SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
KEK PELANGI
Bahan-bahan ( 3 ORG MAKAN )
TEPUNG GANDUM 1 1/2 CAWAN
BUTTERCUP 1CAWAN/MENTEGA
GULA 1CAWAN
SUSU CAIR 1CAWAN
TELUR 3 BIJI GRED A
1 SUDU KECIL SODA BIKARBONAT
1 SUDU KECIL BAKING POWDER
1SUDU KECIL PERISA VANILLA*terpulang pada individu nak perisa apa
1 SUDU KECIL OVALLETE*terpulang pada individu nak masukkan ke tak
3 ATAU LEBIH PEWARNA MAKANAN*janji warna warni
Cara-cara
ayak tepung gandum,soda bikarbonat,baking powder, dan ketepikan.
sementara itu,pukul mentega dan telur sehingga kembang,kemudian masukkan gula dan pukul
sampai sebati selama 4 minit dengan kelajuan sederhana.
masukkan tepung yang diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder tadi ke adunan sedikit
demi sedikit.
masukkan susu cair ,ovallete serta perisa vanilla,pukul sampai sebati lagi.
setelah itu,bahagikan adunan kepada 4 bekas ,masukkan pewarna yang berlainan setiap bekas
kepada 3 bekas yang berisi adunan,dan 1 lagi bekas dibiarkan tidak perlu di bubuh pewarna(original)
terlebih dahulu panaskan oven,sementara itu sapukan mentega pada loyang,dan masukkan adunan
tadi secara berselang seli.masukkakn ke dalam oven yang suhunya 180 drjah celcius selama 40 minit.
apabila sudah masak,sedia dihidang pada waktu petang bersama minuman panas.
kek carrot cheese
4 biji telur kuning
4 biji telur putih
350 ml minyak jagung
100 gm gula castor
80 gm gula perang
150 gm lobak merah parut- 1 btg carrot
250 gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
walnut secukupnya- bakar dan cincang (sy lebih suka badam)
cara:
pukul kuning telur sebentar kemudian masukkan minyak dan gula
pukul lagi sampai sebati
satukan tepung, naking powder dan soda bikarbonat
masukkan ke dalam adunan
kaup balik guna senduk sampai sebati
masukkan carrot dan walnut
dalam bekas lain, pukul telur putih sampai kental
masukkan ke dalam adunan sambil sebatikan secara perlahan
masukkan ke dalam cup kertas
bakar selama 20 mnt dgn suhu 160 api atas dan bawah (suhu ikut oven masing2)
utk frosting cream cheese:
250 gm cream cheese-
125 g butter
50 g gula icing
cara:
satukan semua bahan dan pukul hingga gebu
Resepi kek coklat kukus (mini) -boleh dapat 90 - 100 bj
Bahan A
500g Tepung gandum
200g Coco powder
2 sd teh Baking powder
2 1/2 sd teh Sodium bicarbonate
1 sd teh Garam halus
Bahan B
4 bj Telur grade A
700g gula kastor/halus
1sd teh Esen vanilla
Bahan C
1 tin Susu cair
1 mug /300g Minyak masak
Bahan D
2 atau 3 cawan Air panas
Bahan E (hiasan)
Coklat masak (cairkan dulu + butter/majerin)
Coklat rice
Cara-cara
1. Ayak bahan A dahulu kecuali garam, ketepikan seperti gambar 1.
2. Pukul bahan B sampai kembang (max speed) atau lebih kurang lima minit seperti dlm gambar
2.
3. Kemudian masukan bahan C, pukul lagi (medium speed) seperti dlm gambar 3.
4. Kemudian masukan pula bahan A sedikit-sedikit pukul pada kelajuan perlahan, masukan bahan
A sehingga habis seperti dalam gambar 4.
5. Setelah sebati matikan mixer, masukan air panas. Masukan 2 cawan dulu air panas, kalau
nampak macam pekat sangat barula tambah 1/2 atau 1 cawan lagi air panas (agak-agak la) kacau
menggunakan senduk perlahan-lahan sehingga adunan betul-betul sebati seperti dalam gambar
5.
6. Setelah sebati masukan adunan ke dalam acuan untuk dikukus seperti dalam gambar 6,
pastikan peralatan untuk mengukus telah tersedia (air dlm periuk kukus betul2 dah mendidih).
7. Kukus kek selama 20 minit atau sehingga masak seperti dalam gambar 7.
8. Setelah masak, keluarkan kek dari acuan (dlm keadaan suam2 jgn spi kek tu sejuk takut nanti
kek melekat pd acuan).
9. Bila dah sejuk sapukan dengan coklat masak seperti dalam gambar 8, kemudian taburkan
dengan coklat rice seperti gambar 9 dan 10. (Kalau rasa macam banyak sangat adunan tu boleh
bahagikan sukatan kepada 2, so boleh dapat dlm 50 biji)
NUGET AYAM
Sumber Resepi dari Rancangan Masakan Jepun.
Bahan-bahanya
4 keping daging ayam boneless ( boleh guna bahagian dada atau peha)
2 cawan serbuk roti ( breadcrumbs) ros guna jenis soft breadcrumbs
1/2 biji telur
150 gram taufu ( 1 bekas petak mini taufu) - di Malaysia buleh guna tauhu yang warna putih tu
sedikit garam
lada sulah
2 sudu kecil baking powder ( ni ros saje tambah)
*Untuk Coating*
2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
3 cawan breadcrumbs
Cara-Caranya
1. Buang kulit pada isi ayam dan potong kecil-kecil, blender isi ayam hingga hancur. Nak guna food
processer pun boleh, kalau guna blender tu jangan masukkan isi ayam tu sekali gus ye, masuk sikit-
sikit kasi betul-betul hancur.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diblender tadi di dalam bekas dan masukkan taufu,
baking powder, lada sulah, dan garam, gaul sebati hingga taufu hancur.
3. Kemudian masukkan serbuk roti dan telur, gaul lagi. Selepas itu bentukkan nuggeta ayam
mengikut citarasa masing-masing, bentukkan lah bulat ke, lonjong ke bentuk love ke, ikut kerajinan
lah, semalam ros buat bentuk bulat je.
4. Apabila telah dibentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dengan telur dan salut
semula dengan serbuk roti, kalau nak coating tu lebih tebal ulang langkah tadi sekali lagi. Boleh terus
di goreng atau di simpan di dalam tempat sejuk beku. Selamat Mencuba.
( ros suke nugget taufu ni sebab rasa rangup di luar dan juicy di dalam dah rasa macam nugget yang
jual kat supermaket malaysia tu pulak, hihi).
Resepi - Chicken Chop Home Made
CHICKEN CHOP RESEPI 1 (BUTTERMILK)
BAHAN A:
6-7 ketul paha ayam - debone(buang tulang) / dada ayam
400 ml susu segar + 2 sudu perahan lemon/cuka (buttermilk)
sedikit garam
~kacau rata susu dan perahan lemon.
~perapkan ayam bersama buttermilk dan garam selama 1-2 jam
BAHAN B:
1 kotak tepung goreng segera Adabi
sedikit garam - kalau tepung tu tawar
sedikit lada hitam
@
1 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
1 paket perencah nasi goreng cina Adabi
serbuk lada hitam
~sebatikan semua bahan kering diatas
BAHAN C:
3-4 biji telur
~pukul telur
CARA-CARA:
~panaskan minyak dalam pan.
~ambil sekeping ayam. celupkan didalam bahan C dan kemudian lumur di dalam bahan B. goreng
hingga garing.
CHICKEN CHOP RESEPI 2 (BREADCRUMBS)
6-7 ketul paha ayam - debone(buang tulang) / dada ayam
4 ulas bawang putih - ditumbuk hancur
1 paket perencah nasi goreng cina
sedikit garam & serbuk lada hitam
~perap semua bahan 2-3 jam. semalaman lagi best.
4-5 biji telur - dipukul
semangkuk breadcrumbs oren
~panaskan minyak dalam pan.
~celup ayam dalam telur. lumurkan dalam breadcrumbs n celupkan lagi dalam telur n lumurkan
sekali lagi dgn breadcrumbs. biar padat dgn breadcrumbs. kiranya macam ni la:
telur-breadcrumbs-telur-breadcrumbs-goreng
~goreng hingga garing.
SIMPLE BLACKPEPPER SAUCE
1/2 buku butter
3-4 sudu tepung gandum
3 ulas bawang putih - cincang halus
4-5 sudu serbuk lada hitam - ikut banyak mana nak. pedas mana nak.
sos cili, sos tiram, sos tomato - ikut rasa
sedikit kicap manis
sedikit garam dan serbuk perasa - ikut rasa
1/2 cwn susu segar
1/2 cwn air
~cairkan butter. tumis bawang putih hingga naik bau, jgn sampai garing
~masukkan tepung dan kacau laju2 sampai licin. jgn biar berketul.
~masukkan air, susu, kicap manis, semua sos, dan serbuk lada hitam. kacau rata. jangan biar
berketul.
~biar sampai mendidih. sesuaikan rasa dgn garam n serbuk perasa.
~kalau cair, campurkan 1 sudu tepung jagung+3 sudu air. tuang dalam periuk dan kacau rata.
ok. then makan laa dgn coleslaw (1/2 biji kobis - hiris halus+1 btg carrot - sagat
halus+mayonese+sedikit susu cair+yogurt+sedikit garam&bahan perasa) or apa-apa salad dan
kentang sama ada mashed potato ke, french fries ke, cheesy wedges ke. ikut suka. janji seimbang.
ada protein, vitamin n karbohidrat. try taw!
Bahan-bahan ( 16 biji saiz sederhana )
KULIT KARIPAP
Bahan A
150g tepung gandum
85g shortening
BAHAN B
200g tepung gandum
33g shortening
115g air
Garam
INTI KARIPAP
sardin/ kentang/ keledek/ telur dan lain-lain
Cara-cara
gaul sebati bahan a dan bentukkan doh..gaul sebati bahan b dan bentukkan doh juga..bahagi kepada
2 atau 3 doh kecil utk doh a dan doh b.. # doh b (kiri) lebih besar daripada doh a (kanan)..
uli doh b hingga leper..agak2 supaya boleh balut doh a je..pastu letak doh a dalam doh b yg dah
leper tu..
then balutkan supaya membentuk satu doh sahaja..
pastu ulikan doh tu menggunakan penguli..aku guna botol air sebab uma xde penguli..hehe..
pastu gulungkan adunan leper tu..
ulikan lagi sekali secara memanjang..
again..gulung lagi..then potong kepada dua bahagian..pastu potong lagi kepada dua..dan dua lagi..so
akan dapat 8 doh kecil..so total akan dapat 16 doh kecil..sebab ada dua doh asalkan..
ulikan doh kecil tu (bila pandang doh tu..bentuk spiral mengadap muka kita..jangan uli tepi pulak)..
kalau boleh bahagian tengah jangan leper sangat..takut pecah..bahagian tepi xpe..
isi sesudu besar inti..katupkan hujung kulit karipap dengan cara memicit2..pastu kelimkan
hujungnya..
karipap pusing yg dah siap bolehlah digoreng dalam minyak penuh ok!guna api kecik je..
terima kasih sebab sudi membaca..harap sudi mencuba dan komen juga ok..senang2 follow my blog
herdiaryoflife.blogspot.com
Resepi Kuih Donat Lembut Dan Gebu
Resepi Kuih Donat Lembut Dan Gebu
Bahan-bahan ( kira-kira 15-20 biji donut)
400g tepung gandum (guna tepung gandum yang ada gambar donut)
50g gula halus
50g butter
1 1/3 cawan susu segar
1 sudu makan yis mauripan (yis kering)
Sedikit garam
Gula halus yang telah diblender – untuk ditabur di atas donut
Cara-cara membuatnya :
1)Masukkan tepung gandum, gula dan garam dalam talam yang sesuai dan gaul rata.
2)Masukkan susu segar di tengah2 adunan dan gaul rata.
3)Yis dicampur dengan sedikit air dan kacau sekatadi dalam cawan. Setelah yis sekata masukkan ke
dalam adunan.
4)Uli adunan sedikit hingga semua adunan rata. Masukkan butter. Uli adunan sehingga semua
adunan sekata dan lembut.
5)Untuk memastikan anda telah menguli adunan lembut, pastikan adunan tidak melekat pada tangan
anda. Untuk mendapatkan adunan yang cantik diuli, uli kira-kira 15-20 minit bergantung kepada cara
anda menguli.
6)Setelah siap diuli, bentukkan bulat besar dan bulatkan tengah ditengahnya dan biarkan ia
mengembang sehingga 2x ganda. Untuk resepi ini disebabkan penggunaan yis yang tidak banyak
saya tunggu kira-kira 1 jam untuk adunan ini menjadi dua kali ganda. Setelah kembang, bulat
ditengah adunan akan mengecil.
7)Setelah adunan mengembang, bentukkan adunan menjadi bentuk donut. Jangan buat donut tu
besar2...cukuplah comel2...sebab sementara kita membuat donut yang lain ia akan mengembang lagi
dan ketika menggoreng donut akan mengembang lagi.
8)Goreng donut dengan api yang sederhana. Setelah masak, taburkan gula halus yang telah
diblender di atas donut. Siap untuk dimakan!!!:)
Resepi Kuih Lepat Pisang
Bahan - Bahan :
4 biji pisang emas/pisang raja
10 gm gula pasir
30 gm tepung gandum siap diayak
1 sudu garam
100 gm kelapa parut
8 keping daun pisang
1 helai daun pandan
Cara Membuat :
1. Didihkan air dalam periuk kukus. Dalam pada itu celur atau layurkan daun pisang. Lapkan kering
daun dan ketepikan.
2. lecek pisang dalam mangkuk adunan lalu campurkan gula, garam, kelapa dan tepung gandum.
kacau rata.
3. Letakkan sekeping daun pandan atas sehelai daun pisang dan masukkan 2 sudu makan adunan
pisang tadi. Bungkus dengan kemas.
Resepi Kuih Lompat Tikam
Resepi Kuih Lompat Tikam
Kuih tradisional melayu, sesuai juga di jadikan pencuci mulut buat tetamu
Bahan-bahan ( 10-12 mangkuk kecil )
Lapisan bawah :-
62 g tepung beras ( 8 sb )
660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )
62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau
1/2 sk garam
1 sk air kapur
Lapisan atas :-
25 g tepung beras ( 3 sb )
600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )
1/2 sk garam
Air gula :-
250 g gula melaka ( 1 cwn - yg telah dihiris halus)
500 ml air ( 2 cwn )
1 helai daun pandan - di simpul
Cara-cara
- Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan
berkilat.Matikan api.
- Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.
- Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.
- Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg
telah diisi air gula di dlm peti sejuk.
*Gula melaka daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.Tapis dan sejukkan.
Kek pelangi

More Related Content

What's hot

Recipe collection 49
Recipe collection 49Recipe collection 49
Recipe collection 49Sal Lie
 
Recipe collection 52
Recipe collection 52Recipe collection 52
Recipe collection 52Sal Lie
 
Recipe collection 25
Recipe collection 25Recipe collection 25
Recipe collection 25Sal Lie
 
Resepi biskut choc chip ala famous amos
Resepi biskut choc chip ala famous amosResepi biskut choc chip ala famous amos
Resepi biskut choc chip ala famous amosDALINA MAT JALI
 
Kek coklat kukus
Kek coklat kukusKek coklat kukus
Kek coklat kukusCt Hadijah
 
Resepi kuih kuih tradisional
Resepi kuih kuih tradisionalResepi kuih kuih tradisional
Resepi kuih kuih tradisionalHairulanuar Suli
 
buku resepi koleksi fb
buku resepi koleksi fbbuku resepi koleksi fb
buku resepi koleksi fbHarliza Nordin
 
5 resepi biskut raya 2016 ringkas dan sedap
5 resepi biskut raya 2016 ringkas dan sedap5 resepi biskut raya 2016 ringkas dan sedap
5 resepi biskut raya 2016 ringkas dan sedapAbdul Malek Shamsuddin
 
Kek lapis keju dwi rasa
Kek lapis keju dwi rasaKek lapis keju dwi rasa
Kek lapis keju dwi rasaRa'fiah Mudin
 
M03 bun
M03 bunM03 bun
M03 bunika92
 
Recipe collection 5
Recipe collection 5Recipe collection 5
Recipe collection 5Sal Lie
 
Ubi goreng berempah
Ubi goreng berempahUbi goreng berempah
Ubi goreng berempahsakura rena
 

What's hot (19)

Recipe collection 49
Recipe collection 49Recipe collection 49
Recipe collection 49
 
Recipe collection 52
Recipe collection 52Recipe collection 52
Recipe collection 52
 
Resepi roti
Resepi rotiResepi roti
Resepi roti
 
Recipe collection 25
Recipe collection 25Recipe collection 25
Recipe collection 25
 
Resepi biskut choc chip ala famous amos
Resepi biskut choc chip ala famous amosResepi biskut choc chip ala famous amos
Resepi biskut choc chip ala famous amos
 
Kek coklat kukus
Kek coklat kukusKek coklat kukus
Kek coklat kukus
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Resepi kuih kuih tradisional
Resepi kuih kuih tradisionalResepi kuih kuih tradisional
Resepi kuih kuih tradisional
 
buku resepi koleksi fb
buku resepi koleksi fbbuku resepi koleksi fb
buku resepi koleksi fb
 
5 resepi biskut raya 2016 ringkas dan sedap
5 resepi biskut raya 2016 ringkas dan sedap5 resepi biskut raya 2016 ringkas dan sedap
5 resepi biskut raya 2016 ringkas dan sedap
 
Kek lapis keju dwi rasa
Kek lapis keju dwi rasaKek lapis keju dwi rasa
Kek lapis keju dwi rasa
 
11 tips membuat roti yang lembut
11 tips membuat roti yang lembut11 tips membuat roti yang lembut
11 tips membuat roti yang lembut
 
M03 bun
M03 bunM03 bun
M03 bun
 
Aneka kek
Aneka kekAneka kek
Aneka kek
 
Recipe collection 5
Recipe collection 5Recipe collection 5
Recipe collection 5
 
Jom buat
Jom buatJom buat
Jom buat
 
Resepi kek coklat moist
Resepi kek coklat moistResepi kek coklat moist
Resepi kek coklat moist
 
Ubi goreng berempah
Ubi goreng berempahUbi goreng berempah
Ubi goreng berempah
 
Carrot walnut cake
Carrot walnut cakeCarrot walnut cake
Carrot walnut cake
 

Similar to Kek pelangi (18)

Bahan kuah sot okek coklat
Bahan kuah sot okek coklatBahan kuah sot okek coklat
Bahan kuah sot okek coklat
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Topping kek
Topping kekTopping kek
Topping kek
 
Recipe collection 49
Recipe collection 49Recipe collection 49
Recipe collection 49
 
Resepi Puding Roti Marble
Resepi Puding Roti MarbleResepi Puding Roti Marble
Resepi Puding Roti Marble
 
Kek coklat
Kek coklatKek coklat
Kek coklat
 
Butter teddy
Butter teddyButter teddy
Butter teddy
 
Krimpuff
KrimpuffKrimpuff
Krimpuff
 
Recipe collection 52
Recipe collection 52Recipe collection 52
Recipe collection 52
 
Roti telur istimewa
Roti telur istimewaRoti telur istimewa
Roti telur istimewa
 
Resepi kek n puding
Resepi kek n pudingResepi kek n puding
Resepi kek n puding
 
Tat nenas gulung
Tat nenas gulungTat nenas gulung
Tat nenas gulung
 
Bahan
BahanBahan
Bahan
 
ANEKA RESIPI
ANEKA RESIPIANEKA RESIPI
ANEKA RESIPI
 
All about cakes
All about cakesAll about cakes
All about cakes
 
My resepi donut
My resepi   donutMy resepi   donut
My resepi donut
 
Kek coklat batik meri
Kek coklat batik meriKek coklat batik meri
Kek coklat batik meri
 
Peanut butter cake
Peanut butter cakePeanut butter cake
Peanut butter cake
 

Kek pelangi

  • 1. KEK PELANGI Bahan-bahan ( 3 ORG MAKAN ) TEPUNG GANDUM 1 1/2 CAWAN BUTTERCUP 1CAWAN/MENTEGA GULA 1CAWAN SUSU CAIR 1CAWAN TELUR 3 BIJI GRED A 1 SUDU KECIL SODA BIKARBONAT 1 SUDU KECIL BAKING POWDER 1SUDU KECIL PERISA VANILLA*terpulang pada individu nak perisa apa 1 SUDU KECIL OVALLETE*terpulang pada individu nak masukkan ke tak 3 ATAU LEBIH PEWARNA MAKANAN*janji warna warni Cara-cara ayak tepung gandum,soda bikarbonat,baking powder, dan ketepikan. sementara itu,pukul mentega dan telur sehingga kembang,kemudian masukkan gula dan pukul sampai sebati selama 4 minit dengan kelajuan sederhana. masukkan tepung yang diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder tadi ke adunan sedikit demi sedikit. masukkan susu cair ,ovallete serta perisa vanilla,pukul sampai sebati lagi. setelah itu,bahagikan adunan kepada 4 bekas ,masukkan pewarna yang berlainan setiap bekas kepada 3 bekas yang berisi adunan,dan 1 lagi bekas dibiarkan tidak perlu di bubuh pewarna(original) terlebih dahulu panaskan oven,sementara itu sapukan mentega pada loyang,dan masukkan adunan tadi secara berselang seli.masukkakn ke dalam oven yang suhunya 180 drjah celcius selama 40 minit. apabila sudah masak,sedia dihidang pada waktu petang bersama minuman panas.
  • 2. kek carrot cheese 4 biji telur kuning 4 biji telur putih 350 ml minyak jagung 100 gm gula castor 80 gm gula perang 150 gm lobak merah parut- 1 btg carrot 250 gm tepung gandum 2 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat walnut secukupnya- bakar dan cincang (sy lebih suka badam) cara: pukul kuning telur sebentar kemudian masukkan minyak dan gula pukul lagi sampai sebati satukan tepung, naking powder dan soda bikarbonat masukkan ke dalam adunan kaup balik guna senduk sampai sebati masukkan carrot dan walnut dalam bekas lain, pukul telur putih sampai kental masukkan ke dalam adunan sambil sebatikan secara perlahan masukkan ke dalam cup kertas bakar selama 20 mnt dgn suhu 160 api atas dan bawah (suhu ikut oven masing2) utk frosting cream cheese: 250 gm cream cheese- 125 g butter 50 g gula icing cara: satukan semua bahan dan pukul hingga gebu
  • 3. Resepi kek coklat kukus (mini) -boleh dapat 90 - 100 bj Bahan A 500g Tepung gandum 200g Coco powder 2 sd teh Baking powder 2 1/2 sd teh Sodium bicarbonate 1 sd teh Garam halus Bahan B 4 bj Telur grade A 700g gula kastor/halus 1sd teh Esen vanilla Bahan C 1 tin Susu cair 1 mug /300g Minyak masak Bahan D 2 atau 3 cawan Air panas Bahan E (hiasan) Coklat masak (cairkan dulu + butter/majerin) Coklat rice Cara-cara 1. Ayak bahan A dahulu kecuali garam, ketepikan seperti gambar 1. 2. Pukul bahan B sampai kembang (max speed) atau lebih kurang lima minit seperti dlm gambar 2. 3. Kemudian masukan bahan C, pukul lagi (medium speed) seperti dlm gambar 3. 4. Kemudian masukan pula bahan A sedikit-sedikit pukul pada kelajuan perlahan, masukan bahan A sehingga habis seperti dalam gambar 4. 5. Setelah sebati matikan mixer, masukan air panas. Masukan 2 cawan dulu air panas, kalau nampak macam pekat sangat barula tambah 1/2 atau 1 cawan lagi air panas (agak-agak la) kacau menggunakan senduk perlahan-lahan sehingga adunan betul-betul sebati seperti dalam gambar 5. 6. Setelah sebati masukan adunan ke dalam acuan untuk dikukus seperti dalam gambar 6, pastikan peralatan untuk mengukus telah tersedia (air dlm periuk kukus betul2 dah mendidih). 7. Kukus kek selama 20 minit atau sehingga masak seperti dalam gambar 7. 8. Setelah masak, keluarkan kek dari acuan (dlm keadaan suam2 jgn spi kek tu sejuk takut nanti kek melekat pd acuan). 9. Bila dah sejuk sapukan dengan coklat masak seperti dalam gambar 8, kemudian taburkan dengan coklat rice seperti gambar 9 dan 10. (Kalau rasa macam banyak sangat adunan tu boleh bahagikan sukatan kepada 2, so boleh dapat dlm 50 biji)
  • 4. NUGET AYAM Sumber Resepi dari Rancangan Masakan Jepun. Bahan-bahanya 4 keping daging ayam boneless ( boleh guna bahagian dada atau peha) 2 cawan serbuk roti ( breadcrumbs) ros guna jenis soft breadcrumbs 1/2 biji telur 150 gram taufu ( 1 bekas petak mini taufu) - di Malaysia buleh guna tauhu yang warna putih tu sedikit garam lada sulah 2 sudu kecil baking powder ( ni ros saje tambah) *Untuk Coating* 2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu 3 cawan breadcrumbs Cara-Caranya 1. Buang kulit pada isi ayam dan potong kecil-kecil, blender isi ayam hingga hancur. Nak guna food processer pun boleh, kalau guna blender tu jangan masukkan isi ayam tu sekali gus ye, masuk sikit- sikit kasi betul-betul hancur. 2. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diblender tadi di dalam bekas dan masukkan taufu, baking powder, lada sulah, dan garam, gaul sebati hingga taufu hancur. 3. Kemudian masukkan serbuk roti dan telur, gaul lagi. Selepas itu bentukkan nuggeta ayam mengikut citarasa masing-masing, bentukkan lah bulat ke, lonjong ke bentuk love ke, ikut kerajinan lah, semalam ros buat bentuk bulat je. 4. Apabila telah dibentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dengan telur dan salut semula dengan serbuk roti, kalau nak coating tu lebih tebal ulang langkah tadi sekali lagi. Boleh terus di goreng atau di simpan di dalam tempat sejuk beku. Selamat Mencuba. ( ros suke nugget taufu ni sebab rasa rangup di luar dan juicy di dalam dah rasa macam nugget yang jual kat supermaket malaysia tu pulak, hihi).
  • 5. Resepi - Chicken Chop Home Made CHICKEN CHOP RESEPI 1 (BUTTERMILK) BAHAN A: 6-7 ketul paha ayam - debone(buang tulang) / dada ayam 400 ml susu segar + 2 sudu perahan lemon/cuka (buttermilk) sedikit garam ~kacau rata susu dan perahan lemon. ~perapkan ayam bersama buttermilk dan garam selama 1-2 jam BAHAN B: 1 kotak tepung goreng segera Adabi sedikit garam - kalau tepung tu tawar sedikit lada hitam @ 1 cwn tepung jagung 1/2 cwn tepung gandum 1/2 cwn tepung ubi 1 paket perencah nasi goreng cina Adabi serbuk lada hitam ~sebatikan semua bahan kering diatas BAHAN C: 3-4 biji telur ~pukul telur CARA-CARA: ~panaskan minyak dalam pan. ~ambil sekeping ayam. celupkan didalam bahan C dan kemudian lumur di dalam bahan B. goreng hingga garing. CHICKEN CHOP RESEPI 2 (BREADCRUMBS) 6-7 ketul paha ayam - debone(buang tulang) / dada ayam 4 ulas bawang putih - ditumbuk hancur 1 paket perencah nasi goreng cina
  • 6. sedikit garam & serbuk lada hitam ~perap semua bahan 2-3 jam. semalaman lagi best. 4-5 biji telur - dipukul semangkuk breadcrumbs oren ~panaskan minyak dalam pan. ~celup ayam dalam telur. lumurkan dalam breadcrumbs n celupkan lagi dalam telur n lumurkan sekali lagi dgn breadcrumbs. biar padat dgn breadcrumbs. kiranya macam ni la: telur-breadcrumbs-telur-breadcrumbs-goreng ~goreng hingga garing. SIMPLE BLACKPEPPER SAUCE 1/2 buku butter 3-4 sudu tepung gandum 3 ulas bawang putih - cincang halus 4-5 sudu serbuk lada hitam - ikut banyak mana nak. pedas mana nak. sos cili, sos tiram, sos tomato - ikut rasa sedikit kicap manis sedikit garam dan serbuk perasa - ikut rasa 1/2 cwn susu segar 1/2 cwn air ~cairkan butter. tumis bawang putih hingga naik bau, jgn sampai garing ~masukkan tepung dan kacau laju2 sampai licin. jgn biar berketul. ~masukkan air, susu, kicap manis, semua sos, dan serbuk lada hitam. kacau rata. jangan biar berketul. ~biar sampai mendidih. sesuaikan rasa dgn garam n serbuk perasa. ~kalau cair, campurkan 1 sudu tepung jagung+3 sudu air. tuang dalam periuk dan kacau rata. ok. then makan laa dgn coleslaw (1/2 biji kobis - hiris halus+1 btg carrot - sagat halus+mayonese+sedikit susu cair+yogurt+sedikit garam&bahan perasa) or apa-apa salad dan kentang sama ada mashed potato ke, french fries ke, cheesy wedges ke. ikut suka. janji seimbang. ada protein, vitamin n karbohidrat. try taw!
  • 7. Bahan-bahan ( 16 biji saiz sederhana ) KULIT KARIPAP Bahan A 150g tepung gandum 85g shortening BAHAN B 200g tepung gandum 33g shortening 115g air Garam INTI KARIPAP sardin/ kentang/ keledek/ telur dan lain-lain Cara-cara gaul sebati bahan a dan bentukkan doh..gaul sebati bahan b dan bentukkan doh juga..bahagi kepada 2 atau 3 doh kecil utk doh a dan doh b.. # doh b (kiri) lebih besar daripada doh a (kanan).. uli doh b hingga leper..agak2 supaya boleh balut doh a je..pastu letak doh a dalam doh b yg dah leper tu.. then balutkan supaya membentuk satu doh sahaja.. pastu ulikan doh tu menggunakan penguli..aku guna botol air sebab uma xde penguli..hehe..
  • 8. pastu gulungkan adunan leper tu.. ulikan lagi sekali secara memanjang.. again..gulung lagi..then potong kepada dua bahagian..pastu potong lagi kepada dua..dan dua lagi..so akan dapat 8 doh kecil..so total akan dapat 16 doh kecil..sebab ada dua doh asalkan.. ulikan doh kecil tu (bila pandang doh tu..bentuk spiral mengadap muka kita..jangan uli tepi pulak).. kalau boleh bahagian tengah jangan leper sangat..takut pecah..bahagian tepi xpe.. isi sesudu besar inti..katupkan hujung kulit karipap dengan cara memicit2..pastu kelimkan hujungnya.. karipap pusing yg dah siap bolehlah digoreng dalam minyak penuh ok!guna api kecik je.. terima kasih sebab sudi membaca..harap sudi mencuba dan komen juga ok..senang2 follow my blog herdiaryoflife.blogspot.com
  • 9. Resepi Kuih Donat Lembut Dan Gebu Resepi Kuih Donat Lembut Dan Gebu Bahan-bahan ( kira-kira 15-20 biji donut) 400g tepung gandum (guna tepung gandum yang ada gambar donut) 50g gula halus 50g butter 1 1/3 cawan susu segar 1 sudu makan yis mauripan (yis kering) Sedikit garam Gula halus yang telah diblender – untuk ditabur di atas donut Cara-cara membuatnya : 1)Masukkan tepung gandum, gula dan garam dalam talam yang sesuai dan gaul rata. 2)Masukkan susu segar di tengah2 adunan dan gaul rata. 3)Yis dicampur dengan sedikit air dan kacau sekatadi dalam cawan. Setelah yis sekata masukkan ke dalam adunan. 4)Uli adunan sedikit hingga semua adunan rata. Masukkan butter. Uli adunan sehingga semua adunan sekata dan lembut. 5)Untuk memastikan anda telah menguli adunan lembut, pastikan adunan tidak melekat pada tangan anda. Untuk mendapatkan adunan yang cantik diuli, uli kira-kira 15-20 minit bergantung kepada cara anda menguli. 6)Setelah siap diuli, bentukkan bulat besar dan bulatkan tengah ditengahnya dan biarkan ia mengembang sehingga 2x ganda. Untuk resepi ini disebabkan penggunaan yis yang tidak banyak saya tunggu kira-kira 1 jam untuk adunan ini menjadi dua kali ganda. Setelah kembang, bulat ditengah adunan akan mengecil. 7)Setelah adunan mengembang, bentukkan adunan menjadi bentuk donut. Jangan buat donut tu besar2...cukuplah comel2...sebab sementara kita membuat donut yang lain ia akan mengembang lagi dan ketika menggoreng donut akan mengembang lagi. 8)Goreng donut dengan api yang sederhana. Setelah masak, taburkan gula halus yang telah diblender di atas donut. Siap untuk dimakan!!!:)
  • 10. Resepi Kuih Lepat Pisang Bahan - Bahan : 4 biji pisang emas/pisang raja 10 gm gula pasir 30 gm tepung gandum siap diayak 1 sudu garam 100 gm kelapa parut 8 keping daun pisang 1 helai daun pandan Cara Membuat : 1. Didihkan air dalam periuk kukus. Dalam pada itu celur atau layurkan daun pisang. Lapkan kering daun dan ketepikan. 2. lecek pisang dalam mangkuk adunan lalu campurkan gula, garam, kelapa dan tepung gandum. kacau rata. 3. Letakkan sekeping daun pandan atas sehelai daun pisang dan masukkan 2 sudu makan adunan pisang tadi. Bungkus dengan kemas. Resepi Kuih Lompat Tikam
  • 11. Resepi Kuih Lompat Tikam Kuih tradisional melayu, sesuai juga di jadikan pencuci mulut buat tetamu Bahan-bahan ( 10-12 mangkuk kecil ) Lapisan bawah :- 62 g tepung beras ( 8 sb ) 660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb ) 62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau 1/2 sk garam 1 sk air kapur Lapisan atas :- 25 g tepung beras ( 3 sb ) 600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb ) 1/2 sk garam Air gula :- 250 g gula melaka ( 1 cwn - yg telah dihiris halus) 500 ml air ( 2 cwn ) 1 helai daun pandan - di simpul Cara-cara - Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api. - Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan. - Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik. - Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk. *Gula melaka daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.Tapis dan sejukkan.