Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
Kata kerja dalam bahasa melayu sekolah rendah
1. KATA KERJA DALAM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
1. Menyimbah – menyiram sekali gus sehingga basah dengan kuantiti air yang banyak
(menggunakan baldi, gayung dan sebagainya)
2. Menyiram – mencurahkan air (kuantiti air yang banyak daripada menjirus) dan lain-lain pada
sesuatu supaya bersih, basah dan sebagainya (pokok bunga, air mawar)
3. Merenjis – titik-titik air dan lain-lain yang berselerak ke sana-sini tetapi lebih menghala ke
sesuatu kawasan (istiadat tepung tawar, kain yang direnjis dengan air sebelum diseterika)
4. Menatang – membawa sesuatu dengan tapak tangan (dulang)
5. Menjunjung – membawa sesuatu di atas kepala (kendi, buyung dan sebagainya)
6. Menjinjing – membawa sesuatu dengan tangan yang terhulur ke bawah. (beg plastik)
7. Menakik – membuat takuk ((kesan lurah) pada pokok dan lain-lain dengan menggunakan
parang.
8. Memangkas – memotong hujung (rumput, pokok renek dan sebagainya)
9. Menanak – perbuatan masak nasi/ pulut
10. Menjerang – masak khas untuk air
11. Merendang – memasak hingga kering dengan santan (ayam, daging dan sebagainya).
12. Mengelek - membawa sesuatu yang digulung seperti karpet/ tikar di pinggan
13. Mengandar - membawa sesuatu di bahu seperti tahta raja zaman dahulu
14. Membakar - guna arang seperti sate, lemang
15. Menganyam - buat ketupat/ tikar
16. Mencanting - melukis dan mewarna batik
17. Menenun - benang dan buat kain songket
18. Menunggang - naik basikal / motor sikal
19. Menuntun - menolak basikal dengan tangan kerana tayar rosak