SlideShare a Scribd company logo
1 of 83
TEORI FEMINIS
PENGENALAN

• Teori feminis merangkumi sistem idea tentang
  kehidupan sosial dan pengalaman manusia
  yang berkembang atas asas persoalan wanita
  dalam masyarakat.
• Dengan kata lain, teori feminis adalah
  berpusarkan wanita (women-centered). Ini
  dilihat dari tiga sudut:
1. Objek penelitian bagi teori feminis dan juga
   titiktolak bagi semua kajian yang dilakukan adalah
   berkisar pada keadaan dan pengalaman kaum
   wanita;
2. Wanita dijadikan subjek/topik pokok (central
   subject) dalam semua proses penyelidikan, dan
   segala perkara adalah dilihat dari kacamata wanita.
3. Teori feminis yang memihak kepada persoalan
   wanita ini bertujuan mewujudkan satu suasana
   kehidupan yang lebih baik bukan sahaja kepada
   kaum wanita, tetapi kepada seluruh umat manusia.
• Pada umumnya teori feminis tidak mahu
  melihat gender menjadi faktor atau isu yang
  memisahkan penduduk atas dasar jantina;
  mendiskriminasikan atau menyekat peluang
  wanita dalam berbagai-bagai bidang
  kehidupan; meletakkan kedudukan wanita
  lebih rendah daripada kedudukan lelaki;
  menggenakan tekanan dan juga eksploitasi ke
  atas mereka; menyifatkan mereka sebagai
  kelompok khusus dan terpinggir, dll.
• Teori feminis mementingkan kesaksamaan
  hak, taraf, kedudukan, dan peluang yang sama
  bagi insan tidak kira dia lelaki atau
  perempuan.
• Dengan kata lain, persoalan gender tidak
  menjadi isu dalam segala perkara dan
  keadaan.
JENIS TEORI FEMINIS KONTEMPORARI


    Mengikut Ritzer (1996), teori feminis kontemporari
    terbahagi kepada empat jenis atau dilihat dari
    empat sudut, iaitu:
   Perbezaan Gender (Gender Difference)
   Ketidaksamaan Gender (Gender Inequality)
   Tindasan Atas Dasar Gender (Gender Oppression)
   Feminisma Gelombang-Ketiga (Third-Wave
    Feminism)
PERBEZAAN GENDER

• Teori feminis melihat isu perbezaan gender
  dari sudut-sudut berikut:
• Istilah ‘perbezaan’ yang digunakan bagi
  menjelaskan perbezaan antara kaum lelaki
  dan kaum wanita (perbezaan gender)
  dikatakan lebih baik digunakan bagi
  menjelaskan secara teoritis isu tentang
  perbezaan di kalangan wanita.
• Isu gender tidak penting dalam ‘human
  personhood’ (peribadi manusia).
• Bagi golongan pasca-moden, yang lebih utama
  bukan gender tetapi peraturan yang cair
  (fluid) dan yang sentiasa berkembang dalam
  interaksi antara manusia (tidak kira jantina)
  mengikut konteks satu-satu keadaan
• Berkaitan dengan itu, perbezaan gender tidak
  hanya dilihat dari segi langkah untuk
  menggubal dasar-dasar yang spesifik bagi
  menangani isu tentang wanita seperti cuti
  bersalin, penyelidikan barah payudara dsb,
  tetapi sepatutnya digunakan bagi menggubal
  dasar yang lebih luas merangkumi seluruh
  penduduk tanpa mengira soal gender.
• Teori tentang perbezaan gender tidak harus
  bersifat ‘essentialist’, bermaksud, seseorang
  itu tidak boleh dianggap mempunyai atau
  tidak mempunyai sifat-sifat tertentu sebagai
  sebahagian daripada sifat kejadian beliau
  samaada sebagai lelaki atau pun sebagai
  perempuan.
• Seperti yang dinyatakan, teori feminis
  berpusarkan wanita (women-centered), dan
  menjadikan isu wanita sebagai isu utama
  dalam perbincangan dan penelitian.
• Ini berpunca daripada keadaan di mana
  perkara-perkara berkaitan dengan wanita
  diketepikan oleh masyarakat [dominan lelaki]
  di sepanjang sejarah ketemadunan manusia.
• Dalam hampir semua masyarakat (lebih-lebih
  lagi pada zaman tradisi atau zaman pra-
  moden), kedudukan kaum wanita pada
  umumnya adalah rendah (inferior) daripada
  kedudukan kaum lelaki.
• Malah, ada yang menganggap wanita tidak
  ada tempat langsung dalam masyarakat.
• Mereka adalah tertakluk (subservient) kepada
  kuasa dan autoriti kaum lelaki, khususnya
  kepada anak perempuan tertakluk kepada
  kuasa bapa, isteri kepada kuasa suami, dan
  akhirnya ibu kepada kuasa anak lelaki.
• Wanita tidak dibenarkan menyuarakan
  pendapat sendiri, malah terpaksa akur kepada
  apa yang diputuskan oleh lekaki terhadap
  mereka.
• Banyak contoh dapat diberi tentang
  kedudukan inferior kaum wanita dalam
  masyarakat ini baik di Barat maupun di Timur.
• Hingga kini pun, kebanyakan masyarakat di
  dunia termasuk masyarakat Melayu masih
  meletakkan wanita itu pada kedudukan lebih
  rendah daripada kedudukan kaum lelaki.
• Mereka tidak diberi peluang yang seluas diberi
  kepada lelaki dalam pelbagai bidang
  kehidupan (ekonomi, politik, pendidikan, dll).
• Pemodenan dan perubahan masyarakat telah
  membuka lambaran baru bagi kaum wanita,
  seterusnya sedikit demi sedikit membebaskan
  mereka daripada keadaan ‘inferior,
  subservient’, dll. yang membelenggu mereka
  itu.
• Ini dapat dikaitkan secara langsung atau
  secara tidak langsung dengan gerakan feminis.
• Pada akhir abad 19 misalnya, para pendokong
  idea atau gagasan feminisma budaya (cultural
  feminism) seperti Margaret Fuller, Jane
  Adams, dll. mengenengahkan sifat-sifat positif
  yang ada pada diri dan peribadi wanita.
• Mereka mengatakan masyarakat sangat
  memerlukan sifat-sifat yang ada pada wanita
  seperti kasih sayang, kemesraan, keterbukaan
  dari segi emosi, mementingkan perpaduan
  dan kerjasama, keadilan, kedamaian, tidak
  suka bergaduh dll. bagi tujuan pentadbiran
  negara dan penyelesaian konflik.
• Bagi mereka soal perbezaan gender
  menidakkan keterlibatkan dan sumbangan
  wanita secara positif dalam masyarakat,
  sedangkan jika perbezaan itu tidak
  diwujudkan [oleh masyarakat dominan lelaki],
  maka masing-masing gender dapat sering
  sering sumbang-menyumbangi.
Perkara ini disokong dengan penjelasan
    penjelasan berikut:

•    Penjelasan Biologi
•    Penjelasan Institusi dan Sosialisasi
•    Penjelasan Amalan Interaksi
•    Penjelasan Sosio-Psikologi
Penjelasan Biologi
• Secara biologis, setiap gender mempunyai sifat
  dan kelebihan tersendiri yang tidak ada pada
  gender lain, misalnya dari segi hormon,
  sensitiviti kepada cahaya dan suara dan
  sensitiviti kepada penghubung kanan atau kiri
  otak.
• Jadi, setiap gender mesti menerima hakikat
  ini, lantas mengambil kelebihan yang ada
  pada satu-satu gender bagi menampung
  kekurangan yang ada pada gendernya sendiri.
• Lelaki mesti mengakui yang wanita secara
  biologis mempunyai lebih sifat kasih sayang
  dan lebih sesuai mendidik serta menjaga anak
  daripada mereka sendiri.
• Dengan demikian kelebihan wanita adalah
  penting bagi mengisi atau menampung
  kekurangan lelaki dalam kehidupan keluarga.
Penjelasan Institusi &
           Sosialisasi
• Perbezaan gender dan seterusnya perbezaan
  kedudukan antara gender adalah hasil
  daripada perbezaan peranan yang diajar dan
  diterapkan kepada lelaki dan juga kepada
  perempuan dalam proses sosialisasi.
• Lelaki diajar untuk menjalankan peranan
  dalam sektor pekerjaan dan wanita dalam
  sektor rumahtangga.
• Dengan demikian perkembangan berikutnya
  berkaitan dengan pengalaman dan kejadian
  setiap gender itu adalah dicorakkan oleh
  sektor yang berkaitan dengan gender
  tersebut.
• Jadi, perbezaan gender itu serta kedudukan
  gender adalah dicorakkan oleh manusia
  sendiri dalam masyarakat.
• Golongan feminis berpendapat jika tidak
  dicorakkan sedemikian, maka setiap gender
  akan berpeluang merealisasikan kebolehan
  dan potensi masing-masing secara bebas
  tanpa perlu akur kepada ketetapan dalam
  skrip gender (gendered script)
Penjelasan Amalan Interaksi

• Ini berkaitan rapat dengan penjelasan institusi
  dan sosialisasi di atas.
• Proses sosialisasi menjadi penyebab utama
  bagi pembentukan tingkahlaku dan sahsiah
  seseorang mengikut gender.
• Lelaki tidak digalakkan untuk terlibat dalam
  kegiatan yang ‘halus dan lembut’, begitu juga
  perempuan ditegah melakukan perbuatan
  atau kegiatan yang ‘kasar’.
• Keadaan ini mewujudkan dikotomi atau garis
  pemisah yang tetap antara tingkahlaku dan
  sahsiah lelaki dan perempuan.
Penjelasan Sosio-Psikologi
• Dalam sejarah tamadun manusia, segala
  keterangan tentang gender dizahirkan dalam
  konsep dan perkataan berdasarkan
  pengalaman lelaki, dan ini telah tertanam
  dengan kuat dalam pemikiran masyarakat.
• Dengan demikian, adalah sukar bagi wanita
  untuk menjelaskan diri mereka mengikut
  pengalaman mereka sendiri.
• Golongan feminis [Perancis] berjuang untuk
  mewujudkan ‘vocabulary’ atau
  konsep/perkataan yang berlandaskan wanita
  (female-based vocabulary) serta menolak
  budaya lelaki.
• Ada yang menuntut supaya sifat kejadian
  wanita yang distingtif (women’s distinctive
  ways of being) itu diakui sebagai satu kelainan
  atau sebagai alternatif kepada cara lelaki
  (male modes).
• Mereka juga menuntut supaya pengetahuan
  umum (public knowledge), keserjanaan
  akademik (academic scholarship), serta setiap
  pola kehidupan sosial perlu mengambil kira
  secara serius sifat dan cara kejadian wanita
  (female ways of being).
• Hanya dengan itu, dikatakan dunia ini akan
  menjadi lebih aman dan menjadi tempat yang
  lebih berperikemanusiaan (more humane
  place) kepada semua insan.
KETIDAKSAMAAN GENDER
• Gagasan utama teori feminis dari sudut
  ketidaksamaan gender ini adalah: ‘dalam
  banyak keadaan kaum wanita bukan sahaja
  berbeza daripada kaum lelaki, tetapi juga
  mereka tidak mempunyai kedudukan yang
  istimewa (less privileged) seperti kaum lelaki.
• Dengan kata lain, kedudukan kaum wanita itu
  adalah tidak sama (unequal) dengan
  kedudukan kaum lelaki’
Ketidaksamaan gender dalam masyarakat
  dilihat dari aspek-aspek berikut:
• Dari segi agihan sumber material (material
  resources), kedudukan sosial, kuasa, dll. kaum
  wanita, pada umumnya tidak mendapat
  bahagian dan hak yang sama banyak (iaitu
  kurang) daripada bahagian atau hak yang
  diperolehi oleh kaum lelaki.
• Ketidaksamaan ini adalah hasil daripada
  organisasi masyarakat yang tidak mengambil
  kira sebarang bentuk perbezaan signifikan dari
  segi biologi dan juga dari segi sahsiah
  (personality) antara lelaki dan perempuan.
• Manusia (lelaki dan perempuan) semuanya
  mempunyai keinginan untuk kebebasan dan
  juga untuk merealisasikan potensi yang ada
  pada diri masing-masing (self-actualization).
• Namun demikian, kaum wanita tidak
  mendapat hak dan peluang yang sama seperti
  kaum lelaki untuk memenuhi tujuan-tujuan di
  atas.
Keadaan ini bertitiktolak daripada teori
  perbezaan gender, khususnya yang
  menyentuh aspek-aspek berikut:
• Pembahagian tugas berdasarkan
  jantina/gender
• Activiti sosial mengikut sektor yang
  berasingan, iaitu sektor public dan sektor
  private
• Keterlibatan kaum lelaki dalam sektor public
  dan kaum wanita dalam sektor private, dan
• Proses sosialisasi sistematik bagi kanak-kanak
  supaya mereka dibekalkan dengan
  pengetahuan serta kemahiran untuk
  memasuki sektor yang dihubungkan dan
  gender masing-masing.
• Mereka berpendapat sektor private yang
  menjadi monopoli kaum wanita penuh
  dengan ‘tugas-tugas yang mendesak
  (demanding), yang tidak berminda (mindless),
  tidak berbayar (unpaid) dll. berkaitan dengan
  urusan rumahtangga, mendidik anak, dan
  melayan suami (dari segi praktical, emosi, dan
  seksual).
• Sebaliknya, sektor yang penuh ganjaran dari
  segi kewangan, kuasa, status, kebebasan,
  peluang untuk kemajuan diri dll. adalah sektor
  public yang dimonopoli oleh kaum lelaki.
• Sistem dalam masyarakat yang menyekat
  kemasukan wanita dalam sektor public, yang
  membebankan mereka dengan pelbagai tugas
  dan tanggungjawab dalam sektor private,
  yang memenjarakan mereka di rumah-rumah,
  dan yang memberi pelepasan kepada kaum
  lelaki untuk sama-sama memikul beban tugas
  dalam sektor private adalah semuanya
  menjurus kepada ketidaksamaan gender.
• Pendokong teori ketidaksamaan gender ini
  mengatakan, gerakuasa yang menyebabkan sistem
  yang dinyatakan di atas itu wujud adalah sexism,
  iaitu satu ideologi yang terkandung di dalamnya
  fahaman dan amalan bersifat diskriminatif terhadap
  wanita, dan juga fahaman bahawa perbezaan
  ‘semula jadi’ antara lelaki dan perempuan itu sesuai
  dengan destini sosial masing-masing (iaitu lelaki
  sebagai pencari nafkah keluarga dan wanita sebagai
  pengurus rumahtangga)
• Disebabkan oleh sexism, kaum wanita
  dikatakan telah dialihkan (dwindle) untuk
  tidak menikmati kemanusian sepenuh (full
  humanness).
• Satu contoh menarik tentang perkara ini
  ditunjukkan oleh Jessie Bernard dalam
  penulisan beliau bertajuk The Future of
  Marriage (1982).
• Bernard mengatakan dari segi budaya,
  perkahwinan (marriage) itu adalah satu
  destini dan sumber kesempurnaan
  (fulfillment) bagi wanita, sedangkan bagi lelaki
  perkawinan adalah sesuatu yang
  menggabungkan alam rumahtangga
  (domesticity), tanggungjawab, dan keadaan
  yang terikat (constraints).
• Dari segi institusi pula, perkahwinan
  memperkasakan (empowers) peranan suami,
  di samping membebankan isteri dengan
  pelbagai tugas rumahtangga, menjadikan
  beliau terlalu bergantung kepada suami,
  berpuashati dengan apa yang diberikan oleh
  suami, dll.
• Bernard juga mengatakan perkahwinan itu
  terbahagi kepada dua, iaitu (1) perkahwinan
  bagi lelaki, dan (2) perkahwinan bagi wanita,
  setiap satu mempunyai ciri tersendiri.
• Perkahwinan bagi lelaki membawa kepada
  keadaan di mana lelaki itu merasai terikat, dan
  terbeban di samping beliau mempunyai kuasa
  dan hak terhadap segala perkhidmatan dan
  layanan (praktikal, emosi, dan seksual) dari
  isterinya.
• Perkahwinan bagi wanita pula, sepertimana
  yang dikatakan di atas adalah satu destini dan
  sumber kesempurnaan (fulfillment).
• Di samping itu, dengan berkahwin, wanita
  akan terjebak serta terkongkong dalam alam
  rumah tangga, menjalankan tugas dan
  tanggungjawab sebagai isteri, ibu, dan
  pengurus rumahtangga.
• Perkahwinan menyebabkan wanita teralih
  (dwindle) daripada menikmati kemanusian
  sepenuh (full humanness) sepertimana yang
  mereka alami sebelum berkahwin.
JENIS TEORI FEMINIS

    Mengikut Ritzer (1996), teori feminis terbahagi
    kepada empat jenis atau dilihat dari empat sudut,
    iaitu:
•   Perbezaan Gender (Gender Difference)
•   Ketidaksamaan Gender (Gender Inequality)
•   Tindasan Atas Dasar Gender (Gender Oppression)
•   Feminisma Gelombang-Ketiga (Third-Wave
    Feminism)
TINDASAN GENDER
• Perkembangan teoritikal tentang feminisma
  pada masa kini kebanyakannya berkisar pada
  isu-isu tentang tekanan gender.
• Teori ini pada dasarnya berfokus kepada
  persoalan dominasi, kongkongan, dan tekanan
  kaum lelaki ke atas wanita.
• Dominasi kaum lelaki ke atas wanita ini
  dikatakan berpunca daripada struktur
  patriarchy atau hasil daripada struktur
  patriarchy tersebut.
• Patriarchy is a social system in which the
  father is the head of the family and men have
  authority over women and children) [ The
  American Heritage Dictionary].
• Patriaki adalah sistem sosial di mana bapa
  adalah menjadi ketua keluarga, dan lelaki
  mempunyai autoriti ke atas wanita dan kanak-
  kanak.
• Dalam sejarah tamadun manusia terutama
  dalam masyarakat patrilineal, (Eropah, Arab,
  China, India, dll), bapa menjadi ketua
  keluarga dan mempunyai hak mutlak ke atas
  isteri dan anak-anak.
• Dalam sesebuah keluarga besar (extended
  family), lelaki paling senior iaitu datuk
  bertindak sebagai seorang patriarch.
• Walaupun Dalam masyarakat matrilineal
  (Nayar, Hopi, Trobriands, Minangkabau dll)
  seseorang lelaki itu tidak menjadi ketua bagi
  keluarga prokreasinya, tetapi beliau tetap
  berkuasa dalam keluarga orientasinya, dan
  semua saudara perempuan berserta anak-
  anak mereka (anak saudara keibuan bagi lelaki
  tersebut) tunduk kepada kuasa dan autoriti
  beliau.
Sistem Nasab Bapa
Sistem Nasab Ibu
• Robin Fox (1967) mengatakan dalam semua
  sistem kekeluargaan (kinship system) atau
  lelaki adalah orang yang berkuasa dan
  mengenakan kawalan ke atas anggota
  keluarga yang lain (It is always men who
  exercise control)
• Walaupun ada pendapat mengatakan dalam
  sejarah tamadun manusia sebelum wujudnya
  sistem patriarchy, terlebih dahulu wujud
  sistem matriarchy, tetapi pendapat ini tidak
  dapat dipertahankan kerana kekurangan
  bukti.
• Sistem patriarchy ini dikatakan sentiasa
  dipertahankan oleh kaum lelaki
  (diperkukuhkan oleh agama dan budaya).
• Lantaran itu wanita di sepanjamg sejarah
  tamadun manusia adalah didominasikan,
  ditakluki, ditindas dan ditekan oleh lelaki.
• Sigmund Freud misalnya, mengatakan ‘wanita
  adalah manusia kelas-dua, mempunyai sifat-
  sifat pemikiran (psychic nature) yang tidak
  sama (lebih rendah) daripada lelaki, dengan
  demikian mereka hanya sesuai untuk
  menikmati hidup yang lebih rendah tarafnya
  daripada kehidupan kaum lelaki’ (c.f. Ritzer,
  1996:458)
• Para pendokong teori tindasan gender
  (gender oppression) mengatakan walaupun
  dalam masyarakat terdapat tindasan satu
  pihak ke atas pihak yang lain atas dasar kelas,
  kasta, ras, etnik, umur, dll., tetapi struktur
  tindasan yang paling meluas dan yang paling
  fundamental adalah tindasan gender melalui
  sistem patriarchy.
• Melalui penyertaan dalam sistem patriarchy,
  kaum lelaki dikatakan mempelajari bagaimana
  mereka dapat menganggap orang lain [kaum
  wanita] sebagai tidak berguna (contempt),
  seolah-olah bukan manusia yang mesti
  dikuasai dan ditakluki.
• Patriarchy juga dikatakan membawa kepada
  paksaan (repression), kekejaman, sadisma,
  penghinaan, manipulasi dan penipuan kaum
  lelaki ke atas wanita dan kanak-kanak.
• Imej negatif patriarchy juga dapat dilihat dari
  segi kekejaman kaum lelaki serta organisasi
  yang didominasikan oleh lelaki ke atas wanita,
  samaada bersifat terbuka atau pun
  terselindung.
• Kekejaman yang bersifat terbuka termasuk: rogol,
  deraan seksual, pelacuran yang dipaksa (enforced
  prostitution), deraan isteri, sumbang muhrim,
  gangguan seksual, dll., amalan (tradisi) seperti
  membungkus kaki (foot-binding) di kalangan
  masyarakat Tionghua, institusi sati (iaitu isteri yang
  masih hidup dibakar bersama suami yang telah
  meninggal dunia) di kalangan masyarakat India,
  pembunuhan anak perempuan (female infanticide) di
  kalangan masyarakat Tionghua dan India,
  pembakaran tukang sihir (witch burning) dalam
  masyarakat Eropah (tradisi) dll.
In China, Chinese women were forced into killing their
own babies due to the Chinese government laws that
only one child per couple in the urban areas and two in
the rural areas (Humanist Expose on China Gender-
cide, 2002). Female infanticide occurs because in
Chinese families, boys are needed to support their
parents when they are old.

“A newborn girl, her naked body still warm, lies dead in
the gutter alongside a road in a small town in Hunan
province. She clearly has been dumped and has just
died. On their way to work most passersby ignore the
child. Some stop to stare and then walk on. Life goes
on as normal” (Shanam Saini, 2004)


(http://www.stkate.edu/art/student/nengl/china_infanticide.pdf)
Tamil Nadu: Lakshmi already had one daughter, so when
she gave birth to a second girl, she killed her. For the three
days of her second child's short life, Lakshmi admits, she
refused to nurse her. To silence the infant's famished
cries, the impoverished village woman squeezed the milky
sap from an oleander shrub, mixed it with castor oil, and
forced the poisonous potion down the newborn's throat.
The baby bled from the nose, then died soon afterward.
Female neighbors buried her in a small hole near
Lakshmi's square thatched hut of sunbaked mud. They
sympathized with Lakshmi, and in the same
circumstances, some would probably have done what she
did.

http://www.gendercide.org/case_infanticide.html
• Sementara kekejaman yang tidak begitu
  terbuka/terselindung pula termasuk: tindasan
  serta diskriminasi kaum wanita dalam bidang
  ekonomi, sekatan peluang untuk mereka
  merealisasi potensi yang ada pada diri
  mereka, sikap memandang rendah terhadap
  wanita, membebankan mereka dengan tugas
  rumahtangga dll.
THE STAR Monday February 23, 2009


Women first to be retrenched

KUALA LUMPUR: Employers are still discriminating against women
when it comes to retrenchment. Deputy Women, Family and
Community Development Minister Noriah Kasnon said the
Government was concerned with the statistics as half of the
workers retrenched recently in the current economic crisis were
women, despite them making up only 35% of the country’s total
workforce. “Female workers may be contributing towards their
companies’ productivity.
“But when an economic slowdown occurs, they are still the first to
be asked to go, with excuses that many of them tend to focus on
their family or are pregnant regularly,” she said.
• Pendokong teori feminis mengatakan wanita
  akan bebas daripada tindasan/opresi kaum
  lelaki ke atas mereka dengan cara mengatasi
  atau melemahkan sistem patriarchy yang
  dibincangkan di atas.
Mereka mencadangkan beberapa cara/
langkah untuk tujuan tersebut. Ini
termasuk perkara-perkara berikut:
1. Menimbulkan kesedaran di kalangan
wanita supaya setiap seorang daripada
mereka perlu mengakui bahawa mereka
mempunyai nilai dan kekuatan sendiri;
2. Menolak desakan atau tekanan bersifat
patriarchal daripada lelaki yang
memperlihatkan wanita sebagai lemah,
mempunyai sikap bergantung (dependent),
dan warga masyarakat kelas-dua;
3. Bersatu dan bekerjasama dengan wanita
lain tanpa mengira perbezaan kedudukan di
kalangan mereka dengan cara menubuhkan
persatuan, organisasi wanita, persaudaraan
(sisterhood) dsb;
4. Mengambil tindakan radikal
seperti menolak lelaki dengan
cara mendapat kepuasan
seksual melalui kegiatan
homoseks (lesbian love
relationships).
• Feminisma lesbian dikatakan sebagai amalan
  dan juga kepercayaan bahawa ‘komitmen
  erotis/emosi wanita kepada wanita adalah
  sebahagian daripada tentangan mereka
  terhadap dominasi patriakal (erotic and/or
  emotional commitment to women is part of
  resistance to patriarchal domination) [ Taylor
  & Rupp, 1993]
FEMINISMA GELOMBANG KETIGA

• Feminisma gelombang ketiga dihubungan
  dengan gerakan feminisma radikal yang
  bermula pada tahun 1980-an hingga sekarang.
• Gerakan feminis pada gelombang pertama
  (pertengahan abad 19 – awal abad 20) dan
  juga feminisma gelombang kedua (1920-1980)
  lebih menumpukan perhatian kepada
  perbezaan, ketidaksamaan, dan
  tindasan/opresi gender, sedangkan feminisma
  gelombang ketiga, di samping meneruskan
  tumpuan kepada isu-isu berkenaan juga
  mengambil kira soal-soal perbezaan antara
  wanita sendiri.
• Perbezaan antara wanita ini dilihat pada
  peringkat global merentasi faktor ras, etnik,
  kelas, umur dll.
• Feminisma gelombang ketiga bukan sahaja
  mempersoalkan isu perbezaan serta dominasi
  lelaki ke atas wanita, tetapi juga perbezaaan
  dan ketidaksamaan antara wanita, [serta
  dominasi wanita ke atas wanita].
• Ini jelas berlaku dalam masyarakat berkelas di
  mana terdapat pebezaan kedudukan, kuasa,
  serta status di kalangan wanita.
• Ada yang telah berjaya melepaskan diri
  mereka daripada terus dikongkong dan
  dikuasai oleh lelaki, namun demikian masih
  terdapat sebilangan besar kaum wanita yang
  masih berada dalam keadaan lama.
• Ada juga wanita memperalatkan atau
  mengekploitasikan kaum sejenis dalam
  berbagai sektor (public dan juga private),
  [malah, mungkin lebih teruk daripada
  dominasi lelaki ke atas wanita].
• Begitu juga, terdapat perbezaan dan
  ketidaksamaan di kalangan wanita serta
  dominasi kaum wanita atas dasar warna kulit,
  contohnya, perbezaan, dan ketidaksamaan
  antara wanita kulit putih dan wanita kulit
  hitam, antara wanita barat dan wanita timur,
  dan [antara wanita dari satu kelompok etnik
  dengan wanita dari kelompok etnik yang
  lain,dll].
• Pada umumnya, feminisma gelombang ketiga
  memperjuangkan kesaksmaan antara wanita
  sejagat merentasi faktor ras, etnik, kelas,
  umur dll yang disebutkan.

More Related Content

What's hot

Bab 1 sosiologi dan pembelajaran
Bab 1 sosiologi dan pembelajaranBab 1 sosiologi dan pembelajaran
Bab 1 sosiologi dan pembelajaranAsyikin4996
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialFirdaus Zailan
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiriVince Here
 
Prinsip asas kemoralan
Prinsip asas kemoralanPrinsip asas kemoralan
Prinsip asas kemoralanzakirah yaakob
 
PSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori PsikoanalitikPSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori Psikoanalitikartventure ipkt
 
Isu jantina dalam kaunseling kerjaya
Isu jantina dalam kaunseling kerjayaIsu jantina dalam kaunseling kerjaya
Isu jantina dalam kaunseling kerjayazakwan azhar
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANIeta Sa'ad
 
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)Muhd Hasrul
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosialparydave
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosialHalizawwh
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 
Kaedah penyelidikan-etnografi
Kaedah penyelidikan-etnografiKaedah penyelidikan-etnografi
Kaedah penyelidikan-etnografiwmkfirdaus
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori BehaviorismeLor Lagi
 

What's hot (20)

Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Bab 1 sosiologi dan pembelajaran
Bab 1 sosiologi dan pembelajaranBab 1 sosiologi dan pembelajaran
Bab 1 sosiologi dan pembelajaran
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosial
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiri
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Prinsip asas kemoralan
Prinsip asas kemoralanPrinsip asas kemoralan
Prinsip asas kemoralan
 
PSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori PsikoanalitikPSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori Psikoanalitik
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Teori Sigmund Freud
Teori Sigmund FreudTeori Sigmund Freud
Teori Sigmund Freud
 
Teori Abraham Maslow
Teori Abraham MaslowTeori Abraham Maslow
Teori Abraham Maslow
 
Jean piaget
Jean piagetJean piaget
Jean piaget
 
Isu jantina dalam kaunseling kerjaya
Isu jantina dalam kaunseling kerjayaIsu jantina dalam kaunseling kerjaya
Isu jantina dalam kaunseling kerjaya
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
 
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosial
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
Kaedah penyelidikan-etnografi
Kaedah penyelidikan-etnografiKaedah penyelidikan-etnografi
Kaedah penyelidikan-etnografi
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori Behaviorisme
 

Similar to teori feminis

BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL.pptx
BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL.pptxBAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL.pptx
BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL.pptxYOUAZLIN
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL
BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIALBAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL
BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIALYOUAZLIN
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Perkembangan Biologi Dan Kognitif Remaja
Perkembangan Biologi Dan Kognitif RemajaPerkembangan Biologi Dan Kognitif Remaja
Perkembangan Biologi Dan Kognitif Remajawinkycheezie
 
BAB 3 teori kajian masyarakat.pdf
BAB 3 teori kajian masyarakat.pdfBAB 3 teori kajian masyarakat.pdf
BAB 3 teori kajian masyarakat.pdfNurulHudaHusin
 
Ketaksamaan peluang pendidikan dr. maheran edu
Ketaksamaan peluang pendidikan   dr. maheran eduKetaksamaan peluang pendidikan   dr. maheran edu
Ketaksamaan peluang pendidikan dr. maheran eduSadzna Sarip
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2Ety Sue
 
dokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptx
dokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptxdokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptx
dokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptxZakyZxc1
 
Topik 4 - Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia.pptx
Topik 4 - Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia.pptxTopik 4 - Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia.pptx
Topik 4 - Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia.pptxNursKitchen
 
LESBIAN,GAY,BISEKSUAL & TRANSGENDER {LGBT } ~STPM PENGGAL 2 PENGAJIAN AM~
LESBIAN,GAY,BISEKSUAL & TRANSGENDER {LGBT } ~STPM PENGGAL 2 PENGAJIAN AM~LESBIAN,GAY,BISEKSUAL & TRANSGENDER {LGBT } ~STPM PENGGAL 2 PENGAJIAN AM~
LESBIAN,GAY,BISEKSUAL & TRANSGENDER {LGBT } ~STPM PENGGAL 2 PENGAJIAN AM~Nurul Atikah
 
Protokol dan etika sosial
Protokol dan etika sosialProtokol dan etika sosial
Protokol dan etika sosialRizwan II
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaIrsyad Izaki
 
Bab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEBab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEteochaw
 
Assingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayaAssingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayamama fiya
 
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasionalHubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasionalfarhanahgary
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranNur Fateha
 

Similar to teori feminis (20)

BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL.pptx
BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL.pptxBAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL.pptx
BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL.pptx
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
P
PP
P
 
BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL
BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIALBAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL
BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Perkembangan Biologi Dan Kognitif Remaja
Perkembangan Biologi Dan Kognitif RemajaPerkembangan Biologi Dan Kognitif Remaja
Perkembangan Biologi Dan Kognitif Remaja
 
BAB 3 teori kajian masyarakat.pdf
BAB 3 teori kajian masyarakat.pdfBAB 3 teori kajian masyarakat.pdf
BAB 3 teori kajian masyarakat.pdf
 
Ketaksamaan peluang pendidikan dr. maheran edu
Ketaksamaan peluang pendidikan   dr. maheran eduKetaksamaan peluang pendidikan   dr. maheran edu
Ketaksamaan peluang pendidikan dr. maheran edu
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
 
dokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptx
dokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptxdokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptx
dokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptx
 
Topik 4 - Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia.pptx
Topik 4 - Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia.pptxTopik 4 - Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia.pptx
Topik 4 - Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia.pptx
 
LESBIAN,GAY,BISEKSUAL & TRANSGENDER {LGBT } ~STPM PENGGAL 2 PENGAJIAN AM~
LESBIAN,GAY,BISEKSUAL & TRANSGENDER {LGBT } ~STPM PENGGAL 2 PENGAJIAN AM~LESBIAN,GAY,BISEKSUAL & TRANSGENDER {LGBT } ~STPM PENGGAL 2 PENGAJIAN AM~
LESBIAN,GAY,BISEKSUAL & TRANSGENDER {LGBT } ~STPM PENGGAL 2 PENGAJIAN AM~
 
Protokol dan etika sosial
Protokol dan etika sosialProtokol dan etika sosial
Protokol dan etika sosial
 
isu murid.pptx
isu murid.pptxisu murid.pptx
isu murid.pptx
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Bab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEBab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HE
 
Assingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayaAssingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budaya
 
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasionalHubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 

teori feminis

  • 2. PENGENALAN • Teori feminis merangkumi sistem idea tentang kehidupan sosial dan pengalaman manusia yang berkembang atas asas persoalan wanita dalam masyarakat. • Dengan kata lain, teori feminis adalah berpusarkan wanita (women-centered). Ini dilihat dari tiga sudut:
  • 3. 1. Objek penelitian bagi teori feminis dan juga titiktolak bagi semua kajian yang dilakukan adalah berkisar pada keadaan dan pengalaman kaum wanita; 2. Wanita dijadikan subjek/topik pokok (central subject) dalam semua proses penyelidikan, dan segala perkara adalah dilihat dari kacamata wanita. 3. Teori feminis yang memihak kepada persoalan wanita ini bertujuan mewujudkan satu suasana kehidupan yang lebih baik bukan sahaja kepada kaum wanita, tetapi kepada seluruh umat manusia.
  • 4. • Pada umumnya teori feminis tidak mahu melihat gender menjadi faktor atau isu yang memisahkan penduduk atas dasar jantina; mendiskriminasikan atau menyekat peluang wanita dalam berbagai-bagai bidang kehidupan; meletakkan kedudukan wanita lebih rendah daripada kedudukan lelaki; menggenakan tekanan dan juga eksploitasi ke atas mereka; menyifatkan mereka sebagai kelompok khusus dan terpinggir, dll.
  • 5. • Teori feminis mementingkan kesaksamaan hak, taraf, kedudukan, dan peluang yang sama bagi insan tidak kira dia lelaki atau perempuan. • Dengan kata lain, persoalan gender tidak menjadi isu dalam segala perkara dan keadaan.
  • 6. JENIS TEORI FEMINIS KONTEMPORARI Mengikut Ritzer (1996), teori feminis kontemporari terbahagi kepada empat jenis atau dilihat dari empat sudut, iaitu:  Perbezaan Gender (Gender Difference)  Ketidaksamaan Gender (Gender Inequality)  Tindasan Atas Dasar Gender (Gender Oppression)  Feminisma Gelombang-Ketiga (Third-Wave Feminism)
  • 7. PERBEZAAN GENDER • Teori feminis melihat isu perbezaan gender dari sudut-sudut berikut: • Istilah ‘perbezaan’ yang digunakan bagi menjelaskan perbezaan antara kaum lelaki dan kaum wanita (perbezaan gender) dikatakan lebih baik digunakan bagi menjelaskan secara teoritis isu tentang perbezaan di kalangan wanita.
  • 8. • Isu gender tidak penting dalam ‘human personhood’ (peribadi manusia). • Bagi golongan pasca-moden, yang lebih utama bukan gender tetapi peraturan yang cair (fluid) dan yang sentiasa berkembang dalam interaksi antara manusia (tidak kira jantina) mengikut konteks satu-satu keadaan
  • 9. • Berkaitan dengan itu, perbezaan gender tidak hanya dilihat dari segi langkah untuk menggubal dasar-dasar yang spesifik bagi menangani isu tentang wanita seperti cuti bersalin, penyelidikan barah payudara dsb, tetapi sepatutnya digunakan bagi menggubal dasar yang lebih luas merangkumi seluruh penduduk tanpa mengira soal gender.
  • 10. • Teori tentang perbezaan gender tidak harus bersifat ‘essentialist’, bermaksud, seseorang itu tidak boleh dianggap mempunyai atau tidak mempunyai sifat-sifat tertentu sebagai sebahagian daripada sifat kejadian beliau samaada sebagai lelaki atau pun sebagai perempuan.
  • 11. • Seperti yang dinyatakan, teori feminis berpusarkan wanita (women-centered), dan menjadikan isu wanita sebagai isu utama dalam perbincangan dan penelitian. • Ini berpunca daripada keadaan di mana perkara-perkara berkaitan dengan wanita diketepikan oleh masyarakat [dominan lelaki] di sepanjang sejarah ketemadunan manusia.
  • 12. • Dalam hampir semua masyarakat (lebih-lebih lagi pada zaman tradisi atau zaman pra- moden), kedudukan kaum wanita pada umumnya adalah rendah (inferior) daripada kedudukan kaum lelaki. • Malah, ada yang menganggap wanita tidak ada tempat langsung dalam masyarakat.
  • 13. • Mereka adalah tertakluk (subservient) kepada kuasa dan autoriti kaum lelaki, khususnya kepada anak perempuan tertakluk kepada kuasa bapa, isteri kepada kuasa suami, dan akhirnya ibu kepada kuasa anak lelaki.
  • 14. • Wanita tidak dibenarkan menyuarakan pendapat sendiri, malah terpaksa akur kepada apa yang diputuskan oleh lekaki terhadap mereka. • Banyak contoh dapat diberi tentang kedudukan inferior kaum wanita dalam masyarakat ini baik di Barat maupun di Timur.
  • 15. • Hingga kini pun, kebanyakan masyarakat di dunia termasuk masyarakat Melayu masih meletakkan wanita itu pada kedudukan lebih rendah daripada kedudukan kaum lelaki. • Mereka tidak diberi peluang yang seluas diberi kepada lelaki dalam pelbagai bidang kehidupan (ekonomi, politik, pendidikan, dll).
  • 16. • Pemodenan dan perubahan masyarakat telah membuka lambaran baru bagi kaum wanita, seterusnya sedikit demi sedikit membebaskan mereka daripada keadaan ‘inferior, subservient’, dll. yang membelenggu mereka itu. • Ini dapat dikaitkan secara langsung atau secara tidak langsung dengan gerakan feminis.
  • 17. • Pada akhir abad 19 misalnya, para pendokong idea atau gagasan feminisma budaya (cultural feminism) seperti Margaret Fuller, Jane Adams, dll. mengenengahkan sifat-sifat positif yang ada pada diri dan peribadi wanita.
  • 18. • Mereka mengatakan masyarakat sangat memerlukan sifat-sifat yang ada pada wanita seperti kasih sayang, kemesraan, keterbukaan dari segi emosi, mementingkan perpaduan dan kerjasama, keadilan, kedamaian, tidak suka bergaduh dll. bagi tujuan pentadbiran negara dan penyelesaian konflik.
  • 19. • Bagi mereka soal perbezaan gender menidakkan keterlibatkan dan sumbangan wanita secara positif dalam masyarakat, sedangkan jika perbezaan itu tidak diwujudkan [oleh masyarakat dominan lelaki], maka masing-masing gender dapat sering sering sumbang-menyumbangi.
  • 20. Perkara ini disokong dengan penjelasan penjelasan berikut: • Penjelasan Biologi • Penjelasan Institusi dan Sosialisasi • Penjelasan Amalan Interaksi • Penjelasan Sosio-Psikologi
  • 21. Penjelasan Biologi • Secara biologis, setiap gender mempunyai sifat dan kelebihan tersendiri yang tidak ada pada gender lain, misalnya dari segi hormon, sensitiviti kepada cahaya dan suara dan sensitiviti kepada penghubung kanan atau kiri otak.
  • 22. • Jadi, setiap gender mesti menerima hakikat ini, lantas mengambil kelebihan yang ada pada satu-satu gender bagi menampung kekurangan yang ada pada gendernya sendiri. • Lelaki mesti mengakui yang wanita secara biologis mempunyai lebih sifat kasih sayang dan lebih sesuai mendidik serta menjaga anak daripada mereka sendiri.
  • 23. • Dengan demikian kelebihan wanita adalah penting bagi mengisi atau menampung kekurangan lelaki dalam kehidupan keluarga.
  • 24. Penjelasan Institusi & Sosialisasi • Perbezaan gender dan seterusnya perbezaan kedudukan antara gender adalah hasil daripada perbezaan peranan yang diajar dan diterapkan kepada lelaki dan juga kepada perempuan dalam proses sosialisasi. • Lelaki diajar untuk menjalankan peranan dalam sektor pekerjaan dan wanita dalam sektor rumahtangga.
  • 25. • Dengan demikian perkembangan berikutnya berkaitan dengan pengalaman dan kejadian setiap gender itu adalah dicorakkan oleh sektor yang berkaitan dengan gender tersebut. • Jadi, perbezaan gender itu serta kedudukan gender adalah dicorakkan oleh manusia sendiri dalam masyarakat.
  • 26. • Golongan feminis berpendapat jika tidak dicorakkan sedemikian, maka setiap gender akan berpeluang merealisasikan kebolehan dan potensi masing-masing secara bebas tanpa perlu akur kepada ketetapan dalam skrip gender (gendered script)
  • 27. Penjelasan Amalan Interaksi • Ini berkaitan rapat dengan penjelasan institusi dan sosialisasi di atas. • Proses sosialisasi menjadi penyebab utama bagi pembentukan tingkahlaku dan sahsiah seseorang mengikut gender.
  • 28. • Lelaki tidak digalakkan untuk terlibat dalam kegiatan yang ‘halus dan lembut’, begitu juga perempuan ditegah melakukan perbuatan atau kegiatan yang ‘kasar’. • Keadaan ini mewujudkan dikotomi atau garis pemisah yang tetap antara tingkahlaku dan sahsiah lelaki dan perempuan.
  • 29. Penjelasan Sosio-Psikologi • Dalam sejarah tamadun manusia, segala keterangan tentang gender dizahirkan dalam konsep dan perkataan berdasarkan pengalaman lelaki, dan ini telah tertanam dengan kuat dalam pemikiran masyarakat. • Dengan demikian, adalah sukar bagi wanita untuk menjelaskan diri mereka mengikut pengalaman mereka sendiri.
  • 30. • Golongan feminis [Perancis] berjuang untuk mewujudkan ‘vocabulary’ atau konsep/perkataan yang berlandaskan wanita (female-based vocabulary) serta menolak budaya lelaki. • Ada yang menuntut supaya sifat kejadian wanita yang distingtif (women’s distinctive ways of being) itu diakui sebagai satu kelainan atau sebagai alternatif kepada cara lelaki (male modes).
  • 31. • Mereka juga menuntut supaya pengetahuan umum (public knowledge), keserjanaan akademik (academic scholarship), serta setiap pola kehidupan sosial perlu mengambil kira secara serius sifat dan cara kejadian wanita (female ways of being).
  • 32. • Hanya dengan itu, dikatakan dunia ini akan menjadi lebih aman dan menjadi tempat yang lebih berperikemanusiaan (more humane place) kepada semua insan.
  • 33. KETIDAKSAMAAN GENDER • Gagasan utama teori feminis dari sudut ketidaksamaan gender ini adalah: ‘dalam banyak keadaan kaum wanita bukan sahaja berbeza daripada kaum lelaki, tetapi juga mereka tidak mempunyai kedudukan yang istimewa (less privileged) seperti kaum lelaki. • Dengan kata lain, kedudukan kaum wanita itu adalah tidak sama (unequal) dengan kedudukan kaum lelaki’
  • 34. Ketidaksamaan gender dalam masyarakat dilihat dari aspek-aspek berikut: • Dari segi agihan sumber material (material resources), kedudukan sosial, kuasa, dll. kaum wanita, pada umumnya tidak mendapat bahagian dan hak yang sama banyak (iaitu kurang) daripada bahagian atau hak yang diperolehi oleh kaum lelaki.
  • 35. • Ketidaksamaan ini adalah hasil daripada organisasi masyarakat yang tidak mengambil kira sebarang bentuk perbezaan signifikan dari segi biologi dan juga dari segi sahsiah (personality) antara lelaki dan perempuan. • Manusia (lelaki dan perempuan) semuanya mempunyai keinginan untuk kebebasan dan juga untuk merealisasikan potensi yang ada pada diri masing-masing (self-actualization).
  • 36. • Namun demikian, kaum wanita tidak mendapat hak dan peluang yang sama seperti kaum lelaki untuk memenuhi tujuan-tujuan di atas.
  • 37. Keadaan ini bertitiktolak daripada teori perbezaan gender, khususnya yang menyentuh aspek-aspek berikut: • Pembahagian tugas berdasarkan jantina/gender • Activiti sosial mengikut sektor yang berasingan, iaitu sektor public dan sektor private
  • 38. • Keterlibatan kaum lelaki dalam sektor public dan kaum wanita dalam sektor private, dan • Proses sosialisasi sistematik bagi kanak-kanak supaya mereka dibekalkan dengan pengetahuan serta kemahiran untuk memasuki sektor yang dihubungkan dan gender masing-masing.
  • 39. • Mereka berpendapat sektor private yang menjadi monopoli kaum wanita penuh dengan ‘tugas-tugas yang mendesak (demanding), yang tidak berminda (mindless), tidak berbayar (unpaid) dll. berkaitan dengan urusan rumahtangga, mendidik anak, dan melayan suami (dari segi praktical, emosi, dan seksual).
  • 40. • Sebaliknya, sektor yang penuh ganjaran dari segi kewangan, kuasa, status, kebebasan, peluang untuk kemajuan diri dll. adalah sektor public yang dimonopoli oleh kaum lelaki.
  • 41. • Sistem dalam masyarakat yang menyekat kemasukan wanita dalam sektor public, yang membebankan mereka dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab dalam sektor private, yang memenjarakan mereka di rumah-rumah, dan yang memberi pelepasan kepada kaum lelaki untuk sama-sama memikul beban tugas dalam sektor private adalah semuanya menjurus kepada ketidaksamaan gender.
  • 42. • Pendokong teori ketidaksamaan gender ini mengatakan, gerakuasa yang menyebabkan sistem yang dinyatakan di atas itu wujud adalah sexism, iaitu satu ideologi yang terkandung di dalamnya fahaman dan amalan bersifat diskriminatif terhadap wanita, dan juga fahaman bahawa perbezaan ‘semula jadi’ antara lelaki dan perempuan itu sesuai dengan destini sosial masing-masing (iaitu lelaki sebagai pencari nafkah keluarga dan wanita sebagai pengurus rumahtangga)
  • 43. • Disebabkan oleh sexism, kaum wanita dikatakan telah dialihkan (dwindle) untuk tidak menikmati kemanusian sepenuh (full humanness). • Satu contoh menarik tentang perkara ini ditunjukkan oleh Jessie Bernard dalam penulisan beliau bertajuk The Future of Marriage (1982).
  • 44. • Bernard mengatakan dari segi budaya, perkahwinan (marriage) itu adalah satu destini dan sumber kesempurnaan (fulfillment) bagi wanita, sedangkan bagi lelaki perkawinan adalah sesuatu yang menggabungkan alam rumahtangga (domesticity), tanggungjawab, dan keadaan yang terikat (constraints).
  • 45. • Dari segi institusi pula, perkahwinan memperkasakan (empowers) peranan suami, di samping membebankan isteri dengan pelbagai tugas rumahtangga, menjadikan beliau terlalu bergantung kepada suami, berpuashati dengan apa yang diberikan oleh suami, dll.
  • 46. • Bernard juga mengatakan perkahwinan itu terbahagi kepada dua, iaitu (1) perkahwinan bagi lelaki, dan (2) perkahwinan bagi wanita, setiap satu mempunyai ciri tersendiri. • Perkahwinan bagi lelaki membawa kepada keadaan di mana lelaki itu merasai terikat, dan terbeban di samping beliau mempunyai kuasa dan hak terhadap segala perkhidmatan dan layanan (praktikal, emosi, dan seksual) dari isterinya.
  • 47. • Perkahwinan bagi wanita pula, sepertimana yang dikatakan di atas adalah satu destini dan sumber kesempurnaan (fulfillment). • Di samping itu, dengan berkahwin, wanita akan terjebak serta terkongkong dalam alam rumah tangga, menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, dan pengurus rumahtangga.
  • 48. • Perkahwinan menyebabkan wanita teralih (dwindle) daripada menikmati kemanusian sepenuh (full humanness) sepertimana yang mereka alami sebelum berkahwin.
  • 49. JENIS TEORI FEMINIS Mengikut Ritzer (1996), teori feminis terbahagi kepada empat jenis atau dilihat dari empat sudut, iaitu: • Perbezaan Gender (Gender Difference) • Ketidaksamaan Gender (Gender Inequality) • Tindasan Atas Dasar Gender (Gender Oppression) • Feminisma Gelombang-Ketiga (Third-Wave Feminism)
  • 50. TINDASAN GENDER • Perkembangan teoritikal tentang feminisma pada masa kini kebanyakannya berkisar pada isu-isu tentang tekanan gender. • Teori ini pada dasarnya berfokus kepada persoalan dominasi, kongkongan, dan tekanan kaum lelaki ke atas wanita.
  • 51. • Dominasi kaum lelaki ke atas wanita ini dikatakan berpunca daripada struktur patriarchy atau hasil daripada struktur patriarchy tersebut.
  • 52. • Patriarchy is a social system in which the father is the head of the family and men have authority over women and children) [ The American Heritage Dictionary]. • Patriaki adalah sistem sosial di mana bapa adalah menjadi ketua keluarga, dan lelaki mempunyai autoriti ke atas wanita dan kanak- kanak.
  • 53. • Dalam sejarah tamadun manusia terutama dalam masyarakat patrilineal, (Eropah, Arab, China, India, dll), bapa menjadi ketua keluarga dan mempunyai hak mutlak ke atas isteri dan anak-anak. • Dalam sesebuah keluarga besar (extended family), lelaki paling senior iaitu datuk bertindak sebagai seorang patriarch.
  • 54. • Walaupun Dalam masyarakat matrilineal (Nayar, Hopi, Trobriands, Minangkabau dll) seseorang lelaki itu tidak menjadi ketua bagi keluarga prokreasinya, tetapi beliau tetap berkuasa dalam keluarga orientasinya, dan semua saudara perempuan berserta anak- anak mereka (anak saudara keibuan bagi lelaki tersebut) tunduk kepada kuasa dan autoriti beliau.
  • 57. • Robin Fox (1967) mengatakan dalam semua sistem kekeluargaan (kinship system) atau lelaki adalah orang yang berkuasa dan mengenakan kawalan ke atas anggota keluarga yang lain (It is always men who exercise control)
  • 58. • Walaupun ada pendapat mengatakan dalam sejarah tamadun manusia sebelum wujudnya sistem patriarchy, terlebih dahulu wujud sistem matriarchy, tetapi pendapat ini tidak dapat dipertahankan kerana kekurangan bukti.
  • 59. • Sistem patriarchy ini dikatakan sentiasa dipertahankan oleh kaum lelaki (diperkukuhkan oleh agama dan budaya). • Lantaran itu wanita di sepanjamg sejarah tamadun manusia adalah didominasikan, ditakluki, ditindas dan ditekan oleh lelaki.
  • 60. • Sigmund Freud misalnya, mengatakan ‘wanita adalah manusia kelas-dua, mempunyai sifat- sifat pemikiran (psychic nature) yang tidak sama (lebih rendah) daripada lelaki, dengan demikian mereka hanya sesuai untuk menikmati hidup yang lebih rendah tarafnya daripada kehidupan kaum lelaki’ (c.f. Ritzer, 1996:458)
  • 61. • Para pendokong teori tindasan gender (gender oppression) mengatakan walaupun dalam masyarakat terdapat tindasan satu pihak ke atas pihak yang lain atas dasar kelas, kasta, ras, etnik, umur, dll., tetapi struktur tindasan yang paling meluas dan yang paling fundamental adalah tindasan gender melalui sistem patriarchy.
  • 62. • Melalui penyertaan dalam sistem patriarchy, kaum lelaki dikatakan mempelajari bagaimana mereka dapat menganggap orang lain [kaum wanita] sebagai tidak berguna (contempt), seolah-olah bukan manusia yang mesti dikuasai dan ditakluki. • Patriarchy juga dikatakan membawa kepada paksaan (repression), kekejaman, sadisma, penghinaan, manipulasi dan penipuan kaum lelaki ke atas wanita dan kanak-kanak.
  • 63. • Imej negatif patriarchy juga dapat dilihat dari segi kekejaman kaum lelaki serta organisasi yang didominasikan oleh lelaki ke atas wanita, samaada bersifat terbuka atau pun terselindung.
  • 64. • Kekejaman yang bersifat terbuka termasuk: rogol, deraan seksual, pelacuran yang dipaksa (enforced prostitution), deraan isteri, sumbang muhrim, gangguan seksual, dll., amalan (tradisi) seperti membungkus kaki (foot-binding) di kalangan masyarakat Tionghua, institusi sati (iaitu isteri yang masih hidup dibakar bersama suami yang telah meninggal dunia) di kalangan masyarakat India, pembunuhan anak perempuan (female infanticide) di kalangan masyarakat Tionghua dan India, pembakaran tukang sihir (witch burning) dalam masyarakat Eropah (tradisi) dll.
  • 65. In China, Chinese women were forced into killing their own babies due to the Chinese government laws that only one child per couple in the urban areas and two in the rural areas (Humanist Expose on China Gender- cide, 2002). Female infanticide occurs because in Chinese families, boys are needed to support their parents when they are old. “A newborn girl, her naked body still warm, lies dead in the gutter alongside a road in a small town in Hunan province. She clearly has been dumped and has just died. On their way to work most passersby ignore the child. Some stop to stare and then walk on. Life goes on as normal” (Shanam Saini, 2004) (http://www.stkate.edu/art/student/nengl/china_infanticide.pdf)
  • 66. Tamil Nadu: Lakshmi already had one daughter, so when she gave birth to a second girl, she killed her. For the three days of her second child's short life, Lakshmi admits, she refused to nurse her. To silence the infant's famished cries, the impoverished village woman squeezed the milky sap from an oleander shrub, mixed it with castor oil, and forced the poisonous potion down the newborn's throat. The baby bled from the nose, then died soon afterward. Female neighbors buried her in a small hole near Lakshmi's square thatched hut of sunbaked mud. They sympathized with Lakshmi, and in the same circumstances, some would probably have done what she did. http://www.gendercide.org/case_infanticide.html
  • 67.
  • 68.
  • 69. • Sementara kekejaman yang tidak begitu terbuka/terselindung pula termasuk: tindasan serta diskriminasi kaum wanita dalam bidang ekonomi, sekatan peluang untuk mereka merealisasi potensi yang ada pada diri mereka, sikap memandang rendah terhadap wanita, membebankan mereka dengan tugas rumahtangga dll.
  • 70. THE STAR Monday February 23, 2009 Women first to be retrenched KUALA LUMPUR: Employers are still discriminating against women when it comes to retrenchment. Deputy Women, Family and Community Development Minister Noriah Kasnon said the Government was concerned with the statistics as half of the workers retrenched recently in the current economic crisis were women, despite them making up only 35% of the country’s total workforce. “Female workers may be contributing towards their companies’ productivity. “But when an economic slowdown occurs, they are still the first to be asked to go, with excuses that many of them tend to focus on their family or are pregnant regularly,” she said.
  • 71. • Pendokong teori feminis mengatakan wanita akan bebas daripada tindasan/opresi kaum lelaki ke atas mereka dengan cara mengatasi atau melemahkan sistem patriarchy yang dibincangkan di atas.
  • 72. Mereka mencadangkan beberapa cara/ langkah untuk tujuan tersebut. Ini termasuk perkara-perkara berikut: 1. Menimbulkan kesedaran di kalangan wanita supaya setiap seorang daripada mereka perlu mengakui bahawa mereka mempunyai nilai dan kekuatan sendiri;
  • 73. 2. Menolak desakan atau tekanan bersifat patriarchal daripada lelaki yang memperlihatkan wanita sebagai lemah, mempunyai sikap bergantung (dependent), dan warga masyarakat kelas-dua;
  • 74. 3. Bersatu dan bekerjasama dengan wanita lain tanpa mengira perbezaan kedudukan di kalangan mereka dengan cara menubuhkan persatuan, organisasi wanita, persaudaraan (sisterhood) dsb;
  • 75. 4. Mengambil tindakan radikal seperti menolak lelaki dengan cara mendapat kepuasan seksual melalui kegiatan homoseks (lesbian love relationships).
  • 76. • Feminisma lesbian dikatakan sebagai amalan dan juga kepercayaan bahawa ‘komitmen erotis/emosi wanita kepada wanita adalah sebahagian daripada tentangan mereka terhadap dominasi patriakal (erotic and/or emotional commitment to women is part of resistance to patriarchal domination) [ Taylor & Rupp, 1993]
  • 77. FEMINISMA GELOMBANG KETIGA • Feminisma gelombang ketiga dihubungan dengan gerakan feminisma radikal yang bermula pada tahun 1980-an hingga sekarang.
  • 78. • Gerakan feminis pada gelombang pertama (pertengahan abad 19 – awal abad 20) dan juga feminisma gelombang kedua (1920-1980) lebih menumpukan perhatian kepada perbezaan, ketidaksamaan, dan tindasan/opresi gender, sedangkan feminisma gelombang ketiga, di samping meneruskan tumpuan kepada isu-isu berkenaan juga mengambil kira soal-soal perbezaan antara wanita sendiri.
  • 79. • Perbezaan antara wanita ini dilihat pada peringkat global merentasi faktor ras, etnik, kelas, umur dll. • Feminisma gelombang ketiga bukan sahaja mempersoalkan isu perbezaan serta dominasi lelaki ke atas wanita, tetapi juga perbezaaan dan ketidaksamaan antara wanita, [serta dominasi wanita ke atas wanita].
  • 80. • Ini jelas berlaku dalam masyarakat berkelas di mana terdapat pebezaan kedudukan, kuasa, serta status di kalangan wanita. • Ada yang telah berjaya melepaskan diri mereka daripada terus dikongkong dan dikuasai oleh lelaki, namun demikian masih terdapat sebilangan besar kaum wanita yang masih berada dalam keadaan lama.
  • 81. • Ada juga wanita memperalatkan atau mengekploitasikan kaum sejenis dalam berbagai sektor (public dan juga private), [malah, mungkin lebih teruk daripada dominasi lelaki ke atas wanita].
  • 82. • Begitu juga, terdapat perbezaan dan ketidaksamaan di kalangan wanita serta dominasi kaum wanita atas dasar warna kulit, contohnya, perbezaan, dan ketidaksamaan antara wanita kulit putih dan wanita kulit hitam, antara wanita barat dan wanita timur, dan [antara wanita dari satu kelompok etnik dengan wanita dari kelompok etnik yang lain,dll].
  • 83. • Pada umumnya, feminisma gelombang ketiga memperjuangkan kesaksmaan antara wanita sejagat merentasi faktor ras, etnik, kelas, umur dll yang disebutkan.