Bahan bantu mengajar

7,841 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
7,841
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
379
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bahan bantu mengajar

  1. 1. 1.1 Bahan Bantu Mengajar (BBM)1.1.1 Definisi Bahan Bantu Mengajar Segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalammenyampaikan pengajaran . Bahan Bantu Mengajar merangkumi semua bendayang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakandan sebagainya .1.1.2 Kategori dan Penjenisan Bahan Bantu MengajarTerdapat tiga kategori bahan bantu mengajar iaitu ; i) Bahan bantu mengajar bukan elektronik ii) Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik iii) Bahan bantu mengajar bercorak pengalamanBahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik1.Papan tulis atau papan hitam Papan hitam merupakan bahan asas dalam pengajaran.Digunakan untukmencatat isi-isi pelajaran ketika mengajar.
  2. 2. 2.Buku teks Buku teks merupakan alat bantu mengajar yang dikarang khusus olehbeberapa orang penulis dan pengarang. Digunakan secara meluas dan merupakansumber utama pengajaran dan latihan3.Papan Pamer Dikenali sebagai papan buletin. Papan pamer ini ialah sumber pangajaranyang produktif. Selain itu, ia juga dapat memperkenalakan idea baru, memberimaklumat, memberi kefahaman, memperkayakanperbendaharaan kata, merangsangperbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikapdan nilai sertamenambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar.
  3. 3. 4.Fail tegak dan bahan bacaan Fail tegak ini terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaanbukan buku. Contoh seperti majalah, kalendar, poskad, surat khabar, risalah ataubuletin, poster, carta,peta, gambar skrip dan sebagainya. Fail ini disimpan sebagaikoleksi fail dalam kabinet fail. Selain itu, fail tegak dapat menambah danmempelbagaikan bahan-bahan bacaan dan punca rujukan dalam pusatsumbersekolah atau bilik darjah5.Gambar Gambar digunakan untuk memulakan pengajaran untuk menarik minat pelajarataupun jika bahansebenar sukar dibawa ke dalam bilik darjah.
  4. 4. 6.Kad imbasan atau kad cantuman Kad imbasan atau kad cantuman ini terdiri daripada kata-kata atau rangkaikata. Alat bantu mengajar ini akan dapat memperkenalkan perkataan-perkataanbaru. Oleh itu, ianya sesuai untuk pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah.7.Carta Carta merupakan satu susunan maklumat yang sistematik. Mengandungihuruf, angka, gambar, jadual, gambarajah, lakaran, nota ringkas, rangkai kata,simboldan lukisan.Jenis carta yang digunakan dalam bilik darjah : a.Carta flip/selak b.Carta pusing c.Carta aliran d.Carta graf e.Carta pai f.Carta tunggal
  5. 5. 8.Grafik Bahan yang dilukis sebagai karangan visual yang dapat memberi satu ataulebih keteranganvisual. Grafik akan dapat meningkatkan prestasi pengajaran danpemahaman pelajarannya.9.Papan pengajaran Sesuai digunakan untuk mengajar secara berkumpulan lebih kurang 25 orangpelajar.Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyaidaya komunikatifdan dapat memotivasikan pelajar.Jenis papan pengajaran a.Papan buletin b.Papan kenyataan c.Papan flanel-papan plywood yang dialaskan dengan kain flanel d.Papan putih e.Papan magnet f.Papan selit g.Papan gulung-dapat menggantikan papan tulis biasa h.Papan poket i.Papan sorong tarik
  6. 6. 10.Model Model merupakan satu bahan gantian yang menyerupai bahan sebenar.Bahan tiga dimensi yang mewakili struktur, rupa bentuk atau begaimana sesuatu ituberfungsi.Boleh diperbuat daripada kertas, tanah liat, simen, habuk kayu, styrafoamatau plaster of Paris.Jenis model terbahag kepada tiga iaitu : a.Model berskala-kadar pembesaran/pengecilan yang berbeza daripada bahansebenar b.Model potongan-keratan c.Model olok-olok-gambaran tiga dimensi perjalanan sesuatu11.Boneka
  7. 7. Boneka merupakan satu objek yang berbentuk orang, binatang ataupuntumbuh-tumbuhan. Digunakan dalam pengajaran bercerita ataupun berdialog.Boneka biasanya diperbuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman12.Diorama Diorama merupakan sebuah rekabentuk gabungan bahan-bahan sebenar,patung dan model diletakkan dalam satu susunan. kedudukan seperti keadaansebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tigadimensiBahan Bantu Mengajar Berbentuk Elektronik1.Overhead projektor (OHP ) Digunakan untuk penyampaian taklimat dan pengajaran kaedahkuliah.Keberkesanan trasparensi sangat dipengaruhi oleh jumlah dan mutumaklumat yang dimuatkanke dalamnya.(ringkas, menarik dan bermakna)
  8. 8. 2.Trasparensi Terdapat banyak kebaikan menggunakan trasparensi. Antara kebaikanmenggunakan trasparensi ialah ianya boleh disediakan dalam bentuk warna supayamemberi penegasan dan menarik perhatian, memberi keselesaan semasapenyampaian terutama jika trasparensi itu disediakan awal, boleh digunakanberulang kali dan penyampaian lebih bersistematik dan trasparensi juga bersihberbanding papan kapurCara penyediaan trasparensi : i-Kaedah tetingkap ii-Kaedah singkapan iii-Kaedah tindihan iv-kaedah pusing v-kaedah urutan vi-kaedah tampalan3.Pita slaid ( Filem slaid ) Filem Slaid-Sejenis media tanpa gerak yang merupakan sejenis trasparensipositif berukurankecilSangat kerap digunakan dalam pengajaran sains terutamanyadalam pengajaran Biologi. Pita Slaid-rakaman yang disinkeroniskan dengan satu sirislaid. Pita slaid dapat menarik perhatian pelajar dan dapat menggambarkankeadaan sebenar dan membawa situasi luar ke dalam kelas. Isi kandunganpersembahannya kemas dan teratur dan boleh digunakan berulang kali, diubahdanditambah.
  9. 9. 4.Radio Radio sangat sesuai untuk pengajaran bahasa. Siaran-siaran radiopendidikan yang mengikut sukatan pelajaran boleh digunakan.5.Televisyen dan VCR Alat bantu mengajar ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar menggunakanderia pandang dan dengar. Selain itu, dapat memodenkan pendekatan guru-gurudalam proses pengajaran dan pembelajaran yanglebih berkesan6.Filem tayangan /Filem jalur Dapat memberi pandangan yang jelas mengenai sesuatu perkara melaluideria penglihatan dan pendengaran. Bahan yang ditayangkan boleh berbentukcerita, lakonan, ataupun berbentuk dokumentari .
  10. 10. 7.Komputer Komputer merupakan alat bantu mengajar yang boleh diprogramkan untukmengajar. Komputer dapat menggabungkan teks, suara, muzik, grafik, dan animasisebagai bahan pengajaran.Pengajaran dalam bentuk persembahan bahana kuliah,soal jawab, dialog, kuiz, ujian dansebagainya.
  11. 11. Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar Bahan-bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomin, lawatan danprojek pameran. Ianya dapat mengekalkan keberkesanan pengetahuan danpemahaman kerana melibatkan pelajar-pelajar secara langsung.Bahan daripadaalam sekitar atau realia yang dikelaskan sebagai bahan tiga dimensiRealia terbahagi kepada beberapa kumpulan seperti: i-bahan bukan hidup:batu, tanah, pasir, air, logam dan sebagainya ii-bahan buatan:kerusi, jam, permainan, dan sebagainya iii-tumbuhan:rumput, paku pakis, bunga dan sebagainya iv-benda hidup:ikan, katak, nyamuk, rama-rama dan sebagainya. Keberkesanan penggunaan realia ialah pelajar-pelajar dapat melihat secaranyata dan semulajadi

×