Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

dengue patrol e-scrap book

386 views

Published on

d

Published in: Health & Medicine
  • Be the first to comment

dengue patrol e-scrap book

  1. 1. DIHASILKAN OLEH : BERSATU DENGUE PATROL SEK.KEB. TAMAN BERSATU, KUALA KEDAH
  2. 2. • E-Scrap Book merupakan satu produk berasaskan ICT yang dihasilkan oleh ahli- ahli Dengue Patrol SK Taman Bersatu, Kuala Kedah. • Kandungan e-Scrap book ini adalah berkaitan maklumat tentang nyamuk aedes, penyakit denggi dan pencegahannya. • Dihasilkan menggunakan perisian MS- Powerpoint dan boleh dipersembahkan secara maya ataupun dicetak menjadi buku.
  3. 3. ` Matlamat ProgramDengue Patrol 1Platform untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap cara-cara pencegahan denggi dan membasmi nyamuk aedes di kalangan pelajar sekolah rendah khasnya dan masyarakat amnya 2 Meningkatkan kesedaran bahawa usaha pencegahan denggi memerlukan penglibatan proaktif seluruh masyarakat terutamanya generasi muda menerusi program yang menyeronokkan dan bermakna Program Dengue Patrol kini sedia untuk meluaskan lagi capaiannya ke seluruh negara, iaitu ke semua sekolah rendah di Malaysia pada 2014.
  4. 4. Serangga pembunuh berbahaya di dunia Semua nyamuk memerlukan air untuk membiak. Spesies tertentu boleh membiak dalam air yang bertakung selepas hujan lebat. Hanya nyamuk betina menggigit manusia dan binatang; nyamuk jantan pula menghisap madu bunga Nyamuk dewasa boleh hidup selama 5-6 bulan Nyamuk boleh mengesan karbon dioksida dari jarak 20 meter Sesetengah nyamuk tidak menggigit manusia, tetapi memilih mangsa lain seperti amfibia atau burung Sayap nyamuk bergerak 300-600 kali sesaat Nyamuk terbang pada kelajuan antara 1 dan 1.5 batu sejam
  5. 5. FaktamengenaiAedesyangandamungkin tidaktahu • Aedes ialah sejenis nyamuk kecil, hitam dengan belang putih pada kaki dan badan. • Denggi disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes betina. • Nyamuk jantan tidak menggigit atau menyebarkan penyakit kerana ia tiada bahagian mulut untuk menggigit. • Hanya nyamuk BETINA yang mengigit manusia terutamanya pada waktu siang! • Waktu nyamuk Aedes menggigit sepanjang hari tetapi paling aktif adalah dua jam selepas matahari terbit dan beberapa jam sebelum matahari terbenam.
  6. 6. Kitaran Hidup Nyamuk Telur – larva – kepompong - dewasa
  7. 7. Kitaran Hidup Nyamuk Telur – larva – kepompong - dewasa 1. Seekor nyamuk bertelur dan membiarkan telurnya terapung di atas permukaan air. Kebanyakan telur biasanya menetas dalam tempoh 48 jam dan bertukar menjadi larva. 2. Apabila menjadi larva, ia akan kekal di dalam air dan timbul ke permukaan hanya untuk mendapatkan udara. Larva bersalin kulit empat kali sebelum bertukar menjadi kepompong. 3. Kepompong akan menjadi dewasa dalam masa dua hari. Pada peringkat ini, kepompong akan berehat dan tidak makan apa-apa sehingga ia berpisah daripada sarungnya dan bertukar menjadi dewasa. 4. Pada awal peringkat dewasa, nyamuk akan berehat di permukaan air dan cuba menguatkan diri sebelum mula terbang.
  8. 8. GejalaDemamDenggi Sakit kepala Hilang selera Makan Muntah Rasa loya Ruam Sakit otot & Sendi Demam
  9. 9. Terdapat empat jenis virus denggi. Jangkitan oleh salah satu jenis biasanya memberikan imuniti sepanjang hayat kepada jenis virus tersebut, tetapi tidak mencegah jangkitan daripada jenis virus lain. Oleh itu anda boleh menghidap demam denggi lebih dari sekali.
  10. 10. Demam Denggi Berdarah (DHF)…  Ini merupakan salah satu komplikasi demam denggi yang menyebabkan kerosakan pada limfa dan saluran darah, pendarahan daripada hidung dan gusi, pembengkakan hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Gejala-gejala tersebut boleh menular menjadi pendarahan serius, renjatan dan kematian. Ini dinamakan Sindrom Renjatan Denggi (DSS). DHF boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat lebih awal
  11. 11.  Buat masa ini, tiada ubat spesifik untuk melawan denggi dan tiada sebarang vaksin untuk mencegah denggi.  Cara terbaik untuk mencegah denggi ialah dengan menghapuskan sarang pembiakan nyamuk Aedes.
  12. 12. Mencari dan Memusnahkan • Buang, terbalikkan, kosongkan atau simpan sebarang bekas yang mungkin mengumpulkan air hujan di bawah bumbung. Gunakan ubat jentik-jentik untuk memusnahkan larva nyamuk di rumah anda.9 • Sentiasa tutup bekas yang digunakan untuk menyimpan air (baldi, tong). • Pastikan tiada jentik-jentik nyamuk didapati dalam air yang disimpan. • Pastikan air mengalir dalam air pancutan atau tasik tiruan. • Bela ikan dalam air pancutan perhiasan yang sentiasa diisi dengan air. Apa yang kita boleh lakukan untuk mencegah denggi?
  13. 13. Langkah Perlindungan Diri • Pasang tabir pada pintu dan tingkap. • Gunakan racun serangga (aerosol) atau bahan penghalau nyamuk. • Pakai kemeja lengan panjang, seluar panjang, stokin dan kasut bertutup untuk mengelakkan gigitan nyamuk terutamanya pada waktu subuh dan senja. • Gunakan bahan penghalau nyamuk pada pakaian dan kulit yang terdedah. Apa yang kita boleh lakukan untuk mencegah denggi?
  14. 14. BAHAN-BAHAN PENGHALAU NYAMUK
  15. 15. Dapatkan Rawatan Awal • Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami demam selama 2 hari dan ruam kulit, pergi berjumpa doktor atau kunjungi pusat kesihatan terdekat. • Jika penyakit tersebut adalah demam denggi, kerumitan serius penyakit mungkin dialami. Jika dikesan di peringkat awal dan doktor dihubungi, nyawa pesakit boleh diselamatkan Apa yang kita boleh lakukan sekiranya mendapat tanda-tanda dijangkiti denggi?
  16. 16. Siri Kartun Nyamuk
  17. 17. Tiada Aedes, Tiada Denggi
  18. 18. ISU DEMAM DENGGI DI MALAYSIA

×