Hierarchical Database Model).