Buletin Bulanan KPM

1,524 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,524
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
667
Actions
Shares
0
Downloads
15
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Buletin Bulanan KPM

  1. 1. Anjakan isu #4 30 Julai 2013 ISU #4, 31 JULAI 2013 Dalam isu ini: 1. Sekapur sirih: YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin 2. Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Perpaduan 3. Pelaksanaan RIMUP Sekapur Sirih: YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Dalam kesempatan mengisi ruangan sekapur sirih ini, saya ingin mengucapkan salam kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Setelah hampir setahun pelaksanaan PPPM, banyak perkara telah kita pelajari dan gandaan usaha telah dilakukan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan suatu perancangan pendidikan jangka panjang Kementerian. PPPM ini melibatkan hala tuju dan pelan tindakan yang jelas dan sekali gus menguji minda serta kesungguhan warga pendidik dalam melaksanakannya. Penyelarasan PPPM dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) sedang dilaksanakan manakala majis pelancaran Laporan Akhir PPPM akan diadakan pada 6 September 2013. Selain usaha penyelarasan ini, Kementerian juga telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pihak berkepentingan bagi memantapkan inisiatif PPPM. Saya mengharapkan kerjasama daripada semua pihak di Kementerian untuk memastikan PPPM 2013-2025 ini mencapai kejayaan dan matlamat yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih. DATUK DR. AMIN BIN SENIN Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan KPM Dalam Berita Mesyuarat Kajian Pertengahan Tahun PPPM 2013-2025 2 Julai 2013: Kementerian Pendidikan telah melaksanakan penilaian pertengahan tahun 2013 bagi 25 inisiatif utama di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pada 2 dan 3 Julai 2013 di Hotel Colmar, Bukit Tinggi. YAB Menteri Pendidikan, YB Menteri Pendidikan II, dan semua pengurusan tertinggi KPM telah bersama-sama mendengar dan memberi pelbagai maklum balas terhadap isu yang telah dibentangkan oleh kesemua pengurus program bagi 25 inisiatif yang hadir. YAB Menteri Pendidikan telah diberikan penerangan khusus tentang lima inisiatif utama iaitu peningkatan penguasaan kemahiran guru Bahasa Inggeris, piagam pengetua/guru besar, program transformasi daerah, pentaksiran TIMSS dan PISA serta sarana ibu bapa bagi memutuskan beberapa isu yang timbul. Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia
  2. 2. Anjakan isu #4 30 Julai 2013 Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Perpaduan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah menetapkan lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid. Satu daripada aspirasi sistem yang ingin dicapai ialah perpaduan. Keunikan Malaysia adalah terletak kepada kepelbagaian kaum yang mengamalkan budaya masing-masing. Dengan adanya perbezaan ini, perpaduan antara kaum merupakan satu perkara penting bagi pembinaan negara bangsa dan membentuk identiti nasional. Sudah tentu usaha mengukuhkan perpaduan perlu dipupuk sewaktu usia kanak-kanak lagi khususnya di alam persekolahan. Dalam usaha mengukuhkan perpaduan, setiap murid daripada pelbagai etnik, agama, budaya dan latar belakang sosioekonomi menggunakan ruang yang ada untuk berinteraksi dan belajar bersama-sama. Kementerian telah memperkenalkan dua inisiatif utama berkaitan dengan perpaduan iaitu konsep baharu Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) dan memperkukuh mata pelajaran Pendidikan Islam serta Pendidikan Moral dan Sivik. Selain itu satu instrumen untuk mengukur tahap perpaduan dalam kalangan murid juga sedang dibangunkan. Aspirasi sistem untuk memperkukuh perpaduan diharap juga dapat melahirkan insan yang memiliki jati diri dan beridentiti nasional. Konsep perpaduan yang merangkumi elemen keterangkuman iaitu wujud perasaan menerima, menghormati dan meraikan kepelbagaian. Secara tidak langsung aspirasi sistem memperkukuh perpaduan adalah berkait dengan aspirasi murid yang keenam iaitu untuk melahirkan murid yang memiliki identiti nasional. Pada masa ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) serta Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Penyelidikan (BPPDP) telah diamanahkan untuk melaksanakan inisiatif bagi memupuk perpaduan. Konsep Perpaduan JPNIN Laporan Awal Pelan Pembangunan boleh dimuat turun di: http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-Eng.pdf Mesyuarat Kajian Pertengahan Tahun 2013 (PPPM) 2013-2025 Antara keputusan penting bagi lima inisiatif kritikal PPPM:  Guru Bahasa Inggeris yang tidak mencapai tahap profisiensi minima Bahasa Inggeris akan ditempatkan semula;  Temuduga yang standard dilaksanakan di peringkat JPN sebagai sebahagian proses pemilihan Pengetua / Guru Besar baharu;  Proses pemantauan pelaksanaan 1BestariNet secara mingguan oleh PADU;  Sebanyak RM7.6 juta untuk tahun 2014 akan dimasukkan ke dalam bajet untuk pelaksanaan intervensi kepada 150 buah sekolah yang akan menduduki TIMSS 2014;  BPPDP akan mengkaji kebolehlaksanaan mewujudkan lembaga sekolah di sekolah terpilih Kajian Mengukur Perpaduan Perpaduan merupakan satu daripada aspirasi sistem yang perlu dicapai menjelang 2025. Bagaimanapun sehingga kini adalah sukar untuk mengukur tahap perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Dalam satu kajian bertajuk “Tahap Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup”, pengkaji mendapati hanya 50% respondan bersetuju pembelajaran Kemahiran Hidup berjaya memupuk semangat perpaduan. Bagaimanapun kajian yang dilaksanakan dalam kalangan pelajar di UUM mendapati wujud interaksi yang selesa antara kaum (rujuk rajah di bawah) Dalam usaha menambahbaik semangat perpaduan, BPPDP sedang membangunkan soal selidik mengukur perpaduan dalam kalangan murid. Item soal selidik dibina berasaskan kepada tiga konsep berkaitan perpaduan iaitu menerima kepelbagaian, menghormati kepelbagaian dan mengurus kepelbagaian. Keputusan kajian ini dijangka dapat diketahui penghujung 2013.
  3. 3. Anjakan isu #4 30 Julai 2013 Pelaksanaan RIMUP Kajian antarabangsa telah menunjukkan bahawa aktiviti kumpulan berorientasikan tugasan seperti sukan dan khidmat komuniti adalah suatu cara yang paling berkesan untuk menggalakkan persahabatan antara kumpulan dalam kalangan murid. Dalam usaha memupuk perpaduan di peringkat persekolahan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Rancangan Integerasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). RIMUP merupakan program yang melibatkan murid pelbagai kaum berinteraksi melalui aktiviti kokurikulum. Ia telah mula dilaksanakan sejak 1986. Pada 2005 RIMUP telah diperluas daripada pelaksanaan di peringkat sekolah rendah kepada pelaksanaan di semua sekolah. Bermula 2013, RIMUP dilaksanakan mengikut kelompok (SK, SJKC, SJKT; SMK, SMKA, SMJK) dalam tiga kategori aktiviti iaitu sukan dan permainan, khidmat masyarakat dan aktiviti memupuk semangat patriotik. Melalui PPPM, Kementerian berhasrat untuk menambah kekerapan dan intensiti program RIMUP dan disasarkan kepada sekolah yang mempunyai populasi murid yang homogen. Kementerian juga akan memperluas program ini dengan melibatkan sekolah swasta. Bagi tahun 2013, BKK telah mengedarkan buku panduan RIMUP kepada sekolah-sekolah agar pelaksanaannya dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Sementara itu konsep pelaksanaan RIMUP sedang dikaji semula dan perancangan pelaksanaan telah dilakukan dengan sasaran sebanyak 20% sekolah rendah dan menengah melaksanakan RIMUP pada tahun ini. Buku Panduan RIMUP yang telah diedarkan ke sekolah Insiatif bulan ini Memperkukuh Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dan Sivik Perpaduan dikatakan berlaku apabila wujud perasaan menghargai dan menghormat budaya sesuatu kaum yang lain. Kurikulum Sejarah dan Sivik merupakan modul dalam sistem pendidikan yang berhasrat untuk menerapkan nilai menghargai dan menghormati kepelbagaian kaum di Malaysia. Satu daripada inisiatif yang dibangunkan dalam PPPM untuk mencapai aspirasi sistem berkaitan perpaduan ialah memperkukuh Pendidikan Islam serta Pendidikan Moral dan Sivik. Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk menyediakan konsep dan melaksanakan kurikulum bagi meningkatkan pemahaman tentang nilai utama dan sejagat yang diamalkan oleh pelbagai kaum di Malaysia. Dalam menggerakkan inisiatif ini, kandungan kurikulum Pendidikan Agama Islam serta Pendidikan Moral dan Sivik sedang disemak semula. Satu cadangan pelaksanaan yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran murid pelbagai kaum tentang nilai-nilai sejagat akan dikemukakan. Sembang Pendidik
  4. 4. Anjakan isu #4 30 Julai 2013 Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari http://omrel-relai.blogspot.com atau http://lensasmkttj.blogspot.com Cetakan ini diterbitkan oleh PADU, Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan kepada KPM yang bersifat praktikal dan berorientasikan tindakan. Peranan PADU adalah untuk merancang, memantau, menyelesaikan masalah dan menyelaras penyampaian inisiatif 1Agenda, sementara Bahagian-Bahagian lain di Kementerian bertanggungjawab untuk melaksanakannya. PADU ialah unit kecil terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang kukuh dalam pengurusan projek dan penyampaian hasil. Individu-individu ini mempunyai latar belakang berbeza yang mengandungi unsur pengurusan dan profesional, dari dalam dan luar Kementerian. Sekiranya anda mempunyai sebarang komen atau maklum balas mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, pelaksanaan Pelan, atau cetakan ini, sila hubungi PADU. Emel: padu.maklumbalas@moe.gov.my Telefon: +6 03 8872 1604 / +6 03 8872 1605

×