2. PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU
1. Jumlah perkataan- 80 - 100 perkataan sahaja (tulis di bahagianbawah sebelah
kanan).
2. Jumlah perenggan - 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan.
3. Jumlah isi- 5-6 isi sahaja.
4. Sintaksis - ringkas dan padat.
5. Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri
adalah dengan menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti dan
menambahkan penanda wacana di pangkal ayat.
6. Mesti ada 3 penanda wacana ( selain itu, sehubungan denganitu, justeru, dalam
pada itu, oleh hal yang demikian, disamping itu, namun demikian, walau
bagaimanapun).
3. Pengiraan perkataan berikut -SATU PATAH PERKATAAN
SAHAJA.
1. Kata nama khas - nama orang, tempat, judul buku dll
2. Kata sendi - kepada, daripada, ke, dari.
3. Kata hubung - biarpun, sungguhpun, walaupun, dll.
4. Penanda wacana - selain itu, sehubungan dengan itu,justeru, dll
5. Kata ganda - murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dll
6. Kata majmuk - beg tangan, kereta api, adat istiadat dll
7. Peribahasa/simpulan bahasa - anak emas, ulat buku, hati batu dll
4. PEMARKAHAN
1. Markah isi ( 10 markah ) - 1 isi = 2 markah.
2. Bahasa ( 5 markah ).
i) Bahasa amat baik dan cukup lancar.
ii) Pembinaan ayat berdasarkan kata yang tepat, ayat
gramatis.
iii) Penanda wacana yang sesuai.
iv) Ejaan dan tanda baca yang betul.
5. Kelemahan pelajar membuat ringkasan
1. Bahasa kurang lancar.
2. Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara.
3. Memilih ayat dalam petikan atau disalin terus daripada
petikan asal.
4. Melebihi 100 patah perkataan.
5. Isi kurang.
6. Pelajar menyalin bulat-bulat teks. Jangan amalkan
perbuatan ini. Bahaya. Markah anda akan ditolak sebanyak
50%.
6. DRAF RINGKASAN KARANGAN
Ayat Kata Kunci Soalan ……………………………… ialah / adalah …. ( isi
yang pertama ) ……….. . Selain itu, …… ( isi yang kedua ) ……………. .
Seterusnya, ………… ( Isi yang ketiga)…………… . Selanjutnya, …………. (
isi yang keempat)…………. . Akhir sekali, ( isi yang kelima ) …………… .
7. Contoh Soalan / Petikan
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar secara
berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study circle,
halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil
individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara
tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan
ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.
Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk disusun
dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan
ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks
yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan
sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.
8. Sambungan Petikan
Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu dan
menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan perkongsian
pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut.
Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih
bermakna.
Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian kerana
adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan
sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal
yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.
Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara yang rumit dan
memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnya
objektif pembelajaran tidak tercapai.
9. Contoh Jawapan Ringkasan Karangan
Kebaikan belajar secara berkumpulan adalah dapat bertukar-tukar pendapat
tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Selain itu, pemahaman
tentang sesuatu perkara dapat dipertingkat. Seterusnya, nota hasil
pembelajaran dapat disusun dengan rapi. Selanjutnya, ada rakan-rakan
yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan
terperinci. Pada masa yang sama, nota pelajaran juga dapat disusun
mengikut urutan yang tepat. Di samping itu, semua ahli kumpulan
mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang dilakukan. Akhir
sekali, kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kecekapan bekerja
setiap ahli kumpulan.