2. Pendahuluan
◦ Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk
Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
◦ Tiada ubat khusus bagi penyakit ini
◦ Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi
1. DEN 1
2. DEN 2
3. DEN 3 dan
4. DEN 4
◦ Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja,
jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali
seumur hidupnya.
3. Kenali nyamuk Aedes
TABIAT NYAMUK AEDES
• Aedes boleh dikenali melalui belang hitam putih pada
kakinya
• Aedes selalu mengigit pada waktu pagi dan senja
• Aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung
• Aedes membiak di tempat air bertakung di dalam dan
luar rumah
• Kitaran hidup Aedes dari telur, jentik-jentik,
kepompong hingga nyamuk dewasa mengambil masa
hanya satu minggu sahaja
4. Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes Di Dalam
Rumah
◦ Pasu bunga
◦ Kolam (Kolah) mandi
◦ Dulang perangkap air peti sejuk
◦ Tangki simpanan air
◦ Lain-lain bekas menyimpan air
Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes Di Luar
Rumah
◦ Tayar buruk
◦ Tempurung, buluh dan plastik yang boleh
menakung air
◦ Botol atau gelas pecah yang boleh
menakung air
◦ Saluran air hujan
◦ Tunggul pokok pisang, buluh atau keladi
5. Tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari
gigitan nyamuk seperti:
◦ Demam panas
◦ Sakit kepala
◦ Sakit tulang belakang
◦ Sakit sendi-sendi
◦ Loya dan muntah-muntah
◦ Sakit biji mata
◦ Ruam
6. Kesan tidak mendapatkan rawatan
◦ Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh
membawa maut.
◦ Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:Mudah
lebam
◦ Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusiIa boleh diikuti dengan pendarahan seluruh
badan yang juga membawa maut
7. Rawatan demam denggi
◦ Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi.
◦ Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah
mendapatkan rawatan segera.
◦ Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air.
◦ Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.
8. Kawalan/pencegahan pembiakan demam denggi
1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
◦ Membuang bekas yang boleh menakung air
◦ Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
◦ Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya
seminggu sekali
◦ Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
◦ Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
9. 3. Mengambil langkah-langkah melindungi
diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk
seperti
◦ Pastikan tingkap dan pintu sentiasa
ditutup
◦ Sapukan ubat penghalau nyamuk
pada anggota terdedah kepada
gigitan nyamuk
◦ Memakai baju berwarna cerah dan
berlengan panjang dan seluar
panjang sewaktu keluar rumah
◦ Pasangkan ubat lingkaran nyamuk
dan ubat nyamuk elektrik di
kawasan tertutup
10. Tindakan bersama
◦ Masyarakat perlu pastikan premis bersih dari sebarang tempat pembiakan aedes
◦ Ibu bapa membimbing anak mengamalkan kebersihan
◦ Masyarakat berganding bahu memastikan kawasan kediaman bersih dan bebas daripada tempat
pembiakan nyamuk
11. Penguatkuasaan
Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit(APSPP) 1975
◦ RM5oo dikeluarkan ke atas pemilik dan penyewa premis yang membiarkan kawasan premis masing-
masing menjadi tempat pembiakan Aedes
◦ Pesalah yang gagal menjelaskan kompaun boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, bagi kesalahan pertama
◦ Bagi kesalahan kedua, mereka boleh denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi
limatahun atau kedua-duanya sekali dan denda harian tidak melebihi RM5oo setiap hari sehingga punca
pembiakan diihanuskan.