Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Big sem 8
1. Terlebih dahulu , kami ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima
kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi kami semua yang terlibat dalam
Program Bina Insan Guru ( Penanda Aras – Fasa IV). Kami berjaya menempuhi
semuanya dengan berjaya sekali.
Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih khas kepada pensyarah
pembimbing Encik Abdul Ramit Bin Sulaiman yang telah membimbing dan memberi
tunjuk ajar kepada kami. Kami akan memanfaatkan semua ilmu dan perspektif baru
yang kami perolehi semasa taklimat BIG bersama beliau dengan sebaik mungkin.
Selain itu, kami juga mangambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua warga SK Convent, Cameron Highlands khasnya guru besar
sekolah kerana memberi kebenaran kepada kami untuk mengadakan lawatan penanda
aras ini. Tanpa sokongan dan kerjasama mereka mungkin kami tidak dapat
menjayakan program ini dan seterusnya menyiapkan tugasan folio ini.
Kami juga turut ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan program ini. Tanpa
kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu program lawatan penanda
aras ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kami juga ingin memohon kemaafan diatas segala kesilapan yang telah kami
lakukan. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
Mungkin ada perlakuan, sikap atau tutur kata yang tidak menyenangkan yang
dilakukan secara tidak sengaja dan tanpa disedari oleh kami. Anggaplah semua itu
adalah kelemahan bagi pihak diri kami.
Sekian , terima kasih.
2.
3.
4.
5. Kepada :
TUAN GURU BESAR
Sekolah Berprestasi Tinggi
SK Convent
Tanah Rata ,
39000 CAMERON HIGHLANDS 23 FEBRUARI2015
Tuan,
M AKLUMAN MENGADAKAN LAWATAN PENANDAARAS UNTUK BINAINSAN GURU
(BIG) FASA 5 & 6 PELAJAR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN JUN
2011
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa kami pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Jun 2011
perlu melaksanakan Bina Insan Guru ( BIG) Fasa 5 & 6 sepertimana yang terkandung dalam Buku
Panduan Pelaksanaan BIG PPG peringkat 4 berkuatkuasa mulai Januari 2015.
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memaklumkan bahawa unit kami akan mengadakan
Lawatan Kursus BIG“ Benchmarking” ke Sekolah Berprestasi Tinggi, SK Convent, 39000 Cameron
Highlands, Pahang Darul Makmur. Butiran program adalah seperti berikut:-
Tarikh : 26 Februari 2015
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: SK Convent, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands
4. Kerjasama pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih dan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN”
Saya yang menjalankan tugas,
ROHAYA BINTI MOHAMEDROSLI
Ketua Unit Prasekolah 1/PPG Ambilan 2011
sk
IPGKampus Tengku Ampuan Afzan