Dokumen ini membahas tentang pembangunan sosial dalam Islam dan amalan terbaik bersedekah. Bersedekah merujuk kepada pemberian sesuatu kepada orang lain yang memerlukan secara sukarela tanpa batasan waktu atau jumlah. Bersedekah dapat dilakukan dengan memberi makanan atau wang, atau perbuatan baik kepada orang lain. Amalan ini membawa kebaikan seperti mendekatkan diri kepada Allah serta memberi pah
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
LMCR1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
1. LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM
ISLAM
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
NAMA: NUR JANNAH BINTI KHAIRUDIN
NO MATRIK: A160403
NAMA PENSYARAH: PROF. DATO IR. DR RIZAATIQ ABDULLAH
BIN O.K RAHMAT
2. PENGERTIAN PEMBANGUNAN SOSIAL
Pembangunan Sosial ialah usaha untuk meningkatkan kesejahteraan
komuniti dan melakukan penambahbaikan sosial dengan pertumbuhan
ekonomi serta memastikan semua anggota masyarakat mengambil
bahagian dalam proses pembangunan. Di samping itu sikap pemerintah
di beberapa negara maju dan membangun yang benar- benar
menggunakan sumber negara untuk manfaat semua pihak,
menyebabkan pembangunan sosial masih relevan.
3. CONTOH AMALAN TERBAIK : BERSEDEKAH
Amalan bersedekah merujuk kepada istilah bahasa arab yakni sadaqah
yang bermaksud benar. Dari segi syarak, sedekah adalah pemberian
sesuatu kepada orang lain yang sedang memerlukan. Sedekah
hendaklah dilakukan secara sukarela dan ikhlas tanpa dibatasi waktu
dan jumlah tertentu dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.
4. AMALAN BERSEDEKAH DAPAT DILAKUKAN
DENGAN
• Memberi wang atau makanan kepada mereka yang sedang
memerlukan.
• Melakukan perbuatan baik kepada orang lain juga dianggap sebagai
bersedekah.
• Menyumbang sesuatu kepada orang lain yang boleh memberi rasa
kegembiraan kepada mereka.
5. KEBAIKAN AMALAN BERSEDEKAH
• Dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
• Mendapat ganjaran pahala oleh Allah s.w.t
• Dibukakan pintu rezeki dan kesenangan oleh Allah s.w.t
• Penerima sedekah akan berasa gembira dan beban mereka
berkurang.
• Pemberi sedekah diberi rasa ketenangan hati oleh Allah s.w.t dan
menggelakkan sifat sombong dan kedekut dalam diri.