Kertas cadangan kajian tindakan

31,936 views
31,743 views

Published on

2 Comments
10 Likes
Statistics
Notes
• boleh tak tahu kajian ini dijalankan untuk pihak mana? contoh nama universiti ke?
Reply
Are you sure you want to  Yes  No
Your message goes here
• URUS NIK BEACUKAI / SRP BEACUKAI
Peraturan Menteri Keuangan No. 63/PMK.04/2011

- URUS SRP, NIK BEACUKIA PENERBITAN BARU
- URUS SRP, NIK BEACUKAI DITOLAK.
- URUS SRP, NIK BEACUKAI DIBLOKIR
- URUS SRP, NIK BEACUKAI PINDAH ALAMAT,

URUS IZIN USAHA:
- URUS PENDIRIAN PT – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
- URUS PENDIRIAN PMA – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
- URUS PENDIRIAN CV – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
- URUS APIU – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
- URUS APIP – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
- URUS NPIK – Seluruh Indonesia
- URUS NIK BEACUKAI – Seluruh Indonesia
- Urus IT Plastik
- Urus IT CAKRAM OPTIK
- Urus IT KOSMETIK
- Urus IT ALAS KAKI
- Urus IT MAKANAN DAN MINUMAN
- Urus IT MAINAN ANAK-ANAK
- Urus IT ELEKTRONIKA
- Urus IT OBAT TRADISIONAL DAN HERBAL
- Urus IT PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN
- Urus Izin Prinsip
-Urus SIUP.
-Urus TDP
-Dll

PT. LEGALITAS SARANAIZIN INDONESIA.
Gedung Maya Indah Lt 2 Jakarta Pusat 10450
Telp. 021-3142566
Fax. 021-3928113
HP. 081385042000
Flexi. 021-70940216
Website: http://www.saranaijin.com
Email legal@saranaizin.com
Pin BB 2262D175
Reply
Are you sure you want to  Yes  No
Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
31,936
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
11
Actions
Shares
0
Downloads
1,753
Comments
2
Likes
10
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kertas cadangan kajian tindakan

1. 1.

TajukMempertingkatkan penguasaan sebutan dan perbendaharaan kata Bahasa Melayu di kalangan pelajar bukan Melayu Kelas Peralihan Satu menggunakan simulasi watak (Role Play Simulation).
2. 2. Nama Penyelidik

a) Elizabeth Linda Ugap
b) Junaidah Bt Jusoh

c) Noorhayati Bt Sulaiman

d) So Bee Bee

Latar Belakang Kajian

Perkembangan kajian tindakan adalah selaras dengan anjakan paradigma dalam perbahasan tentang asas pengetahuan untuk pengajaran (Knowledge base for teaching) yang kini memperlihatkan peralihan daripada model sistem mengajar yang bersifat preskriptif oleh ejen luar (penyelidik di universiti) dan dari domain ilmu di luar pendidikan seperti psikologi, sosiologi dan falsafah (Bruner, 1966), kepada pengetahuan tentang pengajaran dalam konteks bilik darjah yang bersifat kontekstual dan partikularistik, dijana oleh guru sendiri sebagai penyelidik (Doyle, 1989).
Sejarah penggunaan Bahasa Melayu adalah selari dengan sejarah kemerdekaan negara Malaysia. Sebagai sebuah negara merdeka, Malaysia mempunyai perlembagaan dan kedaulatannya. Dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152(1) terdapat satu ketetapan yang menyebut bahawa ‘bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia ialah Bahasa Malaysia’. Bertolak daripada ketetapan itulah maka kerajaan Malaysia telah merancang satu dasar pendidikan kebangsaan yang mengarah kepada perlaksanaan penggunaan Bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang ras, melalui pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut di sekolah-sekolah.
Pelaksanaan penggunaan Bahasa Melayu telah dilaksanakan secara beransur-ansur. Pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Bahasa Melayu sudah agak lama diadakan di sekolah-sekolah di Malaysia. Walaupun penggunaan Bahasa Melayu sudah meluas dalam kalangan masyarakat, tetapi masih lagi terdapat kesalahan penggunaannya. Kajian Awang Sariyan (1980) menunjukkan bahawa penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan, banyak kesalahannya dari masalah kesalahan ejaan, perbendaharaan, sebutan hinggalah kepada masalah kesalahan morpologi – sintaksis yang dinamakan sebagai ‘Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu’. Nik Safiah Karim (1980) telah menamakan kesalahan umum penggunaan Bahasa Melayu di kalangan anggota masyarakat Malaysia, khasnya di kalangan para pelajar sebagai masalah ‘pencemaran bahasa’ yang harus dibersihkan melalui cara pengajaran yang berkesan. Kegagalan menguasai aspek-aspek ini perlu ditangani demi menyahut cabaran untuk melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan Malaysia dengan baik.

Pernyataan Masalah

Kajian ini difokuskan kepada pelajar di dalam kelas Peralihan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang (SHUMEL), Teluk Intan, Perak. Masalah ini dikenalpasti melalui temubual dengan Cikgu Chooi Kim Wai, guru bahasa Melayu yang mengajar kelas Peralihan Satu di sekolah tersebut pada 20hb Ogos 2010. Melalui temubual yang dijalankan, kami dapati bahawa masalah penguasaan sebutan dan perbendaharaan kata Bahasa Melayu di kalangan pelajar bukan Melayu adalah serius dan amat mendukacitakan.
Kami juga dibawa melawat ke kelas Peralihan Satu bagi meninjau permasalahan ini dengan lebih dekat lagi. Sewaktu kami menyemak buku latihan pelajar kelas Peralihan Satu, kami berasa sungguh terkejut kerana kami dapati penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar bukan Melayu adalah sungguh lemah. Perkataan Bahasa Melayu yang digunakan dalam membuat latihan seperti membina ayat adalah terhad dan sangat lemah. Begitu juga dalam sebutan perkataan dan perbendaharaan kata yang terbatas serta dipengaruhi oleh dialek tempatan dalam pertuturan seharian. Selain itu, pelajar juga banyak melakukan kesilapan ejaan serta membina ayat dalam keadaan tergantung. Apabila kami bertanya kepada para pelajar tentang keadaan ini, jawapan yang mereka berikan mudah sahaja iaitu “kami tidak minat…”, “terlalu banyak perkataan baru”… dan “susah untuk kami faham maksudnya”. Inilah jawapan yang diberikan kepada kami. Secara kesimpulannya, kami dapati faktor utama kegagalan pelajar kelas Peralihan Satu ini menguasai sebutan dan perbendaharaan kata Bahasa Melayu disebabkan mereka tidak minat untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan kurang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan apabila berkomunikasi. Pelajar berbangsa Cina dan India menggunakan bahasa ibunda masing-masing apabila berbual dalam kalangan mereka. Ini menyebabkan penguasaan sebutan dan perbendaharaan kata mereka dalam Bahasa Melayu agak terbatas.
Apakah yang boleh kami lakukan untuk menarik minat pelajar bukan Melayu dalam menguasai Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara? Mampukah kami menjalankan aktiviti dalam masa yang singkat ini untuk membantu mereka meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu? Apabila kami membincangkan masalah ini dengan guru-guru dalam sekolah tersebut, kesimpulan yang kami dapat adalah pelajar hari ini tidak minat untuk belajar, malas membaca dan suka disuapkan sahaja ilmu daripada guru. Namun begitu, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini? Kami telah berusaha menghasilkan pelbagai langkah penyelesaian bagi membantu mereka meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar bukan Melayu dengan harapan mereka dapat menguasai dan mampu berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu pada masa depan.
Bagi mengukuhkan lagi pernyataan masalah yang dikemukakan di atas, kami telah meminta senarai markah pelajar kelas Peralihan Satu ini untuk melihat secara lebih jelas lagi prestasi pelajar-pelajar ini dalam peperiksaan pertengahan tahun yang telah diadakan pada bulan Mei 2010. Jadual di bawah menunjukkan markah ujian Bahasa Melayu pada peperiksaan pertengahan tahun pelajar kelas Peralihan Satu yang diberikan oleh Cikgu Chooi Kim Wai. Terdapat 2 orang sahaja pelajar yang lulus pada peperiksaan tersebut dan markah yang paling tinggi adalah 48 markah. Peratusan pelajar yang lulus bagi subjek Bahasa Melayu ini hanyalah sebanyak 7.69%. Ini menunjukan bahawa jumlah pelajar yang gagal adalah seramai 24 orang dan peratusan pelajar yang gagal adalah sangat tinggi iaitu sebanyak 92.31%.
Jadual bi bawah menunjukkan skor yang diperolehi oleh pelajar kelas Peralihan Satu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peperiksaan pertengahan tahun, Mei 2010.
NONAMAPEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUNUJIAN PRAUJIAN PASCA1CHAN HUA MIN 482CHAN JI XIAN 393CHUA CHUN SEONG 364NG KAH CHAP 325LIM YEN SENG 336LIM YEN ZHEN 307TAN KAI LUN 288VIJAY A/L KUPUSAMY 239ARYA A/L GANESH 2010GUNASILAN A/L DEVA 3811GANESSAN A/L SIRAJ 3212TAMIL SELVAN3013CHAN CHIA CHEE 3214TAN SUE MEI 2415TEO XIAO HUI2716HENG WEI YIK4717TAN SHI MEI 3518TAN SOOK QING2319 LUA SIN YEE 2220CHAN GIAN GIAN 3321 HENG CHAI YEE 2922 TAN CHIEW SEE 3923KAMALA DEVI A/P RATNAM3024SAROJAH A/P MANIAM2925 SRI DEVI A/P KUMAR3726KUMARI A/P SIVA33
JADUAL 1: Markah Bahasa Melayu bagi peperiksaan pertengahan tahun
Peratusan Pelajar Yang Lulus = 2/ 26 × 100 %
= 7.69%

Objektif
3. 3. Objektif Umum
4. 4. Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran perbendaharaan kata serta dapat menguasai kemahiran menyebut dan membaca perkataan yang betul dalam kalangan pelajar bukan melayu bagi kelas Peralihan Satu.

5.2 Objektif Khusus

Membantu pelajar membina ayat mudah dalam penulisan Bahasa Melayu.
5. 5. Membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
6. 6. Mengubah sikap dan persepsi pelajar dengan mengatakan Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang mudah difahami.
7. 7. Membantu pelajar menjadi lebih cemerlang dalam pembelajaran pada masa hadapan.
8. 8. Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan Melayu.
9. 9. Metodologi kajian

6.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan mengikut model Somekh (1989) seperti berikut:
Langkah 1- Mengenalpasti masalah/ fokus yang diminati
Pengkaji pergi ke sekolah dan mengenalpasti masalah yang berlaku dan memfokuskan kajian yang ingin dijalankan. Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji akan meneruskan kajian kepada langkah 2.
Langkah 2- Mengumpul data
Pengkaji merancang untuk menemubual guru kelas dan guru Bahasa Melayu yang terlibat dengan sampel yang akan dikaji, sampel kajian merupakan pelajar dari kelas Peralihan Satu SMK Hutan Melintang, Teluk Intan, Perak. Selain itu, pengkaji akan mengambil data berkaitan mata pelajaran BM serta menemubual pelajar yang terlibat dengan kajian yang akan dilakukan nanti.
Langkah 3- Menganalisis data/ membentuk hipotesis
Pengkaji merancang akan melakukan ujian pra terlebih dahulu. Ujian pra ini merupakan ujian yang akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap pelajar-pelajar tersebut. Ujian pra akan dijalankan pada 10 Januari 2011 bagi mengetahui tahap pencapaiaan pelajar kelas Peralihan Satu ini dalam menguasai sebutan dan perbendaharaan kata Bahasa Melayu. Ujian ini akan melibatkan 26 orang pelajar bukan Melayu. Format ujian ialah soalan berbentuk aneka pilihan sebanyak 10 soalan dan satu soalan berbentuk karangan ringkas perlu dijawab oleh pelajar. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini merupakan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendaharaan kata manakala soalan karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar menggunakan perbendaharaan kata dalam membina ayat-ayat mudah.

Langkah 4- Merancang pelan tindakan

Setelah berbincang antara ahli kumpulan, kami merancang untuk menggunakan simulasi watak (Role Play Simulation) dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang, Teluk Intan, Perak.

Langkah 5- Melaksanakan pelan tindakan
Simulasi watak (Role Play Simulation) akan dilakukan:
Aktiviti 1: Menyebut suku kata dengan sebutan yang betul
Aktiviti 2: Lakonan dalam Kumpulan
Aktiviti 3: Ejaan bagi suku kata yang diajar
Langkah 6- Mengumpul data untuk mengesahkan perubahan
Ujian pasca adalah ujian yang akan dijalankan selepas aktiviti dilaksanakan terhadap pelajar-pelajar tersebut. Ujian pasca akan dijalankan pada 25 Mac 2011 bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar setelah kaedah lakon semula dijalankan terhadap pelajar ini melalui proses P & P. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendaharaan kata manakala soalan berbentuk karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar mennggunakan perbendaharaan kata dalam membina ayat mudah.
Langkah 7- Menganalisis dan menilai
Analisis dan penilaian akan dilakukan berdasarkan perbandingan keputusan ujian pra dan post bagi menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti simulasi watak.
Langkah 8- Refleksi
Refleksi akan dilakukan bagi membuat penilaian bagi keseluruhan keberkesan kajian ini.
6.2 Sasaran Kajian
Kumpulan sasaran ialah seramai 26 orang yang terdiri daripada pelajar kelas Peralihan Satu yang terdiri daripada pelajar bukan Melayu. Seramai 14 orang perempuan dan 12 orang pelajar lelaki.
6.3 Instrumen Kajian
Kajian ini akan melibatkan beberapa kaedah pengumpulan data seperti di bawah :
Pemerhatian- Pemerhatian akan dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana tahap penguasaan pelajar terhadap penggunaan perbendaraan kata Bahasa Melayu di kalangan pelajar bukan Melayu. Pengkaji juga akan meninjau cara pelajar menyebut perkataan serta melihat cara pelajar ini berkomunikasi di dalam kelas sama ada ketika bertanyakan soalan, menjawab soalan mahupun ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan di dalam kelas.
Ujian Pencapaian- Ujian oral akan dijalankan di mana pelajar perlu menyebut beberapa patah perkataan di dalam Bahasa Melayu. Mereka juga akan diminta berkomunikasi di dalam kumpulan bagi sesi soal jawab untuk mengetahui pencapaian tahap penguasaan pelajar-pelajar tersebut.
6.4 Metod Analisis
Analisis data akan dilakukan bagi mengetahui sejauhmana keberkesanan tindakan kajian yang akan diambil. Dua metod analisis yang akan digunakan ialah:
Ujian pra - merupakan ujian yang akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap pelajar-pelajar tersebut. Ujian pra akan dijalankan pada 10 Januari 2011 bagi mengetahui tahap pencapaiaan pelajar kelas Peralihan Satu ini dalam menguasai sebutan dan perbendaharaan kata Bahasa Melayu. Ujian ini akan melibatkan 26 orang pelajar bukan Melayu. Format ujian ialah soalan berbentuk aneka pilihan sebanyak 10 soalan manakala satu solan berbentuk karangan ringkas akan dijawab oleh pelajar. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan pembendaharaan kata manakala soalan berbentuk karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar mennggunakan pembendaharaan kata dalam membina ayat mudah.
Ujian pasca - ujian yang akan dijalankan selepas aktiviti dijalankan kepada pelajar-pelajar tersebut. Ujian pasca akan dijalankan pada 25 Mac 2011 bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar setelah kaedah lakon semula dijalankan terhadap pelajar ini melalui proses P & P. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendaharaan kata manakala soalan berbentuk karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar mennggunakan perbendaharaan kata dalam membina ayat mudah.
Perbandingan markah di antara dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca akan menentukan keberkesanan tindakan kajian yang diambil. Markah ujian pasca yang lebih tinggi daripada ujian pra menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan berkesan sehingga meningkatkan markah pelajar berbanding sebelum tindakan dijalankan.
Semua peraturan am tentang pentadbiran bagi kedua-dua ujian ini adalah sama dengan pentadbiran ujian penilaian yang lazim diamalkan di sekolah-sekolah. Sebelum ujian dijalankan, persetujuan dengan pihak pentadbiran dan guru mata pelajaran perlu diperolehi. Kedua-dua ujian akan dijalankan dalam masa 60 minit yang mana jangka masa bagi ujian ini bersesuaian dengan satu waktu pelajaran yang terdapat di sekolah ini.
Pemerhatian - Sikap pelajar sebelum dan selepas tindakan diambil boleh dianalisis melalui pemerhatian. Perubahan positif yang dilihat seperti pelajar mampu berinteraksi dalam kumpulan menggunakan perbendaraan kata Bahasa Melayu yang betul menunjukkan keberkesanan tindakan yang diambil. Selain itu pemerhatian ini juga dapat mengenalpasti sikap belajar pelajar-pelajar ini dan bagaimanakah mereka membuat respon terhadap pengajaran guru.
6.5 Pelaksanaan kajian
Aktiviti 1: Menyebut suku kata dengan sebutan yang betul
Bahan yang digunakan : kad bergambar, pen maker, papan putih.
Tarikh : 17 Januari 2011, 7 Mac 2011, & 4 April 2011
Tempoh : 30 minit
Langkah- langkah :

Kad suku kata diedarkan kata kepada setiap pelajar.
10. 10. Pelajar diminta menyebut suku kata yang terdapat pada kad suku kata yang dipegang oleh pengkaji dan mengulang sebutan yang diajar.
11. 11. Pelajar diminta menukarkan kad suku kata yang dipegang dengan rakan-rakan kelas sekurang-kurangnya 10 kali.
12. 12. Oleh itu, mereka dapat menyebut suku kata tersebut sekurang-kurangnya 10 kali secara berulang-ulang.

Aktiviti 2 : Lakonan dalam Kumpulan
Bahan yang digunakan : kad manila, gunting, benang.
Tarikh : 24 Januari 2011, 31 Januari 2011, 14 Mac 2011, 21 Mac 2011, & 11 April 2011.
Tempoh : 30 minit
Langkah-langkah :

Kad manila dan gunting diedarkan kepada pelajar.
13. 13. Pelajar diminta untuk menulis perkataan pada kad manila yang disediakan bagi watak masing-masing dalam lakonan yang akan dilakonkan.
14. 14. Pelajar diminta mengikat benang pada kad manila tersebut dan mengantung pada badan mereka sendiri bagi mewakili watak masing-masing.
15. 15. Lakonan simulasi dimulakan selepas semua bahan yang diperlukan telah disediakan di bawah tunjuk ajar guru.
16. 16. Pelajar perlu menyenaraikan perkataan yang memerihalkan tentang watak masing-masing seperti pekerjaan, pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya.
17. 17. Pelajar akan berkongsi dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah diperolehi.
18. 18. Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa.

Aktiviti 3: Ejaan bagi suku kata yang diajar
Bahan yang digunakan: kertas putih, pensel.
Tarikh: 28 Februari, 28 Mac 2011, & 18 April 2011
Tempoh: 30 minit
Langkah-langkah:

Kertas putih akan diedarkan kepada pelajar.
19. 19. Pelajar diminta menulis nama pada kertas yang diedarkan.
20. 20. Pelajar mengeja perkataan yang disebut oleh guru.
21. 21. Masa ejaan dibekalkan dengan secukupnya.
22. 22. Hasil ejaan dikutip.
23. 23. Tamatnya masa ejaan dan hasil ejaan dibawa untuk disemak dan dinilaikan.

7. Kesignifikanan Kajian
Melalui kajian yang dijalankan terhadap pelajar kelas Peralihan Satu ini serta dapatan yang diperolehi akan dapat dikongsikan bersama-sama dengan beberapa pihak. AJK Kajian Tindakan yang lain boleh menggunakan kajian ini sebagai bahan rujukan bagi mengetahui apakah antara masalah-masalah yang berlaku di sekolah serta penyelesaian yang berkesan melalui kaedah-kaedah yang diperkenalkan mengikut kesesuaian pelajar sasaran ini. Selain itu bakal-bakal guru juga boleh menjadikan kajian ini sebagai rujukan bagi menjalankan kajian tindakan pada masa akan datang.
Guru-guru sekolah melalui aktiviti perkembangan staf boleh menggunakan kajian tindakan yang dijalankan bagi memberi pengetahuan dan latihan kepada guru-guru dalam mempertingkatkan lagi kemahiran keguruan bagi menaikkan lagi taraf profesion perguruan ini. .
Guru-guru Bahasa Melayu pula dapat mempelbagaikan pendekatan yang digunakan dalam proses P&P agar sesi pembelajaran dapat berlangsung dalam suasana yang interaktif dan menarik. Selain itu dapatan ini juga boleh diubahsuai dan diaplikasikan di sekolah bagi tujuan mempertingkatkan penguasaan sebutan serta pembehandaraan kata pelajar-pelajar.
8. Anggaran Perbelanjaan
AKTIVITIJUMLAHPerjalananRM 30Percetakan soal selidik/ujianRM 10Percetakan modul/bahan pengajaranRM 15Percetakan proposal kajian tindakan RM 5JumlahRM 60
9. Jadual Kerja
BILAKTIVITIANGGARAN1Mengenalpasti masalah 1 Minggu2Pengumpulan data 1 Minggu3Pembahagian tugas antara ahli kumpulan1 Hari4Menulis proposal kajian1 Minggu5Mengemaskini proposal kajian2 Hari7.Perbentangan Proposal1 Hari8.Menghantar proposal1 Hari
10. Bibliografi
Abdullah Hassan, (1989), Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Abdullah Hassan, (1989), Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Norjiah Bt. Sulaiman, (1996), Kajian Tindakan: Penyelidikan Dalam Bilik Darjah, Kementerian Pendidikan Malaysia
LAMPIRAN
SOALAN UJIAN PRA
SOALAN ANEKA PILIHAN (20 MARKAH)
Pilih jawapan yang betul berdasarkan pilihan yang diberikan.
1. Ali datang ____sekolah dengan menaiki bas.
a) daripada
b) dari
c) kepada
d) ke
2. Ali dan Abu adalah sahabat baik._______ suka memancing ikan.
a) Kami
b) Saya
c) Dia
d) Mereka
3. Rama gembira kerana telah memenangi tempat yang_________ di dalam acara lumba lari.
a) dua
b) satu
c) pertama
d) terakhir
4. Ayah tetap tersenyum ________ letih.
a) walaupun
b) bagaimanapun
c) sebab
d) malahan
5. ___________ kamu menangis?
a) Mengapakah
b) Siapakah
c) Di manakah
d) Bagaimanakah
6. _________ rumah kamu?
a) Siapakah
b) Mengapakah
c) Di manakah
d) Apakah
7. Dia seorang yang rajin _____ baik hati.
a) tetapi
b) dan
c) atau
d) walau
8. _________ seorang pelajar perempuan.
a) Saya
b) Kami
c) Mereka
d) Kita
9. Emak sedang ________ baju di ampaian.
a) melipat
b) melontar
c) menyidai
d) membasuh
10. Aminah menulis ________ untuk bapanya di kampong.
a) surat
b) surat khabar
c) memo
d) laporan
SOALAN PENULISAN (20 MARKAH)
Tuliskan karangan yang bertajuk keluarga saya.
SOALAN UJIAN POS
SOALAN ANEKA PILIHAN (20 MARKAH)
Pilih jawapan yang betul berdasarkan pilihan yang diberikan.
1. Bapa saya seorang yang _____________. Dia selalu menasihati kami agar belajar bersungguh-sungguh.
a) pemarah
b) pemalu
c) pendiam
d) penyayang
2. Emak suka menanam bunga. Rumah kami dipenuhi ___________ yang sangat cantik.
a) sayur-sayuran
b) buah-buahan
c) bunga-bungaan
d) pokok-pokok
3. Doktor Hadi sedang _____________ pesakit yang cedera parah akibat kemalangan jalan raya.
a) merawat
b) membatu
c) mengukur
d) melihat
4. Budak-budak nakal itu ___________ dengan laju ketika dikejar oleh polis.
a) berlari
b) melompat
c) menendang
d) menjerit
5. Maznah menangis __________ ketika menonton filem sedih di televesyen.
a) teresak-esak
b) terbahak-bahak
c) terbatuk-batuk
d) terjerit-jerit
6. Cikgu ____________ kami agar belajar dengan bersungguh-sungguh.
a) menasihatkan
b) mengajar
c) memarahi
d) mengarahkan
7. Perdana Menteri Malaysia yang keenam ialah Dato seri Najib Tun Razak.________
berasal daripada Pahang.
a) Saya
b) Dia
c) Beliau
d) Mereka
8. Raju sedang ________ rumput di halaman rumahnya.
a) memotong
b) menggunting
c) menyiram
d) membakar
9. Adik sedang _____________ sampah menggunakan penyapu.
a) menyapu
b) membuang
c) membakar
d) membaling
10. Kedai itu menjual____________ barangan runcit.
a) ramai
b) banyak
c) pelbagai
d) semua
SOALAN PENULISAN (20 MARKAH)
Tuliskan karangan yang bertajuk cita-cita saya.
Temubual antara pengkaji dan responden
Pengkaji: Noorhayati bt Sulaiman
: Junaidah bt Jusoh
: Elizabeth Linda Ugap
: So Bee Bee
Responden: Cikgu Chooi Kim Wai
Jawatan: Guru Matapelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan Satu
Pada 20 Ogos 2010, kami telah ke SMK Hutan Melintang, Teluk Intan, Perak untuk menemubual guru Bahasa Melayu yang mengajar kelas peralihan Satu. Berikut merupakan hasil temubual yang telah dijalankan.
Kami: Salam sejahtera cikgu. Kami merupakan pelajar DPLI dari UPSI. Tujuan kami ke sini adalah untuk mengetahui serba sedikit tentang penguasaan pelajar peralihan Satu dalam pengunaan Bahasa Melayu.
Cikgu: Salam sejahtera. Saya berbesar hati untuk membantu kamu semua.
Kami: Terima kasih, cikgu. Pertama sekali, kami ingin mengetahui berapakah jumlah pelajar yang berada dalam kelas peralihan Satu ini? Berapa orang pelajar lelaki dan perempuan?
Cikgu: Jumlah pelajar adalah 26 orang. Mereka terdiri daripada 12 lelaki dan 14 perempuan.
Kami: Bagaimana penguasaan mereka dalam penggunaan Bahasa Melayu?
Cikgu: Oh, amat mendukacitakan. Penguasaan mereka dalam penggunaan Bahasa Melayu amat lemah. Mereka kurang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan sebutannya juga selalunya salah. Perbendaharaan kata juga amat sedikit.
Kami: Pada pendapat cikgu, mengapakah mereka ini sangat lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu?
Cikgu: Pada hakikatnya, mereka ini lemah dalam semua mata pelajaran lebih-lebih lagi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemungkinan besar mereka tidak berminat untuk menguasai Bahasa Melayu kerana menganggap subjek ini susah untuk dikuasai dan mereka lebih gemar kepada bahasa ibunda mereka.
Kami: Bagaimana sikap mereka ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung?
Cikgu: Mereka tidak menunjukkan respon yang baik. Mereka tidak menunjukkan minat untuk
mempelajari Bahasa Melayu. Sesetengah daripada mereka membuat kerja masing-masing. Ada yang berbual sesama sendiri dan ada juga yang terlopong seolah-olah tidak memahami apa yang saya cakap dan ajar.
Kami: Apa pendekatan yang telah cikgu gunakan untuk mengatasi masalah di kalangan mereka ini?
Cikgu: Saya telah mengajar mereka dengan cara mengulangi sebutan yang saya sebut untuk fasihkan mereka dalam sebutan, kaedah bercerita untuk menambah perbendaharaan kata mereka dan juga nyanyian untuk menarik minat mereka dalam p&p Bahasa Melayu.
Kami: Sudah berapa lama pendekatan ini dilaksanakan?
Cikgu: Masih baru lagi. Dalam tempoh 2 bulan.
Kami: Bagaimana respon pelajar?
Cikgu: Lebih menunjukkan minat untuk belajar. Mungkin jika ada lebih banyak aktiviti-aktiviti dalam p&p lebih menyeronokkan mereka untuk belajar.
Kami: Bolehkah kami mendapatkan markah mereka untuk peperiksaan pertengahan tahun bagi mata pelajaran Bahasa Melayu?
Cikgu: Sudah tentu. Nanti saya berikan kamu salinannya.
Kami: Terima Kasih. Nampaknya itu sahajalah yang ingin kami ajukan soalan kepada cikgu mengenai peguasaan pelajar peralihan Satu dalam penggunaan Bahasa Melayu. Terima kasih sekali lagi atas kerjasama yang cikgu berikan.
Cikgu: Sama-Sama.