Dokumen tersebut membahas tentang berbagai topik terkait bulan Ramadhan seperti kewajiban puasa, keutamaan bulan Ramadhan, amalan Nabi dan sahabat dalam bulan suci ini. Termasuk di dalamnya hadis-hadis yang menerangkan kelebihan puasa dan aktivitas yang disarankan selama bulan Ramadhan.
2. أتاكم رمضان سيد الشهور، فمرحبا به وأهلا " Telah datang kepada kamu Ramadhan yang menjadi penghulu segala bulan, Selamat datang diucapkan "
3. Doa Rasulullah SAW: اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان “ Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan ” DOA RASULULLAH SAW KETIKA MASUK BULAN REJAB
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11. عن ابى هريرة , رضى ألله عنه , قال أن رسول الله صلى ألله عليه وسلم : إذا جاء رمضانُ , فتحت ابوابُ الجنة ( رواه البخارى ) Imam al Bukhari telah meriwayatkan dari Abi Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga (dalam riwayat lain pintu langit )” ) riwayat: al-Bukhari) KELEBIHAN RAMADHAN
12. عن ابى هريرة , رضى ألله عنه , قال : رسول ألله صلى ألله عليه وسلم : إذا كان رمضان , فتحت ابوابُ الرحمة , وغلقت ابواب جهنم . وسٌلسلتِِ الشياطين ( رواه مسسلم ) “ Dari Abi Hurairah RA.Rasulullah SAW bersabda. Apabila masuk Ramadhan, dibukakan pintu-pintu rahmat dan pintu-pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan-syaitan” (riwayat: Muslim) KELEBIHAN RAMADHAN
13.
14. قد أتاكم شهر رمضان , شهر مبارك , كتب الله عليكم صيامه , فيه تفتح أبواب الجنان ، وتغلق أبواب الجحيم ، وتغل فيه الشياطين ، فيه ليلة خير من الف شهر، من حُرِمَ خيرها فقد حرم ( روه امام احمد والنسائى وابو هريرة ) KELEBIHAN RAMADHAN
15. maksudnya: “ Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah S.W.T telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak diberikan kebajikan malam itu, bererti diharamkan baginya segala rupa kebajikan ” (riwayat: Imam Ahmad, al-Nasai & Abu Hurairah)
19. Jangan bermalas-malasan dengan jangan memenuhi hari dengan tidur berdengkur sepanjang siang hingga salat jamaah dilewatkan dan membaca al-Qur’an dilupakan. Kalau ada yang berdalih dengan hadis “Orang yang berpuasa tetap di dalam ibadah meskipun dia tidur di atas tempat tidurnya.” (riwayat: al-Dailami) Ketahuilah, bahwa hadits tersebut adalah daif bahkan maudlu’ (palsu) kerana adanya perawi yang bernama Muhammad bin Ahmad bin Suhail. Dia adalah pemalsu hadits ( Silsilah Ahadits Dhaif wal Maudhu’ah – No: 653).
27. Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa melakukan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosanya yang telah lalu”(Muttafaq 'Alaih) 'Alaih) ii. M elakukan solat tarawih dan tahajjud (qiamullail) pada malamnya.
28. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .( رواه البخاري ومسلم ) Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesiapa yang mengerjakan solat malam di bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu” (Hadith Sahih- muttafaqun alaihi) Solat tarawih dan tahajjud (qiamullail)
29. Taraweeh in the Park or Mosque During the month of Ramadan, Muslims increase in worship and self discipline: fasting throughout the day and praying throughout the day and night. During Ramadan, Muslims conduct special evening prayers where large segments of Qur'an are recited. To Muslims these prayers are commonly known as taraweeh ...
30.
31.
32.
33. iii. Tilawatul dan Tadabbur al-Qur’an Tilawatul dan tadabbur al-Qur’an merupakan amal saleh yang berfungsi sebagai cahaya penerang di setiap rumah para sahabat dan salafussaleh. Membaca Al Qur’an juga dikira berdzikir kepada Allah, dua perkara yang ringan di bibir tetapi amat berat timbangannya kelak pada Yaumul Mizan. Bacalah Al Qur’an kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pembela bagi ahlinya” (riwayat: Muslim)
40. Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa , maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan menjadi penebus dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa (orang yang dijamu) dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun". "Sababat-sababat Baginda berkata:"Ya Rasulullah , kami semua bukanlah orang-orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang-orang yang berpuasa " Lalu Rasulullah SAW menerangkan : "Allah Taala akan memberikan pahala yang tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air sejuk atau dengan sedikit sus yang bercampur air. (Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya). iv. Memberi ifthar (makanan untuk berbuka) kepada orang yang berpuasa .
41. Anak-anak malaysia: Majlis iftar di United Kingdom Memberi ifthar (makanan untuk berbuka) kepada orang yang berpuasa .
42.
43. Infaq dan sadaqah merupakan amalan suci bulan Ramadhan. Para sahabat Nabi SAW memperbanyak sadaqah dan infaq fi sabilillah dalam bulan Ramadhan v. Infaq dan sadaqah
44.
45. Melakukan salat dan ibadah lain di malam Lailatul Qadar pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Ia adalah malam yang penuh berakah, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'anul Karim. Pada malam itu pula dijelaskan/bereskan segala urusan dengan penuh hikmah. vi. Melakukan salat dan ibadah lain di malam Lailatul Qadar.
46. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ ليلةَ القدرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .( رواه البخاري ومسلم ) "Barangsiapa melakukan salat di malam Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, niscaya ia diampuni dosanya yang telah lalu (Muttafaq 'Alaih) Melakukan salat dan ibadah lain di malam Lailatul Qadar.
47. Meminta ampunan serta berdo'a ketika dalam keadaan puasa, berbuka dan ketika makan sahur. Do'a orang puasa adalah mustajab (dikabulkan), baik ketika dalam keadaan puasa ataupun ketika berbuka Allah memerintahkan agar berdo'a dan Allah SWT menjamin mengabulkannya. vii. Beristighfar dan berdoa:
48. وَقَالَ رَبُّكُمْ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ "Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya Aku mengabulkannya untukmu” (Ghaafir: 60 Beristighfar dan berdoa:
62. Dari `Aisyah r.a., katanya: Bahawa Rasulullah SAW - pada suatu malam (dalam bulan Ramadhan) ketika jauh malam telah keluar lalu sembahyang di masjid dengan diikuti oleh beberapa orang lelaki sebagai makmum, Pada keesokan harinya terhebahlah peristiwa itu diperkatakan orang, lalu mereka berkumpul lebih ramai ramai lagi (pada malam kedua) serta mereka bersembahyanglah bersama-sama Baginda. Pada keesokan harinya terhebahlah peristiwa itu diperkatakan orang, lalubertambah ramai orang-orang hadir di masjid pada malam yang ketiga. Rasulullah SAW pun keluar ke masjid lalu sembahyang dengan diikuti oleh sidang jamaah. Setelah sampai malam yang keempat, penuh sesaklah masjid dengan sidang jamaah (tetapi Baginda tidak datang) sehinggalah Baginda keluar ke masjid untuk mengerjakan sembahyang subuh. Setelah selesai sembahyang, Baginda mengadap orang ramai lalu (memulakan ucapannya dengan memuji Allah Taala) dan mengucap syahadah, kemudian Baginda (menerangkan sebabnya Baginda tidak datang ke masjid untuk mengerjakan sembahyang tarawih bersama), sabdanya: "Amma Ba'du, sebenarnya tidak terlindung kepada Aku tentang kedudukan kamu (sebagai orang-orang yang taat dan suka berbuat kebajikan), tetapi Aku bimbang bahawa (sembahyang tarawih) itu akan difardhukan atas kamu, maka dengan itu kamu tidak terdaya mengerjakannya.” (Imam al-Zuhri, salah seorang perawi hadith ini berkata): "Maka wafatlah Rasulullah SAW sedang perkara (sembahyang tarawih) itu berkeadaan demikian" (tidak dikerjakan dengan berjamaah) (Hadith Sahih – riwayat: Bukhari) Solat malam (tarawih) : Zaman Nabi SAW
64. Dari Abdul Rahman bin Abd al-Qari, katanya: Pada suatu malam dalam bulan Ramadhan , saya mengiringi Umar al-Khattab ke masjid, lalu (kami) dapati orang ramai (di situ) berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan yang berasingan, ada orang yang sembahyang seorang diri, ada pula yang sembahyang lalu diikuti oleh beberapa orang. ” Melihatkan yang demikian) Saiyidina Umar berkata: "Aku fikir, kalau aku kumpulkan mereka ini semuanya berimamkan seorang imam, tentulah amalan itu amatlah baiknya." Kemudian ia mengambil keputusan lalu mengumpulkan mereka semuanya berimamkan Ubai bin Kaab. Setelah itu, saya mengiringi Saiyidina Umar pada suatu malam yang lain (pergi ke masjid), (pada ketika itu) orang ramai sedang sembahyang berimamkan imam mereka (yang tersebut). (Melihatkan yang demikian) Saiyidina Umar berkata: "Amalan ini satu perbuatan bid'ah yang baik" (Hadith Sahih – riwayat Bukhari) Solat malam (tarawih) : Zaaman Khalifah Umar