SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
Download to read offline
1
KEPENTINGAN KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO DALAM KALANGAN
PEMIMPIN PENDIDIKAN DAN IMPLIKASINYA KEPADA PEMBANGUNAN
KAPASITI YANG BERKESAN
Md Rahaimi Rashid@Yaacob
mdrahaimi@iab.moe.gov.my
Marzita Abu Bakar, PHD1
marzita@iab.moe.gov.my
Wan Zaliha Othman, PHD2
wanzaliha@iab.moe.gov.my
Mahathir Fansuri Azizan
mahathir@iab.moe.gov.my
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
ABSTRAK
Pengurusan risiko dan implikasinya terhadap kemampuan melaksanakan fungsi dan
objektif organisasi telah menjadi isu utama yang diberi penekanan pada hari ini.
Pengurusan risiko tidak terhad kepada penyelarasan aktiviti bagi mengurangkan
berlaku kerugian semata-mata, malah melibatkan aktiviti penyelarasan bersepadu bagi
menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh mengganggu operasi organisasi
termasuk aktiviti pembangunan kapasiti untuk meningkatkan professional warga
organisasi. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan peruntukan yang
besar saban tahun bagi aktiviti pembangunan kapasiti warga KPM. Aktiviti
pembangunan kapasiti ini perlu dijalankan dengan berkesan supaya pembangunan
profesional warga KPM tetap dilaksanakan walaupun wujud gangguan yang
ketidaktentuan luar jangka. Kemahiran mengurus risiko akan menyelaras pelan
tindakan sebagai satu kawalan dalaman melalui tindakan pencegahan dan pemulihan
bagi mengatasi masalah dan kelemahan yang dihadapi.
Kata kunci: Pengurusan risiko, pemimpin pendidikan, pembangunan kapasiti,
ketidakpastian
1.0 PENDAHULUAN
Pandemik Covid-19 adalah merupakan wabak yang sedang melanda negara dan
di seluruh dunia dan ia amat memberi kesan kepada individu, institusi keluarga,
organisasi, poilitik, sosial dan ekonomi negara. Pandemik Covid-19 yang bermula di
bandaraya Wuhan, China pada pertengahan Disember 2019 telah merebak ke 180
buah negara seluruh dunia melibatkan lebih 2.8 juta kes dengan 197,245 kematian
sehingga 25 April 2020 (WHO, 2020). Semua negara melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penyebaran virus berkenaan termasuk
Malaysia. Kebanyakan kakitangan swasta atau kakitangan awam kecuali bidang
2
pekerjaan perlu, diarahkan melaksanakan kerja dari rumah sehingga sekatan dibuka
semula. Sehingga artikel ini ditulis, PKP telah dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020.
Situasi ini merupakan ketidakpastian yang tidak dijangka oleh kebanyakan individu
atau organisasi dan hal ini boleh menghalang pencapaian matlamat sesebuah
organisasi. Bagi agensi yang terlibat dengan arahan PKP, tiga persoalan utama ingin
diutarakan; Adakah sekatan ini menghalang pelaksanaan aktiviti yang telah dirancang?
Jika begitu, apakah kesan terhadap pencapaian objektif agensi atau Kementerian
berkaitan? dan; Bagaimana cara untuk menangani ketidakpastian ini dan kenapa
perkara ini penting kepada organisasi?
Individu ataupun organisasi sentiasa berhadapan dengan risiko sepanjang
perjalanan kehidupan. Risiko adalah sebahagian daripada kehidupan kerjaya individu
dan organisasi (Azhar Susanto & Meiryani, 2018). Takrifan risiko pada hari ini telah
berkembang luas dan bukan terhad kepada satu definisi sahaja. Sejak tahun 1950-an,
risiko yang didefinisikan dalam skop program angkasa, nuklear dan kewangan
(Eriksson, 2010) telah berkembang ke bidang pembinaan, klinikal, perubatan dan
tenaga (Hopkins, 2010). Berikutan peredaran masa dan perkembangan pengetahuan,
konsep risiko telah digunakan dalam kebanyakan bidang pengetahuan yang
seterusnya membawa kepada penerokaan dan pembangunan struktur pengurusan
risiko (Nicolae, 2011). Begitu juga dalam bidang pendidikan, kementerian pendidikan
turut mengambil inisiatif dan memainkan peranan untuk menguruskan risiko dalam
organisasi.
Menurut Kamus Dewan, (DBP, 2002) risiko bermaksud kemungkinan mendapat
bahaya atau kerugian. Takrifan risiko banyak dikaitkan dengan ketidakpastian iaitu
perihal yang tidak pasti. Menurut Hillson (2016) risiko adalah ketidakpastian yang jika
berlaku akan memberi kesan terhadap pencapaian objektif. Definisi ini sehaluan
dengan takrifan MS ISO 31000:2018 yang menyatakan bahawa risiko adalah kesan
ketidakpastian terhadap kemampuan organisasi mencapai objektifnya (MS ISO 31000,
2018).
Kesan risiko terhadap pencapaian objektif organisasi boleh jadi kesan negatif
dikenali sebagai ancaman ataupun kesan positif yang dikenali sebagai peluang
(Hillson, 2016). Risiko adalah penyebab utama ketidakpastian dalam organisasi.
Risiko juga menyebabkan kebarangkalian berlakunya kerosakan, kecederaan,
kerugian atau kejadian negatif akibat kelemahan dalaman atau luaran organisasi yang
boleh ditangani melalui perancangan awal. Dalam konteks ini, risiko merujuk kepada
halangan atau cabaran yang boleh mengganggu keupayaan penyampaian
perkhidmatan secara berkesan terutamanya berkaitan pencapaian visi dan misi yang
ditetapkan. Visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah “Pendidikan
Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera". Visi ini boleh dicapai jika risiko dapat
diuruskan secara bersepadu melalui aktiviti mengenal pasti, menganalisis, menilai dan
merawat risiko. Oleh yang demikian, KPM perlu memastikan guru mengajar dan murid
belajar supaya misi dan visi tercapai.
3
Antara risiko yang muncul adalah kegagalan murid mendapat pendidikan
berkualiti seperti keciciran, ponteng sekolah, buli dan masalah disiplin. Selain itu,
sekiranya guru tiada integriti, tidak dapat memberi pendidikan sempurna kepada murid
dan mengambil sikap pilih kasih dan sebagainya boleh menyebabkan halangan bagi
pencapaian misi dan visi. Hal ini boleh menyebabkan negara dalam keadaan tidak
sejahtera yang merupakan kegagalan besar kepada pembangunan insan, bangsa, dan
negara. Organisasi akan terdedah kepada risiko mengalami kerugian atau kegagalan
di samping objektif organisasi tidak tercapai jika tiada pengurusan risiko. Keadaan ini
berlaku kerana tiada perancangan dibuat bagi mengurus risiko secara sistematik
melalui sistem kawalan atau pencegahan yang sesuai. Tindakan mengurus risiko
walaupun menerusi pendekatan meminimakan risiko sudah cukup untuk membantu
organisasi kekal berada di landasan tepat agar terus relevan dengan fungsi dan objektif
yang ditetapkan.
Menurut Hitesh. B., (2019) pengurusan risiko adalah satu proses mengenal pasti,
menganalisis dan menilai apa-apa sahaja perkara yang boleh memberi ancaman atau
peluang kepada organisasi. Risiko ini adalah akibat daripada pelbagai faktor seperti
ketidakpastian kewangan, faktor pengurusan strategik, liabiliti guaman, kemalangan,
dan bencana alam. Dengan kata lain, pengurusan risiko adalah satu amalan untuk
menganalisis potensi risiko pada masa hadapan bagi membuat penilaian dan
mengambil keputusan yang perlu terhadap risiko berkenaan. Bagi sesetengah
organisasi, penekanan terhadap pengurusan risiko dalam tadbir urus baru sahaja
dilaksanakan. Walaupun begitu, pengalaman tahun-tahun sebelumnya sangat
berguna dan diperlukan sebagai sempadan dan pengajaran buat organisasi. Menurut
Kendall and Stuart (1979 dalam Coleman, 2011), pengurusan risiko adalah suatu seni
menggunakan masa lampau sebagai pelajaran (lesson learned) untuk mengurangkan
nasib malang yang telah dilalui organisasi bagi mengeksploitasi peluang kejayaan
masa hadapan.
2.0 PELAKSANAAN PENGURUSAN RISIKO SEKTOR AWAM
Pengurusan risiko adalah penting kepada organisasi kerana tanpanya organisasi
tidak akan berupaya memainkan peranan sebenar kewujudannya (Careersin
Audit.com, 2013). Keperluan pengurusan risiko yang mantap sebagai satu reka bentuk
prosedur dan pelaksanaan untuk mengurus risiko semakin meningkat di sektor swasta
mahupun sektor awam. Menurut Cassidy, (2020), pengurusan risiko adalah suatu
jangkaan ketidakpastian yang dicetuskan oleh perkembangan pesat sains dan
teknologi. Meskipun sains dan teknologi sangat penting untuk pembangunan sejagat,
namun sains dan teknologi juga mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara
yang boleh mendatangkan pelbagai risiko kepada alam sekitar ataupun sosial. Jadi,
perkara ini perlu diambil perhatian yang serius agar risiko dapat ditangani dalam
pelbagai keadaan.
4
Menyedari kepentingannya, setiap agensi sektor awam termasuklah sektor
pendidikan perlu mempunyai pelan pengurusan risiko masing-masing sebagai
panduan bagi mengelak atau meminimakan potensi risiko kepada semua
perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Semua kementerian, jabatan dan
agensi dikehendaki menubuhkan struktur tadbir urus bagi memastikan pengurusan
risiko dihayati dan dilaksanakan oleh setiap lapisan penjawat awam sehingga ke
peringkat tertinggi pengurusan. Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengeluarkan
surat arahan bertarikh 9 Mac 2007 kepada semua Ketua Jabatan untuk memastikan
semua pegawai awam yang diamanahkan mengurus sumber, melaksanakan
tanggungjawab dengan penuh integriti, mengenal pasti dan menangani risiko yang
dihadapi dalam pelaksanaan pelbagai program dan menguruskan projek.
KSN juga mengarahkan supaya aspek pengurusan risiko diutamakan dalam
usaha agensi untuk mencapai tahap prestasi yang tinggi dan pematuhan kepada
peraturan sedia ada. Pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU) telah mengeluarkan arahan kepada semua agensi sektor awam
untuk melaksanakan Pengurusan Risiko di jabatan masing-masing. Butiran lengkap
arahan dalam Penilaian Star Rating, Kriteria A Perkara 1.6 dengan jelas mengarahkan
semua Ketua Jabatan merangka Pelan Pengurusan Risiko dalam organisasi masing-
masing. Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan Pelan Pengurusan Risiko:
i) Menilai tahap risiko yang mungkin dihadapi oleh organisasi
ii) Membangunkan Pelan Pengurusan Risiko
iii) Mewujudkan Pelan Komunikasi untuk menerangkan Pelan Pengurusan Risiko
iv) Menilai keberkesanan Pelan Pengurusan Risiko.
Tindakan yang perlu diambil oleh pengurus risiko setiap agensi ini merangkumi
aktiviti mengenal pasti risiko dan mencadangkan strategi untuk mengawal risiko
dengan mengambil kira garis panduan yang disediakan. Di samping itu, untuk
melaksanakan strategi mengurus risiko secara berkesan, motivasi dan kesedaran
semua ahli untuk bekerjasama melaksanakan strategi perlu dibangunkan melalui suatu
pelan komunikasi yang berkesan. Hal ini juga merupakan salah satu risiko dalaman
yang perlu dikenal pasti oleh pengurus risiko organisasi. Pengurusan risiko bukan
hanya lebih kepada senarai semak ancaman atau ketidaktentuan yang perlu ditangani
oleh agensi kerajaan, tetapi hal ini juga merupakan kesempatan atas peluang yang
wujud dengan menjadikan semua maklumat dan fakta yang ada sebagai input bagi
penjanaan strategi dan perancangan operasi agensi (JKR, 2017). Untuk itu,
pengurusan risiko sektor awam bukan muncul secara berasingan tetapi
berkesinambungan dan telah dimasukkan sebagai pelan perancangan strategik setiap
agensi kerajaan.
.
3.0 PROSES PENGURUSAN RISIKO
5
Pengurusan risiko melibatkan pengenalpastian, analisis, dan tindak balas
terhadap faktor-faktor risiko yang menjadi rutin pengoperasian sesebuah organisasi.
Pengurusan risiko akan mengawal keseluruhan ancaman ke atas hasil masa depan
organisasi secara proaktif dan bukan secara beransur-ansur. Oleh itu, pengurusan
risiko yang berkesan berjaya memperkenalkan tindakan yang telah mengurangkan
semua kemungkinan risiko yang berlaku dan mengganggu kegagalan organisasi
berfungsi dengan baik. Rajah 1 di bawah menunjukkan proses pengurusan risiko
berdasarkan MS ISO 31000:2018.
. Rajah 1: Proses Pengurusan Risiko
Dalam membincangkan berkaitan proses pengurusan risiko, Hillson, (2016)
menyenaraikan beberapa soalan asas yang mendasari proses berkenaan dan
setiap soalan merujuk kepada setiap langkah proses mengurus risiko organisasi.
Proses pengurusan risiko melibatkan peringkat berikut:
i. Mewujudkan skop, konteks dan kriteria (Scope, context and criteria)
Kewujudan risiko bergantung kepada adakah ia memberi kesan terhadap
objektif organisasi (Hillson, 2016). Langkah awal menangani risiko ialah usaha
menentukan skop, konteks dan kriteria risiko. Aktiviti menangani risiko tidak
boleh dimulakan tanpa terlebih dahulu mengenalpasti secara jelas apakah
skop dan objektif yang akan terkesan oleh risiko. Tujuannya adalah untuk
menyesuaikan proses pengurusan risiko bagi membolehkan penilaian risiko
yang berkesan dan rawatan risiko yang sesuai dilakukan.
(Sumber: The ISO 31 000:2018 Risk management guidelines)
Risk Assessment
Skop, Konteks dan Kriteria
Communication
&
Consultation
Monitoring
&
review
Risk Evaluation
Risk treatment
Risk Assessment
Risk Identification
Risk Analysis
6
.
ii. Pengenalpastian risiko (risk identification)
Proses ini berkaitan mengenal pasti dan mengetahui apa sahaja potensi risiko
yang boleh menghalang organisasi mencapai matlamatnya. Aktiviti yang
berlaku dalam tahap ini adalah mencari, mengenali dan menghuraikan secara
terperinci risiko yang mungkin membantu atau menghalang organisasi
mencapai objektifnya. Ketepatan dan kerelevanan maklumat sangat penting
dalam tahap ini.
iii. Analisis risiko (risk analysis)
Sebaik sahaja jenis-jenis risiko dikenal pasti, proses seterusnya adalah
menentukan kemungkinannya berlaku risiko serta akibatnya kepada
organisasi. Matlamat analisis risiko adalah untuk lebih memahami setiap risiko
tertentu, ciri-cirinya dan bagaimana hal ini boleh mempengaruhi objektif
organisasi. Analisis risiko melibatkan pertimbangan terperinci tentang
ketidakpastian sumber risiko, kemungkinan akibat, peristiwa, senario, kawalan
dan keberkesanannya. Teknik analisis boleh bersifat kuantitatif, kualitatif
ataupun kombinasi kedua-duanya bergantung kepada keadaan dan keperluan
penggunaannya.
iv. Penilaian risiko (risk evaluation)
Risiko kemudiannya dinilai setelah menentukan kemungkinan keseluruhan
kejadian risiko yang digabungkan akibat keseluruhannya. Ini akan membantu
organisasi dalam membuat keputusan sama ada risiko itu boleh diterima dan
bersedia untuk mengambilnya berdasarkan selera risiko (risk appetite). Dalam
pengurusan risiko, risk appetite merujuk kepada tahap risiko yang sedia
diterima oleh sesebuah organisasi. Tujuan penilaian risiko adalah untuk
menyokong keputusan melalui aktiviti perbandingan hasil analisis risiko
dengan kriteria risiko yang ditetapkan untuk menentukan tindakan tambahan
diperlukan ataupun tidak. Antara keputusan yang boleh diambil ialah:
a. tiada tindakan selanjutnya;
b. pertimbangkan pilihan rawatan risiko;
c. analisis lanjutan untuk lebih memahami risiko;
d. mengekalkan kawalan sedia ada;
e. melihat semula objektif.
Keputusan perlu mengambil kira dalam konteks yang lebih luas dan akibat
sebenar yang dilihat kepada pihak berkepentingan luar dan dalam. Hasil
penilaian risiko harus direkodkan, disampaikan dan kemudian disahkan pada
tahap organisasi yang sesuai.
v. Rawatan risiko (risk treatment)
Rawatan risiko adalah tindakan bertujuan mengurangkan kebarangkalian atau
magnitud impak risiko yang dihadapi terhadap organisasi. Antara strategi yang
boleh dilaksanakan ialah strategi kawalan iaitu mengelak risiko,
mengurangkan risiko, menerima risiko dan memindah risiko.
7
a. Mengelak risiko (avoidance) adalah tindakan tidak mengambil atau
meneruskan aktiviti yang dirancang yang boleh menyebabkan
berlakunya risiko berkenaan.
b. Memindah risiko (transfer) adalah melibatkan pihak lain yang berkongsi
secara keseluruhan atau sebahagian risiko melalui kontrak, insuran,
perjanjian dan usahasama (MOU).
c. Menerima risiko (accept) adalah strategi dimana organisasi menerima
risiko dengan tidak melaksanakan apa-apa proses rawatan terhadap
risiko.
d. Mengurang risiko (reduce) adalah strategi mengurangkan risiko melalui
pembangunan professional atau latihan, pengujian, kawalan atau
menambahbaik sistem pengurusan.
vi. Pemantauan dan kajian semula (monitoring and review)
Tujuan pemantauan dan kajian semula adalah untuk memastikan dan
meningkatkan kualiti dan keberkesanan reka bentuk, pelaksanaan dan hasil
proses. Peringkat ini adalah untuk mengukur prestasi pengurusan risiko
terhadap petunjuk, yang dikaji secara berkala untuk kesesuaian. Hal ini
melibatkan semakan pelaksanaan sama ada menyimpang daripada pelan
pengurusan risiko, memeriksa sama ada rangka kerja pengurusan risiko,
dasar dan pelan masih sesuai, berdasarkan konteks luar dan dalaman
organisasi, pelaporan tentang risiko, kemajuan dengan pelan pengurusan
risiko dan sejauh mana polisi pengurusan risiko sedang diikuti, serta
mengkaji keberkesanan rangka kerja pengurusan risiko.
vii. Komunikasi dan perundingan (communication and consultation)
Aktiviti di peringkat ini membantu organisasi memahami minat dan
kebimbangan pihak berkepentingan, untuk memastikan proses pengurusan
risiko memberi tumpuan kepada elemen yang tepat, dan juga membantu
menjelaskan rasional keputusan dan pilihan rawatan risiko tertentu.
4.0 KEPENTINGAN KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO DALAM KALANGAN
PEMIMPIN PENDIDIKAN
Kemahiran pengurusan risiko amat penting dalam menguruskan organisasi untuk
mencapai matlamat organisasi. Dalam mengurus organisasi, pemimpin
pendidikan berupaya menentukan 3 langkah utama iaitu:
4.1 skop, konteks, dan kriteria
4.2 penilaian risiko
4.3 menangani risiko (merawat risiko)
Matlamat organisasi tidak akan tercapai tanpa ada sokongan daripada para guru
dan staf sokongan.
4.1 Skop, Konteks, dan Kriteria
8
Pendidikan berkualiti merupakan salah satu skop utama risiko KPM berdasarkan
visi KPM iaitu pendidikan berkualiti, insan terdidik dan negara sejahtera.
Manakala misi KPM pula adalah melestarikan pendidikan yang berkualiti untuk
membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Sekolah dan
institusi pendidikan KPM perlu bijak menyusun program berdasarkan misi dan
visi KPM agar objektif tidak tersasar daripada matlamat asal. Visi dan misi ini
menjadi kayu pengukur terhadap pencapaian yang diperoleh pada penghujung
sesi dan pengukuran ini dapat dilakukan untuk menyelesaikan permasalahan
pada masa hadapan. Pemimpin pendidikan perlu mempunyai kemahiran
pengurusan risiko dan mengetahui kaedah-kaedah untuk mengurus risiko
dengan baik dan mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh KPM.
Pencapaian visi dan misi ini akan memudahkan pembangunan kapasiti
kementerian dilaksanakan dengan lebih mudah dan menghasilkan pendidikan
yang lebih berkualiti. Pemimpin pendidikan perlu berkeupayaan untuk
mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap tingkah laku guru, kakitangan dan
pelajar supaya melaksanakan aktiviti ataupun program yang telah ditetapkan
untuk mencapai matlamat sekolah (Yahya Don, 2005). Pelaksanaan program
tersebut perlu dilaksanakan tanpa melibatkan risiko kepada organisasi. Oleh itu,
pemimpin pendidikan seharusnya menguasai kaedah untuk menguruskan risiko
apabila berlaku sesuatu perkara yang di luar daripada perancangan asal dan
mereka seharusnya melaksanakan pelan yang sistematik untuk menangani
risiko.
4.2 Penilaian risiko
Pencapaian misi dan visi untuk mendapat pendidikan berkualiti dapat dicapai
apabila semua kanak-kanak di Malaysia mendapat kesamarataan peluang
pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing.
Kementerian Pendidikan menggariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM), akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak perlu dipenuhi
tidak mengira kedudukan geografi jantina ataupun latar belakang sosio ekonomi
keluarga. Pemimpin pendidikan perlu memikirkan apakah risiko paling kerap
berlaku di sekolah.
Oleh itu, pemimpin pendidikan perlu bertanggungjawab untuk memastikan
tidak berlaku keciciran dan peluang kepada kanak-kanak, khususnya kanak-
kanak yang tinggal di luar bandar. Pemimpin pendidikan perlu membuat bancian
keperluan kanak-kanak yang tidak mampu untuk melunaskan keperluan sekolah.
Sekiranya pihak sekolah mempunyai hubungan baik dengan mana-mana NGO,
mereka boleh bekerjasama untuk memastikan tiada murid-murid yang tercicir
daripada mengikuti sistem persekolahan seperti orang lain. Contohnya,
ketidakhadiran murid ke sekolah disebabkan tiada pengangkutan menyebabkan
keciciran berlaku adalah merupakan risiko yang boleh diramal dan tindakan
proaktif pengurusan sekolah dan kerjasama komuniti perlu digembleng untuk
mengatasinya. Namun risiko yang melibatkan bencana, kebakaran dan wabak
sukar diramal, contoh kes pendemik Covid 19 yang berlaku sekarang di seluruh
dunia.
Pemimpin pendidikan perlu memikirkan kaedah untuk mengatasi masalah
tersebut dan guru boleh terus mengajar serta murid boleh terus belajar. Jika
berlaku risiko sekalipun, guru-guru masih lagi dapat menyumbang kepada
9
pendidikan berkualiti di samping mengurangkan kadar keciciran daripada
berlaku. Sehubungan itu, pelan kontigensi perlu dirangka lebih awal dan pelan
ini perlu dimaklumkan kepada semua komuniti yang terlibat seperti ibu bapa dan
juga PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) supaya komuniti lebih jelas dan aktiviti
pembelajaran boleh diteruskan walaupun berada di rumah masing-masing
sewaktu bencana berlaku seperti bencana Covid 19. Pelan ini juga perlu
dimaklumkan dan dimasukkan dalam perancangan strategi untuk memudahkan
pemimpin pendidikan mengurus perancangan aktiviti dan perbelanjaan yang
terlibat. Jika pelan yang dirangka memberikan faedah dan pulangan langsung
kepada pelajar-pelajar, maka tidak mustahil PIBG akan bekerjasama dan
memainkan peranan penting dalam aktiviti yang dirancang. Maka, risiko keciciran
pelajar dan ketidakcukupan waktu untuk guru-guru menghabiskan tugasan
mereka dapat diatasi.
Pendidikan berkualiti merupakan asas untuk pembangunan insan dan
kemenjadian murid. Insan terdidik bukan sahaja melibatkan pengetahuan dan
kemahiran tetapi melibatkan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam segenap
lapisan masyarakat. Contohnya, kasih sayang, ikhlas, rajin, tekun, berintegriti,
hormat menghormati, bekerjasama termasuklah penjagaan alam sekitar.
Pembangunan insan lestari adalah satu misi pendidikan yang menunjukkan
keseimbangan antara kesejahteraan manusia dan perkembangan ekonomi selari
dengan tradisi budaya serta penghormatan terhadap sumber-sumber semulajadi.
Ketiadaan kesedaran untuk menjaga alam sekitar dari peringkat awal
menyebabkan pelbagai masalah akan berlaku kepada bumi yang sekaligus akan
memberi kesan kepada masyarakat.
Pendidikan lestari ini akan mendorong perubahan perilaku dan
membentuk masa depan yang lebih baik. Pertambahan penduduk dan kepesatan
pembangunan menyebabkan berlakunya eksploitasi terhadap sumber daya alam
yang menyebabkan kerosakan dan degresi alam sekitar. Pendidikan alam sekitar
telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar dengan mewajibkan pelajar sekolah
rendah mempelajari mata pelajaran Alam dan Manusia. Manakala di peringkat
menengah pula, subjek Biologi dan persatuan Sains dan Alam Sekitar
diperkenalkan kepada pelajar.
Guru-guru perlu diberi motivasi untuk sentiasa menanamkan sikap cinta
akan alam sekitar kepada anak-anak murid mereka. Pelbagai pertandingan boleh
dijalankan antaranya pertandingan kebersihan kelas dan persekitaran sekolah.
Murid-murid juga perlu digalakkan untuk mengumpul sampah sarap mengikut
kategori-kategori untuk memudahkan sistem pelupusan dilaksanakan di sekolah.
Menurut Aini, Nurizan dan Fakhru'l-Razi (2007), kegagalan memupuk nilai ini
antara faktor yang menjadikan Pendidikan Alam Sekitar kurang berjaya
dilaksanakan dengan berkesan di sekolah termasuklah guru yang kurang
menguasai isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar, kurang
kemahiran dan motivasi serta kesungguhan untuk melaksanakan Pendidikan
Alam Sekitar.1 Oleh itu, pemimpin pendidikan perlu memastikan agar guru-guru
yang mengajar memiliki tauliah untuk mengajar subjek ini.
Ada juga guru yang memberi alasan ketidakcukupan waktu untuk
menghabiskan silibus dan kebiasaan alasan yang paling kuat tiadanya
1
http://apjee.usm.my/APJEE_28_2013/apjee28_2013_art9_131_153.pdf
10
peruntukan khusus untuk melaksanakan program ataupun aktiviti alam sekitar di
dalam sekolah ataupun di luar kawasan sekolah. Ini merupakan sikap dan efikasi
kendiri guru-guru yang dikatakan juga berpunca daripada corak kepimpinan
instruksional pemimpin pendidikan. Ada dalam kalangan pemimpin pendidikan
tidak menitikberatkan isu-isu lestari berkaitan alam sekitar kerana mereka hanya
mementingkan prestasi akademik semata-mata.
Apabila pelajar-pelajar telah menamatkan zaman pengajian mereka di
sekolah, proses kemenjadian murid terbukti apabila mereka menghargai alam
sekitar dan tidak melakukan perkara-perkara yang melibatkan pemusnahan alam
sekitar. Proses kemenjadian pelajar ini dikuatkan lagi apabila mereka
melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Di institusi pengajian
tinggi, kemenjadian pelajar akan menjadi lebih baik lagi apabila mereka menyertai
program berkaitan alam sekitar yang dianjurkan oleh pihak kolej dan universiti.
Kecemerlangan sesebuah sekolah juga terletak pada kepemimpinan
instruksional Pengetua atau Guru Besar (PGB) yang berkait langsung dengan
komitmen PGB dengan pengajaran guru (Hallinger & Murphy, 1985). PGB perlu
memastikan guru-guru memberi pengajaran yang berkesan kepada murid.
Dalam tempoh PKP ini, pembentukan insan terdidik juga boleh
menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara interaktif
dengan menggunakan pelbagai teknik kemahiran berfikir seperti penggunaaan
perisian Virtual Learning Environment (VLE) yang diperkenalkan oleh KPM pada
tahun 2013. Selain itu, satu program perkongsian bijak yang dihasilkan oleh
Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) dan One Touch Education Sdn.
Bhd untuk menyahut seruan kerajaan ke arah perluasan Sekolah Bestari.
Program ini menyediakan pelbagai aplikasi untuk meningkatkan prestasi menjadi
lebih mudah. Akses yang mudah dan mesra pengguna dengan penyediaan
pelbagai soalan interaktif untuk digunakan oleh pelajar. Kaedah PdP interaktif ini
menjadi satu alternatif dan peluang kepada guru-guru untuk meningkatkan
potensi pelajar. Kaedah ini sangat berguna untuk guru-guru meneruskan PdP
kepada pelajar walaupun dunia diancam Pendemik Covid 19. Kaedah ini boleh
diguna pakai sepenuhnya oleh guru-guru untuk melaksanakan PdP kepada
pelajar-pelajar. Pembangunan potensi individu masih boleh diteruskan meskipun
sekolah ditutup dalam tempoh yang agak lama untuk mengelakkan virus Covid
19 ini tersebar dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Negara sejahtera menerusi pendidikan mustahil dapat dicapai tanpa
sokongan daripada pelbagai pihak agensi kerajaan yang lain, pihak media,
perundangan, NGO dan sokongan masyarakat. Negara yang sejahtera menerusi
pendidikan boleh dilaksanakan menerusi perkongsian ilmu dan perkongsian ilmu
ini boleh dilakukan secara dalaman sebagai asas kepada proses penyaluran
kelestarian pembangunan insan. Hasil daripada perbincangan dapat dijadikan
dalam bentuk inovasi dan SOP yang betul agar tidak berlaku percanggahan
maklumat yang diterima dan aspek penyampaian. Penyampaian kualiti
perkhidmatan yang lemah boleh menyebabkan penularan aspek budaya kerja
yang negatif dan pemikiran yang lemah dalam masyarakat dan sukar dibendung.
Kualiti penyampaian perkhidmatan secara langsung memberi tekanan kepada
pihak sekolah apabila mereka menerima banyak aduan dan tekanan daripada
komuniti setempat.
11
Contohnya, sukarnya guru-guru mengawal keluar masuk pelajar-pelajar
setiap hari dan ada dalam kalangan pelajar yang sesuka hati melepak di kawasan
berdekatan yang menimbulkan pelbagai masalah sosial kepada penduduk
setempat. Masalah sosial yang berlaku ini sedikit sebanyak akan menyebabkan
sekolah berkenaan mendapat tekanan daripada masyarakat sekeliling. Hal ini
akan turut menjejaskan reputasi pendidikan seolah-olah KPM gagal memberi
pendidikan kepada murid. Bagi mengelakkan risiko tersebut berlaku, pemimpin
pendidikan dan semua guru perlu berganding bahu dengan masyarakat dengan
mengatur strategi agar hal sedemikian tidak berlaku yang boleh menjejaskan
kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dan pembangunan insan dalam
negara.
Justeru, untuk mencapai pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara
sejahtera, Kementerian Pelajaran Malaysia boleh merealisasikannya menerusi
pelaksanaan Standard Operation Prosedure (SOP) yang betul dan perlu
dirancang dan diuruskan lebih awal untuk meminimumkan berlakunya risiko
dalam organisasi pendidikan. Prosedur yang proaktif dapat mengenal pasti isu-
isu risikio lebih awal yang membawa kepada suatu keputusan yang strategik.
Keputusan yang strategik membolehkan pengurusan strategik dapat dirancang
dengan sempurna untuk mengelakkan pelbagai risiko yang tidak diingini daripada
berlaku. Apabila risiko dapat dikurangkan ataupun ditiadakan langsung dalam
sistem pendidikan, maka pembangunan kapasiti sekolah akan mudah tercapai.
Contohnya dalam tempoh cuti PKP disebabkan Pendemik Covid 19, kerjasama
ibu bapa dan komuniti dalam mendapatkan pembelajaran yang berkesan,
menjaga kesihatan dan mematuhi arahan KKM sangat penting di samping
memastikan pemantauan terus berlaku dan ibu bapa boleh menjadi guru kepada
anak-anak mereka di rumah masing-masing.
4.3 Menangani risiko (merawat risiko)
Sebagai pemimpin dalam organisasi pendidikan, pemimpin pendidikan
seharusnya memikirkan risiko utama yang akan dihadapi oleh warga pendidik jika
tidak ditangani dengan sebaik mungkin bagi memenuhi matlamat pemegang
taruh (stakeholder). Pengurus pendidikan yang bijak akan cuba mendapatkan
pelbagai maklumat penting untuk disebarkan kepada kakitangannya. Setiap
maklumat perlu disaring terlebih dahulu dan maklumat yang bersesuaian perlu
disalurkan secepat mungkin jika sekiranya maklumat tersebut adalah penting dan
perlu dilaksanakan dengan segera. Contoh yang paling jelas melindungi
maklumat akta rahsia rasmi dan maklumat rasmi kerajaan dari capaian tanpa
kuasa yang sah. Pemimpin pendidikan harus memastikan semua ahli
menghormati dan melindungi maklumat rasmi kerajaan agar tidak terdedah
kepada agensi luar yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian rakyat.
Setiap pasukan harus mengutamakan kepentingan seluruh organisasi dan
mereka seharusnya berusaha mencapai hasil untuk kepuasan pelanggan. Oleh
itu, garis panduan perlu dikeluarkan untuk memberi kefahaman kepada
stakeholder bagi melaksanakan perancangan yang telah ditetapkan oleh
pemimpin pendidikan. Berikut adalah beberapa garis panduan untuk stakeholder
boleh laksanakan untuk menangani atau merawat risiko di premis masing-
masing.
12
4.3.1 Menyediakan Pelan Risiko
Pelan Perancangan Strategik adalah perancangan strategik yang dibuat dalam
sesuatu tempoh untuk mencapai matlamat sekolah melalui program atau aktiviti
yang dirancang. Selain itu, pelan ini juga menggariskan panduan yang dapat
digunakan untuk berkongsi maklumat tentang hala tuju sekolah. Pelan ini juga
memudahkan guru dan staf sokongan melaksanakan program tahunan dan
memudahkan pihak pengurusan memantau pelaksanaan dan menjadi penentu
kepada tercapainya visi dan misi pengurusan. Keberkesanannya membantu
untuk mengelakkan daripada berlakunya risiko yang tidak diingini daripada
berlaku dan sekaligus dapat digunakan oleh pemimpin pendidikan untuk
mengurus risiko dengan baik. Selain itu, pelan ini juga menjadi suatu peraturan
dan tatacara kerja yang lebih sistematik yang menguji keupayaan individu dari
segi kecekapan mengendalikannya.
Berdasarkan MS ISO 31000, risiko adalah kesan ketidakpastian terhadap
kemampuan organisasi mencapai objektifnya (MS ISO 31000, 2018) dan oleh itu
pelan pengurusan risiko perlu disediakan oleh setiap organisasi. Oleh itu, amat
penting pemimpin sentiasa berfikir ke hadapan dan membangunkan pelan
kesinambungan pendidikan. Pelan kesinambungan adalah merupakan
sebahagian daripada pengurusan risiko (Graham & Kaye 2015). Pemikiran
berdasarkan risiko mungkin tidak menyelesaikan semua masalah di sekolah,
tetapi ini akan membuat pengurus pendidikan berfikir dengan lebih strategik cara-
cara untuk menangani perkara yang tidak dijangka. Pemikiran berdasarkan risiko
adalah pola pemikiran secara proaktif untuk memastikan peningkatan
pencapaian hasil menggunakan kaedah yang mempertimbangkan ancaman dan
peluang (Laqua, 2018). Pemikiran berdasarkan risiko dapat membantu
pengurusan mencegah kerugian, menangkap peluang dan meningkatkan
komunikasi di seluruh organisasi.
Organisasi menggunakan pemikiran berdasarkan risiko untuk membuat
keputusan yang lebih baik terutamanya ketika mereka beroperasi dalam
persekitaran yang mencabar, pantas atau tidak pasti (Radziwill, 2019). Ini
merupakan sebahagian daripada pola pemikiran yang proaktif untuk
menguruskan risiko dengan lebih baik dan menguruskan pembangunan kapasiti
dengan berkesan. Selain itu pelan pengurusan risiko adalah untuk mengelakkan
ketidakpuashatian pelanggan dan langkah berjaga-jaga agar aktiviti dijalankan
dapat mengurangkan sebarang risiko. Susunan risiko perlu dilakukan
berdasarkan kebarangkalian kekerapan risiko kerana risiko yang berlaku tidak
akan sama dan berbeza mengikut isu. Keutamaan perlu diberikan kepada risiko
utama yang melibatkan PdP di sekolah kerana pelanggan utama di sekolah ialah
pelajar.
4.3.2 Pembangunan kapasiti
Pembangunan kapasiti guru dan staf sokongan dapat membantu sekolah
mencapai matlamat seperti coaching mentoring, bimbingan dan penyeliaan,
latihan dalam perkhidmatan, PLC, dan pelbagai bentuk aktiviti pembangunan
individu. Melalui amalan pengurusan sebegini, PGB boleh membimbing dan
memberi tunjuk ajar kepada guru dalam menyelesaikan masalah dan seterusnya
meningkatkan perkembangan profesionalisme dan mutu pengajaran mereka
(Glickmen et al, 1995). Pembangunan kompetensi dan kapasiti guru perlu
13
dilaksanakan secara sedar dan terancang kerana hal ini selari dengan konsep
Organisasi Pembelajaran (Learning Organization) untuk memastikan setiap ahli
organisasi sentiasa belajar bagi meningkatkan perkembangan profesionalisme
dan seterusnya melonjakkan prestasi organisasi.
i. Coaching mentoring
Bagi memastikan guru dan kakitangan sokongan sentiasa dapat melaksanakan
tugas dengan cemerlang, proses `coaching mentoring’ perlu dilaksanakan
terhadap semua pemimpin pertengahan di sekolah iaitu semua guru penolong
kanan dan guru-guru kanan. Proses ini perlu dilakukan pada setiap minggu dan
direkodkan dalam buku log pengetua. Melalui proses ‘coaching mentoring’ inilah
pengetua dapat membimbing dan menunjuk ajar melalui perkongsian bersama-
sama pemimpin pertengahan berkaitan apa juga bidang kerja masing-masing.
Melalui pendekatan ini, pemahaman yang jelas tentang apa juga isu yang berlaku
dan mekanisme yang terbaik untuk membantu mereka akan dapat diperoleh.
Pengalaman pengetua dalam laluan kerjayanya sebagai Guru Kanan, Penyelia
Petang, Penolong Kanan dan seumpamanya di samping pengetahuan semasa
mengikuti kursus dan sebagainya perlu digunakan sepenuhnya untuk tujuan
bimbingan berkenaan. Proses ini harus dibudayakan kepada semua pemimpin
pertengahan dengan semua personel ini melaksanakan juga ‘coaching and
mentoring’ kepada sumber di bawah kawalan mereka iaitu guru-guru atau
kakitangan sokongan yang berkaitan. Melalui pendekatan ini guru dan staf
sokongan dapat dibimbing secara sistematik.
ii. Pemantauan dan penyeliaan
Selain itu, proses pemantauan dan penyeliaan juga berlaku di segenap peringkat.
Contohnya, apabila pengetua membuat bimbingan kepada guru penolong kanan
dalam aspek penyeliaan pengajaran dan pembelajaran (PdP), penolong kanan
seterusnya membuat bimbingan dan pemantauan kepada guru-guru kanan yang
seterusnya proses yang sama berlaku kepada ketua-ketua panitia, penyelaras-
penyelaras tingkatan dan akhirnya kepada guru-guru akademik. Proses yang
mengikut SOP ini akan menentukan tidak akan ada guru-guru yang tercicir
daripada dipantau dan semua guru akan dapat memperbaiki sistem PdP
mengikut arahan dan keperluan KPM. Hal ini sudah pasti akan dapat
merealisasikan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia dengan lebih
mudah.
iii. Program Profesionalisme Berterusan
Dalam usaha membangunkan kapasiti ini juga, perhatian yang serius harus
diberikan terhadap program pembangunan profesionalisme guru melalui
pembelajaran secara tidak formal maupun secara formal dan terancang. Pelbagai
program melibatkan pembangunan staf perlu dilaksanakan di sekolah melibatkan
kursus, bengkel, taklimat dan ceramah. Di samping merancang dan
melaksanakan program pembangunan staf secara berkala berdasarkan analisis
keperluan, pengetua perlu mengenal pasti kekuatan dan kepakaran yang ada di
sekolahnya. Penolong Kanan, guru kanan mata pelajaran dan guru-guru
berpengalaman yang mempunyai kepakaran tertentu harus dilibatkan untuk
bertindak menjadi mentor bagi membimbing guru-guru yang baru dan kurang
berpengalaman dalam pasukan masing-masing. Ringkasnya, pelaksanaan
14
program pembangunan staf yang telah dirancang secara formal, proses
pembelajaran secara tidak formal yang melaksanakan aktiviti dalam pasukan dan
bantuan secara langsung melalui program mentoring oleh pihak pentadbir dan
guru senior serta pelbagai usaha yang dijalankan oleh sekolah akan dapat
meningkatkan perkembangan profesionalisme guru-guru dan seterusnya
meningkatkan pencapaian murid dan meningkatkan kejayaan pencapaian
sekolah.
vi. Wacana ilmu
Bagi membugarkan budaya ilmu dalam kalangan pendidik dan kakitangan,
mesyuarat atau perjumpaan guru perlu diisi dengan aktiviti wacana ilmu melalui
pembentangan oleh guru dan kakitangan secara bergilir. Melalui wacana ilmu ini
pelbagai imput baru berkaitan perkembangan mutakhir pendidikan dapat didedah
dan dikongsikan bersama-sama. Antara pengisian dalam wacana ilmu ini ialah
ulasan buku, penemuan baru dalam pendekatan pembelajaran, teori-teori terkini
pendidikan atau apa sahaja yang bermanfaat untuk tujuan pendidikan.
Natijahnya, apabila sesesorang pendidik berkenaan mempunyai kekuatan ilmu
yang tinggi dan penguasaan trend pendidikan kontemporari pastinya akan dapat
membantu mendidik anak-anak murid dengan lebih berkesan.
Usaha memantapkan keilmuan guru seterusnya boleh diperluas kepada
pelanggan utama sekolah iaitu pelajar-pelajar dengan menerapkan budaya ilmu
bagi memastikan setiap mereka bukan sahaja bijak dari segi keintelektualannya
tetapi juga pintar dan berketrampilan dalam aspek-aspek yang lain. Ini juga
merupakan sebahagian daripada pendekatan bagi memastikan sekolah
berperanan sebagai organisasi pembelajaran (learning organization) yang dapat
melahirkan budaya kolaboratif iaitu semua orang mempunyai keyakinan dan
keupayaan mengambil bahagian yang aktif dalam proses pembelajaran seperti
yang disarankan Peter Senge (1990). Pemimpin pendidikan perlu mengupayakan
kebolehan guru-guru dan latihan yang mencukupi perlu diberikan dari semasa ke
semasa. Pembangunan kapasiti tersebut boleh dilaksanakan menerusi
Profesional Learning Community (PLC) yang menjadi sebahagian daripada
kaedah untuk membangunkan kapasiti guru-guru.
vii. Profesional Learning Community (PLC)
Gaya penyampaian dalam PLC memberikan perhatian kepada pembelajaran
berpusatkan murid dan guru bertindak sebagai fasilitator sahaja untuk membantu
aktiviti PdP dalam mencapai standard pembelajaran yang dihasratkan. Untuk
memastikan kejayaan PLC, pengetua atau guru besar perlu memiliki gaya
kepimpinan instruksional yang tinggi. Kepimpinan instruksional yang sentiasa
diperbaharui dan sistematik dalam kalangan pemimpin pendidikan juga
membolehkan program dilaksanakan tanpa melibatkan risiko-risiko kepada guru-
guru dan juga pelajar-pelajar. Pengalaman yang diperoleh dari semasa ke
semasa turut memberikan pendidikan bermakna kepada pemimpin pendidikan
untuk menangani risiko dengan lebih baik.
viii. Penggunaan teknologi dalam pengurusan, pengajaran dan
pembelajaran (PdP)
15
Pemimpin pendidikan perlu bijak mengatur strategi untuk memastikan guru-guru
masih melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan
sebaiknya. Pemantauan boleh dilakukan menerusi laporan yang dihantar
menerusi online kepada pentadbir sekolah. Namun, teknologi yang dihasilkan
untuk memudahkan pelajar-pelajar ini kadang-kadang memberikan pelbagai
masalah talian terutama di sekolah-sekolah yang jauh di pinggir bandar. Masalah
ini perlu difikirkan oleh pemimpin pendidikan bersama-sama guru agar pelajar-
pelajar mereka tidak ketinggalan. Mereka juga perlu merangka plan lain agar
murid-murid dapat manfaatkan masa untuk PdP interaktif. Plan sebegini sangat
diperlukan terutama ketika sekolah dilanda musibah dan terpaksa ditutup dalam
tempoh yang lama. Pemimpin pendidikan perlu mengambil tindakan pro-aktif
untuk mengarahkan guru-guru mereka memberikan tugasan kepada pelajar-
pelajar. Tindakan ini akan meminimakan risiko kadar keciciran ilmu kepada
pelajar-pelajar yang terlibat.
4.3.3 Memupuk nilai-nilai murni dan berintegriti
Integriti dalam pendidikan berkait rapat dengan akauntabiliti. Akauntabiliti
merujuk kepada tanggungjawab guru mendidik pelajar dalam pencapaian
akademik serta membentuk potensi pelajar secara menyeluruh. Aspek
integriti dalam pendidikan adalah guru melaksanakan tugas dengan amanah,
mempunyai ciri keprihatinan, penuh kasih sayang, tahap ketabahan yang tinggi
dan tidak mengambil kesempatan. Dalam konteks pengajaran guru di dalam
kelas pula, guru seharusnya mengutamakan kepentingan murid melebihi
kepentingannya. Integriti dalam pendidikan sedemikian menterjemahkan
akauntabiliti guru-guru semasa mereka melaksanakan tanggungjawab masing-
masing.
Masalah integriti dalam kalangan kakitangan perkhidmatan awam termasuklah
warga pendidikan semakin meningkat terutama sekali dalam zaman globalisasi
ini (Mustafar Ali, 2006). Integriti ini menjadi sebahagian daripada nilai-nilai yang
perlu diamalkan dalam perkhidmatan awam. Contoh-contoh kes integriti yang
melibatkan warga pendidikan termasuklah guru-guru di sekolah ialah rasuah dari
aspek penggunaan masa. Rasuah dalam kalangan guru jarang sangat yang
melibatkan rasuah berkaitan dengan kewangan, namun rasuah masa yang ramai
tidak sedar berlaku setiap hari di premis pendidikan seperti sekolah, pejabat
pendidikan daerah, ataupun jabatan pendidikan negeri. Rasuah masa yang
dilakukan ini tidak akan memperlihatkan kesan secara tidak langsung kepada
organisasi. Namun, lama kelamaan jika dibiarkan berleluasa akan memberikan
kesan organisasi dan tempiasnya akan memberi kesan langsung kepada
kepimpinan instruksional pemimpin pendidikan.
Perkara yang paling membimbangkan ialah rasuah yang melibatkan
risiko yang tinggi iaitu rasuah dalam kalangan pemimpin pengurusan seperti
pengurusan kewangan, pembelian tender dan lain-lain. Pengurusan risiko dalam
pengurusan kewangan, pembelian, tender, pengurusan sumber manusia akan
menyebabkan berlakunya penyelewengan, salah guna kuasa dan berlakunya
rasuah (2010 Asia Development Bank). Penyelewangan, salah guna kuasa dan
rasuah dapat menjejaskan matlamat kementerian dalam membina kemenjadian
murid. Pelan Anti rasuah Nasional 2020 mengunakan penilaian risiko bagi
membangunkan pelan strategik anti rasuah kebangsaan. Sistem Pengurusan
16
Anti Rasuah ini juga menggunakan penilaian risiko untuk melaksanakan
pengurusan anti rasuah dalam organisasi.
Kebiasaannya, integriti dalam kalangan pemimpin pendidikan melibatkan
pemberian tender kepada kontraktor atau pembekal yang berurusan dengan
sekolah. Penguatkuasaan yang kurang berkesan dan dilakukan tidak mengikut
prosedur akan mendedahkan ketidaktelusan dalam pemilihan tender. Pemimpin
pendidikan mempunyai kepentingan tersendiri yang boleh menjejaskan integriti
pentadbiran mereka. Di peringkat individu, seseorang pemimpin sukar mengawal
diri dan tidak menitikberatkan amalan murni dalam kehidupan dan tidak
berpegang kepada amanah yang diberikan oleh agama akan menyebabkan
mudahnya integriti tidak dipatuhi dalam pentadbiran mereka.
Meskipun terdapat prosedur pemilihan tender yang telah dikeluarkan
oleh kementerian, namun kepentingan diri melebihi daripada kepentingan awam
dan mereka menggunakan kuasa yang ada untuk menutup kelemahan yang ada
pada diri masing-masing. Oleh itu, SOP yang betul-betul dipraktikkan dan
dipantau sangat penting untuk memastikan penyalahgunaan kuasa dalam
pentadbiran. Contohnya, jika pemilihan tender tidak dilaksanakan mengikut SOP
untuk membina bangunan, berkemungkinan berlaku ketidakpatuhan dari aspek
pembinaan yang akan melibatkan keselamatan pelajar akhirnya. Bangunan yang
tidak dipantau akan menimbulkan pelbagai masalah seperti kebocoran, retak dan
masalah-masalah lain yang akhirnya akan memberi kesan yang buruk kepada
pelaksanaan PdP di dalam kelas.
Jika berlaku penyalahgunaan kuasa akan memberikan imej negatif
kepada guru-guru dan mereka tidak akan menghormati pemimpin yang
melanggar integriti ini. Maka, tidak mustahil mereka akan turut menggunakan
kuasa sendiri ke atas pelajar-pelajar dengan mengambil mudah dan tidak
melaksanakan tanggungjawab di kelas dengan sebaiknya. Apabila guru
mengajar sekadar melepaskan batuk di tangga akan memberi kesan langsung
kepada pelajar. Pelajar akan tercicir daripada mengikuti ilmu yang sebenar dan
dalam tempoh jangka masa yang panjang apa yang dihajatkan dalam sistem
pendidikan tidak akan tercapai. Mereka hanya akan hadir di sekolah kerana
memenuhi prosedur kedatangan sahaja, sedangkan nilai integriti di dalam kelas
tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Nilai integriti dalam pendidikan yang tidak dilaksanakan sepenuhnya
akan melibatkan akauntabiliti guru yang menyimpang daripada menjalankan
tanggungjawab dalam membentuk kemenjadian insan kelas pertama. Jadi,
pembangunan kapasiti yang melibatkan sikap dan nilai-nilai yang perlu
diterapkan tidak lagi diberi keutamaan. Jika dibiarkan akan menjadikan budaya
ini tular dalam sekolah. Akhirnya pelajar dan sistem persekolahan akan terjejas.
Mutu perkhidmatan pendidikan tidak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat. Nilai
integriti seperti yang diikrarkan oleh kakitangan awam tidak dipatuhi dan tidak
memberi kesan dalaman kepada mereka. Pembangunan kapasiti guru dari aspek
nilai tidak lagi dapat disemai.
Untuk mengatasi masalah penyalahgunaan kuasa ini, guru-guru biasa
juga perlu dilantik dalam jawatankuasa pemilihan tender dan PIBG ataupun
SARANA juga boleh dilibatkan sebagai jawatankuasa pemilihan untuk
mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pentadbir. Jika
17
perlu, pihak pejabat pendidikan daerah ataupun jabatan pendidikan negeri perlu
campurtangan untuk mengelakkan daripada ketidaktelusan dalam pemilihan
tender. Bagi guru-guru yang tidak menjalankan tanggungjawab di dalam kelas
dengan sempurna, perlunya pemantauan daripada pihak pengurusan untuk
memastikan guru-guru melaksanakan amanah yang ditugaskan kepada mereka.
Integriti perkhidmatan seseorang guru yang mulia menjadikan mereka
seorang guru yang bertanggungjawab kepada Tuhannya. Setiap SOP dan
peraturan akan mudah dipatuhi jika guru memikirkan amanah yang diberikan oleh
Tuhan. Oleh itu, SOP yang jelas pelru diterangkan kepada guru-guru. SOP yang
betul-betul dipatuhi sudah pastinya dapat mengurangkan risiko dan
meminimakan masalah yang akan berlaku di premis pendidikan. Pembangunan
kapasiti yang merupakan keupayaan warga sekolah termasuk guru-guru dan
pemimpinnya tidak akan tercapai sekiranya integriti tidak lagi dijaga dan
diamalkan. Cabaran pembangunan kapasiti organisasi merupakan antara risiko
yang perlu diurus dengan cekap. Jika diurus dengan cekap, maka akan
mengurangkan berlaku pelbagai risiko kepada pengurusan khususnya dan warga
sekolah amnya.
4.3.4 Memupuk budaya lessons learned
Lessons learned ialah pelajaran yang diambil yang diperoleh daripada
pengalaman yang baik ataupun sebaliknya. Pengalaman adalah guru yang
terbaik dan kedua-dua aspek sama ada potif ataupun negatif akan menjadi
pengajaran kepada sesiapa sahaja untuk melakukan sesuatu sesuatu yang lebih
baik. Kaedah terbaik untuk melakukan lesson learned ialah pemimpin pendidikan
perlu menjadikannya sebagai rutin sama ada secara harian, mingguan ataupun
bulanan. Catatan ataupun dokumentasi kepada apa yang dibuat perlu dilakukan
untuk melihat kekurangan dan memperbaiki kelemahan pada masa yang
berikutnya.
Keputusan yang diambil dalam mengurus pentadbiran daripada
pengalaman ini akan dapat mengurangkan atau menghilangkan potensi
kegagalan ataupun kelemahan. Pastinya keputusan ini akan memberikan
kekuatan kepada pembuat keputusan kerana lessons learned akan memperkuat
hasil sesuatu usaha yang dibuat. Dua perkara penting dalam lesson learned ialah
mengulangi sesuatu perkara yang mendatangkan good practice dan
mengelakkan ataupun menghindarkan bad practice. Perkara-perkara lain
daripada lesson learned ini juga perlunya konsisten mengamalkan good practice
untuk menyelesaikan risiko yang berlaku.
Dalam bidang pendidikan, lessons learned ini membolehkan pemimpin
pendidikan melakukan analisis pembelajaran. Analisis ini boleh digunakan
dengan menggunakan pendekatan rekonstruksi peristiwa ataupun meminta
stakeholder yang berkaitan menyenaraikan analisis kelemahan yang boleh
menyebabkan berlakunya risiko dan memikirkan kaedah terbaik untuk mengatasi
pelbagai risiko pembelajaran. Implikasinya, lessons learned membolehkan
pemimpin pendidikan membuat pencegahan lebih awal sebelum berlakunya
risiko yang lain.
18
Lesson learned ini boleh juga diambil kira peristiwa Pandemik Covid 19
yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 2020. Pemimpin pendidikan hendaklah
bersiap sedia untuk menghadapi cabaran Kemeruapan (Volatility),
Ketidakpastian (Uncertainty), Kerumitan (Complexity) dan Kekaburan (VUCA) di
dunia ini (Mazlee 2019). Penularan wabak CoViD merupakan contoh cabaran
dunia VUCA. Untuk tidak mengulangi bad practice, pemimpin pendidikan perlu
bersedia jika sekiranya berlaku musibah besar berlaku di sekolah. Daripada bad
practice ini akan membawa kepada good practice sekiranya tindakan diambil
lebih awal untuk mengatasi risiko. Ketidakhadiran murid sewaktu Pandemik Covid
19 yang menjadi bad practice akan dapat ditukarkan kepada good practice
dengan mengambil langkah pencegahan yang lebih awal jika berlakunya risiko
yang lain. Walaupun murid tidak hadir ke sekolah sepanjang tempoh PKP, ini
bukan bermakna proses pembelajaran dan pembelajaran terhenti.
Pemimpin pendididikan seharusnya mempunyai pelan kesinambungan
pendidikan untuk pembelajaran dan pengajaran. Kesinambungan pembelajaran
adalah proses pemuliharaan atau kesinambungan pendidikan apabila terdapat
kejadian yang mengakibatkan penutupan sekolah atau peristiwa yang
mengakibatkan ketidakhadiran pelajar untuk jangka masa yang panjang (Moseley
2016). Kerajaan USA, Australia dan New Zealand adalah contoh negara yang
mempunyai kesinambungan pelan pembelajaran. Pembelajaran dalam talian
semasa tempoh kuarantin menjadi medium bagi memastikan pembelajaran dan
pengajaran tidak terhenti. Kesinambungan pelan pembelajaran bukan sahaja
melibatkan teknologi yang akan digunakan oleh sekolah untuk terus mengajar,
tetapi juga mempertimbangkan bagaimana pelajar akan kembali ke sekolah
selepas tamat kecemasan (International Baccalaureate Organization 2020).
4.3.5 Mengoptimumkan penggunaan peruntukan dan sumber
Perkembangan semasa ekonomi serantau dan global memberi kesan
kepada kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan berikutan kutipan hasil
kerajaan yang terjejas. Bagi memastikan sasaran fiskal yang ditetapkan dapat
dicapai, maka langkah mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan dilaksanakan
secara menyeluruh agar sumber dapat diurus dengan lebih cekap dan berkesan.
Bagi memastikan perkembangan ekonomi negara terus kukuh dengan
kedudukan fiskal yang mampan, langkah-langkah proaktif dan instruktif wajar
dilaksanakan secara bersepadu oleh semua pihak. Kementerian/ jabatan/ agensi
dikehendaki menyusun semula keutamaan program/ aktiviti masing-masing
supaya sejajar dengan agenda nasional.2
Penggunaan peruntukan dan sumber kerajaan bergantung kepada ‘Garis
Panduan Bagi Penyediaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan
Tahun 2020’ yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia. Pengurus perlu bijak
mentadbir agar perbelanjaan mengurus tidak melebihi daripada peruntukan sedia
ada. Pemimpin pendidikan perlu mengetahui peranan dan fungsi masing-masing
apabila mengurus sumber yang diberikan oleh kementerian. Memandangkan
ekonomi dunia mengalami kemerosotan ekoran daripada jangkitan virus Covid
19, Malaysia juga turut mengalami perkara yang sama. Oleh itu, pemimpin
pendidikan perlu mengatur strategi untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan di
samping perlu mengekalkan kualiti perkidmatan pendidikan kepada negara.
2
Perbendaharaan Malaysia – Garis Panduan Perbelanjaan Kerajaan
19
Risiko lebihan perbelanjaan peruntukan tidak akan berlaku sekiranya
pemimpin pendidikan berjaya mengurus kewangan dengan bijak dan mengikut
pekeliling dan prosedur yang ada. Begitu juga lebihan perbelanjaan tidak akan
berlaku jika sekiranya kewangan diurus dengan baik. Stakeholder bagi setiap
sekolah perlu diberi penerangan berkaitan dengan penggunaan kewangan
kerajaan. Perancangan perolehan perlu dibuat dengan teliti oleh personal yang
pakar.
Perancangan perolehan yang tidak didorong oleh permintaan menyebabkan
penggunaan kemudahan pendidikan yang kurang atau tidak digunakan (2013
Asia Development Bank). Ini menyebabkan kerugian yang besar dalam bentuk,
wang, tenaga dan masa. Pembangunan kapasiti yang mantap juga bergantung
kepada pengurusan perbelanjaan yang cekap. Oleh itu, perlunya perancangan
yang mantap dalam mengurus kewangan agar pembangunan kapasiti warga
pendidik tidak terjejas dan peningkatan pembangunan profesionalisme guru akan
tetap berjalan seperti biasa.
4.3.6 Jaminan kawalan fasiliti perkhidmatan
Organisasi pendidikan merupakan salah satu cabang daripada sektor
perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan berasaskan pendidikan. Isu-isu
seperti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menjadi perkara penting
yang turut dikaitkan secara langsung dengan penggunaan perkhidmatan fasiliti di
sekolah. Fasiliti yang baik dikatakan dapat memberikan jaminan dan mutu PdP
yang baik. Isu ini seringkali juga dipertikai kerana belum tentu fasiliti perkhidmatan
yang canggih mampu membuatkan sesebuah sekolah meningkatkan mutu PdP
di sekolah. Meskipun begitu, fasiliti perkhidmatan yang diurus dengan baik
mampu mengelakkan sebarang risiko berlaku kepada sekolah.
Payant dan Lewis (2000) menyatakan penyelenggaraan fasiliti merupakan
satu operasi teras kepada penggunaan fasiliti bagi setiap organisasi.
Penggunaan fasiliti pula seharusnya sesuai dan berkaitan dengan lokasi
sesebuah institusi ataupun organisasi. Kesesuaian fasiliti dan penggunaan yang
mengikut standard operation prosedure (SOP) akan meminimakan risiko yang
berlaku kepada sekolah. Oleh itu, pemimpin pendidikan seharusnya bijak
menguruskan fasiliti yang ada dan digunakan dengan maksimum untuk
memastikan keberkesanan dan tiada berlakunya sebarang risiko kepada sekolah.
Mengikut PPPM 2013-2025, penyediaan prasarana sekolah merupakan
satu elemen penting yang diberikan perhatian dalam perancangan pendidikan di
Malaysia. Kepentingan perancangan dan penyediaan kemudahan infrastuktur
yang baik tidak dapat dinafikan amat kritikal dalam menyokong kejayaan agenda
pendidikan negara. Infrastruktur yang mencukupi dan selesa ini amat penting
bagi membolehkan proses pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang
berkesan. Laporan awal PPPM 2013-2025 menunjukkan penambahbaikan
prasarana sekolah dan peratusan kenaikan tahap pembangunan yang
memberangsangkan. Bagi rekod 2005 hingga 2011, prasarana sekolah seperti
bekalan elektrik, bekalan air bersih, sekolah dua sesi dan makmal komputer
mencatat penambahbaikan yang positif.
20
Oleh itu, untuk memastikan pemimpin pendidikan mengekalkan fasiliti
yang ada dan meningkatkan cara penggunaan fasiliti yang berkesan, perlunya
beberapa alternatif dijalankan untuk memastikan tahap risiko yang rendah dalam
penggunaan fasiliti tersebut. Pemimpin pendidikan perlu proaktif terutama sekali
dalam dunia pendidikan siber supaya fasiliti teknologi maklumat sentiasa diambil
perhatian utama untuk membolehkan pelajar-pelajar dapat mengakses maklumat
pembelajaran setiap masa. Guru-guru juga tidak akan terjejas perkhidmatan
untuk mengajar apabila fasiliti dijaga dengan baik dan dapat digunakan dengan
maksimum. Setiap prasarana yang dibekalkan oleh kementerian perlu digunakan
dan bukannya disimpan tanpa digunakan oleh guru-guru dan pelajar.
5.0 RUMUSAN
Pengurusan risiko organisasi menjamin pengurusan sumber manusia
berintegriti yang mencorakkan tenaga kerja yang produktif dan memberi
keuntungan kepada majikan. Pengurusan risiko yang cekap akan meningkatkan
integriti yang dapat menghapuskan amalan tidak sihat seperti rasuah, salah guna
kuasa, tidak jujur, penyelewangan, dan isu moraliti. Ini semua merupakan
kepincangan dalam organisasi yang akan menyebabkan organisasi tidak
berfungsi dengan maksimum. Proses pengurusan risiko organisasi merupakan
aktiviti yang bertujuan melaksanakan tindakan yang sesuai, tetapi akan melihat
semua aspek untuk penambahbaikan termasuk usaha membantu ahli organisasi
mempunyai kesedaran tentang kepentingan mengurus risiko melalui komunikasi
dan perundingan. Hubungan yang bersandarkan hormat menghormati dan
menguruskan sumber manusia yang cekap memudahkan lagi urusan secara
profesional dilaksanakan. Strategi pengurusan risiko merujuk juga memindahkan
risiko kepada pihak lain untuk mengelakkan daripada berlaku risiko. Hal ini juga
dapat mengurangkan kesan negatif kemungkinan berlakunya risiko.
Strategi pengawalan risiko yang baik sudah tentu dapat mengurangkan
atau merendahkan tahap kekerapan dan impak kemalangan daripada berlaku.
Walau bagaimanapun, konteks pengurusan dalam menyediakan kemudahan
yang terbaik kepada masyarakat, setiap kemudahan yang digunakan mempunyai
risikonya yang tersendiri. Namun, adalah menjadi satu kelemahan jika
kemudahan yang berisiko terus dihentikan penggunaannya disebabkan untuk
mengelak daripada berlakunya risiko kemalangan yang lain. Kebanyakan kajian
yang dijalankan telah membuktikan bahawa amalan pengurusan risiko yang baik
dapat mengelakkan daripada risiko kecederaan.3
Pengurusan risiko yang cekap dan berkesan menyokong visi dan misi
KPM dilaksanakan. Pencapaian visi dan misi ini penting untuk menghasilkan
murid yang terdidik dan menjamin kebolehpasaran murid-murid dalam
masyarakat. Pemimpin pendidikan perlu melaksanakan pelan pengurusan risiko
dalam perancangan strategi setahun. Perancangan risiko yang baik juga dapat
menguruskan pembangunan kapasiti yang berkesan kepada organisasi.
Walau bagaimanapun, menangani risiko (merawat risiko) lebih daripada
sekadar penilaian atau pengurusan. Pemahaman yang lebih baik tentang
3
https://www.researchgate.net/profile/Jaffry_Zakaria/publication/283256488_PERANAN_AMALAN_PENGURUSAN_RIS
IKO_TERHADAP_PERKEMBANGAN_AKTIVITI_SUKAN_DAN_REKREASI_DALAM_MENINGKAT
21
organisasi dan prosesnya membawa kepada peningkatan hasil (Kovach &
Fredendall, 2013). Oleh itu pentingnya mengurus risiko dengan baik untuk
meningkatkan pembangunan kapasiti warga pendidikan.
RUJUKAN
Abd Rahim Abd Rashid. (2006). Agenda perubahan pengurusan sumber manusia
dan kerja, Utusan Publication: Kula Lumpur.
Azhar Susanto, Meiryani (2018). The Importance of Risk Management in an
Organizations, International Journal of Scientific & Technology Research,7(11).
Asia Development Bank (2010). Guidance Note: Education Sector Risk Assessment.
Asia Development Bank: Philippines.
Asia Development Bank (2013). Learning Lessons. Asia Development Bank:
Philippines
Bonham, Stephen S. (2008). Actionable strategies through integrated performance,
Process, Project, and Risk Management, Artech House Technology
Management and Professional Development Series Boston: Artech Houes, Inc.
available at http://eds.b.ebscohost.com.ezproxy.um.edu.my/eds/ [1 April 2020]
CareersinAudit.com. (2013). Importance of risk management, available at
https://www.careersinaudit.com/article/the-importance-of-risk-management-in
an-organisation/ [2 April 2020]
Corporate Finance Institute (2020). Risk management, the Identification, analysis and
response to risk factor affecting a business, available at
https://corporatefinanceinstitute.com/resources/knowledge/strategy/risk-
management/. [2 April 2020].
Coleman, Tom, A Practical Guide to Risk Management (July 27, 2011). CFA Institute
Research Foundation M2011-2. Available at SSRN:
https://ssrn.com/abstract=2586032 [3 April 2020]
Dewan (2002). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Graham, J., & Kaye, D. (2015). A Risk Management Approach to Business Continuity:
Aligning Business Continuity and Corporate Governance. Rothstein Publishing.
Institut Aminuddin Baki, (2011). Pelan Induk Pengurusan Risiko Institut
Aminuddin Baki (2012 -2016), IAB: Genting Highlands.
Hallinger, P & Murphy, J. (1985). Assessing the Instructional Management Behavior of
Principals. The Elementary School Journal, 86(2), 217–247.
Hillson, D. (2016). The risk management handbook: A practical guide to managing the
multiple dimensions of risk, Kogan Page: London.
https://books.google.com.my/books?id=QohGDAAAQBAJ&hl=ms&source=gbs
_slider_cls_metadata_5_mylibrary.[20 April 2020]
22
Hitesh, B. (2019). What Is Risk Management? Importance of Risk Management,
available at https://www.marketing91.com/what-is-risk-management/ [1 Mac
2020].
Institut Aminuddin Baki, (2011). Pelan Induk Pengurusan Risiko Institut Aminuddin
Baki (2012–2016), IAB: Genting Highlands.
International Organisation for Standardization (ISO) (2018) ISO 31000:2018. Risk
Management: Principles and guidelines, International Organisation for
Standardization. https://www.iso.org/iso-31000-risk-management.html. [1 April
2020].
JKR (2017). Garis panduan pengurusan risiko fasiliti.
http://jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Garis_Pandu
an/JKR _Pengurusan%20Risiko%20Fasiliti%202017.pdf.[ 2 April 2020]
Keith Blacker & Patrick McConnell (2015). People risk management: A practical
approach to managing the human factor that could harm your business, Kogan
Page: London
Kovach, J. V., & Fredendall, L. D. (2013). The influence of continuous improvement
practices on learning: An empirical study. Quality Management Journal, 20(4),
6-20.
KSN. 2005. Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2005. Garis panduan penilaian
risiko keselamatan maklumat sektor awam. http://www.ukm.my/angkasa/wp-
content/uploads/2016/01/Penulisan-tesis-gaya-UKM-2015.pdf [ 25 April 2020 ].
Marsden, E. 2016. The ISO31 000 standard on risk management.
https://www.slideshare.net/EricMarsden1/the-iso-31000-standard-on-risk-
management - principles-and-guidelines [20 April 2020]
Mustafa Haji Ali, 2005. Membina intergriti untuk memenangi rasuah dlm. Mazilan Musa
etc., (pnyl). Etika dan integriti di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Integriti
Malaysia.
Nicolae, A. (2011). The Importance of Risk Management Process In Ensuring
Successful Implementation Of Projects Entrusted, Land Forces Academy
Review. https://doi.org/10.1177/026839629601100405 [1 Mac 2020]
Philip L. Powell, Jonathan H. Klein. (1996). Risk Management for Information Systems
Development, Article Information, 11(4),309-319. https://doi.org/10.1177/
02683962960 1100405 .[ 2 April 2020]
Roggi, Oliviero and Damodaran, Aswath and Garvey, Maxine, Risk Taking: A
Corporate Governance Perspective (April1, 2012).
https://www.researhgate.net/publication/323923507_Risk_Taking_A_Corporat
e _Governance_Perspective.[2 April 2020]
Surat KSN PM(S) Bil. 17479/13 Jld. 4 bertarikh 9 Mac 2007. Artikel bertajuk Usaha
bagi mempertingkatkan tadbir urus sektor awam.
23
Arif Zahrudin & Suzanna Che Moin (pnyt.). Etika Dan Integriti Di Malaysia, pp 53-61.
Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia
WHO. (2020). Coronavirus disease (Covid-19) Pandemic. https://www.who.int/
emergencies /diseases/novel-coronavirus-2019 [25 April 2020].
Wiig, Karl M. (1997). “Knowledge Management: An Introduction and Perspective‟‟, The
Journal of Knowledge Management, 1(1), 6 – 14.
Witt, R., & Orvis J (2010). A Guide to becoming a school of the future, association of
independent schools http://www.nais.org/articles/documents/naiscoaschools.pdf
Yukl, A. G. (2002) Leadership in Organizations. Prentice Hall: Upper Saddle River

More Related Content

Similar to 1. artikel kemahiran pengurusan risiko

Manajemen distribusi, sdm, dan risiko umkm
Manajemen distribusi, sdm, dan risiko umkmManajemen distribusi, sdm, dan risiko umkm
Manajemen distribusi, sdm, dan risiko umkmJuliaPuspita1
 
Manajemen distribusi, sdm, dan risiko umkm
Manajemen distribusi, sdm, dan risiko umkmManajemen distribusi, sdm, dan risiko umkm
Manajemen distribusi, sdm, dan risiko umkmDedeng3
 
Sipi yenny farlina yoris hapzi ali_e_membandingkan coso ic, coso dan cobit _u...
Sipi yenny farlina yoris hapzi ali_e_membandingkan coso ic, coso dan cobit _u...Sipi yenny farlina yoris hapzi ali_e_membandingkan coso ic, coso dan cobit _u...
Sipi yenny farlina yoris hapzi ali_e_membandingkan coso ic, coso dan cobit _u...yenny yoris
 
BE & GG, Sukmawati,Hapzi Ali,Risk management,UMB,2017
BE & GG, Sukmawati,Hapzi Ali,Risk management,UMB,2017BE & GG, Sukmawati,Hapzi Ali,Risk management,UMB,2017
BE & GG, Sukmawati,Hapzi Ali,Risk management,UMB,2017menik11111
 
BE & GG, Warinah, Hapzi Ali, Risk Management. Universitas Mercu Buana, 2017
BE & GG, Warinah, Hapzi Ali, Risk Management. Universitas Mercu Buana, 2017BE & GG, Warinah, Hapzi Ali, Risk Management. Universitas Mercu Buana, 2017
BE & GG, Warinah, Hapzi Ali, Risk Management. Universitas Mercu Buana, 2017warinah warinah
 
Tugas Manajemen Resiko
Tugas Manajemen ResikoTugas Manajemen Resiko
Tugas Manajemen ResikoDani Setiawan
 
SI-PI, Mutiah Sari Indah, Hapzi ali, Implementasi COSO Enterprise Risk Manage...
SI-PI, Mutiah Sari Indah, Hapzi ali, Implementasi COSO Enterprise Risk Manage...SI-PI, Mutiah Sari Indah, Hapzi ali, Implementasi COSO Enterprise Risk Manage...
SI-PI, Mutiah Sari Indah, Hapzi ali, Implementasi COSO Enterprise Risk Manage...mutiah indah
 
BE&GG,Maya Dwi Indrawati, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA,Risk Management
BE&GG,Maya Dwi Indrawati, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA,Risk ManagementBE&GG,Maya Dwi Indrawati, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA,Risk Management
BE&GG,Maya Dwi Indrawati, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA,Risk Managementmaya indrawati
 
10 si pi, jemmy esrom serang, hapzi ali, membandingkan kerangka pengendalian ...
10 si pi, jemmy esrom serang, hapzi ali, membandingkan kerangka pengendalian ...10 si pi, jemmy esrom serang, hapzi ali, membandingkan kerangka pengendalian ...
10 si pi, jemmy esrom serang, hapzi ali, membandingkan kerangka pengendalian ...JEMMY ESROM SERANG
 
manajemeen resiko pada perusahaan air daerah
manajemeen resiko pada perusahaan air daerahmanajemeen resiko pada perusahaan air daerah
manajemeen resiko pada perusahaan air daerahTaufik Ardi Hidayat
 
Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...
Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...
Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...muhamadrusdi4
 
Tugas sim dewi-yananto mihadi putra,se,m.si-implementasi sistem informasi-2018
Tugas sim dewi-yananto mihadi putra,se,m.si-implementasi sistem informasi-2018Tugas sim dewi-yananto mihadi putra,se,m.si-implementasi sistem informasi-2018
Tugas sim dewi-yananto mihadi putra,se,m.si-implementasi sistem informasi-2018DewiSartika91
 
Silabus Pelatihan "MANAJEMEN RISIKO STRATEGIS bagi BOD & BOC BUMN & Anak Peru...
Silabus Pelatihan "MANAJEMEN RISIKO STRATEGIS bagi BOD & BOC BUMN & Anak Peru...Silabus Pelatihan "MANAJEMEN RISIKO STRATEGIS bagi BOD & BOC BUMN & Anak Peru...
Silabus Pelatihan "MANAJEMEN RISIKO STRATEGIS bagi BOD & BOC BUMN & Anak Peru...Kanaidi ken
 
Manajemen resiko.pptx
Manajemen resiko.pptxManajemen resiko.pptx
Manajemen resiko.pptxIccang2
 
Sm, esen pramudya utama, hapzi ali, armida, implementasi strategi lembaga pen...
Sm, esen pramudya utama, hapzi ali, armida, implementasi strategi lembaga pen...Sm, esen pramudya utama, hapzi ali, armida, implementasi strategi lembaga pen...
Sm, esen pramudya utama, hapzi ali, armida, implementasi strategi lembaga pen...EsenPramudyaUtama
 
Manajemen Resiko untuk Perbaikan Berkelanjutan
Manajemen Resiko untuk Perbaikan BerkelanjutanManajemen Resiko untuk Perbaikan Berkelanjutan
Manajemen Resiko untuk Perbaikan BerkelanjutanLysa Setyaningrum
 

Similar to 1. artikel kemahiran pengurusan risiko (20)

Manajemen distribusi, sdm, dan risiko umkm
Manajemen distribusi, sdm, dan risiko umkmManajemen distribusi, sdm, dan risiko umkm
Manajemen distribusi, sdm, dan risiko umkm
 
Manajemen distribusi, sdm, dan risiko umkm
Manajemen distribusi, sdm, dan risiko umkmManajemen distribusi, sdm, dan risiko umkm
Manajemen distribusi, sdm, dan risiko umkm
 
Sipi yenny farlina yoris hapzi ali_e_membandingkan coso ic, coso dan cobit _u...
Sipi yenny farlina yoris hapzi ali_e_membandingkan coso ic, coso dan cobit _u...Sipi yenny farlina yoris hapzi ali_e_membandingkan coso ic, coso dan cobit _u...
Sipi yenny farlina yoris hapzi ali_e_membandingkan coso ic, coso dan cobit _u...
 
BE & GG, Sukmawati,Hapzi Ali,Risk management,UMB,2017
BE & GG, Sukmawati,Hapzi Ali,Risk management,UMB,2017BE & GG, Sukmawati,Hapzi Ali,Risk management,UMB,2017
BE & GG, Sukmawati,Hapzi Ali,Risk management,UMB,2017
 
BE & GG, Warinah, Hapzi Ali, Risk Management. Universitas Mercu Buana, 2017
BE & GG, Warinah, Hapzi Ali, Risk Management. Universitas Mercu Buana, 2017BE & GG, Warinah, Hapzi Ali, Risk Management. Universitas Mercu Buana, 2017
BE & GG, Warinah, Hapzi Ali, Risk Management. Universitas Mercu Buana, 2017
 
Tugas Manajemen Resiko
Tugas Manajemen ResikoTugas Manajemen Resiko
Tugas Manajemen Resiko
 
SI-PI, Mutiah Sari Indah, Hapzi ali, Implementasi COSO Enterprise Risk Manage...
SI-PI, Mutiah Sari Indah, Hapzi ali, Implementasi COSO Enterprise Risk Manage...SI-PI, Mutiah Sari Indah, Hapzi ali, Implementasi COSO Enterprise Risk Manage...
SI-PI, Mutiah Sari Indah, Hapzi ali, Implementasi COSO Enterprise Risk Manage...
 
Pengurusan Risiko
Pengurusan  Risiko Pengurusan  Risiko
Pengurusan Risiko
 
BE&GG,Maya Dwi Indrawati, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA,Risk Management
BE&GG,Maya Dwi Indrawati, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA,Risk ManagementBE&GG,Maya Dwi Indrawati, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA,Risk Management
BE&GG,Maya Dwi Indrawati, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA,Risk Management
 
10 si pi, jemmy esrom serang, hapzi ali, membandingkan kerangka pengendalian ...
10 si pi, jemmy esrom serang, hapzi ali, membandingkan kerangka pengendalian ...10 si pi, jemmy esrom serang, hapzi ali, membandingkan kerangka pengendalian ...
10 si pi, jemmy esrom serang, hapzi ali, membandingkan kerangka pengendalian ...
 
manajemeen resiko pada perusahaan air daerah
manajemeen resiko pada perusahaan air daerahmanajemeen resiko pada perusahaan air daerah
manajemeen resiko pada perusahaan air daerah
 
Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...
Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...
Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...
 
Tugas sim dewi-yananto mihadi putra,se,m.si-implementasi sistem informasi-2018
Tugas sim dewi-yananto mihadi putra,se,m.si-implementasi sistem informasi-2018Tugas sim dewi-yananto mihadi putra,se,m.si-implementasi sistem informasi-2018
Tugas sim dewi-yananto mihadi putra,se,m.si-implementasi sistem informasi-2018
 
PPT Rangkuman.pptx
PPT Rangkuman.pptxPPT Rangkuman.pptx
PPT Rangkuman.pptx
 
Silabus Pelatihan "MANAJEMEN RISIKO STRATEGIS bagi BOD & BOC BUMN & Anak Peru...
Silabus Pelatihan "MANAJEMEN RISIKO STRATEGIS bagi BOD & BOC BUMN & Anak Peru...Silabus Pelatihan "MANAJEMEN RISIKO STRATEGIS bagi BOD & BOC BUMN & Anak Peru...
Silabus Pelatihan "MANAJEMEN RISIKO STRATEGIS bagi BOD & BOC BUMN & Anak Peru...
 
Manajemen resiko.pptx
Manajemen resiko.pptxManajemen resiko.pptx
Manajemen resiko.pptx
 
Sm, esen pramudya utama, hapzi ali, armida, implementasi strategi lembaga pen...
Sm, esen pramudya utama, hapzi ali, armida, implementasi strategi lembaga pen...Sm, esen pramudya utama, hapzi ali, armida, implementasi strategi lembaga pen...
Sm, esen pramudya utama, hapzi ali, armida, implementasi strategi lembaga pen...
 
Materi 1 ANALISIS RISIKO BISNIS.pptx
Materi 1 ANALISIS RISIKO BISNIS.pptxMateri 1 ANALISIS RISIKO BISNIS.pptx
Materi 1 ANALISIS RISIKO BISNIS.pptx
 
Lapor BSF
Lapor BSFLapor BSF
Lapor BSF
 
Manajemen Resiko untuk Perbaikan Berkelanjutan
Manajemen Resiko untuk Perbaikan BerkelanjutanManajemen Resiko untuk Perbaikan Berkelanjutan
Manajemen Resiko untuk Perbaikan Berkelanjutan
 

More from Damairin Selangor

More from Damairin Selangor (10)

Cabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talianCabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talian
 
Bab pendahuluan
Bab  pendahuluanBab  pendahuluan
Bab pendahuluan
 
Plan strategik target kecemerlangan
Plan strategik target kecemerlanganPlan strategik target kecemerlangan
Plan strategik target kecemerlangan
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam
 
Buku pengurusan-1m1s-2013
Buku pengurusan-1m1s-2013 Buku pengurusan-1m1s-2013
Buku pengurusan-1m1s-2013
 
Pelan strategik, operasi kurikulum azhari 2015
Pelan strategik, operasi kurikulum azhari 2015Pelan strategik, operasi kurikulum azhari 2015
Pelan strategik, operasi kurikulum azhari 2015
 
Elektronik
ElektronikElektronik
Elektronik
 
Aura warna
Aura warnaAura warna
Aura warna
 
Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara
 Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara
Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara
 
4. pelan taktikal
4. pelan taktikal4. pelan taktikal
4. pelan taktikal
 

Recently uploaded

Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 

Recently uploaded (20)

Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 

1. artikel kemahiran pengurusan risiko

  • 1. 1 KEPENTINGAN KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO DALAM KALANGAN PEMIMPIN PENDIDIKAN DAN IMPLIKASINYA KEPADA PEMBANGUNAN KAPASITI YANG BERKESAN Md Rahaimi Rashid@Yaacob mdrahaimi@iab.moe.gov.my Marzita Abu Bakar, PHD1 marzita@iab.moe.gov.my Wan Zaliha Othman, PHD2 wanzaliha@iab.moe.gov.my Mahathir Fansuri Azizan mahathir@iab.moe.gov.my Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia ABSTRAK Pengurusan risiko dan implikasinya terhadap kemampuan melaksanakan fungsi dan objektif organisasi telah menjadi isu utama yang diberi penekanan pada hari ini. Pengurusan risiko tidak terhad kepada penyelarasan aktiviti bagi mengurangkan berlaku kerugian semata-mata, malah melibatkan aktiviti penyelarasan bersepadu bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh mengganggu operasi organisasi termasuk aktiviti pembangunan kapasiti untuk meningkatkan professional warga organisasi. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan peruntukan yang besar saban tahun bagi aktiviti pembangunan kapasiti warga KPM. Aktiviti pembangunan kapasiti ini perlu dijalankan dengan berkesan supaya pembangunan profesional warga KPM tetap dilaksanakan walaupun wujud gangguan yang ketidaktentuan luar jangka. Kemahiran mengurus risiko akan menyelaras pelan tindakan sebagai satu kawalan dalaman melalui tindakan pencegahan dan pemulihan bagi mengatasi masalah dan kelemahan yang dihadapi. Kata kunci: Pengurusan risiko, pemimpin pendidikan, pembangunan kapasiti, ketidakpastian 1.0 PENDAHULUAN Pandemik Covid-19 adalah merupakan wabak yang sedang melanda negara dan di seluruh dunia dan ia amat memberi kesan kepada individu, institusi keluarga, organisasi, poilitik, sosial dan ekonomi negara. Pandemik Covid-19 yang bermula di bandaraya Wuhan, China pada pertengahan Disember 2019 telah merebak ke 180 buah negara seluruh dunia melibatkan lebih 2.8 juta kes dengan 197,245 kematian sehingga 25 April 2020 (WHO, 2020). Semua negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penyebaran virus berkenaan termasuk Malaysia. Kebanyakan kakitangan swasta atau kakitangan awam kecuali bidang
  • 2. 2 pekerjaan perlu, diarahkan melaksanakan kerja dari rumah sehingga sekatan dibuka semula. Sehingga artikel ini ditulis, PKP telah dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020. Situasi ini merupakan ketidakpastian yang tidak dijangka oleh kebanyakan individu atau organisasi dan hal ini boleh menghalang pencapaian matlamat sesebuah organisasi. Bagi agensi yang terlibat dengan arahan PKP, tiga persoalan utama ingin diutarakan; Adakah sekatan ini menghalang pelaksanaan aktiviti yang telah dirancang? Jika begitu, apakah kesan terhadap pencapaian objektif agensi atau Kementerian berkaitan? dan; Bagaimana cara untuk menangani ketidakpastian ini dan kenapa perkara ini penting kepada organisasi? Individu ataupun organisasi sentiasa berhadapan dengan risiko sepanjang perjalanan kehidupan. Risiko adalah sebahagian daripada kehidupan kerjaya individu dan organisasi (Azhar Susanto & Meiryani, 2018). Takrifan risiko pada hari ini telah berkembang luas dan bukan terhad kepada satu definisi sahaja. Sejak tahun 1950-an, risiko yang didefinisikan dalam skop program angkasa, nuklear dan kewangan (Eriksson, 2010) telah berkembang ke bidang pembinaan, klinikal, perubatan dan tenaga (Hopkins, 2010). Berikutan peredaran masa dan perkembangan pengetahuan, konsep risiko telah digunakan dalam kebanyakan bidang pengetahuan yang seterusnya membawa kepada penerokaan dan pembangunan struktur pengurusan risiko (Nicolae, 2011). Begitu juga dalam bidang pendidikan, kementerian pendidikan turut mengambil inisiatif dan memainkan peranan untuk menguruskan risiko dalam organisasi. Menurut Kamus Dewan, (DBP, 2002) risiko bermaksud kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian. Takrifan risiko banyak dikaitkan dengan ketidakpastian iaitu perihal yang tidak pasti. Menurut Hillson (2016) risiko adalah ketidakpastian yang jika berlaku akan memberi kesan terhadap pencapaian objektif. Definisi ini sehaluan dengan takrifan MS ISO 31000:2018 yang menyatakan bahawa risiko adalah kesan ketidakpastian terhadap kemampuan organisasi mencapai objektifnya (MS ISO 31000, 2018). Kesan risiko terhadap pencapaian objektif organisasi boleh jadi kesan negatif dikenali sebagai ancaman ataupun kesan positif yang dikenali sebagai peluang (Hillson, 2016). Risiko adalah penyebab utama ketidakpastian dalam organisasi. Risiko juga menyebabkan kebarangkalian berlakunya kerosakan, kecederaan, kerugian atau kejadian negatif akibat kelemahan dalaman atau luaran organisasi yang boleh ditangani melalui perancangan awal. Dalam konteks ini, risiko merujuk kepada halangan atau cabaran yang boleh mengganggu keupayaan penyampaian perkhidmatan secara berkesan terutamanya berkaitan pencapaian visi dan misi yang ditetapkan. Visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera". Visi ini boleh dicapai jika risiko dapat diuruskan secara bersepadu melalui aktiviti mengenal pasti, menganalisis, menilai dan merawat risiko. Oleh yang demikian, KPM perlu memastikan guru mengajar dan murid belajar supaya misi dan visi tercapai.
  • 3. 3 Antara risiko yang muncul adalah kegagalan murid mendapat pendidikan berkualiti seperti keciciran, ponteng sekolah, buli dan masalah disiplin. Selain itu, sekiranya guru tiada integriti, tidak dapat memberi pendidikan sempurna kepada murid dan mengambil sikap pilih kasih dan sebagainya boleh menyebabkan halangan bagi pencapaian misi dan visi. Hal ini boleh menyebabkan negara dalam keadaan tidak sejahtera yang merupakan kegagalan besar kepada pembangunan insan, bangsa, dan negara. Organisasi akan terdedah kepada risiko mengalami kerugian atau kegagalan di samping objektif organisasi tidak tercapai jika tiada pengurusan risiko. Keadaan ini berlaku kerana tiada perancangan dibuat bagi mengurus risiko secara sistematik melalui sistem kawalan atau pencegahan yang sesuai. Tindakan mengurus risiko walaupun menerusi pendekatan meminimakan risiko sudah cukup untuk membantu organisasi kekal berada di landasan tepat agar terus relevan dengan fungsi dan objektif yang ditetapkan. Menurut Hitesh. B., (2019) pengurusan risiko adalah satu proses mengenal pasti, menganalisis dan menilai apa-apa sahaja perkara yang boleh memberi ancaman atau peluang kepada organisasi. Risiko ini adalah akibat daripada pelbagai faktor seperti ketidakpastian kewangan, faktor pengurusan strategik, liabiliti guaman, kemalangan, dan bencana alam. Dengan kata lain, pengurusan risiko adalah satu amalan untuk menganalisis potensi risiko pada masa hadapan bagi membuat penilaian dan mengambil keputusan yang perlu terhadap risiko berkenaan. Bagi sesetengah organisasi, penekanan terhadap pengurusan risiko dalam tadbir urus baru sahaja dilaksanakan. Walaupun begitu, pengalaman tahun-tahun sebelumnya sangat berguna dan diperlukan sebagai sempadan dan pengajaran buat organisasi. Menurut Kendall and Stuart (1979 dalam Coleman, 2011), pengurusan risiko adalah suatu seni menggunakan masa lampau sebagai pelajaran (lesson learned) untuk mengurangkan nasib malang yang telah dilalui organisasi bagi mengeksploitasi peluang kejayaan masa hadapan. 2.0 PELAKSANAAN PENGURUSAN RISIKO SEKTOR AWAM Pengurusan risiko adalah penting kepada organisasi kerana tanpanya organisasi tidak akan berupaya memainkan peranan sebenar kewujudannya (Careersin Audit.com, 2013). Keperluan pengurusan risiko yang mantap sebagai satu reka bentuk prosedur dan pelaksanaan untuk mengurus risiko semakin meningkat di sektor swasta mahupun sektor awam. Menurut Cassidy, (2020), pengurusan risiko adalah suatu jangkaan ketidakpastian yang dicetuskan oleh perkembangan pesat sains dan teknologi. Meskipun sains dan teknologi sangat penting untuk pembangunan sejagat, namun sains dan teknologi juga mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara yang boleh mendatangkan pelbagai risiko kepada alam sekitar ataupun sosial. Jadi, perkara ini perlu diambil perhatian yang serius agar risiko dapat ditangani dalam pelbagai keadaan.
  • 4. 4 Menyedari kepentingannya, setiap agensi sektor awam termasuklah sektor pendidikan perlu mempunyai pelan pengurusan risiko masing-masing sebagai panduan bagi mengelak atau meminimakan potensi risiko kepada semua perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Semua kementerian, jabatan dan agensi dikehendaki menubuhkan struktur tadbir urus bagi memastikan pengurusan risiko dihayati dan dilaksanakan oleh setiap lapisan penjawat awam sehingga ke peringkat tertinggi pengurusan. Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengeluarkan surat arahan bertarikh 9 Mac 2007 kepada semua Ketua Jabatan untuk memastikan semua pegawai awam yang diamanahkan mengurus sumber, melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti, mengenal pasti dan menangani risiko yang dihadapi dalam pelaksanaan pelbagai program dan menguruskan projek. KSN juga mengarahkan supaya aspek pengurusan risiko diutamakan dalam usaha agensi untuk mencapai tahap prestasi yang tinggi dan pematuhan kepada peraturan sedia ada. Pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah mengeluarkan arahan kepada semua agensi sektor awam untuk melaksanakan Pengurusan Risiko di jabatan masing-masing. Butiran lengkap arahan dalam Penilaian Star Rating, Kriteria A Perkara 1.6 dengan jelas mengarahkan semua Ketua Jabatan merangka Pelan Pengurusan Risiko dalam organisasi masing- masing. Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan Pelan Pengurusan Risiko: i) Menilai tahap risiko yang mungkin dihadapi oleh organisasi ii) Membangunkan Pelan Pengurusan Risiko iii) Mewujudkan Pelan Komunikasi untuk menerangkan Pelan Pengurusan Risiko iv) Menilai keberkesanan Pelan Pengurusan Risiko. Tindakan yang perlu diambil oleh pengurus risiko setiap agensi ini merangkumi aktiviti mengenal pasti risiko dan mencadangkan strategi untuk mengawal risiko dengan mengambil kira garis panduan yang disediakan. Di samping itu, untuk melaksanakan strategi mengurus risiko secara berkesan, motivasi dan kesedaran semua ahli untuk bekerjasama melaksanakan strategi perlu dibangunkan melalui suatu pelan komunikasi yang berkesan. Hal ini juga merupakan salah satu risiko dalaman yang perlu dikenal pasti oleh pengurus risiko organisasi. Pengurusan risiko bukan hanya lebih kepada senarai semak ancaman atau ketidaktentuan yang perlu ditangani oleh agensi kerajaan, tetapi hal ini juga merupakan kesempatan atas peluang yang wujud dengan menjadikan semua maklumat dan fakta yang ada sebagai input bagi penjanaan strategi dan perancangan operasi agensi (JKR, 2017). Untuk itu, pengurusan risiko sektor awam bukan muncul secara berasingan tetapi berkesinambungan dan telah dimasukkan sebagai pelan perancangan strategik setiap agensi kerajaan. . 3.0 PROSES PENGURUSAN RISIKO
  • 5. 5 Pengurusan risiko melibatkan pengenalpastian, analisis, dan tindak balas terhadap faktor-faktor risiko yang menjadi rutin pengoperasian sesebuah organisasi. Pengurusan risiko akan mengawal keseluruhan ancaman ke atas hasil masa depan organisasi secara proaktif dan bukan secara beransur-ansur. Oleh itu, pengurusan risiko yang berkesan berjaya memperkenalkan tindakan yang telah mengurangkan semua kemungkinan risiko yang berlaku dan mengganggu kegagalan organisasi berfungsi dengan baik. Rajah 1 di bawah menunjukkan proses pengurusan risiko berdasarkan MS ISO 31000:2018. . Rajah 1: Proses Pengurusan Risiko Dalam membincangkan berkaitan proses pengurusan risiko, Hillson, (2016) menyenaraikan beberapa soalan asas yang mendasari proses berkenaan dan setiap soalan merujuk kepada setiap langkah proses mengurus risiko organisasi. Proses pengurusan risiko melibatkan peringkat berikut: i. Mewujudkan skop, konteks dan kriteria (Scope, context and criteria) Kewujudan risiko bergantung kepada adakah ia memberi kesan terhadap objektif organisasi (Hillson, 2016). Langkah awal menangani risiko ialah usaha menentukan skop, konteks dan kriteria risiko. Aktiviti menangani risiko tidak boleh dimulakan tanpa terlebih dahulu mengenalpasti secara jelas apakah skop dan objektif yang akan terkesan oleh risiko. Tujuannya adalah untuk menyesuaikan proses pengurusan risiko bagi membolehkan penilaian risiko yang berkesan dan rawatan risiko yang sesuai dilakukan. (Sumber: The ISO 31 000:2018 Risk management guidelines) Risk Assessment Skop, Konteks dan Kriteria Communication & Consultation Monitoring & review Risk Evaluation Risk treatment Risk Assessment Risk Identification Risk Analysis
  • 6. 6 . ii. Pengenalpastian risiko (risk identification) Proses ini berkaitan mengenal pasti dan mengetahui apa sahaja potensi risiko yang boleh menghalang organisasi mencapai matlamatnya. Aktiviti yang berlaku dalam tahap ini adalah mencari, mengenali dan menghuraikan secara terperinci risiko yang mungkin membantu atau menghalang organisasi mencapai objektifnya. Ketepatan dan kerelevanan maklumat sangat penting dalam tahap ini. iii. Analisis risiko (risk analysis) Sebaik sahaja jenis-jenis risiko dikenal pasti, proses seterusnya adalah menentukan kemungkinannya berlaku risiko serta akibatnya kepada organisasi. Matlamat analisis risiko adalah untuk lebih memahami setiap risiko tertentu, ciri-cirinya dan bagaimana hal ini boleh mempengaruhi objektif organisasi. Analisis risiko melibatkan pertimbangan terperinci tentang ketidakpastian sumber risiko, kemungkinan akibat, peristiwa, senario, kawalan dan keberkesanannya. Teknik analisis boleh bersifat kuantitatif, kualitatif ataupun kombinasi kedua-duanya bergantung kepada keadaan dan keperluan penggunaannya. iv. Penilaian risiko (risk evaluation) Risiko kemudiannya dinilai setelah menentukan kemungkinan keseluruhan kejadian risiko yang digabungkan akibat keseluruhannya. Ini akan membantu organisasi dalam membuat keputusan sama ada risiko itu boleh diterima dan bersedia untuk mengambilnya berdasarkan selera risiko (risk appetite). Dalam pengurusan risiko, risk appetite merujuk kepada tahap risiko yang sedia diterima oleh sesebuah organisasi. Tujuan penilaian risiko adalah untuk menyokong keputusan melalui aktiviti perbandingan hasil analisis risiko dengan kriteria risiko yang ditetapkan untuk menentukan tindakan tambahan diperlukan ataupun tidak. Antara keputusan yang boleh diambil ialah: a. tiada tindakan selanjutnya; b. pertimbangkan pilihan rawatan risiko; c. analisis lanjutan untuk lebih memahami risiko; d. mengekalkan kawalan sedia ada; e. melihat semula objektif. Keputusan perlu mengambil kira dalam konteks yang lebih luas dan akibat sebenar yang dilihat kepada pihak berkepentingan luar dan dalam. Hasil penilaian risiko harus direkodkan, disampaikan dan kemudian disahkan pada tahap organisasi yang sesuai. v. Rawatan risiko (risk treatment) Rawatan risiko adalah tindakan bertujuan mengurangkan kebarangkalian atau magnitud impak risiko yang dihadapi terhadap organisasi. Antara strategi yang boleh dilaksanakan ialah strategi kawalan iaitu mengelak risiko, mengurangkan risiko, menerima risiko dan memindah risiko.
  • 7. 7 a. Mengelak risiko (avoidance) adalah tindakan tidak mengambil atau meneruskan aktiviti yang dirancang yang boleh menyebabkan berlakunya risiko berkenaan. b. Memindah risiko (transfer) adalah melibatkan pihak lain yang berkongsi secara keseluruhan atau sebahagian risiko melalui kontrak, insuran, perjanjian dan usahasama (MOU). c. Menerima risiko (accept) adalah strategi dimana organisasi menerima risiko dengan tidak melaksanakan apa-apa proses rawatan terhadap risiko. d. Mengurang risiko (reduce) adalah strategi mengurangkan risiko melalui pembangunan professional atau latihan, pengujian, kawalan atau menambahbaik sistem pengurusan. vi. Pemantauan dan kajian semula (monitoring and review) Tujuan pemantauan dan kajian semula adalah untuk memastikan dan meningkatkan kualiti dan keberkesanan reka bentuk, pelaksanaan dan hasil proses. Peringkat ini adalah untuk mengukur prestasi pengurusan risiko terhadap petunjuk, yang dikaji secara berkala untuk kesesuaian. Hal ini melibatkan semakan pelaksanaan sama ada menyimpang daripada pelan pengurusan risiko, memeriksa sama ada rangka kerja pengurusan risiko, dasar dan pelan masih sesuai, berdasarkan konteks luar dan dalaman organisasi, pelaporan tentang risiko, kemajuan dengan pelan pengurusan risiko dan sejauh mana polisi pengurusan risiko sedang diikuti, serta mengkaji keberkesanan rangka kerja pengurusan risiko. vii. Komunikasi dan perundingan (communication and consultation) Aktiviti di peringkat ini membantu organisasi memahami minat dan kebimbangan pihak berkepentingan, untuk memastikan proses pengurusan risiko memberi tumpuan kepada elemen yang tepat, dan juga membantu menjelaskan rasional keputusan dan pilihan rawatan risiko tertentu. 4.0 KEPENTINGAN KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO DALAM KALANGAN PEMIMPIN PENDIDIKAN Kemahiran pengurusan risiko amat penting dalam menguruskan organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. Dalam mengurus organisasi, pemimpin pendidikan berupaya menentukan 3 langkah utama iaitu: 4.1 skop, konteks, dan kriteria 4.2 penilaian risiko 4.3 menangani risiko (merawat risiko) Matlamat organisasi tidak akan tercapai tanpa ada sokongan daripada para guru dan staf sokongan. 4.1 Skop, Konteks, dan Kriteria
  • 8. 8 Pendidikan berkualiti merupakan salah satu skop utama risiko KPM berdasarkan visi KPM iaitu pendidikan berkualiti, insan terdidik dan negara sejahtera. Manakala misi KPM pula adalah melestarikan pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Sekolah dan institusi pendidikan KPM perlu bijak menyusun program berdasarkan misi dan visi KPM agar objektif tidak tersasar daripada matlamat asal. Visi dan misi ini menjadi kayu pengukur terhadap pencapaian yang diperoleh pada penghujung sesi dan pengukuran ini dapat dilakukan untuk menyelesaikan permasalahan pada masa hadapan. Pemimpin pendidikan perlu mempunyai kemahiran pengurusan risiko dan mengetahui kaedah-kaedah untuk mengurus risiko dengan baik dan mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh KPM. Pencapaian visi dan misi ini akan memudahkan pembangunan kapasiti kementerian dilaksanakan dengan lebih mudah dan menghasilkan pendidikan yang lebih berkualiti. Pemimpin pendidikan perlu berkeupayaan untuk mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap tingkah laku guru, kakitangan dan pelajar supaya melaksanakan aktiviti ataupun program yang telah ditetapkan untuk mencapai matlamat sekolah (Yahya Don, 2005). Pelaksanaan program tersebut perlu dilaksanakan tanpa melibatkan risiko kepada organisasi. Oleh itu, pemimpin pendidikan seharusnya menguasai kaedah untuk menguruskan risiko apabila berlaku sesuatu perkara yang di luar daripada perancangan asal dan mereka seharusnya melaksanakan pelan yang sistematik untuk menangani risiko. 4.2 Penilaian risiko Pencapaian misi dan visi untuk mendapat pendidikan berkualiti dapat dicapai apabila semua kanak-kanak di Malaysia mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian Pendidikan menggariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak perlu dipenuhi tidak mengira kedudukan geografi jantina ataupun latar belakang sosio ekonomi keluarga. Pemimpin pendidikan perlu memikirkan apakah risiko paling kerap berlaku di sekolah. Oleh itu, pemimpin pendidikan perlu bertanggungjawab untuk memastikan tidak berlaku keciciran dan peluang kepada kanak-kanak, khususnya kanak- kanak yang tinggal di luar bandar. Pemimpin pendidikan perlu membuat bancian keperluan kanak-kanak yang tidak mampu untuk melunaskan keperluan sekolah. Sekiranya pihak sekolah mempunyai hubungan baik dengan mana-mana NGO, mereka boleh bekerjasama untuk memastikan tiada murid-murid yang tercicir daripada mengikuti sistem persekolahan seperti orang lain. Contohnya, ketidakhadiran murid ke sekolah disebabkan tiada pengangkutan menyebabkan keciciran berlaku adalah merupakan risiko yang boleh diramal dan tindakan proaktif pengurusan sekolah dan kerjasama komuniti perlu digembleng untuk mengatasinya. Namun risiko yang melibatkan bencana, kebakaran dan wabak sukar diramal, contoh kes pendemik Covid 19 yang berlaku sekarang di seluruh dunia. Pemimpin pendidikan perlu memikirkan kaedah untuk mengatasi masalah tersebut dan guru boleh terus mengajar serta murid boleh terus belajar. Jika berlaku risiko sekalipun, guru-guru masih lagi dapat menyumbang kepada
  • 9. 9 pendidikan berkualiti di samping mengurangkan kadar keciciran daripada berlaku. Sehubungan itu, pelan kontigensi perlu dirangka lebih awal dan pelan ini perlu dimaklumkan kepada semua komuniti yang terlibat seperti ibu bapa dan juga PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) supaya komuniti lebih jelas dan aktiviti pembelajaran boleh diteruskan walaupun berada di rumah masing-masing sewaktu bencana berlaku seperti bencana Covid 19. Pelan ini juga perlu dimaklumkan dan dimasukkan dalam perancangan strategi untuk memudahkan pemimpin pendidikan mengurus perancangan aktiviti dan perbelanjaan yang terlibat. Jika pelan yang dirangka memberikan faedah dan pulangan langsung kepada pelajar-pelajar, maka tidak mustahil PIBG akan bekerjasama dan memainkan peranan penting dalam aktiviti yang dirancang. Maka, risiko keciciran pelajar dan ketidakcukupan waktu untuk guru-guru menghabiskan tugasan mereka dapat diatasi. Pendidikan berkualiti merupakan asas untuk pembangunan insan dan kemenjadian murid. Insan terdidik bukan sahaja melibatkan pengetahuan dan kemahiran tetapi melibatkan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam segenap lapisan masyarakat. Contohnya, kasih sayang, ikhlas, rajin, tekun, berintegriti, hormat menghormati, bekerjasama termasuklah penjagaan alam sekitar. Pembangunan insan lestari adalah satu misi pendidikan yang menunjukkan keseimbangan antara kesejahteraan manusia dan perkembangan ekonomi selari dengan tradisi budaya serta penghormatan terhadap sumber-sumber semulajadi. Ketiadaan kesedaran untuk menjaga alam sekitar dari peringkat awal menyebabkan pelbagai masalah akan berlaku kepada bumi yang sekaligus akan memberi kesan kepada masyarakat. Pendidikan lestari ini akan mendorong perubahan perilaku dan membentuk masa depan yang lebih baik. Pertambahan penduduk dan kepesatan pembangunan menyebabkan berlakunya eksploitasi terhadap sumber daya alam yang menyebabkan kerosakan dan degresi alam sekitar. Pendidikan alam sekitar telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar dengan mewajibkan pelajar sekolah rendah mempelajari mata pelajaran Alam dan Manusia. Manakala di peringkat menengah pula, subjek Biologi dan persatuan Sains dan Alam Sekitar diperkenalkan kepada pelajar. Guru-guru perlu diberi motivasi untuk sentiasa menanamkan sikap cinta akan alam sekitar kepada anak-anak murid mereka. Pelbagai pertandingan boleh dijalankan antaranya pertandingan kebersihan kelas dan persekitaran sekolah. Murid-murid juga perlu digalakkan untuk mengumpul sampah sarap mengikut kategori-kategori untuk memudahkan sistem pelupusan dilaksanakan di sekolah. Menurut Aini, Nurizan dan Fakhru'l-Razi (2007), kegagalan memupuk nilai ini antara faktor yang menjadikan Pendidikan Alam Sekitar kurang berjaya dilaksanakan dengan berkesan di sekolah termasuklah guru yang kurang menguasai isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar, kurang kemahiran dan motivasi serta kesungguhan untuk melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar.1 Oleh itu, pemimpin pendidikan perlu memastikan agar guru-guru yang mengajar memiliki tauliah untuk mengajar subjek ini. Ada juga guru yang memberi alasan ketidakcukupan waktu untuk menghabiskan silibus dan kebiasaan alasan yang paling kuat tiadanya 1 http://apjee.usm.my/APJEE_28_2013/apjee28_2013_art9_131_153.pdf
  • 10. 10 peruntukan khusus untuk melaksanakan program ataupun aktiviti alam sekitar di dalam sekolah ataupun di luar kawasan sekolah. Ini merupakan sikap dan efikasi kendiri guru-guru yang dikatakan juga berpunca daripada corak kepimpinan instruksional pemimpin pendidikan. Ada dalam kalangan pemimpin pendidikan tidak menitikberatkan isu-isu lestari berkaitan alam sekitar kerana mereka hanya mementingkan prestasi akademik semata-mata. Apabila pelajar-pelajar telah menamatkan zaman pengajian mereka di sekolah, proses kemenjadian murid terbukti apabila mereka menghargai alam sekitar dan tidak melakukan perkara-perkara yang melibatkan pemusnahan alam sekitar. Proses kemenjadian pelajar ini dikuatkan lagi apabila mereka melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Di institusi pengajian tinggi, kemenjadian pelajar akan menjadi lebih baik lagi apabila mereka menyertai program berkaitan alam sekitar yang dianjurkan oleh pihak kolej dan universiti. Kecemerlangan sesebuah sekolah juga terletak pada kepemimpinan instruksional Pengetua atau Guru Besar (PGB) yang berkait langsung dengan komitmen PGB dengan pengajaran guru (Hallinger & Murphy, 1985). PGB perlu memastikan guru-guru memberi pengajaran yang berkesan kepada murid. Dalam tempoh PKP ini, pembentukan insan terdidik juga boleh menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara interaktif dengan menggunakan pelbagai teknik kemahiran berfikir seperti penggunaaan perisian Virtual Learning Environment (VLE) yang diperkenalkan oleh KPM pada tahun 2013. Selain itu, satu program perkongsian bijak yang dihasilkan oleh Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) dan One Touch Education Sdn. Bhd untuk menyahut seruan kerajaan ke arah perluasan Sekolah Bestari. Program ini menyediakan pelbagai aplikasi untuk meningkatkan prestasi menjadi lebih mudah. Akses yang mudah dan mesra pengguna dengan penyediaan pelbagai soalan interaktif untuk digunakan oleh pelajar. Kaedah PdP interaktif ini menjadi satu alternatif dan peluang kepada guru-guru untuk meningkatkan potensi pelajar. Kaedah ini sangat berguna untuk guru-guru meneruskan PdP kepada pelajar walaupun dunia diancam Pendemik Covid 19. Kaedah ini boleh diguna pakai sepenuhnya oleh guru-guru untuk melaksanakan PdP kepada pelajar-pelajar. Pembangunan potensi individu masih boleh diteruskan meskipun sekolah ditutup dalam tempoh yang agak lama untuk mengelakkan virus Covid 19 ini tersebar dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Negara sejahtera menerusi pendidikan mustahil dapat dicapai tanpa sokongan daripada pelbagai pihak agensi kerajaan yang lain, pihak media, perundangan, NGO dan sokongan masyarakat. Negara yang sejahtera menerusi pendidikan boleh dilaksanakan menerusi perkongsian ilmu dan perkongsian ilmu ini boleh dilakukan secara dalaman sebagai asas kepada proses penyaluran kelestarian pembangunan insan. Hasil daripada perbincangan dapat dijadikan dalam bentuk inovasi dan SOP yang betul agar tidak berlaku percanggahan maklumat yang diterima dan aspek penyampaian. Penyampaian kualiti perkhidmatan yang lemah boleh menyebabkan penularan aspek budaya kerja yang negatif dan pemikiran yang lemah dalam masyarakat dan sukar dibendung. Kualiti penyampaian perkhidmatan secara langsung memberi tekanan kepada pihak sekolah apabila mereka menerima banyak aduan dan tekanan daripada komuniti setempat.
  • 11. 11 Contohnya, sukarnya guru-guru mengawal keluar masuk pelajar-pelajar setiap hari dan ada dalam kalangan pelajar yang sesuka hati melepak di kawasan berdekatan yang menimbulkan pelbagai masalah sosial kepada penduduk setempat. Masalah sosial yang berlaku ini sedikit sebanyak akan menyebabkan sekolah berkenaan mendapat tekanan daripada masyarakat sekeliling. Hal ini akan turut menjejaskan reputasi pendidikan seolah-olah KPM gagal memberi pendidikan kepada murid. Bagi mengelakkan risiko tersebut berlaku, pemimpin pendidikan dan semua guru perlu berganding bahu dengan masyarakat dengan mengatur strategi agar hal sedemikian tidak berlaku yang boleh menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dan pembangunan insan dalam negara. Justeru, untuk mencapai pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera, Kementerian Pelajaran Malaysia boleh merealisasikannya menerusi pelaksanaan Standard Operation Prosedure (SOP) yang betul dan perlu dirancang dan diuruskan lebih awal untuk meminimumkan berlakunya risiko dalam organisasi pendidikan. Prosedur yang proaktif dapat mengenal pasti isu- isu risikio lebih awal yang membawa kepada suatu keputusan yang strategik. Keputusan yang strategik membolehkan pengurusan strategik dapat dirancang dengan sempurna untuk mengelakkan pelbagai risiko yang tidak diingini daripada berlaku. Apabila risiko dapat dikurangkan ataupun ditiadakan langsung dalam sistem pendidikan, maka pembangunan kapasiti sekolah akan mudah tercapai. Contohnya dalam tempoh cuti PKP disebabkan Pendemik Covid 19, kerjasama ibu bapa dan komuniti dalam mendapatkan pembelajaran yang berkesan, menjaga kesihatan dan mematuhi arahan KKM sangat penting di samping memastikan pemantauan terus berlaku dan ibu bapa boleh menjadi guru kepada anak-anak mereka di rumah masing-masing. 4.3 Menangani risiko (merawat risiko) Sebagai pemimpin dalam organisasi pendidikan, pemimpin pendidikan seharusnya memikirkan risiko utama yang akan dihadapi oleh warga pendidik jika tidak ditangani dengan sebaik mungkin bagi memenuhi matlamat pemegang taruh (stakeholder). Pengurus pendidikan yang bijak akan cuba mendapatkan pelbagai maklumat penting untuk disebarkan kepada kakitangannya. Setiap maklumat perlu disaring terlebih dahulu dan maklumat yang bersesuaian perlu disalurkan secepat mungkin jika sekiranya maklumat tersebut adalah penting dan perlu dilaksanakan dengan segera. Contoh yang paling jelas melindungi maklumat akta rahsia rasmi dan maklumat rasmi kerajaan dari capaian tanpa kuasa yang sah. Pemimpin pendidikan harus memastikan semua ahli menghormati dan melindungi maklumat rasmi kerajaan agar tidak terdedah kepada agensi luar yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian rakyat. Setiap pasukan harus mengutamakan kepentingan seluruh organisasi dan mereka seharusnya berusaha mencapai hasil untuk kepuasan pelanggan. Oleh itu, garis panduan perlu dikeluarkan untuk memberi kefahaman kepada stakeholder bagi melaksanakan perancangan yang telah ditetapkan oleh pemimpin pendidikan. Berikut adalah beberapa garis panduan untuk stakeholder boleh laksanakan untuk menangani atau merawat risiko di premis masing- masing.
  • 12. 12 4.3.1 Menyediakan Pelan Risiko Pelan Perancangan Strategik adalah perancangan strategik yang dibuat dalam sesuatu tempoh untuk mencapai matlamat sekolah melalui program atau aktiviti yang dirancang. Selain itu, pelan ini juga menggariskan panduan yang dapat digunakan untuk berkongsi maklumat tentang hala tuju sekolah. Pelan ini juga memudahkan guru dan staf sokongan melaksanakan program tahunan dan memudahkan pihak pengurusan memantau pelaksanaan dan menjadi penentu kepada tercapainya visi dan misi pengurusan. Keberkesanannya membantu untuk mengelakkan daripada berlakunya risiko yang tidak diingini daripada berlaku dan sekaligus dapat digunakan oleh pemimpin pendidikan untuk mengurus risiko dengan baik. Selain itu, pelan ini juga menjadi suatu peraturan dan tatacara kerja yang lebih sistematik yang menguji keupayaan individu dari segi kecekapan mengendalikannya. Berdasarkan MS ISO 31000, risiko adalah kesan ketidakpastian terhadap kemampuan organisasi mencapai objektifnya (MS ISO 31000, 2018) dan oleh itu pelan pengurusan risiko perlu disediakan oleh setiap organisasi. Oleh itu, amat penting pemimpin sentiasa berfikir ke hadapan dan membangunkan pelan kesinambungan pendidikan. Pelan kesinambungan adalah merupakan sebahagian daripada pengurusan risiko (Graham & Kaye 2015). Pemikiran berdasarkan risiko mungkin tidak menyelesaikan semua masalah di sekolah, tetapi ini akan membuat pengurus pendidikan berfikir dengan lebih strategik cara- cara untuk menangani perkara yang tidak dijangka. Pemikiran berdasarkan risiko adalah pola pemikiran secara proaktif untuk memastikan peningkatan pencapaian hasil menggunakan kaedah yang mempertimbangkan ancaman dan peluang (Laqua, 2018). Pemikiran berdasarkan risiko dapat membantu pengurusan mencegah kerugian, menangkap peluang dan meningkatkan komunikasi di seluruh organisasi. Organisasi menggunakan pemikiran berdasarkan risiko untuk membuat keputusan yang lebih baik terutamanya ketika mereka beroperasi dalam persekitaran yang mencabar, pantas atau tidak pasti (Radziwill, 2019). Ini merupakan sebahagian daripada pola pemikiran yang proaktif untuk menguruskan risiko dengan lebih baik dan menguruskan pembangunan kapasiti dengan berkesan. Selain itu pelan pengurusan risiko adalah untuk mengelakkan ketidakpuashatian pelanggan dan langkah berjaga-jaga agar aktiviti dijalankan dapat mengurangkan sebarang risiko. Susunan risiko perlu dilakukan berdasarkan kebarangkalian kekerapan risiko kerana risiko yang berlaku tidak akan sama dan berbeza mengikut isu. Keutamaan perlu diberikan kepada risiko utama yang melibatkan PdP di sekolah kerana pelanggan utama di sekolah ialah pelajar. 4.3.2 Pembangunan kapasiti Pembangunan kapasiti guru dan staf sokongan dapat membantu sekolah mencapai matlamat seperti coaching mentoring, bimbingan dan penyeliaan, latihan dalam perkhidmatan, PLC, dan pelbagai bentuk aktiviti pembangunan individu. Melalui amalan pengurusan sebegini, PGB boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru dalam menyelesaikan masalah dan seterusnya meningkatkan perkembangan profesionalisme dan mutu pengajaran mereka (Glickmen et al, 1995). Pembangunan kompetensi dan kapasiti guru perlu
  • 13. 13 dilaksanakan secara sedar dan terancang kerana hal ini selari dengan konsep Organisasi Pembelajaran (Learning Organization) untuk memastikan setiap ahli organisasi sentiasa belajar bagi meningkatkan perkembangan profesionalisme dan seterusnya melonjakkan prestasi organisasi. i. Coaching mentoring Bagi memastikan guru dan kakitangan sokongan sentiasa dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang, proses `coaching mentoring’ perlu dilaksanakan terhadap semua pemimpin pertengahan di sekolah iaitu semua guru penolong kanan dan guru-guru kanan. Proses ini perlu dilakukan pada setiap minggu dan direkodkan dalam buku log pengetua. Melalui proses ‘coaching mentoring’ inilah pengetua dapat membimbing dan menunjuk ajar melalui perkongsian bersama- sama pemimpin pertengahan berkaitan apa juga bidang kerja masing-masing. Melalui pendekatan ini, pemahaman yang jelas tentang apa juga isu yang berlaku dan mekanisme yang terbaik untuk membantu mereka akan dapat diperoleh. Pengalaman pengetua dalam laluan kerjayanya sebagai Guru Kanan, Penyelia Petang, Penolong Kanan dan seumpamanya di samping pengetahuan semasa mengikuti kursus dan sebagainya perlu digunakan sepenuhnya untuk tujuan bimbingan berkenaan. Proses ini harus dibudayakan kepada semua pemimpin pertengahan dengan semua personel ini melaksanakan juga ‘coaching and mentoring’ kepada sumber di bawah kawalan mereka iaitu guru-guru atau kakitangan sokongan yang berkaitan. Melalui pendekatan ini guru dan staf sokongan dapat dibimbing secara sistematik. ii. Pemantauan dan penyeliaan Selain itu, proses pemantauan dan penyeliaan juga berlaku di segenap peringkat. Contohnya, apabila pengetua membuat bimbingan kepada guru penolong kanan dalam aspek penyeliaan pengajaran dan pembelajaran (PdP), penolong kanan seterusnya membuat bimbingan dan pemantauan kepada guru-guru kanan yang seterusnya proses yang sama berlaku kepada ketua-ketua panitia, penyelaras- penyelaras tingkatan dan akhirnya kepada guru-guru akademik. Proses yang mengikut SOP ini akan menentukan tidak akan ada guru-guru yang tercicir daripada dipantau dan semua guru akan dapat memperbaiki sistem PdP mengikut arahan dan keperluan KPM. Hal ini sudah pasti akan dapat merealisasikan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia dengan lebih mudah. iii. Program Profesionalisme Berterusan Dalam usaha membangunkan kapasiti ini juga, perhatian yang serius harus diberikan terhadap program pembangunan profesionalisme guru melalui pembelajaran secara tidak formal maupun secara formal dan terancang. Pelbagai program melibatkan pembangunan staf perlu dilaksanakan di sekolah melibatkan kursus, bengkel, taklimat dan ceramah. Di samping merancang dan melaksanakan program pembangunan staf secara berkala berdasarkan analisis keperluan, pengetua perlu mengenal pasti kekuatan dan kepakaran yang ada di sekolahnya. Penolong Kanan, guru kanan mata pelajaran dan guru-guru berpengalaman yang mempunyai kepakaran tertentu harus dilibatkan untuk bertindak menjadi mentor bagi membimbing guru-guru yang baru dan kurang berpengalaman dalam pasukan masing-masing. Ringkasnya, pelaksanaan
  • 14. 14 program pembangunan staf yang telah dirancang secara formal, proses pembelajaran secara tidak formal yang melaksanakan aktiviti dalam pasukan dan bantuan secara langsung melalui program mentoring oleh pihak pentadbir dan guru senior serta pelbagai usaha yang dijalankan oleh sekolah akan dapat meningkatkan perkembangan profesionalisme guru-guru dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid dan meningkatkan kejayaan pencapaian sekolah. vi. Wacana ilmu Bagi membugarkan budaya ilmu dalam kalangan pendidik dan kakitangan, mesyuarat atau perjumpaan guru perlu diisi dengan aktiviti wacana ilmu melalui pembentangan oleh guru dan kakitangan secara bergilir. Melalui wacana ilmu ini pelbagai imput baru berkaitan perkembangan mutakhir pendidikan dapat didedah dan dikongsikan bersama-sama. Antara pengisian dalam wacana ilmu ini ialah ulasan buku, penemuan baru dalam pendekatan pembelajaran, teori-teori terkini pendidikan atau apa sahaja yang bermanfaat untuk tujuan pendidikan. Natijahnya, apabila sesesorang pendidik berkenaan mempunyai kekuatan ilmu yang tinggi dan penguasaan trend pendidikan kontemporari pastinya akan dapat membantu mendidik anak-anak murid dengan lebih berkesan. Usaha memantapkan keilmuan guru seterusnya boleh diperluas kepada pelanggan utama sekolah iaitu pelajar-pelajar dengan menerapkan budaya ilmu bagi memastikan setiap mereka bukan sahaja bijak dari segi keintelektualannya tetapi juga pintar dan berketrampilan dalam aspek-aspek yang lain. Ini juga merupakan sebahagian daripada pendekatan bagi memastikan sekolah berperanan sebagai organisasi pembelajaran (learning organization) yang dapat melahirkan budaya kolaboratif iaitu semua orang mempunyai keyakinan dan keupayaan mengambil bahagian yang aktif dalam proses pembelajaran seperti yang disarankan Peter Senge (1990). Pemimpin pendidikan perlu mengupayakan kebolehan guru-guru dan latihan yang mencukupi perlu diberikan dari semasa ke semasa. Pembangunan kapasiti tersebut boleh dilaksanakan menerusi Profesional Learning Community (PLC) yang menjadi sebahagian daripada kaedah untuk membangunkan kapasiti guru-guru. vii. Profesional Learning Community (PLC) Gaya penyampaian dalam PLC memberikan perhatian kepada pembelajaran berpusatkan murid dan guru bertindak sebagai fasilitator sahaja untuk membantu aktiviti PdP dalam mencapai standard pembelajaran yang dihasratkan. Untuk memastikan kejayaan PLC, pengetua atau guru besar perlu memiliki gaya kepimpinan instruksional yang tinggi. Kepimpinan instruksional yang sentiasa diperbaharui dan sistematik dalam kalangan pemimpin pendidikan juga membolehkan program dilaksanakan tanpa melibatkan risiko-risiko kepada guru- guru dan juga pelajar-pelajar. Pengalaman yang diperoleh dari semasa ke semasa turut memberikan pendidikan bermakna kepada pemimpin pendidikan untuk menangani risiko dengan lebih baik. viii. Penggunaan teknologi dalam pengurusan, pengajaran dan pembelajaran (PdP)
  • 15. 15 Pemimpin pendidikan perlu bijak mengatur strategi untuk memastikan guru-guru masih melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya. Pemantauan boleh dilakukan menerusi laporan yang dihantar menerusi online kepada pentadbir sekolah. Namun, teknologi yang dihasilkan untuk memudahkan pelajar-pelajar ini kadang-kadang memberikan pelbagai masalah talian terutama di sekolah-sekolah yang jauh di pinggir bandar. Masalah ini perlu difikirkan oleh pemimpin pendidikan bersama-sama guru agar pelajar- pelajar mereka tidak ketinggalan. Mereka juga perlu merangka plan lain agar murid-murid dapat manfaatkan masa untuk PdP interaktif. Plan sebegini sangat diperlukan terutama ketika sekolah dilanda musibah dan terpaksa ditutup dalam tempoh yang lama. Pemimpin pendidikan perlu mengambil tindakan pro-aktif untuk mengarahkan guru-guru mereka memberikan tugasan kepada pelajar- pelajar. Tindakan ini akan meminimakan risiko kadar keciciran ilmu kepada pelajar-pelajar yang terlibat. 4.3.3 Memupuk nilai-nilai murni dan berintegriti Integriti dalam pendidikan berkait rapat dengan akauntabiliti. Akauntabiliti merujuk kepada tanggungjawab guru mendidik pelajar dalam pencapaian akademik serta membentuk potensi pelajar secara menyeluruh. Aspek integriti dalam pendidikan adalah guru melaksanakan tugas dengan amanah, mempunyai ciri keprihatinan, penuh kasih sayang, tahap ketabahan yang tinggi dan tidak mengambil kesempatan. Dalam konteks pengajaran guru di dalam kelas pula, guru seharusnya mengutamakan kepentingan murid melebihi kepentingannya. Integriti dalam pendidikan sedemikian menterjemahkan akauntabiliti guru-guru semasa mereka melaksanakan tanggungjawab masing- masing. Masalah integriti dalam kalangan kakitangan perkhidmatan awam termasuklah warga pendidikan semakin meningkat terutama sekali dalam zaman globalisasi ini (Mustafar Ali, 2006). Integriti ini menjadi sebahagian daripada nilai-nilai yang perlu diamalkan dalam perkhidmatan awam. Contoh-contoh kes integriti yang melibatkan warga pendidikan termasuklah guru-guru di sekolah ialah rasuah dari aspek penggunaan masa. Rasuah dalam kalangan guru jarang sangat yang melibatkan rasuah berkaitan dengan kewangan, namun rasuah masa yang ramai tidak sedar berlaku setiap hari di premis pendidikan seperti sekolah, pejabat pendidikan daerah, ataupun jabatan pendidikan negeri. Rasuah masa yang dilakukan ini tidak akan memperlihatkan kesan secara tidak langsung kepada organisasi. Namun, lama kelamaan jika dibiarkan berleluasa akan memberikan kesan organisasi dan tempiasnya akan memberi kesan langsung kepada kepimpinan instruksional pemimpin pendidikan. Perkara yang paling membimbangkan ialah rasuah yang melibatkan risiko yang tinggi iaitu rasuah dalam kalangan pemimpin pengurusan seperti pengurusan kewangan, pembelian tender dan lain-lain. Pengurusan risiko dalam pengurusan kewangan, pembelian, tender, pengurusan sumber manusia akan menyebabkan berlakunya penyelewengan, salah guna kuasa dan berlakunya rasuah (2010 Asia Development Bank). Penyelewangan, salah guna kuasa dan rasuah dapat menjejaskan matlamat kementerian dalam membina kemenjadian murid. Pelan Anti rasuah Nasional 2020 mengunakan penilaian risiko bagi membangunkan pelan strategik anti rasuah kebangsaan. Sistem Pengurusan
  • 16. 16 Anti Rasuah ini juga menggunakan penilaian risiko untuk melaksanakan pengurusan anti rasuah dalam organisasi. Kebiasaannya, integriti dalam kalangan pemimpin pendidikan melibatkan pemberian tender kepada kontraktor atau pembekal yang berurusan dengan sekolah. Penguatkuasaan yang kurang berkesan dan dilakukan tidak mengikut prosedur akan mendedahkan ketidaktelusan dalam pemilihan tender. Pemimpin pendidikan mempunyai kepentingan tersendiri yang boleh menjejaskan integriti pentadbiran mereka. Di peringkat individu, seseorang pemimpin sukar mengawal diri dan tidak menitikberatkan amalan murni dalam kehidupan dan tidak berpegang kepada amanah yang diberikan oleh agama akan menyebabkan mudahnya integriti tidak dipatuhi dalam pentadbiran mereka. Meskipun terdapat prosedur pemilihan tender yang telah dikeluarkan oleh kementerian, namun kepentingan diri melebihi daripada kepentingan awam dan mereka menggunakan kuasa yang ada untuk menutup kelemahan yang ada pada diri masing-masing. Oleh itu, SOP yang betul-betul dipraktikkan dan dipantau sangat penting untuk memastikan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran. Contohnya, jika pemilihan tender tidak dilaksanakan mengikut SOP untuk membina bangunan, berkemungkinan berlaku ketidakpatuhan dari aspek pembinaan yang akan melibatkan keselamatan pelajar akhirnya. Bangunan yang tidak dipantau akan menimbulkan pelbagai masalah seperti kebocoran, retak dan masalah-masalah lain yang akhirnya akan memberi kesan yang buruk kepada pelaksanaan PdP di dalam kelas. Jika berlaku penyalahgunaan kuasa akan memberikan imej negatif kepada guru-guru dan mereka tidak akan menghormati pemimpin yang melanggar integriti ini. Maka, tidak mustahil mereka akan turut menggunakan kuasa sendiri ke atas pelajar-pelajar dengan mengambil mudah dan tidak melaksanakan tanggungjawab di kelas dengan sebaiknya. Apabila guru mengajar sekadar melepaskan batuk di tangga akan memberi kesan langsung kepada pelajar. Pelajar akan tercicir daripada mengikuti ilmu yang sebenar dan dalam tempoh jangka masa yang panjang apa yang dihajatkan dalam sistem pendidikan tidak akan tercapai. Mereka hanya akan hadir di sekolah kerana memenuhi prosedur kedatangan sahaja, sedangkan nilai integriti di dalam kelas tidak dilaksanakan sepenuhnya. Nilai integriti dalam pendidikan yang tidak dilaksanakan sepenuhnya akan melibatkan akauntabiliti guru yang menyimpang daripada menjalankan tanggungjawab dalam membentuk kemenjadian insan kelas pertama. Jadi, pembangunan kapasiti yang melibatkan sikap dan nilai-nilai yang perlu diterapkan tidak lagi diberi keutamaan. Jika dibiarkan akan menjadikan budaya ini tular dalam sekolah. Akhirnya pelajar dan sistem persekolahan akan terjejas. Mutu perkhidmatan pendidikan tidak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat. Nilai integriti seperti yang diikrarkan oleh kakitangan awam tidak dipatuhi dan tidak memberi kesan dalaman kepada mereka. Pembangunan kapasiti guru dari aspek nilai tidak lagi dapat disemai. Untuk mengatasi masalah penyalahgunaan kuasa ini, guru-guru biasa juga perlu dilantik dalam jawatankuasa pemilihan tender dan PIBG ataupun SARANA juga boleh dilibatkan sebagai jawatankuasa pemilihan untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pentadbir. Jika
  • 17. 17 perlu, pihak pejabat pendidikan daerah ataupun jabatan pendidikan negeri perlu campurtangan untuk mengelakkan daripada ketidaktelusan dalam pemilihan tender. Bagi guru-guru yang tidak menjalankan tanggungjawab di dalam kelas dengan sempurna, perlunya pemantauan daripada pihak pengurusan untuk memastikan guru-guru melaksanakan amanah yang ditugaskan kepada mereka. Integriti perkhidmatan seseorang guru yang mulia menjadikan mereka seorang guru yang bertanggungjawab kepada Tuhannya. Setiap SOP dan peraturan akan mudah dipatuhi jika guru memikirkan amanah yang diberikan oleh Tuhan. Oleh itu, SOP yang jelas pelru diterangkan kepada guru-guru. SOP yang betul-betul dipatuhi sudah pastinya dapat mengurangkan risiko dan meminimakan masalah yang akan berlaku di premis pendidikan. Pembangunan kapasiti yang merupakan keupayaan warga sekolah termasuk guru-guru dan pemimpinnya tidak akan tercapai sekiranya integriti tidak lagi dijaga dan diamalkan. Cabaran pembangunan kapasiti organisasi merupakan antara risiko yang perlu diurus dengan cekap. Jika diurus dengan cekap, maka akan mengurangkan berlaku pelbagai risiko kepada pengurusan khususnya dan warga sekolah amnya. 4.3.4 Memupuk budaya lessons learned Lessons learned ialah pelajaran yang diambil yang diperoleh daripada pengalaman yang baik ataupun sebaliknya. Pengalaman adalah guru yang terbaik dan kedua-dua aspek sama ada potif ataupun negatif akan menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja untuk melakukan sesuatu sesuatu yang lebih baik. Kaedah terbaik untuk melakukan lesson learned ialah pemimpin pendidikan perlu menjadikannya sebagai rutin sama ada secara harian, mingguan ataupun bulanan. Catatan ataupun dokumentasi kepada apa yang dibuat perlu dilakukan untuk melihat kekurangan dan memperbaiki kelemahan pada masa yang berikutnya. Keputusan yang diambil dalam mengurus pentadbiran daripada pengalaman ini akan dapat mengurangkan atau menghilangkan potensi kegagalan ataupun kelemahan. Pastinya keputusan ini akan memberikan kekuatan kepada pembuat keputusan kerana lessons learned akan memperkuat hasil sesuatu usaha yang dibuat. Dua perkara penting dalam lesson learned ialah mengulangi sesuatu perkara yang mendatangkan good practice dan mengelakkan ataupun menghindarkan bad practice. Perkara-perkara lain daripada lesson learned ini juga perlunya konsisten mengamalkan good practice untuk menyelesaikan risiko yang berlaku. Dalam bidang pendidikan, lessons learned ini membolehkan pemimpin pendidikan melakukan analisis pembelajaran. Analisis ini boleh digunakan dengan menggunakan pendekatan rekonstruksi peristiwa ataupun meminta stakeholder yang berkaitan menyenaraikan analisis kelemahan yang boleh menyebabkan berlakunya risiko dan memikirkan kaedah terbaik untuk mengatasi pelbagai risiko pembelajaran. Implikasinya, lessons learned membolehkan pemimpin pendidikan membuat pencegahan lebih awal sebelum berlakunya risiko yang lain.
  • 18. 18 Lesson learned ini boleh juga diambil kira peristiwa Pandemik Covid 19 yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 2020. Pemimpin pendidikan hendaklah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran Kemeruapan (Volatility), Ketidakpastian (Uncertainty), Kerumitan (Complexity) dan Kekaburan (VUCA) di dunia ini (Mazlee 2019). Penularan wabak CoViD merupakan contoh cabaran dunia VUCA. Untuk tidak mengulangi bad practice, pemimpin pendidikan perlu bersedia jika sekiranya berlaku musibah besar berlaku di sekolah. Daripada bad practice ini akan membawa kepada good practice sekiranya tindakan diambil lebih awal untuk mengatasi risiko. Ketidakhadiran murid sewaktu Pandemik Covid 19 yang menjadi bad practice akan dapat ditukarkan kepada good practice dengan mengambil langkah pencegahan yang lebih awal jika berlakunya risiko yang lain. Walaupun murid tidak hadir ke sekolah sepanjang tempoh PKP, ini bukan bermakna proses pembelajaran dan pembelajaran terhenti. Pemimpin pendididikan seharusnya mempunyai pelan kesinambungan pendidikan untuk pembelajaran dan pengajaran. Kesinambungan pembelajaran adalah proses pemuliharaan atau kesinambungan pendidikan apabila terdapat kejadian yang mengakibatkan penutupan sekolah atau peristiwa yang mengakibatkan ketidakhadiran pelajar untuk jangka masa yang panjang (Moseley 2016). Kerajaan USA, Australia dan New Zealand adalah contoh negara yang mempunyai kesinambungan pelan pembelajaran. Pembelajaran dalam talian semasa tempoh kuarantin menjadi medium bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran tidak terhenti. Kesinambungan pelan pembelajaran bukan sahaja melibatkan teknologi yang akan digunakan oleh sekolah untuk terus mengajar, tetapi juga mempertimbangkan bagaimana pelajar akan kembali ke sekolah selepas tamat kecemasan (International Baccalaureate Organization 2020). 4.3.5 Mengoptimumkan penggunaan peruntukan dan sumber Perkembangan semasa ekonomi serantau dan global memberi kesan kepada kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan berikutan kutipan hasil kerajaan yang terjejas. Bagi memastikan sasaran fiskal yang ditetapkan dapat dicapai, maka langkah mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan dilaksanakan secara menyeluruh agar sumber dapat diurus dengan lebih cekap dan berkesan. Bagi memastikan perkembangan ekonomi negara terus kukuh dengan kedudukan fiskal yang mampan, langkah-langkah proaktif dan instruktif wajar dilaksanakan secara bersepadu oleh semua pihak. Kementerian/ jabatan/ agensi dikehendaki menyusun semula keutamaan program/ aktiviti masing-masing supaya sejajar dengan agenda nasional.2 Penggunaan peruntukan dan sumber kerajaan bergantung kepada ‘Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan Tahun 2020’ yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia. Pengurus perlu bijak mentadbir agar perbelanjaan mengurus tidak melebihi daripada peruntukan sedia ada. Pemimpin pendidikan perlu mengetahui peranan dan fungsi masing-masing apabila mengurus sumber yang diberikan oleh kementerian. Memandangkan ekonomi dunia mengalami kemerosotan ekoran daripada jangkitan virus Covid 19, Malaysia juga turut mengalami perkara yang sama. Oleh itu, pemimpin pendidikan perlu mengatur strategi untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan di samping perlu mengekalkan kualiti perkidmatan pendidikan kepada negara. 2 Perbendaharaan Malaysia – Garis Panduan Perbelanjaan Kerajaan
  • 19. 19 Risiko lebihan perbelanjaan peruntukan tidak akan berlaku sekiranya pemimpin pendidikan berjaya mengurus kewangan dengan bijak dan mengikut pekeliling dan prosedur yang ada. Begitu juga lebihan perbelanjaan tidak akan berlaku jika sekiranya kewangan diurus dengan baik. Stakeholder bagi setiap sekolah perlu diberi penerangan berkaitan dengan penggunaan kewangan kerajaan. Perancangan perolehan perlu dibuat dengan teliti oleh personal yang pakar. Perancangan perolehan yang tidak didorong oleh permintaan menyebabkan penggunaan kemudahan pendidikan yang kurang atau tidak digunakan (2013 Asia Development Bank). Ini menyebabkan kerugian yang besar dalam bentuk, wang, tenaga dan masa. Pembangunan kapasiti yang mantap juga bergantung kepada pengurusan perbelanjaan yang cekap. Oleh itu, perlunya perancangan yang mantap dalam mengurus kewangan agar pembangunan kapasiti warga pendidik tidak terjejas dan peningkatan pembangunan profesionalisme guru akan tetap berjalan seperti biasa. 4.3.6 Jaminan kawalan fasiliti perkhidmatan Organisasi pendidikan merupakan salah satu cabang daripada sektor perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan berasaskan pendidikan. Isu-isu seperti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menjadi perkara penting yang turut dikaitkan secara langsung dengan penggunaan perkhidmatan fasiliti di sekolah. Fasiliti yang baik dikatakan dapat memberikan jaminan dan mutu PdP yang baik. Isu ini seringkali juga dipertikai kerana belum tentu fasiliti perkhidmatan yang canggih mampu membuatkan sesebuah sekolah meningkatkan mutu PdP di sekolah. Meskipun begitu, fasiliti perkhidmatan yang diurus dengan baik mampu mengelakkan sebarang risiko berlaku kepada sekolah. Payant dan Lewis (2000) menyatakan penyelenggaraan fasiliti merupakan satu operasi teras kepada penggunaan fasiliti bagi setiap organisasi. Penggunaan fasiliti pula seharusnya sesuai dan berkaitan dengan lokasi sesebuah institusi ataupun organisasi. Kesesuaian fasiliti dan penggunaan yang mengikut standard operation prosedure (SOP) akan meminimakan risiko yang berlaku kepada sekolah. Oleh itu, pemimpin pendidikan seharusnya bijak menguruskan fasiliti yang ada dan digunakan dengan maksimum untuk memastikan keberkesanan dan tiada berlakunya sebarang risiko kepada sekolah. Mengikut PPPM 2013-2025, penyediaan prasarana sekolah merupakan satu elemen penting yang diberikan perhatian dalam perancangan pendidikan di Malaysia. Kepentingan perancangan dan penyediaan kemudahan infrastuktur yang baik tidak dapat dinafikan amat kritikal dalam menyokong kejayaan agenda pendidikan negara. Infrastruktur yang mencukupi dan selesa ini amat penting bagi membolehkan proses pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Laporan awal PPPM 2013-2025 menunjukkan penambahbaikan prasarana sekolah dan peratusan kenaikan tahap pembangunan yang memberangsangkan. Bagi rekod 2005 hingga 2011, prasarana sekolah seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih, sekolah dua sesi dan makmal komputer mencatat penambahbaikan yang positif.
  • 20. 20 Oleh itu, untuk memastikan pemimpin pendidikan mengekalkan fasiliti yang ada dan meningkatkan cara penggunaan fasiliti yang berkesan, perlunya beberapa alternatif dijalankan untuk memastikan tahap risiko yang rendah dalam penggunaan fasiliti tersebut. Pemimpin pendidikan perlu proaktif terutama sekali dalam dunia pendidikan siber supaya fasiliti teknologi maklumat sentiasa diambil perhatian utama untuk membolehkan pelajar-pelajar dapat mengakses maklumat pembelajaran setiap masa. Guru-guru juga tidak akan terjejas perkhidmatan untuk mengajar apabila fasiliti dijaga dengan baik dan dapat digunakan dengan maksimum. Setiap prasarana yang dibekalkan oleh kementerian perlu digunakan dan bukannya disimpan tanpa digunakan oleh guru-guru dan pelajar. 5.0 RUMUSAN Pengurusan risiko organisasi menjamin pengurusan sumber manusia berintegriti yang mencorakkan tenaga kerja yang produktif dan memberi keuntungan kepada majikan. Pengurusan risiko yang cekap akan meningkatkan integriti yang dapat menghapuskan amalan tidak sihat seperti rasuah, salah guna kuasa, tidak jujur, penyelewangan, dan isu moraliti. Ini semua merupakan kepincangan dalam organisasi yang akan menyebabkan organisasi tidak berfungsi dengan maksimum. Proses pengurusan risiko organisasi merupakan aktiviti yang bertujuan melaksanakan tindakan yang sesuai, tetapi akan melihat semua aspek untuk penambahbaikan termasuk usaha membantu ahli organisasi mempunyai kesedaran tentang kepentingan mengurus risiko melalui komunikasi dan perundingan. Hubungan yang bersandarkan hormat menghormati dan menguruskan sumber manusia yang cekap memudahkan lagi urusan secara profesional dilaksanakan. Strategi pengurusan risiko merujuk juga memindahkan risiko kepada pihak lain untuk mengelakkan daripada berlaku risiko. Hal ini juga dapat mengurangkan kesan negatif kemungkinan berlakunya risiko. Strategi pengawalan risiko yang baik sudah tentu dapat mengurangkan atau merendahkan tahap kekerapan dan impak kemalangan daripada berlaku. Walau bagaimanapun, konteks pengurusan dalam menyediakan kemudahan yang terbaik kepada masyarakat, setiap kemudahan yang digunakan mempunyai risikonya yang tersendiri. Namun, adalah menjadi satu kelemahan jika kemudahan yang berisiko terus dihentikan penggunaannya disebabkan untuk mengelak daripada berlakunya risiko kemalangan yang lain. Kebanyakan kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa amalan pengurusan risiko yang baik dapat mengelakkan daripada risiko kecederaan.3 Pengurusan risiko yang cekap dan berkesan menyokong visi dan misi KPM dilaksanakan. Pencapaian visi dan misi ini penting untuk menghasilkan murid yang terdidik dan menjamin kebolehpasaran murid-murid dalam masyarakat. Pemimpin pendidikan perlu melaksanakan pelan pengurusan risiko dalam perancangan strategi setahun. Perancangan risiko yang baik juga dapat menguruskan pembangunan kapasiti yang berkesan kepada organisasi. Walau bagaimanapun, menangani risiko (merawat risiko) lebih daripada sekadar penilaian atau pengurusan. Pemahaman yang lebih baik tentang 3 https://www.researchgate.net/profile/Jaffry_Zakaria/publication/283256488_PERANAN_AMALAN_PENGURUSAN_RIS IKO_TERHADAP_PERKEMBANGAN_AKTIVITI_SUKAN_DAN_REKREASI_DALAM_MENINGKAT
  • 21. 21 organisasi dan prosesnya membawa kepada peningkatan hasil (Kovach & Fredendall, 2013). Oleh itu pentingnya mengurus risiko dengan baik untuk meningkatkan pembangunan kapasiti warga pendidikan. RUJUKAN Abd Rahim Abd Rashid. (2006). Agenda perubahan pengurusan sumber manusia dan kerja, Utusan Publication: Kula Lumpur. Azhar Susanto, Meiryani (2018). The Importance of Risk Management in an Organizations, International Journal of Scientific & Technology Research,7(11). Asia Development Bank (2010). Guidance Note: Education Sector Risk Assessment. Asia Development Bank: Philippines. Asia Development Bank (2013). Learning Lessons. Asia Development Bank: Philippines Bonham, Stephen S. (2008). Actionable strategies through integrated performance, Process, Project, and Risk Management, Artech House Technology Management and Professional Development Series Boston: Artech Houes, Inc. available at http://eds.b.ebscohost.com.ezproxy.um.edu.my/eds/ [1 April 2020] CareersinAudit.com. (2013). Importance of risk management, available at https://www.careersinaudit.com/article/the-importance-of-risk-management-in an-organisation/ [2 April 2020] Corporate Finance Institute (2020). Risk management, the Identification, analysis and response to risk factor affecting a business, available at https://corporatefinanceinstitute.com/resources/knowledge/strategy/risk- management/. [2 April 2020]. Coleman, Tom, A Practical Guide to Risk Management (July 27, 2011). CFA Institute Research Foundation M2011-2. Available at SSRN: https://ssrn.com/abstract=2586032 [3 April 2020] Dewan (2002). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Graham, J., & Kaye, D. (2015). A Risk Management Approach to Business Continuity: Aligning Business Continuity and Corporate Governance. Rothstein Publishing. Institut Aminuddin Baki, (2011). Pelan Induk Pengurusan Risiko Institut Aminuddin Baki (2012 -2016), IAB: Genting Highlands. Hallinger, P & Murphy, J. (1985). Assessing the Instructional Management Behavior of Principals. The Elementary School Journal, 86(2), 217–247. Hillson, D. (2016). The risk management handbook: A practical guide to managing the multiple dimensions of risk, Kogan Page: London. https://books.google.com.my/books?id=QohGDAAAQBAJ&hl=ms&source=gbs _slider_cls_metadata_5_mylibrary.[20 April 2020]
  • 22. 22 Hitesh, B. (2019). What Is Risk Management? Importance of Risk Management, available at https://www.marketing91.com/what-is-risk-management/ [1 Mac 2020]. Institut Aminuddin Baki, (2011). Pelan Induk Pengurusan Risiko Institut Aminuddin Baki (2012–2016), IAB: Genting Highlands. International Organisation for Standardization (ISO) (2018) ISO 31000:2018. Risk Management: Principles and guidelines, International Organisation for Standardization. https://www.iso.org/iso-31000-risk-management.html. [1 April 2020]. JKR (2017). Garis panduan pengurusan risiko fasiliti. http://jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Garis_Pandu an/JKR _Pengurusan%20Risiko%20Fasiliti%202017.pdf.[ 2 April 2020] Keith Blacker & Patrick McConnell (2015). People risk management: A practical approach to managing the human factor that could harm your business, Kogan Page: London Kovach, J. V., & Fredendall, L. D. (2013). The influence of continuous improvement practices on learning: An empirical study. Quality Management Journal, 20(4), 6-20. KSN. 2005. Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2005. Garis panduan penilaian risiko keselamatan maklumat sektor awam. http://www.ukm.my/angkasa/wp- content/uploads/2016/01/Penulisan-tesis-gaya-UKM-2015.pdf [ 25 April 2020 ]. Marsden, E. 2016. The ISO31 000 standard on risk management. https://www.slideshare.net/EricMarsden1/the-iso-31000-standard-on-risk- management - principles-and-guidelines [20 April 2020] Mustafa Haji Ali, 2005. Membina intergriti untuk memenangi rasuah dlm. Mazilan Musa etc., (pnyl). Etika dan integriti di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia. Nicolae, A. (2011). The Importance of Risk Management Process In Ensuring Successful Implementation Of Projects Entrusted, Land Forces Academy Review. https://doi.org/10.1177/026839629601100405 [1 Mac 2020] Philip L. Powell, Jonathan H. Klein. (1996). Risk Management for Information Systems Development, Article Information, 11(4),309-319. https://doi.org/10.1177/ 02683962960 1100405 .[ 2 April 2020] Roggi, Oliviero and Damodaran, Aswath and Garvey, Maxine, Risk Taking: A Corporate Governance Perspective (April1, 2012). https://www.researhgate.net/publication/323923507_Risk_Taking_A_Corporat e _Governance_Perspective.[2 April 2020] Surat KSN PM(S) Bil. 17479/13 Jld. 4 bertarikh 9 Mac 2007. Artikel bertajuk Usaha bagi mempertingkatkan tadbir urus sektor awam.
  • 23. 23 Arif Zahrudin & Suzanna Che Moin (pnyt.). Etika Dan Integriti Di Malaysia, pp 53-61. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia WHO. (2020). Coronavirus disease (Covid-19) Pandemic. https://www.who.int/ emergencies /diseases/novel-coronavirus-2019 [25 April 2020]. Wiig, Karl M. (1997). “Knowledge Management: An Introduction and Perspective‟‟, The Journal of Knowledge Management, 1(1), 6 – 14. Witt, R., & Orvis J (2010). A Guide to becoming a school of the future, association of independent schools http://www.nais.org/articles/documents/naiscoaschools.pdf Yukl, A. G. (2002) Leadership in Organizations. Prentice Hall: Upper Saddle River