1. MATAPELAJARAN IRK : BAHAGIAN FIQH
NOTA PELAJARAN 1 : BERSUCI
Sebagai orang Islam , kita hendaklah sentiasa memastikan anggota badan, pakaian
dan persekitaran kita bersih dan bebas dari najis dan bersih.
DALIL MENGENAI BERSUCI
Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah Al-Baqarah, Ayat 222 :
……..
“…... Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan
mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri”
PENGERTIAN
Bersuci ialah suci daripada hadas ( حدث ) kecil dan hadas besardan suci daripada najis
pada diri, pakaian dan tempat.
HUKUM
Wajib bagi orang yang hendak melaksanakan ibadat seperti solat ( صلاة ), tawaf ( (طواف
dan sebagainya. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman di dalam surah al-Maidah, ayat
6 :
………
“ Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal
kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan
2. kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki
kamu meliputi buku lali; dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi
wajib; ….”
CARA BERSUCI ADA LIMA :
Menghilangkan najis ( (ناجيس
Berwudhu ( (وضوء
Bertayammum ( (تيمم
Beristinja' ( (استنجاء
Mandi ( (مندي
ALAT UNTUK BERSUCI
AIR MUTLAK
• Air yang suci dan boleh menyucikan benda-benda yang lain.
• boleh digunakan untuk berwudhu, mandi wajib dan membasuh najis
seperti air hujan dan air perigi
DEBU TANAH
• Digunakan untuk bersuci apabila ketiadaan air atau keadaan
dharurat yang dibenarkan seperti luka yang tidak boleh kena air.
BENDA - BENDA KESAT DAN KERAS
• Seperti batu , kertas dan kayu serta benda lain yang sesuai.
• digunakan unutk beristinja'
BAHAN PELUNTUR
• seperti tawas dan lain-lain boleh digunakan untuk membersihkan
atau menyamak kulit binatang
3. HIKMAH BERSUCI :
Ibadat diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala
Cergas rohani dan jasmani
Dapat menjauhkan diri daripada gangguan syaitan dan sifat keji
Menghindari diri dari pelbagai penyakit berjangkit
Memastikan diri sendiri sentiasa bersih dari kekotoran.