SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
1. PENDAHULUAN.


  Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru-guru senantiasa berdepan
  dengan pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Perbezaan-
  perbezaan ini menyebabkan guru-guru perlu bersedia dengan rancangan dan strategi agar
  pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.Ini kerana perbezaan-
  perbezaan yang terdapat pada individu yang dipanggil pelajar ini.


  Menurut Papalia(2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat dan bentuk
  tubuh badan; di dalam hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-ciri personaliti
  serta reaksi emosi. Manusia juga dipengaruhi oleh faktor persekitarannya, seperti gaya
  hidup keluarganya, status sosio-ekonomi ibu bapanya, suasana di rumah di mana dia
  dibesarkan, komuniti dan masyarakat di mana dia tinggal, pekerjaan ibu bapanya dan cara
  keluarganya mengisi masa santai dan masa cuti sekolah.


  Perbezaan individu dari pelbagai aspek ini akan memberi implikasi kepada kesediaan
  belajar, objektif pengajaran dan pembelajaran. Slavin(1997), kepelbagaian pelajar
  terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik,
  budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakat dan minat.


  Oleh itu sebagai guru, kita perlu memahami perbezaan individu dalam kalangan pelajar
  dan member perhatian tentang hal ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
  dalam bilik darjah.


  Menurut Henson dan Eller (1999), dalam buku ‘Educational Psychology for Effective
  Teaching’, kepelbagaian individu merujuk kepada cirri atau sifat manusia yang
  mempunyai potensi untuk memajukan keupayaan ( optimistik, sentiasa berani mencuba )
  atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar di dalam persekitaran sekolah
  ( seperti takut melakukan kesilapan, takut bertanya ).
1. SENARIO.


        Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4,
        sekumpulan murid diperhatikan tidak menghiraukan pengajaran guru mereka. Kumpulan
        tersebut seakan-akan hilang minat terhadap pengajaran guru subjek tersebut. Mereka
        asyik bercakap-cakap sesama sendiri walaupun cikgu sedang mengajar di hadapan kelas.
        Perbuatan mereka yang suka bercakap-cakap sesama sendiri itu telah menyebabkan kelas
        menjadi bising. Ini kerana kadang-kadang mereka tidak dapat mengawal suara mereka
        kerana asyik bercakap-cakap. Suasana ini telah menyebabkan proses pengajaran dan
        pembelajaran mata pelajaran tersebut terganggu. Masalah hilang minat terhadap mata
        pelajaran ini juga semakin jelas apabila mata pelajaran tersebut diajar pada 3 atau 2 piriod
        terakhir iaitu sekitar pukul 12.30 hingga 1.30 tengahari. Tambahan pula, keadaan kelas
        yang tidak kondusif. Pelajar-pelajar ini terpaksa belajar di bengkel kemahiran hidup
        kerana kelas mereka tidak selamat untuk diduduki. Terdapat sesetengah pelajar kelas itu
        yang sering tidak menyiapkan kerja atau tugasan yang diberikan oleh guru Bahasa
        Melayu mereka.




2.1     MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.


         Keadaan kelas menjadi bising kerana sekumpulan pelajar ini yang tidak menumpukan
        perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Apabila ditegur, mereka akan berhenti
        sekejap. Namun, keadaan bising kerana bercakap-cakap dan tidak memberikan perhatian
        terhadap pengajaran guru ini kembali semula 5 atau 10 minit kemudian. Keadaan ini telah
        menyebabkan guru tersebut terpaksa memberhentikan seketika pengajarannya untuk
        menarik semula minat pelajar terhadap pengajarannya. Guru ini sentiasa menghadapi
        masalah untuk mencapai objektif pengajarannya kerana masalah kelas bising ini. Setiap
        kali mencatat refleksi pengajaran, guru ini terpaksa mencatat ‘pengajaran akan
        disambung pada hari esok’ kerana masalah murid bising yang dihadapinya.
Keadaan kelas bising kerana sekumpulan pelajar yang sering bercakap-cakap semasa
  pengajaran dan pembelajaran ini telah menyebabkan guru berkenaan meneliti masalah
  tersebut.Sekiranya dibiarkan berterusan, masalah ini akan bukan sahaja mengganggu
  pembelajaran pelajar berkenaan malahan turut mengganggu rakan-rakan sekelasnya. Ini
  kerana pelajar lain turut tidak dapat menumpukan perhatian dan tidak dapat memahami
  dengan baik isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru mereka.




2. HURAIAN MASALAH MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN.




  2.1 KENAL PASTI MASALAH.


  Beberapa masalah telah dapat dikenal pasti yang telah menyumbang kepada keadaan
  kelas bising sewaktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.Antara
  masalah yang telah dikenal pasti ialah :
  1) Sekumpulan pelajar bercakap-cakap hingga menyebabkan kelas bising kerana
     pengajaran guru berkenaan yang agak membosankan.
  2) Guru hanya menggunakan pengajaran sehala terutamanya dalam bahagian pengajaran
     penulisan.
  3) Keadaan kelas berkenaan yang tidak kondusif. Pelajar kelas berkenaan terpaksa
     belajar di kelas sementara iaitu di bilik kemahiran hidup kerana kelas asal mereka
     tidak selamat digunakan lagi akibat atap yang bocor. Pengajaran pada period akhir
     juga banyak menyumbang kepada kelas bising. Keadaan kelas yang agak sempit,
     dengan jumlah murid yang agak ramai iaitu seramai 28 orang dan kerusi dan meja
     yang tidak sesuai untuk kelas biasa banyak menyumbang kepada masalah pelajar ini.
  4) Pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana yang tidak menarik. Guru
     kurang memberi peneguhan kepada pelajarnya.




  2.2 HURAIAN MASALAH MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN.
2.2.1   Masalah pelajar bercakap-cakap hingga menyebabkan kelas bising


Sekumpulan pelajar yang menyebabkan kelas bising kerana pengajaran guru yang agak
membosankan. Keadaan ini telah juga menyebabkan pelajar lain tidak dapat
menumpukan perhatian dan tidak dapat memahami isi pelajaran yang telah disampaikan
oleh guru mereka.Pelajar lain turut membuat bising apabila mendapati kawan mereka
juga bercakap-cakap dan bising serta tidak member perhatian kepada pengajaran guru.


Permasalahan ini dapat dikaitkan dengan teori Pembelajaran Sosial yang dipelopori oleh
Bandura,(1986).Menurut teori ini, kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif,
kelakuan dan ejen penentu persekitaran. Teori ini menekankan peranan kognitif dan juga
persekitaran dalam perkembangan. Dalam permasalahan yang dihadapi oleh guru
tersebut, pelajar-pelajarnya membuatkan kelas bising walaupun sudah ditegur. Dalam
teori pembelajaran sosial ini menekankan secara khusus tentang kelakuan manusia yang
banyak dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan. Melalui proses memerhati
orang lain, seseorang individu membentuk idea bagaimana kelakuan dilaksanakan dan
apakah kesannya. Dalam teori pembelajaran sosial oleh Bandura juga menggariskan
beberapa peringkat peniruan. Peringkat peniruan ini didapati wujud dalam masalah yang
dihadapi oleh guru berkenaan. Pelajar-pelajar meniru tingkah laku kawan-kawan mereka
yang bercakap-cakap sewaktu guru mengajar hingga menimbulkan suasana bising.
Mereka tidak memberi perhatian kepada pengajaran oleh guru, sebaliknya menumpukan
perhatian kepada kepada kawan-kawan yang bercakap kerana ianya boleh menghilangkan
rasa jemu mereka terhadap pengajaran guru mereka.


Menurut Bandura, kita boleh memahami proses peniruan melalui empat langkah iaitu
tumpuan, penyimpanan, mengingat dan motivasi. Bandura menekankan bahawa hanya
dengan memerhati orang lain pembelajaran boleh berlaku. Dalam kes tersebut, pelajar
lain turut sama membuat bising kerana mereka melihat dan memerhatikan contoh yang
dilakukan oleh kawan-kawan mereka. Maksudnya, kalau kawan mereka boleh dan
berjaya membuat bising atau bercakap-cakap, mereka juga boleh membuat bising dan
bercakap-cakap. Apabila mereka memberi perhatian kepada rakan-rakan mereka yang
bercakap, mereka terdorong untuk berbuat perkara yang sama.


       2.2.2    Masalah murid tidak berminat terhadap pengajaran guru.


Pelajar tidak menumpukan perhatian dan tidak berminat terhadap pengajaran
guru.Mereka hanya menjawab soalan apabila ditanya sahaja. Selebihnya, mereka akan
berbual-bual sesama sendiri. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori pembelajaran
Gagne. Dalam Teori Pembelajaran Gagne, lapan peringkat pembelajaran telah
dikenalpasti.   Peringkat-peringkat   Gagne   adalah   seperti   pembelajaran   isyarat,
pembelajaran gerak balas, pembelajaran rangkaian motor, pembelajaran pertalian bahasa,
pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep, pembelajaran hukum dan pembelajaran
penyelesaiaan masalah.


Pembelajaran isyarat di mana seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap
sesuatu isyarat. Sebagai contohnya, apabila seseorang menguap, kita dapat isyarat
bahawa dia mengantuk. Dalam kes yang diperkatakan di sini, pelajar membuat bising
sebagai isyarat kepada pemberitahuan bahawa pengajaran yang disampaikan oleh guru
tersebut sangat membosankan.


Dalam teori Pembelajaran Gagne juga ada disebutkan peringkat Pembelajaran Konsep.
Dalam peringkat Pembelajaran Konsep,pelajar-pelajar perlu mengenali ciri-ciri sesuatu
konsep secara tepat untuk mendapatkan kefahaman yang baik. Dalam membentuk konsep
yang baik, mereka perlu membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan
peristiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh yang jelas supaya dapat
membentuk konsep yang betul dan tepat. Dalam masalah yang dikemukakan di sini, guru
tidak dapat memberikan contoh-contoh yang jelas menyebabkan pelajar tidak dapat
memahami konsep pembelajaran yang diterima ketika itu. Apabila konsep tidak dapat
dibentuk, pelajar akan mula memberikan gerak balas isyarat bagi menyatakan bahawa
mereka tidak faham atau mereka sedang mengikuti pengajaran yang membosankan.
2.2.3    Masalah keadaan kelas berkenaan yang tidak kondusif.


Pelajar bising dan hilang minat terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru mereka
antara sebab lainnya adalah kerana keadaan kelas yang tidak kondusif untuk mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pendekatan pengajaran guru di
dalam bilik darjah amat bergantung kepada bagaimana pelajar mempelajari kandungan
sesuatu mata pelajaran.


Teori pembelajaran behaviorisme banyak berfokus kepada tingkah laku dan persekitaran.
Menurut ahli psikologi behavioral, pembelajaran adalah pertubahan tingkah laku yang
berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Behaviorisme
menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan
boleh diukur.


Dalam kes ini, pelajar menunjukkan perubahan sikap daripada berminat dengan
pembelajaran kepada tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru mereka
keran berlaku perubahan persekitaran bilik darjah mereka. Mereka tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap pengajaran kerana suasana kelas yang sempit
berbanding jumlah mereka yang ramai. Pelajar ini juga terpaksa belajar sambil duduk di
atas kerusi yang tidak sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran seharian. Mereka
tidak dapat merehatkan badan atau bersandar seperti di dalam kelas biasa. Keadaan yang
tidak selesa ini menyebabkan tumpuan mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran
guru sangat sedikit.


       2.2.4    Pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana yang tidak
                menarik. Guru kurang memberi peneguhan kepada pelajarnya.


Menurut Thorndike(1913), pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R,
iaitu stimulus(rangsangan) dan response(gerak balas). Thorndike menyarankan bahawa
pembelajaran manusia dikawal oleh hukum pembelajaran yang dapat dibahagikan kepada
tiga iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum Kesediaan
merupakan kesediaan dari segi psokomotor, afektif dan kognitif sebelum boleh belajar.
Hukum latihan merupakan latihan yang diulang-ulang untuk tingkatkan kemahiran.
Manakala Hukum Kesan ialah kesan yang menyeronokkan meningkatkan pertalian antara
rangsangan dan gerak balas.


Dalam kes ini, guru berkenaan hanya menjalankan pengajaran secara kelas dan
berfokuskan guru. Menerangkan konsep tetapi kurang memberikan contoh-contoh untuk
memperkukuhkan kefahaman pelajar terhadap konsep yang diajar. Guru kurang
memberikan latihan untuk memastikan kemahiran yang diajar dapat ditingkatkan.
Kesannya, akan menyebabkan murid tidak berminat terhadap pengajaran tersebut.
Apabila kurang rangsangan melalui latihan diberikan, pelajar akan menjadi kurang
bertindak. Tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa
pengukuhan.


Kes yang dikemukakan ini juga dapat dikaitkan dengan teori pelaziman operan Skinner.
Menurut Skinner (1953), gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan
(tidak diulangi), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.
Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak
individu, keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan rangsangan otak. Peneguhan
dibahagikan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.


Peneguhan positif ialah memberikan ganjaran apabila suatu perlakuan ditunjukkan, yang
menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.Dalam bilik darjah,
peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, pelajar mengemukakan soalan dengan baik,
guru memuji pelajar dan ini akan membawa peneguhan positif kepada pelajar berkenaan.
Mereka berkemungkinan akan kemukakan lebih banyak soalan yang baik di masa
hadapan. Namun, perkara sebaliknya akan berlaku apabila guru kurang memberikan
peneguhan positif kepada pelajar mereka sewaktu pengajaran berlaku. Inilah yang
berlaku dalam kes yang dikemukakan di sini.
Brophy (1981), menyenaraikan beberapa ciri pujian iaitu peneguhan positif yang
  memberi kesan yang positif. Antaranya ialah memuji secara ikhlas, memuji dengan cepat,
  memuji tanpa pilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya, memuji tingkah laku yang
  spesifik dan memuji jawapan atau respon yang spontan.


  Antara proses yang terdapat dalam Teori Pelaziman Operan Skinner iaitu dendaan, amat
  berkait dengan masalah yang dikemukakan di sini. Dendaan adalah satu proses atau
  tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak
  diingini.Dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam
  kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.




3. PELAN        MENGATASI            MASALAH          BERLANDASKAN              TEORI
  PEMBELAJARAN.


  3.1     Implikasi Teori Sosial Kognitif Bandura.


  Dapat diandaikan bahawa kelakuan pelajar dipelajari melalui pemerhatian terhadap
  permodelan. Pelajar terdorong untuk turut sama membuat bising sewaktu pengajaran
  guru kerana melihat kawan mereka yang membuat bising. Implikasi teori ini juga,
  pemberian peneguhan akan merangsang dan menyebabkan kita mempunyai sebab untuk
  melakukan tingkah laku tertentu dan mempunyai keinginan untuk meniru.


  3.1.1   Implikasi pengajaran.


  Sebagai guru, kita perlu mewujudkan motivasi yang secukupnya untuk memastikan
  pelajar yang menimbulkan masalah menghasilkan perubahan dari segi tingkah laku.
  Apabila pelajar menghadapi masalah untuk mendengar arahan, guru hendaklah mencari
  dan cuba menyelesaikannya dengan mengubah cara pengajaran mereka. Guru perlu
  mempelbagaikan bahan bantu mengajar seperti penggunaan akhbar di dalam bilik darjah,
  aplikasi ICT, audio visual dan banyak lagi.Guru perlu mengubah cara pengajaran
berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Sekiranya masalah ini berterusan, guru
      bolehlah menggunakan aplikasi daripada teori ini iaitu proses tiruan melalui sekatlakuan
      dan taksekatlakuan. Guru perlu terangkan kepada murid dan memberitahu mereka
      bahawa perbuatan mereka yang membuat bising semasa pengajaran guru adalah tidak
      dibenarkan.


3.2   Implikasi Teori Gagne.


      Andaian daripada teori ini, pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh yang jelas
      supaya dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. Bagi Gagne, pembelajaran berlaku
      secara berperingkat hierarki, iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada
      peringkat paling kompleks.


      3.2.1   Implikasi Pengajaran.


      Pelajar membuat bising sebagai isyarat kepada pemberitahuan bahawa pengajaran yang
      disampaikan oleh guru tersebut sangat membosankan. Justeru itu, guru perlu mengubah
      kaedah pengajarannya. Guru perlu merancang pengajarannya yang meliputi 8 langkah
      yang dicadangkan oleh Gagne.


3.3   Implikasi Teori Behaviorisme.


      Andaian bahawa pelajar tidak menumpukan perhatian kerana kurang diberikan
      peneguhan oleh guru mereka. Andaian juga bahawa pelajar berbuat bising atau tidak
      memberi perhatian terhadap pengajaran guru mereka kerana telah terbiasa dengan
      keadaan yang riuh begitu sekiranya dilihat guru mereka kurang peka terhadap keperluan
      pembelajaran mereka.
3.3.1   Implikasi Pengajaran.
Sebagai seorang guru, perlu memberikan tindak balas terhadap perubahan yang
ditunjukkan oleh pelajar mereka. Sekiranya pelajar mereka tidak memberikan perhatian,
guru boleh mengenakan dendaan (peneguhan negatif) kepada pelajar mereka. Peneguhan
negatif ini bertujuan membentuk perubahan individu kea rah yang lebih baik.

More Related Content

What's hot

kajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisankajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisankpr5063
 
Model pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonModel pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonamira nurfahmida
 
Pembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan Individu
Pembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan IndividuPembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan Individu
Pembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan Individubudak_sibu
 
Metode pengajaran bahasa
Metode pengajaran bahasaMetode pengajaran bahasa
Metode pengajaran bahasaM Fauzan
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanSuzi Suziyana
 
Makalah keterampilan mengadakan variasi
Makalah keterampilan mengadakan variasiMakalah keterampilan mengadakan variasi
Makalah keterampilan mengadakan variasiMellya Silaban
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanabdol rahim
 
Contoh penulisan jurnal praktikum
Contoh penulisan jurnal praktikumContoh penulisan jurnal praktikum
Contoh penulisan jurnal praktikumzazzulin zazzulin
 
proposal pemulihan khas
proposal pemulihan khasproposal pemulihan khas
proposal pemulihan khasshahlyme
 
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah rgbharin
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Zack Chepa
 
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)abdol rahim
 
Nota pemulihan nie
Nota pemulihan nieNota pemulihan nie
Nota pemulihan nieniekay
 
Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Cekgu Kay
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMJanet Jouti
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1Noraini Che Embong
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 

What's hot (19)

Kasus pembelajaran bahasa indonesia sd
Kasus pembelajaran bahasa indonesia sdKasus pembelajaran bahasa indonesia sd
Kasus pembelajaran bahasa indonesia sd
 
kajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisankajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisan
 
Model pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonModel pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordon
 
Pembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan Individu
Pembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan IndividuPembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan Individu
Pembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan Individu
 
Metode pengajaran bahasa
Metode pengajaran bahasaMetode pengajaran bahasa
Metode pengajaran bahasa
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
 
Makalah keterampilan mengadakan variasi
Makalah keterampilan mengadakan variasiMakalah keterampilan mengadakan variasi
Makalah keterampilan mengadakan variasi
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Contoh penulisan jurnal praktikum
Contoh penulisan jurnal praktikumContoh penulisan jurnal praktikum
Contoh penulisan jurnal praktikum
 
proposal pemulihan khas
proposal pemulihan khasproposal pemulihan khas
proposal pemulihan khas
 
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
 
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
 
Nota pemulihan nie
Nota pemulihan nieNota pemulihan nie
Nota pemulihan nie
 
Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
 
kajian tindakan
kajian tindakankajian tindakan
kajian tindakan
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 

Viewers also liked

презентация Tb the best
презентация Tb the bestпрезентация Tb the best
презентация Tb the bestYuliya Gubanova
 
Spaans grammatica van Tessa
Spaans grammatica van TessaSpaans grammatica van Tessa
Spaans grammatica van TessaTessa Zwaaftink
 
Mauk braunschweig symp_2008_cng_hybrid_software_paper
Mauk braunschweig symp_2008_cng_hybrid_software_paperMauk braunschweig symp_2008_cng_hybrid_software_paper
Mauk braunschweig symp_2008_cng_hybrid_software_papervanaja92
 
3D modelling of gold occurrence in SW Greenland
3D modelling of gold occurrence in SW Greenland3D modelling of gold occurrence in SW Greenland
3D modelling of gold occurrence in SW GreenlandSara Hoffritz
 
Backbone.jsとSASSでモジュールをつくった話
Backbone.jsとSASSでモジュールをつくった話Backbone.jsとSASSでモジュールをつくった話
Backbone.jsとSASSでモジュールをつくった話Yosuke Doke
 
Xigrav Portfolio
Xigrav PortfolioXigrav Portfolio
Xigrav Portfolioredonfoot
 
Arabic on Air - Greeting and Introduction
Arabic on Air - Greeting and IntroductionArabic on Air - Greeting and Introduction
Arabic on Air - Greeting and IntroductionRadio Pengajian
 
Folksonomia e tags afetivas: comunicação e comportamento informacional no Twi...
Folksonomia e tags afetivas: comunicação e comportamento informacional no Twi...Folksonomia e tags afetivas: comunicação e comportamento informacional no Twi...
Folksonomia e tags afetivas: comunicação e comportamento informacional no Twi...Ruleandson do Carmo Cruz
 
Economia brasileira em perspectiva 30.12.2014
Economia brasileira em perspectiva   30.12.2014Economia brasileira em perspectiva   30.12.2014
Economia brasileira em perspectiva 30.12.2014DenizecomZ
 
Estágio CIES/ISCTE-IUL Ciência Viva OCJF Apresentação Final
Estágio CIES/ISCTE-IUL Ciência Viva OCJF Apresentação FinalEstágio CIES/ISCTE-IUL Ciência Viva OCJF Apresentação Final
Estágio CIES/ISCTE-IUL Ciência Viva OCJF Apresentação Finaljorgehf
 
Gramslide_Plu_bild
Gramslide_Plu_bildGramslide_Plu_bild
Gramslide_Plu_bilddolA1GR
 
Questões que se deve colocar ao se tornar master franchise
Questões que se deve colocar ao se tornar master franchiseQuestões que se deve colocar ao se tornar master franchise
Questões que se deve colocar ao se tornar master franchiseInes Loureiro
 
En Illuminer Hacemos Que Tu Evento Sea
En Illuminer Hacemos Que Tu Evento SeaEn Illuminer Hacemos Que Tu Evento Sea
En Illuminer Hacemos Que Tu Evento Seaakane22
 

Viewers also liked (20)

презентация Tb the best
презентация Tb the bestпрезентация Tb the best
презентация Tb the best
 
Soaprella
SoaprellaSoaprella
Soaprella
 
Epilogue
EpilogueEpilogue
Epilogue
 
Spaans grammatica van Tessa
Spaans grammatica van TessaSpaans grammatica van Tessa
Spaans grammatica van Tessa
 
Mauk braunschweig symp_2008_cng_hybrid_software_paper
Mauk braunschweig symp_2008_cng_hybrid_software_paperMauk braunschweig symp_2008_cng_hybrid_software_paper
Mauk braunschweig symp_2008_cng_hybrid_software_paper
 
3D modelling of gold occurrence in SW Greenland
3D modelling of gold occurrence in SW Greenland3D modelling of gold occurrence in SW Greenland
3D modelling of gold occurrence in SW Greenland
 
Backbone.jsとSASSでモジュールをつくった話
Backbone.jsとSASSでモジュールをつくった話Backbone.jsとSASSでモジュールをつくった話
Backbone.jsとSASSでモジュールをつくった話
 
Xigrav Portfolio
Xigrav PortfolioXigrav Portfolio
Xigrav Portfolio
 
Ficha el juego de las semillas.
Ficha el juego de las semillas.Ficha el juego de las semillas.
Ficha el juego de las semillas.
 
Arabic on Air - Greeting and Introduction
Arabic on Air - Greeting and IntroductionArabic on Air - Greeting and Introduction
Arabic on Air - Greeting and Introduction
 
Folksonomia e tags afetivas: comunicação e comportamento informacional no Twi...
Folksonomia e tags afetivas: comunicação e comportamento informacional no Twi...Folksonomia e tags afetivas: comunicação e comportamento informacional no Twi...
Folksonomia e tags afetivas: comunicação e comportamento informacional no Twi...
 
Economia brasileira em perspectiva 30.12.2014
Economia brasileira em perspectiva   30.12.2014Economia brasileira em perspectiva   30.12.2014
Economia brasileira em perspectiva 30.12.2014
 
Estágio CIES/ISCTE-IUL Ciência Viva OCJF Apresentação Final
Estágio CIES/ISCTE-IUL Ciência Viva OCJF Apresentação FinalEstágio CIES/ISCTE-IUL Ciência Viva OCJF Apresentação Final
Estágio CIES/ISCTE-IUL Ciência Viva OCJF Apresentação Final
 
Familia.
Familia.Familia.
Familia.
 
Gramslide_Plu_bild
Gramslide_Plu_bildGramslide_Plu_bild
Gramslide_Plu_bild
 
Questões que se deve colocar ao se tornar master franchise
Questões que se deve colocar ao se tornar master franchiseQuestões que se deve colocar ao se tornar master franchise
Questões que se deve colocar ao se tornar master franchise
 
En Illuminer Hacemos Que Tu Evento Sea
En Illuminer Hacemos Que Tu Evento SeaEn Illuminer Hacemos Que Tu Evento Sea
En Illuminer Hacemos Que Tu Evento Sea
 
Autoestima
AutoestimaAutoestima
Autoestima
 
Treball Pissarra
Treball PissarraTreball Pissarra
Treball Pissarra
 
Coeducacion infantil
Coeducacion infantilCoeducacion infantil
Coeducacion infantil
 

Similar to Hbef2103

LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.pdf
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.pdfLK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.pdf
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.pdfXaviJr5
 
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Syazana Azmi
 
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Syazana Azmi
 
Problem Solving-part musyrifah
Problem Solving-part musyrifahProblem Solving-part musyrifah
Problem Solving-part musyrifahmoshi89
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxFLORENCIACAROLINEAUR
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembamRidzuan Ahmad
 
Mengkaji Permasalahan dalam Pembelajaran
Mengkaji Permasalahan dalam  PembelajaranMengkaji Permasalahan dalam  Pembelajaran
Mengkaji Permasalahan dalam PembelajaranNini Ibrahim01
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copyOperator Warnet Vast Raha
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copyOperator Warnet Vast Raha
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahAziroh Johari
 
PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4
PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4
PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4Nastiti Rahajeng
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikanmuhammad
 
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.docx
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.docxLK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.docx
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.docxMaximusCarlesSeda
 

Similar to Hbef2103 (20)

Jurnal pratikum
Jurnal pratikumJurnal pratikum
Jurnal pratikum
 
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.pdf
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.pdfLK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.pdf
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.pdf
 
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
 
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
 
Asignment perbezaan individu
Asignment perbezaan individuAsignment perbezaan individu
Asignment perbezaan individu
 
Asignment perbezaan individu
Asignment perbezaan individuAsignment perbezaan individu
Asignment perbezaan individu
 
SLIDE ISU MURID.pptx
SLIDE ISU MURID.pptxSLIDE ISU MURID.pptx
SLIDE ISU MURID.pptx
 
REFLEKSI
REFLEKSIREFLEKSI
REFLEKSI
 
Problem Solving-part musyrifah
Problem Solving-part musyrifahProblem Solving-part musyrifah
Problem Solving-part musyrifah
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 
Mengkaji Permasalahan dalam Pembelajaran
Mengkaji Permasalahan dalam  PembelajaranMengkaji Permasalahan dalam  Pembelajaran
Mengkaji Permasalahan dalam Pembelajaran
 
Jurnal minggu 4 (2)
Jurnal minggu 4 (2)Jurnal minggu 4 (2)
Jurnal minggu 4 (2)
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolah
 
PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4
PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4
PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
Refleksi internship
Refleksi internshipRefleksi internship
Refleksi internship
 
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.docx
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.docxLK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.docx
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah.docx
 

Hbef2103

  • 1. 1. PENDAHULUAN. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru-guru senantiasa berdepan dengan pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Perbezaan- perbezaan ini menyebabkan guru-guru perlu bersedia dengan rancangan dan strategi agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.Ini kerana perbezaan- perbezaan yang terdapat pada individu yang dipanggil pelajar ini. Menurut Papalia(2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat dan bentuk tubuh badan; di dalam hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-ciri personaliti serta reaksi emosi. Manusia juga dipengaruhi oleh faktor persekitarannya, seperti gaya hidup keluarganya, status sosio-ekonomi ibu bapanya, suasana di rumah di mana dia dibesarkan, komuniti dan masyarakat di mana dia tinggal, pekerjaan ibu bapanya dan cara keluarganya mengisi masa santai dan masa cuti sekolah. Perbezaan individu dari pelbagai aspek ini akan memberi implikasi kepada kesediaan belajar, objektif pengajaran dan pembelajaran. Slavin(1997), kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakat dan minat. Oleh itu sebagai guru, kita perlu memahami perbezaan individu dalam kalangan pelajar dan member perhatian tentang hal ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Henson dan Eller (1999), dalam buku ‘Educational Psychology for Effective Teaching’, kepelbagaian individu merujuk kepada cirri atau sifat manusia yang mempunyai potensi untuk memajukan keupayaan ( optimistik, sentiasa berani mencuba ) atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar di dalam persekitaran sekolah ( seperti takut melakukan kesilapan, takut bertanya ).
  • 2. 1. SENARIO. Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4, sekumpulan murid diperhatikan tidak menghiraukan pengajaran guru mereka. Kumpulan tersebut seakan-akan hilang minat terhadap pengajaran guru subjek tersebut. Mereka asyik bercakap-cakap sesama sendiri walaupun cikgu sedang mengajar di hadapan kelas. Perbuatan mereka yang suka bercakap-cakap sesama sendiri itu telah menyebabkan kelas menjadi bising. Ini kerana kadang-kadang mereka tidak dapat mengawal suara mereka kerana asyik bercakap-cakap. Suasana ini telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut terganggu. Masalah hilang minat terhadap mata pelajaran ini juga semakin jelas apabila mata pelajaran tersebut diajar pada 3 atau 2 piriod terakhir iaitu sekitar pukul 12.30 hingga 1.30 tengahari. Tambahan pula, keadaan kelas yang tidak kondusif. Pelajar-pelajar ini terpaksa belajar di bengkel kemahiran hidup kerana kelas mereka tidak selamat untuk diduduki. Terdapat sesetengah pelajar kelas itu yang sering tidak menyiapkan kerja atau tugasan yang diberikan oleh guru Bahasa Melayu mereka. 2.1 MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Keadaan kelas menjadi bising kerana sekumpulan pelajar ini yang tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Apabila ditegur, mereka akan berhenti sekejap. Namun, keadaan bising kerana bercakap-cakap dan tidak memberikan perhatian terhadap pengajaran guru ini kembali semula 5 atau 10 minit kemudian. Keadaan ini telah menyebabkan guru tersebut terpaksa memberhentikan seketika pengajarannya untuk menarik semula minat pelajar terhadap pengajarannya. Guru ini sentiasa menghadapi masalah untuk mencapai objektif pengajarannya kerana masalah kelas bising ini. Setiap kali mencatat refleksi pengajaran, guru ini terpaksa mencatat ‘pengajaran akan disambung pada hari esok’ kerana masalah murid bising yang dihadapinya.
  • 3. Keadaan kelas bising kerana sekumpulan pelajar yang sering bercakap-cakap semasa pengajaran dan pembelajaran ini telah menyebabkan guru berkenaan meneliti masalah tersebut.Sekiranya dibiarkan berterusan, masalah ini akan bukan sahaja mengganggu pembelajaran pelajar berkenaan malahan turut mengganggu rakan-rakan sekelasnya. Ini kerana pelajar lain turut tidak dapat menumpukan perhatian dan tidak dapat memahami dengan baik isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru mereka. 2. HURAIAN MASALAH MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN. 2.1 KENAL PASTI MASALAH. Beberapa masalah telah dapat dikenal pasti yang telah menyumbang kepada keadaan kelas bising sewaktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.Antara masalah yang telah dikenal pasti ialah : 1) Sekumpulan pelajar bercakap-cakap hingga menyebabkan kelas bising kerana pengajaran guru berkenaan yang agak membosankan. 2) Guru hanya menggunakan pengajaran sehala terutamanya dalam bahagian pengajaran penulisan. 3) Keadaan kelas berkenaan yang tidak kondusif. Pelajar kelas berkenaan terpaksa belajar di kelas sementara iaitu di bilik kemahiran hidup kerana kelas asal mereka tidak selamat digunakan lagi akibat atap yang bocor. Pengajaran pada period akhir juga banyak menyumbang kepada kelas bising. Keadaan kelas yang agak sempit, dengan jumlah murid yang agak ramai iaitu seramai 28 orang dan kerusi dan meja yang tidak sesuai untuk kelas biasa banyak menyumbang kepada masalah pelajar ini. 4) Pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana yang tidak menarik. Guru kurang memberi peneguhan kepada pelajarnya. 2.2 HURAIAN MASALAH MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN.
  • 4. 2.2.1 Masalah pelajar bercakap-cakap hingga menyebabkan kelas bising Sekumpulan pelajar yang menyebabkan kelas bising kerana pengajaran guru yang agak membosankan. Keadaan ini telah juga menyebabkan pelajar lain tidak dapat menumpukan perhatian dan tidak dapat memahami isi pelajaran yang telah disampaikan oleh guru mereka.Pelajar lain turut membuat bising apabila mendapati kawan mereka juga bercakap-cakap dan bising serta tidak member perhatian kepada pengajaran guru. Permasalahan ini dapat dikaitkan dengan teori Pembelajaran Sosial yang dipelopori oleh Bandura,(1986).Menurut teori ini, kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif, kelakuan dan ejen penentu persekitaran. Teori ini menekankan peranan kognitif dan juga persekitaran dalam perkembangan. Dalam permasalahan yang dihadapi oleh guru tersebut, pelajar-pelajarnya membuatkan kelas bising walaupun sudah ditegur. Dalam teori pembelajaran sosial ini menekankan secara khusus tentang kelakuan manusia yang banyak dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan. Melalui proses memerhati orang lain, seseorang individu membentuk idea bagaimana kelakuan dilaksanakan dan apakah kesannya. Dalam teori pembelajaran sosial oleh Bandura juga menggariskan beberapa peringkat peniruan. Peringkat peniruan ini didapati wujud dalam masalah yang dihadapi oleh guru berkenaan. Pelajar-pelajar meniru tingkah laku kawan-kawan mereka yang bercakap-cakap sewaktu guru mengajar hingga menimbulkan suasana bising. Mereka tidak memberi perhatian kepada pengajaran oleh guru, sebaliknya menumpukan perhatian kepada kepada kawan-kawan yang bercakap kerana ianya boleh menghilangkan rasa jemu mereka terhadap pengajaran guru mereka. Menurut Bandura, kita boleh memahami proses peniruan melalui empat langkah iaitu tumpuan, penyimpanan, mengingat dan motivasi. Bandura menekankan bahawa hanya dengan memerhati orang lain pembelajaran boleh berlaku. Dalam kes tersebut, pelajar lain turut sama membuat bising kerana mereka melihat dan memerhatikan contoh yang dilakukan oleh kawan-kawan mereka. Maksudnya, kalau kawan mereka boleh dan berjaya membuat bising atau bercakap-cakap, mereka juga boleh membuat bising dan
  • 5. bercakap-cakap. Apabila mereka memberi perhatian kepada rakan-rakan mereka yang bercakap, mereka terdorong untuk berbuat perkara yang sama. 2.2.2 Masalah murid tidak berminat terhadap pengajaran guru. Pelajar tidak menumpukan perhatian dan tidak berminat terhadap pengajaran guru.Mereka hanya menjawab soalan apabila ditanya sahaja. Selebihnya, mereka akan berbual-bual sesama sendiri. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori pembelajaran Gagne. Dalam Teori Pembelajaran Gagne, lapan peringkat pembelajaran telah dikenalpasti. Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti pembelajaran isyarat, pembelajaran gerak balas, pembelajaran rangkaian motor, pembelajaran pertalian bahasa, pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep, pembelajaran hukum dan pembelajaran penyelesaiaan masalah. Pembelajaran isyarat di mana seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Sebagai contohnya, apabila seseorang menguap, kita dapat isyarat bahawa dia mengantuk. Dalam kes yang diperkatakan di sini, pelajar membuat bising sebagai isyarat kepada pemberitahuan bahawa pengajaran yang disampaikan oleh guru tersebut sangat membosankan. Dalam teori Pembelajaran Gagne juga ada disebutkan peringkat Pembelajaran Konsep. Dalam peringkat Pembelajaran Konsep,pelajar-pelajar perlu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat untuk mendapatkan kefahaman yang baik. Dalam membentuk konsep yang baik, mereka perlu membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh yang jelas supaya dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. Dalam masalah yang dikemukakan di sini, guru tidak dapat memberikan contoh-contoh yang jelas menyebabkan pelajar tidak dapat memahami konsep pembelajaran yang diterima ketika itu. Apabila konsep tidak dapat dibentuk, pelajar akan mula memberikan gerak balas isyarat bagi menyatakan bahawa mereka tidak faham atau mereka sedang mengikuti pengajaran yang membosankan.
  • 6. 2.2.3 Masalah keadaan kelas berkenaan yang tidak kondusif. Pelajar bising dan hilang minat terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru mereka antara sebab lainnya adalah kerana keadaan kelas yang tidak kondusif untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pendekatan pengajaran guru di dalam bilik darjah amat bergantung kepada bagaimana pelajar mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Teori pembelajaran behaviorisme banyak berfokus kepada tingkah laku dan persekitaran. Menurut ahli psikologi behavioral, pembelajaran adalah pertubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. Dalam kes ini, pelajar menunjukkan perubahan sikap daripada berminat dengan pembelajaran kepada tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru mereka keran berlaku perubahan persekitaran bilik darjah mereka. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran kerana suasana kelas yang sempit berbanding jumlah mereka yang ramai. Pelajar ini juga terpaksa belajar sambil duduk di atas kerusi yang tidak sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran seharian. Mereka tidak dapat merehatkan badan atau bersandar seperti di dalam kelas biasa. Keadaan yang tidak selesa ini menyebabkan tumpuan mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran guru sangat sedikit. 2.2.4 Pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana yang tidak menarik. Guru kurang memberi peneguhan kepada pelajarnya. Menurut Thorndike(1913), pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus(rangsangan) dan response(gerak balas). Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum pembelajaran yang dapat dibahagikan kepada tiga iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum Kesediaan
  • 7. merupakan kesediaan dari segi psokomotor, afektif dan kognitif sebelum boleh belajar. Hukum latihan merupakan latihan yang diulang-ulang untuk tingkatkan kemahiran. Manakala Hukum Kesan ialah kesan yang menyeronokkan meningkatkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas. Dalam kes ini, guru berkenaan hanya menjalankan pengajaran secara kelas dan berfokuskan guru. Menerangkan konsep tetapi kurang memberikan contoh-contoh untuk memperkukuhkan kefahaman pelajar terhadap konsep yang diajar. Guru kurang memberikan latihan untuk memastikan kemahiran yang diajar dapat ditingkatkan. Kesannya, akan menyebabkan murid tidak berminat terhadap pengajaran tersebut. Apabila kurang rangsangan melalui latihan diberikan, pelajar akan menjadi kurang bertindak. Tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Kes yang dikemukakan ini juga dapat dikaitkan dengan teori pelaziman operan Skinner. Menurut Skinner (1953), gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu, keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan rangsangan otak. Peneguhan dibahagikan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah memberikan ganjaran apabila suatu perlakuan ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, pelajar mengemukakan soalan dengan baik, guru memuji pelajar dan ini akan membawa peneguhan positif kepada pelajar berkenaan. Mereka berkemungkinan akan kemukakan lebih banyak soalan yang baik di masa hadapan. Namun, perkara sebaliknya akan berlaku apabila guru kurang memberikan peneguhan positif kepada pelajar mereka sewaktu pengajaran berlaku. Inilah yang berlaku dalam kes yang dikemukakan di sini.
  • 8. Brophy (1981), menyenaraikan beberapa ciri pujian iaitu peneguhan positif yang memberi kesan yang positif. Antaranya ialah memuji secara ikhlas, memuji dengan cepat, memuji tanpa pilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya, memuji tingkah laku yang spesifik dan memuji jawapan atau respon yang spontan. Antara proses yang terdapat dalam Teori Pelaziman Operan Skinner iaitu dendaan, amat berkait dengan masalah yang dikemukakan di sini. Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini.Dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. 3. PELAN MENGATASI MASALAH BERLANDASKAN TEORI PEMBELAJARAN. 3.1 Implikasi Teori Sosial Kognitif Bandura. Dapat diandaikan bahawa kelakuan pelajar dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan. Pelajar terdorong untuk turut sama membuat bising sewaktu pengajaran guru kerana melihat kawan mereka yang membuat bising. Implikasi teori ini juga, pemberian peneguhan akan merangsang dan menyebabkan kita mempunyai sebab untuk melakukan tingkah laku tertentu dan mempunyai keinginan untuk meniru. 3.1.1 Implikasi pengajaran. Sebagai guru, kita perlu mewujudkan motivasi yang secukupnya untuk memastikan pelajar yang menimbulkan masalah menghasilkan perubahan dari segi tingkah laku. Apabila pelajar menghadapi masalah untuk mendengar arahan, guru hendaklah mencari dan cuba menyelesaikannya dengan mengubah cara pengajaran mereka. Guru perlu mempelbagaikan bahan bantu mengajar seperti penggunaan akhbar di dalam bilik darjah, aplikasi ICT, audio visual dan banyak lagi.Guru perlu mengubah cara pengajaran
  • 9. berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Sekiranya masalah ini berterusan, guru bolehlah menggunakan aplikasi daripada teori ini iaitu proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Guru perlu terangkan kepada murid dan memberitahu mereka bahawa perbuatan mereka yang membuat bising semasa pengajaran guru adalah tidak dibenarkan. 3.2 Implikasi Teori Gagne. Andaian daripada teori ini, pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh yang jelas supaya dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. Bagi Gagne, pembelajaran berlaku secara berperingkat hierarki, iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks. 3.2.1 Implikasi Pengajaran. Pelajar membuat bising sebagai isyarat kepada pemberitahuan bahawa pengajaran yang disampaikan oleh guru tersebut sangat membosankan. Justeru itu, guru perlu mengubah kaedah pengajarannya. Guru perlu merancang pengajarannya yang meliputi 8 langkah yang dicadangkan oleh Gagne. 3.3 Implikasi Teori Behaviorisme. Andaian bahawa pelajar tidak menumpukan perhatian kerana kurang diberikan peneguhan oleh guru mereka. Andaian juga bahawa pelajar berbuat bising atau tidak memberi perhatian terhadap pengajaran guru mereka kerana telah terbiasa dengan keadaan yang riuh begitu sekiranya dilihat guru mereka kurang peka terhadap keperluan pembelajaran mereka.
  • 10. 3.3.1 Implikasi Pengajaran. Sebagai seorang guru, perlu memberikan tindak balas terhadap perubahan yang ditunjukkan oleh pelajar mereka. Sekiranya pelajar mereka tidak memberikan perhatian, guru boleh mengenakan dendaan (peneguhan negatif) kepada pelajar mereka. Peneguhan negatif ini bertujuan membentuk perubahan individu kea rah yang lebih baik.