SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
PROSES KAUNSELING INDIVIDU
Proses kaunseling bermula dengan pra-sesi membina hubungan dan membuat
penstrukturan antara kaunselor dengan klien. Hubungan boleh terbina apabila
persediaan kaunselor memadai, layanan yang baik diberikan dan perbualan
antara kaunselor dengan klien berlaku dalam keadaan yang selesa dan
terpeutik.
 Pra-sesi
Persediaan bagi kaunselor untuk peringkat ini bergantung kepada situasi
di mana khidmat kaunseling itu diberikan sama ada klien dirujuk atau
datang sendiri. Pada peringkat ini, kaunselor perlu menyediakan diri
dengan mengetahui serba sedikit tentang profil klien menurut Abdul
Ghani Sulaiman (2003).
 Ini boleh dilakukan dengan meminta klien mengisi borang biodata yang
berkaitan tentang peribadi, peralatan fizikal, dan maklumat atau rekod-
rekod mengenai klien. Antara kemahiran yang diperlukan adalah seperti
berikut:
 Perancangan prasesi Sebelum sesi kaunseling dimulakan,
kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk
mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga
harus menyemak diskripsi tugas klien, ini mungkin berguna untuk
membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat
kemudian nanti. Tingkah laku dan prestasi yang ditunjukkan oleh
bakal klien hendaklah disenaraikan manakala tingkah laku
standard dan prestasi yang dijangka juga perlu
disediakan..Kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan
masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan.
 Keselesaan klien di awal sesi, kaunselor haruslah cuba
menjadikan klien lebih selesa, tetapi jangan bercakap berbelit-
belit sehingga boleh mengelirukan klien. Nyatakan sebab
pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang kaunselor
berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan
bersedia memberikan bantuan. Kaedah yang dijalankan tidak
mengancam klien agar klien tidak berasa terancam agar matlamat
kaunseling tercapai.
ULANGKAJI KAUNSELING
 Membina Hubungan
 Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar
sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang
positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah
laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Berikut
adalah beberapa kemahiran asas yang diperlukan:-
 Membina suasana sekeliling. Oleh kerana sesi perbincangan
kaunseling selalunya mengambil masa kira-kira 30 minit
atau lebih serta tajuk perbincangan adalah serius, tempat
yang sesuai diperlukan. Kerusi meja yang sesuai perlu
disediakan seperti kerusi tidak menyakitkan pinggang, atau
bergoyang-goyang sehingga mengganggu tumpuan atau
pemikiran. Keadaan bilik tidak terlalu panas, terlalu sempit
atau terlalu bising. Jangan gunakan tempat lalu-lalang
sehingga mengganggu pemerhatian klien atau kaunselor.
Tidak ada bau yang tidak menyenangkan seperti bau dari
tandas yang berdekatan atau fail atau buku yang bertimbun
di atas meja sehingga menyusahkan penglihatan klien atau
kaunselor.
 Kaunselor perlu membina hubungan yang baik dengan klien
bagi menggalakkan klien bercerita atau meluahkan perasan
secara tidak langsung tanpa dipaksa. Hubungan yang baik
dapat membantu kaunselor memahami masalah klien
dengan lebih mendalam lagi. Menurut Mizan Adiliah,
Halimatun Haliliah (2002), kemahiran membina hubungan
bertujuan memberi perangsang kepada klien supaya
sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama
yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling
dan tingkah laku yang menyakinkan dan membentuk
kemesraan. Menurutnya lagi antara tingkah laku yang
ditonjolkan oleh kaunselor adalah seperti menunjukkan
tingkah laku lisan yang mesra, menunjukkan keinginan
untuk menolong, mendengar apa yang diperkatakan oleh
klien.
 Selain itu juga, kaunselor perlu membina suasana alam
sekeliling, suasana tereutik, jarak iaitu ruang bagi
berkomunikasi, penampilan diri, pandangan mata,
kedudukan dan pergerakan tubuh badan, senyuman dan
nada suara. Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan
bahawa kemahiran membina hubungan perlu diaplikasikan
sepanjang sesi bagi mewujudkan ketenangan dan suasana
yang terapeutik antara kaunseling dan klien. Suasana
terapeutik ini bukan sahaja antara kaunselor dan klien
tetapi perlu memperhatikan suasana fizikal yang kondusif
dan jarak antara ke dua-duanya.
 Penerokaan masalah
 Tugas kaunselor adalah utnuk mendapatkan maklumat yang
relevan untuk memberi maksud kepada masalah dan menganalisis
meklumat tersebut untuk mencari punca masalah. Masalah yang
timbul berpunca daripada tiga keadaan sama ada diri sendiri,
orang lain tetapi melibatkan diri klien dan takdir yang berlaku.
Setelah punca masalah dapat dikenalpasti kaunselor bersama
klien akan menganalisis secara terperinci. Kemahiran meneroka
dengan mengaplikasikan segala asas kemahiran kaunseling. Ini
bertujuan untuk membantu kaunselor membuat penerokaan
secara mendalam terhadap kliennya dan menimbulkan perasaan
empati terhadap permasalahan klien. Pernyataan klien pada
peringkat awal tidak semestinya betul dan tepat, tetapi terpulang
pada kebijaksanaan kaunselor mencungkil mempelawa dan
memujuk kliennya menghuraikan aspek-aspek tertentu dalam
masalah itu. Semua ini akan membantu kaunselor mengenal pasti
punca dan pokok masalah awal. Menurut Eisenberg dan Delaney
(1977), peringkat penerokaan adalah proses berlakunya
komunikasi yang didorong keikhlasan dan kejujuran serta berterus
terang terhadap peranan sebenar yang hendak dibincangkan
antara ke dua-dua pihak. Segala perasaan tidak logik, tidak
rasional sama ada dalam diri kaunselor atau klien perlu dihindari
supaya tidak mengganggu pencapaian matlamat sebenar
kaunseling. Bagi menjayakan sesi penerokaan kaunselor perlu
bermatlamat untuk mendapatkan sebanyak yang mungkin
permasalahan klien. Selain itu, kaunselor juga perlu mewujudkan
perasaan terapeutik di dalam sesi.
 Mengenal Pasti Masalah dan Menentukan Matlamat Kaunseling
 Peringkat ini dilakukan selepas meneroka masalah klien
sepenuhnya. Tujuannya adalah untuk memudahkan kaunselor
membantu klien menyelesaikan masalah yang di hadapi klien.
Ianya dibentuk hasil daripada perbincangan antara klien dan
kaunselor setelah masalah klien dikenalpasti. Kemahiran yang
dilakukan pada peringkat ini adalah untuk membantu
memperjelaskan semula punca masalah dan membentuk matlamat
sesi. Selain itu, kemahiran yang lebih mencabar seperti
konfrantasi dan membuat interpretasi juga memainkan peranan
yang amat penting.
 Memilih Alternatif Penyelesaian dan Tindakan
 Kaunselor berbincang dengan klien untuk membentuk pelan
tindakan. Mereka akan membincangkan alternatif yang dipilih
dengan mengambil kelebihan dan kekurangan setiap pilihan yang
dipilih. Kaunselor akan menentukan jangka masa sesuatu
perubahan harus berlaku. Selain itu, kaunselor bertanggungjawab
menilai kejayaan sesuatu alternatif yang dipilh melalui
maklumbalas yang diterima oleh klien itu sendiri. Dalam memilih
strategi-strategi ini, Suradi (1996) berpendapat bahawa ada empat
strategi yang harus diutamakan oleh seseorang kaunselor bagi
memberi informasi kepada kliennya.
 Satu gambaran tentang pendekatan rawatan yang ada
kaitan dengan kliennya.
 Ada persefahaman pada tiap-tiap prosedur.
 Kemungkinan sesuatu keadaan bagi setiap taip-taip
prosedur itu termasuklah kebaikan dan risikonya sekali.
 Waktu dan aktiviti-aktiviti yang terlibat pada setiap strategi
itu Kesimpulannya, peringkat alternatif penyelesaian dan
tindakan kaunselor perlu Prihatin terhadap kemampuan
perkembangan klien supaya dapat mengambil tindakan yang
sesuai bagi membantu klien.
 Penamatan dan susulan
 Membuat penematan adalah peringkat akhir dalam sesi
akaunseling Selepas klien dapat membantu dan memilih alternatif
yang dianggap sesuai bagi mengatasi masalah yang dihadapinya.
Pada peringkat ini, kaunselor perlu menggunakan peneguhan
dengan tujuan menyakinkan pelajar dan memastikan pelajar
benar-benar melaksanakan alternatif yang dipilih. Selain itu,
kaunselor juga perlu memastikan objektif klien tercapai dan dia
dapat mengaplikasi pembelajarn yang diperolehi semasa sesi di
dalam pergaulan seharian. Kemahiran lain yang perlu dilakukan
oleh kaunselor iaitu menstruktur sesi untuk penamatan,
menyemak semula kemajuan dan pencapian matlamat dan
pengukuhan pembelajaran yang diperolehi. Secara
keseluruhannya, proses kaunseling diakhiri dengan penamatan
iaitu kaunselor akan membuat rumusan besar pada peringkat ini.
Kaunselor akan menyatakan semula isi penting yang diceritakan
oleh klien pada awal sesi hingga mendapat jalan penyelesaian.

More Related Content

Similar to PROSES KAUNSELING INDIVIDU

Konsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunselingKonsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunseling廷武 邹
 
Proses konseling
Proses konseling Proses konseling
Proses konseling Rizal Fahmi
 
Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingSiti Nor
 
Konsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolongKonsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolongSolehah Saffinee
 
Proses Kaunseling Brammer Model
Proses Kaunseling Brammer ModelProses Kaunseling Brammer Model
Proses Kaunseling Brammer Modelqqilah
 
PPT KEL 3 KONSELING INDIVIDUAL.pptx
PPT KEL 3 KONSELING INDIVIDUAL.pptxPPT KEL 3 KONSELING INDIVIDUAL.pptx
PPT KEL 3 KONSELING INDIVIDUAL.pptxPriaNakal2
 
perhubungan menolong
perhubungan menolongperhubungan menolong
perhubungan menolongzakwan azhar
 
peta kognitif
peta kognitif peta kognitif
peta kognitif herry17
 
Tindakan kaunseling
Tindakan kaunseling Tindakan kaunseling
Tindakan kaunseling Sattia Wathy
 
Interview Konseling Jurusan Bimbingan Konsleing
Interview Konseling Jurusan Bimbingan KonsleingInterview Konseling Jurusan Bimbingan Konsleing
Interview Konseling Jurusan Bimbingan KonsleingPunikDani
 
7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunseling7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunselingHerney Aqilah Kay
 
17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok
17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok
17272886 kemahiran-kaunseling-kelompokAlif Hassan
 
PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunselingAmin Upsi
 
PPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptx
PPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptxPPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptx
PPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptxNigarKalfa
 
Pendekatan konseling trait and factor
Pendekatan konseling trait and factorPendekatan konseling trait and factor
Pendekatan konseling trait and factorwinarsih_enar
 
Teknik teknik konseling
Teknik teknik konselingTeknik teknik konseling
Teknik teknik konselingugiadb
 

Similar to PROSES KAUNSELING INDIVIDU (20)

Konsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunselingKonsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunseling
 
Neny3
Neny3Neny3
Neny3
 
DASAR-DASAR KONSELING
DASAR-DASAR KONSELINGDASAR-DASAR KONSELING
DASAR-DASAR KONSELING
 
Proses konseling
Proses konseling Proses konseling
Proses konseling
 
Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunseling
 
Konsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolongKonsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolong
 
Proses Kaunseling Brammer Model
Proses Kaunseling Brammer ModelProses Kaunseling Brammer Model
Proses Kaunseling Brammer Model
 
1 kemahiran asas kaunseling
1 kemahiran asas kaunseling1 kemahiran asas kaunseling
1 kemahiran asas kaunseling
 
PPT KEL 3 KONSELING INDIVIDUAL.pptx
PPT KEL 3 KONSELING INDIVIDUAL.pptxPPT KEL 3 KONSELING INDIVIDUAL.pptx
PPT KEL 3 KONSELING INDIVIDUAL.pptx
 
perhubungan menolong
perhubungan menolongperhubungan menolong
perhubungan menolong
 
Bab 2 Kaunseling
Bab 2    KaunselingBab 2    Kaunseling
Bab 2 Kaunseling
 
peta kognitif
peta kognitif peta kognitif
peta kognitif
 
Tindakan kaunseling
Tindakan kaunseling Tindakan kaunseling
Tindakan kaunseling
 
Interview Konseling Jurusan Bimbingan Konsleing
Interview Konseling Jurusan Bimbingan KonsleingInterview Konseling Jurusan Bimbingan Konsleing
Interview Konseling Jurusan Bimbingan Konsleing
 
7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunseling7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunseling
 
17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok
17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok
17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok
 
PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling
 
PPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptx
PPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptxPPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptx
PPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptx
 
Pendekatan konseling trait and factor
Pendekatan konseling trait and factorPendekatan konseling trait and factor
Pendekatan konseling trait and factor
 
Teknik teknik konseling
Teknik teknik konselingTeknik teknik konseling
Teknik teknik konseling
 

Recently uploaded

AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 

PROSES KAUNSELING INDIVIDU

  • 1. PROSES KAUNSELING INDIVIDU Proses kaunseling bermula dengan pra-sesi membina hubungan dan membuat penstrukturan antara kaunselor dengan klien. Hubungan boleh terbina apabila persediaan kaunselor memadai, layanan yang baik diberikan dan perbualan antara kaunselor dengan klien berlaku dalam keadaan yang selesa dan terpeutik.  Pra-sesi Persediaan bagi kaunselor untuk peringkat ini bergantung kepada situasi di mana khidmat kaunseling itu diberikan sama ada klien dirujuk atau datang sendiri. Pada peringkat ini, kaunselor perlu menyediakan diri dengan mengetahui serba sedikit tentang profil klien menurut Abdul Ghani Sulaiman (2003).  Ini boleh dilakukan dengan meminta klien mengisi borang biodata yang berkaitan tentang peribadi, peralatan fizikal, dan maklumat atau rekod- rekod mengenai klien. Antara kemahiran yang diperlukan adalah seperti berikut:  Perancangan prasesi Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas klien, ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Tingkah laku dan prestasi yang ditunjukkan oleh bakal klien hendaklah disenaraikan manakala tingkah laku standard dan prestasi yang dijangka juga perlu disediakan..Kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan.  Keselesaan klien di awal sesi, kaunselor haruslah cuba menjadikan klien lebih selesa, tetapi jangan bercakap berbelit- belit sehingga boleh mengelirukan klien. Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Kaedah yang dijalankan tidak mengancam klien agar klien tidak berasa terancam agar matlamat kaunseling tercapai. ULANGKAJI KAUNSELING
  • 2.  Membina Hubungan  Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Berikut adalah beberapa kemahiran asas yang diperlukan:-  Membina suasana sekeliling. Oleh kerana sesi perbincangan kaunseling selalunya mengambil masa kira-kira 30 minit atau lebih serta tajuk perbincangan adalah serius, tempat yang sesuai diperlukan. Kerusi meja yang sesuai perlu disediakan seperti kerusi tidak menyakitkan pinggang, atau bergoyang-goyang sehingga mengganggu tumpuan atau pemikiran. Keadaan bilik tidak terlalu panas, terlalu sempit atau terlalu bising. Jangan gunakan tempat lalu-lalang sehingga mengganggu pemerhatian klien atau kaunselor. Tidak ada bau yang tidak menyenangkan seperti bau dari tandas yang berdekatan atau fail atau buku yang bertimbun di atas meja sehingga menyusahkan penglihatan klien atau kaunselor.  Kaunselor perlu membina hubungan yang baik dengan klien bagi menggalakkan klien bercerita atau meluahkan perasan secara tidak langsung tanpa dipaksa. Hubungan yang baik dapat membantu kaunselor memahami masalah klien dengan lebih mendalam lagi. Menurut Mizan Adiliah, Halimatun Haliliah (2002), kemahiran membina hubungan bertujuan memberi perangsang kepada klien supaya sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang menyakinkan dan membentuk kemesraan. Menurutnya lagi antara tingkah laku yang ditonjolkan oleh kaunselor adalah seperti menunjukkan tingkah laku lisan yang mesra, menunjukkan keinginan untuk menolong, mendengar apa yang diperkatakan oleh klien.  Selain itu juga, kaunselor perlu membina suasana alam sekeliling, suasana tereutik, jarak iaitu ruang bagi berkomunikasi, penampilan diri, pandangan mata, kedudukan dan pergerakan tubuh badan, senyuman dan nada suara. Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran membina hubungan perlu diaplikasikan sepanjang sesi bagi mewujudkan ketenangan dan suasana yang terapeutik antara kaunseling dan klien. Suasana terapeutik ini bukan sahaja antara kaunselor dan klien tetapi perlu memperhatikan suasana fizikal yang kondusif dan jarak antara ke dua-duanya.
  • 3.  Penerokaan masalah  Tugas kaunselor adalah utnuk mendapatkan maklumat yang relevan untuk memberi maksud kepada masalah dan menganalisis meklumat tersebut untuk mencari punca masalah. Masalah yang timbul berpunca daripada tiga keadaan sama ada diri sendiri, orang lain tetapi melibatkan diri klien dan takdir yang berlaku. Setelah punca masalah dapat dikenalpasti kaunselor bersama klien akan menganalisis secara terperinci. Kemahiran meneroka dengan mengaplikasikan segala asas kemahiran kaunseling. Ini bertujuan untuk membantu kaunselor membuat penerokaan secara mendalam terhadap kliennya dan menimbulkan perasaan empati terhadap permasalahan klien. Pernyataan klien pada peringkat awal tidak semestinya betul dan tepat, tetapi terpulang pada kebijaksanaan kaunselor mencungkil mempelawa dan memujuk kliennya menghuraikan aspek-aspek tertentu dalam masalah itu. Semua ini akan membantu kaunselor mengenal pasti punca dan pokok masalah awal. Menurut Eisenberg dan Delaney (1977), peringkat penerokaan adalah proses berlakunya komunikasi yang didorong keikhlasan dan kejujuran serta berterus terang terhadap peranan sebenar yang hendak dibincangkan antara ke dua-dua pihak. Segala perasaan tidak logik, tidak rasional sama ada dalam diri kaunselor atau klien perlu dihindari supaya tidak mengganggu pencapaian matlamat sebenar kaunseling. Bagi menjayakan sesi penerokaan kaunselor perlu bermatlamat untuk mendapatkan sebanyak yang mungkin permasalahan klien. Selain itu, kaunselor juga perlu mewujudkan perasaan terapeutik di dalam sesi.  Mengenal Pasti Masalah dan Menentukan Matlamat Kaunseling  Peringkat ini dilakukan selepas meneroka masalah klien sepenuhnya. Tujuannya adalah untuk memudahkan kaunselor membantu klien menyelesaikan masalah yang di hadapi klien. Ianya dibentuk hasil daripada perbincangan antara klien dan kaunselor setelah masalah klien dikenalpasti. Kemahiran yang dilakukan pada peringkat ini adalah untuk membantu memperjelaskan semula punca masalah dan membentuk matlamat sesi. Selain itu, kemahiran yang lebih mencabar seperti konfrantasi dan membuat interpretasi juga memainkan peranan yang amat penting.  Memilih Alternatif Penyelesaian dan Tindakan  Kaunselor berbincang dengan klien untuk membentuk pelan tindakan. Mereka akan membincangkan alternatif yang dipilih dengan mengambil kelebihan dan kekurangan setiap pilihan yang dipilih. Kaunselor akan menentukan jangka masa sesuatu perubahan harus berlaku. Selain itu, kaunselor bertanggungjawab menilai kejayaan sesuatu alternatif yang dipilh melalui
  • 4. maklumbalas yang diterima oleh klien itu sendiri. Dalam memilih strategi-strategi ini, Suradi (1996) berpendapat bahawa ada empat strategi yang harus diutamakan oleh seseorang kaunselor bagi memberi informasi kepada kliennya.  Satu gambaran tentang pendekatan rawatan yang ada kaitan dengan kliennya.  Ada persefahaman pada tiap-tiap prosedur.  Kemungkinan sesuatu keadaan bagi setiap taip-taip prosedur itu termasuklah kebaikan dan risikonya sekali.  Waktu dan aktiviti-aktiviti yang terlibat pada setiap strategi itu Kesimpulannya, peringkat alternatif penyelesaian dan tindakan kaunselor perlu Prihatin terhadap kemampuan perkembangan klien supaya dapat mengambil tindakan yang sesuai bagi membantu klien.  Penamatan dan susulan  Membuat penematan adalah peringkat akhir dalam sesi akaunseling Selepas klien dapat membantu dan memilih alternatif yang dianggap sesuai bagi mengatasi masalah yang dihadapinya. Pada peringkat ini, kaunselor perlu menggunakan peneguhan dengan tujuan menyakinkan pelajar dan memastikan pelajar benar-benar melaksanakan alternatif yang dipilih. Selain itu, kaunselor juga perlu memastikan objektif klien tercapai dan dia dapat mengaplikasi pembelajarn yang diperolehi semasa sesi di dalam pergaulan seharian. Kemahiran lain yang perlu dilakukan oleh kaunselor iaitu menstruktur sesi untuk penamatan, menyemak semula kemajuan dan pencapian matlamat dan pengukuhan pembelajaran yang diperolehi. Secara keseluruhannya, proses kaunseling diakhiri dengan penamatan iaitu kaunselor akan membuat rumusan besar pada peringkat ini. Kaunselor akan menyatakan semula isi penting yang diceritakan oleh klien pada awal sesi hingga mendapat jalan penyelesaian.