SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
48
UNIT 4 BIDANG MEMBENTUKDAN MEMBUAT BINAAN
HASIL PEMBELAJARAN UNIT
SINOPSIS
Kursus ini meliputi pengetahuan asas dalam bidang membentuk dan membuat binaan binaan
Pendidikan Seni Visual pra sekolah. Ia menekankan kepada proses mengenal arca, stabail,
asemlaj , origami, diorama, model, boneka. Ia juga memberi keutamaan kepada proses
mengenal, menyelidik dan membuat hasil seni tersebut. Bakal guru diharapkan agar dapat
menggunakan bakat yang ada sebanyak mungkin untuk berfantasi, berkreativiti, membuat
inovasi dan mereka cipta semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Cara ini akan
dapat menjadikan murid bertambah yakin dan seronok semasa melalui fasa tersebut.
KANDUNGAN UNIT 4 :
4. Bidang Membentuk dan Membuat Binaan
4.1 Konsep membentuk dan membuat binaan
- Definisi
- Gubahan 2 dan 3 dimensi
4.2 Alat dan Bahan
- Penggunaan
- Pengubahsuaian
4.3 Aktiviti membentuk
- Teknik menguli, memicit, lipatan, gulungan, luakan, paper mache,
- Aktiviti membentuk – Origami, Mobail, Stabail, topeng, arca
4.4 Aktiviti membina
- domestik, arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, diorama, model, boneka
4.5 Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
4.6 Persembahan hasil karya
- Mentafsir – Aktiviti, idea, alat, bahan dan proses
- Apresiasi karya seni
*Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan perlulah disesuaikan dengan peringkat umur
kanak-kanak
Di akhir topik ini, pelajar dapat :
1. Memahami definisi membentuk dan membuat binaan
2. Mengenal gubahan 2 dan 3 dimensi
3. Mendedahkan teknik penggunaan alat dan bahan yang sesuai dengan aktiviti
yang dipilih
4. Dapat menghasilkan gubahan 2 dan 3 dimensi
5.
49
4. Konsep dan definisi membentuk dan membuat binaan
4.1 Definisi Bidang membentuk dan membuat binaan
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan merupakan salah satu aktiviti yang
mengandungi karya yang berbentuk 3 dimensi. Berdasarkan rekaan bentuk tersebut, pelbagai
jenis kraf boleh dihasilkan. Bidang ini juga boleh mengembangkan persepsi murid terhadap
aspek seni dari segi ruang, bentuk, imbangan, struktur dan kestabilan. Ia memainkan peranan
yang amat penting dalam perkembangan kanak-kanak serta membolehkan pemikiran yang
kreatif dibina dari segi seni.
4.1.1 Definisi Gubahan 2 dimensi dan 3 dimensi
Aktiviti membentuk dan membuat binaan boleh dihasilkan dengan 2 cara iaitu gubahan 2 dan 3
dimensi.Gubahan 2 dimensi merupakan hasil karya dimana bentuknya tidak dapat disentuh
tetapi dapat dinikmati melalui deria penglihatan. Ia mempunyai permukaan yang rata tetapi
lukisan yang dihasilkan kelihatan seperti 3 dimensi kerana mempunyai tona dan isipadu.
Contoh gubahan 2 dimensi adalah lukisan objek yang dilakar dalam pelbagai sudut dan
mempunyai kesan tona cahaya. Dengan melihat lukisan tersebut, kita lebih mudah memahami
bentuk keseluruhan objek tersebut.
Gubahan 2 dimensi
Bentuk 3 dimensi merupakan objek yang bersifat konkrit, berisipadu, boleh disentuh dan dirasa
dan dilihat. Bentuk 3 dimensi boleh dilihat dari sudut pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan
bawah. Ia boleh terdiri dari objek semula jadi atau objek buatan manusia.
Gubahan 3 dimensi
50
4.2 Alat dan bahan
Pengajaran seni visual perlu dijalankan dengan menyerapkan unsur-unsur seni secara
menyeluruh. Ia boleh dilakukan disetiap penjuru kawasan sekolah yang mungkin berupa ,
mural, kraf pasu dari bahan guna semula atau alat muzik ciptaan sendiri, topeng dari bahan
kertas, tong sampah dari tin kosong dan sebagainya berdasarkan kemudahan alat bahan yang
ada disekolah tersebut.
Antara bahan yang boleh digunakan bagi aktiviti membentuk dan membuat binaan yang sesuai
untuk murid pra sekolah ialah plastersin, tanah liat, tepung, paper mache,straw minuman,
bahan guna semula seperti botol minuman, kotak kosong, plastik barang dan sebagainya. Bagi
murid pra sekolah, bakal guru perlu memberi penekanan dari sudut keselamatan agar tidak
berlaku sebarang kecederaan kerana pada peringkat ini, koordinasi tangan dan mata murid
masih belum matang dan memerlukan pemerhatian guru.
4.3 Aktiviti Membentuk
Terdapat pelbagai teknik yang boleh diaplikasikan oleh guru untuk menghasilkan bentuk atau
membuat binaan iaitu teknik picitan seperti bahan tanah liat, doh tepung dan plastersin, teknik
pembungkusan, teknik lipatan iaitu penggunaan kertas atau bahan yang mudah dilentur, teknik
potongan seperti kepingan kertas, potongan tanah liat atau buah buahan menggunakan pisau
plastik, potongan botol mineral dengan bantuan guru, teknik cantuman seperti lego, kotak ,
teknik guntingan seperti potongan kertas ang telah dilipat dan teknik luakan dalam membuat
arca menggunakan plastersin atau tanah liat.
51
Pelbagai teknik boleh dihasilkan seperti teknik potongan, teknik pembungkusan , teknik picitan
serta lingkaran dan teknik potongan dan cantuman.
Membuat pasu menggunakan tanah liat dan mereka cipta kapal terbang menggunakan cawan
polisterin.
Membentuk objek buah-buahan menggunakan doh tepung yang diuli sendiri oleh murid
Selain dari bahan yang telah dinyatakan diatas, beberapa pertimbangan lain perlu dan penting
untuk aktiviti membentuk dan membina seperti penggunaan bahan terbuang yang boleh
digunakan semula. Bahan daripada alam sekitar seperti buluh, buah kelapa , kulit siput juga
boleh dijadikan sebagai bahan untuk membina dan boleh dijadikan hiasan
4.4 Aktiviti Membina
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dalam bidang membentuk dan membuat binaan
52
Mobail
Mobail sering dijadikan sebagai bahan perhiasan.Ia boleh bergerak sendiri, berputar, berombak,
dan biasanya terawang-awang. Pelbagai bahan boleh digunakan seperti kertas, kulit siput
Mobail rama-rama
Stabail
Bermakna statik, kukuh, mantap. Binaan yang teguh berasaskan binaan. Rekaan stabail boleh
dipelbagaikan mengikut kreativiti murid.Ia boleh digantung di dinding, tingkap atau pintu siling.
Pelbagai bahan boleh digunakan untuk menghasilkan arca stabail.
Stabail yang kukuh
53
Asemblaj
Merupakan himpunan bahan-bahan yang dibina dengan kukuh dan mempunyai daya estetik
yang menimbulkan suatu makna.Ia boleh dihasilkan secara kimpalan, skru, ikatan, acuan atau
binaan.
Asemlaj pelbagai warna
Model
Merupakan aktiviti yang menghasilkan sesuatu dengan mengikut bentuk sebenar dan
nisbahnya berbeza samada dibesarkan atau dikecilkan.Contohnya seperti model rumah, model
kenderaan dan sebagainya.
Model kereta
54
Boneka
Boneka adalah sejenis permainan kanaka-kanak yang boleh digerak, dilakonkan oleh pemain
samada secara sentuhan atau arahan.Contoh boneka seperti boneka sarung tangan, boneka
lidi dan sebagainya
Boneka jari
Topeng
Merupakan artifak yang dipakai di muka untuk perlindungan, persembunyian, persembahan
atau menghiburkan.Contoh topeng seperti topeng mata, topeng muka dan sebagainya
Topeng muka
55
Origami
Merupakan seni lipatan kertas yang diperkenalkan di Jepun.Ia berasal dari perkataan Jepun
iaitu ORIKAMI.Ia hanya perlu dilipat dan disisip tanpa memerlukan gam. Guru boleh mengajar
pelajar membuat origami dan boleh dijadikan hiasan, mobail dan arca.
Origami kertas
Diorama
Sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek.Objek yang dihasilkanboleh
disusun, digantung, didirikan atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak.
Diorama tema orang angkasa
56
Alat dan Bahan
Bil Teknik Alat dan Bahan Proses Hasil
1 Mobil Kertas warna, kertas
keras, gum, tali,
dawai, gunting
Rupa beberapa objek yang
dibentuk dibentuk dan
digantung menggunakan tali
Boleh digantung
mengikut
kesesuaian.
2 Stabail Kayu, tanah liat,
kertas warna, gum ,
gunting
Objek dibentuk dan dilekat
dengan kukuh dan teguh
Dipersembahan
mengikut
kesesuaian bahan
3 Asemlaj Daun kering, kayu,
kain perca, dawai,
kertas
Objek disusun menjadi karya
yang bertema
Dipersembahkan
dengan kreatif
mengikut citarasa
murid
4 Model Bahan guna semula
seperti botol, kotak ,
polisterin, tin
Objek dibentuk mengikut
contoh sedia ada.Contoh:
Kenderaan
Dipersembahkan
mengikut kreativiti
murid
5 Boneka Stokin, kain, kulit
telur
Boneka dibentuk mengikut
rupa yang diingini
Dpersembahkan
bersama lakonan
6 Topeng paper mache,kain,
kertas pembungkus
Topeng dibentuk mengikut
bahan yang sesuai
Dipersembahkan
dengan
memakainya
7 Origami Kertas warna Dilipat mengikut tema yang
ingin dihasilkan
Dipersembahkan
dengan kreatif
mengikut citarasa
murid
4.5 Aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi
Peranan guru sangat penting dalam membentuk sosial, sahsiah serta perkembangan kreativiti
kanak- kanak. Oleh itu peranan guru sangat penting dalam membantu kanak-kanak untuk
menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai. Penggunaan teknologi
maklumat merupakan cara yang sangat mudah untuk menyerapkanpengetahuan kepada murid
kerana iamemberi satu kelebihan kepada murid untuk melihat secara lebih visual. Dengan
hanya menggunakan persembahan power point, guru dapat menunjukkan proses penghasilan
dengan lebih jelas dan sistematik.Murid boleh menggunakan program MS Paintuntuk
menghasilkan kotak dan mencetak dalam bentuk 2 dimensi lalu dipotong untuk dijadikan kotak
yang berbentuk 3 dimenasi. Ini memberi peluang kepada murid untuk berkarya walaupun tanpa
bantuan dari guru.
57
4.6 Persembahan Akhir
Contoh aktiviti Membentuk flora dan fauna menggunakan bahan plastersin
Bagi murid pra sekolah, penggunaan acuan boleh digunakan untuk membentuk objek
Alat pensel yang selamat digunakan boleh digunakan untuk mencipta jalinan pada
permukaan plastersin
Jika murid sudah mahir, mereka boleh mencipta objek menggunakan tangan tanpa
perlu acuan.
58
4.6 Persembahan Akhir
Kelihatan seorang murid pra sekolah sedang membina gunung berapi dengan menggunakan
bahan tanah liat.
Kanak-kanak dan karya seni
Menurut Brown (1980) kegiatan seni dapat meningkatkan dan mengembangkan pemikiran
kritis kanak-kanak.Ia merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka
berupaya untuk bertutur dan dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi dan
meluahkan apa yang tergambar difikiran mereka Oleh itu, setelah murid menyiapkan kerja
mereka, guru perlu memberi peluang dan ruang kepada murid memberi tafsiran karya mereka
dan membuat apresiasi.
Contoh Mentafsir dan membuat apresiasi karya seni.
Mentafsir karya diatas
Karya seorang kanak-kanak pra sekolah menunjukkan satu rekaan gunung berapi yang
diperbuat daripada bahan tanah liat. Bahan tanah liat dibentuk menyerupai gunung. Terdapat
59
proses teknik picitan dalam penghasilan objek. Kelihatan juga jalinan yang dihasilkan oleh
murid bagi menggambarkan permukaan gunung berapi yang tidak sekata. Batu batu kecil
disusun dibawah objek. Tiada penggunaan warna dalam karya ini.
Apresiasi karya seni
Gunung berapi yang dihasilkan oleh murid ini nampak begitu realistik kerana pemilihan bahan
tanah liat yang sesuai dipicit dan dibentuk mengikut pengalaman sedia ada dan naluri mereka.
Tanah liat dibentuk agak besar dibahagian bawah dan mengecil dibahagian atas seperti bentuk
gunung. Penggunaan bahan tajam dengan mencakar mengikut aliran ketinggian objek
menghasilkan jalinan yang tidak sekata dan telah memaparkan permukaan yang kesat. Batu-
batu kecil ditabur disekeliling objek bagi menunjukkan keadaan gunung berapi yang pernah
meletus.Tiada warna tambahan digunakan
1. Kategorikan jenis arca yang boleh menggunakan bahan buangan sebagai bahan utama.
Dengan menggunakan pengurusan grafik, senaraikan jenis-jenis origami yang sesuai
diajar kepada murid-murid pra sekolah.
2. Hasilkan satu bahan berfungsi yang diperbuat daripada bahan kertas surat khabar
TUGASAN

More Related Content

What's hot

Teknik Gosokan
Teknik GosokanTeknik Gosokan
Teknik Gosokan
rurounidin
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Wany Hardy
 
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
Norizan Abdul Rahman
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Salini Dharan
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
Wany Hardy
 

What's hot (20)

Contoh rubrik psv
Contoh rubrik psvContoh rubrik psv
Contoh rubrik psv
 
Apresiasi seni visual sekolah rendah
Apresiasi seni visual sekolah rendahApresiasi seni visual sekolah rendah
Apresiasi seni visual sekolah rendah
 
PSV 3107
PSV 3107PSV 3107
PSV 3107
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Paper mache, doh, tanah liat
Paper mache, doh, tanah liatPaper mache, doh, tanah liat
Paper mache, doh, tanah liat
 
rph psv boneka membentuk dan membuat binaan
rph psv boneka membentuk dan membuat binaanrph psv boneka membentuk dan membuat binaan
rph psv boneka membentuk dan membuat binaan
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambar
 
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
 
Jenis corak terancang
Jenis corak terancangJenis corak terancang
Jenis corak terancang
 
Teknik Gosokan
Teknik GosokanTeknik Gosokan
Teknik Gosokan
 
Psv3105
Psv3105Psv3105
Psv3105
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
 
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
 
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarPengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
 
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
 
Bahasa seni
Bahasa seniBahasa seni
Bahasa seni
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
 
Rph gosokan
Rph gosokanRph gosokan
Rph gosokan
 

Similar to Bidang membentuk dan membuat binaan

Contoh rph topeng thn 3.docx
Contoh rph topeng thn 3.docxContoh rph topeng thn 3.docx
Contoh rph topeng thn 3.docx
Ahmad NazRi
 
Rancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaan
Rancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaanRancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaan
Rancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaan
Salihin Leen
 

Similar to Bidang membentuk dan membuat binaan (20)

Rancangan pengajaran harian topeng
Rancangan pengajaran harian  topeng Rancangan pengajaran harian  topeng
Rancangan pengajaran harian topeng
 
20003
2000320003
20003
 
Kolaj
KolajKolaj
Kolaj
 
GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...
GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...
GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Rekreasi matematik
Rekreasi matematikRekreasi matematik
Rekreasi matematik
 
Contoh rph topeng thn 3.docx
Contoh rph topeng thn 3.docxContoh rph topeng thn 3.docx
Contoh rph topeng thn 3.docx
 
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2
 
Origami
OrigamiOrigami
Origami
 
Origami
OrigamiOrigami
Origami
 
Origami1
Origami1Origami1
Origami1
 
CTL
CTLCTL
CTL
 
Rancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaan
Rancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaanRancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaan
Rancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaan
 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIANRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SDP
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SDPRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SDP
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SDP
 
PEMBENTANGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SDP
PEMBENTANGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SDPPEMBENTANGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SDP
PEMBENTANGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SDP
 
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
 
Koperatif
KoperatifKoperatif
Koperatif
 
Tugasan 1 oll
Tugasan 1 ollTugasan 1 oll
Tugasan 1 oll
 
Sumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriSumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessori
 

Recently uploaded (6)

NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 

Bidang membentuk dan membuat binaan

  • 1. 48 UNIT 4 BIDANG MEMBENTUKDAN MEMBUAT BINAAN HASIL PEMBELAJARAN UNIT SINOPSIS Kursus ini meliputi pengetahuan asas dalam bidang membentuk dan membuat binaan binaan Pendidikan Seni Visual pra sekolah. Ia menekankan kepada proses mengenal arca, stabail, asemlaj , origami, diorama, model, boneka. Ia juga memberi keutamaan kepada proses mengenal, menyelidik dan membuat hasil seni tersebut. Bakal guru diharapkan agar dapat menggunakan bakat yang ada sebanyak mungkin untuk berfantasi, berkreativiti, membuat inovasi dan mereka cipta semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Cara ini akan dapat menjadikan murid bertambah yakin dan seronok semasa melalui fasa tersebut. KANDUNGAN UNIT 4 : 4. Bidang Membentuk dan Membuat Binaan 4.1 Konsep membentuk dan membuat binaan - Definisi - Gubahan 2 dan 3 dimensi 4.2 Alat dan Bahan - Penggunaan - Pengubahsuaian 4.3 Aktiviti membentuk - Teknik menguli, memicit, lipatan, gulungan, luakan, paper mache, - Aktiviti membentuk – Origami, Mobail, Stabail, topeng, arca 4.4 Aktiviti membina - domestik, arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, diorama, model, boneka 4.5 Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi 4.6 Persembahan hasil karya - Mentafsir – Aktiviti, idea, alat, bahan dan proses - Apresiasi karya seni *Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan perlulah disesuaikan dengan peringkat umur kanak-kanak Di akhir topik ini, pelajar dapat : 1. Memahami definisi membentuk dan membuat binaan 2. Mengenal gubahan 2 dan 3 dimensi 3. Mendedahkan teknik penggunaan alat dan bahan yang sesuai dengan aktiviti yang dipilih 4. Dapat menghasilkan gubahan 2 dan 3 dimensi 5.
  • 2. 49 4. Konsep dan definisi membentuk dan membuat binaan 4.1 Definisi Bidang membentuk dan membuat binaan Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan merupakan salah satu aktiviti yang mengandungi karya yang berbentuk 3 dimensi. Berdasarkan rekaan bentuk tersebut, pelbagai jenis kraf boleh dihasilkan. Bidang ini juga boleh mengembangkan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi ruang, bentuk, imbangan, struktur dan kestabilan. Ia memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan kanak-kanak serta membolehkan pemikiran yang kreatif dibina dari segi seni. 4.1.1 Definisi Gubahan 2 dimensi dan 3 dimensi Aktiviti membentuk dan membuat binaan boleh dihasilkan dengan 2 cara iaitu gubahan 2 dan 3 dimensi.Gubahan 2 dimensi merupakan hasil karya dimana bentuknya tidak dapat disentuh tetapi dapat dinikmati melalui deria penglihatan. Ia mempunyai permukaan yang rata tetapi lukisan yang dihasilkan kelihatan seperti 3 dimensi kerana mempunyai tona dan isipadu. Contoh gubahan 2 dimensi adalah lukisan objek yang dilakar dalam pelbagai sudut dan mempunyai kesan tona cahaya. Dengan melihat lukisan tersebut, kita lebih mudah memahami bentuk keseluruhan objek tersebut. Gubahan 2 dimensi Bentuk 3 dimensi merupakan objek yang bersifat konkrit, berisipadu, boleh disentuh dan dirasa dan dilihat. Bentuk 3 dimensi boleh dilihat dari sudut pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Ia boleh terdiri dari objek semula jadi atau objek buatan manusia. Gubahan 3 dimensi
  • 3. 50 4.2 Alat dan bahan Pengajaran seni visual perlu dijalankan dengan menyerapkan unsur-unsur seni secara menyeluruh. Ia boleh dilakukan disetiap penjuru kawasan sekolah yang mungkin berupa , mural, kraf pasu dari bahan guna semula atau alat muzik ciptaan sendiri, topeng dari bahan kertas, tong sampah dari tin kosong dan sebagainya berdasarkan kemudahan alat bahan yang ada disekolah tersebut. Antara bahan yang boleh digunakan bagi aktiviti membentuk dan membuat binaan yang sesuai untuk murid pra sekolah ialah plastersin, tanah liat, tepung, paper mache,straw minuman, bahan guna semula seperti botol minuman, kotak kosong, plastik barang dan sebagainya. Bagi murid pra sekolah, bakal guru perlu memberi penekanan dari sudut keselamatan agar tidak berlaku sebarang kecederaan kerana pada peringkat ini, koordinasi tangan dan mata murid masih belum matang dan memerlukan pemerhatian guru. 4.3 Aktiviti Membentuk Terdapat pelbagai teknik yang boleh diaplikasikan oleh guru untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan iaitu teknik picitan seperti bahan tanah liat, doh tepung dan plastersin, teknik pembungkusan, teknik lipatan iaitu penggunaan kertas atau bahan yang mudah dilentur, teknik potongan seperti kepingan kertas, potongan tanah liat atau buah buahan menggunakan pisau plastik, potongan botol mineral dengan bantuan guru, teknik cantuman seperti lego, kotak , teknik guntingan seperti potongan kertas ang telah dilipat dan teknik luakan dalam membuat arca menggunakan plastersin atau tanah liat.
  • 4. 51 Pelbagai teknik boleh dihasilkan seperti teknik potongan, teknik pembungkusan , teknik picitan serta lingkaran dan teknik potongan dan cantuman. Membuat pasu menggunakan tanah liat dan mereka cipta kapal terbang menggunakan cawan polisterin. Membentuk objek buah-buahan menggunakan doh tepung yang diuli sendiri oleh murid Selain dari bahan yang telah dinyatakan diatas, beberapa pertimbangan lain perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membina seperti penggunaan bahan terbuang yang boleh digunakan semula. Bahan daripada alam sekitar seperti buluh, buah kelapa , kulit siput juga boleh dijadikan sebagai bahan untuk membina dan boleh dijadikan hiasan 4.4 Aktiviti Membina Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dalam bidang membentuk dan membuat binaan
  • 5. 52 Mobail Mobail sering dijadikan sebagai bahan perhiasan.Ia boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pelbagai bahan boleh digunakan seperti kertas, kulit siput Mobail rama-rama Stabail Bermakna statik, kukuh, mantap. Binaan yang teguh berasaskan binaan. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid.Ia boleh digantung di dinding, tingkap atau pintu siling. Pelbagai bahan boleh digunakan untuk menghasilkan arca stabail. Stabail yang kukuh
  • 6. 53 Asemblaj Merupakan himpunan bahan-bahan yang dibina dengan kukuh dan mempunyai daya estetik yang menimbulkan suatu makna.Ia boleh dihasilkan secara kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan. Asemlaj pelbagai warna Model Merupakan aktiviti yang menghasilkan sesuatu dengan mengikut bentuk sebenar dan nisbahnya berbeza samada dibesarkan atau dikecilkan.Contohnya seperti model rumah, model kenderaan dan sebagainya. Model kereta
  • 7. 54 Boneka Boneka adalah sejenis permainan kanaka-kanak yang boleh digerak, dilakonkan oleh pemain samada secara sentuhan atau arahan.Contoh boneka seperti boneka sarung tangan, boneka lidi dan sebagainya Boneka jari Topeng Merupakan artifak yang dipakai di muka untuk perlindungan, persembunyian, persembahan atau menghiburkan.Contoh topeng seperti topeng mata, topeng muka dan sebagainya Topeng muka
  • 8. 55 Origami Merupakan seni lipatan kertas yang diperkenalkan di Jepun.Ia berasal dari perkataan Jepun iaitu ORIKAMI.Ia hanya perlu dilipat dan disisip tanpa memerlukan gam. Guru boleh mengajar pelajar membuat origami dan boleh dijadikan hiasan, mobail dan arca. Origami kertas Diorama Sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek.Objek yang dihasilkanboleh disusun, digantung, didirikan atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak. Diorama tema orang angkasa
  • 9. 56 Alat dan Bahan Bil Teknik Alat dan Bahan Proses Hasil 1 Mobil Kertas warna, kertas keras, gum, tali, dawai, gunting Rupa beberapa objek yang dibentuk dibentuk dan digantung menggunakan tali Boleh digantung mengikut kesesuaian. 2 Stabail Kayu, tanah liat, kertas warna, gum , gunting Objek dibentuk dan dilekat dengan kukuh dan teguh Dipersembahan mengikut kesesuaian bahan 3 Asemlaj Daun kering, kayu, kain perca, dawai, kertas Objek disusun menjadi karya yang bertema Dipersembahkan dengan kreatif mengikut citarasa murid 4 Model Bahan guna semula seperti botol, kotak , polisterin, tin Objek dibentuk mengikut contoh sedia ada.Contoh: Kenderaan Dipersembahkan mengikut kreativiti murid 5 Boneka Stokin, kain, kulit telur Boneka dibentuk mengikut rupa yang diingini Dpersembahkan bersama lakonan 6 Topeng paper mache,kain, kertas pembungkus Topeng dibentuk mengikut bahan yang sesuai Dipersembahkan dengan memakainya 7 Origami Kertas warna Dilipat mengikut tema yang ingin dihasilkan Dipersembahkan dengan kreatif mengikut citarasa murid 4.5 Aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi Peranan guru sangat penting dalam membentuk sosial, sahsiah serta perkembangan kreativiti kanak- kanak. Oleh itu peranan guru sangat penting dalam membantu kanak-kanak untuk menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai. Penggunaan teknologi maklumat merupakan cara yang sangat mudah untuk menyerapkanpengetahuan kepada murid kerana iamemberi satu kelebihan kepada murid untuk melihat secara lebih visual. Dengan hanya menggunakan persembahan power point, guru dapat menunjukkan proses penghasilan dengan lebih jelas dan sistematik.Murid boleh menggunakan program MS Paintuntuk menghasilkan kotak dan mencetak dalam bentuk 2 dimensi lalu dipotong untuk dijadikan kotak yang berbentuk 3 dimenasi. Ini memberi peluang kepada murid untuk berkarya walaupun tanpa bantuan dari guru.
  • 10. 57 4.6 Persembahan Akhir Contoh aktiviti Membentuk flora dan fauna menggunakan bahan plastersin Bagi murid pra sekolah, penggunaan acuan boleh digunakan untuk membentuk objek Alat pensel yang selamat digunakan boleh digunakan untuk mencipta jalinan pada permukaan plastersin Jika murid sudah mahir, mereka boleh mencipta objek menggunakan tangan tanpa perlu acuan.
  • 11. 58 4.6 Persembahan Akhir Kelihatan seorang murid pra sekolah sedang membina gunung berapi dengan menggunakan bahan tanah liat. Kanak-kanak dan karya seni Menurut Brown (1980) kegiatan seni dapat meningkatkan dan mengembangkan pemikiran kritis kanak-kanak.Ia merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur dan dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi dan meluahkan apa yang tergambar difikiran mereka Oleh itu, setelah murid menyiapkan kerja mereka, guru perlu memberi peluang dan ruang kepada murid memberi tafsiran karya mereka dan membuat apresiasi. Contoh Mentafsir dan membuat apresiasi karya seni. Mentafsir karya diatas Karya seorang kanak-kanak pra sekolah menunjukkan satu rekaan gunung berapi yang diperbuat daripada bahan tanah liat. Bahan tanah liat dibentuk menyerupai gunung. Terdapat
  • 12. 59 proses teknik picitan dalam penghasilan objek. Kelihatan juga jalinan yang dihasilkan oleh murid bagi menggambarkan permukaan gunung berapi yang tidak sekata. Batu batu kecil disusun dibawah objek. Tiada penggunaan warna dalam karya ini. Apresiasi karya seni Gunung berapi yang dihasilkan oleh murid ini nampak begitu realistik kerana pemilihan bahan tanah liat yang sesuai dipicit dan dibentuk mengikut pengalaman sedia ada dan naluri mereka. Tanah liat dibentuk agak besar dibahagian bawah dan mengecil dibahagian atas seperti bentuk gunung. Penggunaan bahan tajam dengan mencakar mengikut aliran ketinggian objek menghasilkan jalinan yang tidak sekata dan telah memaparkan permukaan yang kesat. Batu- batu kecil ditabur disekeliling objek bagi menunjukkan keadaan gunung berapi yang pernah meletus.Tiada warna tambahan digunakan 1. Kategorikan jenis arca yang boleh menggunakan bahan buangan sebagai bahan utama. Dengan menggunakan pengurusan grafik, senaraikan jenis-jenis origami yang sesuai diajar kepada murid-murid pra sekolah. 2. Hasilkan satu bahan berfungsi yang diperbuat daripada bahan kertas surat khabar TUGASAN