SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
BAB 8 : URUSAN PERKHIDMATAN
1.1 : Perintah-Perintah Am
1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
1.3 : Arahan Perbendaharaan
1.4 : Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
1.5 : Arahan Perkhidmatan
1.6 : Akta Acara Kewangan
1.7 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
1.1 : Perintah Am
Perintah Am dan pekelilingkerajaan ini menjadi nadi utama yangmengawal selia serta memastikan urus tadbir
kerajaan daripada peringkatakar umbi hingga ketahap tertinggi, harus berjalan lancar serta mematuhi
prosedur ditetapkan. Pada dasarnya,Perintah Am adalah rangkuman syarat,garis panduan,kod etika, disiplin
dan undang-undang kecil berkaitan apa yangboleh dilakukan selain prosedur bagi melakukannya dan larangan
terhadap penjawatawam. Pekelilingkerajaan pula terbahagi kepada tiga kategori iaitu pekeliling
perkhidmatan, suratdan suratedaran yanglazimnya menjadi saluran untuk menerangkan bidangkuasa dan
kaedah bagaimana sesuatu elemen Perintah Am disesuaikan untuk kementerian, jabatan atau sektor
perkhidmatan awam tertentu.
Pekelilingbersifatlebih anjal berbandingPerintah Am kerana ia harus diterjemahkan mengikut keperluan
semasa walaupun terikatkepada ruang lingkup yangditetapkan Perintah Am. Ini lazimnya dikeluarkan ketua
pengarah di kementerian berkenaan khusus bagi kakitangan tertentu. Tetapi ada juga pekelilingyang
dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara jika membabitkan keseluruhan kakitangan awamsecara umum. Antara
lain,Perintah Am merangkumi Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Perkhidmatan
Badan Berkanun Persekutuan, Perkhidmatan Badan Berkanun Negeri dan Perkhidmatan Pihak Berkuasa
Tempatan. Ia meliputi perihal pelantikan,elaun,cuti,tatatertib rumah kerajaan,perubatan dan waktu bekerja
selain skimpencen perkhidmatan awam, skimpencen badan berkanun dan kuasa tempatan, acara kewangan,
serta penyelarasan pencen.
Perintah Am juga menggariskan tugas-tugas suruhanjayaperkhidmatan bagi melantik,mengesahkan, memberi
taraf berpencen, menaikkan pangkat, menukar, kawalan tatatertib dan tugas-tugas lain.Ia juga menetapkan
kuasa melantik bagi anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan awam persekutuan
dan bersama, anggota pasukan polis,serta perkhidmatan pelajaran.Selain itu,Perintah Am menetapkan tahap
penggredan mengikut kelayakan akademik penjawatawam serta status pegawai (sama ada tetap, sementara,
kontrak, sambilan atau berasingan).Ia juga menentukan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan tangga gaji.
Lazimnya setiap profesyen dalamsektor awam perlu ada perintah am yangkhusus mengenainya dan
diperincikan menerusi pekelilingyangdikeluarkan mengikut keperluan semasa oleh ketua jabatan berkenaan,
tertakluk kepada bidangkuasa yangdiberi.Delegasi kuasa bagi mengguna pakai Perintah Am seringditurunkan
kepada pegawai peringkatjabatan.Ini secara tidak langsungmenyebabkan tiada keseragaman dari segi
pelaksanaan,yanglazimnya mengikut budi bicara pegawai atasan berkenaan.Walaupun pegawai atasan
terbabit juga terikatkepada Perintah Am atau Pekelilinglain,pemantauan yangmenyeluruh sukar dilakukan
terhadap mereka, terutama jika jabatan kerajaan itu terletak di pedalaman.Sehubungan itu, wujud aduan di
kalangan kakitangan awambahawa berlaku pilih kasih dalampelaksanaan tindakan tatatertib mengikut
Perintah Am kerana hukum berlainan dikenakan bagi kesalahan sama.
1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia(JPA) sukacita memaklumkan beberapa perkara yang berkaitan
pengurusan tatatertib dalamPerkhidmatan Awam seperti berikut:
Latar belakang
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Peraturan tatatertib yang digunakan adalah terkandungdalamPeraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) 1993.Peraturan ini mengandungi peraturan dan kelakuan yang boleh dan tidak boleh dilakukan
oleh seseorangpegawai awam. Pelanggaran keatas sebarangperaturan yangditetapkan akan membolehkan
tindakan tatatertib diambil.
Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya.
Tindakan tatatertib merupakan langkah yangperlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati
melanggar mana-mana peraturan supaya dapatmemperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan
pada masa yangsama dapatdijadikan panduan kepada oranglain.
Kes Tatatertib Pegawai Awam Bagi Tempoh Tahun 2002-2006
A. Statistik
Pada keseluruhannya untuk tempoh 5 tahun (2002 – 2006) bilangan pegawai yangdikenakan tindakan
tatatertib (tidak termasuk ATM, PDRM bagi tahun 2002 hingga 2004 dan Badan Berkanun Negeri) ialah seramai
10,438 orang. Trend/aliran walau bagaimanapun menunjukkan penurunan yang ketara. Butiran statistik
pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib mengikut klasifikasi perkhidmatan adalah ditunjukkan dalam
Jadual 1:
Bilangan pegawai dan anggota ATM dan PDRM yang telah dikenakan tindakan tatatertib bagi tempoh yang
sama masing-masingnyaialah berjumlah 7,390 dan 4,819.
Faktor Penurunan
Secara amnya kesedaran pegawai akan tindakan punitif dengan sendirinya berkeupayaan menc egah sebarang
pelanggaran di kalangan pegawai awam.Analisiskepada rekod mendapati antara faktor utama yang
menyumbang kepada aliran penurunan adalah:
i.Program Latihan dan Taklimat
Bengkel, kursus dan ceramah tatatertib anjuran JPA/Kementerian/Jabatan telah adakan dari masa kesemasa
bagi memantapkan pemahaman berkaitan peraturan-peraturan tatatertib.
ii.Perkhidmatan Kaunseling;
Jawatan kaunselor telah diwujudkan di semua kementerian/jabatan. Dalamhubungan ini Kaunselor bertindak
sebagai pemudah cara dalammenangani isu-isu yangdihadapi oleh kakitangan yangbermasalah sebelum
tindakan tatatertib diambil keatas pegawai.
Sehingga tarikh semasa terdapatlebih kurangseramai 6,000 kaunselor/pegawai yangdilatih untuk
menjalankan tugas-tugas kaunseling.Daripada jumlah tersebut, 95 adalah Pegawai Kaunselor di bawah
perkhidmatan gunasama awam persekutuan.
iii.Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Tatakelakuan
Peraturan-peraturan yangada telah diperkemaskan dari semasa kesemasa bagi memastikan ianya mudah
difahami oleh penjawatawam.
Ketua Jabatan turut diingatkan supaya memastikan pegawai dan anggota di bawah kawalannya sentiasa
mematuhi peraturan- peraturan yang berkuatkuasa;beserta amaran di mana sekiranya berlaku pelanggaran
tatatertib tindakan tegas akan diambil.
Y. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dalammesyuaratberkala dengan Ketua-Ketua Setiausaha / Ketua
Jabatan telah bersetuju supaya semua kes-kes tatatertib yang dirujuk oleh Badan Pencegah Rasuah hendaklah
diselesaikan dalamtempoh 6 bulan dari tarikh kes dirujuk.
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Kumpulan Pegawai
Pegawai dalamKumpulan Sokongan merupakan kumpulan pegawai yang palingramai dikenakan tindakan
tatatertib iaitu 9,649 (92%) daripada 10,438 pegawai.Fenomena ini disebabkan populasi pegawai daripada
Kumpulan Sokongan mendominasi bilangan pegawai awamiaitu seramai 887,665 (77%) daripadakeseluruhan
1.1 juta pegawai awam. Butiran pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib mengikut Kumpulan ialah seperti
di Jadual 3:
Jenis Kesalahan
Kes-kes yang berkaitan tidak hadir bertugas di kalangan pegawai awamadalah kesalahan tertinggi dan paling
ketara iaitu 7,668 kes (55%) berbandingjumlah keseluruhan sebanyak 13,761 kes.Butiran dan jenis -jenis
kesalahan lain termasuk tatakelakuan adalah seperti di Jadual 4:
Implikasi kepada Hukuman Tatatertib
Jika seseorangpegawai didapati bersalah atassesuatu kesalahan tatatertib,mana-mana satu atau apa-apa
gabungan dua atau lebih hukuman, implikasi kepada pelaksanaan adalah seperti dihuraikan di Lampiran
berkepil.
PENUTUP
Pendedahan secara terperinci adalah selari dengan prinsip dan amalan ketelusan Perkhidmatan Awam seperti
mana yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Y. Bhg. Tan Sri Ismail Adamsemasa
pertemuan khas JPA dengan wakil media-massa pada 4 Jun 2007 di JPA.
PELAKSANAAN DAN IMPLIKASI HUKUMAN TATATERTIB HUKUMAN
PELAKSANAAN / IMPLIKASI
1. Amaran (Warning)
Tidak boleh dinyatakan amaran pertama atau amaran keras atau sebagainya.
Pegawai tidak layak dinaikkan pangkatdalamtempoh 6 bulan atau satu urusan mana terdahulu.
2.Denda (Fine)
Denda yang dikenakan adalah berasaskan emolumen pegawai.Denda maksimumialah tidak melebihi 7 hari
emolumen. Jika dikenakan lebih sekali dalamsatu bulan kalendar,agregatdenda tidak boleh melebihi amaun
yang sama banyak 45%daripada emolumen bulanan pegawai.
Pegawai tidak layak dinaikkan pangkatdalamtempoh 12 bulan atau satu urusan mana terdahulu.
3.Lucut Hak Emolumen
(Forfeiture of Emoluments)
Lazimnya dikenakan bagi kes tidak hadir bertugas.
Pegawai tidak layak dinaikkan pangkatdalamtempoh 18 bulan atau satu urusan mana terdahulu.
4.Tangguh Pergerakan Gaji
(Deferment of Salary Movement)
Dikenakan bagi tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan dan dilaksanakan pada tarikh ulangtahun pergerakan gaji
pegawai. Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji dalamtempoh hukuman dan tarikh pergerakan gaji
akan berubah ke tarikh yang palinghampir selepas tamattempoh hukuman.
Pegawai tidak layak dinaikkan pangkatdalamtempoh 30 bulan atau satu urusan mana terkemudian.
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
5.Turun Gaji (Reduction of Salary)
Gaji diturunkan secara mendatar dalamperingkatgaji yangsama dan penurunan gaji itu tidak melebihi tiga
pergerakan gaji.Tempoh hukuman ialah tidak boleh kurangdaripada12 bulan tetapi tidak boleh lebih 36
bulan.Hukuman dilaksanakan pada tarikh yangditetapkan oleh Lembaga Tatatertib atau pada tarikh hukuman
dijatuhkan.Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji dalamtempoh hukuman dan tarikh pergerakan
gaji akan berubah ke tarikh pergerakan gaji berikutnya selepas hukuman tamat.
Pegawai tidak layak dinaikkan pangkatdalamtempoh 36 bulan atau satu urusan mana terkemudian.
6.Turun pangkat (Reduction in Rank)
Gred pegawai diturunkan ke gred yang lebih rendah dalamskimperkhidmatan yang sama.Gaji pegawai
ditetapkan pada satu mata gaji dalamjadual gaji bagi gred yangdikurangkan itu supaya lebih rendah dan
berhampiran dengan gaji akhir sebelumhukuman.
Pegawai tidak layak dinaikkan pangkatdalamtempoh 48 bulan atau dua urusan mana terkemudian.
7.Buang Kerja (Dismissal)
Tarikh hukuman ialah pada tarikh Lembaga Tatatertib menjatuhkan hukuman.
Pegawai tidak berhak menerima apa-apa kemudahan dalamperkhidmatan awam.
1.3 : Arahan Perbendaharaan
Pendahuluan
Arahan Perbendaharaan ini diterbitkan bagi menggantikan Arahan Perbendaharaan yangdikeluarkan pada29
Disember 1997.
2. Pendahuluan ini bukan merupakan sebahagian daripadaArahan Perbendaharaan.Pendahuluan ini
menekankan ciri-ciri pentingdalamArahan Perbendaharaan sebagai panduan kepada pegawai -pegawai awam
amnya dan pegawai-pegawai perakaunan khususnya.
3. Seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] memperuntukkan bahawa tiap-tiap pegawai perakaunan
adalah tertakluk kepada Akta ini dan hendaklah menjalankan apa-apakewajipan menyenggara buku dan
menyediakan akaun yang ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini atau oleh arahan-arahan yangdikeluarkan
oleh perbendaharaan mengenai perkara tatacara kewangan dan perakaunan yangtidak bertentangan
dengannya:
dengan syaratbahawa seorangpegawai perakaunan negeri adalah di sampingitu tertakluk kepada apa-apa
arahan pihak berkuasa Kewangan negeri yang tidak bertentangan dengan yang tersebut di atas.
4. Berasaskan seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], Arahan Perbendaharaan ini menerangkan
tatacara kewangan dan perakaunan yangperlu dipatuhi oleh semua Pegawai Pengawal atau Pegawai Yang
Diberi Kuasa (di mana berkaitan) yangbertanggungjawab bagi perkara- perkara berikut:
(i) memungut, menerima atau mengakaun WangAwam;
(ii) membelanja atau membayar apa-apa WangAwam; dan
(iii) menerima,menyimpan, mengeluar, melupus, menghapus kira dan mengakaun Aset Awam (kecuali tanah
dalamPersekutuan dan negeri).
5. Arahan Perbendaharaan ini dibahagikan kepada tiga bab iaitu,Bab A – Tatacara Kewangan,Bab B – Tatacara
Perakaunan dan Bab C – Audit, Kehilangan dan Tatacara Hapus Kira.
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
6. Bab A – TATACArA KeWAnGAn menjelaskan tatacara mengenai pemberian kuasa oleh Badan Perundangan
bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta bagaimana perbelanjaan itu (selepas peruntukan
diluluskan oleh Badan Perundangan) dilakukan,tertakluk selanjutnya kepada kawalan Perbendaharaan.Ia juga
menjelaskan tatacara mengenai pindah peruntukan dan anggaran tambahan.Tujuan bab ini adalah untuk
menjelaskan dan bukan menggantikan apa-apa peruntukan Perlembagaan dan undang-undangdan sekiranya
didapati apa-apapertentangan antara Arahan ini dengan peruntukan Perlembagaan dan undang-undangitu,
maka peruntukan Perlembagaan dan undang-undang itu akan diguna pakai.
7. Bab b – TATACArA perAKAUnAn dibahagikan kepada tiga (3) seksyen seperti berikut:
I - Mengawal Terimaan dan Bayaran dan Menyimpan WangAwam;
II - Perakaunan;dan
III - Tatacara Perolehan Bekalan,Perkhidmatan dan Kerja.
(i) Di bawah seksyen I diterangkan bahawa kawalan terimaan dan bayaran serta penyimpanan WangAwam
adalah terletak di bawah tanggungjawab Pegawai-pegawai Pengawal.
(ii) Di bawah seksyen II diterangkan tanggungjawab Ketua Setiausaha Perbendaharaan,Akauntan Negara,
Pegawai Kewangan Negeri dan Akauntan Negeri/Bendahari Negeri dalamperkara-perkara mengenai tatacara
perakaunan.
(iii) Seksyen III pula menerangkan tatacara perolehan bekalan,perkhidmatan
dan kerja.
8. Bab C – AUdIT, KehILAnGAn dAn Tatacara Hapuskiramenegaskan tanggungjawab Pegawai Pengawal
berkenaan:
(i) perbelanjaan,pemungutan, penyimpanan dan perakaunan yang sepatutnya mengenai Wang Awam;
(ii) penyimpanan,pelupusan dan perakaunan yangsepatutnya mengenai Aset Awam di bawah jagaan mereka;
dan
(iii) Laporan Ketua Audit Negara mengenai Akaun Awam dan keterangan kepada Jawatankuasa Akaun Awam.
Bab ini juga menjelaskan tatacara yangperlu dipatuhi sekiranyaberlaku apa-apakehilangan atau sekiranya
tatacara perakaunan yangtelah ditetapkan tidak dipatuhi.Di mana perlu, tindakan surcaj hendaklah di ambil
terhadap pegawai-pegawai yangbertanggungjawab ke atas sesuatu kehilangan.
9. Semua pegawai awam perlu memahirkan diri dengan Arahan Perbendaharaan.Kurangpengetahuan
mengenai Arahan Perbendaharaan tidak akan diterima sebagai suatu alasan sekiranya Arahan Perbendaharaan
tidak dipatuhi,atau pun jika berlakunya apa-apakehilangan WangAwam atau Aset Awam akibat
ketidakpatuhan kepada Arahan Perbendaharaan.
1.4 : Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
DEFINISI STOR
• Tempat bagi melaksanakan penerimaan,perekodan, penyimpanan, penyelenggaraan,pengendalian dan
pengeluaran stok.
OBJEKTIF PENGURUSAN STOR
• Pengurusan Stor hendaklah dilaksanakan secara
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
(a) Stok sentiasa ada apabila dikehendaki dan menepati kehendak pelanggan;dan
(b) Kualiti stok sentiasaterjamin dengan cara memberi perlindungan,penjagaan dan penyelenggaraan yang
sewajarnya semasa dalamsimpanan.
1. Menyimpan
2. Merekod
3. Susun Atur
4. Pengeluaran
PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 2009
– TATACARA PENGURUSAN STOR
1.5 : Arahan Perkhidmatan
Panduan asas pentadbiran sesebuah pejabat/ jabatan yangmeliputi pentadbiran am, perkara perkhidmatan,
alatkelengkapan pejabat,rekod awam dan kemudahan perhubungan.
1.6 : Akta Acara Kewangan
Satu Akta untuk menyediakan kawalan dan pengurusan kewangan awam di Malaysiadan untuk prosedur
kewangan dan pengakaunan,termasuk prosedur untuk memungut, menyimpan dan membayar wang awam
Persekutuan dan Negeri.
1.7 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
Contoh ;
 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkatdan Penamatan Perkhidmatan
2005) (Bhg. V,VII dan VIII)
 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

More Related Content

Similar to Nota SPP Bab 8

Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11
Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11
Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11
farhani87
 
Garis panduan pemberhentian_pekerja_-_jtk_ns_2009
Garis panduan pemberhentian_pekerja_-_jtk_ns_2009Garis panduan pemberhentian_pekerja_-_jtk_ns_2009
Garis panduan pemberhentian_pekerja_-_jtk_ns_2009
Zam Scar
 
Fail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerjaFail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerja
PPD HULU SELANGOR
 
Peraturan Pegawai Awam Kelakuan & Tatatertib 1993 (Pindaan 2002)
Peraturan Pegawai Awam Kelakuan & Tatatertib 1993 (Pindaan 2002)Peraturan Pegawai Awam Kelakuan & Tatatertib 1993 (Pindaan 2002)
Peraturan Pegawai Awam Kelakuan & Tatatertib 1993 (Pindaan 2002)
sofatimah
 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
akmalmustafakamal
 

Similar to Nota SPP Bab 8 (20)

Templet fail meja
Templet fail mejaTemplet fail meja
Templet fail meja
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - SELANGOR
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 -  SELANGORLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 -  SELANGOR
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - SELANGOR
 
Cca pengajianmalaysia hasrol hashom
Cca pengajianmalaysia hasrol hashomCca pengajianmalaysia hasrol hashom
Cca pengajianmalaysia hasrol hashom
 
Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11
Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11
Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11
 
Esei kissm (edit)
Esei kissm (edit)Esei kissm (edit)
Esei kissm (edit)
 
Garis panduan pemberhentian_pekerja_-_jtk_ns_2009
Garis panduan pemberhentian_pekerja_-_jtk_ns_2009Garis panduan pemberhentian_pekerja_-_jtk_ns_2009
Garis panduan pemberhentian_pekerja_-_jtk_ns_2009
 
Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 - Badan Berkanun Persekutuan
Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 - Badan Berkanun PersekutuanLaporan Ketua Audit Negara Siri 1 - Badan Berkanun Persekutuan
Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 - Badan Berkanun Persekutuan
 
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusiaPerkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Selangor
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri SelangorLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Selangor
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Selangor
 
Fail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerjaFail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerja
 
1991 pkpa 08-panduan mengenai mpk dan fail meja
1991 pkpa 08-panduan mengenai mpk dan fail meja1991 pkpa 08-panduan mengenai mpk dan fail meja
1991 pkpa 08-panduan mengenai mpk dan fail meja
 
Peraturan Pegawai Awam Kelakuan & Tatatertib 1993 (Pindaan 2002)
Peraturan Pegawai Awam Kelakuan & Tatatertib 1993 (Pindaan 2002)Peraturan Pegawai Awam Kelakuan & Tatatertib 1993 (Pindaan 2002)
Peraturan Pegawai Awam Kelakuan & Tatatertib 1993 (Pindaan 2002)
 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
 
Panduan penyediaan fail meja
Panduan penyediaan fail mejaPanduan penyediaan fail meja
Panduan penyediaan fail meja
 
Agensi Kerajaan
Agensi KerajaanAgensi Kerajaan
Agensi Kerajaan
 
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Perak
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - PerakLaporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Perak
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Perak
 
Menangani kes tatatertib di tempat kerja
Menangani kes tatatertib di tempat kerjaMenangani kes tatatertib di tempat kerja
Menangani kes tatatertib di tempat kerja
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Perak
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - PerakLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Perak
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Perak
 
Tajuk 2
Tajuk 2Tajuk 2
Tajuk 2
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Kelantan
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri KelantanLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Kelantan
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Kelantan
 

More from Rainne Lee (12)

Interview SPP
Interview SPPInterview SPP
Interview SPP
 
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
 
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_iniApakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
 
Nota SPP Bab 10
Nota SPP Bab 10Nota SPP Bab 10
Nota SPP Bab 10
 
nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9
 
Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6
 
nota SPP Bab 5
nota SPP Bab 5nota SPP Bab 5
nota SPP Bab 5
 
nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4
 
nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3
 
nota SPP Bab 2
nota SPP Bab 2nota SPP Bab 2
nota SPP Bab 2
 
nota SPP Bab 1
nota SPP Bab 1nota SPP Bab 1
nota SPP Bab 1
 

Recently uploaded (7)

Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 

Nota SPP Bab 8

  • 1. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com BAB 8 : URUSAN PERKHIDMATAN 1.1 : Perintah-Perintah Am 1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 1.3 : Arahan Perbendaharaan 1.4 : Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor 1.5 : Arahan Perkhidmatan 1.6 : Akta Acara Kewangan 1.7 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1.1 : Perintah Am Perintah Am dan pekelilingkerajaan ini menjadi nadi utama yangmengawal selia serta memastikan urus tadbir kerajaan daripada peringkatakar umbi hingga ketahap tertinggi, harus berjalan lancar serta mematuhi prosedur ditetapkan. Pada dasarnya,Perintah Am adalah rangkuman syarat,garis panduan,kod etika, disiplin dan undang-undang kecil berkaitan apa yangboleh dilakukan selain prosedur bagi melakukannya dan larangan terhadap penjawatawam. Pekelilingkerajaan pula terbahagi kepada tiga kategori iaitu pekeliling perkhidmatan, suratdan suratedaran yanglazimnya menjadi saluran untuk menerangkan bidangkuasa dan kaedah bagaimana sesuatu elemen Perintah Am disesuaikan untuk kementerian, jabatan atau sektor perkhidmatan awam tertentu. Pekelilingbersifatlebih anjal berbandingPerintah Am kerana ia harus diterjemahkan mengikut keperluan semasa walaupun terikatkepada ruang lingkup yangditetapkan Perintah Am. Ini lazimnya dikeluarkan ketua pengarah di kementerian berkenaan khusus bagi kakitangan tertentu. Tetapi ada juga pekelilingyang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara jika membabitkan keseluruhan kakitangan awamsecara umum. Antara lain,Perintah Am merangkumi Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Perkhidmatan Badan Berkanun Persekutuan, Perkhidmatan Badan Berkanun Negeri dan Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan. Ia meliputi perihal pelantikan,elaun,cuti,tatatertib rumah kerajaan,perubatan dan waktu bekerja selain skimpencen perkhidmatan awam, skimpencen badan berkanun dan kuasa tempatan, acara kewangan, serta penyelarasan pencen. Perintah Am juga menggariskan tugas-tugas suruhanjayaperkhidmatan bagi melantik,mengesahkan, memberi taraf berpencen, menaikkan pangkat, menukar, kawalan tatatertib dan tugas-tugas lain.Ia juga menetapkan kuasa melantik bagi anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan awam persekutuan dan bersama, anggota pasukan polis,serta perkhidmatan pelajaran.Selain itu,Perintah Am menetapkan tahap penggredan mengikut kelayakan akademik penjawatawam serta status pegawai (sama ada tetap, sementara, kontrak, sambilan atau berasingan).Ia juga menentukan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan tangga gaji. Lazimnya setiap profesyen dalamsektor awam perlu ada perintah am yangkhusus mengenainya dan diperincikan menerusi pekelilingyangdikeluarkan mengikut keperluan semasa oleh ketua jabatan berkenaan, tertakluk kepada bidangkuasa yangdiberi.Delegasi kuasa bagi mengguna pakai Perintah Am seringditurunkan kepada pegawai peringkatjabatan.Ini secara tidak langsungmenyebabkan tiada keseragaman dari segi pelaksanaan,yanglazimnya mengikut budi bicara pegawai atasan berkenaan.Walaupun pegawai atasan terbabit juga terikatkepada Perintah Am atau Pekelilinglain,pemantauan yangmenyeluruh sukar dilakukan terhadap mereka, terutama jika jabatan kerajaan itu terletak di pedalaman.Sehubungan itu, wujud aduan di kalangan kakitangan awambahawa berlaku pilih kasih dalampelaksanaan tindakan tatatertib mengikut Perintah Am kerana hukum berlainan dikenakan bagi kesalahan sama. 1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia(JPA) sukacita memaklumkan beberapa perkara yang berkaitan pengurusan tatatertib dalamPerkhidmatan Awam seperti berikut: Latar belakang
  • 2. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com Peraturan tatatertib yang digunakan adalah terkandungdalamPeraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.Peraturan ini mengandungi peraturan dan kelakuan yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seseorangpegawai awam. Pelanggaran keatas sebarangperaturan yangditetapkan akan membolehkan tindakan tatatertib diambil. Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yangperlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapatmemperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yangsama dapatdijadikan panduan kepada oranglain. Kes Tatatertib Pegawai Awam Bagi Tempoh Tahun 2002-2006 A. Statistik Pada keseluruhannya untuk tempoh 5 tahun (2002 – 2006) bilangan pegawai yangdikenakan tindakan tatatertib (tidak termasuk ATM, PDRM bagi tahun 2002 hingga 2004 dan Badan Berkanun Negeri) ialah seramai 10,438 orang. Trend/aliran walau bagaimanapun menunjukkan penurunan yang ketara. Butiran statistik pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib mengikut klasifikasi perkhidmatan adalah ditunjukkan dalam Jadual 1: Bilangan pegawai dan anggota ATM dan PDRM yang telah dikenakan tindakan tatatertib bagi tempoh yang sama masing-masingnyaialah berjumlah 7,390 dan 4,819. Faktor Penurunan Secara amnya kesedaran pegawai akan tindakan punitif dengan sendirinya berkeupayaan menc egah sebarang pelanggaran di kalangan pegawai awam.Analisiskepada rekod mendapati antara faktor utama yang menyumbang kepada aliran penurunan adalah: i.Program Latihan dan Taklimat Bengkel, kursus dan ceramah tatatertib anjuran JPA/Kementerian/Jabatan telah adakan dari masa kesemasa bagi memantapkan pemahaman berkaitan peraturan-peraturan tatatertib. ii.Perkhidmatan Kaunseling; Jawatan kaunselor telah diwujudkan di semua kementerian/jabatan. Dalamhubungan ini Kaunselor bertindak sebagai pemudah cara dalammenangani isu-isu yangdihadapi oleh kakitangan yangbermasalah sebelum tindakan tatatertib diambil keatas pegawai. Sehingga tarikh semasa terdapatlebih kurangseramai 6,000 kaunselor/pegawai yangdilatih untuk menjalankan tugas-tugas kaunseling.Daripada jumlah tersebut, 95 adalah Pegawai Kaunselor di bawah perkhidmatan gunasama awam persekutuan. iii.Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Tatakelakuan Peraturan-peraturan yangada telah diperkemaskan dari semasa kesemasa bagi memastikan ianya mudah difahami oleh penjawatawam. Ketua Jabatan turut diingatkan supaya memastikan pegawai dan anggota di bawah kawalannya sentiasa mematuhi peraturan- peraturan yang berkuatkuasa;beserta amaran di mana sekiranya berlaku pelanggaran tatatertib tindakan tegas akan diambil. Y. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dalammesyuaratberkala dengan Ketua-Ketua Setiausaha / Ketua Jabatan telah bersetuju supaya semua kes-kes tatatertib yang dirujuk oleh Badan Pencegah Rasuah hendaklah diselesaikan dalamtempoh 6 bulan dari tarikh kes dirujuk.
  • 3. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com Kumpulan Pegawai Pegawai dalamKumpulan Sokongan merupakan kumpulan pegawai yang palingramai dikenakan tindakan tatatertib iaitu 9,649 (92%) daripada 10,438 pegawai.Fenomena ini disebabkan populasi pegawai daripada Kumpulan Sokongan mendominasi bilangan pegawai awamiaitu seramai 887,665 (77%) daripadakeseluruhan 1.1 juta pegawai awam. Butiran pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib mengikut Kumpulan ialah seperti di Jadual 3: Jenis Kesalahan Kes-kes yang berkaitan tidak hadir bertugas di kalangan pegawai awamadalah kesalahan tertinggi dan paling ketara iaitu 7,668 kes (55%) berbandingjumlah keseluruhan sebanyak 13,761 kes.Butiran dan jenis -jenis kesalahan lain termasuk tatakelakuan adalah seperti di Jadual 4: Implikasi kepada Hukuman Tatatertib Jika seseorangpegawai didapati bersalah atassesuatu kesalahan tatatertib,mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman, implikasi kepada pelaksanaan adalah seperti dihuraikan di Lampiran berkepil. PENUTUP Pendedahan secara terperinci adalah selari dengan prinsip dan amalan ketelusan Perkhidmatan Awam seperti mana yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Y. Bhg. Tan Sri Ismail Adamsemasa pertemuan khas JPA dengan wakil media-massa pada 4 Jun 2007 di JPA. PELAKSANAAN DAN IMPLIKASI HUKUMAN TATATERTIB HUKUMAN PELAKSANAAN / IMPLIKASI 1. Amaran (Warning) Tidak boleh dinyatakan amaran pertama atau amaran keras atau sebagainya. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkatdalamtempoh 6 bulan atau satu urusan mana terdahulu. 2.Denda (Fine) Denda yang dikenakan adalah berasaskan emolumen pegawai.Denda maksimumialah tidak melebihi 7 hari emolumen. Jika dikenakan lebih sekali dalamsatu bulan kalendar,agregatdenda tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak 45%daripada emolumen bulanan pegawai. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkatdalamtempoh 12 bulan atau satu urusan mana terdahulu. 3.Lucut Hak Emolumen (Forfeiture of Emoluments) Lazimnya dikenakan bagi kes tidak hadir bertugas. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkatdalamtempoh 18 bulan atau satu urusan mana terdahulu. 4.Tangguh Pergerakan Gaji (Deferment of Salary Movement) Dikenakan bagi tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan dan dilaksanakan pada tarikh ulangtahun pergerakan gaji pegawai. Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji dalamtempoh hukuman dan tarikh pergerakan gaji akan berubah ke tarikh yang palinghampir selepas tamattempoh hukuman. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkatdalamtempoh 30 bulan atau satu urusan mana terkemudian.
  • 4. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com 5.Turun Gaji (Reduction of Salary) Gaji diturunkan secara mendatar dalamperingkatgaji yangsama dan penurunan gaji itu tidak melebihi tiga pergerakan gaji.Tempoh hukuman ialah tidak boleh kurangdaripada12 bulan tetapi tidak boleh lebih 36 bulan.Hukuman dilaksanakan pada tarikh yangditetapkan oleh Lembaga Tatatertib atau pada tarikh hukuman dijatuhkan.Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji dalamtempoh hukuman dan tarikh pergerakan gaji akan berubah ke tarikh pergerakan gaji berikutnya selepas hukuman tamat. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkatdalamtempoh 36 bulan atau satu urusan mana terkemudian. 6.Turun pangkat (Reduction in Rank) Gred pegawai diturunkan ke gred yang lebih rendah dalamskimperkhidmatan yang sama.Gaji pegawai ditetapkan pada satu mata gaji dalamjadual gaji bagi gred yangdikurangkan itu supaya lebih rendah dan berhampiran dengan gaji akhir sebelumhukuman. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkatdalamtempoh 48 bulan atau dua urusan mana terkemudian. 7.Buang Kerja (Dismissal) Tarikh hukuman ialah pada tarikh Lembaga Tatatertib menjatuhkan hukuman. Pegawai tidak berhak menerima apa-apa kemudahan dalamperkhidmatan awam. 1.3 : Arahan Perbendaharaan Pendahuluan Arahan Perbendaharaan ini diterbitkan bagi menggantikan Arahan Perbendaharaan yangdikeluarkan pada29 Disember 1997. 2. Pendahuluan ini bukan merupakan sebahagian daripadaArahan Perbendaharaan.Pendahuluan ini menekankan ciri-ciri pentingdalamArahan Perbendaharaan sebagai panduan kepada pegawai -pegawai awam amnya dan pegawai-pegawai perakaunan khususnya. 3. Seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] memperuntukkan bahawa tiap-tiap pegawai perakaunan adalah tertakluk kepada Akta ini dan hendaklah menjalankan apa-apakewajipan menyenggara buku dan menyediakan akaun yang ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini atau oleh arahan-arahan yangdikeluarkan oleh perbendaharaan mengenai perkara tatacara kewangan dan perakaunan yangtidak bertentangan dengannya: dengan syaratbahawa seorangpegawai perakaunan negeri adalah di sampingitu tertakluk kepada apa-apa arahan pihak berkuasa Kewangan negeri yang tidak bertentangan dengan yang tersebut di atas. 4. Berasaskan seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], Arahan Perbendaharaan ini menerangkan tatacara kewangan dan perakaunan yangperlu dipatuhi oleh semua Pegawai Pengawal atau Pegawai Yang Diberi Kuasa (di mana berkaitan) yangbertanggungjawab bagi perkara- perkara berikut: (i) memungut, menerima atau mengakaun WangAwam; (ii) membelanja atau membayar apa-apa WangAwam; dan (iii) menerima,menyimpan, mengeluar, melupus, menghapus kira dan mengakaun Aset Awam (kecuali tanah dalamPersekutuan dan negeri). 5. Arahan Perbendaharaan ini dibahagikan kepada tiga bab iaitu,Bab A – Tatacara Kewangan,Bab B – Tatacara Perakaunan dan Bab C – Audit, Kehilangan dan Tatacara Hapus Kira.
  • 5. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com 6. Bab A – TATACArA KeWAnGAn menjelaskan tatacara mengenai pemberian kuasa oleh Badan Perundangan bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta bagaimana perbelanjaan itu (selepas peruntukan diluluskan oleh Badan Perundangan) dilakukan,tertakluk selanjutnya kepada kawalan Perbendaharaan.Ia juga menjelaskan tatacara mengenai pindah peruntukan dan anggaran tambahan.Tujuan bab ini adalah untuk menjelaskan dan bukan menggantikan apa-apa peruntukan Perlembagaan dan undang-undangdan sekiranya didapati apa-apapertentangan antara Arahan ini dengan peruntukan Perlembagaan dan undang-undangitu, maka peruntukan Perlembagaan dan undang-undang itu akan diguna pakai. 7. Bab b – TATACArA perAKAUnAn dibahagikan kepada tiga (3) seksyen seperti berikut: I - Mengawal Terimaan dan Bayaran dan Menyimpan WangAwam; II - Perakaunan;dan III - Tatacara Perolehan Bekalan,Perkhidmatan dan Kerja. (i) Di bawah seksyen I diterangkan bahawa kawalan terimaan dan bayaran serta penyimpanan WangAwam adalah terletak di bawah tanggungjawab Pegawai-pegawai Pengawal. (ii) Di bawah seksyen II diterangkan tanggungjawab Ketua Setiausaha Perbendaharaan,Akauntan Negara, Pegawai Kewangan Negeri dan Akauntan Negeri/Bendahari Negeri dalamperkara-perkara mengenai tatacara perakaunan. (iii) Seksyen III pula menerangkan tatacara perolehan bekalan,perkhidmatan dan kerja. 8. Bab C – AUdIT, KehILAnGAn dAn Tatacara Hapuskiramenegaskan tanggungjawab Pegawai Pengawal berkenaan: (i) perbelanjaan,pemungutan, penyimpanan dan perakaunan yang sepatutnya mengenai Wang Awam; (ii) penyimpanan,pelupusan dan perakaunan yangsepatutnya mengenai Aset Awam di bawah jagaan mereka; dan (iii) Laporan Ketua Audit Negara mengenai Akaun Awam dan keterangan kepada Jawatankuasa Akaun Awam. Bab ini juga menjelaskan tatacara yangperlu dipatuhi sekiranyaberlaku apa-apakehilangan atau sekiranya tatacara perakaunan yangtelah ditetapkan tidak dipatuhi.Di mana perlu, tindakan surcaj hendaklah di ambil terhadap pegawai-pegawai yangbertanggungjawab ke atas sesuatu kehilangan. 9. Semua pegawai awam perlu memahirkan diri dengan Arahan Perbendaharaan.Kurangpengetahuan mengenai Arahan Perbendaharaan tidak akan diterima sebagai suatu alasan sekiranya Arahan Perbendaharaan tidak dipatuhi,atau pun jika berlakunya apa-apakehilangan WangAwam atau Aset Awam akibat ketidakpatuhan kepada Arahan Perbendaharaan. 1.4 : Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor DEFINISI STOR • Tempat bagi melaksanakan penerimaan,perekodan, penyimpanan, penyelenggaraan,pengendalian dan pengeluaran stok. OBJEKTIF PENGURUSAN STOR • Pengurusan Stor hendaklah dilaksanakan secara
  • 6. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com (a) Stok sentiasa ada apabila dikehendaki dan menepati kehendak pelanggan;dan (b) Kualiti stok sentiasaterjamin dengan cara memberi perlindungan,penjagaan dan penyelenggaraan yang sewajarnya semasa dalamsimpanan. 1. Menyimpan 2. Merekod 3. Susun Atur 4. Pengeluaran PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 2009 – TATACARA PENGURUSAN STOR 1.5 : Arahan Perkhidmatan Panduan asas pentadbiran sesebuah pejabat/ jabatan yangmeliputi pentadbiran am, perkara perkhidmatan, alatkelengkapan pejabat,rekod awam dan kemudahan perhubungan. 1.6 : Akta Acara Kewangan Satu Akta untuk menyediakan kawalan dan pengurusan kewangan awam di Malaysiadan untuk prosedur kewangan dan pengakaunan,termasuk prosedur untuk memungut, menyimpan dan membayar wang awam Persekutuan dan Negeri. 1.7 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Contoh ;  Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkatdan Penamatan Perkhidmatan 2005) (Bhg. V,VII dan VIII)  Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993