2. DEFINISI KAUNSELING
• Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan
menolong yang sistematik berasaskan prinsip
psikologi yang dilakukan oleh kaunselor
profesional bagi menghasilkan perubahan,
perkembangan dan penyesuaian peribadi klien
yang baik dan menyeluruh secara sukarela
kaunseling (PERKAMA)
3. DEFINISI NASIHAT
• Zuraidah (1994) menyatakan memberi nasihat adalah strategi untuk
menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang
terlibat. Ia merupakan satu cara yang mudah bagi mengelakkan diri
daripada memahami, memeriksa dan menjelajah masalah yang
dihadapi.
• Mengikut Kamus Dewan (1994 ) nasihat ialah ajaran, petunjuk yang
baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun
menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal.
4. KLIEN
NAMA : Norlela Binti Zakaria
UMUR : 24 Tahun
MASALAH :
1. Tidak bersefahaman dengan kakak yang ketiga.
2. Sering bergaduh kerana masalah yang kecil.
3. Tidak mempunyai toleransi antara adik beradik.
4. Dikongkong oleh kakak yang ketiga.
5. PUNCA MASALAH
1. Klien sering bergaduh dengan kakaknya yang
ketiga kerana hal yang kecil seperti klien
tidak mengemas rumah kakaknya. Walaupun
sudah dikemas, kakaknya masih tidak
berpuashati terhadap hasil kerja klien.
7. 2. Sebelum kejadian pergaduhan ini, kakaknya
sering mengongkong klien seperti klien ingin
menyambung pengajian tetapi kakaknya tersebut
yang menentukan jurusan yang klien perlu
ambil.
3. Tidak ada persefahaman antara klien dan
kakaknya. Mereka tidak sependapat dan sering
bertengkar jika klien tidak mahu menurut segala
permintaan daripada kakaknya.
4. Tiada toleransi dan sikap bertolak ansur sesama
mereka, malah masing-masing mempunyai sikap
keras kepala dan mengikut kehendak masing-
masing.
8. KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
Kemahiran prafrasa
• Maklumkan yang kaunselor mendengar dan mengikuti segala
perluahan klien.
• Jelaskan apa yang diperkatakan oleh klien.
• Tentukan kesahihan maklumat.
• Bantu klien untuk bercakap lebih spesifik mengenai sesuatu isu.
• Bantu klien dari mengulangi apa yang telah dinyatakan.
9. Kemahiran Mendengar
• Merupakan kemahiran yang paling asas dan penting
dalam kaunseling
• Panduan mendengar yang berkesan
– Seboleh mungkin kekalkan tumpuan mata
– Gunakan pendengaran yang aktif
– Tidak buat penilaian dan hukuman
– Fikir dan fahami apa yang diperkatakan
10. C A R A M E N G A T A S I
M A S A L A H K L I E N
Jalan penyelesaian yang disarankan oleh
kaunselor :
1. Klien perlu cari masa yang sesuai untuk
bersama kakaknya berbincang secara baik
tentang masalah ini.
2. Klien perlu meluahkan perasaannya kepada
kakak klien secara baik untuk mengelakkan
daripada berlaku pertengkaran.
11. 3. Klien perlu bertukar pendapat dengan
kakaknya jika ada masalah seperti pemilihan
keperluan atau kehendak klien.
4. Klien harus berfikiran terbuka agar tidak
cepat melatah ketika dimarahi kakaknya.
5. Klien harus membuat keputusan sendiri.
Apabila perkara itu dirasakan tidak serasi
dengan pendirian klien, maka pertahankan
dan suarakan hak klien sendiri.
12. REFLEKSI KAUNSELOR
- Berdasarkan perbualan antara kaunselor dan
klien yang berlaku tersebut, klien mempunyai
masalah dengan kakaknya yang nombor tiga.
Klien selalu memendam hasrat kerana
menghormati keputusan kakaknya. Kakaknya
sering marah klien dan ingin klien mengikuti
segala permintaan kakaknya.