SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
BIL. JURNAL : MINGGU KELIMA
TARIKH : 18 FEBRUARI- 22 FEBRUARI 2013
PENDAHULUAN
Dua teori ini ialah teori yang boleh diaplikasikan ke dalam perancangan pengurusan
tingkah laku terhadap murid ADHD yang sedang saya kaji. Saya akan menggunakan
pengalaman murid yang terdahulu untuk melatihnya makan sendiri dan saya juga
akan menunjukkan cara yang betul untuk makan kepada murid berkenaan.
1) Teori Tingkah Laku
- Teori Pelaziman Operan
- Teori Pembelajaran sosial
TEORI PELAZIMAN OPERAN
Pelaziman operan (operant conditioning) berupa satu bentuk pembelajaran
yang melibatkan hasil atau kesan daripada tingkah laku terdahulu menghasilkan
tingkah laku baharu. Pelaziman operan dikenali juga sebagai pelaziman instrument
(instrumental conditioning). Pelaziman operan diperkenal oleh B.F. Skinner
berasaskan pandangan teori hubungan (connectionist) E.L. Thorndike.
Teori Pelaziman Operan E.L.Thorndike (1874-1949)
Thorndike banyak membuat kajian tentang tingkah laku haiwan. Thordike
terlibat secara langsung dalam bidang keguruan sebagai pengajar psikologi di
Teachers College Universiti Columbia. Thorndike banyak memberikan sumbangan
dalam bidang pembelajaran manusia, pendidikan dan ujian mental. Proses
pembelajaran yang diperkenalkannya ialah connectionism. Menurut Thorndike,
hubungan (connection) antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi kukuh
jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan.
~ 1 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
Thorndike telah memperkenalkan tiga hukum/ prinsip pembelajaran hasil daripada
kajian ini.
• Hukum kesediaan
• Hukum latihan
• Hukum kesan
HUKUM KESEDIAAN
Individu perlu ada kesediaan untuk memungkinkan tindakan atau gerak balas
berlaku. Kesediaan belajar termasuklah kesediaan kognitif (pengetahuan/
pengalaman lepas), kesediaan afektif (kecenderungan dan minat) serta kesediaan
psikomotor (kemahiran fizikal). Hukum kesediaan mengarah kepada pencapaian
matlamat dan pembelajaran.
HUKUM LATIHAN
Hubungan rangsangan dan gerak balas (R-G) akan menjadi kukuh dengan
adanya pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai. Hubungan antara
rangsangan dengan gerak balas (R-G) akan menjadi lemah jika tidak digunakan,
iaitu tiada pengulangan dan latihan. Hukum latihan menegaskan bahawa manusia
belajar melalui proses membuat dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari
tidak digunakan/ dibuat lagi.
HUKUM KESAN
Sesuatu gerak balas yang diikuti kesan yang menyeronokkan dan
memuaskan akan memungkinkan gerak balas itu berulang. Apabila situasi berulang,
hubungan gerak balas dengan situasi adalah merangsangkan. Sesuatu gerak balas
yang diikuti kesan yang tidak memuaskan akan menyebabkan hubungan dengan
situasi menjadi lemah.
Teori Pelaziman Operan B.F. Skinner
~ 2 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
Pelaziman operan menekankan hasil kesan-akibat yang membawa kepada
tingkah laku baharu, tingkah laku diteruskan atau diulangi dan sebaliknya. Kesan-
akibat boleh berlaku dalam bentuk ganjaran ataupun hukuman. Oleh itu, hukuman
dan dendaan, ganjaran dan peneguhan membawa kesan yang tertentu kepada
kemungkinan wujudnya tingkah laku baharu atau sebaliknya. Ringkasnya, pelaziman
operan yang diperkenalkan oleh Skinner boleh dirumuskan seperti di dalam bentuk
rumus dibawah.
A B C
A- Mewakili ‘antecedent’ iaitu peristiwa awal
B- Mewakili ‘behaviour’ iaitu tingkah laku
C- Mewakili ‘consequent’ iaitu kesan –akibat
* C akan seterusnya menjadi A, iaitu peristiwa awal bagi tingkah laku seterusnya.
~ 3 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
MASALAH / PERISTIWA :
1.Murid terlalu gemar mencium benda-benda dan sukakan kertas-kertas yang
berwarna.
Pada minggu ini saya telah mengenal pasti suatu perkara baru mengenai
murid ini iaitu sikapnya yang sangat suka mencium setiap perkara baru yang
dilihatnya. Sebagai contoh dia suka mencium kertas putih, kertas warna, pensel,
beg, baju, dan tudung saya. Tingkah laku ini sangat mengganggu kerana ia boleh
menimbulkan ketidakselesaan bagi orang yang tidak mengetahui masalah murid
ADHD.
Oleh itu di samping melatih murid ini makan saya juga cuba untuk
mengurangkan sikap murid ini yang gemar mencium benda-benda yang dilihat dan
dipegangnya.
Saya melarangnya untuk mencium benda-benda melalui arahan dan perlakuan.
Contohnya saya mengatakan ‘’jangan cium kertas itu’’ sambil menunjukkan isyarat
jari yang bermaksud jangan.
Murid ini juga sangat sukakan kertas yang berwarna-warni. Apabila dia melihat
kertas berwarna, dia akan cepat-cepat merampas kertas tersebut daripada orang
lain. Apabila saya hendak mengambilnya semula, dia tidak mahu memberikannya
dan akan menjerit-jerit jika kita cuba merampasnya. Namun jika dipujuk dengan
lembut, dia akan memberikannya tetapi tidak semua yang akan diberikannya.
Memujuk murid ini untuk memulangkan barang kita juga memerlukan masa yang
agak lama.
~ 4 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
ANALISIS
Menurut sumber-sumber yang telah saya baca, banyak kajian mengatakan
bahawa kanak-kanak ADHD gemar mengikut dorongan hati. Mereka tidak pernah
merancang tindakan, malah terus melakukannya dan akan cepat berubah
melakukan sesuatu yang lain. Tindakan murid yang gemar mencium itu juga tidak
dapat dikenal pasti puncanya tetapi apa yang boleh dilakukan oleh guru ialah cuba
mengawal perbuatannya tersebut.
Kajian banyak mengatakan bahawa masalah ADHD selalunya tidak akan
berterusan dengan lama jika dikawal dari awal. Ia akan berkurangan sedikit demi
sedikit ketika mereka berumur 8 ke 9 tahun. Namun bagi murid yang sedang saya
kaji ini, dia telah berumur 8 tahun dan masalah ADHD yang dihidapinya masih pada
tahap yang agak serius kerana tidak dikawal sejak awal. Murid ini yang baru sahaja
bertukar dari sekolah bandar mempunyai masa untuk menyesuaikan diri di sekolah
baru ini kerana jika sebelum ini jumlah murid di sekolah lamanya agak ramai dan dia
tidak mendapat perhatian yang sepatutnya.
~ 5 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
CADANGAN/ TINDAKAN SUSULAN
Bagi mengatasi masalah murid ini yang gemar mencium barang-barang yang
baru dilihatnya, saya akan cuba mengawal tingkah laku murid tersebut. Tingkah
lakunya harus sentiasa dikawal tidak kira semasa saya melatih murid ini makan atau
tidak. Pada masa-masa lain juga saya boleh membantu mengawal masalah ini
memandangkan murid ini suka berjalan ke merata-rata tempat.
Pakar Pediatrik berkata kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir,
terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak
ini boleh memahami dan berfikir tetapi tidak mengendahkannya. Sememangnya
lumrah semua kanak-kanak bersikap begini tetapi bagi ADHD perangai mereka agak
luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap sesuatu
perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan
masyarakat serta lemah dalam akademik.
ADHD tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal. Ia memerlukan kerjasama
daripada ibu bapa, guru dan orang sekeliling. Rawatan ADHD juga dikatakan lebih
baik dengan gabungan perubatan dan terapi. Masalah kanak-kanak yang
menghidap ADHD adalah rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam
merawat mereka. Pakar mengatakan bahawa tidur yang cukup dapat membantu
mengurangkan simptom ADHD.
~ 6 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
KESIMPULAN
Menjaga kanak-kanak ADHD sememangnya sangat mencabar dan menguji
kesabaran kita. Walaubagaimanapun, setiap ibu bapa perlulah faham bahawa
mereka perlu sentiasa berada disisi anak-anak mereka kerana kanak-kanak ADHD
memerlukan sokongan yang berterusan daripada orang di sekeliling mereka. Kanak-
kanak ADHD sentiasa menghadapi tekanan terutamanya daripada rakan sebaya
sama ada semasa berada di sekolah mahupun semasa bermain di taman
permainan.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah ADHD bukanlah bodoh mahupun
menghadapi masalah pembelajaran. Kanak-kanak ADHD hanyalah menghadapi
gangguan tingkah laku. Oleh itu, ibu bapa yang baik perlulah memberi perhatian
istimewa kepada kanak-kanak seperti ini. Tindakan seperti memarahi dan
menengking kanak-kanak ADHD bukanlah satu tindakan yang bijak. Tindakan
seperti ini hanya akan menimbulkan rasa takut dalam diri mereka sekaligus akan
menjarakkan lagi jurang antara ibu bapa dengan kanak-kanak tersebut. Hal ini
memberikan kesan yang buruk kepada diri kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak ADHD digalakkan untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti
seperti tarian, muzik dan sukan. Kanak-kanak ADHD tidak boleh berdiam diri dalam
satu jangka masa yang panjang. Oleh itu, cuba rancang pelbagai aktiviti yang
berfaedah dan menarik perhatian mereka supaya tidak berasa bosan dan tertekan.
Pendek kata, keluarga, guru dan orang sekeliling perlu berganding bahu untuk
menghadapi masalah ini dan sama-sama saling menyokong dan bekerjasama.
~ 7 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
BIBLIOGRAFI
ADHD
http://kidshealth.org/parent/medical/learning/adhd.html
ADHD
http://www.webmd.com/add-adhd/default.htm
ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY
http://www.nimh.nih.gov/health/publications/attention-deficit-hyperactivity-
disorder/complete-index.shtml#pub3
CIRI-CIRI MURID PENDIDIKAN KHAS
http://neziahkamaruddin.blogspot.com/2011/12/ciri-ciri-murid-pendkhas.html
CIRI-CIRI KANAK-KANAK ADHD
http://www.scribd.com/doc/45085327/57/CIRI-CIRI-KANAK-KANAK-ADHD
SINDROM KURANG DAYA TUMPUAN DAN HIPERAKTIF
http://oze.my/memoplusgold/masalah-adhd-sindrom-kurang-daya-tumpuan-
dan-hiperaktif/
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
…………………. …………………
(AZLIZA BINTI MOHAMED)
~ 8 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
~ 9 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
~ 9 ~

More Related Content

What's hot

Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakNur Kareena
 
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasaImplikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasaNurSyahirahSyaza
 
Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...
Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...
Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...Nurulhuda Ismail
 
Makalah teori pembelajaran behavioristik
Makalah teori pembelajaran behavioristikMakalah teori pembelajaran behavioristik
Makalah teori pembelajaran behavioristikkhairil kabe
 
Psikologi Klinis: working with children
Psikologi Klinis:  working with childrenPsikologi Klinis:  working with children
Psikologi Klinis: working with childrenMasroni Siagian
 
Jurnal pola asuh pada usia dini
Jurnal pola asuh pada usia diniJurnal pola asuh pada usia dini
Jurnal pola asuh pada usia dininrukmana rukmana
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuskke1
 

What's hot (19)

Hiperaktif
HiperaktifHiperaktif
Hiperaktif
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanak
 
Hiperaktif
HiperaktifHiperaktif
Hiperaktif
 
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasaImplikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasa
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...
Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...
Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...
 
[==
[==[==
[==
 
Tutorial ptl new
Tutorial ptl newTutorial ptl new
Tutorial ptl new
 
Makalah teori pembelajaran behavioristik
Makalah teori pembelajaran behavioristikMakalah teori pembelajaran behavioristik
Makalah teori pembelajaran behavioristik
 
Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6
 
Kaq1043 bab 2
Kaq1043   bab 2Kaq1043   bab 2
Kaq1043 bab 2
 
Jurnal minggu 9
Jurnal minggu 9Jurnal minggu 9
Jurnal minggu 9
 
Psikologi Klinis: working with children
Psikologi Klinis:  working with childrenPsikologi Klinis:  working with children
Psikologi Klinis: working with children
 
Penulisan akademik
Penulisan akademikPenulisan akademik
Penulisan akademik
 
Jurnal pola asuh pada usia dini
Jurnal pola asuh pada usia diniJurnal pola asuh pada usia dini
Jurnal pola asuh pada usia dini
 
Makalah permasalahan anak sartina
Makalah permasalahan anak sartinaMakalah permasalahan anak sartina
Makalah permasalahan anak sartina
 
Batasan
BatasanBatasan
Batasan
 
Pembelajaran
PembelajaranPembelajaran
Pembelajaran
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 

Similar to Jurnal minggu 5

PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdfPSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdfMaizatul Mansor
 
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak230.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2wakzar
 
Memahami pola pikir anak dan menghadapinya dengan bijak
Memahami pola pikir anak dan menghadapinya dengan bijakMemahami pola pikir anak dan menghadapinya dengan bijak
Memahami pola pikir anak dan menghadapinya dengan bijakTatik prisnamasari
 
EFEKTIVITAS PENERAPAN TERAPI PERMAINAN SOSIALISASI UNTUK MENURUNKAN PERILAKU ...
EFEKTIVITAS PENERAPAN TERAPI PERMAINAN SOSIALISASI UNTUK MENURUNKAN PERILAKU ...EFEKTIVITAS PENERAPAN TERAPI PERMAINAN SOSIALISASI UNTUK MENURUNKAN PERILAKU ...
EFEKTIVITAS PENERAPAN TERAPI PERMAINAN SOSIALISASI UNTUK MENURUNKAN PERILAKU ...Ratih Aini
 
Teori pemerolehan bahasa 2
Teori pemerolehan bahasa 2Teori pemerolehan bahasa 2
Teori pemerolehan bahasa 2Madzlina Muhamad
 
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anakPengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anakrismawijayanti
 
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anakPengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anakrismawijayanti
 
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anakPengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anakrismawijayanti
 
POLA_ASUH_DALAM_PENDIDIKAN_ANAK_USIA_DIN.pptx
POLA_ASUH_DALAM_PENDIDIKAN_ANAK_USIA_DIN.pptxPOLA_ASUH_DALAM_PENDIDIKAN_ANAK_USIA_DIN.pptx
POLA_ASUH_DALAM_PENDIDIKAN_ANAK_USIA_DIN.pptxSendaAriyadi
 
Artikel anak super sibuk
Artikel anak super sibukArtikel anak super sibuk
Artikel anak super sibukP Wijayanto
 
Psikologi Perkembangan early school age
Psikologi Perkembangan early school agePsikologi Perkembangan early school age
Psikologi Perkembangan early school agedena sundari alief
 
Materi Kasih sayang dan perhatian thd psikis dan fisik anak.pptx
Materi Kasih sayang dan perhatian thd psikis dan fisik anak.pptxMateri Kasih sayang dan perhatian thd psikis dan fisik anak.pptx
Materi Kasih sayang dan perhatian thd psikis dan fisik anak.pptxAnggaWinata5
 
Membantu Anak Mencegah Kekerasa Seksual
Membantu Anak Mencegah Kekerasa SeksualMembantu Anak Mencegah Kekerasa Seksual
Membantu Anak Mencegah Kekerasa Seksual24hourparenting
 

Similar to Jurnal minggu 5 (20)

Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1
 
Jurnal minggu 3
Jurnal minggu 3Jurnal minggu 3
Jurnal minggu 3
 
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdfPSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
 
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak230.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
 
Memahami pola pikir anak dan menghadapinya dengan bijak
Memahami pola pikir anak dan menghadapinya dengan bijakMemahami pola pikir anak dan menghadapinya dengan bijak
Memahami pola pikir anak dan menghadapinya dengan bijak
 
EFEKTIVITAS PENERAPAN TERAPI PERMAINAN SOSIALISASI UNTUK MENURUNKAN PERILAKU ...
EFEKTIVITAS PENERAPAN TERAPI PERMAINAN SOSIALISASI UNTUK MENURUNKAN PERILAKU ...EFEKTIVITAS PENERAPAN TERAPI PERMAINAN SOSIALISASI UNTUK MENURUNKAN PERILAKU ...
EFEKTIVITAS PENERAPAN TERAPI PERMAINAN SOSIALISASI UNTUK MENURUNKAN PERILAKU ...
 
Teori pemerolehan bahasa 2
Teori pemerolehan bahasa 2Teori pemerolehan bahasa 2
Teori pemerolehan bahasa 2
 
[==
[==[==
[==
 
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anakPengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
 
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anakPengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
 
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anakPengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
 
POLA_ASUH_DALAM_PENDIDIKAN_ANAK_USIA_DIN.pptx
POLA_ASUH_DALAM_PENDIDIKAN_ANAK_USIA_DIN.pptxPOLA_ASUH_DALAM_PENDIDIKAN_ANAK_USIA_DIN.pptx
POLA_ASUH_DALAM_PENDIDIKAN_ANAK_USIA_DIN.pptx
 
Artikel anak super sibuk
Artikel anak super sibukArtikel anak super sibuk
Artikel anak super sibuk
 
Psikologi Perkembangan early school age
Psikologi Perkembangan early school agePsikologi Perkembangan early school age
Psikologi Perkembangan early school age
 
Learning 1
Learning 1Learning 1
Learning 1
 
Materi Kasih sayang dan perhatian thd psikis dan fisik anak.pptx
Materi Kasih sayang dan perhatian thd psikis dan fisik anak.pptxMateri Kasih sayang dan perhatian thd psikis dan fisik anak.pptx
Materi Kasih sayang dan perhatian thd psikis dan fisik anak.pptx
 
Pertemuan ke 1 prinsip-prinsip pengasuhan
Pertemuan ke 1 prinsip-prinsip pengasuhanPertemuan ke 1 prinsip-prinsip pengasuhan
Pertemuan ke 1 prinsip-prinsip pengasuhan
 
Buli
BuliBuli
Buli
 
Teori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasaTeori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasa
 
Membantu Anak Mencegah Kekerasa Seksual
Membantu Anak Mencegah Kekerasa SeksualMembantu Anak Mencegah Kekerasa Seksual
Membantu Anak Mencegah Kekerasa Seksual
 

More from Azliza Mohamed

Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pkDsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkDsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pkDsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkDsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pkDsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pkDsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pkDsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pkDsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pkDsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Latihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuranLatihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuranAzliza Mohamed
 
Laporan perancangan rpi
Laporan perancangan rpiLaporan perancangan rpi
Laporan perancangan rpiAzliza Mohamed
 

More from Azliza Mohamed (20)

Dsk tmk thn 4 pk
Dsk tmk thn 4 pkDsk tmk thn 4 pk
Dsk tmk thn 4 pk
 
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pkDsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
 
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkDsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
 
Dsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pkDsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pk
 
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkDsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
 
Dsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pkDsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pk
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
 
Dsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pkDsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pk
 
Dsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pkDsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pk
 
Dsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pkDsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pk
 
Dsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pkDsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pk
 
Latihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuranLatihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuran
 
Jurnal minggu 11
Jurnal minggu 11Jurnal minggu 11
Jurnal minggu 11
 
Jurnal minggu 10
Jurnal minggu 10Jurnal minggu 10
Jurnal minggu 10
 
Jurnal minggu 7
Jurnal minggu 7Jurnal minggu 7
Jurnal minggu 7
 
Jurnal minggu 12
Jurnal minggu 12Jurnal minggu 12
Jurnal minggu 12
 
Maksud pengujian
Maksud pengujianMaksud pengujian
Maksud pengujian
 
Rpi ptl m2
Rpi ptl m2Rpi ptl m2
Rpi ptl m2
 
Laporan perancangan rpi
Laporan perancangan rpiLaporan perancangan rpi
Laporan perancangan rpi
 

Jurnal minggu 5

  • 1. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 BIL. JURNAL : MINGGU KELIMA TARIKH : 18 FEBRUARI- 22 FEBRUARI 2013 PENDAHULUAN Dua teori ini ialah teori yang boleh diaplikasikan ke dalam perancangan pengurusan tingkah laku terhadap murid ADHD yang sedang saya kaji. Saya akan menggunakan pengalaman murid yang terdahulu untuk melatihnya makan sendiri dan saya juga akan menunjukkan cara yang betul untuk makan kepada murid berkenaan. 1) Teori Tingkah Laku - Teori Pelaziman Operan - Teori Pembelajaran sosial TEORI PELAZIMAN OPERAN Pelaziman operan (operant conditioning) berupa satu bentuk pembelajaran yang melibatkan hasil atau kesan daripada tingkah laku terdahulu menghasilkan tingkah laku baharu. Pelaziman operan dikenali juga sebagai pelaziman instrument (instrumental conditioning). Pelaziman operan diperkenal oleh B.F. Skinner berasaskan pandangan teori hubungan (connectionist) E.L. Thorndike. Teori Pelaziman Operan E.L.Thorndike (1874-1949) Thorndike banyak membuat kajian tentang tingkah laku haiwan. Thordike terlibat secara langsung dalam bidang keguruan sebagai pengajar psikologi di Teachers College Universiti Columbia. Thorndike banyak memberikan sumbangan dalam bidang pembelajaran manusia, pendidikan dan ujian mental. Proses pembelajaran yang diperkenalkannya ialah connectionism. Menurut Thorndike, hubungan (connection) antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan. ~ 1 ~
  • 2. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 Thorndike telah memperkenalkan tiga hukum/ prinsip pembelajaran hasil daripada kajian ini. • Hukum kesediaan • Hukum latihan • Hukum kesan HUKUM KESEDIAAN Individu perlu ada kesediaan untuk memungkinkan tindakan atau gerak balas berlaku. Kesediaan belajar termasuklah kesediaan kognitif (pengetahuan/ pengalaman lepas), kesediaan afektif (kecenderungan dan minat) serta kesediaan psikomotor (kemahiran fizikal). Hukum kesediaan mengarah kepada pencapaian matlamat dan pembelajaran. HUKUM LATIHAN Hubungan rangsangan dan gerak balas (R-G) akan menjadi kukuh dengan adanya pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai. Hubungan antara rangsangan dengan gerak balas (R-G) akan menjadi lemah jika tidak digunakan, iaitu tiada pengulangan dan latihan. Hukum latihan menegaskan bahawa manusia belajar melalui proses membuat dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak digunakan/ dibuat lagi. HUKUM KESAN Sesuatu gerak balas yang diikuti kesan yang menyeronokkan dan memuaskan akan memungkinkan gerak balas itu berulang. Apabila situasi berulang, hubungan gerak balas dengan situasi adalah merangsangkan. Sesuatu gerak balas yang diikuti kesan yang tidak memuaskan akan menyebabkan hubungan dengan situasi menjadi lemah. Teori Pelaziman Operan B.F. Skinner ~ 2 ~
  • 3. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 Pelaziman operan menekankan hasil kesan-akibat yang membawa kepada tingkah laku baharu, tingkah laku diteruskan atau diulangi dan sebaliknya. Kesan- akibat boleh berlaku dalam bentuk ganjaran ataupun hukuman. Oleh itu, hukuman dan dendaan, ganjaran dan peneguhan membawa kesan yang tertentu kepada kemungkinan wujudnya tingkah laku baharu atau sebaliknya. Ringkasnya, pelaziman operan yang diperkenalkan oleh Skinner boleh dirumuskan seperti di dalam bentuk rumus dibawah. A B C A- Mewakili ‘antecedent’ iaitu peristiwa awal B- Mewakili ‘behaviour’ iaitu tingkah laku C- Mewakili ‘consequent’ iaitu kesan –akibat * C akan seterusnya menjadi A, iaitu peristiwa awal bagi tingkah laku seterusnya. ~ 3 ~
  • 4. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 MASALAH / PERISTIWA : 1.Murid terlalu gemar mencium benda-benda dan sukakan kertas-kertas yang berwarna. Pada minggu ini saya telah mengenal pasti suatu perkara baru mengenai murid ini iaitu sikapnya yang sangat suka mencium setiap perkara baru yang dilihatnya. Sebagai contoh dia suka mencium kertas putih, kertas warna, pensel, beg, baju, dan tudung saya. Tingkah laku ini sangat mengganggu kerana ia boleh menimbulkan ketidakselesaan bagi orang yang tidak mengetahui masalah murid ADHD. Oleh itu di samping melatih murid ini makan saya juga cuba untuk mengurangkan sikap murid ini yang gemar mencium benda-benda yang dilihat dan dipegangnya. Saya melarangnya untuk mencium benda-benda melalui arahan dan perlakuan. Contohnya saya mengatakan ‘’jangan cium kertas itu’’ sambil menunjukkan isyarat jari yang bermaksud jangan. Murid ini juga sangat sukakan kertas yang berwarna-warni. Apabila dia melihat kertas berwarna, dia akan cepat-cepat merampas kertas tersebut daripada orang lain. Apabila saya hendak mengambilnya semula, dia tidak mahu memberikannya dan akan menjerit-jerit jika kita cuba merampasnya. Namun jika dipujuk dengan lembut, dia akan memberikannya tetapi tidak semua yang akan diberikannya. Memujuk murid ini untuk memulangkan barang kita juga memerlukan masa yang agak lama. ~ 4 ~
  • 5. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 ANALISIS Menurut sumber-sumber yang telah saya baca, banyak kajian mengatakan bahawa kanak-kanak ADHD gemar mengikut dorongan hati. Mereka tidak pernah merancang tindakan, malah terus melakukannya dan akan cepat berubah melakukan sesuatu yang lain. Tindakan murid yang gemar mencium itu juga tidak dapat dikenal pasti puncanya tetapi apa yang boleh dilakukan oleh guru ialah cuba mengawal perbuatannya tersebut. Kajian banyak mengatakan bahawa masalah ADHD selalunya tidak akan berterusan dengan lama jika dikawal dari awal. Ia akan berkurangan sedikit demi sedikit ketika mereka berumur 8 ke 9 tahun. Namun bagi murid yang sedang saya kaji ini, dia telah berumur 8 tahun dan masalah ADHD yang dihidapinya masih pada tahap yang agak serius kerana tidak dikawal sejak awal. Murid ini yang baru sahaja bertukar dari sekolah bandar mempunyai masa untuk menyesuaikan diri di sekolah baru ini kerana jika sebelum ini jumlah murid di sekolah lamanya agak ramai dan dia tidak mendapat perhatian yang sepatutnya. ~ 5 ~
  • 6. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 CADANGAN/ TINDAKAN SUSULAN Bagi mengatasi masalah murid ini yang gemar mencium barang-barang yang baru dilihatnya, saya akan cuba mengawal tingkah laku murid tersebut. Tingkah lakunya harus sentiasa dikawal tidak kira semasa saya melatih murid ini makan atau tidak. Pada masa-masa lain juga saya boleh membantu mengawal masalah ini memandangkan murid ini suka berjalan ke merata-rata tempat. Pakar Pediatrik berkata kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir tetapi tidak mengendahkannya. Sememangnya lumrah semua kanak-kanak bersikap begini tetapi bagi ADHD perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. ADHD tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal. Ia memerlukan kerjasama daripada ibu bapa, guru dan orang sekeliling. Rawatan ADHD juga dikatakan lebih baik dengan gabungan perubatan dan terapi. Masalah kanak-kanak yang menghidap ADHD adalah rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam merawat mereka. Pakar mengatakan bahawa tidur yang cukup dapat membantu mengurangkan simptom ADHD. ~ 6 ~
  • 7. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 KESIMPULAN Menjaga kanak-kanak ADHD sememangnya sangat mencabar dan menguji kesabaran kita. Walaubagaimanapun, setiap ibu bapa perlulah faham bahawa mereka perlu sentiasa berada disisi anak-anak mereka kerana kanak-kanak ADHD memerlukan sokongan yang berterusan daripada orang di sekeliling mereka. Kanak- kanak ADHD sentiasa menghadapi tekanan terutamanya daripada rakan sebaya sama ada semasa berada di sekolah mahupun semasa bermain di taman permainan. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ADHD bukanlah bodoh mahupun menghadapi masalah pembelajaran. Kanak-kanak ADHD hanyalah menghadapi gangguan tingkah laku. Oleh itu, ibu bapa yang baik perlulah memberi perhatian istimewa kepada kanak-kanak seperti ini. Tindakan seperti memarahi dan menengking kanak-kanak ADHD bukanlah satu tindakan yang bijak. Tindakan seperti ini hanya akan menimbulkan rasa takut dalam diri mereka sekaligus akan menjarakkan lagi jurang antara ibu bapa dengan kanak-kanak tersebut. Hal ini memberikan kesan yang buruk kepada diri kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ADHD digalakkan untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti tarian, muzik dan sukan. Kanak-kanak ADHD tidak boleh berdiam diri dalam satu jangka masa yang panjang. Oleh itu, cuba rancang pelbagai aktiviti yang berfaedah dan menarik perhatian mereka supaya tidak berasa bosan dan tertekan. Pendek kata, keluarga, guru dan orang sekeliling perlu berganding bahu untuk menghadapi masalah ini dan sama-sama saling menyokong dan bekerjasama. ~ 7 ~
  • 8. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 BIBLIOGRAFI ADHD http://kidshealth.org/parent/medical/learning/adhd.html ADHD http://www.webmd.com/add-adhd/default.htm ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY http://www.nimh.nih.gov/health/publications/attention-deficit-hyperactivity- disorder/complete-index.shtml#pub3 CIRI-CIRI MURID PENDIDIKAN KHAS http://neziahkamaruddin.blogspot.com/2011/12/ciri-ciri-murid-pendkhas.html CIRI-CIRI KANAK-KANAK ADHD http://www.scribd.com/doc/45085327/57/CIRI-CIRI-KANAK-KANAK-ADHD SINDROM KURANG DAYA TUMPUAN DAN HIPERAKTIF http://oze.my/memoplusgold/masalah-adhd-sindrom-kurang-daya-tumpuan- dan-hiperaktif/ Disediakan oleh, Disahkan oleh, …………………. ………………… (AZLIZA BINTI MOHAMED) ~ 8 ~
  • 9. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 ~ 9 ~
  • 10. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 ~ 9 ~