2. PENGENALAN PILIHAN RAYA
Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk
memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu
mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-
jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan
tempatan.
Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada
perwakilan berkadar (proportional) atau sistem majoriti (majoritarian).
3. PILIHAN RAYA UMUM
Pilihan raya umum adalah suatu pemilihan yang dijalankan untuk memilih wakil-
wakil rakyat ke jawatan politik dalam sesebuah pentadbiran yang tertentu.
Jawatan-jatwatan sebegini tersebut beraneka-ragam dari setinggi presiden atau
eksekutif yang mentadbir dan memerhati pengurusan sesebuah badan politik atau
pengurusan secara utamanya kepada wakil rakyat atau legislatif di berbagai-bagai
tingkat pemerintahan, sampailah ke serendah kepala desa atau penghulu.
Setelah pemungutan undian dilakukan, proses penghitungan dimulai. Pemenang
Pilihan Raya ditentukan oleh sistem penentuan pemenang yang sebelumnya telah
ditetapkan dan disetujui oleh para calon, dan diumumkan kepada para pemilih.
4. PILIHAN RAYA KECIL
Pilihan raya kecil merupakan sebuah pilihan raya khusus untuk mengisi satu atau
beberapa kerusi yang kosong pada sela antara dua pilihan raya umum.
Lazimnya, sebuah pilihan raya kecil berlaku apabila penyandang kerusi berkenaan
meninggal dunia atau meletakkan jawatan. Malah ia mungkin berlaku apabila
penyandangnya tidak lagi layak menyandang kerusi berkenaan, sebagai contoh
disebabkan oleh satu pilihan raya kembali, kenaikan taraf, atau satu sabitan jenayah
yang serius.
Pilihan raya kecil juga dijalankan sebagai satu hasil keputusan sebuah pengundian
yang pincang.
5. UNDANG-UNDANG PILIHAN RAYA
Undang-undang pilihan raya ialah suatu disiplin yang terletak di persimpangan
undang-undang perlembagaan dan sains politik. Bagi memudahkan pelaksanaan
pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal di Malaysia.
Undang-undang dan peraturan-peraturan-peraturan tersebut adalah seperti yang
berikut:
•Perlembagaan Persekutuan
•Perlembagaan Negeri
•Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19)
•Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5)
•Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981
•Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002
•Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003
6. PILIHAN RAYA MALAYSIA
Selepas peristiwa Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan
pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme di kalangan
rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk
memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui
pilihan raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.
Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti
kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat Malaysia) atau Dewan Undangan Negeri supaya
boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Calon-calon yang
memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar
menang.
8. Tempat mengundi dengan beberapa saluran
Dokumen yang perlu dibawa ketika mengundi
Kertas undi
Cara mengundi
9. 7 LANGKAH PENGUNDIAN
Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.
Serahkan My Kad/ dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerana Pengundian Pertama. Tunjukkan
tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
Bergerak ke hadapan kerana Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas dakwat kekal untuk calitan jari
dan tunggu nama anda dipanggil.
Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerana pengundian
pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas
undi daripada kerana Pengundian ketiga.
Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
Keluar segera dari tempat mengundi.