SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Refleksi
Alhamdulilah, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat
Baginda. Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami
melaksanakan Mini Karnival Permainan Tradisional pada 06 April 2014 bertempat di Institut
Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam Bangi dengan jayanya di bawah
bimbingan pensyarah yang cukup berpengalaman iaitu En. Mohd Rizal bin Mohtar selaku
Penyelaras Program Mini Karnival Permainan Tradisional. Mini Karnival Permainan Tradisional
merupakan program yang sangat penting dan menjadi pelengkap kepada Modul PJM 3112.
Melaluinya, para peserta memperoleh banyak manfaat dan impak positif khususnya dapat
mempelajari, menghayati, dan menghargai permainan tradisional yang semakin dilupakan
oleh generasi masa kini. Justeru, untuk memastikan warisan nenek moyang kita ini terus hidup
di dalam arus pendidikan, maka tepatlah pihak Bahagian Pendidikan Guru menyelitkan unsur
permainan tradisional ini di dalam kurikulum Program Pensiswazahan Guru.
Bagi melaksanakan tugasan ini, kami telah sebulat suara untuk memilih 4
permainan tradisional iaitu baling selipar, konda kondi, galah panjang dan sepak raga. Setiap
kumpulan dikehendaki mengendalikan satu jenis permainan tradisional. Setiap kumpulan
bertanggungjawab merangka undang-undang dan peraturan serta menjelaskan bagaimana
sesuatu permainan itu dimainkan. Program ini dijalankan secara serentak mengikut stesen
yang telah ditetapkan. Kami juga telah membentuk jawatankuasa kerja melalui mesyuarat
yang diadakan. Semua jawatankuasa yang dilantik telah memainkan peranan masing-masing
bagi memastikan Karnival ini dapat dilaksanakan dengan lancar,teratur dan berkesan.
Tugasan projek bagi subjek PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
Jasmani dan Sukan ini sememangnya memberikan banyak manfaat kepada diri kami
sebagai seorang guru. Manfaat pertama yang kami perolehi iaitu kami berpeluang
meningkatkan profesionalisme keguruan kami. Hal ini demikian kerana, melalui tugasan
penganjuran dan pengelolaan Mini Karnival Permainan Tradisional ini kami dapat
meningkatkan kemahiran interpersonal kami sebagai seorang guru. Melalui tugasan ini
kami perlu berinteraksi dengan pelbagai pihak. Maka, secara tidak langsung kami dapat
mempelajari cara berkomunikasi yang berkesan mengikut situasi, orang dan tempat.
Manfaat yang seterusnya iaitu kami dapat mempelajari cara-cara pengurusan dan
pentadbiran sesebuah program dengan lebih berkesan dengan adanya amali
pengelolaan Mini Karnival Permainan Tradisional. Hal ini demikian kerana, melalui
pengelolaan karnival ini kami dapat mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari dengan
lebih berkesan. Sebagai contohnya, kami dapat memahami sistem pertandingan
sesebuah permainan dengan lebih baik kerana setiap permainan yang dianjurkan
mempunyai sistem pertandingan tersendiri.
Seterusnya kami dapat mengeratkan hubungan dengan Ahli Kelab Kebajikan
Kumpulan Staf Pengurusan IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi . Ini kerana, melalui
karnival ini secara tidak langsung hubungan akan menjadi erat. Selain itu, semasa Mini
Karnival Permainan Tradisional, kami juga terlibat dan bermain bersama-sama. Maka,
melalui semangat kesukanan bersaing secara sihat tersebut, satu jalinan persahabatan
akan dapat terbentuk dengan sendirinya.
Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan dalam melaksanakan tugasan
ini. Kelemahan ini seharusnya diambil kira sebagai panduan untuk meningkatkan lagi
kualiti kerja pada masa mendatang. Salah satu kelemahan yang dilihat pada program
ini adalah masalah penyertaan peserta. Penyertaan dilihat agak kurang
memberansangkan namun segala aktiviti dan program tetap berjalan dengan lancar.
Perancangan untuk program yang dilaksanakan ini adalah sangat baik dan bersesuaian
apabila dirancang untuk dilaksanakan pada hari Ahad di mana hari tersebut merupakan
hari cuti. Namun tidak dapat dielakkan apabila pendaftaran peserta yang tidak ramai. Ini
memberikan impak pengurangan penyertaan kepada program yang kami laksanakan.
Maka dengan itu, penelitian yang lebih terperinci tentang masa dan waktu juga serta
aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak lain adalah amat penting dan harus diambil kira. Di
samping itu promosi secara lebih meluas dengan menggunakan pelbagai medium
perantaraan akan dapat membantu program ini diketahui oleh lebih ramai pihak.
Kelebihan boleh di lihat apabila penggunaan laman sosial digunakan sebagai satu
medium promosi. Ini dapat membantu penyertaan yang lebih menggalakkan.
Walaupun penat, kami berasa sangat seronok mengendalikan karnival tersebut.
Kerjasama dan komitmen para peserta mampu bertahan hingga ke akhir program. Kami
saling bekerjasama mengemas dan menyimpan barang-barang yang dibawa. Sebelum
bersurai, En. Mohd Rizal bin Mohtar melahirkan rasa gembira dan bangga dengan kerjasama,
komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta.

More Related Content

What's hot

Kertas Cadangan Bengkel Kerjaya
Kertas Cadangan Bengkel KerjayaKertas Cadangan Bengkel Kerjaya
Kertas Cadangan Bengkel KerjayaSuryadi Lagga
 
Contoh Kertas Kerja (Paperwork)
Contoh Kertas Kerja (Paperwork)Contoh Kertas Kerja (Paperwork)
Contoh Kertas Kerja (Paperwork)Hilmi Qimie
 
Kertas kerja kehadiran penuh penggal 1 2018
Kertas kerja kehadiran penuh penggal 1 2018Kertas kerja kehadiran penuh penggal 1 2018
Kertas kerja kehadiran penuh penggal 1 2018Rafatun Addawiyah Ruslan
 
Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...
Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...
Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...Erni Shah
 
Kertas kerja ceramah motivasi tn hj shah
Kertas kerja ceramah motivasi tn hj shahKertas kerja ceramah motivasi tn hj shah
Kertas kerja ceramah motivasi tn hj shahMerah Jambu
 
Proposal kegiatan maulid nabi Muhammad SAW 1437H/2015
Proposal kegiatan maulid nabi Muhammad SAW 1437H/2015Proposal kegiatan maulid nabi Muhammad SAW 1437H/2015
Proposal kegiatan maulid nabi Muhammad SAW 1437H/2015andri setiadi
 
Kertas kerja pengurusan inventori murid
Kertas kerja  pengurusan inventori muridKertas kerja  pengurusan inventori murid
Kertas kerja pengurusan inventori muridSuryadi Lagga
 
Sumb duit raya
Sumb duit rayaSumb duit raya
Sumb duit rayaieta yatim
 
Proposal Kegiatan Maulid Nabi Muhammad SAW
Proposal Kegiatan Maulid Nabi Muhammad SAWProposal Kegiatan Maulid Nabi Muhammad SAW
Proposal Kegiatan Maulid Nabi Muhammad SAWVicall Andryantho
 
Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)
Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)
Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)izazihazirah
 
Contoh proposal peringatan maulid nabi muhammad saw
Contoh proposal peringatan maulid nabi muhammad sawContoh proposal peringatan maulid nabi muhammad saw
Contoh proposal peringatan maulid nabi muhammad sawupikalkun
 
Proposal kegiatan pramuka
Proposal kegiatan pramukaProposal kegiatan pramuka
Proposal kegiatan pramukaAhmadIsnen
 
Kertas kerja kursus kemahiran belajar 2016
Kertas kerja kursus kemahiran belajar 2016Kertas kerja kursus kemahiran belajar 2016
Kertas kerja kursus kemahiran belajar 2016Hafini Samad
 
Proposal tpa mendongeng
Proposal tpa mendongengProposal tpa mendongeng
Proposal tpa mendongengDonie Triyanto
 
Proposal kegiatan pelatihan keterampilan pengelasan di Cilacap, PLS UNNES 2013
Proposal kegiatan pelatihan keterampilan pengelasan di Cilacap, PLS UNNES 2013Proposal kegiatan pelatihan keterampilan pengelasan di Cilacap, PLS UNNES 2013
Proposal kegiatan pelatihan keterampilan pengelasan di Cilacap, PLS UNNES 2013Tika Isnaeni Pangestika
 
Proposal kegiatan pengajian
Proposal kegiatan pengajianProposal kegiatan pengajian
Proposal kegiatan pengajianMaoellana Rvci
 

What's hot (20)

Kertas Cadangan Bengkel Kerjaya
Kertas Cadangan Bengkel KerjayaKertas Cadangan Bengkel Kerjaya
Kertas Cadangan Bengkel Kerjaya
 
Proposal maulid nabi
Proposal maulid nabiProposal maulid nabi
Proposal maulid nabi
 
Contoh Kertas Kerja (Paperwork)
Contoh Kertas Kerja (Paperwork)Contoh Kertas Kerja (Paperwork)
Contoh Kertas Kerja (Paperwork)
 
Kertas kerja kehadiran penuh penggal 1 2018
Kertas kerja kehadiran penuh penggal 1 2018Kertas kerja kehadiran penuh penggal 1 2018
Kertas kerja kehadiran penuh penggal 1 2018
 
Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...
Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...
Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...
 
Kertas kerja ceramah motivasi tn hj shah
Kertas kerja ceramah motivasi tn hj shahKertas kerja ceramah motivasi tn hj shah
Kertas kerja ceramah motivasi tn hj shah
 
Proposal kegiatan maulid nabi Muhammad SAW 1437H/2015
Proposal kegiatan maulid nabi Muhammad SAW 1437H/2015Proposal kegiatan maulid nabi Muhammad SAW 1437H/2015
Proposal kegiatan maulid nabi Muhammad SAW 1437H/2015
 
Kertas kerja pengurusan inventori murid
Kertas kerja  pengurusan inventori muridKertas kerja  pengurusan inventori murid
Kertas kerja pengurusan inventori murid
 
Sumb duit raya
Sumb duit rayaSumb duit raya
Sumb duit raya
 
Refleksi big sem 2
Refleksi big sem 2Refleksi big sem 2
Refleksi big sem 2
 
Proposal Kegiatan Maulid Nabi Muhammad SAW
Proposal Kegiatan Maulid Nabi Muhammad SAWProposal Kegiatan Maulid Nabi Muhammad SAW
Proposal Kegiatan Maulid Nabi Muhammad SAW
 
Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)
Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)
Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)
 
Kertas Kerja Program
Kertas Kerja ProgramKertas Kerja Program
Kertas Kerja Program
 
Contoh proposal peringatan maulid nabi muhammad saw
Contoh proposal peringatan maulid nabi muhammad sawContoh proposal peringatan maulid nabi muhammad saw
Contoh proposal peringatan maulid nabi muhammad saw
 
Proposal kegiatan pramuka
Proposal kegiatan pramukaProposal kegiatan pramuka
Proposal kegiatan pramuka
 
Kertas kerja prs
Kertas kerja prsKertas kerja prs
Kertas kerja prs
 
Kertas kerja kursus kemahiran belajar 2016
Kertas kerja kursus kemahiran belajar 2016Kertas kerja kursus kemahiran belajar 2016
Kertas kerja kursus kemahiran belajar 2016
 
Proposal tpa mendongeng
Proposal tpa mendongengProposal tpa mendongeng
Proposal tpa mendongeng
 
Proposal kegiatan pelatihan keterampilan pengelasan di Cilacap, PLS UNNES 2013
Proposal kegiatan pelatihan keterampilan pengelasan di Cilacap, PLS UNNES 2013Proposal kegiatan pelatihan keterampilan pengelasan di Cilacap, PLS UNNES 2013
Proposal kegiatan pelatihan keterampilan pengelasan di Cilacap, PLS UNNES 2013
 
Proposal kegiatan pengajian
Proposal kegiatan pengajianProposal kegiatan pengajian
Proposal kegiatan pengajian
 

Viewers also liked

Tuju kasut
Tuju kasutTuju kasut
Tuju kasutAn Hawa
 
Tic para todos y todas
Tic para todos y todasTic para todos y todas
Tic para todos y todasUASD
 
Microprocesadores, por Oscar Boo
Microprocesadores, por Oscar BooMicroprocesadores, por Oscar Boo
Microprocesadores, por Oscar BooOscar Boo Fernandez
 
디미컨33
디미컨33디미컨33
디미컨33지현 이
 
Herramientas módulo dos curso orientadores junio 7 de 2015
Herramientas módulo dos curso orientadores junio 7 de 2015Herramientas módulo dos curso orientadores junio 7 de 2015
Herramientas módulo dos curso orientadores junio 7 de 2015JuanDa Fajardo
 
Ensayo integracion ALADI
Ensayo integracion ALADIEnsayo integracion ALADI
Ensayo integracion ALADI19360705
 
تركيب المكونات
تركيب المكوناتتركيب المكونات
تركيب المكوناتmeroana123
 
Medios de la comunicación
Medios de la comunicaciónMedios de la comunicación
Medios de la comunicaciónjaninamestanza
 
Tercera praxis
Tercera praxisTercera praxis
Tercera praxisTata Rubio
 
Drel 2012 las siete estrategias cognitivas del buen lector
Drel 2012 las siete estrategias cognitivas del buen lectorDrel 2012 las siete estrategias cognitivas del buen lector
Drel 2012 las siete estrategias cognitivas del buen lector130759
 
Globalización
GlobalizaciónGlobalización
GlobalizaciónCynthiacbm
 
Propuesta cas
Propuesta casPropuesta cas
Propuesta casscamelo04
 
Peptide synthesis services
Peptide synthesis servicesPeptide synthesis services
Peptide synthesis servicesRonnie Ji
 
Cuento Santilin
Cuento Santilin Cuento Santilin
Cuento Santilin sachiuska
 
Alumno Joseph V, S.A.I.A "A" Prof: Elias Perez Tarea 1 part 1
Alumno Joseph V, S.A.I.A "A" Prof: Elias Perez  Tarea 1 part 1Alumno Joseph V, S.A.I.A "A" Prof: Elias Perez  Tarea 1 part 1
Alumno Joseph V, S.A.I.A "A" Prof: Elias Perez Tarea 1 part 1Joseph Valles
 
Ensayo integracion ALADI
Ensayo integracion ALADIEnsayo integracion ALADI
Ensayo integracion ALADI19360705
 

Viewers also liked (20)

Laporan sukan rakyat
Laporan sukan rakyatLaporan sukan rakyat
Laporan sukan rakyat
 
Tuju kasut
Tuju kasutTuju kasut
Tuju kasut
 
Tic para todos y todas
Tic para todos y todasTic para todos y todas
Tic para todos y todas
 
Microprocesadores, por Oscar Boo
Microprocesadores, por Oscar BooMicroprocesadores, por Oscar Boo
Microprocesadores, por Oscar Boo
 
디미컨33
디미컨33디미컨33
디미컨33
 
Herramientas módulo dos curso orientadores junio 7 de 2015
Herramientas módulo dos curso orientadores junio 7 de 2015Herramientas módulo dos curso orientadores junio 7 de 2015
Herramientas módulo dos curso orientadores junio 7 de 2015
 
Expo "Tecno estrés"
Expo "Tecno estrés"Expo "Tecno estrés"
Expo "Tecno estrés"
 
Ensayo integracion ALADI
Ensayo integracion ALADIEnsayo integracion ALADI
Ensayo integracion ALADI
 
تركيب المكونات
تركيب المكوناتتركيب المكونات
تركيب المكونات
 
Medios de la comunicación
Medios de la comunicaciónMedios de la comunicación
Medios de la comunicación
 
Mataram Kuno
Mataram KunoMataram Kuno
Mataram Kuno
 
Tercera praxis
Tercera praxisTercera praxis
Tercera praxis
 
Drel 2012 las siete estrategias cognitivas del buen lector
Drel 2012 las siete estrategias cognitivas del buen lectorDrel 2012 las siete estrategias cognitivas del buen lector
Drel 2012 las siete estrategias cognitivas del buen lector
 
Globalización
GlobalizaciónGlobalización
Globalización
 
blogger
bloggerblogger
blogger
 
Propuesta cas
Propuesta casPropuesta cas
Propuesta cas
 
Peptide synthesis services
Peptide synthesis servicesPeptide synthesis services
Peptide synthesis services
 
Cuento Santilin
Cuento Santilin Cuento Santilin
Cuento Santilin
 
Alumno Joseph V, S.A.I.A "A" Prof: Elias Perez Tarea 1 part 1
Alumno Joseph V, S.A.I.A "A" Prof: Elias Perez  Tarea 1 part 1Alumno Joseph V, S.A.I.A "A" Prof: Elias Perez  Tarea 1 part 1
Alumno Joseph V, S.A.I.A "A" Prof: Elias Perez Tarea 1 part 1
 
Ensayo integracion ALADI
Ensayo integracion ALADIEnsayo integracion ALADI
Ensayo integracion ALADI
 

Similar to Refleksi group pj

Kursus pembangunan sahsiah
Kursus pembangunan sahsiahKursus pembangunan sahsiah
Kursus pembangunan sahsiahfarahmohammat
 
Laporan lengkap-projek-3
Laporan lengkap-projek-3Laporan lengkap-projek-3
Laporan lengkap-projek-3Nur Shah
 
Refleksi big sem 5
Refleksi big sem 5Refleksi big sem 5
Refleksi big sem 5Mahat Othman
 
Refleksi dan hasil pembelajaran opkim
Refleksi dan hasil pembelajaran opkimRefleksi dan hasil pembelajaran opkim
Refleksi dan hasil pembelajaran opkimiffahroslan
 
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)suriasuriati
 
Laporan kemahiran pengurusan maklumat
Laporan kemahiran pengurusan maklumatLaporan kemahiran pengurusan maklumat
Laporan kemahiran pengurusan maklumatnuraishah91
 
Pembuktian hp sepanjang hayat
Pembuktian hp sepanjang hayatPembuktian hp sepanjang hayat
Pembuktian hp sepanjang hayatiffahroslan
 
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1nuraishah91
 
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01Zainol Muda
 
Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Yong Yong Ong
 
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1nuraishah91
 
Laporan akhir hp kreatif & inovatif
Laporan akhir hp kreatif & inovatifLaporan akhir hp kreatif & inovatif
Laporan akhir hp kreatif & inovatifSyafiqah Zaini
 
Yusup bin aziz
Yusup bin azizYusup bin aziz
Yusup bin azizUsop Aziz
 
Laporan kemahiran sosial
Laporan kemahiran sosialLaporan kemahiran sosial
Laporan kemahiran sosialnuraishah91
 
Articlefile file 002132
Articlefile file 002132Articlefile file 002132
Articlefile file 002132Suhaimi Samat
 

Similar to Refleksi group pj (20)

Laporan
LaporanLaporan
Laporan
 
Kursus pembangunan sahsiah
Kursus pembangunan sahsiahKursus pembangunan sahsiah
Kursus pembangunan sahsiah
 
Laporan lengkap-projek-3
Laporan lengkap-projek-3Laporan lengkap-projek-3
Laporan lengkap-projek-3
 
Refleksi big sem 5
Refleksi big sem 5Refleksi big sem 5
Refleksi big sem 5
 
87412774 big
87412774 big87412774 big
87412774 big
 
Refleksi dan hasil pembelajaran opkim
Refleksi dan hasil pembelajaran opkimRefleksi dan hasil pembelajaran opkim
Refleksi dan hasil pembelajaran opkim
 
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
 
Laporan kemahiran pengurusan maklumat
Laporan kemahiran pengurusan maklumatLaporan kemahiran pengurusan maklumat
Laporan kemahiran pengurusan maklumat
 
Pembuktian hp sepanjang hayat
Pembuktian hp sepanjang hayatPembuktian hp sepanjang hayat
Pembuktian hp sepanjang hayat
 
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
 
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
 
Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)
 
Pingpongsr
PingpongsrPingpongsr
Pingpongsr
 
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
 
Refleksi BIG
Refleksi BIGRefleksi BIG
Refleksi BIG
 
Laporan akhir hp kreatif & inovatif
Laporan akhir hp kreatif & inovatifLaporan akhir hp kreatif & inovatif
Laporan akhir hp kreatif & inovatif
 
Yusup bin aziz
Yusup bin azizYusup bin aziz
Yusup bin aziz
 
Laporan kemahiran sosial
Laporan kemahiran sosialLaporan kemahiran sosial
Laporan kemahiran sosial
 
Articlefile file 002132
Articlefile file 002132Articlefile file 002132
Articlefile file 002132
 
Badmintonsr
BadmintonsrBadmintonsr
Badmintonsr
 

Refleksi group pj

  • 1. Refleksi Alhamdulilah, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat Baginda. Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami melaksanakan Mini Karnival Permainan Tradisional pada 06 April 2014 bertempat di Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam Bangi dengan jayanya di bawah bimbingan pensyarah yang cukup berpengalaman iaitu En. Mohd Rizal bin Mohtar selaku Penyelaras Program Mini Karnival Permainan Tradisional. Mini Karnival Permainan Tradisional merupakan program yang sangat penting dan menjadi pelengkap kepada Modul PJM 3112. Melaluinya, para peserta memperoleh banyak manfaat dan impak positif khususnya dapat mempelajari, menghayati, dan menghargai permainan tradisional yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Justeru, untuk memastikan warisan nenek moyang kita ini terus hidup di dalam arus pendidikan, maka tepatlah pihak Bahagian Pendidikan Guru menyelitkan unsur permainan tradisional ini di dalam kurikulum Program Pensiswazahan Guru. Bagi melaksanakan tugasan ini, kami telah sebulat suara untuk memilih 4 permainan tradisional iaitu baling selipar, konda kondi, galah panjang dan sepak raga. Setiap kumpulan dikehendaki mengendalikan satu jenis permainan tradisional. Setiap kumpulan bertanggungjawab merangka undang-undang dan peraturan serta menjelaskan bagaimana sesuatu permainan itu dimainkan. Program ini dijalankan secara serentak mengikut stesen yang telah ditetapkan. Kami juga telah membentuk jawatankuasa kerja melalui mesyuarat yang diadakan. Semua jawatankuasa yang dilantik telah memainkan peranan masing-masing bagi memastikan Karnival ini dapat dilaksanakan dengan lancar,teratur dan berkesan. Tugasan projek bagi subjek PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan ini sememangnya memberikan banyak manfaat kepada diri kami sebagai seorang guru. Manfaat pertama yang kami perolehi iaitu kami berpeluang meningkatkan profesionalisme keguruan kami. Hal ini demikian kerana, melalui tugasan penganjuran dan pengelolaan Mini Karnival Permainan Tradisional ini kami dapat meningkatkan kemahiran interpersonal kami sebagai seorang guru. Melalui tugasan ini
  • 2. kami perlu berinteraksi dengan pelbagai pihak. Maka, secara tidak langsung kami dapat mempelajari cara berkomunikasi yang berkesan mengikut situasi, orang dan tempat. Manfaat yang seterusnya iaitu kami dapat mempelajari cara-cara pengurusan dan pentadbiran sesebuah program dengan lebih berkesan dengan adanya amali pengelolaan Mini Karnival Permainan Tradisional. Hal ini demikian kerana, melalui pengelolaan karnival ini kami dapat mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari dengan lebih berkesan. Sebagai contohnya, kami dapat memahami sistem pertandingan sesebuah permainan dengan lebih baik kerana setiap permainan yang dianjurkan mempunyai sistem pertandingan tersendiri. Seterusnya kami dapat mengeratkan hubungan dengan Ahli Kelab Kebajikan Kumpulan Staf Pengurusan IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi . Ini kerana, melalui karnival ini secara tidak langsung hubungan akan menjadi erat. Selain itu, semasa Mini Karnival Permainan Tradisional, kami juga terlibat dan bermain bersama-sama. Maka, melalui semangat kesukanan bersaing secara sihat tersebut, satu jalinan persahabatan akan dapat terbentuk dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan dalam melaksanakan tugasan ini. Kelemahan ini seharusnya diambil kira sebagai panduan untuk meningkatkan lagi kualiti kerja pada masa mendatang. Salah satu kelemahan yang dilihat pada program ini adalah masalah penyertaan peserta. Penyertaan dilihat agak kurang memberansangkan namun segala aktiviti dan program tetap berjalan dengan lancar. Perancangan untuk program yang dilaksanakan ini adalah sangat baik dan bersesuaian apabila dirancang untuk dilaksanakan pada hari Ahad di mana hari tersebut merupakan hari cuti. Namun tidak dapat dielakkan apabila pendaftaran peserta yang tidak ramai. Ini memberikan impak pengurangan penyertaan kepada program yang kami laksanakan. Maka dengan itu, penelitian yang lebih terperinci tentang masa dan waktu juga serta aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak lain adalah amat penting dan harus diambil kira. Di samping itu promosi secara lebih meluas dengan menggunakan pelbagai medium perantaraan akan dapat membantu program ini diketahui oleh lebih ramai pihak. Kelebihan boleh di lihat apabila penggunaan laman sosial digunakan sebagai satu medium promosi. Ini dapat membantu penyertaan yang lebih menggalakkan.
  • 3. Walaupun penat, kami berasa sangat seronok mengendalikan karnival tersebut. Kerjasama dan komitmen para peserta mampu bertahan hingga ke akhir program. Kami saling bekerjasama mengemas dan menyimpan barang-barang yang dibawa. Sebelum bersurai, En. Mohd Rizal bin Mohtar melahirkan rasa gembira dan bangga dengan kerjasama, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta.