Dokumen tersebut membahasikan konsep-konsep moral seperti baik, benar dan patut. Ia juga menjelaskan penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti kesopanan, adab dan kelakuan yang baik melalui peranan guru, sekolah dan ibu bapa.
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
EFOLIO (pm).docx
1. KOLEJ KOMUNITI LIPIS
SIJIL PENGEMBARAAN PELANCONGAN
PENDIDIKAN MORAL
(MPU 12022)
E-FOLIO
NAMA PELAJAR:
NOR ILLIYANIE A/P TALIB
NO. PENDAFTARAN:
C23SPL22F003
KELAS:
SKKSPL2A
NAMA PENSYARAH:
WAN MOHD ZUL BIN WAN YUSUF
2. 2.Individu bermoral harus berpegang kepada konsep baik , benar dan patut.Jelaskan
konsep baik,
benar dan patut serta huraiakn penerapan nilai – nilai murni dalam kehidupan.
1.KONSEP BAIK
Baik bermaksud memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. Ia merujuk
kepada perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakannya.
Makna baik:
1. Secara fizikal: alat yang banyak faedah dan kepuasan dari segi penggunaan
2. Kepuasan diri: memuaskan hati pengguna dari segi rupa, mutu, kecekapan
dan sebagainya
3. Kelakuan:gerak-geri yang ditunjukkan, sesuai atau tepat dan memberi
sokongan atau persetujuan
4. Penyakit: dalam proses pulih atau balik kepada asalnya.
2.KONSEP BENAR
Benar bermaksud betul dan mengandungi ciri-ciri penjelasan nilai, mempunyaif akta-
fakta, sebab-sebab, dan bukti-bukti yang sah atau diterima oleh majoriti.
Perkataan benar boleh dilihat dari segi:
1. kebenaran mutlak – kepadaTuhan
2. kebenaran secara saintifik – sesuatu kebenaran yang boleh dibuktikan
dengan fakta atau maklumat yang dikumpul dan dianalisis secara saintifik.
3. kebenaran secara relatif – pada sesuatu situasi tertentu benar wujud secara
relatif dan bukan mutlak seperti yang terdapat dalam pantang larang dan
peraturan adat.
3. 3.KONSEP PATUT
Patut bermaksud ‘seharus’, ‘mesti’, atau ‘sesuai’dan mempunyai unsur bertindak
secara waras dan bijaksana
1 ‘Tindakan patut kita dilakukan’ bermakna seharusnya dipilih setelah
menimbangkan semua perkara atau tindakan alternative lain. Tetapi tindakan tersebut
perlu diberitahu oleh seorang individu yang mengetahui segala-galanya.
2. Dalam bidang falsafah dan perbincangan biasa, istilah patut juga digunakan
untuk membawa maksud ‘jangan melakukan sesuatu yang seseorang itu patut…’. Ini
bermakna dia patut membuat sesuatu yang salah, iaitu apa yang dia patut ‘jangan
lakukan’.
3. Perhatikan lagi penggunaan patut di dalam ayat berikut : ‘Tindakan yang patut
saya lakukan’. Ia bermakna satu tindakan yang digemari oleh saya walaupun ia
mungkin bukan tindakan yang unggul.
4.PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DALAM KEHIDUPAN
Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar
untuk mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat
melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga
bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif
boleh menjadi role model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang
kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para
pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka.
Begitulah caranya sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang
memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka. Jelaslah bahawa guru-guru dan keadaan
sekolah yang kondusif juga boleh membantu para pelajar mewujudkan nilai murni
dalam diri mereka.
Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat terhadap anak-anak
Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari ini terlalu materialistik dan
mementingkan kemewahan. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang
menganggap kononnya nilai kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta
benda merupakan satu kesilapan besar. Sebenarnya, gejala sosial yang semakin
berleluasa ini berpunca daripada kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa
mereka. Ibu bapa terlalu sibuk dan tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai murni
kekeluargaan seperti kesopanan, adab dan kelakuan yang baik kepada anak-anak.
Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu
sentiasa bersikap prihatin terhadap anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang
harmoni.
4. Kesimpulan :
Kesimpulannya, Amalan nilai murni amat mustahak untuk negara mencapai
taraf negara maju yang disegani oleh negara-negara gergasi yang lain di dunia. ‘Yang
merah itu saga, yang kurik itu kendi, yang indah itu bahasa, yang elok itu budi’,
demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dan
amalan nilai murni dalam kehidupan masyarakat kita. Oleh itu, sifat sifat luhur dan
amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggan masyarakat timur tetapi
kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Lantaran itu, semua pihak
wajarlah bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap masing-masing
perahu, masing-masing kayuh dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri
setiap individu. Kita tidak seharusnya mengharapkan sebelah pihak sahaja untuk
memupuk amalan murni ini dalam setiap jiwa rakyat Malaysia kerana bertepuk
sebelah tangan takkan berbunyi. Sebagai hasilnya, negara akan memiliki rakyat yang
produktif dan berkualiti.