SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
Ramalan 1
Kepentingan Kegiatan Kokurikulum di Sekolah
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah yang dibimbing oleh guru-guru. Pelbagai
aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah, misalnya aktiviti kelab dan persatuan,sukan dan
permainan serta pasukan beruniform. Oleh yang demikian, aktiviti kokurikulum perlu disertai
oleh murid-murid kerana ada banyak kepentingannya.
Kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum,
kita tiada masa untuk melepak dan bergaul dengan budak-budak nakal. Secara tidak langsung
akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita
aktif dalam bidang sukan, masa lapang kita akan diisi dengan latihan yang diselia oleh guru-guru.
Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat membentuk disiplin diri. Contohnya, semasa
menyertai aktiviti persatuan, sukan atau unit beruniform, kita akan dilatih menepati masa,
berpakaian kemas dan mematuhi peraturan. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan.
Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya.
Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada
pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa
dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua
dan menguruskan aktiviti persatuan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti
kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.
Seterusnya, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap unit
kokurikulum mempunyai ramai ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina,
India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh
berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu
aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama ahli.
Kesimpulannya, banyak kepentingan kegiatan kokurikulum kepada murid-murid di sekolah.
Oleh itu, pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar
menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan
kegiatan kokurikulum.
Ramalan 2
Kepentingan Sukan kepada Murid
Sukan merupakan aktiviti yang wajib bagi setiap sekolah. Setiap tahun, sekolah-sekolah akan
sibuk mengadakan hari sukan. Hal ini membuktikan sukan sangat penting kepada murid-murid.
Aktiviti sukan sangat baik untuk kecergasan murid-murid. Murid-murid dapat
mengeluarkan peluh dan dapat melakukan aktiviti bersukan dengan teknik yang betul. Apabila
badan cergas, pasti murid-murid dapat menimba ilmu dengan baik.
Selain itu, bersukan juga dapat meredakan tekanan belajar. Apabila murid-murid
menyertai aktiviti bersukan, mereka akan melupakan pelajaran buat seketika dan mapu
mengelak diri mereka daripada menghadapi tekanan belajar.
Aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan antara murid. Mereka akan mendapat
ramai kawan dan hubungan juga lebih akrab. Contohnya denganm menyertai pertandingan sukan,
semangat berkumpulan dan saling bekerjasama untuk merangkul kemenangan akan lebih
membara.
Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang
sukan. Bakat-bakat ini perlu digilap untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah seterusnya ke
peringkat negeri. Secara tidak langsung, akativiti sukan juga dapat mengharumkan nama sekolah
ke seluruh Negara.
Kesimpulannya, sukan sangat penting kepada murid-murid untuk mencapai kecemerlangan
dalam kokurikulum mahupun kurikulum. Pihak sekolah dan PIBG haruslah berganding bahu
menyokong aktiviti sukan agar mencapai matlamatnya.
Ramalan 3
Kepentingan Makanan Seimbang
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia
memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut
mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai
pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan
yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan
seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah,
pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang
menjaga aspek pemakanannya.
Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi
sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan
perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang
mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.
Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil
makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan
pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka
untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula.
Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam
hidupnya.
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup
cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan
seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya
dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi,
pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan
tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif
daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah
pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah
terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.
Ramalan 4
Faedah Berjimat-cermat
Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau
menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang
lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi.
Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang
sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu
barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu
merugikan kita.
Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang
yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka
sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri
mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.
Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas.
Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada
masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan
rawatan.
Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi.
Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya, mereka akan
sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa dan sebagainya selepas
digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi
budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai
masalah.
Ramalan 5
Membaca Jambatan Ilmu
Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” sering kali kita gunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya
amalan membaca dalam usaha kita mencari ilmu pengetahuan. Membaca merupakan antara kegiatan
yang amat penting dalam kehidupan manusia di samping mampu membangunkan dan memajukan sesuatu
masyarakat.
Insan yang berbudaya membaca merupakan manusia yang berilmu. Minat membaca berkait rapat
dengan budaya ilmu kerana minat ini mampu melonjakkan pembangunan dan kemajuan dalam kehidupan
masyarakat majmuk Malaysia yang berorientasikan sains dan teknologi.
Amalan membaca perlu dijadikan suatu budaya dalam kehidupan masyarakat kita. Budaya ini
pula tidak seharusnya terbatas di sekolah, kolej atau universiti semata-mata tetapi juga patut
dikembangluaskan dalam kehidupan masyarakat termasuklah masyarakat di luar bandar. Hal ini penting
agar masyarakat luar bandar yang sering dikaitkan seperti katak di bawah tempurung akan dapat
menimba dan menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman agar mereka tidak ketinggalan dalam
arus kemajuan dan pembangunan global.
Seseorang individu atau sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau kejayaan dalam
sesuatu bidang tidak berdaya tahan sekiranya ketandusan atau kemunduran dalam buana ilmu yang
bermutu dan mutakhir. Sebaliknya, masyarakat yang ketinggalan atau yang mengabaikan budaya ilmu
akan bergantung harap kepada orang atau bangsa lain yang berilmu dan cendekia. Buktinya kita dapat
melihat betapa negara pengeluar minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung hampir dalam semua
aspek penting kehidupan negara masing-masing kepada negara lain yang lebih maju dan dominan dalam
bidang keilmuan dan kepakaran.
Akhir kata, ingin saya tegaskan bahawa kehidupan yang lebih sempurna akan dapat dibentuk
sekiranya masyarakat kita membudayakan amalan membaca dalam kehidupan mereka sehari-hari.
Amalan murni ini secara langsung akan melahirkan modal insan dan masyarakat Malaysia yang berilmu,
berwawasan dan bertamadun tinggi.
Ramalan 6
Gaya Hidup Sihat
Amalan gaya hidup sihat harus diterapkan dalam kehidupan setiap insan kerana kesihatan kita
diibaratkan anugerah Tuhan yang sangat berharga.
Kita haruslah mengamalkan amalan gaya hidup sihat dengan bersenam. Misalnya, kita mestilah
ke taman rekreasi untuk bersenam. Ini akan mengelakkan diri kita daripada penyakit yang berbahaya.
Bersenam juga dapat mencergaskan badan kita dan mencerdaskan otak kita. Jelaslah bahawa amalan
gaya hidup sihat boleh dilakukan melalui bersenam.
Selain itu, kita haruslah makan makanan yang seimbang bagi mengamalkan gaya hidup sihat.
Amsalnya, kita mestilah makan mengikut piramid makanan. Kuantiti makanan yang kita ambil tidak
boleh kurang atau lebih daripada piramid makanan. Ini dapat mengelakkan diri kita daripada masalah
obesiti yang mengugat hampir separuh rakyat di negara kita. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, kita
haruslah makan makanan bagi mempratikkan amalan gaya hidup sihat.
Selanjutnya,dengan mengamalkan amalan gaya hidup sihat kita dapat mengelakkan diri kita
daripada banyak penyakit. Contohnya, penyakit seperti diabetis, kegagalan buah pinggang, obesiti, dan
sebagainya. Penyakit seperti ini tidak boleh diubati dengan senang. Bak kata pepatah, “mencegah lebih
baik daripada mengubati”. Tambahan pula, jika amalan gaya hidup sihat tidak dipratikkan kita akan
mengalami ketegangan. Misalnya, kita akan mula berasa takut atau cemas mengingatkan kos perubatan
yang perlu ditanggung. Pendek kata, jika amalan gaya hidup sihat tidak diamalkan tentulah banyak
kesan buruk akan kita hadapi.
Seterusnya, kerajaan harus mengadakan kempen- kempen dan program- program untuk
memberitahu peri pentingnya gaya hidup sihat kepada rakyat. Barulah rakyat akan sedar peri pentinya
kesihatan mereka. Kerajaan juga hrus menyediakan peralatan senaman dan jug ataman rekreasi di
setiap taman supaya rakyat dapat berekreasi. Tambahan pula, kerajaan harus membina banyak pusat
sukan untuk melahirkan masyarakat yang cergas.
Intihanya, kita sebagai masyarakat yang berdedikasi harus mengamalkan amalan gaya hidup
sihat kerana kesihatan amat vital berbanding dengan benda- benda lain.
Ramalan 7
Cara-cara mengisi masa lapang
Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya ialah "Masa itu Emas", "Masa ialah
Kehidupan" dan sebagainya. Ini menunjukkan masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa
yang berlalu tidak dapat diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya tidak membazir
begitu sahaja.
Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya dengan melakukan hobi yang
bermanfaat. Contohnya, bersukan, melancong, berekreasi, mengumpul setem dan sebagainya. Jika kita
gunakan masa dengan hobi yang bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan kepada kita.
Selain itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak saudara, datuk dan
nenek serta teman-teman. Selain dapat bersiar-siar, kita akan dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan dan persahabatan.
Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah membaca. Pelbagai bahan
bacaan dapat dibaca seperti buku rujukan, surat khabar, novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Kita
dapat mencedok ilmu dan maklumat sebanyak mungkin daripada bahan bacaan ini.
Di samping itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan membantu ibu bapa
membuat kerja-kerja rumah. Kita perlu faham situasi ibu bapa kita yang seharian penat bekerja. Oleh
itu, jika kita membantu mereka mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya, kita secara tidak
langsung dapat meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri supaya tidak membuang
masa begitu sahaja kerana masa sangat berharga. Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.
Ramalan 8
Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang dalam Pelajaran
Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun demikian,
kecemerlangan tersebut tidak datang dengan sendirinya, sebaliknya, perlu disusuli dengan
usaha yang bersungguh-sungguh.
Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang murid perlulah
tekun belajar. Contohnya ketika di dalam kelas, kita perlu menumpukan sepenuh perhatian
terhadap apa yang disampaikan oleh. Dengan ini, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran
yang disampaikan oleh guru.
Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya, apabila di rumah, kita
perlu membaca nota pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh itu, sesuatu topic itu akan kekal
dalam ingatan dan minda kita.
Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Ini kerana melalui kelas tambahan, guru-guru akan member penekanan pada topik-topik yang
sukar. Kesannya, pemahaman terhadap sesuatu pelajaran itu akan meningkat.
Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat latihan. Contohnya, latihan-latihan
berbentuk soalan peperiksaan perlu kita lakukan berulang kali. Ini akan memudahkan kita
menjawab soalan-soalan peperiksaan kerana sudah biasa dengan pola-pola soalan tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi murid yang
cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan kita pasti akan menggembirakan ibu bapa dan guru-guru.

More Related Content

What's hot

Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
Latihan lengkapkan karangan hobi saya
Latihan lengkapkan karangan hobi sayaLatihan lengkapkan karangan hobi saya
Latihan lengkapkan karangan hobi sayaWhyin Chong
 
Jenis ikatan dan simpulan
Jenis ikatan dan simpulanJenis ikatan dan simpulan
Jenis ikatan dan simpulanly infinitryx
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatBong Shuying
 
Tema nota buku teks t4 dan t5
Tema nota buku teks t4 dan t5Tema nota buku teks t4 dan t5
Tema nota buku teks t4 dan t5Ramlah Mat
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.PAKLONG CIKGU
 
Penulisan bahagian b
Penulisan bahagian bPenulisan bahagian b
Penulisan bahagian bnurul yusof
 
50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasangunavathy
 
Ceramah kesihatan sazwan
Ceramah kesihatan  sazwanCeramah kesihatan  sazwan
Ceramah kesihatan sazwandrwaque
 
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6Shika Nara
 
Spm tema karangan berdasarkan tema buku teks
Spm tema karangan berdasarkan tema buku teksSpm tema karangan berdasarkan tema buku teks
Spm tema karangan berdasarkan tema buku teksWong Fangmin
 
UNIT 13-Saya Bersikap Sederhana
UNIT 13-Saya Bersikap SederhanaUNIT 13-Saya Bersikap Sederhana
UNIT 13-Saya Bersikap SederhanaTora 뇌성
 
Teknik ansur maju faedah bersukan
Teknik ansur maju faedah bersukanTeknik ansur maju faedah bersukan
Teknik ansur maju faedah bersukanNorsuhadaShaari
 
Koleksi karangan untuk murid lemah
Koleksi karangan untuk murid lemahKoleksi karangan untuk murid lemah
Koleksi karangan untuk murid lemahKathleen Ong
 
Diet pemakanan seimbang
Diet pemakanan seimbangDiet pemakanan seimbang
Diet pemakanan seimbangHasif9
 
Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahanone piece
 

What's hot (20)

Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Latihan lengkapkan karangan hobi saya
Latihan lengkapkan karangan hobi sayaLatihan lengkapkan karangan hobi saya
Latihan lengkapkan karangan hobi saya
 
Jenis ikatan dan simpulan
Jenis ikatan dan simpulanJenis ikatan dan simpulan
Jenis ikatan dan simpulan
 
Kebaikan sukan
Kebaikan sukanKebaikan sukan
Kebaikan sukan
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Tema nota buku teks t4 dan t5
Tema nota buku teks t4 dan t5Tema nota buku teks t4 dan t5
Tema nota buku teks t4 dan t5
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
 
Penulisan bahagian b
Penulisan bahagian bPenulisan bahagian b
Penulisan bahagian b
 
50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan
 
6.2 Diet Seimbang (Nutrisi)
6.2 Diet Seimbang (Nutrisi)6.2 Diet Seimbang (Nutrisi)
6.2 Diet Seimbang (Nutrisi)
 
Ceramah kesihatan sazwan
Ceramah kesihatan  sazwanCeramah kesihatan  sazwan
Ceramah kesihatan sazwan
 
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
 
Spm tema karangan berdasarkan tema buku teks
Spm tema karangan berdasarkan tema buku teksSpm tema karangan berdasarkan tema buku teks
Spm tema karangan berdasarkan tema buku teks
 
UNIT 13-Saya Bersikap Sederhana
UNIT 13-Saya Bersikap SederhanaUNIT 13-Saya Bersikap Sederhana
UNIT 13-Saya Bersikap Sederhana
 
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
 
Teknik ansur maju faedah bersukan
Teknik ansur maju faedah bersukanTeknik ansur maju faedah bersukan
Teknik ansur maju faedah bersukan
 
Koleksi karangan untuk murid lemah
Koleksi karangan untuk murid lemahKoleksi karangan untuk murid lemah
Koleksi karangan untuk murid lemah
 
Diet pemakanan seimbang
Diet pemakanan seimbangDiet pemakanan seimbang
Diet pemakanan seimbang
 
Pengakap
PengakapPengakap
Pengakap
 
Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahan
 

Similar to Karangan kakak

Karangan fakta upsr
Karangan fakta upsrKarangan fakta upsr
Karangan fakta upsrNami Wind
 
Karangan cara cara tahun 6
Karangan  cara cara tahun 6Karangan  cara cara tahun 6
Karangan cara cara tahun 6Tila Tila
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ... LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ...
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...YouTuber,G-Vecom
 
Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1ramlahcm69
 
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinTd10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinJenry Saiparudin
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihatone piece
 
Health and wellness (mpu3313)
Health and wellness (mpu3313)Health and wellness (mpu3313)
Health and wellness (mpu3313)Lydia Ungam
 
Amalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihatAmalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihatnoor hasikim
 
sukan rekreasi
sukan rekreasisukan rekreasi
sukan rekreasiHalil Chik
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatSok Moi Lee
 
Definisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballardDefinisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballardTan Fen
 
proposal gerakan mahasiswa sehat
proposal gerakan mahasiswa sehatproposal gerakan mahasiswa sehat
proposal gerakan mahasiswa sehatApriani Rahayu
 
4.1 sukan dan komuniti
4.1 sukan dan komuniti4.1 sukan dan komuniti
4.1 sukan dan komunitiPei Yiing
 
4.1 sukan dan komuniti
4.1 sukan dan komuniti4.1 sukan dan komuniti
4.1 sukan dan komunitiKarren Tan
 

Similar to Karangan kakak (20)

Karangan fakta upsr
Karangan fakta upsrKarangan fakta upsr
Karangan fakta upsr
 
Karanganfaktaupsr
Karanganfaktaupsr Karanganfaktaupsr
Karanganfaktaupsr
 
Karangan cara cara tahun 6
Karangan  cara cara tahun 6Karangan  cara cara tahun 6
Karangan cara cara tahun 6
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ... LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ...
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 
Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1
 
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinTd10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Health and wellness (mpu3313)
Health and wellness (mpu3313)Health and wellness (mpu3313)
Health and wellness (mpu3313)
 
Amalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihatAmalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihat
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
sukan rekreasi
sukan rekreasisukan rekreasi
sukan rekreasi
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Futsal
FutsalFutsal
Futsal
 
Definisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballardDefinisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballard
 
Pj isl minggu 1
Pj isl minggu 1Pj isl minggu 1
Pj isl minggu 1
 
proposal gerakan mahasiswa sehat
proposal gerakan mahasiswa sehatproposal gerakan mahasiswa sehat
proposal gerakan mahasiswa sehat
 
Gimnastik
GimnastikGimnastik
Gimnastik
 
4.1 sukan dan komuniti
4.1 sukan dan komuniti4.1 sukan dan komuniti
4.1 sukan dan komuniti
 
4.1 sukan dan komuniti
4.1 sukan dan komuniti4.1 sukan dan komuniti
4.1 sukan dan komuniti
 

Recently uploaded

RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...Kanaidi ken
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiaNILAMSARI269850
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptAgusRahmat39
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasarrenihartanti
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 

Recently uploaded (20)

RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 

Karangan kakak

  • 1. Ramalan 1 Kepentingan Kegiatan Kokurikulum di Sekolah Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah yang dibimbing oleh guru-guru. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah, misalnya aktiviti kelab dan persatuan,sukan dan permainan serta pasukan beruniform. Oleh yang demikian, aktiviti kokurikulum perlu disertai oleh murid-murid kerana ada banyak kepentingannya. Kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk melepak dan bergaul dengan budak-budak nakal. Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, masa lapang kita akan diisi dengan latihan yang diselia oleh guru-guru. Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat membentuk disiplin diri. Contohnya, semasa menyertai aktiviti persatuan, sukan atau unit beruniform, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. Seterusnya, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap unit kokurikulum mempunyai ramai ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama ahli. Kesimpulannya, banyak kepentingan kegiatan kokurikulum kepada murid-murid di sekolah. Oleh itu, pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum.
  • 2. Ramalan 2 Kepentingan Sukan kepada Murid Sukan merupakan aktiviti yang wajib bagi setiap sekolah. Setiap tahun, sekolah-sekolah akan sibuk mengadakan hari sukan. Hal ini membuktikan sukan sangat penting kepada murid-murid. Aktiviti sukan sangat baik untuk kecergasan murid-murid. Murid-murid dapat mengeluarkan peluh dan dapat melakukan aktiviti bersukan dengan teknik yang betul. Apabila badan cergas, pasti murid-murid dapat menimba ilmu dengan baik. Selain itu, bersukan juga dapat meredakan tekanan belajar. Apabila murid-murid menyertai aktiviti bersukan, mereka akan melupakan pelajaran buat seketika dan mapu mengelak diri mereka daripada menghadapi tekanan belajar. Aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan antara murid. Mereka akan mendapat ramai kawan dan hubungan juga lebih akrab. Contohnya denganm menyertai pertandingan sukan, semangat berkumpulan dan saling bekerjasama untuk merangkul kemenangan akan lebih membara. Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang sukan. Bakat-bakat ini perlu digilap untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah seterusnya ke peringkat negeri. Secara tidak langsung, akativiti sukan juga dapat mengharumkan nama sekolah ke seluruh Negara. Kesimpulannya, sukan sangat penting kepada murid-murid untuk mencapai kecemerlangan dalam kokurikulum mahupun kurikulum. Pihak sekolah dan PIBG haruslah berganding bahu menyokong aktiviti sukan agar mencapai matlamatnya.
  • 3. Ramalan 3 Kepentingan Makanan Seimbang Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan. Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.
  • 4. Ramalan 4 Faedah Berjimat-cermat Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi. Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita. Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri. Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan. Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi. Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.
  • 5. Ramalan 5 Membaca Jambatan Ilmu Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” sering kali kita gunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam usaha kita mencari ilmu pengetahuan. Membaca merupakan antara kegiatan yang amat penting dalam kehidupan manusia di samping mampu membangunkan dan memajukan sesuatu masyarakat. Insan yang berbudaya membaca merupakan manusia yang berilmu. Minat membaca berkait rapat dengan budaya ilmu kerana minat ini mampu melonjakkan pembangunan dan kemajuan dalam kehidupan masyarakat majmuk Malaysia yang berorientasikan sains dan teknologi. Amalan membaca perlu dijadikan suatu budaya dalam kehidupan masyarakat kita. Budaya ini pula tidak seharusnya terbatas di sekolah, kolej atau universiti semata-mata tetapi juga patut dikembangluaskan dalam kehidupan masyarakat termasuklah masyarakat di luar bandar. Hal ini penting agar masyarakat luar bandar yang sering dikaitkan seperti katak di bawah tempurung akan dapat menimba dan menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman agar mereka tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dan pembangunan global. Seseorang individu atau sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau kejayaan dalam sesuatu bidang tidak berdaya tahan sekiranya ketandusan atau kemunduran dalam buana ilmu yang bermutu dan mutakhir. Sebaliknya, masyarakat yang ketinggalan atau yang mengabaikan budaya ilmu akan bergantung harap kepada orang atau bangsa lain yang berilmu dan cendekia. Buktinya kita dapat melihat betapa negara pengeluar minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung hampir dalam semua aspek penting kehidupan negara masing-masing kepada negara lain yang lebih maju dan dominan dalam bidang keilmuan dan kepakaran. Akhir kata, ingin saya tegaskan bahawa kehidupan yang lebih sempurna akan dapat dibentuk sekiranya masyarakat kita membudayakan amalan membaca dalam kehidupan mereka sehari-hari. Amalan murni ini secara langsung akan melahirkan modal insan dan masyarakat Malaysia yang berilmu, berwawasan dan bertamadun tinggi.
  • 6. Ramalan 6 Gaya Hidup Sihat Amalan gaya hidup sihat harus diterapkan dalam kehidupan setiap insan kerana kesihatan kita diibaratkan anugerah Tuhan yang sangat berharga. Kita haruslah mengamalkan amalan gaya hidup sihat dengan bersenam. Misalnya, kita mestilah ke taman rekreasi untuk bersenam. Ini akan mengelakkan diri kita daripada penyakit yang berbahaya. Bersenam juga dapat mencergaskan badan kita dan mencerdaskan otak kita. Jelaslah bahawa amalan gaya hidup sihat boleh dilakukan melalui bersenam. Selain itu, kita haruslah makan makanan yang seimbang bagi mengamalkan gaya hidup sihat. Amsalnya, kita mestilah makan mengikut piramid makanan. Kuantiti makanan yang kita ambil tidak boleh kurang atau lebih daripada piramid makanan. Ini dapat mengelakkan diri kita daripada masalah obesiti yang mengugat hampir separuh rakyat di negara kita. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, kita haruslah makan makanan bagi mempratikkan amalan gaya hidup sihat. Selanjutnya,dengan mengamalkan amalan gaya hidup sihat kita dapat mengelakkan diri kita daripada banyak penyakit. Contohnya, penyakit seperti diabetis, kegagalan buah pinggang, obesiti, dan sebagainya. Penyakit seperti ini tidak boleh diubati dengan senang. Bak kata pepatah, “mencegah lebih baik daripada mengubati”. Tambahan pula, jika amalan gaya hidup sihat tidak dipratikkan kita akan mengalami ketegangan. Misalnya, kita akan mula berasa takut atau cemas mengingatkan kos perubatan yang perlu ditanggung. Pendek kata, jika amalan gaya hidup sihat tidak diamalkan tentulah banyak kesan buruk akan kita hadapi. Seterusnya, kerajaan harus mengadakan kempen- kempen dan program- program untuk memberitahu peri pentingnya gaya hidup sihat kepada rakyat. Barulah rakyat akan sedar peri pentinya kesihatan mereka. Kerajaan juga hrus menyediakan peralatan senaman dan jug ataman rekreasi di setiap taman supaya rakyat dapat berekreasi. Tambahan pula, kerajaan harus membina banyak pusat sukan untuk melahirkan masyarakat yang cergas. Intihanya, kita sebagai masyarakat yang berdedikasi harus mengamalkan amalan gaya hidup sihat kerana kesihatan amat vital berbanding dengan benda- benda lain.
  • 7. Ramalan 7 Cara-cara mengisi masa lapang Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya ialah "Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan" dan sebagainya. Ini menunjukkan masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya tidak membazir begitu sahaja. Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya dengan melakukan hobi yang bermanfaat. Contohnya, bersukan, melancong, berekreasi, mengumpul setem dan sebagainya. Jika kita gunakan masa dengan hobi yang bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan kepada kita. Selain itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak saudara, datuk dan nenek serta teman-teman. Selain dapat bersiar-siar, kita akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah membaca. Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca seperti buku rujukan, surat khabar, novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Kita dapat mencedok ilmu dan maklumat sebanyak mungkin daripada bahan bacaan ini. Di samping itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah. Kita perlu faham situasi ibu bapa kita yang seharian penat bekerja. Oleh itu, jika kita membantu mereka mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya, kita secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri supaya tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa sangat berharga. Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.
  • 8. Ramalan 8 Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang dalam Pelajaran Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun demikian, kecemerlangan tersebut tidak datang dengan sendirinya, sebaliknya, perlu disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang murid perlulah tekun belajar. Contohnya ketika di dalam kelas, kita perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh. Dengan ini, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya, apabila di rumah, kita perlu membaca nota pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh itu, sesuatu topic itu akan kekal dalam ingatan dan minda kita. Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini kerana melalui kelas tambahan, guru-guru akan member penekanan pada topik-topik yang sukar. Kesannya, pemahaman terhadap sesuatu pelajaran itu akan meningkat. Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat latihan. Contohnya, latihan-latihan berbentuk soalan peperiksaan perlu kita lakukan berulang kali. Ini akan memudahkan kita menjawab soalan-soalan peperiksaan kerana sudah biasa dengan pola-pola soalan tersebut. Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan kita pasti akan menggembirakan ibu bapa dan guru-guru.