SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Sekolah Sains Sosial: Hubungan Industri (HA12)
Gangguan Seksual dalam Sektor Pekerjaan di Malaysia
Jeffica Jaihon
17 Mac 2011

1.0

Pendahuluan
Dalam  bidang  hubungan  industri,  gangguan  seksual  bukanlah  lagi  isu  yang  baru.

Hampir  kesemua   organisasi  terutamanya  organisasi  besar  mengalami  masalah  ini.
Dalam  konteks  hubungan  industri,  gangguan   seksual  akan   mengganggu  hubungan  di
antara  majikan  dengan  pekerja  dan  mewujudkan  konflik  yang memerlukan  penyelesaian
segera  untuk menjamin hubungan  yang  baik  serta  tidak  mengganggu perjalanan  industri
dalam  mencapai  matlamat  organisasi.Sabitha   &  Rusimah  (2003)   dalam  kajiannya   ke
atas  isu  ini  di  Institusi  Pendidikan  menyatakan  bahawa  gangguan  seksual   boleh
menggugat  pencapaian  matlamat  Institusi  pendidikan tersebut. Pengamal  industri  juga
turut  menyedari  akan  isu  ini  yang  walaupun  terlihat  ringan   namun  sebenarnya  telah
menjadi  duri  yang  boleh  menghancurkan  sesebuah   organisasi.  Dalam  hal  ini,  pekerja
wanita  merupakan  kaum  yang  mempunyai  peratusan  diganggu  yang  tinggi.  Tidak
dinafikan  bahawa  pekerja  lelaki  turut  menjadi  mangsa  gangguan  seksual   di  dalam
sesebuah  organisasi  namun  berbanding  dengan  wanita,  kaum  lelaki  yang  menderita
akibat gangguan seksual adalah jauh lebih sedikit.
Menurut  Balakrishnan  &  Rosazman  (2007:97),  berikutan  pembangunan  ekonomi
yang  pesat  di  dunia  pada  hari  ini,  maka  isu­isu  sosial  seperti  ini  tidak  begitu  diberi
perhatian   yang   serius.   Ishak   bin  Mad  Shah  et.  al. (2004) berpendapat  bahawa masalah
ini  berkemungkinan  menjadi  satu  wabak  dalam  masyarakat  jika  langkah­langkah
pencegahan  tidak  diambil  oleh  organisasi  atau  mana­mana  pihak  yang  terlibat. Jabatan
Perkhidmatan  awam  (JPA)1  telah  merangka  satu  garis  panduan  mengendalikan
gangguan  seksual  di  tempat   kerja  dalam  perkhidmatan  awam  sebagai  langkah
mengatasi  masalah  ini.   Pertubuhan  Buruh  Antarabangsa  (ILO)  pada  tahun  1985  telah
memberi  perhatian  dalam  isu  ini  yang  mana  ILO  telah  memberi  cadangan  agar  pihak
 JPA telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan yang menggariskan tentang garis panduan
mengendalikan gangguan seksual di tempat kerja dalam perkhidmatan awam, bilangan 22, 2005.
1

15

1
majikan,  kerajaan  dan  Kesatuan  Sekerja  mewujudkan  satu  enakmen  berkaitan   dengan
peluang   samarata  dan  layanan  adil   antara  kaum  wanita  dan  lelaki,   (Balakrishnan  &
Rosazman, 2007:97).

2.0

Gangguan Seksual: Definisi
Sukar  untuk  mendapatkan  definisi  yang  mutlak  tentang  gangguan  seksual.

Kesukaran  mendapatkan  satu  definisi  yang  boleh  diterima  oleh  semua  pihak  adalah
kerana  kekaburan  jenis  tingkah  laku  yang  boleh  dilabelkan  sebagai  berunsur  seksual
(Ishak  bin  Mad   Shah   et.  al.,  2004).  Polis  Diraja  Malaysia   mendefinisikan  gangguan
seksual  sebagai  apa­apa  perbuatan,  menyebut  apa­apa  perkataan,  membuat  apa­apa
bunyi,  membuat  apa­apa  isyarat  dan  menunjukkan  apa­apa  benda   dengan  tujuan untuk
mengganggu  kesantunan  atau  kehormatan  seseorang  (Balakrishnan  &  Rosazman,
2007:98).  Sabitha  &  Rusimah  (2003),  dalam   kajiannya  terhadap  persepsi  gangguan
seksual  di  Institusi  pendidikan  berpendapat 

gangguan  seksual  boleh  dibahagikan

kepada  bentuk  ancaman  dan  persekitaran  tidak  selesa.  Beliau  menyatakan  bahawa
sesuatu  tingkah  laku  akan  dianggap  ancaman  atau  ‘Quid  Pro  Quo’  apabila  ianya  tidak
diingini,  berunsur  seksual  dan  dijadikan   sebagai  syarat  untuk  apa­apa  keputusan  yang
akan  berunsur  berkepentingan  contohnya  sebagai  penentu  kenaikan  pangkat
seseorang  itu.  Persekitaran  tidak  selesa pula adalah  apabila  tingkah  laku  seseorang itu
mengganggu  prestasi  pekerjaan  orang  lain.  Manakala  Rohani  Binti  Abdul  Rahman  (Mei,
2005)  dalam  tesis  beliau tentang  gangguan seksual  ke atas  pekerja  perkeranian wanita
pula  mendefinisikan  isu  ini   melalui   persepsi  mangsa  iaitu  tingkah  laku  yang  tidak
dikehendaki,  bersifat  seksual  dan  sensitif  serta  berkaitan  gender.  Sementara  itu,
Ishak  bin  Mad  Shah  et.  al.  (2004)  dalam  kajian  mereka  ke  atas  mangsa  dan  pelaku
gangguan  seksual  di  Johor  Bahru  mengatakan  bahawa  gangguan  seksual  juga  boleh
diertikan  sebagai   salah  satu  bentuk  diskriminasi  yang  berbentuk  penghinaan,
penganiayaan  dan  kelakuan  yang  mengancam  pihak  yang  terlibat  oleh  seseorang  atau
sekumpulan  orang  kerana  hendak  memenuhi  keinginan   seksual  mereka.  Mereka  turut
15

1
mendapati  gangguan  seksual  berbentuk  ‘Quid  Pro  Quo’.  ‘Quid  Pro  Quo’  dalam  buku
Balakrishnan  &  Rosazman  (2007:98)   adalah  apabila  individu  ingin  mendapat  faedah
seksual  daripada  pekerjanya   sebagai  syarat  untuk  bekerja.  Dalam  kajian  Dr.  Azizi  Hj.
Yahaya  (2010)  terhadap  gangguan  seksual  di  kalangan pekerja wanita  sektor industri di
Johor  Bahru,  mendefinisikan  gangguan  seksual  sebagai  gangguan  yang  berunsur   seks
sama  ada  secara  lisan,  bukan  lisan, visual, psikologi atau fizikal, boleh dianggap  sebagai
syarat  berbentuk  seksual  yang  dikenakan  ke  atas  pekerjanya  dan  boleh  juga  dianggap
sebagai  pencabulan  maruah  atau  penghinaan  atau  ancaman terhadap pekerja itu tanpa
mengaitkan  pekerjaannya.  Gangguan  secara  lisan  bermaksud  kata­kata,  komen,
gurauan,  usikan,  bunyi­bunyian  dan  soalan­soalan  yang  lucah  dan   berbentuk   ancaman
manakala  perlakuan  seperti  pandangan   atau  kerlingan  yang  membayangkan  sesuatu
niat  atau  keinginan,  memakan   makanan  dengan  cara  menggoda,  isyarat  tangan  atau
bahasa  isyarat  yang  membayangkan  perlakuan  seks  dan  tingkah  laku  mengurat  yang
berterusan  boleh  diklasifikasikan  sebagai  gangguan  secara  isyarat  atau  bukan  lisan.
Gangguan  secara  visual  pula  diertikan  sebagai 

menyatakan  perlakuan  seperti

menunjukkan  bahan­bahan  lucah,  melukis  gambar  lucah,   menulis  surat  berunsur
seksual,  mendedahkan  bahagian  badan  yang  sulit  yang  tidak  sepatutnya.  Gangguan
secara  psikologi  pula  adalah  berbentuk  perlakuan  mengulangi   jemputan  sosial  yang
telah  ditolak,  memujuk  rayu  secara  berterusan  untuk  keluar  bersama  atau  bercumbu.
Gangguan  secara  fizikal  merupakan  bentuk  perlakuan  seperti  sentuhan  yang  tidak
diingini,  menepuk,  mencubit,  mengusap  dan  menggesel  badan,  memeluk, mencium dan
membuat  serangan  seksual  seperti  meraba.  Kesemua  jenis  gangguan  seksual  ini
merupakan  maksud  yang  diberikan  oleh  kebanyakan  pengkaji  yang  mengkaji  masalah
sosial di tempat kerja ini.

3.0

Faktor­faktor berlakunya kes gangguan seksual
Menurut  Balakrishnan  &  Rosazman  (2007:101),  faktor utama yang menyebabkan

berlakunya  kes  gangguan  seksual  adalah  kegagalan  pihak  majikan  memberi  penerangan
yang  jelas  tentang  isu  gangguan  seksual  kepada  golongan  pekerja,  setiap  pekerja
haruslah  diberi  penjelasan  dan   penerangan  bahawa  setiap  perkataan  yang  berunsur
lucah,  perbuatan  mengganggu  dengan  niat  seksual,  persentuhan  fizikal,  penampilan
gambar­gambar  porno  dan  sebagainya  adalah  melanggar  peraturan  organisasi.  Di
15

1
Malaysia,  masalah  ini  bukanlah  tidak  berlaku   malah  boleh  dikatakan  kes  ini  berlaku
hampir  di  setiap  organisasi  namun  individu  yang  terlibat lazimnya tidak berani tampil ke
hadapan untuk membuat laporan (Balakrishnan & Rosazman ,2007:101).
Faktor  lain  adalah   si  pelaku  itu  merupakan  seseorang  yang  mengalami   tekanan
jiwa,  mereka  yang  mempunyai  masalah  mental  seperti  ini  biasanya  akan  melakukan
perkara­perkara  yang  diluar  kebiasaan  manusia  tanpa  mempertimbangkan  tentang
implikasi  yang  akan  berlaku,  (Balakrishnan  &  Rosazman  ,2007:101).  Kejadian­kejadian
seperti  ini  bukan  sahaja  mengganggu  ketetenteraman  orang  lain  malah  boleh
membahayakan   keselamatan   mereka  kerana  si  pelaku  yang  melakukan  gangguan  ini
adalah  berada  dalam  keadaan  tidak  waras  yang  mana  mereka  boleh  sahaja  melakukan
sesuatu tanpa berfikir panjang apabila si mangsa ingin melawan.
Yusof  Montak  (2000),  (dipetik  dalam  Balakrishnan  &   Rosazman,  2007:101)
mengatakan  bahawa  terdapat  tiga  faktor utama yang menyebabkan isu ini berlaku  iaitu
yang  pertama  adalah  faktor  majikan  yang  tidak  bertanggungjawab  dengan  tidak
mempedulikan  aduan­aduan  yang  dibuat oleh para pekerja. Majikan  sendiri turut sesuka
hati  memperlakukan  pekerjanya  dan   menawarkan  kenaikan  pangkat  kepada  pekerja
yang  menuruti  kehendak  seksualnya.  Faktor  yang  kedua  menurut  Yusof Montak  (2000)
pula  adalah  faktor  kuasa.  Faktor  ini  merujuk  kepada  penyalahgunaan  kuasa  oleh  pihak
pengurusan.  Sebagai  contoh,  pihak  pengurusan  sering  kali  menggunakan  kuasa  yang
ada  pada  mereka   untuk  menindas  pekerja  terutamanya  wanita  untuk  memenuhi
kehendak  seksual  mereka.  Faktor  yang  ketiga  pula  dikaitkan  dengan  sikap  individu
pekerja  itu  sendiri.  Sesetengah  pekerja  menjadikan  masalah  ini  sebagai  batu  loncatan
untuk  mereka  mencapai  kejayaan  dengan  segera.  Pekerja  itu   sendiri  tidak  menolak
gangguan  seksual  yang  dilakukan  oleh   majikannya  kerana dengan cara ini  dia berpeluang
untuk dinaikkan pangkat dengan cepat berbanding pekerja lain.
Kes  gangguan  seksual   yang   kedengaran  tidak  bermoral  dan  sering  kali  menjadi
dilema   pekerja  wanita  pastinya  mempunyai  jawapan,  setidak­tidaknya  faktor  ataupun
punca  mengapa  perkara  ini  boleh  berlaku  terutamanya  di  organisasi  atau
syarikat­syarikat  besar  yang  ahlinya  terdiri  daripada  mereka  yang  rata­ratanya
merupakan  pemegang  ijazah  yang  dilihat  sebagai  orang  yang  berpendidikan  dan  tertib
tingkah  lakunya.  Sama  seperti   apa  yang  dikatakan  oleh  Yusof  Montak  (2004), menurut
Ahmad  Shamsul  Abd  Aziz,  (2004:34)  gangguan  seksual  yang  berlaku  di  tempat  kerja
15

1
biasanya  dikaitkan  dengan  percubaan  seseorang  untuk  menunjukkan  kuasa.  Benarkah
sebegitu?  Clark  (1991)  (  dipetik  dalam  Ishak  bin  Mad  Shah  et.  al,  2004)  mengatakan
bahawa  bahawa  pergerakan  wanita,  revolusi  seksual  dan  penggunaan  pil  perancangan
keluarga  adalah  antara  faktor  yang  didapati  sebagai  penyumbang  besar  kepada
berkembangnya  masalah  sosial  ini.  Pertambahan  jumlah  wanita  yang  bekerja  di industri
pekerjaan  adalah  faktor  utama  yang  menyumbang   kepada  berlakunya  masalah  ini,
ditambah  pula  dengan  pengambilalihan  jawatan  di  syarikat  oleh  wanita  yang  selama  ini
didominasi   oleh  kaum  lelaki  (Clark,  1991),  (dipetik  dalam  Ishak  bin  Mad  Shah  et.   al,
2004).  Farley  (1978),  (dipetik  dalam  Ishak  et.  al,  2004)  dalam  kajiannya  mendapati
bahawa  Pekerja  wanita  semakin  terdedah  sebagai  mangsa   gangguan  seksual sekiranya
didapati  pekerja  wanita  itu mahu  bersaing  dengan pekerja lelaki. Dalam kebanyakan hal,
pekerja  lelaki  tidak boleh menerima yang wanita  itu  sebagai pesaingnya  dan sama taraf
dengan  mereka.  Dalam  kenyataan  Clark  (1991)  dan  Farley  (1978),   mereka  mempunyai
jawapan  yang  sama  tentang  punca  berlakunya  kes  gangguan   seksual  iaitu  penerimaan
pekerja  lelaki  yang  rendah  terhadap  penglibatan  pekerja  wanita  menyebabkan  mereka
sengaja  mengganggu pekerja wanita untuk  menunjukkan  bahawa mereka lebih  berkuasa
dalam  organisasi  tersebut  dan  sebagai  cara  mereka  memandang  rendah  terhadap
pekerja wanita yang dianggap lemah.
Faktor  personaliti  juga  dikatakan  merupakan  faktor  yang  menjurus  kepada
berlakunya  kejadian  gangguan  seksual  dalam  sesebuah  organisasi.  Personaliti  adalah
merujuk  kepada  ciri­ciri  atau  tret­tret  yang  dipunyai  oleh  seseorang  individu
termasuklah  dari  segi  mental,  emosi  dan  spiritual  yang  mana  dapat  membezakan
seseorang  individu  dengan  individu  yang  lain  (Ishak  bin  Mad  Shah  et.   al,  2004).  Dalam
hal  ini,  wanita  yang  dikatakan  mempunyai  sifat­sifat  yang  lebih  menonjol  dalam  banyak
aspek  menyebabkan  mereka  menjadi  sasaran  utama dalam gangguan seksual dan lelaki
pula  majoritinya  berada  di  pihak  si  pelaku.   Walaubagaimanapun,  menurut  Carpenter  &
DeFrancisco  (1998)  dan  Mona  Amin Kalhor (2000) (dipetik dalam Ishak bin Mad  Shah  et.
al,  2004)  jika  seseorang  wanita  itu  mempunyai  personaliti  yang  menunjukkan  mereka
yakin  terhadap  diri  sendiri  maka  mereka  boleh  mengelakkan  diri  daripada  menjadi
mangsa  gangguan  seksual.  Kajian oleh Dr. Azizi Hj. Yahaya et.  al (2010) mendapati cara
berpakaian  antara  salah  satu  faktor  penyumbang  masalah  ini.  Pekerja  wanita  dilihat
lebih  cenderung  menjadi  mangsa  gangguan  seksual  adalah  kerana  gaya  pemakaian
mereka  yang  terlalu   terdedah  dan menjolok  mata.  Tetapi, persoalannya adakah  wanita
15

1
yang  bekerja  di  sektor  perkilangan  yang  memakai  pakaian  seragam  rasmi  kilang
tersebut  berpakaian  menjolok  mata?  Bagaimana  pula  dengan  wanita  yang  bekerja  di
syarikat  yang  sememangnya  dikehendaki  untuk   berpakaian  formal  ke pejabat?  Jika  cara
pemakaian pekerja wanita  itu  mengundang kejadian  ini, bukankah  pihak pengurusan  yang
menyediakan pakaian seragam dan tersebut juga harus dipersalahkan?

4.0

Gangguan seksual dalam sektor pekerjaan di Malaysia: Contoh kes
Di  Malaysia,  kes  gangguan  seksual   yang   mana  pekerja  menjadi  mangsa  kepada

majikan  mereka  bukanlah  suatu  perkara   yang   berlaku.  Contohnya   dalam  kes  pekerja
hotel  di  Tanjong  Bunga,  Pulau  Pinang2  .  Kes  ini  melibatkan  seorang  daripada  enam
kakitangan  hotel  berkenaan  dipaksa  berhenti  kerja  dan  empat  lagi  digantung  kerja
kerana  telah  membuat  pendedahan  mengenai  gangguan  seksual  oleh  pengurus  besar
hotel  tersebut  yang  berbangsa  Jerman.  Mangsa  telah  mengemukakan  aduan  kepada
Pusat  Krisis  Wanita  Pulau  Pinang  (Women  Crises  Centre­WCC)  tentang  kelakuan
pengurus  tersebut  yang  sering  memperlakukan  mereka mengikut  kehendaknya seperti
mencium,  memeluk,  mengusap  rambut,  mencubit  pipi  dan  punggung  serta  sering  kali
mengeluarkan  kata­kata  lucah  kepada  mereka.  41  orang   pekerja  yang  lain  turut
menandatangani  petisyen   membantah  tindakan  pengurus  tersebut  namun  malangnya,
sumbangan  besar  pengurus   tersebut  dijadikan  alasan  untuk  tidak  mengambil  apa­apa
tindakan terhadapnya.
Kajian  dalam  persekitaran  tempatan  telah  dilakukan  oleh  Kesatuan  Sekerja
Bayan  Lepas,  Pulau  Pinang  (dalam  Zaiton,  1990)  (Dipetik  dalam  Ishak  bin  Mad  Shah  et.
al,  2004).  Keputusan sama diperolehi  yang  mana mendapati  bahawa daripada  130 orang
pekerja  kilang  wanita  yang  ditemuduga  oleh  Pegawai  Kesatuan   Sekerja,  80  peratus
daripadanya  mengaku  bahawa  pernah  mengalami  gangguan  seksual  daripada  pihak
pengurusan  atau  pegawai  atasan.  Masalah  ini  lebih  kerap  berlaku  dalam  sektor
perkilangan  dan  perladangan. Daripada ciri­ciri latar  belakang subjek pula,  dapatan kajian
menunjukkan  wanita  yang  menjadi  mangsa  gangguan  seksual   boleh  terdiri   daripada
sesiapa  sahaja  tanpa  mengira  umur,  rupa  fizikal,  taraf  pendidikan  dan  status
 Sorotan akhbar daripada Utusan Malaysia (15 Februari 2000) p.103, dipetik dalam Balakrishnan &
Rosazman, Isu­isu pekerjaan dalam Organisasi Industri dan Perindustrian (UMS, 2001,2007).
2

15

1
perkahwinan.  Walau  bagaimanapun,  kumpulan  pekerja  wanita  yang  menghadapi  risiko
tinggi  untuk  menjadi  mangsa  gangguan  seksual  ialah  wanita  yang  berumur  30  tahun  ke
bawah, belum berkahwin, balu atau janda.
Kajian  kes  tentang  gangguan  seksual  di  sektor  awam  telah  dijalankan  oleh
Sabitha  Marican  (1999)  (dipetik  dalam  Balakrishnan  &  Rosazman,  2007:104)  yang  mana
beliau  telah  memilih  seramai  586  responden  yang  72%  terdiri  daripada  pentadbir  lelaki
dan   selebihnya  ialah  pentadbir  wanita.  Kajian  mendapati   gangguan  seksual  berlaku
tanpa  mengira  kaum  yang  mana  43.2%  melibatkan  kaum  Melayu,  Kaum  Cina  adalah
yang  paling  tinggi  peratusnya  iaitu  sebanyak  50%,  manakala  kaum  India  sebanyak
42.8%  dan  selebihnya  pula  lain­lain  kaum  (Sabitha  Marican,  1999:35).   Secara  total,
kajian  mendapati  65.9%  kes  gangguan  seksual  dilakukan  oleh  teman  sekerja,  13.6%
oleh  pekerja  bawahan,  ketua  atau  penyelia  sebanyak   5.7% dan yang paling  sedikit  iaitu
4.5% adalah gangguan seksual daripada pelanggan.
Satu  kes  yang  melibatkan  pekerja  wanita  yang  dalam  kes  ini  bukan  menjadi
mangsa  tetapi  telah  melakukan  gangguan  seksual  terhadap  pelanggannya  telah
diberhentikan  kerja.   Menurut  Ahmad  Shamsul  Abd  Aziz  (2004:91),  pekerja  yang
bernama  Jenny  itu  bekerja   di  sebuah  hotel  antarabangsa  di  Malaysia  sebagai  tukang
urut  dan  sering  kali  menawarkan  pelanggannya  ‘perkhidmatan  tambahan’  secara
berbayar.  Pada  12 April  1989, seorang  pelanggan rakyat Amerika telah  mengadu kepada
pihak  pengurusan  hotel  apabila  pekerja  itu  cuba  menawarkan  ‘perkhidmatan  tambahan’
secara  berbayar  kepadanya.  Pada  23  Mei,  pelanggan  berbangsa  Jepun  turut  mengadu
tentang  hal  yang  sama   dan  seterusnya  oleh  seorang  wanita  berbangsa  Itali  pada  14
Julai  1989.  Pekerja  itu  telah  diberi  amaran  sebanyak  dua  kali  oleh  pihak  pengurusan
namun apabila aduan  yang  ketiga  diterima, akhirnya pekerja  telah diberhentikan pada  21
Julai  1989.  Pekerja  cuba  menafikan  tuduhan  itu  dengan  mengatakan  ‘perkhidmatan
tambahan’  yang  dimaksudkannya  adalah   memotong  kuku  dan  mencuci  rambut,
walaubagaimanapun  alasan  ini  telah  ditolak  oleh   mahkamah  perindustrian  kerana
mahkamah  mendapati  bahawa  sekiranya   apa  yang  dikatakan  oleh  pekerja  itu  adalah
benar,  pelanggan yang berbeza  tidak  mungkin  membuat aduan yang sama terhadapnya.
Mahkamah  juga  berpuas   hati  bahawapara  pelanggan  membuat  aduan  mengenai
perkhidmatan  seks  secara  berbayar  dan  bukanlah  satu  ‘tindakan  yang  jujur’  seperti
memotong  kuku  ataupun  mencuci  rambut  (Ahmad  Shamsul  Abd  Aziz,  2004:93).
15

1
Pemecatan tehadap pekerja dianggap sah.

5.0

Kesan­kesan gangguan seksual
Gangguan  seksual  yang  berlaku  dalam  bidang  pekerjaan  di  Malaysia  tidak  boleh

dianggap  remeh  kerana  percaya  atau  tidak  masalah  sosial  ini  mampu  memberi  kesan
yang  serius  bukan  sahaja  terhadap  individu  malah  turut  memberi  kesan   terhadap
organisasi  dan  kesihatan.  Ishak  bin  Mad  Shah  et.  al.  (2004)   menegaskan  bahawa
gangguan  seksual  merupakan  tingkah  laku  yang  tidak  bermoral  yang  mana  boleh
merendahkan  kehormatan  kedua–dua  mangsa  dan  pelaku  dan  berpendapat  bahawa
lelaki   dan  perempuan  haruslah  menjaga   akhlak  masing­masing  bagi  mengelakkan
masalah gangguan seksual ini semakin menjadi­jadi.
Balakrishnan  &  Rosazman  (2007:104)  mendapati  gangguan seksual  dalam  sektor
pekerjaan  akan  memberi  kesan  yang  buruk  kepada  sesebuah  organisasi.  Menurut
mereka,  kesan  utama  gangguan  seksual  menyebabkan  sesebuah  syarikat   mengalami
kerugian  yang  besar.  Utusan  Malaysia  (19  Ogos  1998)  (dipetik  dalam  Balakrishnan  &
Rosazman,  2007:104)  telah  menerangkan  bahawa  sebuah  syarikat   besar  yang
tersenarai  dalam  Fortune  500  mengalami  kerugian  sebanyak  AS$6.7  juta  setahun
termasuklah  bayaran  ganti rugi dan kos  mahkamah  kerana  isu gangguan  seksual.  Dalam
hal  ini,  kes  gangguan  seksual  bukanlah  sesuatu  perkara  yang  boleh  dipandang  ringan
kerana  perkara  ini  mampu  mempengaruhi  jatuh  bangunnya   sesebuah  organisasi  tidak
kiralah  sama  ada  organisasi  itu  besar  mahupun  yang  baru  mulai  bertapak  di  bidang  ini.
Pekerja  yang  berada  di  bawah  tekanan  dan  ketidakselesaan  sudah  tentu  tidak  dapat
melakukan  pekerjaan dengan sepenuh penumpuan kerana sering dibayangi  oleh masalah
ini.  Mereka  mungkin  akan  sering  mengelak  untuk  datang   bekerja  kerana  bimbang  akan
gangguan  daripada  majikan  ataupun  rakan  sekerja  sendiri.   Walaupun  mereka  datang
bekerja  seperti  biasa,  prestasi  kerja  mereka  tidak  sebaik  sebelumnya  kerana
persekitaran  kerja  yang  semakin  tidak  selesa  mempengaruhi  profesionalisme  mereka.
Keadaan  ini  akhirnya  sudah tentu akan  menjejaskan organisasi itu sendiri  sama  ada  dari
segi ekonomi mahupun imej organisasi tersebut.
Gangguan  seksual  juga  akan  memberi  kesan  terhadap  psikologi  pekerja.   Kajian
yang  dilakukan  oleh  Dr.   Azizi  Hj.  Yahaya  et.  al.  (2010)  mendapati  terdapat   kesan
15

1
psikologi  ke  atas  mangsa  yang  pernah  berhadapan  dengan  salah  satu  daripada  tingkah
laku  yang  disenaraikan  di  dalam  soalan­soalan  edaran.  Dapatan  kajian beliau  mendapati
bahawa  responden  menghadapi  perasaan  tertekan, marah,  sugul, bimbang  dan mereka
mengakui  tidak  dapat  menumpukan  perhatian  sepenuhnya  terhadap  tugas  akibat
daripada  tingkah  laku  seksual  rakan  sekerja.  Berikutan  dengan  perasaan  takut,  marah
dan   terancam  ini,  masalah  serius  seperti  mangsa  yang  pernah  melalui  gangguan  ini
akan mengambil  keputusan untuk  tidak  bekerja  di mana­mana syarikat  lagi  kerana takut
peristiwa  sebegini  akan  berulang  lagi  di  tempat  yang  baru  (Balakrishnan  &  Rosazman,
2007:105).  Emosi  mereka  yang  sering  tertekan  pula  akan  mengakibatkan  produktiviti
kerja  mereka  merosot  dan  mereka  mungkin  akan  berhadapan  dengan  tindakan
pemecatan  oleh  pihak  majikan.  Selain  itu,  mangsa  juga   akan  merasa  tidak   selamat
untuk  menceburi  bidang  pekerjaan  kerana  mereka  sering  dinilai  berdasarkan  daya
tarikan  berbanding  dengan  kebolehan  dan  kualiti  kerja  mereka.  Justeru  itu  ada
dikalangan  mangsa  sanggup  kehilangan  kerja,  ponteng  kerja,  ketidakpuasan  kerja  dan
kegagalan  hubungan interpersonal di tempat  kerja. Tekanan  perasaan  akan dialami oleh
pekerja  yang  mana  masalah  ini  merupakan  masalah   yang   serius  yang  boleh
mempengaruhi  masa  depan  pekerja  itu  kelak.  Balakrishnan  &  Rosazman  (2007:105)
menegaskan  bahawa  masalah­masalah  ini  akan  menghalang  seseorang  pekerja  untuk
memperkembangkan kerjayanya.
Mungkin  perkara  ini  jarang  didengar  di  kalangan  masyarakat  namun  gangguan
seksual  didapati  boleh  memberi  kesan  yang  tidak  baik terhadap kesihatan pekerja yang
menjadi  mangsa.  Masyarakat  mungkin  tidak  percaya  bagaimana  dengan  mengganggu
secara  seksual  sahaja  boleh  menjejaskan  kesihatan  mereka  yang  menjadi  mangsa
tetapi   hal  ini  terbukti  benar  setelah  dibuat  kajian  dengan  lebih  mendalam.  Beberapa
pengkaji  yang  menjalankan  kajian  ke  atas  gangguan  seksual  telah  menyatakan  bahawa
gangguan  seksual  membawa  kesan  negatif  ke  atas  kesihatan  mangsa  seperti
gangguan  dalam  perut,  masalah  berkaitan  dengan  pergigian,   sakit  kepala,  sukar  untuk
tidur,  kelesuan  dan  rasa  loya  (Sabitha  Marican,  2000)  (dipetik  dalam  Balakrishnan  &
Rosazman,  2007:106).  Bukan  itu  sahaja,  mangsa  gangguan   seksual  juga  akan
berhadapan   dengan  masalah  pengurangan  berat  badan  yang  tidak  mustahil  boleh
menjadi  masalah  yang  serius  apabila berat  badan mangsa jauh merosot  daripada berat
ideal  seseorang  individu.  Gangguan  yang  dirasai  secara  berterusan  membuatkan
pekerja  sentiasa  merasai  gangguan  walaupun  pada  saat  ia  bersendirian,  kebimbangan
15

1
sebegini  akan  membuatkan  selera  makan  mangsa  semakin  berkurang,   gaya  hidupnya
turut  berubah  dan  sedikit  demi  sedikit  mangsa   mulai  menjalani  cara  kehidupan  yang
tidak  sihat.  Mereka  yang  melalui  tempoh  sulit  seperti  ini  amat  kasihan  lebih­lebih  lagi
apabila  tidak  terdapat  sebarang  pembelaan  yang  dilakukan  untuk  melindunginya.
Kehidupan  mereka  yang  mengalami  perubahan  negatif   bukan  sahaja  akan  menjejaskan
kesihatan  tetapi   juga  telah  mengubah  mereka  menjadi  seseorang  yang  jauh  berbeza
dari sifat asalnya.

6.0

Langkah mengatasi masalah gangguan seksual
Masalah  gangguan  seksual  kadangkala  masih  dianggap  sebagai  kes  terpencil  di

dalam  masyarakat  kita.   Ini  mungkin  disebabkan  oleh  rasa  malu,  takut   dan  bimbang
mangsa  untuk  mengadukan  kes  mereka  ke  pihak  yang  berkuasa   atau  juga  kerana
persepsi tipikal  yang  ada pada para  pekerja  di Malaysia  yang  menganggap  ianya  hanyalah
gurauan   dan  usikan  semata­mata  dan  tidak  yakin  akan  menang  walaupun  kes  ini
dilaporkan.  Selain  itu,  pekerja  juga  mempunyai   pemahaman  yang  terbatas  tentang  isu
gangguan  seksual  ini  yang  mana  mereka  kurang  pasti  tentang  hak  dan  tindakan  yang
boleh  dilakukan  sekiranya  berhadapan  dengan  situasi  ini.  Fenomena  ini  menyebabkan
usaha  membantu  mangsa  yang  teraniaya  sukar  dilakukan.  Berikutan  itu,  mangsa
mengalami  penderaan  berterusan  tanpa  mendapat  perhatian  masyarakat  dan
perlindungan  sewajarnya  sekaligus  menyebabkan  mereka  mengalami  gangguan  mental,
emosi  dan  masalah  kesihatan.   Justeru,  bagi  mengelakkan  masalah  ini  semakin
membengkak, langkah­langkah mengatasi haruslah diambil denga segera.
Antara   langkah  yang  boleh  diambil  adalah  dengan  pelaksanaan  undang­undang
yang  menggariskan   dengan  jelas  larangan  terhadap  perbuatan  gangguan  seksual dalam
sektor  pekerjaan.  Dalam  hal  ini,  pihak  yang  berperanan  penting  dalam  mencari
penyelesaian  adalah  Kementerian  Sumber  Manusia.  Kod  Amalan  mencegah  dan
membasmi  gangguan  seksual  di  tempat   kerja  yang  dilancarkan  oleh   Kementerian
Sumber  Manusia  Malaysia  merupakan  langkah  yang  sistematik  bagi  mengatasi  masalah
yang  semakin  meruncing  ini.  Kod  ini  diwujudkan  untuk  memastikan  persekitaran
pekerjaan  berada  dalam  keadaan  selamat  dan   bebas  daripada  sebarang  masalah
gangguan  seksual.  Kod  ini  memberi  panduan  tentang   tindakan­tindakan  yang  boleh
15

1
diambil  sekiranya  peraturan  didalamnya dilanggar. Kod ini juga bertujuan untuk  memberi
garis  panduan  kepada  para  majikan  mengenai  penubuhan  mekanisme  dalaman  di
peringkat  organisasi  bagi  mencegah  dan  membasmi  gangguan   seksual  di  tempat  kerja
(Balakrishnan  &  Rosazman,  2007:106).  Jabatan  Perkhidmatan  Awam  juga   telah
mengeluarkan  Pekeliling  tentang   garis  panduan  mengendalikan  gangguan   seksual  di
tempat  kerja  dalam  perkhidmatan  awam  pada  tahun  2005.  Matlamat  utama   garis
panduan  ini  adalah  bersifat  untuk  mendidik,  memberi  kefahaman  dan  sebagai  tindakan
pencegahan  bagi  mengelakkan   perbuatan  serta  salah  laku  yang  boleh  dikategorikan
sebagai  gangguan  seksual.  Melalui  usaha  ini  ia  diharapkan  dapat  memelihara
perhubungan  di  tempat  kerja  agar  lebih  harmoni,  saling  hormat  menghormati  dan
meningkatkan  nilai   budi  bahasa  serta  integriti  pegawai  dan  mengandungi  huraian  lanjut
berhubung  kategori  dan  jenis  perlakuan  gangguan  seksual,  kesan­kesannya,  tindakan
untuk  mengendalikan  gangguan  seksual  di  tempat  kerja  dan  langkah­langkah
pencegahan3.  Walaubagaimanapun,  bagi  memastikan  masalah  sosial  di  persekitaran
tempat  kerja  dapat  diatasi   secara  menyeluruh,  undang­undang  rasmi  daripada  pihak
kerajaan  amat  diperlukan.  Utusan  Online  (09  Julai  2010)  menerangkan  bahawa  pindaan
Akta  Kerja  1955  yang  telah  dibentangkan  oleh  Timbalan  Menteri  Sumber  Manusia,
Datuk  Maznah  Mazlan  menyebut  aduan  gangguan  seksual  boleh  dibuat   membabitkan
pekerja  terhadap  pekerja,  pekerja  terhadap  majikan,  majikan  terhadap  majikan  dan
majikan  terhadap pekerja.  Pekerja  boleh dipecat  tanpa notis, diturunkan pangkat malah
digantung  kerja  tanpa  gaji  tidak  melebihi  dua  minggu  sekiranya  didapati  melakukan
gangguan  seksual  ke  atas  rakan  sekerja  yang  lain.  Dalam  pindaan  ini  menyatakan
kes­kes  gangguan  seksual  yang  dilakukan  majikan  terhadap  pekerja,  aduan  boleh
dilakukan  terus  kepada  Ketua  Pengarah  Jabatan  Tenaga   Kerja  (JTK).  JTK  boleh
menamatkan  kontrak  kerja   majikan  tersebut  dan  pekerja   bawahannya  yang  menjadi
mangsa  akan  dibayar  ganti  rugi.  Dr.  Azizi  Hj.  Yahaya  et.  al  (2010)  pula  berpendapat
bahawa  satu  undang­undang  khusus  berkaitan  dengan  gangguan  seksual  agar  masalah
ini  dapat  diberi  fokus  yang  khusus  supaya  kes  ini  dapat  diadili  dan  dibendung.  Selain
kerajaan,   badan  bukan  kerajaan  (Non­Governmental  Organisations­NGOs)  juga
sebenarnya  berperanan  penting  dalam  mengatasi  masalah  gangguan seksual  di tempat
kerja.  Contohnya,  Pertubuhan  Pergerakan  Awam  (AWAM)  yang  boleh  menerima  aduan
 Pekeliling Perkhidmatan, Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual di Tempat Kerja dalam
Perkhidmatan Awam, (Perkhidmatan Awam) Bilangan22, 2005.
3

15

1
daripada  pekerja  wanita  dan  mengajukan  kepada  pihak  yang  berkuasa  (Balakrishnan  &
Rosazman,  2007:106).  Ishak  bin  Mad  Shah  et.  al.  (2004)  dalam  kajian  mereka
mendapati  bahawa  belum  ada  satu  undang­undang  khusus  yang  berkaitan  dengan
gangguan  seksual  dan  inimenimbulkan  masalah  kepada mangsa untuk  membuat laporan
kerana  tidak ada prosedur  yang  jelas untukdijadikan  panduan kepada mangsa  tentang di
mana  dan  bagaimana  untuk  membuat  aduan.  Mereka  mencadangkan   agar  satu
undang­undang   yang   khusus  berkaitan  dengan  gangguan seksual  diwujudkan supaya kes
yang  berkaitan  dengan  masalah  gangguan  seksual   dapat  diadili  dan  dibendung.  Pusat
Kesedaran  Wanita  atau  yang  dahulunya dikenali sebagai  Pusat  Krisis Wanita (WCC) juga
turut  aktif  membantu  mangsa­mangsa  gangguan  seksual  untuk  memfailkan  kes
mereka  dan  menyediakan  siri  risalah  yang  bertujuan  untuk  melengkapi  mangsa
pengetahuan  tentang  hak­hak  mereka.  Selain  itu,  WCC  melalui  Joint  Action  Group
Against  Violence  Against  Women  (JAG)  juga  telah  mencadangkaan  satu  rang
undang­undang gangguan seksual.
Langkah  seterusnya  adalah  dengan  mengadakan  khidmat  kaunseling  di  tempat
kerja.  Dengan  adanya  khidmat  ini,  sekurang­kurangnya  tekanan  para   pekerja  dapat
dikurangkan  dan  merasa  lebih  lega.   kemudahan  khidmat  kaunseling  perlu  diwujudkan  di
setiap  industri  dan  organisasi  bagi  membolehkan  mangsa  gangguan  seksual   mengadu
masalah  mereka  dan  mendapatkan  bantuan  pakar  kaunseling,  mangsa  perlu  dibantu
untuk mengembalikan keyakinannya serta menghilangkan  rasa  takut akibat dari masalah
ini.  Peranan  kaunseling  dalam  membantu  dan  menangani  masalah  gangguan  seksual
amat  penting  dalam  masyarakat  moden   yang   mana  keadaan  hidup  dan  masalah  yang
dihadapi  begitu  rumit  dan  tidak   dapat  diselesaikan  dengan  sendiri  (Ishak  bin  Mad  Shah
et.  al,  2004).  Menurut  Dr.  Azizi  Hj.  Yahaya  et.  al.  (2010),  setiap  organisasi  perlu
menubuhkan  pusat  kaunseling  di  kawasan  masing­masing  kerana  ia  dirasakan perlu  bagi
memberi  nasihat  dan  motivasi  kepada  para  pekerja  yang  mungkin menghadapi  pelbagai
masalah  yang  boleh  menjurus  kepada  perilaku  gangguan  seksual.  Khidmat  kaunseling
boleh juga diberikan  kepada si  pelaku  jika  mereka datang  untuk meminta pendapat atau
nasihat.  Mungkin  dengan  ini  alasan  sebenar  mengapa  mereka  berkelakuan  tidak  baik
dapat  diketahui  dan  mereka  juga  dapat  dibantu.  Kaunseling  dalam  bentuk  seminar  dan
bengkel  tentang  gangguan  seksual  boleh  juga  dijalankan.  Motif  utama  mengadakan
perhimpunan  dalam  bentuk  bengkel  dan  seminar  adalah  bertujuan  untuk
membincangkan  sesuatu  isu  dan  bersama­sama  mencari  jalan  penyelesaian  bagi
15

1
menghasilkan  satu  memorandum  yang  boleh  berguna  untuk semua  manusia  (Sabitha  &
Rusimah,  2003).  Ishak  bin  Mad  Shah  et.  al.  (2004)   mencadangkan  pengkaji
mencadangkan  supaya  setiap  organisasimenganjurkan  seminar  khas  yang  berkaitan
dengan  gangguan  seksual  bagi  memberi  kesedaran  kepadapekerja  mengenai  masalah
ini.  Langkah  tersebut  sesuai  dilaksanakan  terutamanya  kepada  pekerja   kilang  yang
bekerja mengikut syif yang mudah terdedah kepada masalah ini di tempat kerja.
Di  samping  itu,  masyarakat  awam  termasuk  pekerja­pekerja  perlu  diberi
pendidikan  bagi  tujuan  menyedarkan  mereka  tentang  pelbagai  masalah  gangguan
seksual  yang  wujud.  Pendidikan  serta  latihan  khas  perlu  diberikan  kerana  menurut
pandangan  pengkaji­pengkaji  dalam  isu  ini,  masih  kurang  pengetahuan  dan  pemahaman
masyarakat  tentang  gangguan  seksual. Mereka kurang  pasti tentang tindakan­tindakan
yang  boleh  dilakukan  untuk  membantu  mereka.  Mereka  juga  tidak  begitu  tahu tentang
apakah  perkara  yang  boleh  dikategorikan  sebagai  gangguan  seksual   dan  sebagainya.
Menurut  Sabitha  &  Rusimah  (2003),  haruslah  ada  pernyataan   polisi  terhadap  gangguan
seksual  yang  tegas,  sistem  laporan  yang  jelas  dan  program  latihan  dan  pendidikan
mengenai gangguan seksual.
Menurut  Balakrishnan  &  Rosazman  (2007:107),  Kesatuan  Sekerja  juga  boleh
memainkan  peranan   mereka  sebagai wakil  pekerja  bagi  sama­sama mengatasi masalah
ini.  Kesatuan  Sekerja  perlu  bersemuka  dengan  para  majikan  dan   membuat  rundingan
dengan  pihak   majikan  dan  sama­sama  mencari  penyelesaian.  Kesatuan  Sekerja  boleh
menjalankan  satu  aktiviti  atau   apa­apa  program  yang  dapat  memberi   maklumat  yang
berguna  kepada  ahlinya  serta  memastikan  ahlinya  bukan  pihak  yang  cenderung
melakukan  gangguan  seksual.  Kesatuan  Sekerja  sebagai  sebuah  Kesatuan  yang
mempunyai  watak  yang  penting  serta  boleh  dikatakan  berpengaruh  di  kalangan  ahlinya
iaitu  para  pekerja  boleh  menganjurkan  program­program  promosi  dan   pendidikan  bagi
mewujudkan  budaya  kerja  yang  menjamin  suasana  yang  selamat  dan  sihat,   yang   mana
setiap  pekerja  tanpa  mengira   jawatan  atau  status  dihormati  maruahnya  dan  bebas
dari  sebarang  bentuk  gangguan,  penghinaan  dan  ancaman  yang  berbentuk  seksual
(Balakrishnan  &  Rosazman,  2007).  Selain  itu,  kesatuan  sekerja  sendiri  boleh
menyediakan   perkhidmatan  kaunseling  kepada  pekerja  dengan  cara  mendengar  aduan
daripada  mereka,  memahami  masalah  dan  memberi  sokongan  serta  nasihat  dan
seterusnya  mereka  boleh  berunding  dengan  organisasi  tempat  individu  itu  bekerja.
15

1
Dengan  campur  tangan  pihak  Kesatuan   Sekerja,  sudah  tentunya  dapat  membantu
menyelesaikan  masalah  ini  di  tempat  kerja  kerana  jika  seseorang  majikan  itu  tidak
mengambil  peduli  tentang  masalah  pekerjanya  ataupun  yang  lebih  teruk  lagi  adalah
majikan  itu  sendiri  adalah  pelaku  gangguan  seksual, pastinya majikan tersebut  bimbang
andai  berlaku  ketidaksefahaman  dengan  Kesatuan  Sekerja  kerana  Kesatuan  Sekerja
merupakan  wakil  daripada beribu  orang  pekerja dan mereka  boleh  membawa perkara ini
ke tengah.
Walau  bagaimanapun,  langkah­langkah  yang  mengambil  kira  kepentingan  dan
perspektif  mangsa  juga  harus  diambil  kira.  Gangguan  seksual  sukar  untuk  diatasi
kerana  pihak  yang  terlibat  iaitu  mangsa  tidak   semestinya  akan  tampil  untuk  membuat
aduan.  Tindakan  mereka  ini  dipengaruhi  oleh  banyak  perkara  dan  yang  paling  utama
tentunya  kerana  diselubungi  perasaan  takut  dan  malu.  Oleh  itu,  untuk  menggalakkan
mangsa  gangguan  seksual  membuat  aduan,  maklumat  yang  diterima  hendaklah
seboleh­bolehnya  diklasifikasikan  sebagai  sulit  untuk  menjaga  maruah  mangsa
terutamanya  semasa  membuat  aduan  dan  pada  masa  penyiasatan  terhadap aduan itu
dijalankan.  Jika  aduan   yang   dilakukan  oleh  mangsa  terbukti  betul,  mangsa  haruslah
dibayar  ganti  rugi  kerana  telah  dianiaya  dan  jawatannya  juga   perlulah  dipulihkan
sekiranya dia dipecat disebabkan masalah ini.

7.0

Kesimpulan
Kesimpulannya,  terdapat  banyak  jenis  gangguan  seksual  yang  boleh  terjadi  di

persekitaran  tempat  kerja.  Majikan   dan  pekerja  merupakan  aktor  utama  yang  terlibat
yang  mana  pekerja  sering  kali  menjadi  mangsa  gangguan  seksual   sama  ada  oleh
majikan  ataupun rakan sekerja  pekerja  itu  sendiri.  Lazimnya, gangguan  seksual diantara
pekerja  melibatkan  pekerja  lelaki  sebagai  pelaku   dan  pekerja  wanita  sebagai  mangsa.
Walau  bagaimanapun,  dalam  sesetengah  kes  terdapat  juga  keadaan  di  mana  pekerja
lelaki   turut  menjadi  mangsa gangguan seksual  dan kemungkinan  dalam  kes  ini pelakunya
adalah  majikan   wanita.  Gangguan  seksual  dilakukan  dengan  pelbagai  motif  yang
berbeza.  Ada  pihak  yang  melakukannya  hanya  sekadar  suka­suka  dan  ada  juga   yang
memang  berniat  untuk  mengambil  kesempatan  malah  ada  sesetengah  pihak melakukan
gangguan  seksual  dengan  niat  untuk  memalukan  pekerja  tersebut.  Penerimaan  lelaki
15

1
terhadap  pertambahan  kakitangan  wanita  di  tempat  kerja  dijadikan  faktor  yang
mendorong  berlakunya  masalah  ini.  Di  samping   itu,  personaliti  wanita   yang   dikatakan
sebagai  pihak  yang  paling  kerap  menjadi  mangsa  turut  dikatakan  sebagai  faktor
penyebab.  Gangguan  seksual  di  tempat  kerja  banyak  memberikan  kesan   yang   negatif
terhadap  organisasi,  pekerja  dan  kesihatan  pekerja  tersebut.  Si  pelaku  sebenarnya
turut  menerima  kesan   yang   buruk  kerana  apabila  identitinya terdedah dia bukan sahaja
akan  mendapat  malu  tetapi  turut  mengalami  kerugian  kerana  perlu  membayar  ganti
rugi  dan  berkemungkinan  besar  akan  dipecat  dan  akan  dikenakan  tindakan  tatatertib.
Sebagai  sebuah  negara  yang  sedang  beralih  ke  status  negara  maju,  Malaysia
seharusnya  tidak  tidak  dijatuhkan  dengan   hal­hal  seperti  ini.  Kes  gangguan  seksual
terutamanya  di  organisasi­organisasi  besar  akan memburukkan imej negara,  orang  luar
sebagai  contoh  pelabur  dan  pelancong  asing  akan  mempunyai  pandangan  yang  negatif
terhadap  tingkah  laku  orang  Malaysia  umumnya  dan  pekerja  yang  melakukan  gangguan
seksual  itu.  Dari  sudut  pandangan  lain,  perkara  ini  turut  akan  mempengaruhi
pembangunan  ekonomi  negara  kerana  prestasi   dan  produktiviti  kerja  mangsa  akan
merosot  dan  mereka  juga  mungkin  akan  meletak  jawatan  dan  berkeputusan  untuk
tidak  bekerja  di  mana­mana  syarikat  lagi.   Seandainya  masalah  gangguan  seksual
semakin  bertambah tentunya  lebih ramai pekerja yang terganggu prestasi kerjanya dan
lama­kelamaan tidak mustahil  sesebuah  organisasi itu  akan kehilangan  produktiviti  kerja
yang  cemerlang  dan  ini  bukan  sahaja  akan  memberi  kesan ke atas  organisasi itu  malah
turut  mempengaruhi   ekonomi  negara.  Oleh  yang  demikian,  langkah­langkah  mengatasi
perlulah  dilakukan  dengan  segera  agar  masalah  ini  dapat  dikurangkan  ke  tahap  yang
paling  minimum.  Cadangan  tanpa pelaksanaan yang segera dan  efektif hanyalah  seperti
tin  kosong  kerana  sebanyak  mana  cadanga  yang  dikemukakan  tanpa  ada  pelaksanaan
hanyalah membuang masa semua pihak.

15

1
8.0

Rujukan

Ahmad  Shamsul  Abd.  Aziz.  Februari  2004.  Undang­undang  Gangguan  Seksual   Di
Malaysia,
Universiti Utara Malaysia, Bisnes Dan Pengurusan.
Balakrishnan Parasuraman & Rosazman Hussin. 2007. Isu­isu Pekerjaan Dalam
Organisasi Industri Dan Perindustrian, Gangguan Seksual Di Persekitaran Pejabat.
Universiti Malaysia Sabah, hlm. 97­109.
Sabitha Marican. 2005. Membentuk Suasana Kerja Positif, Sikap Terhadap Wanita Dan
Kesannya Ke Atas Persepsi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja. Utusan Publication
& Distributors Sdn Bhd.
Dr. Azizi Hj Yahaya et al. 2010. Gangguan Seksual Di Kalangan Pekerja Wanita Sektor
Industri  Di  Johor  Bahru:  Sejauh  Manakah  Kebenarannya.  Diakses  pada  15
Februari
2011 dari http://www.eprints.utm.my/10419/1.pdf
Ishak  bin  Mad  Shah  et  al.   2004.  Gangguan  Seksual  Di  Tempat  Kerja:  Kajian  Ke  Atas
Mangsa
Dan Pelaku Di Sekitar Johor Bahru, Johor. Diakses pada 15 Februari 2011 dari
http://www.eprints.utm.my/2702/1/71958.pdf
Sabitha Marican dan Rusimah Sayuti. 2003. Persepsi Gangguan Seksual Di Institusi
Pendidikan: Kejadian Dan Strategi Penyelesaian. Kertas Kerja yang dibentangkan di
Seminar Kebangsaan Penyelidiikan Pendidikan Guru,Kuching Sarawak 19­20 Ogos,
2003. Diakses pada 15 Februari 2011 dari
http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/sabithaUUMkk.pdf
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22. 2005. Pelaksanaan Garis Panduan Mengendalikan
Gangguan Seksual Di Tempat. Diakses pada 15 Februari 2011 dari
http:// www.eghrmis.gov.my/wp.../pekeliling/PP05/PP05Bil22/pp0522.pdf

15

1
15

1

More Related Content

What's hot

teori feminis
teori feministeori feminis
teori feminisSuff Fyee
 
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi DigitalSCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digitalrosedainty
 
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan globalBab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan globalNur Az
 
Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018
Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018
Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018fr_awe88
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 
Kertas kerja melukis poster
Kertas kerja melukis posterKertas kerja melukis poster
Kertas kerja melukis posterStillah Sobondok
 
E-Portfolio Asas Seni Lukisan (PSVK1084)
E-Portfolio Asas Seni Lukisan (PSVK1084)E-Portfolio Asas Seni Lukisan (PSVK1084)
E-Portfolio Asas Seni Lukisan (PSVK1084)HanisahJabar
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatifZen Shah
 
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIALAsri Mohad
 
Contoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahContoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahyulin_eunice
 
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKANCONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKANNURLIDYAWATI JASMIN
 

What's hot (20)

teori feminis
teori feministeori feminis
teori feminis
 
Isu moral
Isu moralIsu moral
Isu moral
 
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi DigitalSCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Pencemaran udara
Pencemaran udaraPencemaran udara
Pencemaran udara
 
Kes buli
Kes buliKes buli
Kes buli
 
Kertas kerja hari orientasi 2010
Kertas kerja hari orientasi 2010Kertas kerja hari orientasi 2010
Kertas kerja hari orientasi 2010
 
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan globalBab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
 
Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018
Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018
Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018
 
Tugasan 1 ekspresi
Tugasan 1 ekspresiTugasan 1 ekspresi
Tugasan 1 ekspresi
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
Kertas kerja melukis poster
Kertas kerja melukis posterKertas kerja melukis poster
Kertas kerja melukis poster
 
E-Portfolio Asas Seni Lukisan (PSVK1084)
E-Portfolio Asas Seni Lukisan (PSVK1084)E-Portfolio Asas Seni Lukisan (PSVK1084)
E-Portfolio Asas Seni Lukisan (PSVK1084)
 
9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
 
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
 
Contoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahContoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalah
 
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKANCONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
 
Penyata pendapatan
Penyata pendapatanPenyata pendapatan
Penyata pendapatan
 
Sisihan piawai
Sisihan piawaiSisihan piawai
Sisihan piawai
 

Similar to Gangguan Seksual dalam Sektor Pekerjaan di Malaysia.

contoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalcontoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalRohana Hamid
 
Aggresif di kalangan_remaja_part_2
Aggresif di kalangan_remaja_part_2Aggresif di kalangan_remaja_part_2
Aggresif di kalangan_remaja_part_2Eyda Fareeda
 
Aggresif di kalangan_remaja_part_2
Aggresif di kalangan_remaja_part_2Aggresif di kalangan_remaja_part_2
Aggresif di kalangan_remaja_part_2Eyda Fareeda
 
Tugasan 3 p kumpulan
Tugasan 3 p kumpulanTugasan 3 p kumpulan
Tugasan 3 p kumpulanMastura Nikli
 
Pola hubungan antara laki laki dan perempuan dalam birokrasi
Pola hubungan antara laki laki dan perempuan dalam birokrasiPola hubungan antara laki laki dan perempuan dalam birokrasi
Pola hubungan antara laki laki dan perempuan dalam birokrasiEly Goro Leba
 
Kekerasan pada anak
Kekerasan pada anakKekerasan pada anak
Kekerasan pada anakAlex Susanto
 
Menginteraksikan gender dan kesehatan reproduksi di.ppt
Menginteraksikan   gender dan kesehatan reproduksi di.pptMenginteraksikan   gender dan kesehatan reproduksi di.ppt
Menginteraksikan gender dan kesehatan reproduksi di.pptIntructuresTIK
 
AT_Aksi Nyata_Kekerasan Seksual.pptx
AT_Aksi Nyata_Kekerasan Seksual.pptxAT_Aksi Nyata_Kekerasan Seksual.pptx
AT_Aksi Nyata_Kekerasan Seksual.pptxAtidTriWuryantoro
 
Norma dan Praktik Budaya Kekerasan dalam Rumah Tangga
Norma dan Praktik Budaya Kekerasan dalam Rumah Tangga Norma dan Praktik Budaya Kekerasan dalam Rumah Tangga
Norma dan Praktik Budaya Kekerasan dalam Rumah Tangga pjj_kemenkes
 
Jd005862 155 172
Jd005862 155 172Jd005862 155 172
Jd005862 155 172faizah12
 
Jurnal personaliti
Jurnal personalitiJurnal personaliti
Jurnal personalitiBillah Fendy
 
2. TAHAPPENGETAHUANMASYARAKATTERHADAPKEGANASANRUMAHTANGGA.pdf
2. TAHAPPENGETAHUANMASYARAKATTERHADAPKEGANASANRUMAHTANGGA.pdf2. TAHAPPENGETAHUANMASYARAKATTERHADAPKEGANASANRUMAHTANGGA.pdf
2. TAHAPPENGETAHUANMASYARAKATTERHADAPKEGANASANRUMAHTANGGA.pdfPaviRaman1
 
Kajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar jb
Kajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar jbKajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar jb
Kajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar jbskhariv
 
Kajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar jb
Kajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar jbKajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar jb
Kajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar jbssuser3df8ad
 
Aksi Nyata_Kekerasan Seksual_compressed.pdf
Aksi Nyata_Kekerasan Seksual_compressed.pdfAksi Nyata_Kekerasan Seksual_compressed.pdf
Aksi Nyata_Kekerasan Seksual_compressed.pdfAtidTriWuryantoro
 

Similar to Gangguan Seksual dalam Sektor Pekerjaan di Malaysia. (18)

contoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalcontoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnal
 
Aggresif di kalangan_remaja_part_2
Aggresif di kalangan_remaja_part_2Aggresif di kalangan_remaja_part_2
Aggresif di kalangan_remaja_part_2
 
Aggresif di kalangan_remaja_part_2
Aggresif di kalangan_remaja_part_2Aggresif di kalangan_remaja_part_2
Aggresif di kalangan_remaja_part_2
 
Tugasan 3 p kumpulan
Tugasan 3 p kumpulanTugasan 3 p kumpulan
Tugasan 3 p kumpulan
 
Pola hubungan antara laki laki dan perempuan dalam birokrasi
Pola hubungan antara laki laki dan perempuan dalam birokrasiPola hubungan antara laki laki dan perempuan dalam birokrasi
Pola hubungan antara laki laki dan perempuan dalam birokrasi
 
Isu 2
Isu 2Isu 2
Isu 2
 
Kekerasan pada anak
Kekerasan pada anakKekerasan pada anak
Kekerasan pada anak
 
Menginteraksikan gender dan kesehatan reproduksi di.ppt
Menginteraksikan   gender dan kesehatan reproduksi di.pptMenginteraksikan   gender dan kesehatan reproduksi di.ppt
Menginteraksikan gender dan kesehatan reproduksi di.ppt
 
AT_Aksi Nyata_Kekerasan Seksual.pptx
AT_Aksi Nyata_Kekerasan Seksual.pptxAT_Aksi Nyata_Kekerasan Seksual.pptx
AT_Aksi Nyata_Kekerasan Seksual.pptx
 
Isu gender dan kdrt
Isu gender dan kdrtIsu gender dan kdrt
Isu gender dan kdrt
 
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
 
Norma dan Praktik Budaya Kekerasan dalam Rumah Tangga
Norma dan Praktik Budaya Kekerasan dalam Rumah Tangga Norma dan Praktik Budaya Kekerasan dalam Rumah Tangga
Norma dan Praktik Budaya Kekerasan dalam Rumah Tangga
 
Jd005862 155 172
Jd005862 155 172Jd005862 155 172
Jd005862 155 172
 
Jurnal personaliti
Jurnal personalitiJurnal personaliti
Jurnal personaliti
 
2. TAHAPPENGETAHUANMASYARAKATTERHADAPKEGANASANRUMAHTANGGA.pdf
2. TAHAPPENGETAHUANMASYARAKATTERHADAPKEGANASANRUMAHTANGGA.pdf2. TAHAPPENGETAHUANMASYARAKATTERHADAPKEGANASANRUMAHTANGGA.pdf
2. TAHAPPENGETAHUANMASYARAKATTERHADAPKEGANASANRUMAHTANGGA.pdf
 
Kajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar jb
Kajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar jbKajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar jb
Kajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar jb
 
Kajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar jb
Kajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar jbKajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar jb
Kajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar jb
 
Aksi Nyata_Kekerasan Seksual_compressed.pdf
Aksi Nyata_Kekerasan Seksual_compressed.pdfAksi Nyata_Kekerasan Seksual_compressed.pdf
Aksi Nyata_Kekerasan Seksual_compressed.pdf
 

Gangguan Seksual dalam Sektor Pekerjaan di Malaysia.

  • 1. Sekolah Sains Sosial: Hubungan Industri (HA12) Gangguan Seksual dalam Sektor Pekerjaan di Malaysia Jeffica Jaihon 17 Mac 2011 1.0 Pendahuluan Dalam  bidang  hubungan  industri,  gangguan  seksual  bukanlah  lagi  isu  yang  baru. Hampir  kesemua   organisasi  terutamanya  organisasi  besar  mengalami  masalah  ini. Dalam  konteks  hubungan  industri,  gangguan   seksual  akan   mengganggu  hubungan  di antara  majikan  dengan  pekerja  dan  mewujudkan  konflik  yang memerlukan  penyelesaian segera  untuk menjamin hubungan  yang  baik  serta  tidak  mengganggu perjalanan  industri dalam  mencapai  matlamat  organisasi.Sabitha   &  Rusimah  (2003)   dalam  kajiannya   ke atas  isu  ini  di  Institusi  Pendidikan  menyatakan  bahawa  gangguan  seksual   boleh menggugat  pencapaian  matlamat  Institusi  pendidikan tersebut. Pengamal  industri  juga turut  menyedari  akan  isu  ini  yang  walaupun  terlihat  ringan   namun  sebenarnya  telah menjadi  duri  yang  boleh  menghancurkan  sesebuah   organisasi.  Dalam  hal  ini,  pekerja wanita  merupakan  kaum  yang  mempunyai  peratusan  diganggu  yang  tinggi.  Tidak dinafikan  bahawa  pekerja  lelaki  turut  menjadi  mangsa  gangguan  seksual   di  dalam sesebuah  organisasi  namun  berbanding  dengan  wanita,  kaum  lelaki  yang  menderita akibat gangguan seksual adalah jauh lebih sedikit. Menurut  Balakrishnan  &  Rosazman  (2007:97),  berikutan  pembangunan  ekonomi yang  pesat  di  dunia  pada  hari  ini,  maka  isu­isu  sosial  seperti  ini  tidak  begitu  diberi perhatian   yang   serius.   Ishak   bin  Mad  Shah  et.  al. (2004) berpendapat  bahawa masalah ini  berkemungkinan  menjadi  satu  wabak  dalam  masyarakat  jika  langkah­langkah pencegahan  tidak  diambil  oleh  organisasi  atau  mana­mana  pihak  yang  terlibat. Jabatan Perkhidmatan  awam  (JPA)1  telah  merangka  satu  garis  panduan  mengendalikan gangguan  seksual  di  tempat   kerja  dalam  perkhidmatan  awam  sebagai  langkah mengatasi  masalah  ini.   Pertubuhan  Buruh  Antarabangsa  (ILO)  pada  tahun  1985  telah memberi  perhatian  dalam  isu  ini  yang  mana  ILO  telah  memberi  cadangan  agar  pihak  JPA telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan yang menggariskan tentang garis panduan mengendalikan gangguan seksual di tempat kerja dalam perkhidmatan awam, bilangan 22, 2005. 1 15 1
  • 2. majikan,  kerajaan  dan  Kesatuan  Sekerja  mewujudkan  satu  enakmen  berkaitan   dengan peluang   samarata  dan  layanan  adil   antara  kaum  wanita  dan  lelaki,   (Balakrishnan  & Rosazman, 2007:97). 2.0 Gangguan Seksual: Definisi Sukar  untuk  mendapatkan  definisi  yang  mutlak  tentang  gangguan  seksual. Kesukaran  mendapatkan  satu  definisi  yang  boleh  diterima  oleh  semua  pihak  adalah kerana  kekaburan  jenis  tingkah  laku  yang  boleh  dilabelkan  sebagai  berunsur  seksual (Ishak  bin  Mad   Shah   et.  al.,  2004).  Polis  Diraja  Malaysia   mendefinisikan  gangguan seksual  sebagai  apa­apa  perbuatan,  menyebut  apa­apa  perkataan,  membuat  apa­apa bunyi,  membuat  apa­apa  isyarat  dan  menunjukkan  apa­apa  benda   dengan  tujuan untuk mengganggu  kesantunan  atau  kehormatan  seseorang  (Balakrishnan  &  Rosazman, 2007:98).  Sabitha  &  Rusimah  (2003),  dalam   kajiannya  terhadap  persepsi  gangguan seksual  di  Institusi  pendidikan  berpendapat  gangguan  seksual  boleh  dibahagikan kepada  bentuk  ancaman  dan  persekitaran  tidak  selesa.  Beliau  menyatakan  bahawa sesuatu  tingkah  laku  akan  dianggap  ancaman  atau  ‘Quid  Pro  Quo’  apabila  ianya  tidak diingini,  berunsur  seksual  dan  dijadikan   sebagai  syarat  untuk  apa­apa  keputusan  yang akan  berunsur  berkepentingan  contohnya  sebagai  penentu  kenaikan  pangkat seseorang  itu.  Persekitaran  tidak  selesa pula adalah  apabila  tingkah  laku  seseorang itu mengganggu  prestasi  pekerjaan  orang  lain.  Manakala  Rohani  Binti  Abdul  Rahman  (Mei, 2005)  dalam  tesis  beliau tentang  gangguan seksual  ke atas  pekerja  perkeranian wanita pula  mendefinisikan  isu  ini   melalui   persepsi  mangsa  iaitu  tingkah  laku  yang  tidak dikehendaki,  bersifat  seksual  dan  sensitif  serta  berkaitan  gender.  Sementara  itu, Ishak  bin  Mad  Shah  et.  al.  (2004)  dalam  kajian  mereka  ke  atas  mangsa  dan  pelaku gangguan  seksual  di  Johor  Bahru  mengatakan  bahawa  gangguan  seksual  juga  boleh diertikan  sebagai   salah  satu  bentuk  diskriminasi  yang  berbentuk  penghinaan, penganiayaan  dan  kelakuan  yang  mengancam  pihak  yang  terlibat  oleh  seseorang  atau sekumpulan  orang  kerana  hendak  memenuhi  keinginan   seksual  mereka.  Mereka  turut 15 1
  • 3. mendapati  gangguan  seksual  berbentuk  ‘Quid  Pro  Quo’.  ‘Quid  Pro  Quo’  dalam  buku Balakrishnan  &  Rosazman  (2007:98)   adalah  apabila  individu  ingin  mendapat  faedah seksual  daripada  pekerjanya   sebagai  syarat  untuk  bekerja.  Dalam  kajian  Dr.  Azizi  Hj. Yahaya  (2010)  terhadap  gangguan  seksual  di  kalangan pekerja wanita  sektor industri di Johor  Bahru,  mendefinisikan  gangguan  seksual  sebagai  gangguan  yang  berunsur   seks sama  ada  secara  lisan,  bukan  lisan, visual, psikologi atau fizikal, boleh dianggap  sebagai syarat  berbentuk  seksual  yang  dikenakan  ke  atas  pekerjanya  dan  boleh  juga  dianggap sebagai  pencabulan  maruah  atau  penghinaan  atau  ancaman terhadap pekerja itu tanpa mengaitkan  pekerjaannya.  Gangguan  secara  lisan  bermaksud  kata­kata,  komen, gurauan,  usikan,  bunyi­bunyian  dan  soalan­soalan  yang  lucah  dan   berbentuk   ancaman manakala  perlakuan  seperti  pandangan   atau  kerlingan  yang  membayangkan  sesuatu niat  atau  keinginan,  memakan   makanan  dengan  cara  menggoda,  isyarat  tangan  atau bahasa  isyarat  yang  membayangkan  perlakuan  seks  dan  tingkah  laku  mengurat  yang berterusan  boleh  diklasifikasikan  sebagai  gangguan  secara  isyarat  atau  bukan  lisan. Gangguan  secara  visual  pula  diertikan  sebagai  menyatakan  perlakuan  seperti menunjukkan  bahan­bahan  lucah,  melukis  gambar  lucah,   menulis  surat  berunsur seksual,  mendedahkan  bahagian  badan  yang  sulit  yang  tidak  sepatutnya.  Gangguan secara  psikologi  pula  adalah  berbentuk  perlakuan  mengulangi   jemputan  sosial  yang telah  ditolak,  memujuk  rayu  secara  berterusan  untuk  keluar  bersama  atau  bercumbu. Gangguan  secara  fizikal  merupakan  bentuk  perlakuan  seperti  sentuhan  yang  tidak diingini,  menepuk,  mencubit,  mengusap  dan  menggesel  badan,  memeluk, mencium dan membuat  serangan  seksual  seperti  meraba.  Kesemua  jenis  gangguan  seksual  ini merupakan  maksud  yang  diberikan  oleh  kebanyakan  pengkaji  yang  mengkaji  masalah sosial di tempat kerja ini. 3.0 Faktor­faktor berlakunya kes gangguan seksual Menurut  Balakrishnan  &  Rosazman  (2007:101),  faktor utama yang menyebabkan berlakunya  kes  gangguan  seksual  adalah  kegagalan  pihak  majikan  memberi  penerangan yang  jelas  tentang  isu  gangguan  seksual  kepada  golongan  pekerja,  setiap  pekerja haruslah  diberi  penjelasan  dan   penerangan  bahawa  setiap  perkataan  yang  berunsur lucah,  perbuatan  mengganggu  dengan  niat  seksual,  persentuhan  fizikal,  penampilan gambar­gambar  porno  dan  sebagainya  adalah  melanggar  peraturan  organisasi.  Di 15 1
  • 4. Malaysia,  masalah  ini  bukanlah  tidak  berlaku   malah  boleh  dikatakan  kes  ini  berlaku hampir  di  setiap  organisasi  namun  individu  yang  terlibat lazimnya tidak berani tampil ke hadapan untuk membuat laporan (Balakrishnan & Rosazman ,2007:101). Faktor  lain  adalah   si  pelaku  itu  merupakan  seseorang  yang  mengalami   tekanan jiwa,  mereka  yang  mempunyai  masalah  mental  seperti  ini  biasanya  akan  melakukan perkara­perkara  yang  diluar  kebiasaan  manusia  tanpa  mempertimbangkan  tentang implikasi  yang  akan  berlaku,  (Balakrishnan  &  Rosazman  ,2007:101).  Kejadian­kejadian seperti  ini  bukan  sahaja  mengganggu  ketetenteraman  orang  lain  malah  boleh membahayakan   keselamatan   mereka  kerana  si  pelaku  yang  melakukan  gangguan  ini adalah  berada  dalam  keadaan  tidak  waras  yang  mana  mereka  boleh  sahaja  melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang apabila si mangsa ingin melawan. Yusof  Montak  (2000),  (dipetik  dalam  Balakrishnan  &   Rosazman,  2007:101) mengatakan  bahawa  terdapat  tiga  faktor utama yang menyebabkan isu ini berlaku  iaitu yang  pertama  adalah  faktor  majikan  yang  tidak  bertanggungjawab  dengan  tidak mempedulikan  aduan­aduan  yang  dibuat oleh para pekerja. Majikan  sendiri turut sesuka hati  memperlakukan  pekerjanya  dan   menawarkan  kenaikan  pangkat  kepada  pekerja yang  menuruti  kehendak  seksualnya.  Faktor  yang  kedua  menurut  Yusof Montak  (2000) pula  adalah  faktor  kuasa.  Faktor  ini  merujuk  kepada  penyalahgunaan  kuasa  oleh  pihak pengurusan.  Sebagai  contoh,  pihak  pengurusan  sering  kali  menggunakan  kuasa  yang ada  pada  mereka   untuk  menindas  pekerja  terutamanya  wanita  untuk  memenuhi kehendak  seksual  mereka.  Faktor  yang  ketiga  pula  dikaitkan  dengan  sikap  individu pekerja  itu  sendiri.  Sesetengah  pekerja  menjadikan  masalah  ini  sebagai  batu  loncatan untuk  mereka  mencapai  kejayaan  dengan  segera.  Pekerja  itu   sendiri  tidak  menolak gangguan  seksual  yang  dilakukan  oleh   majikannya  kerana dengan cara ini  dia berpeluang untuk dinaikkan pangkat dengan cepat berbanding pekerja lain. Kes  gangguan  seksual   yang   kedengaran  tidak  bermoral  dan  sering  kali  menjadi dilema   pekerja  wanita  pastinya  mempunyai  jawapan,  setidak­tidaknya  faktor  ataupun punca  mengapa  perkara  ini  boleh  berlaku  terutamanya  di  organisasi  atau syarikat­syarikat  besar  yang  ahlinya  terdiri  daripada  mereka  yang  rata­ratanya merupakan  pemegang  ijazah  yang  dilihat  sebagai  orang  yang  berpendidikan  dan  tertib tingkah  lakunya.  Sama  seperti   apa  yang  dikatakan  oleh  Yusof  Montak  (2004), menurut Ahmad  Shamsul  Abd  Aziz,  (2004:34)  gangguan  seksual  yang  berlaku  di  tempat  kerja 15 1
  • 5. biasanya  dikaitkan  dengan  percubaan  seseorang  untuk  menunjukkan  kuasa.  Benarkah sebegitu?  Clark  (1991)  (  dipetik  dalam  Ishak  bin  Mad  Shah  et.  al,  2004)  mengatakan bahawa  bahawa  pergerakan  wanita,  revolusi  seksual  dan  penggunaan  pil  perancangan keluarga  adalah  antara  faktor  yang  didapati  sebagai  penyumbang  besar  kepada berkembangnya  masalah  sosial  ini.  Pertambahan  jumlah  wanita  yang  bekerja  di industri pekerjaan  adalah  faktor  utama  yang  menyumbang   kepada  berlakunya  masalah  ini, ditambah  pula  dengan  pengambilalihan  jawatan  di  syarikat  oleh  wanita  yang  selama  ini didominasi   oleh  kaum  lelaki  (Clark,  1991),  (dipetik  dalam  Ishak  bin  Mad  Shah  et.   al, 2004).  Farley  (1978),  (dipetik  dalam  Ishak  et.  al,  2004)  dalam  kajiannya  mendapati bahawa  Pekerja  wanita  semakin  terdedah  sebagai  mangsa   gangguan  seksual sekiranya didapati  pekerja  wanita  itu mahu  bersaing  dengan pekerja lelaki. Dalam kebanyakan hal, pekerja  lelaki  tidak boleh menerima yang wanita  itu  sebagai pesaingnya  dan sama taraf dengan  mereka.  Dalam  kenyataan  Clark  (1991)  dan  Farley  (1978),   mereka  mempunyai jawapan  yang  sama  tentang  punca  berlakunya  kes  gangguan   seksual  iaitu  penerimaan pekerja  lelaki  yang  rendah  terhadap  penglibatan  pekerja  wanita  menyebabkan  mereka sengaja  mengganggu pekerja wanita untuk  menunjukkan  bahawa mereka lebih  berkuasa dalam  organisasi  tersebut  dan  sebagai  cara  mereka  memandang  rendah  terhadap pekerja wanita yang dianggap lemah. Faktor  personaliti  juga  dikatakan  merupakan  faktor  yang  menjurus  kepada berlakunya  kejadian  gangguan  seksual  dalam  sesebuah  organisasi.  Personaliti  adalah merujuk  kepada  ciri­ciri  atau  tret­tret  yang  dipunyai  oleh  seseorang  individu termasuklah  dari  segi  mental,  emosi  dan  spiritual  yang  mana  dapat  membezakan seseorang  individu  dengan  individu  yang  lain  (Ishak  bin  Mad  Shah  et.   al,  2004).  Dalam hal  ini,  wanita  yang  dikatakan  mempunyai  sifat­sifat  yang  lebih  menonjol  dalam  banyak aspek  menyebabkan  mereka  menjadi  sasaran  utama dalam gangguan seksual dan lelaki pula  majoritinya  berada  di  pihak  si  pelaku.   Walaubagaimanapun,  menurut  Carpenter  & DeFrancisco  (1998)  dan  Mona  Amin Kalhor (2000) (dipetik dalam Ishak bin Mad  Shah  et. al,  2004)  jika  seseorang  wanita  itu  mempunyai  personaliti  yang  menunjukkan  mereka yakin  terhadap  diri  sendiri  maka  mereka  boleh  mengelakkan  diri  daripada  menjadi mangsa  gangguan  seksual.  Kajian oleh Dr. Azizi Hj. Yahaya et.  al (2010) mendapati cara berpakaian  antara  salah  satu  faktor  penyumbang  masalah  ini.  Pekerja  wanita  dilihat lebih  cenderung  menjadi  mangsa  gangguan  seksual  adalah  kerana  gaya  pemakaian mereka  yang  terlalu   terdedah  dan menjolok  mata.  Tetapi, persoalannya adakah  wanita 15 1
  • 6. yang  bekerja  di  sektor  perkilangan  yang  memakai  pakaian  seragam  rasmi  kilang tersebut  berpakaian  menjolok  mata?  Bagaimana  pula  dengan  wanita  yang  bekerja  di syarikat  yang  sememangnya  dikehendaki  untuk   berpakaian  formal  ke pejabat?  Jika  cara pemakaian pekerja wanita  itu  mengundang kejadian  ini, bukankah  pihak pengurusan  yang menyediakan pakaian seragam dan tersebut juga harus dipersalahkan? 4.0 Gangguan seksual dalam sektor pekerjaan di Malaysia: Contoh kes Di  Malaysia,  kes  gangguan  seksual   yang   mana  pekerja  menjadi  mangsa  kepada majikan  mereka  bukanlah  suatu  perkara   yang   berlaku.  Contohnya   dalam  kes  pekerja hotel  di  Tanjong  Bunga,  Pulau  Pinang2  .  Kes  ini  melibatkan  seorang  daripada  enam kakitangan  hotel  berkenaan  dipaksa  berhenti  kerja  dan  empat  lagi  digantung  kerja kerana  telah  membuat  pendedahan  mengenai  gangguan  seksual  oleh  pengurus  besar hotel  tersebut  yang  berbangsa  Jerman.  Mangsa  telah  mengemukakan  aduan  kepada Pusat  Krisis  Wanita  Pulau  Pinang  (Women  Crises  Centre­WCC)  tentang  kelakuan pengurus  tersebut  yang  sering  memperlakukan  mereka mengikut  kehendaknya seperti mencium,  memeluk,  mengusap  rambut,  mencubit  pipi  dan  punggung  serta  sering  kali mengeluarkan  kata­kata  lucah  kepada  mereka.  41  orang   pekerja  yang  lain  turut menandatangani  petisyen   membantah  tindakan  pengurus  tersebut  namun  malangnya, sumbangan  besar  pengurus   tersebut  dijadikan  alasan  untuk  tidak  mengambil  apa­apa tindakan terhadapnya. Kajian  dalam  persekitaran  tempatan  telah  dilakukan  oleh  Kesatuan  Sekerja Bayan  Lepas,  Pulau  Pinang  (dalam  Zaiton,  1990)  (Dipetik  dalam  Ishak  bin  Mad  Shah  et. al,  2004).  Keputusan sama diperolehi  yang  mana mendapati  bahawa daripada  130 orang pekerja  kilang  wanita  yang  ditemuduga  oleh  Pegawai  Kesatuan   Sekerja,  80  peratus daripadanya  mengaku  bahawa  pernah  mengalami  gangguan  seksual  daripada  pihak pengurusan  atau  pegawai  atasan.  Masalah  ini  lebih  kerap  berlaku  dalam  sektor perkilangan  dan  perladangan. Daripada ciri­ciri latar  belakang subjek pula,  dapatan kajian menunjukkan  wanita  yang  menjadi  mangsa  gangguan  seksual   boleh  terdiri   daripada sesiapa  sahaja  tanpa  mengira  umur,  rupa  fizikal,  taraf  pendidikan  dan  status  Sorotan akhbar daripada Utusan Malaysia (15 Februari 2000) p.103, dipetik dalam Balakrishnan & Rosazman, Isu­isu pekerjaan dalam Organisasi Industri dan Perindustrian (UMS, 2001,2007). 2 15 1
  • 7. perkahwinan.  Walau  bagaimanapun,  kumpulan  pekerja  wanita  yang  menghadapi  risiko tinggi  untuk  menjadi  mangsa  gangguan  seksual  ialah  wanita  yang  berumur  30  tahun  ke bawah, belum berkahwin, balu atau janda. Kajian  kes  tentang  gangguan  seksual  di  sektor  awam  telah  dijalankan  oleh Sabitha  Marican  (1999)  (dipetik  dalam  Balakrishnan  &  Rosazman,  2007:104)  yang  mana beliau  telah  memilih  seramai  586  responden  yang  72%  terdiri  daripada  pentadbir  lelaki dan   selebihnya  ialah  pentadbir  wanita.  Kajian  mendapati   gangguan  seksual  berlaku tanpa  mengira  kaum  yang  mana  43.2%  melibatkan  kaum  Melayu,  Kaum  Cina  adalah yang  paling  tinggi  peratusnya  iaitu  sebanyak  50%,  manakala  kaum  India  sebanyak 42.8%  dan  selebihnya  pula  lain­lain  kaum  (Sabitha  Marican,  1999:35).   Secara  total, kajian  mendapati  65.9%  kes  gangguan  seksual  dilakukan  oleh  teman  sekerja,  13.6% oleh  pekerja  bawahan,  ketua  atau  penyelia  sebanyak   5.7% dan yang paling  sedikit  iaitu 4.5% adalah gangguan seksual daripada pelanggan. Satu  kes  yang  melibatkan  pekerja  wanita  yang  dalam  kes  ini  bukan  menjadi mangsa  tetapi  telah  melakukan  gangguan  seksual  terhadap  pelanggannya  telah diberhentikan  kerja.   Menurut  Ahmad  Shamsul  Abd  Aziz  (2004:91),  pekerja  yang bernama  Jenny  itu  bekerja   di  sebuah  hotel  antarabangsa  di  Malaysia  sebagai  tukang urut  dan  sering  kali  menawarkan  pelanggannya  ‘perkhidmatan  tambahan’  secara berbayar.  Pada  12 April  1989, seorang  pelanggan rakyat Amerika telah  mengadu kepada pihak  pengurusan  hotel  apabila  pekerja  itu  cuba  menawarkan  ‘perkhidmatan  tambahan’ secara  berbayar  kepadanya.  Pada  23  Mei,  pelanggan  berbangsa  Jepun  turut  mengadu tentang  hal  yang  sama   dan  seterusnya  oleh  seorang  wanita  berbangsa  Itali  pada  14 Julai  1989.  Pekerja  itu  telah  diberi  amaran  sebanyak  dua  kali  oleh  pihak  pengurusan namun apabila aduan  yang  ketiga  diterima, akhirnya pekerja  telah diberhentikan pada  21 Julai  1989.  Pekerja  cuba  menafikan  tuduhan  itu  dengan  mengatakan  ‘perkhidmatan tambahan’  yang  dimaksudkannya  adalah   memotong  kuku  dan  mencuci  rambut, walaubagaimanapun  alasan  ini  telah  ditolak  oleh   mahkamah  perindustrian  kerana mahkamah  mendapati  bahawa  sekiranya   apa  yang  dikatakan  oleh  pekerja  itu  adalah benar,  pelanggan yang berbeza  tidak  mungkin  membuat aduan yang sama terhadapnya. Mahkamah  juga  berpuas   hati  bahawapara  pelanggan  membuat  aduan  mengenai perkhidmatan  seks  secara  berbayar  dan  bukanlah  satu  ‘tindakan  yang  jujur’  seperti memotong  kuku  ataupun  mencuci  rambut  (Ahmad  Shamsul  Abd  Aziz,  2004:93). 15 1
  • 8. Pemecatan tehadap pekerja dianggap sah. 5.0 Kesan­kesan gangguan seksual Gangguan  seksual  yang  berlaku  dalam  bidang  pekerjaan  di  Malaysia  tidak  boleh dianggap  remeh  kerana  percaya  atau  tidak  masalah  sosial  ini  mampu  memberi  kesan yang  serius  bukan  sahaja  terhadap  individu  malah  turut  memberi  kesan   terhadap organisasi  dan  kesihatan.  Ishak  bin  Mad  Shah  et.  al.  (2004)   menegaskan  bahawa gangguan  seksual  merupakan  tingkah  laku  yang  tidak  bermoral  yang  mana  boleh merendahkan  kehormatan  kedua–dua  mangsa  dan  pelaku  dan  berpendapat  bahawa lelaki   dan  perempuan  haruslah  menjaga   akhlak  masing­masing  bagi  mengelakkan masalah gangguan seksual ini semakin menjadi­jadi. Balakrishnan  &  Rosazman  (2007:104)  mendapati  gangguan seksual  dalam  sektor pekerjaan  akan  memberi  kesan  yang  buruk  kepada  sesebuah  organisasi.  Menurut mereka,  kesan  utama  gangguan  seksual  menyebabkan  sesebuah  syarikat   mengalami kerugian  yang  besar.  Utusan  Malaysia  (19  Ogos  1998)  (dipetik  dalam  Balakrishnan  & Rosazman,  2007:104)  telah  menerangkan  bahawa  sebuah  syarikat   besar  yang tersenarai  dalam  Fortune  500  mengalami  kerugian  sebanyak  AS$6.7  juta  setahun termasuklah  bayaran  ganti rugi dan kos  mahkamah  kerana  isu gangguan  seksual.  Dalam hal  ini,  kes  gangguan  seksual  bukanlah  sesuatu  perkara  yang  boleh  dipandang  ringan kerana  perkara  ini  mampu  mempengaruhi  jatuh  bangunnya   sesebuah  organisasi  tidak kiralah  sama  ada  organisasi  itu  besar  mahupun  yang  baru  mulai  bertapak  di  bidang  ini. Pekerja  yang  berada  di  bawah  tekanan  dan  ketidakselesaan  sudah  tentu  tidak  dapat melakukan  pekerjaan dengan sepenuh penumpuan kerana sering dibayangi  oleh masalah ini.  Mereka  mungkin  akan  sering  mengelak  untuk  datang   bekerja  kerana  bimbang  akan gangguan  daripada  majikan  ataupun  rakan  sekerja  sendiri.   Walaupun  mereka  datang bekerja  seperti  biasa,  prestasi  kerja  mereka  tidak  sebaik  sebelumnya  kerana persekitaran  kerja  yang  semakin  tidak  selesa  mempengaruhi  profesionalisme  mereka. Keadaan  ini  akhirnya  sudah tentu akan  menjejaskan organisasi itu sendiri  sama  ada  dari segi ekonomi mahupun imej organisasi tersebut. Gangguan  seksual  juga  akan  memberi  kesan  terhadap  psikologi  pekerja.   Kajian yang  dilakukan  oleh  Dr.   Azizi  Hj.  Yahaya  et.  al.  (2010)  mendapati  terdapat   kesan 15 1
  • 9. psikologi  ke  atas  mangsa  yang  pernah  berhadapan  dengan  salah  satu  daripada  tingkah laku  yang  disenaraikan  di  dalam  soalan­soalan  edaran.  Dapatan  kajian beliau  mendapati bahawa  responden  menghadapi  perasaan  tertekan, marah,  sugul, bimbang  dan mereka mengakui  tidak  dapat  menumpukan  perhatian  sepenuhnya  terhadap  tugas  akibat daripada  tingkah  laku  seksual  rakan  sekerja.  Berikutan  dengan  perasaan  takut,  marah dan   terancam  ini,  masalah  serius  seperti  mangsa  yang  pernah  melalui  gangguan  ini akan mengambil  keputusan untuk  tidak  bekerja  di mana­mana syarikat  lagi  kerana takut peristiwa  sebegini  akan  berulang  lagi  di  tempat  yang  baru  (Balakrishnan  &  Rosazman, 2007:105).  Emosi  mereka  yang  sering  tertekan  pula  akan  mengakibatkan  produktiviti kerja  mereka  merosot  dan  mereka  mungkin  akan  berhadapan  dengan  tindakan pemecatan  oleh  pihak  majikan.  Selain  itu,  mangsa  juga   akan  merasa  tidak   selamat untuk  menceburi  bidang  pekerjaan  kerana  mereka  sering  dinilai  berdasarkan  daya tarikan  berbanding  dengan  kebolehan  dan  kualiti  kerja  mereka.  Justeru  itu  ada dikalangan  mangsa  sanggup  kehilangan  kerja,  ponteng  kerja,  ketidakpuasan  kerja  dan kegagalan  hubungan interpersonal di tempat  kerja. Tekanan  perasaan  akan dialami oleh pekerja  yang  mana  masalah  ini  merupakan  masalah   yang   serius  yang  boleh mempengaruhi  masa  depan  pekerja  itu  kelak.  Balakrishnan  &  Rosazman  (2007:105) menegaskan  bahawa  masalah­masalah  ini  akan  menghalang  seseorang  pekerja  untuk memperkembangkan kerjayanya. Mungkin  perkara  ini  jarang  didengar  di  kalangan  masyarakat  namun  gangguan seksual  didapati  boleh  memberi  kesan  yang  tidak  baik terhadap kesihatan pekerja yang menjadi  mangsa.  Masyarakat  mungkin  tidak  percaya  bagaimana  dengan  mengganggu secara  seksual  sahaja  boleh  menjejaskan  kesihatan  mereka  yang  menjadi  mangsa tetapi   hal  ini  terbukti  benar  setelah  dibuat  kajian  dengan  lebih  mendalam.  Beberapa pengkaji  yang  menjalankan  kajian  ke  atas  gangguan  seksual  telah  menyatakan  bahawa gangguan  seksual  membawa  kesan  negatif  ke  atas  kesihatan  mangsa  seperti gangguan  dalam  perut,  masalah  berkaitan  dengan  pergigian,   sakit  kepala,  sukar  untuk tidur,  kelesuan  dan  rasa  loya  (Sabitha  Marican,  2000)  (dipetik  dalam  Balakrishnan  & Rosazman,  2007:106).  Bukan  itu  sahaja,  mangsa  gangguan   seksual  juga  akan berhadapan   dengan  masalah  pengurangan  berat  badan  yang  tidak  mustahil  boleh menjadi  masalah  yang  serius  apabila berat  badan mangsa jauh merosot  daripada berat ideal  seseorang  individu.  Gangguan  yang  dirasai  secara  berterusan  membuatkan pekerja  sentiasa  merasai  gangguan  walaupun  pada  saat  ia  bersendirian,  kebimbangan 15 1
  • 10. sebegini  akan  membuatkan  selera  makan  mangsa  semakin  berkurang,   gaya  hidupnya turut  berubah  dan  sedikit  demi  sedikit  mangsa   mulai  menjalani  cara  kehidupan  yang tidak  sihat.  Mereka  yang  melalui  tempoh  sulit  seperti  ini  amat  kasihan  lebih­lebih  lagi apabila  tidak  terdapat  sebarang  pembelaan  yang  dilakukan  untuk  melindunginya. Kehidupan  mereka  yang  mengalami  perubahan  negatif   bukan  sahaja  akan  menjejaskan kesihatan  tetapi   juga  telah  mengubah  mereka  menjadi  seseorang  yang  jauh  berbeza dari sifat asalnya. 6.0 Langkah mengatasi masalah gangguan seksual Masalah  gangguan  seksual  kadangkala  masih  dianggap  sebagai  kes  terpencil  di dalam  masyarakat  kita.   Ini  mungkin  disebabkan  oleh  rasa  malu,  takut   dan  bimbang mangsa  untuk  mengadukan  kes  mereka  ke  pihak  yang  berkuasa   atau  juga  kerana persepsi tipikal  yang  ada pada para  pekerja  di Malaysia  yang  menganggap  ianya  hanyalah gurauan   dan  usikan  semata­mata  dan  tidak  yakin  akan  menang  walaupun  kes  ini dilaporkan.  Selain  itu,  pekerja  juga  mempunyai   pemahaman  yang  terbatas  tentang  isu gangguan  seksual  ini  yang  mana  mereka  kurang  pasti  tentang  hak  dan  tindakan  yang boleh  dilakukan  sekiranya  berhadapan  dengan  situasi  ini.  Fenomena  ini  menyebabkan usaha  membantu  mangsa  yang  teraniaya  sukar  dilakukan.  Berikutan  itu,  mangsa mengalami  penderaan  berterusan  tanpa  mendapat  perhatian  masyarakat  dan perlindungan  sewajarnya  sekaligus  menyebabkan  mereka  mengalami  gangguan  mental, emosi  dan  masalah  kesihatan.   Justeru,  bagi  mengelakkan  masalah  ini  semakin membengkak, langkah­langkah mengatasi haruslah diambil denga segera. Antara   langkah  yang  boleh  diambil  adalah  dengan  pelaksanaan  undang­undang yang  menggariskan   dengan  jelas  larangan  terhadap  perbuatan  gangguan  seksual dalam sektor  pekerjaan.  Dalam  hal  ini,  pihak  yang  berperanan  penting  dalam  mencari penyelesaian  adalah  Kementerian  Sumber  Manusia.  Kod  Amalan  mencegah  dan membasmi  gangguan  seksual  di  tempat   kerja  yang  dilancarkan  oleh   Kementerian Sumber  Manusia  Malaysia  merupakan  langkah  yang  sistematik  bagi  mengatasi  masalah yang  semakin  meruncing  ini.  Kod  ini  diwujudkan  untuk  memastikan  persekitaran pekerjaan  berada  dalam  keadaan  selamat  dan   bebas  daripada  sebarang  masalah gangguan  seksual.  Kod  ini  memberi  panduan  tentang   tindakan­tindakan  yang  boleh 15 1
  • 11. diambil  sekiranya  peraturan  didalamnya dilanggar. Kod ini juga bertujuan untuk  memberi garis  panduan  kepada  para  majikan  mengenai  penubuhan  mekanisme  dalaman  di peringkat  organisasi  bagi  mencegah  dan  membasmi  gangguan   seksual  di  tempat  kerja (Balakrishnan  &  Rosazman,  2007:106).  Jabatan  Perkhidmatan  Awam  juga   telah mengeluarkan  Pekeliling  tentang   garis  panduan  mengendalikan  gangguan   seksual  di tempat  kerja  dalam  perkhidmatan  awam  pada  tahun  2005.  Matlamat  utama   garis panduan  ini  adalah  bersifat  untuk  mendidik,  memberi  kefahaman  dan  sebagai  tindakan pencegahan  bagi  mengelakkan   perbuatan  serta  salah  laku  yang  boleh  dikategorikan sebagai  gangguan  seksual.  Melalui  usaha  ini  ia  diharapkan  dapat  memelihara perhubungan  di  tempat  kerja  agar  lebih  harmoni,  saling  hormat  menghormati  dan meningkatkan  nilai   budi  bahasa  serta  integriti  pegawai  dan  mengandungi  huraian  lanjut berhubung  kategori  dan  jenis  perlakuan  gangguan  seksual,  kesan­kesannya,  tindakan untuk  mengendalikan  gangguan  seksual  di  tempat  kerja  dan  langkah­langkah pencegahan3.  Walaubagaimanapun,  bagi  memastikan  masalah  sosial  di  persekitaran tempat  kerja  dapat  diatasi   secara  menyeluruh,  undang­undang  rasmi  daripada  pihak kerajaan  amat  diperlukan.  Utusan  Online  (09  Julai  2010)  menerangkan  bahawa  pindaan Akta  Kerja  1955  yang  telah  dibentangkan  oleh  Timbalan  Menteri  Sumber  Manusia, Datuk  Maznah  Mazlan  menyebut  aduan  gangguan  seksual  boleh  dibuat   membabitkan pekerja  terhadap  pekerja,  pekerja  terhadap  majikan,  majikan  terhadap  majikan  dan majikan  terhadap pekerja.  Pekerja  boleh dipecat  tanpa notis, diturunkan pangkat malah digantung  kerja  tanpa  gaji  tidak  melebihi  dua  minggu  sekiranya  didapati  melakukan gangguan  seksual  ke  atas  rakan  sekerja  yang  lain.  Dalam  pindaan  ini  menyatakan kes­kes  gangguan  seksual  yang  dilakukan  majikan  terhadap  pekerja,  aduan  boleh dilakukan  terus  kepada  Ketua  Pengarah  Jabatan  Tenaga   Kerja  (JTK).  JTK  boleh menamatkan  kontrak  kerja   majikan  tersebut  dan  pekerja   bawahannya  yang  menjadi mangsa  akan  dibayar  ganti  rugi.  Dr.  Azizi  Hj.  Yahaya  et.  al  (2010)  pula  berpendapat bahawa  satu  undang­undang  khusus  berkaitan  dengan  gangguan  seksual  agar  masalah ini  dapat  diberi  fokus  yang  khusus  supaya  kes  ini  dapat  diadili  dan  dibendung.  Selain kerajaan,   badan  bukan  kerajaan  (Non­Governmental  Organisations­NGOs)  juga sebenarnya  berperanan  penting  dalam  mengatasi  masalah  gangguan seksual  di tempat kerja.  Contohnya,  Pertubuhan  Pergerakan  Awam  (AWAM)  yang  boleh  menerima  aduan  Pekeliling Perkhidmatan, Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual di Tempat Kerja dalam Perkhidmatan Awam, (Perkhidmatan Awam) Bilangan22, 2005. 3 15 1
  • 12. daripada  pekerja  wanita  dan  mengajukan  kepada  pihak  yang  berkuasa  (Balakrishnan  & Rosazman,  2007:106).  Ishak  bin  Mad  Shah  et.  al.  (2004)  dalam  kajian  mereka mendapati  bahawa  belum  ada  satu  undang­undang  khusus  yang  berkaitan  dengan gangguan  seksual  dan  inimenimbulkan  masalah  kepada mangsa untuk  membuat laporan kerana  tidak ada prosedur  yang  jelas untukdijadikan  panduan kepada mangsa  tentang di mana  dan  bagaimana  untuk  membuat  aduan.  Mereka  mencadangkan   agar  satu undang­undang   yang   khusus  berkaitan  dengan  gangguan seksual  diwujudkan supaya kes yang  berkaitan  dengan  masalah  gangguan  seksual   dapat  diadili  dan  dibendung.  Pusat Kesedaran  Wanita  atau  yang  dahulunya dikenali sebagai  Pusat  Krisis Wanita (WCC) juga turut  aktif  membantu  mangsa­mangsa  gangguan  seksual  untuk  memfailkan  kes mereka  dan  menyediakan  siri  risalah  yang  bertujuan  untuk  melengkapi  mangsa pengetahuan  tentang  hak­hak  mereka.  Selain  itu,  WCC  melalui  Joint  Action  Group Against  Violence  Against  Women  (JAG)  juga  telah  mencadangkaan  satu  rang undang­undang gangguan seksual. Langkah  seterusnya  adalah  dengan  mengadakan  khidmat  kaunseling  di  tempat kerja.  Dengan  adanya  khidmat  ini,  sekurang­kurangnya  tekanan  para   pekerja  dapat dikurangkan  dan  merasa  lebih  lega.   kemudahan  khidmat  kaunseling  perlu  diwujudkan  di setiap  industri  dan  organisasi  bagi  membolehkan  mangsa  gangguan  seksual   mengadu masalah  mereka  dan  mendapatkan  bantuan  pakar  kaunseling,  mangsa  perlu  dibantu untuk mengembalikan keyakinannya serta menghilangkan  rasa  takut akibat dari masalah ini.  Peranan  kaunseling  dalam  membantu  dan  menangani  masalah  gangguan  seksual amat  penting  dalam  masyarakat  moden   yang   mana  keadaan  hidup  dan  masalah  yang dihadapi  begitu  rumit  dan  tidak   dapat  diselesaikan  dengan  sendiri  (Ishak  bin  Mad  Shah et.  al,  2004).  Menurut  Dr.  Azizi  Hj.  Yahaya  et.  al.  (2010),  setiap  organisasi  perlu menubuhkan  pusat  kaunseling  di  kawasan  masing­masing  kerana  ia  dirasakan perlu  bagi memberi  nasihat  dan  motivasi  kepada  para  pekerja  yang  mungkin menghadapi  pelbagai masalah  yang  boleh  menjurus  kepada  perilaku  gangguan  seksual.  Khidmat  kaunseling boleh juga diberikan  kepada si  pelaku  jika  mereka datang  untuk meminta pendapat atau nasihat.  Mungkin  dengan  ini  alasan  sebenar  mengapa  mereka  berkelakuan  tidak  baik dapat  diketahui  dan  mereka  juga  dapat  dibantu.  Kaunseling  dalam  bentuk  seminar  dan bengkel  tentang  gangguan  seksual  boleh  juga  dijalankan.  Motif  utama  mengadakan perhimpunan  dalam  bentuk  bengkel  dan  seminar  adalah  bertujuan  untuk membincangkan  sesuatu  isu  dan  bersama­sama  mencari  jalan  penyelesaian  bagi 15 1
  • 13. menghasilkan  satu  memorandum  yang  boleh  berguna  untuk semua  manusia  (Sabitha  & Rusimah,  2003).  Ishak  bin  Mad  Shah  et.  al.  (2004)   mencadangkan  pengkaji mencadangkan  supaya  setiap  organisasimenganjurkan  seminar  khas  yang  berkaitan dengan  gangguan  seksual  bagi  memberi  kesedaran  kepadapekerja  mengenai  masalah ini.  Langkah  tersebut  sesuai  dilaksanakan  terutamanya  kepada  pekerja   kilang  yang bekerja mengikut syif yang mudah terdedah kepada masalah ini di tempat kerja. Di  samping  itu,  masyarakat  awam  termasuk  pekerja­pekerja  perlu  diberi pendidikan  bagi  tujuan  menyedarkan  mereka  tentang  pelbagai  masalah  gangguan seksual  yang  wujud.  Pendidikan  serta  latihan  khas  perlu  diberikan  kerana  menurut pandangan  pengkaji­pengkaji  dalam  isu  ini,  masih  kurang  pengetahuan  dan  pemahaman masyarakat  tentang  gangguan  seksual. Mereka kurang  pasti tentang tindakan­tindakan yang  boleh  dilakukan  untuk  membantu  mereka.  Mereka  juga  tidak  begitu  tahu tentang apakah  perkara  yang  boleh  dikategorikan  sebagai  gangguan  seksual   dan  sebagainya. Menurut  Sabitha  &  Rusimah  (2003),  haruslah  ada  pernyataan   polisi  terhadap  gangguan seksual  yang  tegas,  sistem  laporan  yang  jelas  dan  program  latihan  dan  pendidikan mengenai gangguan seksual. Menurut  Balakrishnan  &  Rosazman  (2007:107),  Kesatuan  Sekerja  juga  boleh memainkan  peranan   mereka  sebagai wakil  pekerja  bagi  sama­sama mengatasi masalah ini.  Kesatuan  Sekerja  perlu  bersemuka  dengan  para  majikan  dan   membuat  rundingan dengan  pihak   majikan  dan  sama­sama  mencari  penyelesaian.  Kesatuan  Sekerja  boleh menjalankan  satu  aktiviti  atau   apa­apa  program  yang  dapat  memberi   maklumat  yang berguna  kepada  ahlinya  serta  memastikan  ahlinya  bukan  pihak  yang  cenderung melakukan  gangguan  seksual.  Kesatuan  Sekerja  sebagai  sebuah  Kesatuan  yang mempunyai  watak  yang  penting  serta  boleh  dikatakan  berpengaruh  di  kalangan  ahlinya iaitu  para  pekerja  boleh  menganjurkan  program­program  promosi  dan   pendidikan  bagi mewujudkan  budaya  kerja  yang  menjamin  suasana  yang  selamat  dan  sihat,   yang   mana setiap  pekerja  tanpa  mengira   jawatan  atau  status  dihormati  maruahnya  dan  bebas dari  sebarang  bentuk  gangguan,  penghinaan  dan  ancaman  yang  berbentuk  seksual (Balakrishnan  &  Rosazman,  2007).  Selain  itu,  kesatuan  sekerja  sendiri  boleh menyediakan   perkhidmatan  kaunseling  kepada  pekerja  dengan  cara  mendengar  aduan daripada  mereka,  memahami  masalah  dan  memberi  sokongan  serta  nasihat  dan seterusnya  mereka  boleh  berunding  dengan  organisasi  tempat  individu  itu  bekerja. 15 1
  • 14. Dengan  campur  tangan  pihak  Kesatuan   Sekerja,  sudah  tentunya  dapat  membantu menyelesaikan  masalah  ini  di  tempat  kerja  kerana  jika  seseorang  majikan  itu  tidak mengambil  peduli  tentang  masalah  pekerjanya  ataupun  yang  lebih  teruk  lagi  adalah majikan  itu  sendiri  adalah  pelaku  gangguan  seksual, pastinya majikan tersebut  bimbang andai  berlaku  ketidaksefahaman  dengan  Kesatuan  Sekerja  kerana  Kesatuan  Sekerja merupakan  wakil  daripada beribu  orang  pekerja dan mereka  boleh  membawa perkara ini ke tengah. Walau  bagaimanapun,  langkah­langkah  yang  mengambil  kira  kepentingan  dan perspektif  mangsa  juga  harus  diambil  kira.  Gangguan  seksual  sukar  untuk  diatasi kerana  pihak  yang  terlibat  iaitu  mangsa  tidak   semestinya  akan  tampil  untuk  membuat aduan.  Tindakan  mereka  ini  dipengaruhi  oleh  banyak  perkara  dan  yang  paling  utama tentunya  kerana  diselubungi  perasaan  takut  dan  malu.  Oleh  itu,  untuk  menggalakkan mangsa  gangguan  seksual  membuat  aduan,  maklumat  yang  diterima  hendaklah seboleh­bolehnya  diklasifikasikan  sebagai  sulit  untuk  menjaga  maruah  mangsa terutamanya  semasa  membuat  aduan  dan  pada  masa  penyiasatan  terhadap aduan itu dijalankan.  Jika  aduan   yang   dilakukan  oleh  mangsa  terbukti  betul,  mangsa  haruslah dibayar  ganti  rugi  kerana  telah  dianiaya  dan  jawatannya  juga   perlulah  dipulihkan sekiranya dia dipecat disebabkan masalah ini. 7.0 Kesimpulan Kesimpulannya,  terdapat  banyak  jenis  gangguan  seksual  yang  boleh  terjadi  di persekitaran  tempat  kerja.  Majikan   dan  pekerja  merupakan  aktor  utama  yang  terlibat yang  mana  pekerja  sering  kali  menjadi  mangsa  gangguan  seksual   sama  ada  oleh majikan  ataupun rakan sekerja  pekerja  itu  sendiri.  Lazimnya, gangguan  seksual diantara pekerja  melibatkan  pekerja  lelaki  sebagai  pelaku   dan  pekerja  wanita  sebagai  mangsa. Walau  bagaimanapun,  dalam  sesetengah  kes  terdapat  juga  keadaan  di  mana  pekerja lelaki   turut  menjadi  mangsa gangguan seksual  dan kemungkinan  dalam  kes  ini pelakunya adalah  majikan   wanita.  Gangguan  seksual  dilakukan  dengan  pelbagai  motif  yang berbeza.  Ada  pihak  yang  melakukannya  hanya  sekadar  suka­suka  dan  ada  juga   yang memang  berniat  untuk  mengambil  kesempatan  malah  ada  sesetengah  pihak melakukan gangguan  seksual  dengan  niat  untuk  memalukan  pekerja  tersebut.  Penerimaan  lelaki 15 1
  • 15. terhadap  pertambahan  kakitangan  wanita  di  tempat  kerja  dijadikan  faktor  yang mendorong  berlakunya  masalah  ini.  Di  samping   itu,  personaliti  wanita   yang   dikatakan sebagai  pihak  yang  paling  kerap  menjadi  mangsa  turut  dikatakan  sebagai  faktor penyebab.  Gangguan  seksual  di  tempat  kerja  banyak  memberikan  kesan   yang   negatif terhadap  organisasi,  pekerja  dan  kesihatan  pekerja  tersebut.  Si  pelaku  sebenarnya turut  menerima  kesan   yang   buruk  kerana  apabila  identitinya terdedah dia bukan sahaja akan  mendapat  malu  tetapi  turut  mengalami  kerugian  kerana  perlu  membayar  ganti rugi  dan  berkemungkinan  besar  akan  dipecat  dan  akan  dikenakan  tindakan  tatatertib. Sebagai  sebuah  negara  yang  sedang  beralih  ke  status  negara  maju,  Malaysia seharusnya  tidak  tidak  dijatuhkan  dengan   hal­hal  seperti  ini.  Kes  gangguan  seksual terutamanya  di  organisasi­organisasi  besar  akan memburukkan imej negara,  orang  luar sebagai  contoh  pelabur  dan  pelancong  asing  akan  mempunyai  pandangan  yang  negatif terhadap  tingkah  laku  orang  Malaysia  umumnya  dan  pekerja  yang  melakukan  gangguan seksual  itu.  Dari  sudut  pandangan  lain,  perkara  ini  turut  akan  mempengaruhi pembangunan  ekonomi  negara  kerana  prestasi   dan  produktiviti  kerja  mangsa  akan merosot  dan  mereka  juga  mungkin  akan  meletak  jawatan  dan  berkeputusan  untuk tidak  bekerja  di  mana­mana  syarikat  lagi.   Seandainya  masalah  gangguan  seksual semakin  bertambah tentunya  lebih ramai pekerja yang terganggu prestasi kerjanya dan lama­kelamaan tidak mustahil  sesebuah  organisasi itu  akan kehilangan  produktiviti  kerja yang  cemerlang  dan  ini  bukan  sahaja  akan  memberi  kesan ke atas  organisasi itu  malah turut  mempengaruhi   ekonomi  negara.  Oleh  yang  demikian,  langkah­langkah  mengatasi perlulah  dilakukan  dengan  segera  agar  masalah  ini  dapat  dikurangkan  ke  tahap  yang paling  minimum.  Cadangan  tanpa pelaksanaan yang segera dan  efektif hanyalah  seperti tin  kosong  kerana  sebanyak  mana  cadanga  yang  dikemukakan  tanpa  ada  pelaksanaan hanyalah membuang masa semua pihak. 15 1
  • 16. 8.0 Rujukan Ahmad  Shamsul  Abd.  Aziz.  Februari  2004.  Undang­undang  Gangguan  Seksual   Di Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Bisnes Dan Pengurusan. Balakrishnan Parasuraman & Rosazman Hussin. 2007. Isu­isu Pekerjaan Dalam Organisasi Industri Dan Perindustrian, Gangguan Seksual Di Persekitaran Pejabat. Universiti Malaysia Sabah, hlm. 97­109. Sabitha Marican. 2005. Membentuk Suasana Kerja Positif, Sikap Terhadap Wanita Dan Kesannya Ke Atas Persepsi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Dr. Azizi Hj Yahaya et al. 2010. Gangguan Seksual Di Kalangan Pekerja Wanita Sektor Industri  Di  Johor  Bahru:  Sejauh  Manakah  Kebenarannya.  Diakses  pada  15 Februari 2011 dari http://www.eprints.utm.my/10419/1.pdf Ishak  bin  Mad  Shah  et  al.   2004.  Gangguan  Seksual  Di  Tempat  Kerja:  Kajian  Ke  Atas Mangsa Dan Pelaku Di Sekitar Johor Bahru, Johor. Diakses pada 15 Februari 2011 dari http://www.eprints.utm.my/2702/1/71958.pdf Sabitha Marican dan Rusimah Sayuti. 2003. Persepsi Gangguan Seksual Di Institusi Pendidikan: Kejadian Dan Strategi Penyelesaian. Kertas Kerja yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan Penyelidiikan Pendidikan Guru,Kuching Sarawak 19­20 Ogos, 2003. Diakses pada 15 Februari 2011 dari http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/sabithaUUMkk.pdf Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22. 2005. Pelaksanaan Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat. Diakses pada 15 Februari 2011 dari http:// www.eghrmis.gov.my/wp.../pekeliling/PP05/PP05Bil22/pp0522.pdf 15 1
  • 17. 15 1