Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Web 2.0 youtube slide share docstoc scribd

1,020 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Web 2.0 youtube slide share docstoc scribd

  1. 1. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL DTT 5212 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 2 SESI 2012/2013 Tajuk Tugasan: Web 2.0 - Youtube, SlideShare, Docstoc dan Scribd. Pengakuan Pelajar:Kami mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja kami sendiri. Kami sedar bahawa tindakan sewajarnya mengikut Peraturan Peperiksaan UMS akan dikenakan sekiranya kami bersalah mengikut peraturan berkenaan. BIL NAMA NO. MATRIK 1. ABDUL MUTALIP BIN ALI PT122001CT 2. ZAINAL BIN OSMAN PT122293CT 3. ZAINIEDAH BINTI TAMURAN PT122294CT 4. ROSMAYANTI ANAK BAYANG PT122314CT
  2. 2. KANDUNGANNO. TAJUK HALAMAN1.0 : Pendahuluan 32.0 : Youtube 42.1 : Apakah Itu Youtube? 42.2 : Apakah Kepentingan Youtube Dalam Pengajaran? 42.3 Faedah Menggunakan Youtube 52.4 : Penggunaan Youtube Dalam Pengajaran Dan 6 Pembelajaran2.5 : Strategi Penggunaan Youtube Dalam Proses 7 Pengajaran Dan Pembelajaran3.0 : Slideshare 93.1 : Apakah Itu Slideshare? 93.2 : Apakah Kepentingan Slideshare Dalam Pengajaran? 94.0 : Docstoc 104.1 : Apakah Itu Docstoc? 104.2 : Apakah Kepentingan Docstoc? 105.0 : Scribd 115.1 : Apakah Itu Scribd? 115.2 : Apakah Kepentingan Scribd Dalam Pengajaran? 115.3 : Faedah Menggunakan Scribd 125.4 : Cara Menggunakan Scribd 126.0 : Rujukan 13 2
  3. 3. 1.0 PendahuluanPerkembangan teknologi di zaman ini semakin berkembang dengan pesatnya. Perkembanganteknologi yang berkembang pesat ini semestinya memberikan suatu kesan yang sangat besarkepada ketamadunan manusia sejagat. Bagi negara yang maju seperti Amerika Syarikat merekasudah terlalu kehadapan di dalam bidang ini. Namun, bagi negara-negara yang mulamembangun seperti di negara-negara Asia Tenggara ianya masih baru lagi dan sangattertinggal jauh terkebelakang. Kemunculan teknologi web 2.0 merupakan suatu gelombang teknologi yang berlakupada masa kini. Ianya merupakan suatu revolusi teknologi yang semakin berkembang pesatdan telah melanda dunia sejagat. Akibatnya, revolusi teknologi ini telah memberikan kesanyang sangat mendalam kepada perubahan kepada sistem ekonomi, sosial serta politikantarabangsa. Web 2.0 merupakan satu inovasi perisian serta aplikasi dari web yang berbentuk statikkepada web yang lebih dinamik serta fleksibel. Kandungan yang dipersembahkan pula lebihinteraktif dan pelbagai. Ianya menekankan konsep komunikasi web secara dua hala dan bukanlagi hanya penyampaian informasi semata-mata. Dahulunya web berfungsi untukmenyampaikan maklumat mengenai sesebuah organisasi atau platform perkongsian maklumatdengan interaksi yang terbatas. Namun kini, dengan pengenalan beberapa inovasi sepertilaman blog, komunikasi manusia menjadi begitu pantas, mudah dan berkesan. Rangkaianmenjadi lebih luas dan terbuka merentasi batas sempadan negara. Terdapat lima ciri utama web 2.0. Pertamanya adalah penggayaan terhadappengalaman pengguna. Seterusnya, penglibatan secara terus pengguna, kandungan yangdinamik, penggunaan metadata dan kebolehlaksanaan. Web 2.0 memberi pengalaman yang pelbagai kepada pengguna dalam penerokaan ilmuberlandaskan minat serta memberi pengalaman baru berkomunikasi tanpa batasan merentasinegara dan budaya. Bukan itu sahaja, isi kandungan serta maklumat yang disampaikan akansentiasa berkembang setiap masa serta boleh dimanipulasi oleh pengguna-pengguna. 3
  4. 4. 2.0 Youtube2.1 Apakah itu Youtube?YouTube ialah laman perkongsian video yang popular untuk memuat naik, menonton danberkongsi petikan video. YouTube kini menjadi satu bentuk media baharu Web 2.0 yangpopular. Kandungan YouTube boleh merangkumi animasi, rakaman acara awam, rakamanperibadi rakan-rakan, hampir apa sahaja yang ingin disiarkan kecuali kandungan yangmenyalahi undang-undang atau yang menjelikkan dan berbentuk penghinaan. Rakaman videoboleh berbentuk informasi, hiburan, pujukan atau peribadi semata-mata. Sebagai satu aplikasi sosial yang semakin dikenali, YouTube membolehkan penggunamenyiarkan dan memberikan tag kepada video, menonton video yang disiarkan oleh orang lain,menyiarkan komen dalam bentuk perbincangan berangkai, mencari kandungan melalui katakunci atau kategori, serta membina dan menyertai kumpulan semasa. Youtube boleh dihubungkan dengan aplikasi blog lain, dan ini memberi pengguna satucara pantas untuk membuat blog mengenai sesuatu video dan menyertakan pautan kepadanya.Pengguna boleh membaca profile individu yang menyiarkan atau memberi komen kepadasesuatu video, menonton video kegemaran mereka dan menghubungi individu tersebut.2.2 Apakah Kepentingan Youtube Dalam Pengajaran?Video-video pengajaran dan perkongsian ilmu yang terdapat di dalam Youtube seharusnyaboleh digunakan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru sebagai satu alat untuk menambahkan ilmupengetahuan. Video sememangnya memberikan impak dan pengaruh yang besar sekiranyadigunakan dengan cara yang betul terutama dalam dunia pendidikan. Bagi pelajar, video-videoyang berkaitan dengan pembelajaran boleh digunakan untuk menambahkan lagi pengetahuansedia ada mereka. Tambahan pula, video-video pembelajaran khususnya sangat mudah untukdimuat turun pada bila-bila masa. 4
  5. 5. Bagi guru-guru pula, Youtube boleh digunakan sebagai salah satu sumber bahan danalat bantu mengajar yang menarik di dalam bilik darjah. Dengan adanya bantuan teknologiterkini pada masa sekarang guru-guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran danpembelajaran di dalam bilik darjah mereka. Sehubungan dengan itu, guru-guru dapat pulameningkatkan minat pelajar-pelajar untuk terus mencintai ilmu. Penggunaan Youtube dengan cara yang betul akan menarik minat pelajar untuk terusmenimba ilmu. Penggunaan Youtube dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalamkelas boleh menarik minat pelajar khususnya pelajar yang lemah dan pelajar yang lambatmenguasai topik. Mohamed Amin Embi (2011) menyatakan beberapa panduan umum yang dicadangkanoleh Clark dan Mayer (2002) dalam mempertimbangkan penggunaan yang sesuai sebarangmedia untuk memperbaiki pengajaran mengesyorkan bahawa media hendaklah selaras denganhasil pembelajaran atau prestasi yang dikehendaki, mengurangkan beban kognitif,mengandungi teks atau grafik yang bermakna, sesuai dengan tahap kecelikan (literasi)pembelajaran pelajar, pendidik (bahkan pelajar) akan mendapati bahawa video ialah satumangkin dan pemudah cara kepada perbincangan dan analisis dalam kelas.2.3 Faedah Menggunakan YoutubeMelalui Youtube, video yang dimuat naik boleh menjadi satu alat pendidikan dan motivasi yangberpengaruh khususnya kepada pelajar. Walau bagaimanapun, semuanya bergantung dengancara penggunaan video atau bahan pengajaran dan pembelajaran yang dimuat naik di dalamYoutube tersebut. Hal ini kerana video itu sendiri bukanlah satu sasaran atau kesudahan tetapimerupakan satu cara ke arah mencapai objektif dan matlamat pembelajaran. Menurut Duffy (2008), video pendidikan yang efektif bukanlah pengajaran yangberbentuk televisyen kepada pelajar akan tetapi pengajaran guru kepada pelajar dengan videosebagai satu alat penzahiran. Di abad ke 21 ini, YouTube semakin banyak digunakan olehpendidik sebagai satu sumber pedagogi untuk segala perkara, daripada acara menarik yangbernilai berita di serata dunia hinggalah kepada “secebis kisah kehidupan” untuk pengajaran 5
  6. 6. kursus Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) dan juga subjek-subjek yang lain.Penggunaannya merangkumi video pendidikan hinggalah kepada ruang dalam talian danperkongsian kandungan yang dikarang oleh pelajar. Clark dan Mayer (2002) memberikan beberapa panduan dalam mempertimbangkanpenggunaan yang sesuai sebarang media untuk memperbaiki pengajaran denganmengesyorkan agar media perlu selaras dengan hasil pembelajaran atau prestasi yangdikehendaki, mengurangkan beban kognitif, mengandungi teks atau grafik yang bermakna,sesuai dengan tahap kecelikan (literasi) pembelajaran pelajar. Selain itu pendidik (bahkanpelajar) akan mendapati bahawa video ialah satu mangkin dan pemudah cara kepadaperbincangan dan analisis dalam kelas.2.4 Penggunaan Youtube Dalam Pengajaran Dan PembelajaranDewasa ini penggunaan Youtube dalam proses pengajaran dan pemeblajaran seorang gurubukan lagi sesuatu yang baru. Hal ini kerana aplikasi YouTube yang mesra pengguna secaratidak langsung mengajak pengguna untuk menikmati pengalaman menonton video dan terlibatdalam kandungan video sebagai pengulas dan pencipta. Aktiviti yang dilaksanakan pula mampumeningkatkan literasi visual pelajar, yang merupakan satu kemahiran penting dalamb budayaelektronik masa kini. Walaupun kebanyakan video dalam YouTube tidak mempunyai matlamat pendidikan,aplikasi ini menggalakkan eksperimentasi menggunakan media baharu. Kebanyakan pendidikpercaya bahawa usaha untuk membina kandungan merupakan satu latihan pembelajaran yangberguna, yang membantu untuk meningkatkan kefahaman terhadap bahan pelajaran danperalatan yang digunakan untuk membina kandungan video tersebut, Mohamed Amin E.,(2011). Tambahan daripada itu YouTube memudahkan hal ini dan berpotensi untukmendedahkan pelajar kepada wawasan serta kemahiran yang baharu dan jugamenghubungkan mereka kepada pelbagai komuniti dalam talian. Contoh paling mudah kitaboleh lihat pada hari ini, aplikasi perisian sosial Youtube telah menjadi sebahagian trend dalamkalangan pelajar Generasi Net untuk menggantikan pembelajaran pasif dengan penyertaan 6
  7. 7. aktif. Keadaan ini berlaku bila mana semua pelajar boleh menyuarakan pandangan, sesiapa punboleh memberikan sumbangan, dan nilainya tidak terletak pada kandungan itu sendiri akantetapi lebih kepada rangkaian pelajar yang bekerjasama membentuk kandungan tersebut danyang menyokong satu sama lain dalam mencapai matlamat pembelajaran.2.5 Strategi Penggunaan Youtube Dalam Proses Pengajaran Dan PembelajaranBerikut ialah beberapa panduan berkaitan dengan penggunaan video yang khusus untukmenggalakkan tontonan secara aktif dan memaksimumkan pembelajaran yan telah dipetik darisumber http://www.idahoptv.org/ntti/strategies.html;SegmenMembenarkan pelajar anda menonton video dalam beberapa segmen pendek.NotaMelalui video amat sesuai untuk membina kemahiran pencatatan nota. Ambil nota semasatontonan pertama, kemudian putar semula dan ulang tayang untuk membuat semakan nota.Kaedah ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan sebagai satu perbincangan kelas /sesi sumbangsaran.JedaPenggunaan butang jeda (pause) untuk menghentikan video anda seketika agar pelajar bolehmeramal perkara yang akan berlaku atau mengingat semula perkara yang telah berlaku.Tanpa SuaraBagi babak video yang menekankan visual, padamkan suara dan ceritakan. Teknik ini sangatsesuai untuk penyenaraian langkah-langkah sesuatu proses.Tanpa GambarMenggunakan petunjuk audio untuk menerangkan gambar yang ditayangkan. Kemudianbandingkan ramalan dengan video sebenar.PratontonSetiap video dengan teliti untuk menentukan kesesuaiannya dengan objektif pelajaran dan hasilpembelajaran pelajar. 7
  8. 8. GabungkanCuba gabungkan video dengan keseluruhan pengalaman pembelajaran secara menambahkankomponen eksperimen pelajaran. Aktiviti boleh dilakukan sebelum menonton; untuk mengaturpentas, membuat semakan, menyediakan maklumat latar belakang; mengenal pastiperbendaharaan kata baharu, atau memperkenalkan topik. Aktiviti boleh dilakukan selepasmenonton untuk memperkukuh, mengaplikasikan atau memperluas maklumat yangdisampaikan oleh program. Selalunya, video boleh digunakan sebagai satu pengenalan ataupendorong kepada aktiviti amali yang bakal dilakukan.PotongMenggunakan penyunting video dalam talian seperti www.cuts.com atau www.eyespot.combagi mendapatkan konsep-konsep yang paling sesuai dengan topik pelajaran anda. Selalunyapenayangan keseluruhan program tidak perlu dan akan memakan masa yang agak lama.Apabila melakukan pratonton, cari segmen yang benar-benar berkaitan atau berguna untukaktiviti atau pelajaran yang telah dirancang.FokusMemberikan tugas khusus kepada pelajar ketika menonton. Perkenalkan video denganmengemukakan soalan, perkara untuk diperhatikan, perbendaharaan kata yang jarang didengaratau aktiviti yang boleh menjadikan kandungan program lebih bermakna dan jelas. Denganmemberikan tanggungjawab tertentu kepada pelajar semasa menonton, guru bolehmengekalkan fokus pelajar kepada tugasan dan mengarahkan pengalaman pembelajarankepada objektif pembelajaran. Pastikan aktiviti susulan dilakukan semasa dan selepasmenonton.SelepasSelepas pelajar menonton video, pertimbangkan; apakah yang menarik minat mereka? Perkaraapakah yang tidak difahami oleh mereka? Bagaimanakah anda boleh mengaitkan programtersebut dengan pengalaman dan perasaan mereka? Minta pelajar menulis komen/blog tentangvideo tersebut. Bagaimanakah anda boleh mengesahkan dan memahami pelbagai reaksiterhadap bahan tersebut? 8
  9. 9. 3.0 SlideShare3.1 Apakah itu SlideShare?Slideshare ialah satu laman web media utk berkongsi persembahan, dokumen dan fail pdf.Slideshare menonjolkan komuniti profesional yang aktif dan sering memberi komen,menggemari dan memuat turun bahan. Kandungan SlideShare juga tersebar dengan pantasmelalui blog dan rangkaian sosial seperti Linkedin, Facebook dan Twitter. Individu danorganisasi akan memuat naik dokumen ke laman SlideShare untuk berkongsi idea, berhubungdengan orang lain, dan mencari bakal pelanggan untuk perniagaan mereka. Sesiapa sahajaboleh melihat persembahan dan dokumen tentang tajuk yang diminati.3.2 Apakah Kepentingan Slideshare Dalam Pengajaran?Mohamed Amin Embi (2011) mengesyorkan cadangan-cadangan yang dikemukakan olehPatrick Powers (2010) bahawa kepentingan apabila menggunakan SlideShare seperti berikut:1. SlideShare sebagai satu alat pemasaran. Dalam konteks pendidikan, SlideShare boleh digunakan untuk menyebar luaskan ilmu pengetahuan dan maklumat-maklumat kepada pelajar-pelajar. Guru-guru boleh menyediakan persembahan slide mengikut topik dan subtopik pembelajaran serta dikongsikan didalam SlideShare dengan cara memuat naik persembahan tersebut.2. SlideShare boleh bertindak sebagai satu pengurus dalaman dengan memuat naik beberapa persembahan yang memberikan tumpuan kepada maklumat penting berkaitan dengan penonton dalaman. Oleh hal yang demikian guru-guru boleh menyediakan slide persembahan sendiri untuk dikongsikan kepada pelajar-pelajarnya ataupun kepada orang lain. SlideShare sebagai satu sumber alumni. Contohnya dengan memuat naik persembahanyang ditujukan khas untuk kumpulan-kumpulan tertentu. Bukan itu sahaja, penggunaanSlideShare juga boleh digunakan sebagai suatu sumber maklumat tambahan yang bolehdikongsi bersama sesiapa sajaha bagi tujuan perkongsian ilmu alam maya. 9
  10. 10. 4.0 Docstoc4.1 Apakah itu Docstoc?Docstoc adalah destinasi laman utama talian. Ia menjadi sumber utama kualiti yang terbaik danpilihan terluas dokumen profesional (lebih 20 juta) dan sumber-sumber termasuk video pakar,artikel dan alat produktiviti. Docstoc adalah diantara 500 laman web yang sering dikunjungi danmempunyai lebih 25 juta pengguna berdaftar. Ia menawarkan koleksi sumber secara percumadan menyediakan keahlian bulanan yang membolehkan pemilihan terluas kandungan premium.Docstoc juga menyediakan teknologi untuk membantu memudahkan perkongsian dan promosidokumen di seluruh web yang popular dalam penggunaan dokumen seluruh blogosphere danmedia utama.4.2 Apakah Kepentingan Docstoc?Docstoc membenarkan orang ramai terutama penguna-penggunanya untuk berkongsi fail, nota-nota, memo, kata-kata dan ulasan penuh bagi pelbagai tujuan khasnya untuk tujuanpengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Docstoc sangat menarik kerana hampir kesemuajenis fail dokumen boleh ditemui disini. Selain daripada itu, orang ramai mahupun pengunjung yang tidak memiliki laman websendiri pun boleh melakukan persembahan penuh dengan fail diperlukan dilampirkan. Docstocsangat digemari kerana Docstoc memberi peluang kepada penguna-penggunanya untukmenjana pendapatan sampingan. Bukan itu sahaja docstoc juga kerap digunakan olehkebanyakan blogger untuk mempermudahkan pengajuan aplikasi Google Adsense. 10
  11. 11. 5.0 Scribd5.1 Apakah itu Scribd?Scribd adalah sejenis laman web rangkaian sosial yang membolehkan pengunjung-pengunjungnya untuk menerbitkan dan berkongsi semua jenis dokumen dan imej di dalamweb. Ia menggunakan teknologi iPaper yang dikuasakan oleh Adobe Flash. Oleh itu dokumendengan mudah boleh dicapai pada halaman web (Bob Rankin 2008). Scribd berfungsi dengan baik pada beberapa format lain, seperti dokumen Word,spreadsheet Excel, persembahan PowerPoint, atau dokumen yang dicipta dalam bentuk PDF,RTF, TIFF atau dalam format PostScript. Ia boleh dimuat naik dengan mudah ke Scribd untuksemua orang melihat serta boleh dimasukkan ke dalam laman web atau blog tanpa akaunlaman utama.5.2 Apakah Kepentingan Scribd Dalam Pengajaran?Scribd merupakan sebuah laman web 2.0 yang memudahkan pengguna memuat naik danmemuat turun dokumen-dokumen ataupun fail-fail di internet. Antara kepentingannya adalahuntuk memudahkan pengguna-penggunanya terutama sekali guru-guru, pensyarah-pensyarahserta pelajar-pelajar di sekolah dan di universiti. Bagi guru-guru, mereka boleh memuat naikmahupun memuat turun rancangan mengajar yang telah pun dirangka dan dirancangkandengan lengkap dan teliti untuk kegunaan guru-guru lain melihatnya serta menggunakannya didalam kelas sendiri bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Selain daripada itu juga pelajar-pelajar juga boleh menggunakannya untuk memuatturun nota-nota yang telah dibekalkan oleh guru-guru. Dengan itu, pelajar-pelajar akanmendapat lebih banyak maklumat daripada guru-guru mereka. 11
  12. 12. 5.3 Faedah Menggunakan ScribdScribd juga seperti Slideshare yang mana aplikasi boleh digunakan untuk membantu parapengguna khususnya guru dalam menyebarkan dokumen dalam bentuk teks, excel, powerpoint(slaid persembahan) dan sebagainya bagi dikongsikan bersama pengguna Scribd dan seluruhdunia amnya. Faedah lain yang boleh didapati dengan menggunakan Scribd ialah menjadikannyalibrary alam maya kerana sebarang himpunan maklumat boleh dimuat naik sebagai rujukanbagi pihak yang memerlukan seperti pelajar dan guru. Malah, Scribd turut menyediakan ruangan kepada penggunanya sekiranya maklumatyang dimuat naik boleh dimuat turun oleh pengguna yang lain atau sebaliknya. Maklum balasjuga boleh diajukan melalui ruangan komen yang disediakan.5.4 Cara Menggunakan ScribdMenurut Mohamed Amin E. (2012), beberapa cara menggunakan Scribd iaitu;a) Memuat naik dokumen ke webScribd adalah sebuah laman penerbitan sosial di mana orang khususnya pengguna bolehmewujudkan dokumen perkataan atau Power Point dan muat naik dokumen tersebut ke dalaminternet.b) Rancangan PengajaranScribd turut membolehkan guru memuat naik rancangan pelajaran untuk guru-guru lain untukmelihatnya. Bukan itu sahaja malah rancangan pengajaran yang dimuat naik dapat digunakandi dalam kelas mereka sendiri di samping pelajar boleh mengakses dan memuat turun nota danrancangan pengajaran tersebut. 12
  13. 13. 6.0 RujukanBob Rankin. 2008. What is Scribd. http://askbobrankin.com/what_is_scribd.html. [6 September 2011]Clark, R.C. & Mayer, R.E. 2002. E-Learning and the Science of Instruction: Proven Guidelines for Consumers and Designers of Multimedia Learning. San Francisco: Jossey-Bass PfeifferDuffy, P. 2008. Engaging the YouTube Google-Eyed Generation: Strategies for Using Web 2.0 in Teaching and Learning. The Electronic Journal of e-Learning 6(2):119 – 130.Daniel St. Pierre. 2010. What is SlideShare and how can it Benefit You? http://www.cybergenica.com/blog/business-post/what-is-slideshare-andhow-can-it- benefit-you/ [6 April 2011]Godwin-Jones, R. 2007. Digital Video Update: YouTube, flash, high-definition. http://www.allbusiness.com/technology/4051526-1.html [dipetik pada 15 Oktober 2012]Mohamed Amin. E. 2011. Aplikasi Web 2.0 Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. http://www.scribd.com/doc/65576530/Aplikasi-Web-2-0-Dalam-Pengajaran-Dan- Pembelajaran [dipetik pada 15 Oktober 2012]Mohamed Amin E. 2012. Web 2.0 e-Publishing Tools: A Quick Guide. http://www.scribd.com/doc/104843525/Web-2-0-e-Publishing-Tools-A-Quick-Guide[15 Oktober 2012].Nik Peachey .n.d. Web 2.0 Tools for Teachers http://www.scribd.com/doc/19576895/Web-20-Tools-for-Teachers [17 Oktober 2012]Ntti utilization strategies. http://www.idahoptv.org/ntti/strategies.html [dipetik pada 15 Oktober 2012]http://www.slideshare.net/about?PHPSESSID=cdcd1c967d45a922f503f2147b6d 3902 [6 April 2011] 13
  14. 14. http://www.hallicious.com/2010/01/25/slideshare-for-research/ [21 May 2012]https://wiki.itap.purdue.edu/display/INSITE/Scribd 14

×