SlideShare a Scribd company logo
1 of 78
TAHAP
PERKEMBANGAN DAN
ALIRAN-ALIRAN
DALAM PEMIKIRAN
ISLAM
Pengenalan
Kemunculan aliran pemikiran
di kalangan Muslim tidak
terpisah dengan zamannya.
Tinjauan dari sudut sejarah,
zaman tersebut dapat
dibahagikan kepada tiga
periode.
Terbahagi Kepada 3
Tahap Utama:-
Period Klasik
Period Pertengahan
Period Moden
Period Klasik
Pada period klasik Dunia Islam
berkembang ke barat hingga
ke Sepanyol, ke timur hingga
ke India, ke utara hingga ke
Kaukasus dan Laut Aral, ke
selatan hingga ke Sudan.
Pada masa inilah juga terjadinya
kontak antara Islam dan
kebudayaan Barat atau tegasnya
antara Islam dengan falsafah dan
kebudayaan Yunani klasik yang
terdapat di Mesir, Syria,
Mesopotamia dan Parsi.
Dalam periode inilah
munculnya pemikiran dalam
bidang teologi, yang
menimbulkan aliran-aliran
rasional dan tradisional dalam
Islam; hukum hingga muncul
mazhab-mazhab seperti yang
dikenal sekarang, mistik; yang
dari situ lahir tokoh-tokoh sufi
terkenal seperti al-Bistami, al-
Hallaj, Ibn c
Arabi dan lain-lain.
Pada zaman ini juga lahir ahli Hadis
dan dilakukan pembukuan Hadis,
ahli sastera Arab, sejarah dan
sebagainya. Periode klasik yang
melahirkan peradaban Islam hingga
mempengaruhi peradaban Barat ini
diakui oleh penulis-penulis Barat
kenamaan seperti Gustave Le Bon,
Jacques Risler, Rom Landau dan
Alfred Guillaume.
Period Pertengahan
1250-1800M
Dihitung dari mula jatuhnya
Baghdad ke tangan Hulagu
Khan.
Tokoh ini hidup sekitar tahun
1217-1265M. Penakluk bangsa
Mongol dan pengasas Dinasti
Moghul di Iran tahun 1217-
1265M.
Setelah jatuhnya Baghdad umat
Islam berada pada zaman gelap
terutama dalam lapangan
pemikiran. Kemajuan ilmiah
seperti yang terdapat dalam
periode Klasik tidak ada lagi.
Ditutup pintu ijtihad, pemikiran
menjadi mati. Umat Islam diikat
oleh faham tradisionalisme.
Bagaimanapun dalam
lapangan politik mereka
mulai naik kembali dengan
munculnya kerajaan
Uthmani yang dapat
memperluas daerah
kekuasaannya di Eropah
Timur hingga ke
perbatasan Austria.
Di samping kerajaan ini lahir
pula kerajaan Safawi di Parsi
dan kerajaan Mughal di India.
Ketiga-tiga kerajaan inilah
yang berkuasa selama dua
abad dari tahun 1500-1700M.
Masa ini dikenali sebagai
zaman tiga kerajaan besar
[the age of the three
empires].
Periode Moden
[1800M - Kini]
Periode Moden, iaitu dari tahun
1800M hingga sekarang.
Sesudah tahun 1700M, kekuasaan
umat Islam mulai menurun dan
akhirnya kalah dalam peperangan
dengan Barat. Pengaruh Barat masuk
ke India dan Parsi, dan akhirnya
Napoleon dapat menduduki Mesir
pada tahun 1798M.
Napoleon yang dapat menduduki
salah satu pusat Dunia Islam
terpenting, menyedarkan pemuka-
pemuka Islam bahawa umat Islam
memang terkebelakang dan lemah.
Sebelumnya mereka masih
berkeyakinan bahawa kebudayaan
umat Islam masih lebih tinggi dari
kebudayaan Barat.
Kesedaran ini menimbulkan
keinginan di kalangan umat
Islam untuk memperbaiki
kedudukan mereka dengan
menoleh ke Barat dan belajar
dari Barat. Pemimpin-
pemimpin Islam ingin
mempermoden Dunia Islam.
Dengan demikian timbullah
period moden
PELBAGAI ALIRAN
PEMIKIRAN
Dalam tiga zaman
yang dinyatakan
itu berbagai aliran
pemikiran telah
muncul di dunia
Islam.
1. RASIONALISME
Aliran atau sekolah pemikiran
yang menegaskan bahawa
taakulan adalah asas yang
paling baik dalam melakukan
sesuatu tindakan ataupun
menyelesaikan masalah.
Dalam hubungannya dengan
pemikiran Islam, rasionalisme1
merupakan aliran yang pertama
muncul sebagai respons terhadap
khitab ayat-ayat Quran sehubungan
dengan pengunaan akal.
1Aliran rasionalis ini sering dihubungkan dengan Muktazilah yang
dipelopori oleh Wasil bin c
Ata al-Ghazzal [689-749M murid kepada
Hasan al-Basri [642-728M]. Hasan al-Basri adalah seorang tabiin dan
sering kali diberi julukan sebagai imam pada zamannya. Apabila
dihubungkan dengan istilah Salaf dan berpegang dengan Sunah, Hasan
al-Basri adalah salah seorang dari kalangan mereka. Lihat selanjutnya
dalam tulisan Joesoef Souyb, Peranan Aliran Iktizal Dalam
Perkembangan Alam Pikiran Islam, Pustaka Alhusna, Jakarta, 1982,
hlm. 183-190. Perihal Wasil ini sila lihat pada halaman 191-200.
Gagasan
Rasionalisme
Memberi keutamaan kepada akal dalam
memahami ajaran Quran sertaHadis.
Kebebasan akal terikat pada ajaran-ajaran
mutlak Quran dan Sunah, iaitu ajaran yang
termasuk dalam istilah qatc
iy al-wurud dan
qatc
iy al-dalalah.
Maksud Quran dan Hadis difahami
sesuai dengan pendapat akal.
“Pemikiran rasional dipengaruhi oleh
persepsi tentang bagaimana tingginya
kedudukan akal seperti yang terdapat
dalam Quran dan Hadis”. – Prof.
Dr. Harun Nasution.
Aliran rasionalis telah
mendapat kekuatan pada
zaman pemerintahan al-
Makmun [w. 833M] yang
memerintah Dinasti Abbasiyah
pada tahun 813M.
Pada zaman ini berlakunya
mihnah terhadap para ulama.
Antaranya pemuka-pemuka aliran
tradisionalisme, khususnya Ahmad
bin Hanbal [w. 855M] berkenaan
dengan kemakhlukan Quran.
Apabila Khalifah al-Mutawakkil [w. 861M]
memegang teraju pemerintahan pada tahun
847M, beliau telah memansukhkan mazhab
Muktazilah sebagai mazhab rasmi negara
dan aliran rasionalis corak Muktazilah ini
berakhir setelah berkedudukan secara
rasminya selama tiga puluh empat tahun.
2. TRADISIONALISME
Tradisionalisme berasal daripada perkataan
tradisi”. Ia bermakna sesuatu kebiasaan“
yang kekal turun temurun, sesuatu yang
sudah menjadi amalan yang sudah sebati
dengan sesuatu masyarakat
Daripada perkataan tradisi” ini“
lahir perkataan tradisional” yang“
bermakna berkaitan dengan”,“
bersifat” atau mengikut tradisi.“
Perkataan tradisionalis” pula“
merujuk kepada pendukung
fahaman yang berdasarkan tradisi,
manakala perkataan
tradisionalisme” pula bermakna“
fahaman yang berdasarkan tradisi.
Perkataan “tradition” bila dirujuk kepada
kamus Inggeris-Arab, kebiasaannya ia
dipakai dalam dua makna: “al-taqlid”
dan al-Hadith.
Kata “traditional” pula diertikan sebagai
“taql³id³iyy” [‫]تـقـلـيـدى‬ dan ¦ad³th³yy
[‫.]حـديـثـى‬ - Dr. J. John Abcarius, An English-Arabic
Reader’s Dictionary, Library Du Liban, Beirut, 1974, hlm. 646.
Berdasarkan kepada dua
pengertian yang biasa dipakai itu,
terdapat dua kecenderungan para
pengkaji dalam memberikan
maksud “tradisionalisme” ini.
Abdul Rahman Haji Abdullah
menyebutkan istilah ini “digunakan
dalam pengertian konservatif atau
mempertahankan yang lama”.
Ungkapan ini dapat diertikan sebagai
“mempertahankan faham taklid” bukannya
Hadis.
Sementara ungkapan “aliran ini menyeru agar
kembali secara total kepada Islam dengan
mempraktikan semula amalan-amalan
masyarakat pada zaman Rasulullah s.a.w.
yang dicirikan dengan perlaksanaan syariah
serta Sunah” seperti yang disebut oleh
Ahmad Sunawari Long pula lebih mendekati
“faham Salaf” yang berpegang teguh kepada
Hadis.
Muhammad Abdul
Rauf juga pernah
menghubungkan
istilah tradisionalisme
ini dengan pendukung
Sunah, khususnya
Ahmad bin Hanbal.
“It was sad that this great fertile age, the first century
of the Abbasid rule, notwithstanding its immense
lasting achievements, should end on a sour
intellectual note! It was all because of official
intervention in the dispute between the Muc
tazilah
who represented the Rationalist wing of Islam, and
the rest of the Muslim thinkers at the time, who
believed themselves to represent the Sunni path of
Islam, the Traditionalists. By the time the seventh
Abbasid Caliph, al-Makmun, [198-218 A.H],
ascended the throne, the tension between the
Muktazilah and the Sunnis reached a very high pitch
in view of the former’s unrestrained intellectualism
venturing into the realm of the ilahiyat , daringly
producing new dogmas and doctrine distasteful to the
Sunni theologians”
Istilah tradisionalisme yang dipakai
dalam kajian ini adalah merujuk kepada
pengertian yang disebut oleh Munir
Bac
albaki yang memberikan makna
kepada perkataan “tradisionalisme”
sebagai:
‫الحــتـرام‬ ‫شــدة‬ :‫الــتـقـلــيـديــة‬,‫للـتـقـلـيـد‬
‫الـديـنـيـة‬ ‫مـســائـل‬ ‫فــى‬ ‫وبـخــاصــة‬
Juga seperti yang ditakrifkan oleh
Federspiel seperti berikut: “Tradisional
[In.] Anthro. Trait of identifying with the
long-held beliefs and practices of Islam,
especially as laid down in the schools of
jurisprudence and particularly with the
works of Syafii legalists.”
Sumber Howard M. Federspiel, A Dictionary of
Indonesian Islam, Ohio University Center for
International Studies, Ohio, 1995, hlm. 273
Ditinjau kepada sejarah perkembangan
aliran pemikiran dalam Islam yang
begitu panjang, aliran tradisionalisme
yang diperkatakan ini barangkali boleh
dimasukkan dalam rumpun “orthodox
conservatives” seperti ungkapan Patrick
Bannerman dalam tulisannya yang
menyebutkan:
There have been attempts to categorize
schools of thought and trends, particularly
those of the nineteenth and twentieth
centuries. Although terminology varies
considerably, there appears to be general
agreement that there were four main trends,
which might be broadly defined as: [a]
orthodox conservatives; [b] quasi-orthodox
conservatives; [c] modernizing reformers; [d]
conservative reformers.
Patrick Bannerman, Islam in Perspective AGuide to Islamic So ciety, Po litics
and Law, The Royal Institute of International Affairs, London, 1988, hlm. 11-
121
Aliran konservatif ortodoks yang mendukung
taklid menegaskan bahawa Islam adalah
lengkap sebagai satu sistem yang sempurna,
justeru itu ia tidak perlu kepada sebarang
bentuk perubahan.
Aliran “quasi-ortodox conservatives” pula
biasanya bergabung dengan pihak berkuasa
yang berpandangan hampir sama dengan
mereka dan dalam praktiknya bersikap
pragmatik dengan pengaruh Barat.
Aliran “modernizing
reformers” pula melihat
keperluan aspek menafsir
semula prinsip-prinsip Islam
dengan mengambil kira
situasi yang berubah. Sikap
taklid dalam Usul dan Furuk
ditentang serta
menganjurkan Ijtihad
sebagai satu kemestian
Manakala aliran “conservative
reformers” menegaskan bahawa bidaah
mestilah dibenteras, taklid adalah salah
dan perlu berijtihad.
Bagaimanapun mereka cenderung
membataskan penggunaan ijtihad dan
berhujah bahawa penyelesaian tidak
bersifat sintesis malahan kembali
kepada konsep yang ideal, praktikal
dan prinsip-prinsip yang ada pada
Zaman Keemasan Islam.
GAGASAN
TRADISIONALISME
Gagasan penting aliran
tradisionalisme ini antaranya ialah:
Tidak memberi keutamaan kepada akal
dalam memahami ajaran Quran dan
Hadis.
Terikat dengan ijtihad ulama zaman
klasik.
Terikat dengan pengertian lafzi dari
teks-teks Quran serta Hadis.
Di samping berpegang kepada gagasan
di atas, dapat dikatakan bahawa pada
zaman kelesuannya golongan
tradisionalis lebih dikenali dengan sikap
bertaklid buta kepada para mujtahid
terdahulu dan berpandangan pintu
ijtihad telah ditutup serta memadai
berpegang kepada salah satu dari
empat mazhab.
Sikap ini meletakkanSikap ini meletakkan
dunia Islam dandunia Islam dan
umatnya dalamumatnya dalam
suasana kaku dansuasana kaku dan
masing-masing-masingmasing
berbangga denganberbangga dengan
pegangan anutanpegangan anutan
mazhab sendiri-mazhab sendiri-
sendirisendiri
Perbalahan mazhabPerbalahan mazhab
begitu berleluasa.begitu berleluasa.
Mereka mengakui kelemahan
mereka dan berpada dengan apa
yang terdapat dalam kitab-kitab
karya ulama silam.
Mereka berpandangan bahawa
mazhab-mazhab tertentu telah
menjadi pegangan dan anutan
yang tidak boleh diingkari,
sementara pintu ijtihad pula
dianggap telah tertutup.
Subhi Mahmasani menjelaskan:
“This flourishing of jurisprudence, however took a
downward trend towards the end of the c
Abbasid
period. After the fall of Baghdad in the hands of
Hulagu Khan in the middle of the 7th
century A.H. [13th
century A.D] the Sunni jurists reached a consensus of
opinion on “closing of door of interpretation” for fear of
persecution. They further agreed that the four Sunni
schools were sufficient. Arab civilization declined
gradually and rigidity enveloped all phases of life. This
inevitably resulted in the prevalence of imitation and
cessation of interpretation in jurisprudence, in an
abundance of anomalies based upon ignorance and in
the prevalence of superstitions which remained for a
period of time as a symbol of decline and obscurity”.
3. Salafisme
Salaf bermakna para
pendahulu; orang-orang Islam
terdahulu yang hidup pada
masa Rasulullah s.a.w,
Sahabat, murid para Sahabat
[tabiin] dan murid para tabiin.
Salafiah pula adalah satu aliran
pemikiran di kalangan Muslim
sebagai reaksi terhadap metode
Muktazilah. Kata nama “salafiyyin”,
digunakan kepada pengikut aliran
Salaf dalam akidah.
Aliran ini telah mengalami
beberapa siri pasang surutnya
yang ketara. Meskipun
demikian konsep
“menghidupkan semula tradisi
Salaf” selaku asas utamanya
masih menjadi dukungan kuat
dan menjadi prinsip utama
gerakan mereka.
Atas dasar berlakunya “pasang surut”
inilah barangkali, The Oxford
Encyckopedia of the Modern Islamic
World umpamanya cenderung
memberikan beberapa nama kepada
Salafisme. Antaranya:
1. Salaf Klasik. Aliran ini dicetuskan oleh
Ahmad bin Hanbal dan menyusul
selepasnya Ibn Taimiyyah.
2. Salaf Pramoden. Aliran Salaf periode
ini diasaskan oleh Muhammad bin Abdul
Wahab [1703-1792M] yang mendukung
idea Ahmad bin Hanbal dan Ibn
Taimiyyah. Gerakan ini mempengaruhi
Gerakan Sanusiyah dan Mahdi [kecuali
kecenderungan sufi].
Gerakan-gerakan lain yang seumpama
gerakan Muhammad Abdul Wahab ini
ialah Uthman Dan Fodio [1754-1817M] di
Nigeria, Ahmad Sirhindi [1564-1624M],
Shah Wali Allah [1702-1762M] dan
Sayyid Ahmad Barelwi [1786-1831] di
benua kecil India. Mereka membela
kesucian agama, mengubah akhlak dan
sosial, serta menyatukan Muslim.
3. Salaf Moden. Aliran Salaf ini
diasaskan oleh Jamaluddin Afghani
[1839-1897M] dan Muhammad Abduh
[1849-1905M]. Objektif utamanya
untuk membebaskan umat Islam yang
telah lama tenggelam dalam taklid buta
[blind imitation] dan jumud [stagnation],
mengembalikan semula Islam dalam
bentuknya yang asal, merubah akhlak,
budaya dan situasi politik umat Islam.
Perbezaannya dengan Salaf Klasik
adalah dari sudut keperluan
intelektual dan tabiat moden serta
kepelbagaian dan luasnya objektif
mereka. Lihat John L. Esposito
[editor in chief], The Oxford
Encyclopediaof the Modern Islamic
World, 4 jld, Oxford University Press,
New York, 3: 463-465..
Perubahan yang
berlaku ini
kemudiannya
dibangkitkan kembali
dalam watak, tempat
dan zaman yang
berlainan. Ia
kemudiannya diberi
berbagai tanggapan
dengan nama-nama
yang berbeza pula
oleh kalangan
pengkaji.
1. Berpegang teguh kepada Quran dan
Hadis.
2. Mengutamakan naql daripada akal.
3. Memahamkan dan menggunakan
metode tekstual dengan berpegang
kepada wahyu yang diterima tanpa
tasybih, tac
til dan takwil.
Gagasan pokok aliran
pemikiran Salaf
4. Dalam bidang Hadis mereka
menggunakan kedua-dua Hadis Dirayah
dan Hadis al-Riwayah [1]
[
1] Secara ringkas, Ilmu Hadis riwayah ialah ilmu yang
membuat liputan terhadap pemindahan sabda-sabda
Nabi, perbuatannya, riwayatnya dan menjaga serta
memelihara lafaz-lafaznya. Lihat Dr. c
Ali c
Abd al-Halim
Mahmud, al-Ta c
rif bi Sunnah al-Rasul s.a.w aw c
Ilm al-
Hadith Dirayah, Dar al-Tawzic
wa al-Nashr al-Islamiyah,
Misr, 1994, hlm. 22.
Hadis al-dirayah. [2]
[2] Ilmu Hadis dirayah, secara ringkas bermakna ilmu
yang dengannya diketahui hakikat sesuatu riwayat,
syarat-syaratnya, jenis-jenisnya, hukum-hukumnya,
keadaan perawi dan syarat-syarat mereka, jenis-jenis
periwayat dan yang berkaitan dengannya. Lihat Dr. c
Ali
c
Abd al-Halim Mahmud, al-Ta c
rif bi Sunnah al-Rasul
s.a.w aw c
Ilm al-Hadith Dirayah, hlm. 37.
5. Bersikap waspada terhadap
rasionalisasi yang mendalam
terhadap masalah akidah.
Aliran Salaf ini mengganggap golongan mereka
sebagai Ahli Sunah Waljamaah kerana
fahaman akidah bawaan mereka dianggap asli,
berasal dari ajaran Islam yang dibawa oleh
Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana yang
diterima oleh umat Islam pertama. Golongan
ini berasal dari kalangan Hanabilah.
Umat Islam pernah mengalami
kelemahan dalam politik, sosial,
ekonomi, akhlak dan ditambah pula
dengan serangan Mongol.
Akibatnya mereka jatuh dan
bangun, para penguasa sudah
tidak berdaya, kezaliman
berleluasa, dan para ulama tidak
berijtihad secara murni lagi.
Umat Islam pernah mengalami
kelemahan dalam politik,
sosial, ekonomi, akhlak dan
ditambah pula dengan
serangan Mongol. Akibatnya
mereka jatuh dan bangun,
para penguasa sudah tidak
berdaya, kezaliman
berleluasa, dan para ulama
tidak berijtihad secara murni
lagi.
Dalam situasi seperti itulah
munculnya ulama yang ingin
membangun kembali pemikiran
kaum Muslimin dengan
menyedarkan mereka agar
kembali kepada Quran dan
Sunah seperti mana yang
dilakukan oleh kaum Salaf -
Sumber
Ensiklopedi Islam, 4: 204.
Meskipun perkataan Arab
‘salaf’ ada dalam beberapa
ayat Quran, namun
penggunaaan istilah Salaf
sebagai satu aliran pemikiran
sebagaimana yang dipakai
dalam perbincangan ini, sukar
untuk ditentukan
kewujudannya secara tepat.
[see note after this].
Note: Kesemuanya berjumlah lapan
kali. Diulang-sebut perkataan ‘salaf’
sebanyak lima kali dalam surah-surah:
al-Baqarah 2: 275; al-Nisa’ 4: 22, 23;
al-Ma’idah 5: 95; al-Anfal 8: 38.
Disebut dengan ungkapan ‘aslafat’
pada Surah Yunus 10: 30; ‘aslaftum’
pada Surah al-Haqah 69: 24 dan
‘salafan’ pada Surah al-Zukhruf 43:
65. Lihat dalam Muhammad Fu’ad c
Abd
al-Baqi, al-Mu c
jam al-Mufahras li Alfaz
al-Qur’an, Dar al-Fikr, Beirut, 1986,
hlm. 355.
Hanya perkataan “salafan” pada ayat
Surah al-Zukhruf 43: 65, merujuk
kepada maksud “pengajaran” [c
ibrah].
Lihat al-Husain bin Muhammad al-
Damaghani, Qamus al-Qur’an Aw Idah
al-wujuh wa al-Naza’ir fi al-Qur’an al-
Karim, tahkik c
Abd al-c
Aziz Sayyid al-
Ahal, Dar al-c
Ilm lil Malayin, Bayrut,
ed, 2, 1977, hlm. 242.
Sementara ayat-ayat
selainnya adalah merujuk
kepada pengertian “yang telah
lalu”.
Lihat Abi al-Qasim al-Husain bin
Muhammad bin al-Mufaddal al-Raghib
al-Asfahani, Muc
jam Mufradat Alfa§ al-
Qur’an, tahkik Ibrahim Shams al-Din,
Dar al-Kutub al-c
Ilmiyah, Beirut, 1997,
hlm. 268.
Hanyalah pada abad ke-7 Hirah
istilah Salafiah diformulasikan
secara lengkap oleh Ibn
Taimiyah [w.729H/1329M].
[Sumber: Leksikon Islam, 2: 654].
Lanjutan daripada Ahmad bin
Hanbal, aliran ini kemudiannya
dikembangkan oleh Ibn Taimiyah
yang menyeru kembali kepada
faham Salaf yang pada masa
belakangannya digerakkan pula
oleh Muhammad bin Abdul Wahab
[1696-1791M] di Hijaz.
Sumber: Fazlur Rahman, Islam,
Wiedenfeld and Nicolson, London, 1966,
hlm. 197.
Gerakan yang berusaha memurnikan
ajaran Islam yang timbul di sekitar
abad ke-20, dengan tokoh-tokohnya
seperti Jamaluddin al-Afghani [1838-
1897], Muhammad Abduh [1849-1905]
dan Rashid Rida [1865-1935] juga
dianggap sebagai gerakan Salafiah,
iaitu mata rantai kedua setelah
gerakan Muhammad bin Abdul Wahab
-
Leksikon Islam, 2: 656.
Tokoh-tokoh yang mengembalikan semuagagasan
pemikiran ini ialah Ibn Taimiyah dan Muhammad
bin Abdul Wahab, manakalaJamaludin Afghani,
Muhammad Abduh dan Rashid Ridapadaera
moden dengan namagerakan Islah, Tajdid,
Reformisdan jugaModernis. Penisbahan kepada
nama-namayang terakhir ini tidak merubah
gagasan asalnyaiaitu mengembalikan semula
Islam sepertimanayang ditunjukkan oleh zaman
awal dahulu.
Bagaimanapun lantaran berbenturan dengan
perkembangan duniamoden dan isu
kemasyarakatan yang wujud pada
zamannya, iadihuraikan semulasesuai
dengan keperluan, dan penekanan kepada
aspek-aspek tertentu menyebabkan ia
muncul semuladengan nama-namayang
disebutkan.
Umpamanya penjurusan mereka
kepada usaha mengislahkan umat dari
perkara-perkara khurafat dan bidaah
pada zamannya menghasilkan nama
Gerakan Islah, usaha mereka
memperbaharui pemikiran umat yang
berada dalam kepompong kejumudan
menjadikan mereka dikenali sebagai
Gerakan Reformis, manakala usaha
mereka untuk menghasilkan
kesesuaian Islam dengan zaman
moden dikenali sebagai Gerakan
Modenis.
Antara lain perkara ini dapat difahami
dalam penegasan berikut: “Gerakan
Salafiyah sering disebut pula gerakan
Tajdid [pembaharuan], gerakan Islah
[perbaikan], dan gerakan Reformasi.
Ibn Taimiyah disebut sebagai Bapa
Tajdid, Bapa Islah, Bapa Reformasi
atau Bapa Pembaharuan dalam Islam.
Bahkan ia dianggap sebagai Muhyi
Athar al-Salaf [Orang yang
Menghidupkan Kembali Ajaran Salaf]”.
Lihat Ensaiklopedi Islam, 4 jil. PT Ichtiar
Baru Van Hoeve, Jakarta, 1993, 4: 204.
Sehubungan dengan ini Netton menulis:
“Al-Salafiyya was also the name borne by
an Egyptian reformist movement whose
founders were c
Abduh [q.v.] and al-
Afghani [q.v.]. The Salafiyya tried,
among other things, to identify a via
media between the strict tenets of
Islam and the ideas of secular society
and modern science”.
Sumber: Ian Richard Netton, A Popular
Dictionary of Islam, Curzon Press, London,
1992, hlm. 222.
Salafiah juga nama dimunculkan oleh
gerakan reformis di asaskan oleh
Abduh dan al-Afghani. Salafiah cuba
mencari hubungan antara kepercayaan
Islam yang tiada tolak ansur dengan
idea-idea masyarakat sains moden
sekular.
Pada sudut yang lain Netton
cenderung menterjemahkan
salafisme ini dengan
“fundamentalisme”. Ujarnya:
“Today the word salafiyya has
been use as one of the attempts
in Arabic to render the word
“fundamentalism” and it is in this
sense a synonym of usuliyya.”
Hari ini istilah Salafiah
digunakan sebagai satu cubaan
untuk mengambil alih istilah
Arab sebagai fundamentalis,
dan dalam citarasanya sinonim
Usuliyah.
Meskipun dilabelkan
dengan “fundamentalism”,
Netton tetap mengiktiraf
yang aliran ini ingin
mengembalikan Islam
kepada “pengkalan”
asalnya seperti yang
ditegaskan beliau:
Fundamentalism Islamic - These words have
been variously interpreted and endlessly
debated. However, in essence, they seem to
indicate a desire to return to an ‘ideal’ Islam,
perhaps that the age of the Rashidun [q.v.].
Many Islamic fundamentalists believe that the
Islam of the modern era, and the so-called
‘Islamic’ states, as they perceive them, have
been corrupted. They desire a return to ‘true’
Islam, shorn of any modern compromises
with secularism.
Fundamentalis Islam – istilah tersebut begitu
luas dibincangkan tanpa ada kata putus.
Bagaimanapun, pada asasnya, ia kelihatan
menandai kembali semula kepada Islam yang
ideal, barangkali pada zaman Khalifah
Rasyidun. Banyak fundamentalis Islam
percaya bahawa Islam pada era moden dan
dinamakan ‘negeri Islam’, sepertimana yang
ditanggapi mereka, telah menyeleweng.
Mereka berhasrat untuk kembali kepada
Islam yang tulin tidak bercampur dengan
moden yang berkompromi dengan sekular.
This has sometimes engendered a
profound hostility towards the
West which is often perceived as
secular and even atheistic.
- Sumber: Netton, A Popular
Dictionary of Islam, hlm. 84.
Ini kadang-kadang mengundang permusuhan yang
besar kepada Barat yang biasanya dipandang
sekular dan athes.
Dalam The Concise Encyclopaedia of
Islam, Cyril Glasse, London, 1989, hlm.
344. Antara lain dinyatakan bahawa
gerakan ini menganjurkan agar melepaskan
diri dari bertaklid kepada mazhab yang
menurut mereka sebagai tindakan yang
kaku, demi mengembalikan semula
keseragaman hukum, dengan cara
memeriksa kembali serta mengadakan
modifikasi yang selaras dengan keperluan-
keperluan pada zaman moden.
bersambung

More Related Content

What's hot

Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...LOGHA ANBARASU
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaIZZATIZULKEFLI1
 
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah shun
 
Nota (ulum quran) pendidikan quran sunnah f4
Nota (ulum quran) pendidikan quran sunnah f4Nota (ulum quran) pendidikan quran sunnah f4
Nota (ulum quran) pendidikan quran sunnah f4Unizzati
 
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & SunatSolat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & SunatAzizan Jae
 
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Adilah Said
 
Perbezaan undang undang dan syariah islam
Perbezaan undang undang dan syariah islamPerbezaan undang undang dan syariah islam
Perbezaan undang undang dan syariah islamyanamelatiraika
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHFarra Shahirra
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.jimoh370
 
03 bab taharah 1
03 bab taharah 103 bab taharah 1
03 bab taharah 1wk_aiman
 
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaPengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaAtiekah Pauzi
 
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz sallehKeberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz sallehadimal69
 
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Tazkirah PTAR
 

What's hot (20)

Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
 
Fahaman Ajaran Sesat Qadiani
Fahaman Ajaran Sesat QadianiFahaman Ajaran Sesat Qadiani
Fahaman Ajaran Sesat Qadiani
 
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah
 
Nota (ulum quran) pendidikan quran sunnah f4
Nota (ulum quran) pendidikan quran sunnah f4Nota (ulum quran) pendidikan quran sunnah f4
Nota (ulum quran) pendidikan quran sunnah f4
 
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & SunatSolat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
 
Hadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis QudsiHadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis Qudsi
 
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
 
Perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian HudaibiyahPerjanjian Hudaibiyah
Perjanjian Hudaibiyah
 
Perbezaan undang undang dan syariah islam
Perbezaan undang undang dan syariah islamPerbezaan undang undang dan syariah islam
Perbezaan undang undang dan syariah islam
 
Ta’zir
Ta’zirTa’zir
Ta’zir
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
03 bab taharah 1
03 bab taharah 103 bab taharah 1
03 bab taharah 1
 
ASAS AKIDAH
ASAS AKIDAHASAS AKIDAH
ASAS AKIDAH
 
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaPengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannya
 
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz sallehKeberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
 
Imam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbalImam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbal
 
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
 
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
 

Similar to PEMBANGUNAN

kuliah_xii_kebudayaan_islam_ok.ppt
kuliah_xii_kebudayaan_islam_ok.pptkuliah_xii_kebudayaan_islam_ok.ppt
kuliah_xii_kebudayaan_islam_ok.pptCintaPrasasti
 
bab 1 pengertian filsafat.pptx
bab 1 pengertian filsafat.pptxbab 1 pengertian filsafat.pptx
bab 1 pengertian filsafat.pptxAjangSuryana2
 
Kelompok 4 filsafat islam
Kelompok 4 filsafat islamKelompok 4 filsafat islam
Kelompok 4 filsafat islamDewi_Sejarah
 
Makalah pengertian dan model
Makalah pengertian dan modelMakalah pengertian dan model
Makalah pengertian dan modelArif Abas
 
Makalah pengertian dan model
Makalah pengertian dan modelMakalah pengertian dan model
Makalah pengertian dan modelArif Abas
 
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136subairD1
 
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islamTakari konsep-kebudayaan-dalam-islam
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islamsubairD1
 
Komparasi Filsuf muslim klasik dan filsuf muslim modern.pdf
Komparasi Filsuf muslim klasik dan filsuf muslim modern.pdfKomparasi Filsuf muslim klasik dan filsuf muslim modern.pdf
Komparasi Filsuf muslim klasik dan filsuf muslim modern.pdfIrfan Pathurahman
 
Seyyed hosein nasr
Seyyed hosein nasrSeyyed hosein nasr
Seyyed hosein nasrLtfltf
 
tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)
tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)
tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)Aina Sofieyah
 
Sejarah dan perkembangan filsafat islam
Sejarah dan perkembangan filsafat islamSejarah dan perkembangan filsafat islam
Sejarah dan perkembangan filsafat islammoh najmi albegama
 
Muhammad Arkoun (KELOMPOK 5).pptx
Muhammad Arkoun (KELOMPOK 5).pptxMuhammad Arkoun (KELOMPOK 5).pptx
Muhammad Arkoun (KELOMPOK 5).pptxFirdausAnNuzuula
 
Studi pemikiran filsafat islam
Studi pemikiran filsafat islamStudi pemikiran filsafat islam
Studi pemikiran filsafat islamApri Kusanto
 
Corak penafsiran al qur
Corak penafsiran al qurCorak penafsiran al qur
Corak penafsiran al qurAna Laku
 
Kebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islamKebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islamNUR DIANA
 
Pendidikan falsafah islam dan timur
Pendidikan falsafah islam dan timurPendidikan falsafah islam dan timur
Pendidikan falsafah islam dan timurAna Roshila
 

Similar to PEMBANGUNAN (20)

kuliah_xii_kebudayaan_islam_ok.ppt
kuliah_xii_kebudayaan_islam_ok.pptkuliah_xii_kebudayaan_islam_ok.ppt
kuliah_xii_kebudayaan_islam_ok.ppt
 
kebudayaan_islam_.ppt
kebudayaan_islam_.pptkebudayaan_islam_.ppt
kebudayaan_islam_.ppt
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
bab 1 pengertian filsafat.pptx
bab 1 pengertian filsafat.pptxbab 1 pengertian filsafat.pptx
bab 1 pengertian filsafat.pptx
 
Kelompok 4 filsafat islam
Kelompok 4 filsafat islamKelompok 4 filsafat islam
Kelompok 4 filsafat islam
 
Makalah pengertian dan model
Makalah pengertian dan modelMakalah pengertian dan model
Makalah pengertian dan model
 
Makalah pengertian dan model
Makalah pengertian dan modelMakalah pengertian dan model
Makalah pengertian dan model
 
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136
 
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islamTakari konsep-kebudayaan-dalam-islam
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam
 
Komparasi Filsuf muslim klasik dan filsuf muslim modern.pdf
Komparasi Filsuf muslim klasik dan filsuf muslim modern.pdfKomparasi Filsuf muslim klasik dan filsuf muslim modern.pdf
Komparasi Filsuf muslim klasik dan filsuf muslim modern.pdf
 
Seyyed hosein nasr
Seyyed hosein nasrSeyyed hosein nasr
Seyyed hosein nasr
 
tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)
tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)
tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)
 
Sejarah dan perkembangan filsafat islam
Sejarah dan perkembangan filsafat islamSejarah dan perkembangan filsafat islam
Sejarah dan perkembangan filsafat islam
 
Muhammad Arkoun (KELOMPOK 5).pptx
Muhammad Arkoun (KELOMPOK 5).pptxMuhammad Arkoun (KELOMPOK 5).pptx
Muhammad Arkoun (KELOMPOK 5).pptx
 
Studi pemikiran filsafat islam
Studi pemikiran filsafat islamStudi pemikiran filsafat islam
Studi pemikiran filsafat islam
 
Kel 8
Kel 8Kel 8
Kel 8
 
Corak penafsiran al qur
Corak penafsiran al qurCorak penafsiran al qur
Corak penafsiran al qur
 
Kebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islamKebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islam
 
Buku filsafat islam masa awal
Buku filsafat islam masa awalBuku filsafat islam masa awal
Buku filsafat islam masa awal
 
Pendidikan falsafah islam dan timur
Pendidikan falsafah islam dan timurPendidikan falsafah islam dan timur
Pendidikan falsafah islam dan timur
 

More from Kamarudin Jaafar

More from Kamarudin Jaafar (20)

Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020
 
Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutupSurat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
 
Surat perasmi pibg
Surat perasmi pibgSurat perasmi pibg
Surat perasmi pibg
 
Rancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunanRancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunan
 
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazahLaporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
 
Laporan klinik jawi
Laporan klinik jawiLaporan klinik jawi
Laporan klinik jawi
 
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6   kumpulan 4.(a11)docKonstruk 6   kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
 
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)docKonstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
 
Pmpp.1
Pmpp.1Pmpp.1
Pmpp.1
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
 
Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2
 
Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1
 
Info 5 minit pppm bhg2
Info 5 minit pppm   bhg2Info 5 minit pppm   bhg2
Info 5 minit pppm bhg2
 
Info 5 minit pppm bhg 5
Info 5 minit pppm   bhg 5Info 5 minit pppm   bhg 5
Info 5 minit pppm bhg 5
 
Info 5 minit pppm bhg 4
Info 5 minit pppm   bhg 4Info 5 minit pppm   bhg 4
Info 5 minit pppm bhg 4
 
Brosur pppm 2
Brosur pppm 2Brosur pppm 2
Brosur pppm 2
 
Inst 2 pd p kbat ithink
Inst 2  pd p kbat ithinkInst 2  pd p kbat ithink
Inst 2 pd p kbat ithink
 
Protim
ProtimProtim
Protim
 

Recently uploaded

PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...Kanaidi ken
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiaNILAMSARI269850
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)PUNGKYBUDIPANGESTU1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptAgusRahmat39
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptxSirlyPutri1
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 

Recently uploaded (20)

PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 

PEMBANGUNAN

  • 2. Pengenalan Kemunculan aliran pemikiran di kalangan Muslim tidak terpisah dengan zamannya. Tinjauan dari sudut sejarah, zaman tersebut dapat dibahagikan kepada tiga periode.
  • 3. Terbahagi Kepada 3 Tahap Utama:- Period Klasik Period Pertengahan Period Moden
  • 4. Period Klasik Pada period klasik Dunia Islam berkembang ke barat hingga ke Sepanyol, ke timur hingga ke India, ke utara hingga ke Kaukasus dan Laut Aral, ke selatan hingga ke Sudan.
  • 5. Pada masa inilah juga terjadinya kontak antara Islam dan kebudayaan Barat atau tegasnya antara Islam dengan falsafah dan kebudayaan Yunani klasik yang terdapat di Mesir, Syria, Mesopotamia dan Parsi.
  • 6. Dalam periode inilah munculnya pemikiran dalam bidang teologi, yang menimbulkan aliran-aliran rasional dan tradisional dalam Islam; hukum hingga muncul mazhab-mazhab seperti yang dikenal sekarang, mistik; yang dari situ lahir tokoh-tokoh sufi terkenal seperti al-Bistami, al- Hallaj, Ibn c Arabi dan lain-lain.
  • 7. Pada zaman ini juga lahir ahli Hadis dan dilakukan pembukuan Hadis, ahli sastera Arab, sejarah dan sebagainya. Periode klasik yang melahirkan peradaban Islam hingga mempengaruhi peradaban Barat ini diakui oleh penulis-penulis Barat kenamaan seperti Gustave Le Bon, Jacques Risler, Rom Landau dan Alfred Guillaume.
  • 8. Period Pertengahan 1250-1800M Dihitung dari mula jatuhnya Baghdad ke tangan Hulagu Khan. Tokoh ini hidup sekitar tahun 1217-1265M. Penakluk bangsa Mongol dan pengasas Dinasti Moghul di Iran tahun 1217- 1265M.
  • 9. Setelah jatuhnya Baghdad umat Islam berada pada zaman gelap terutama dalam lapangan pemikiran. Kemajuan ilmiah seperti yang terdapat dalam periode Klasik tidak ada lagi. Ditutup pintu ijtihad, pemikiran menjadi mati. Umat Islam diikat oleh faham tradisionalisme.
  • 10. Bagaimanapun dalam lapangan politik mereka mulai naik kembali dengan munculnya kerajaan Uthmani yang dapat memperluas daerah kekuasaannya di Eropah Timur hingga ke perbatasan Austria.
  • 11. Di samping kerajaan ini lahir pula kerajaan Safawi di Parsi dan kerajaan Mughal di India. Ketiga-tiga kerajaan inilah yang berkuasa selama dua abad dari tahun 1500-1700M. Masa ini dikenali sebagai zaman tiga kerajaan besar [the age of the three empires].
  • 12. Periode Moden [1800M - Kini] Periode Moden, iaitu dari tahun 1800M hingga sekarang. Sesudah tahun 1700M, kekuasaan umat Islam mulai menurun dan akhirnya kalah dalam peperangan dengan Barat. Pengaruh Barat masuk ke India dan Parsi, dan akhirnya Napoleon dapat menduduki Mesir pada tahun 1798M.
  • 13. Napoleon yang dapat menduduki salah satu pusat Dunia Islam terpenting, menyedarkan pemuka- pemuka Islam bahawa umat Islam memang terkebelakang dan lemah. Sebelumnya mereka masih berkeyakinan bahawa kebudayaan umat Islam masih lebih tinggi dari kebudayaan Barat.
  • 14. Kesedaran ini menimbulkan keinginan di kalangan umat Islam untuk memperbaiki kedudukan mereka dengan menoleh ke Barat dan belajar dari Barat. Pemimpin- pemimpin Islam ingin mempermoden Dunia Islam. Dengan demikian timbullah period moden
  • 15. PELBAGAI ALIRAN PEMIKIRAN Dalam tiga zaman yang dinyatakan itu berbagai aliran pemikiran telah muncul di dunia Islam.
  • 16. 1. RASIONALISME Aliran atau sekolah pemikiran yang menegaskan bahawa taakulan adalah asas yang paling baik dalam melakukan sesuatu tindakan ataupun menyelesaikan masalah.
  • 17. Dalam hubungannya dengan pemikiran Islam, rasionalisme1 merupakan aliran yang pertama muncul sebagai respons terhadap khitab ayat-ayat Quran sehubungan dengan pengunaan akal. 1Aliran rasionalis ini sering dihubungkan dengan Muktazilah yang dipelopori oleh Wasil bin c Ata al-Ghazzal [689-749M murid kepada Hasan al-Basri [642-728M]. Hasan al-Basri adalah seorang tabiin dan sering kali diberi julukan sebagai imam pada zamannya. Apabila dihubungkan dengan istilah Salaf dan berpegang dengan Sunah, Hasan al-Basri adalah salah seorang dari kalangan mereka. Lihat selanjutnya dalam tulisan Joesoef Souyb, Peranan Aliran Iktizal Dalam Perkembangan Alam Pikiran Islam, Pustaka Alhusna, Jakarta, 1982, hlm. 183-190. Perihal Wasil ini sila lihat pada halaman 191-200.
  • 18. Gagasan Rasionalisme Memberi keutamaan kepada akal dalam memahami ajaran Quran sertaHadis. Kebebasan akal terikat pada ajaran-ajaran mutlak Quran dan Sunah, iaitu ajaran yang termasuk dalam istilah qatc iy al-wurud dan qatc iy al-dalalah.
  • 19. Maksud Quran dan Hadis difahami sesuai dengan pendapat akal. “Pemikiran rasional dipengaruhi oleh persepsi tentang bagaimana tingginya kedudukan akal seperti yang terdapat dalam Quran dan Hadis”. – Prof. Dr. Harun Nasution.
  • 20. Aliran rasionalis telah mendapat kekuatan pada zaman pemerintahan al- Makmun [w. 833M] yang memerintah Dinasti Abbasiyah pada tahun 813M. Pada zaman ini berlakunya mihnah terhadap para ulama.
  • 21. Antaranya pemuka-pemuka aliran tradisionalisme, khususnya Ahmad bin Hanbal [w. 855M] berkenaan dengan kemakhlukan Quran. Apabila Khalifah al-Mutawakkil [w. 861M] memegang teraju pemerintahan pada tahun 847M, beliau telah memansukhkan mazhab Muktazilah sebagai mazhab rasmi negara dan aliran rasionalis corak Muktazilah ini berakhir setelah berkedudukan secara rasminya selama tiga puluh empat tahun.
  • 22. 2. TRADISIONALISME Tradisionalisme berasal daripada perkataan tradisi”. Ia bermakna sesuatu kebiasaan“ yang kekal turun temurun, sesuatu yang sudah menjadi amalan yang sudah sebati dengan sesuatu masyarakat
  • 23. Daripada perkataan tradisi” ini“ lahir perkataan tradisional” yang“ bermakna berkaitan dengan”,“ bersifat” atau mengikut tradisi.“
  • 24. Perkataan tradisionalis” pula“ merujuk kepada pendukung fahaman yang berdasarkan tradisi, manakala perkataan tradisionalisme” pula bermakna“ fahaman yang berdasarkan tradisi.
  • 25. Perkataan “tradition” bila dirujuk kepada kamus Inggeris-Arab, kebiasaannya ia dipakai dalam dua makna: “al-taqlid” dan al-Hadith. Kata “traditional” pula diertikan sebagai “taql³id³iyy” [‫]تـقـلـيـدى‬ dan ¦ad³th³yy [‫.]حـديـثـى‬ - Dr. J. John Abcarius, An English-Arabic Reader’s Dictionary, Library Du Liban, Beirut, 1974, hlm. 646.
  • 26. Berdasarkan kepada dua pengertian yang biasa dipakai itu, terdapat dua kecenderungan para pengkaji dalam memberikan maksud “tradisionalisme” ini. Abdul Rahman Haji Abdullah menyebutkan istilah ini “digunakan dalam pengertian konservatif atau mempertahankan yang lama”.
  • 27. Ungkapan ini dapat diertikan sebagai “mempertahankan faham taklid” bukannya Hadis. Sementara ungkapan “aliran ini menyeru agar kembali secara total kepada Islam dengan mempraktikan semula amalan-amalan masyarakat pada zaman Rasulullah s.a.w. yang dicirikan dengan perlaksanaan syariah serta Sunah” seperti yang disebut oleh Ahmad Sunawari Long pula lebih mendekati “faham Salaf” yang berpegang teguh kepada Hadis.
  • 28. Muhammad Abdul Rauf juga pernah menghubungkan istilah tradisionalisme ini dengan pendukung Sunah, khususnya Ahmad bin Hanbal.
  • 29. “It was sad that this great fertile age, the first century of the Abbasid rule, notwithstanding its immense lasting achievements, should end on a sour intellectual note! It was all because of official intervention in the dispute between the Muc tazilah who represented the Rationalist wing of Islam, and the rest of the Muslim thinkers at the time, who believed themselves to represent the Sunni path of Islam, the Traditionalists. By the time the seventh Abbasid Caliph, al-Makmun, [198-218 A.H], ascended the throne, the tension between the Muktazilah and the Sunnis reached a very high pitch in view of the former’s unrestrained intellectualism venturing into the realm of the ilahiyat , daringly producing new dogmas and doctrine distasteful to the Sunni theologians”
  • 30. Istilah tradisionalisme yang dipakai dalam kajian ini adalah merujuk kepada pengertian yang disebut oleh Munir Bac albaki yang memberikan makna kepada perkataan “tradisionalisme” sebagai: ‫الحــتـرام‬ ‫شــدة‬ :‫الــتـقـلــيـديــة‬,‫للـتـقـلـيـد‬ ‫الـديـنـيـة‬ ‫مـســائـل‬ ‫فــى‬ ‫وبـخــاصــة‬
  • 31. Juga seperti yang ditakrifkan oleh Federspiel seperti berikut: “Tradisional [In.] Anthro. Trait of identifying with the long-held beliefs and practices of Islam, especially as laid down in the schools of jurisprudence and particularly with the works of Syafii legalists.” Sumber Howard M. Federspiel, A Dictionary of Indonesian Islam, Ohio University Center for International Studies, Ohio, 1995, hlm. 273
  • 32. Ditinjau kepada sejarah perkembangan aliran pemikiran dalam Islam yang begitu panjang, aliran tradisionalisme yang diperkatakan ini barangkali boleh dimasukkan dalam rumpun “orthodox conservatives” seperti ungkapan Patrick Bannerman dalam tulisannya yang menyebutkan:
  • 33. There have been attempts to categorize schools of thought and trends, particularly those of the nineteenth and twentieth centuries. Although terminology varies considerably, there appears to be general agreement that there were four main trends, which might be broadly defined as: [a] orthodox conservatives; [b] quasi-orthodox conservatives; [c] modernizing reformers; [d] conservative reformers. Patrick Bannerman, Islam in Perspective AGuide to Islamic So ciety, Po litics and Law, The Royal Institute of International Affairs, London, 1988, hlm. 11- 121
  • 34. Aliran konservatif ortodoks yang mendukung taklid menegaskan bahawa Islam adalah lengkap sebagai satu sistem yang sempurna, justeru itu ia tidak perlu kepada sebarang bentuk perubahan. Aliran “quasi-ortodox conservatives” pula biasanya bergabung dengan pihak berkuasa yang berpandangan hampir sama dengan mereka dan dalam praktiknya bersikap pragmatik dengan pengaruh Barat.
  • 35. Aliran “modernizing reformers” pula melihat keperluan aspek menafsir semula prinsip-prinsip Islam dengan mengambil kira situasi yang berubah. Sikap taklid dalam Usul dan Furuk ditentang serta menganjurkan Ijtihad sebagai satu kemestian
  • 36. Manakala aliran “conservative reformers” menegaskan bahawa bidaah mestilah dibenteras, taklid adalah salah dan perlu berijtihad. Bagaimanapun mereka cenderung membataskan penggunaan ijtihad dan berhujah bahawa penyelesaian tidak bersifat sintesis malahan kembali kepada konsep yang ideal, praktikal dan prinsip-prinsip yang ada pada Zaman Keemasan Islam.
  • 37. GAGASAN TRADISIONALISME Gagasan penting aliran tradisionalisme ini antaranya ialah: Tidak memberi keutamaan kepada akal dalam memahami ajaran Quran dan Hadis. Terikat dengan ijtihad ulama zaman klasik. Terikat dengan pengertian lafzi dari teks-teks Quran serta Hadis.
  • 38. Di samping berpegang kepada gagasan di atas, dapat dikatakan bahawa pada zaman kelesuannya golongan tradisionalis lebih dikenali dengan sikap bertaklid buta kepada para mujtahid terdahulu dan berpandangan pintu ijtihad telah ditutup serta memadai berpegang kepada salah satu dari empat mazhab.
  • 39. Sikap ini meletakkanSikap ini meletakkan dunia Islam dandunia Islam dan umatnya dalamumatnya dalam suasana kaku dansuasana kaku dan masing-masing-masingmasing berbangga denganberbangga dengan pegangan anutanpegangan anutan mazhab sendiri-mazhab sendiri- sendirisendiri Perbalahan mazhabPerbalahan mazhab begitu berleluasa.begitu berleluasa.
  • 40. Mereka mengakui kelemahan mereka dan berpada dengan apa yang terdapat dalam kitab-kitab karya ulama silam. Mereka berpandangan bahawa mazhab-mazhab tertentu telah menjadi pegangan dan anutan yang tidak boleh diingkari, sementara pintu ijtihad pula dianggap telah tertutup.
  • 41. Subhi Mahmasani menjelaskan: “This flourishing of jurisprudence, however took a downward trend towards the end of the c Abbasid period. After the fall of Baghdad in the hands of Hulagu Khan in the middle of the 7th century A.H. [13th century A.D] the Sunni jurists reached a consensus of opinion on “closing of door of interpretation” for fear of persecution. They further agreed that the four Sunni schools were sufficient. Arab civilization declined gradually and rigidity enveloped all phases of life. This inevitably resulted in the prevalence of imitation and cessation of interpretation in jurisprudence, in an abundance of anomalies based upon ignorance and in the prevalence of superstitions which remained for a period of time as a symbol of decline and obscurity”.
  • 42. 3. Salafisme Salaf bermakna para pendahulu; orang-orang Islam terdahulu yang hidup pada masa Rasulullah s.a.w, Sahabat, murid para Sahabat [tabiin] dan murid para tabiin.
  • 43. Salafiah pula adalah satu aliran pemikiran di kalangan Muslim sebagai reaksi terhadap metode Muktazilah. Kata nama “salafiyyin”, digunakan kepada pengikut aliran Salaf dalam akidah.
  • 44. Aliran ini telah mengalami beberapa siri pasang surutnya yang ketara. Meskipun demikian konsep “menghidupkan semula tradisi Salaf” selaku asas utamanya masih menjadi dukungan kuat dan menjadi prinsip utama gerakan mereka.
  • 45. Atas dasar berlakunya “pasang surut” inilah barangkali, The Oxford Encyckopedia of the Modern Islamic World umpamanya cenderung memberikan beberapa nama kepada Salafisme. Antaranya: 1. Salaf Klasik. Aliran ini dicetuskan oleh Ahmad bin Hanbal dan menyusul selepasnya Ibn Taimiyyah.
  • 46. 2. Salaf Pramoden. Aliran Salaf periode ini diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab [1703-1792M] yang mendukung idea Ahmad bin Hanbal dan Ibn Taimiyyah. Gerakan ini mempengaruhi Gerakan Sanusiyah dan Mahdi [kecuali kecenderungan sufi].
  • 47. Gerakan-gerakan lain yang seumpama gerakan Muhammad Abdul Wahab ini ialah Uthman Dan Fodio [1754-1817M] di Nigeria, Ahmad Sirhindi [1564-1624M], Shah Wali Allah [1702-1762M] dan Sayyid Ahmad Barelwi [1786-1831] di benua kecil India. Mereka membela kesucian agama, mengubah akhlak dan sosial, serta menyatukan Muslim.
  • 48. 3. Salaf Moden. Aliran Salaf ini diasaskan oleh Jamaluddin Afghani [1839-1897M] dan Muhammad Abduh [1849-1905M]. Objektif utamanya untuk membebaskan umat Islam yang telah lama tenggelam dalam taklid buta [blind imitation] dan jumud [stagnation], mengembalikan semula Islam dalam bentuknya yang asal, merubah akhlak, budaya dan situasi politik umat Islam.
  • 49. Perbezaannya dengan Salaf Klasik adalah dari sudut keperluan intelektual dan tabiat moden serta kepelbagaian dan luasnya objektif mereka. Lihat John L. Esposito [editor in chief], The Oxford Encyclopediaof the Modern Islamic World, 4 jld, Oxford University Press, New York, 3: 463-465..
  • 50. Perubahan yang berlaku ini kemudiannya dibangkitkan kembali dalam watak, tempat dan zaman yang berlainan. Ia kemudiannya diberi berbagai tanggapan dengan nama-nama yang berbeza pula oleh kalangan pengkaji.
  • 51. 1. Berpegang teguh kepada Quran dan Hadis. 2. Mengutamakan naql daripada akal. 3. Memahamkan dan menggunakan metode tekstual dengan berpegang kepada wahyu yang diterima tanpa tasybih, tac til dan takwil. Gagasan pokok aliran pemikiran Salaf
  • 52. 4. Dalam bidang Hadis mereka menggunakan kedua-dua Hadis Dirayah dan Hadis al-Riwayah [1] [ 1] Secara ringkas, Ilmu Hadis riwayah ialah ilmu yang membuat liputan terhadap pemindahan sabda-sabda Nabi, perbuatannya, riwayatnya dan menjaga serta memelihara lafaz-lafaznya. Lihat Dr. c Ali c Abd al-Halim Mahmud, al-Ta c rif bi Sunnah al-Rasul s.a.w aw c Ilm al- Hadith Dirayah, Dar al-Tawzic wa al-Nashr al-Islamiyah, Misr, 1994, hlm. 22.
  • 53. Hadis al-dirayah. [2] [2] Ilmu Hadis dirayah, secara ringkas bermakna ilmu yang dengannya diketahui hakikat sesuatu riwayat, syarat-syaratnya, jenis-jenisnya, hukum-hukumnya, keadaan perawi dan syarat-syarat mereka, jenis-jenis periwayat dan yang berkaitan dengannya. Lihat Dr. c Ali c Abd al-Halim Mahmud, al-Ta c rif bi Sunnah al-Rasul s.a.w aw c Ilm al-Hadith Dirayah, hlm. 37.
  • 54. 5. Bersikap waspada terhadap rasionalisasi yang mendalam terhadap masalah akidah. Aliran Salaf ini mengganggap golongan mereka sebagai Ahli Sunah Waljamaah kerana fahaman akidah bawaan mereka dianggap asli, berasal dari ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana yang diterima oleh umat Islam pertama. Golongan ini berasal dari kalangan Hanabilah.
  • 55. Umat Islam pernah mengalami kelemahan dalam politik, sosial, ekonomi, akhlak dan ditambah pula dengan serangan Mongol. Akibatnya mereka jatuh dan bangun, para penguasa sudah tidak berdaya, kezaliman berleluasa, dan para ulama tidak berijtihad secara murni lagi.
  • 56. Umat Islam pernah mengalami kelemahan dalam politik, sosial, ekonomi, akhlak dan ditambah pula dengan serangan Mongol. Akibatnya mereka jatuh dan bangun, para penguasa sudah tidak berdaya, kezaliman berleluasa, dan para ulama tidak berijtihad secara murni lagi.
  • 57. Dalam situasi seperti itulah munculnya ulama yang ingin membangun kembali pemikiran kaum Muslimin dengan menyedarkan mereka agar kembali kepada Quran dan Sunah seperti mana yang dilakukan oleh kaum Salaf - Sumber Ensiklopedi Islam, 4: 204.
  • 58. Meskipun perkataan Arab ‘salaf’ ada dalam beberapa ayat Quran, namun penggunaaan istilah Salaf sebagai satu aliran pemikiran sebagaimana yang dipakai dalam perbincangan ini, sukar untuk ditentukan kewujudannya secara tepat. [see note after this].
  • 59. Note: Kesemuanya berjumlah lapan kali. Diulang-sebut perkataan ‘salaf’ sebanyak lima kali dalam surah-surah: al-Baqarah 2: 275; al-Nisa’ 4: 22, 23; al-Ma’idah 5: 95; al-Anfal 8: 38. Disebut dengan ungkapan ‘aslafat’ pada Surah Yunus 10: 30; ‘aslaftum’ pada Surah al-Haqah 69: 24 dan ‘salafan’ pada Surah al-Zukhruf 43: 65. Lihat dalam Muhammad Fu’ad c Abd al-Baqi, al-Mu c jam al-Mufahras li Alfaz al-Qur’an, Dar al-Fikr, Beirut, 1986, hlm. 355.
  • 60. Hanya perkataan “salafan” pada ayat Surah al-Zukhruf 43: 65, merujuk kepada maksud “pengajaran” [c ibrah]. Lihat al-Husain bin Muhammad al- Damaghani, Qamus al-Qur’an Aw Idah al-wujuh wa al-Naza’ir fi al-Qur’an al- Karim, tahkik c Abd al-c Aziz Sayyid al- Ahal, Dar al-c Ilm lil Malayin, Bayrut, ed, 2, 1977, hlm. 242.
  • 61. Sementara ayat-ayat selainnya adalah merujuk kepada pengertian “yang telah lalu”. Lihat Abi al-Qasim al-Husain bin Muhammad bin al-Mufaddal al-Raghib al-Asfahani, Muc jam Mufradat Alfa§ al- Qur’an, tahkik Ibrahim Shams al-Din, Dar al-Kutub al-c Ilmiyah, Beirut, 1997, hlm. 268.
  • 62. Hanyalah pada abad ke-7 Hirah istilah Salafiah diformulasikan secara lengkap oleh Ibn Taimiyah [w.729H/1329M]. [Sumber: Leksikon Islam, 2: 654].
  • 63. Lanjutan daripada Ahmad bin Hanbal, aliran ini kemudiannya dikembangkan oleh Ibn Taimiyah yang menyeru kembali kepada faham Salaf yang pada masa belakangannya digerakkan pula oleh Muhammad bin Abdul Wahab [1696-1791M] di Hijaz. Sumber: Fazlur Rahman, Islam, Wiedenfeld and Nicolson, London, 1966, hlm. 197.
  • 64. Gerakan yang berusaha memurnikan ajaran Islam yang timbul di sekitar abad ke-20, dengan tokoh-tokohnya seperti Jamaluddin al-Afghani [1838- 1897], Muhammad Abduh [1849-1905] dan Rashid Rida [1865-1935] juga dianggap sebagai gerakan Salafiah, iaitu mata rantai kedua setelah gerakan Muhammad bin Abdul Wahab - Leksikon Islam, 2: 656.
  • 65. Tokoh-tokoh yang mengembalikan semuagagasan pemikiran ini ialah Ibn Taimiyah dan Muhammad bin Abdul Wahab, manakalaJamaludin Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid Ridapadaera moden dengan namagerakan Islah, Tajdid, Reformisdan jugaModernis. Penisbahan kepada nama-namayang terakhir ini tidak merubah gagasan asalnyaiaitu mengembalikan semula Islam sepertimanayang ditunjukkan oleh zaman awal dahulu.
  • 66. Bagaimanapun lantaran berbenturan dengan perkembangan duniamoden dan isu kemasyarakatan yang wujud pada zamannya, iadihuraikan semulasesuai dengan keperluan, dan penekanan kepada aspek-aspek tertentu menyebabkan ia muncul semuladengan nama-namayang disebutkan.
  • 67. Umpamanya penjurusan mereka kepada usaha mengislahkan umat dari perkara-perkara khurafat dan bidaah pada zamannya menghasilkan nama Gerakan Islah, usaha mereka memperbaharui pemikiran umat yang berada dalam kepompong kejumudan menjadikan mereka dikenali sebagai Gerakan Reformis, manakala usaha mereka untuk menghasilkan kesesuaian Islam dengan zaman moden dikenali sebagai Gerakan Modenis.
  • 68. Antara lain perkara ini dapat difahami dalam penegasan berikut: “Gerakan Salafiyah sering disebut pula gerakan Tajdid [pembaharuan], gerakan Islah [perbaikan], dan gerakan Reformasi. Ibn Taimiyah disebut sebagai Bapa Tajdid, Bapa Islah, Bapa Reformasi atau Bapa Pembaharuan dalam Islam. Bahkan ia dianggap sebagai Muhyi Athar al-Salaf [Orang yang Menghidupkan Kembali Ajaran Salaf]”. Lihat Ensaiklopedi Islam, 4 jil. PT Ichtiar Baru Van Hoeve, Jakarta, 1993, 4: 204.
  • 69. Sehubungan dengan ini Netton menulis: “Al-Salafiyya was also the name borne by an Egyptian reformist movement whose founders were c Abduh [q.v.] and al- Afghani [q.v.]. The Salafiyya tried, among other things, to identify a via media between the strict tenets of Islam and the ideas of secular society and modern science”. Sumber: Ian Richard Netton, A Popular Dictionary of Islam, Curzon Press, London, 1992, hlm. 222.
  • 70. Salafiah juga nama dimunculkan oleh gerakan reformis di asaskan oleh Abduh dan al-Afghani. Salafiah cuba mencari hubungan antara kepercayaan Islam yang tiada tolak ansur dengan idea-idea masyarakat sains moden sekular.
  • 71. Pada sudut yang lain Netton cenderung menterjemahkan salafisme ini dengan “fundamentalisme”. Ujarnya: “Today the word salafiyya has been use as one of the attempts in Arabic to render the word “fundamentalism” and it is in this sense a synonym of usuliyya.”
  • 72. Hari ini istilah Salafiah digunakan sebagai satu cubaan untuk mengambil alih istilah Arab sebagai fundamentalis, dan dalam citarasanya sinonim Usuliyah.
  • 73. Meskipun dilabelkan dengan “fundamentalism”, Netton tetap mengiktiraf yang aliran ini ingin mengembalikan Islam kepada “pengkalan” asalnya seperti yang ditegaskan beliau:
  • 74. Fundamentalism Islamic - These words have been variously interpreted and endlessly debated. However, in essence, they seem to indicate a desire to return to an ‘ideal’ Islam, perhaps that the age of the Rashidun [q.v.]. Many Islamic fundamentalists believe that the Islam of the modern era, and the so-called ‘Islamic’ states, as they perceive them, have been corrupted. They desire a return to ‘true’ Islam, shorn of any modern compromises with secularism.
  • 75. Fundamentalis Islam – istilah tersebut begitu luas dibincangkan tanpa ada kata putus. Bagaimanapun, pada asasnya, ia kelihatan menandai kembali semula kepada Islam yang ideal, barangkali pada zaman Khalifah Rasyidun. Banyak fundamentalis Islam percaya bahawa Islam pada era moden dan dinamakan ‘negeri Islam’, sepertimana yang ditanggapi mereka, telah menyeleweng. Mereka berhasrat untuk kembali kepada Islam yang tulin tidak bercampur dengan moden yang berkompromi dengan sekular.
  • 76. This has sometimes engendered a profound hostility towards the West which is often perceived as secular and even atheistic. - Sumber: Netton, A Popular Dictionary of Islam, hlm. 84. Ini kadang-kadang mengundang permusuhan yang besar kepada Barat yang biasanya dipandang sekular dan athes.
  • 77. Dalam The Concise Encyclopaedia of Islam, Cyril Glasse, London, 1989, hlm. 344. Antara lain dinyatakan bahawa gerakan ini menganjurkan agar melepaskan diri dari bertaklid kepada mazhab yang menurut mereka sebagai tindakan yang kaku, demi mengembalikan semula keseragaman hukum, dengan cara memeriksa kembali serta mengadakan modifikasi yang selaras dengan keperluan- keperluan pada zaman moden.