1. KEK KARAMEL
Bahan-bahan : Loyang 22cm
(A)-Gula Hangus
2 sudu besar gula (untnk buat gula hangus)
*tabur gula dalam loyang dan masak ats api perlahan..biar gula hancur n warna tukar jadi
perang,boleh guna sudu untuk ratakan gula hangus keseluruh bahagian)
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah)
(B) – Bahagian Karamel*
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning
*campuran yang diatas ini manis
(C) – Lapisan Kek
140 gm tepung gandum
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak msk
2 sudu besar susu pekat manis
D) Merinque
6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar
Cara-cara :
Sediakan bahan (A) dahulu,ketepikan.
Kacau semua bhn (B) perlahan2,jangan berbuih nanti karamelnya tak menjadi.
Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi,ketepikan.
Pukul bahan (C) *cikmin guna mixer
Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat tak jatuh…(meringue)
Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul dengan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau,
agak-agak bercampur sebati je.
Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak
ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
Bakar cara double boiling – selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175′C, menggunakan api bawah
dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api
atas bawah tetapi guna suhu 160′C / 170′C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
2. Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10
minit,
Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar
tadi…masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
Sedap dimakan sejuk.
Nota cikmin:bakar guna api bawah sahaja pada suhu 160′c selama 50 minit dan 10 minit terakhir
cikmin bukak api atas bawah pada suhu 150′c untuk garingkan sedikit bahagian atas kek..ini
untuk mengelakkan lapisan kek bahagian bawah tu tidak melekat bila kita potong nanti.