SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Download to read offline
Cikgu Roslan Daud
1
WABAK DEMAM DENGGI
Standard Pembelajaran
2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional.
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi
120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bahan 1
Umum mengetahui bahawa persekitaran yang lembap boleh
menyebabkan berlakunya pembiakan nyamuk aedes di tempat air bertakung
sehingga membawa pelbagai penyakit seperti demam denggi, chikungunya dan
zika. Selain itu, perubahan iklim terutama dengan musim hujan dan panas silih
berganti merupakan antara faktor kepada wabak penyakit ini semakin
merebak. Bagi mengekang pembiakan nyamuk aedes, masyarakat diminta
melaksanakan aktiviti pencegahan dengan membersihkan persekitaran di
samping mencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes di kediaman dan
premis. Semasa musim hujan, tempat yang menakung air boleh menjadi tempat
pembiakan nyamuk aedes. Oleh itu, aktiviti pembersihan persekitaran
termasuk menghapuskan tempat atau bekas yang boleh menakung air dan
menjadi tempat pembiakan aedes menjadi keutamaan.
Antara langkah lain yang boleh diambil oleh masyarakat sebagai langkah
pencegahan termasuklah menggunakan semburan aerosol bagi membunuh
nyamuk dewasa di dalam rumah selain memakai pakaian berlengan panjang dan
seluar panjang berwarna cerah terutama apabila berada di luar rumah. Selain
itu, penggunaan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam bekas takungan air
kekal dan pemasangan jaring nyamuk di tingkap dan pintu rumah dapat
menghalang nyamuk daripada memasuki kediaman. Nyamuk aedes ialah
pembawa bagi penyakit demam denggi, chikungunya, zika dan yellow fever
namun penyakit yellow fever tidak berlaku di Malaysia.
Dalam tempoh Januari hingga 20 Oktober 2019, jumlah kes demam
denggi ialah 106,660 kes berbanding dengan 59,657 kes bagi tempoh yang
sama tahun 2018. Selangor mencatatkan jumlah paling tinggi kes demam
denggi, iaitu 59,001 diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya (13,242), Johor
(9,037), Kelantan (4,894), Sabah (4,348) serta Pulau Pinang (3,735). Faktor
yang dikesan menjadi punca kes denggi terus meningkat ialah sikap segelintir
penduduk yang pengotor di samping suka membuang sampah di merata-rata
tempat, akhirnya menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes. Nyamuk aedes
dapat membiak dengan populasi yang banyak dalam masa yang singkat, iaitu
seminggu sahaja. Kawasan pembiakannya adalah di dalam bekas-bekas air
bertakung seperti tayar lama, tin, botol, bekas pasu bunga, lubang pokok dan
sebagainya.
Dipetik dan diubah suai daripada
’10 minit seminggu cegah pembiakan aedes – pakar’
oleh BERNAMA,
Berita Harian Online, 28 Oktober 2019
Cikgu Roslan Daud
2
Bahan 2
Apakah tindakan kerajaan untuk mengekang penularan wabak ini?
 Membuat semburan di kawasan merah dan berisiko
 Menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan kompaun yang tinggi
 Memberikan pendidikan kesedaran melalui kempen dan ceramah tentang
bahaya denggi
Apakah keburukan wabak demam denggi?
 Tekanan darah menjadi rendah
 Kegagalan fungsi organ seperti hati, buah pinggang dan otak
 Nadi menjadi semakin laju dan tidak terkawal
 Berisiko menyebabkan kematian
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
LANGKAH-LANGKAH PENULISAN RUMUSAN
Langkah 1 : Baca soalan
Jangan abaikan langkah ini kerana amat penting. Dalam arahan soalan terdapat beberapa kehendak seperti menulis sebuah
rumusan dan panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.
Langkah 2 : Kenal pasti komponen berikut
Tema : _____________________________________________________________________________________
Fokus 1 : _____________________________________________________________________________________
Fokus 2 : _____________________________________________________________________________________
Fokus 3 : _____________________________________________________________________________________
Langkah 3 : Menulis rumusan
Ingat, rumusan mestilah mengandungi tiga komponen penting, iaitu:
(a) Pendahuluan
(b) Isi
(c) Kesimpulan
Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menyambung idea
Langkah 4 : Kira dan tulis patah perkataan
Sila kira patah perkataan untuk memastikan anda tidak menulis lebih daripada 120 patah perkataan. Jika lebih, potong mana-
mana perkataan yang tidak mengganggu idea.
Cikgu Roslan Daud
3
WABAK DEMAM DENGGI
Standard Pembelajaran
2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional.
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi
120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bahan 1
Umum mengetahui bahawa persekitaran yang lembap boleh
menyebabkan berlakunya pembiakan nyamuk aedes di tempat air bertakung
sehingga membawa pelbagai penyakit seperti demam denggi, chikungunya dan
zika. Selain itu, perubahan iklim terutama dengan musim hujan dan panas silih
berganti merupakan antara faktor kepada wabak penyakit ini semakin
merebak. Bagi mengekang pembiakan nyamuk aedes, masyarakat diminta
melaksanakan aktiviti pencegahan dengan membersihkan persekitaran di
samping mencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes di kediaman dan
premis. Semasa musim hujan, tempat yang menakung air boleh menjadi tempat
pembiakan nyamuk aedes. Oleh itu, aktiviti pembersihan persekitaran
termasuk menghapuskan tempat atau bekas yang boleh menakung air dan
menjadi tempat pembiakan aedes menjadi keutamaan.
Antara langkah lain yang boleh diambil oleh masyarakat sebagai langkah
pencegahan termasuklah menggunakan semburan aerosol bagi membunuh
nyamuk dewasa di dalam rumah selain memakai pakaian berlengan panjang dan
seluar panjang berwarna cerah terutama apabila berada di luar rumah. Selain
itu, penggunaan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam bekas takungan air
kekal dan pemasangan jaring nyamuk di tingkap dan pintu rumah dapat
menghalang nyamuk daripada memasuki kediaman. Nyamuk aedes ialah
pembawa bagi penyakit demam denggi, chikungunya, zika dan yellow fever
namun penyakit yellow fever tidak berlaku di Malaysia.
Dalam tempoh Januari hingga 20 Oktober 2019, jumlah kes demam
denggi ialah 106,660 kes berbanding dengan 59,657 kes bagi tempoh yang
sama tahun 2018. Selangor mencatatkan jumlah paling tinggi kes demam
denggi, iaitu 59,001 diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya (13,242), Johor
(9,037), Kelantan (4,894), Sabah (4,348) serta Pulau Pinang (3,735). Faktor
yang dikesan menjadi punca kes denggi terus meningkat ialah sikap segelintir
penduduk yang pengotor di samping suka membuang sampah di merata-rata
tempat, akhirnya menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes. Nyamuk aedes
dapat membiak dengan populasi yang banyak dalam masa yang singkat, iaitu
seminggu sahaja. Kawasan pembiakannya adalah di dalam bekas-bekas air
bertakung seperti tayar lama, tin, botol, bekas pasu bunga, lubang pokok dan
sebagainya.
Dipetik dan diubah suai daripada
’10 minit seminggu cegah pembiakan aedes – pakar’
oleh BERNAMA,
Berita Harian Online, 28 Oktober 2019
faktor
faktor
langkah
langkah
langkah
langkah
langkah
langkah
faktor
faktor
Cikgu Roslan Daud
4
Bahan 2
Apakah tindakan kerajaan untuk mengekang penularan wabak ini?
 Membuat semburan di kawasan merah dan berisiko
 Menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan kompaun yang tinggi
 Memberikan pendidikan kesedaran melalui kempen dan ceramah tentang
bahaya denggi
Apakah keburukan wabak demam denggi?
 Tekanan darah menjadi rendah
 Kegagalan fungsi organ seperti hati, buah pinggang dan otak
 Nadi menjadi semakin laju dan tidak terkawal
 Berisiko menyebabkan kematian
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
LANGKAH-LANGKAH PENULISAN RUMUSAN
Langkah 1 : Baca soalan
Jangan abaikan langkah ini kerana amat penting. Dalam arahan soalan terdapat beberapa kehendak seperti menulis sebuah
rumusan dan panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.
Langkah 2 : Kenal pasti komponen berikut
Tema : nyamuk aedes / demam denggi
Fokus 1 : langkah-langkah mengekang penularan demam denggi
Fokus 2 : faktor-faktor pembiakan nyamuk aedes / penularan demam denggi
Fokus 3 : keburukan-keburukan wabak demam denggi
Langkah 3 : Menulis rumusan
Ingat, rumusan mestilah mengandungi tiga komponen penting, iaitu:
(d) Pendahuluan
(e) Isi
(f) Kesimpulan
Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menyambung idea
Langkah 4 : Kira dan tulis patah perkataan
Sila kira patah perkataan untuk memastikan anda tidak menulis lebih daripada 120 patah perkataan. Jika lebih, potong mana-
mana perkataan yang tidak mengganggu idea.
langkah
langkah
langkah
langkah
langkah
keburukan
keburukan
keburukan
keburukan
Cikgu Roslan Daud
5
CONTOH JAWAPAN RUMUSAN LENGKAP
Rumusan membincangkan langkah-langkah mengekang penularan demam denggi, faktor-faktor pembiakan nyamuk
aedes dan keburukan-keburukan wabak demam denggi.
Langkah mengekang penularan demam denggi ialah masyarakat diminta melaksanakan aktiviti pencegahan dengan
membersihkan persekitaran di samping mencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes di kediaman dan premis. Selain itu,
pemasangan jaring nyamuk di tingkap dan pintu rumah dapat menghalang nyamuk daripada memasuki kediaman. Seterusnya,
kerajaan membuat semburan di kawasan merah dan berisiko selain menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan
kompaun yang tinggi.
Faktor pembiakan nyamuk aedes ialah persekitaran yang lembap dan sikap segelintir penduduk yang pengotor di
samping suka membuang sampah di merata-rata tempat.
Keburukan wabak demam denggi ialah tekanan darah menjadi rendah dan kegagalan fungsi organ seperti hati, buah
pinggang dan otak.
Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama menangani demam denggi supaya menjamin kesihatan dan
keselamatan masyarakat.
[115 patah perkataan]

More Related Content

What's hot

Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangHT Hong
 
M 9 tc
M 9 tcM 9 tc
M 9 tcsnorar
 
unsur unsur kumpulan 18 - Kimia Tingkatan 4
 unsur unsur kumpulan 18 - Kimia Tingkatan 4 unsur unsur kumpulan 18 - Kimia Tingkatan 4
unsur unsur kumpulan 18 - Kimia Tingkatan 4Ir Deena
 
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premiumMM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premiumNoor Syamila Mohd
 
Naftalena
NaftalenaNaftalena
Naftalenakghuda
 
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan MeiosisPerbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan MeiosisMohd Shukri Suib
 
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3Ummu Umar
 
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 Seow Han Lin
 
1.3 sistem respirasi
1.3 sistem respirasi1.3 sistem respirasi
1.3 sistem respirasisipiahmuhi
 
Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan PemuliharaanPemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan PemuliharaanAfifi Malaysia
 
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8SAINS TINGKATAN 4 BAB 8
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8sumayy fa
 
faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganismafaktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganismanevile86
 
Bab 6 Tingkatan 1- Sumber tenaga
Bab 6 Tingkatan 1- Sumber tenagaBab 6 Tingkatan 1- Sumber tenaga
Bab 6 Tingkatan 1- Sumber tenagaCikgu Ummi
 
Bab 2 Struktur sel dan organisasi sel
Bab 2 Struktur sel dan organisasi selBab 2 Struktur sel dan organisasi sel
Bab 2 Struktur sel dan organisasi sellina jahari
 
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotopNombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotopleucosolonia
 
Persamaan garis lurus
Persamaan garis lurusPersamaan garis lurus
Persamaan garis luruszabidah awang
 

What's hot (20)

Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
M 9 tc
M 9 tcM 9 tc
M 9 tc
 
unsur unsur kumpulan 18 - Kimia Tingkatan 4
 unsur unsur kumpulan 18 - Kimia Tingkatan 4 unsur unsur kumpulan 18 - Kimia Tingkatan 4
unsur unsur kumpulan 18 - Kimia Tingkatan 4
 
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premiumMM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
 
Naftalena
NaftalenaNaftalena
Naftalena
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan MeiosisPerbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
 
Ayat pasif dan aktif
Ayat pasif dan aktifAyat pasif dan aktif
Ayat pasif dan aktif
 
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
 
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
 
1.3 sistem respirasi
1.3 sistem respirasi1.3 sistem respirasi
1.3 sistem respirasi
 
Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan PemuliharaanPemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan Pemuliharaan
 
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8SAINS TINGKATAN 4 BAB 8
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8
 
faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganismafaktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
 
Subjek & Predikat
Subjek & PredikatSubjek & Predikat
Subjek & Predikat
 
Bab 6 Tingkatan 1- Sumber tenaga
Bab 6 Tingkatan 1- Sumber tenagaBab 6 Tingkatan 1- Sumber tenaga
Bab 6 Tingkatan 1- Sumber tenaga
 
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
 
Bab 2 Struktur sel dan organisasi sel
Bab 2 Struktur sel dan organisasi selBab 2 Struktur sel dan organisasi sel
Bab 2 Struktur sel dan organisasi sel
 
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotopNombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
 
Persamaan garis lurus
Persamaan garis lurusPersamaan garis lurus
Persamaan garis lurus
 

Similar to Membaca rumusan wabak demam denggi

Similar to Membaca rumusan wabak demam denggi (6)

Demam denggi
Demam denggiDemam denggi
Demam denggi
 
dengue patrol e-scrap book
dengue patrol e-scrap bookdengue patrol e-scrap book
dengue patrol e-scrap book
 
Deman denggi dan deman denggi berdarah
Deman denggi dan deman denggi berdarahDeman denggi dan deman denggi berdarah
Deman denggi dan deman denggi berdarah
 
Denggi
DenggiDenggi
Denggi
 
Demam denggi.pptx
Demam denggi.pptxDemam denggi.pptx
Demam denggi.pptx
 
Topik 5.pdf
Topik 5.pdfTopik 5.pdf
Topik 5.pdf
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 

Recently uploaded (8)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 

Membaca rumusan wabak demam denggi

  • 1. Cikgu Roslan Daud 1 WABAK DEMAM DENGGI Standard Pembelajaran 2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional. Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Umum mengetahui bahawa persekitaran yang lembap boleh menyebabkan berlakunya pembiakan nyamuk aedes di tempat air bertakung sehingga membawa pelbagai penyakit seperti demam denggi, chikungunya dan zika. Selain itu, perubahan iklim terutama dengan musim hujan dan panas silih berganti merupakan antara faktor kepada wabak penyakit ini semakin merebak. Bagi mengekang pembiakan nyamuk aedes, masyarakat diminta melaksanakan aktiviti pencegahan dengan membersihkan persekitaran di samping mencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes di kediaman dan premis. Semasa musim hujan, tempat yang menakung air boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Oleh itu, aktiviti pembersihan persekitaran termasuk menghapuskan tempat atau bekas yang boleh menakung air dan menjadi tempat pembiakan aedes menjadi keutamaan. Antara langkah lain yang boleh diambil oleh masyarakat sebagai langkah pencegahan termasuklah menggunakan semburan aerosol bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah selain memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah terutama apabila berada di luar rumah. Selain itu, penggunaan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam bekas takungan air kekal dan pemasangan jaring nyamuk di tingkap dan pintu rumah dapat menghalang nyamuk daripada memasuki kediaman. Nyamuk aedes ialah pembawa bagi penyakit demam denggi, chikungunya, zika dan yellow fever namun penyakit yellow fever tidak berlaku di Malaysia. Dalam tempoh Januari hingga 20 Oktober 2019, jumlah kes demam denggi ialah 106,660 kes berbanding dengan 59,657 kes bagi tempoh yang sama tahun 2018. Selangor mencatatkan jumlah paling tinggi kes demam denggi, iaitu 59,001 diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya (13,242), Johor (9,037), Kelantan (4,894), Sabah (4,348) serta Pulau Pinang (3,735). Faktor yang dikesan menjadi punca kes denggi terus meningkat ialah sikap segelintir penduduk yang pengotor di samping suka membuang sampah di merata-rata tempat, akhirnya menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes. Nyamuk aedes dapat membiak dengan populasi yang banyak dalam masa yang singkat, iaitu seminggu sahaja. Kawasan pembiakannya adalah di dalam bekas-bekas air bertakung seperti tayar lama, tin, botol, bekas pasu bunga, lubang pokok dan sebagainya. Dipetik dan diubah suai daripada ’10 minit seminggu cegah pembiakan aedes – pakar’ oleh BERNAMA, Berita Harian Online, 28 Oktober 2019
  • 2. Cikgu Roslan Daud 2 Bahan 2 Apakah tindakan kerajaan untuk mengekang penularan wabak ini?  Membuat semburan di kawasan merah dan berisiko  Menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan kompaun yang tinggi  Memberikan pendidikan kesedaran melalui kempen dan ceramah tentang bahaya denggi Apakah keburukan wabak demam denggi?  Tekanan darah menjadi rendah  Kegagalan fungsi organ seperti hati, buah pinggang dan otak  Nadi menjadi semakin laju dan tidak terkawal  Berisiko menyebabkan kematian Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia LANGKAH-LANGKAH PENULISAN RUMUSAN Langkah 1 : Baca soalan Jangan abaikan langkah ini kerana amat penting. Dalam arahan soalan terdapat beberapa kehendak seperti menulis sebuah rumusan dan panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Langkah 2 : Kenal pasti komponen berikut Tema : _____________________________________________________________________________________ Fokus 1 : _____________________________________________________________________________________ Fokus 2 : _____________________________________________________________________________________ Fokus 3 : _____________________________________________________________________________________ Langkah 3 : Menulis rumusan Ingat, rumusan mestilah mengandungi tiga komponen penting, iaitu: (a) Pendahuluan (b) Isi (c) Kesimpulan Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menyambung idea Langkah 4 : Kira dan tulis patah perkataan Sila kira patah perkataan untuk memastikan anda tidak menulis lebih daripada 120 patah perkataan. Jika lebih, potong mana- mana perkataan yang tidak mengganggu idea.
  • 3. Cikgu Roslan Daud 3 WABAK DEMAM DENGGI Standard Pembelajaran 2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional. Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Umum mengetahui bahawa persekitaran yang lembap boleh menyebabkan berlakunya pembiakan nyamuk aedes di tempat air bertakung sehingga membawa pelbagai penyakit seperti demam denggi, chikungunya dan zika. Selain itu, perubahan iklim terutama dengan musim hujan dan panas silih berganti merupakan antara faktor kepada wabak penyakit ini semakin merebak. Bagi mengekang pembiakan nyamuk aedes, masyarakat diminta melaksanakan aktiviti pencegahan dengan membersihkan persekitaran di samping mencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes di kediaman dan premis. Semasa musim hujan, tempat yang menakung air boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Oleh itu, aktiviti pembersihan persekitaran termasuk menghapuskan tempat atau bekas yang boleh menakung air dan menjadi tempat pembiakan aedes menjadi keutamaan. Antara langkah lain yang boleh diambil oleh masyarakat sebagai langkah pencegahan termasuklah menggunakan semburan aerosol bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah selain memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah terutama apabila berada di luar rumah. Selain itu, penggunaan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam bekas takungan air kekal dan pemasangan jaring nyamuk di tingkap dan pintu rumah dapat menghalang nyamuk daripada memasuki kediaman. Nyamuk aedes ialah pembawa bagi penyakit demam denggi, chikungunya, zika dan yellow fever namun penyakit yellow fever tidak berlaku di Malaysia. Dalam tempoh Januari hingga 20 Oktober 2019, jumlah kes demam denggi ialah 106,660 kes berbanding dengan 59,657 kes bagi tempoh yang sama tahun 2018. Selangor mencatatkan jumlah paling tinggi kes demam denggi, iaitu 59,001 diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya (13,242), Johor (9,037), Kelantan (4,894), Sabah (4,348) serta Pulau Pinang (3,735). Faktor yang dikesan menjadi punca kes denggi terus meningkat ialah sikap segelintir penduduk yang pengotor di samping suka membuang sampah di merata-rata tempat, akhirnya menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes. Nyamuk aedes dapat membiak dengan populasi yang banyak dalam masa yang singkat, iaitu seminggu sahaja. Kawasan pembiakannya adalah di dalam bekas-bekas air bertakung seperti tayar lama, tin, botol, bekas pasu bunga, lubang pokok dan sebagainya. Dipetik dan diubah suai daripada ’10 minit seminggu cegah pembiakan aedes – pakar’ oleh BERNAMA, Berita Harian Online, 28 Oktober 2019 faktor faktor langkah langkah langkah langkah langkah langkah faktor faktor
  • 4. Cikgu Roslan Daud 4 Bahan 2 Apakah tindakan kerajaan untuk mengekang penularan wabak ini?  Membuat semburan di kawasan merah dan berisiko  Menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan kompaun yang tinggi  Memberikan pendidikan kesedaran melalui kempen dan ceramah tentang bahaya denggi Apakah keburukan wabak demam denggi?  Tekanan darah menjadi rendah  Kegagalan fungsi organ seperti hati, buah pinggang dan otak  Nadi menjadi semakin laju dan tidak terkawal  Berisiko menyebabkan kematian Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia LANGKAH-LANGKAH PENULISAN RUMUSAN Langkah 1 : Baca soalan Jangan abaikan langkah ini kerana amat penting. Dalam arahan soalan terdapat beberapa kehendak seperti menulis sebuah rumusan dan panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Langkah 2 : Kenal pasti komponen berikut Tema : nyamuk aedes / demam denggi Fokus 1 : langkah-langkah mengekang penularan demam denggi Fokus 2 : faktor-faktor pembiakan nyamuk aedes / penularan demam denggi Fokus 3 : keburukan-keburukan wabak demam denggi Langkah 3 : Menulis rumusan Ingat, rumusan mestilah mengandungi tiga komponen penting, iaitu: (d) Pendahuluan (e) Isi (f) Kesimpulan Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menyambung idea Langkah 4 : Kira dan tulis patah perkataan Sila kira patah perkataan untuk memastikan anda tidak menulis lebih daripada 120 patah perkataan. Jika lebih, potong mana- mana perkataan yang tidak mengganggu idea. langkah langkah langkah langkah langkah keburukan keburukan keburukan keburukan
  • 5. Cikgu Roslan Daud 5 CONTOH JAWAPAN RUMUSAN LENGKAP Rumusan membincangkan langkah-langkah mengekang penularan demam denggi, faktor-faktor pembiakan nyamuk aedes dan keburukan-keburukan wabak demam denggi. Langkah mengekang penularan demam denggi ialah masyarakat diminta melaksanakan aktiviti pencegahan dengan membersihkan persekitaran di samping mencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes di kediaman dan premis. Selain itu, pemasangan jaring nyamuk di tingkap dan pintu rumah dapat menghalang nyamuk daripada memasuki kediaman. Seterusnya, kerajaan membuat semburan di kawasan merah dan berisiko selain menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan kompaun yang tinggi. Faktor pembiakan nyamuk aedes ialah persekitaran yang lembap dan sikap segelintir penduduk yang pengotor di samping suka membuang sampah di merata-rata tempat. Keburukan wabak demam denggi ialah tekanan darah menjadi rendah dan kegagalan fungsi organ seperti hati, buah pinggang dan otak. Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama menangani demam denggi supaya menjamin kesihatan dan keselamatan masyarakat. [115 patah perkataan]