Tajuk 1        Kemahiran Mendengar dan Bertutur                    · Konsep                    · Objektif                 ...
Kerangka Konsep                    Menganalisis                      Ciri-Ciri                      Pelajar  Menetapkan   ...
Definisi KonsepKemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orangbertutur, berkomunikasi /...
(b)   memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain      mencadangkan kemahiran menyampaikan a...
Konsep Pertuturan(a)   Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.      Misalkan bunyi-buny...
(e)   Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau      menaik sesuatu. Intonasi dalam...
(d)    memberi penerangan dan al asan;(e)    menunjuk arah;(f)    membina soalan untuk mencari maklumat;(g)    bertemu ram...
mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orangyang berada di sekelilingnya. Mereka men...
Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan terhadapgabungan bunyi-bunyi bahasa yang diden...
Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasidalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran...
Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkanmurid-murid, pertamanya: menguasai kemahiran men...
Tajuk 2      Kemahiran Mendengar dan Bertutur                  · Peringkat Penguasaan                  · Unsur dan Faktor ...
Kerangka Konsep                     Menganalisis                       Ciri-Ciri                       Pelajar      Meneta...
Peringkat awal(a)   Melafazkan pengucapan bert atasusila;(b)   Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;(c)   Menyoal unt...
(k)    Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan(l)    Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.       ...
perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan      dalam kalangan kanak-kanak perempuan b...
Tajuk 3                  Kemahiran Mendengar dan Bertutur                  · Kaedah                  · Teknik PengajaranSi...
kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah, adabaiknya dijelaskan terlebih dahulu as...
(b)    Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang       digunakan oleh masyarakat;(c)    Guru...
(b)    Pendekatan KomunikatifPendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalampendekat...
Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalampertuturan. Dengan itu, aktiviti bertutur mer...
mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yangmereka dengari sehinggalah mereka dapat me...
Kaedah Fonetik atau Kaedah LinguistikKaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasada...
Kaedah Audio-LingualKaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan muridmenjalankan latihan...
Kaedah KomunikatifPembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi.Prinsip pengajara...
dan menentuka n teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dankaedah mempunyai teknik pengajaran yan...
Latih Tubi SebutanLatih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa, sebutandan pola ayat ber...
NyanyianSeni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-murid. Aktivitinyanyian dapat membantu ...
Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran             kemahiran lisan: mendengar dan bertutur...
untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuanmenyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang ...
untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. Harga bilik untuk seorang              ialah RM 10.00 dan RM 15.00 untuk bi...
Tajuk 4       Kemahiran Mendengar dan Bertutur                   · Penyediaan Rancangan Pen gajaran Aktiviti Mendengar dan...
Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur:                               Komponan Persediaan M...
kiu, kad imbasan, bahan stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan       digunakan dalam proses P & P; (ii) ...
Kesesuaian dengan perkara         PenjelasanObjektif dan matlamat             (a)   Guru boleh memilih bahan yang sesuai d...
mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum,        (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi)...
Aktiviti peniruan dan hafazanBahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh guru dandisesua...
Aktiviti pengumuman lisanPengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuma n yang dibuat di lapangan te rbang, distesen ke...
(b)   Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog Tutu, dan      satu kumpulan lagi membaca dialog Ti...
Gambar Foto (potret)                                       (a)        Murid   diminta   menerangkan    keadaan            ...
Tajuk 5                    Kemahiran Mendengar dan Bertutur                    · Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen ...
PengenalanKemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh, membuattaakulan,   memproses    dan    ...
Bahagian-bahagian Penilaian BertuturPenilaian bertutur terbahagi kepada dua:Pertama: penilaian kemahiran menyebutPenilaian...
Teknik menguji kemahiran bertutur               Mengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan.               Murid mend...
Guru               :   Beritahu rakan kamu bahawa sa ya akan datang ke rumahnya esok.Murid              :   Ali, cikgu aka...
Membaca Kuat(a)     Aspek yang diuji     - sebutan, pe rtuturan dan intonasi.(b)     Bahan                - sederhana panj...
Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara:                                                ·   Murid dimint...
Pemarkatan Ujian BertuturTerdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji kemahiran berturur,iaitu pemar...
Penilaian kemahiran lisan, antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan berikut:(a)         memadan kan            memad...
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis

3,914

Published on

Published in: Education
0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
3,914
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
215
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis

  1. 1. Tajuk 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Konsep · Objektif · Proses dan BentukSinopsisTajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengardan Bertutur:· konsep· objektif· proses dan bentukAspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membacadan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspekasas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-muridyang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensicenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiranmendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumatdengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baikmembolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Inibermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasikemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertuturdengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis.Hasil PembelajaranPada akhir unit ini, anda seha rusnya dapat:1. menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;2. mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur;3. menerangkan beberapa k aedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;4. menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; dan5. mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. 1
  2. 2. Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky (Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR 2
  3. 3. Definisi KonsepKemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orangbertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapatdalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-apapun keadaan, di mana atau bagaimanaproses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yaknimemberi gerak balas @ respon tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponankemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini,kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej ataumaklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkanpenghasilan maklumat.Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalamkehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami danmemperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorangpenutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat danberkesan dalam interaksi tersebut.Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan PelajaranDalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskanpengajaran dan pembe lajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan:(a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah;(b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagai nya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain. Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa MelayuSekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahirankecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid, antara lainmenguasai kemahiran:(a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi yang diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi berkenaan. 3
  4. 4. (b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan permintaan yang mudah untuk diri sendiri dan orang lain;(c) menyampaikan ucapan bertatasusila meliputi kemahiran melafazkan ucapan bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan;(d) bersoal jawab kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan memperoleh maklumat tertentu;(e) bercerita kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak;(f) menyampaikan berita dan laporan kebolehan menyampai dan melaporkan sama ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat;(g) menyampaikan ucapan dan syarahan kebolehan menyampaikan ucapan dan syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri, nada dan intonasi, dan suara secara berkesan;(h) berlakon dan melafazkan puisi memperlihatkan murid mempersembahkan keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi (pantun, syair, sajak mengikut nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan penuh perasaan; dan(i) berbincang dan berbahas menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan, menggunakan nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.Kemahiran BertuturKemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur,seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi(intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat danpergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untukmengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan prosesmental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentumengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaanmendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasadengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental mendengardan membaca secara berkesan. 4
  5. 5. Konsep Pertuturan(a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu];(b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;(c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya;(d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan(e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.Aspek-Aspek Pertuturan(a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /s mak/ dan seumpamanya;(b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan;(c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut harakat ), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu;(d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, jangan tembak, jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, jangan/tembak, bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan! 5
  6. 6. (e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat.(f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas.(g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya;(h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid.(i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul;(j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid- murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.Objektif Kemahiran BertuturKemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid:(a) menyebut dengan jelas;(b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;(c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat ; 6
  7. 7. (d) memberi penerangan dan al asan;(e) menunjuk arah;(f) membina soalan untuk mencari maklumat;(g) bertemu ramah;(h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat;(i) bertutur secara bertatasusila; dan(j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.Proses dan Bentukya:Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur:(a) Mengaitkan aksi dengan pertuturan;(b) Menjawab soalan-soalan rakan dan guru;(c) Membina soalan berdasarkan bahan;(d) Memberi arahan kepada rakan;(e) Menerangkan gambar dan ba han grafik;(f) Berbual melalui telefon;(g) Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri;(h) Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan;(i) Permainan komunikatif;(j) Mengadakan perbahasan;(k) Perbincangan forum;(l) Memberi taklimat dan ceramah;(m) Main peranan;(n) Simulasi;(o) Teater bercerita; dan(p) DramaKemahiran MendengarMengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apamasalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius?Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perludikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awaltertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Tentu sekali sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepadaberbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasaberkomunikasi dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa memperoleh, mempelajari, 7
  8. 8. mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orangyang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba dan mengungkapkanperkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatandan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru, alam persekitaranmerupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Inibermakna, kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik,cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baikmengikut standard tertentu.Mengapa kemahiran mendengar perlu?Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memprosesmaklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid perlu mendengar untukmenerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog,mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupanharian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan,perbincangan dan mesyuarat); untuk mendapa t hiburan (radio, televisyen, filem),memperoleh maklumat (pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataanperasaan dan apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan).Proses MendengarUmumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaanmesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara p roses yang kedua berlakumelalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspekpendenga ran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar biasanya berlakusecara berperingkat. Empat peringkat proses mendengar:(a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;(b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut;(c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan(d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut. 8
  9. 9. Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan terhadapgabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian pendengar itu akanmenghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan danpengalamannya. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlakusecara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan.Akhirnya, bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akandigunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannyakepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yangbaik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Justeru,anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif tidak bolehditerima. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan prosesmendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatugerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan.Objektif mengajar kemahiran mendengarMelalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:(a) memperoleh idea;(b) mencari isi-isi penting;(c) melakukan arahan/ tindak balas;(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;(f) mentafsir makna-makna yang te rsirat,(g) mengenal pasti mood penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan(h) mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.Konsep-konsep asas dalam kemahi ran Mendengar:Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalamkemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang kanak-kanak @murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, dia seharusnya dapat mendengardengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pulamemahami @ maksud; boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat. 9
  10. 10. Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasidalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar,bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelumkemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini,aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain:(a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;(b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;(c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan(d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.Apakah bentuk kemahiran mendengar itu?Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara lain prosesmendengar:(a) secara pasif;(b) secara bertelau-telau;(c) tanpa tindak balas;(d) secara menebuk-nebuk;(e) dengan beremosi;(f) secara berhati-hati dengan pen gamatan; dan(g) secara kritikal.Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar(a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan dingati;(b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat;(c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada kecerdasan otaknya;(d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang;(e) pendenga ran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan;(f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan;(g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu;(h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzi k, aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan(i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi. 10
  11. 11. Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkanmurid-murid, pertamanya: menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi-bunyi bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasatersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat, bersesuaian denganmesej yang diterima itu. Latihan 1. Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran bahasa lisan? 2. Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak formal 11
  12. 12. Tajuk 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Peringkat Penguasaan · Unsur dan Faktor Keberkesanan · Prinsip PengajaranSinopsisTajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengardan Bertutur:· Peringkat Penguasaan· Unsur dan Faktor Keberkesanan· Prinsip PengajaranAspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur, Membacadan Menulis. Telah ditegaskan, antara kemahiran berkenaan, aspek kemahiran lisan perludiajar terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasaikemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiranberbahasa membaca dan menulis. Sebagaimana kebiasaan, seseorang guru perlumenyedari hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiranberbahasa: mendengar dan bertutur perlu diajar secara berperingkat, selain menyedariterdapat unsur-unsur @ faktor-faktor yang mempengaru hi keberkesanan pengajaran danpembelajaran dalam bilik darjah.Hasil Pembelajaran1. Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa. 12
  13. 13. Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektifPeringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur(a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham) Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid, tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan.(b) Penghasilan Semula (bertindak balas) Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi penyampaian.Peringkat Peringkat Kemahiran BertuturUntuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapatmengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikutsituasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Hal ini menegaskanbetapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakniperingkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjahsehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengandemikian, pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikutperingkat: peringkat awal, pertengahan dan maju. 13
  14. 14. Peringkat awal(a) Melafazkan pengucapan bert atasusila;(b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat;(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi;(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu;(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;(g) Memberi arahan;(h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan(i) Membuat ayat-ayat daripada gamba r.Peringkat pertengahan(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri;(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;(e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah;(f) Membaca iklan, peraturan-peraturan;(g) Memberi ucapan pendek dan mudah;(h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;(i) Memberi komen secara mudah; dan(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.Peringkat maju(a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya;(b) Bercerita dengan me nggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;(d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat;(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;(g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain;(i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;(j) Mendeklamsi puisi; 14
  15. 15. (k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya. Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara berperingkat - peringkat. Huraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan mu rid-murid.Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisanTerdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran danpembelajaran kemahiran lisan. Antara lain, faktor,(a) Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan memproses maklumat - aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa;(b) Kesihatan: Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan;(c) Fizikal: Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi: lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyi- bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan;(d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yanag melibatkan dalam kalangan ahli keluarga ibu, bapa dan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-kanak. Umumnya, benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan mas yarakat di bandar-bandar;(e) Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak- kanak berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan 15
  16. 16. perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki; dan(f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam proses pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya.Prinsip pengajaran kemahiran mendengar(a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa ber tutur, membaca dan menulis;(b) Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan pembel ajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menj urus kepada sesuatu aktiviti tertentu;(c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan;(d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkara- perkara yang lebih sukar dan seumpamanya.(e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan;(f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak;(g) Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri. 16
  17. 17. Tajuk 3 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Kaedah · Teknik PengajaranSinopsisTajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan: kemahiranmendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya secara umumdihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif,yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran mendengar danbertutur itu sendiri. Melaluinya dicadang dan dibincangkan beberapa kaedah dan teknikpengajaran yang sesuai diaplikasi oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiranmendengar dan bertutur dalam bilik darjah.Hasil PembelajaranMenghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran danpembelajaran.Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektifPendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran BertuturPemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sangat pentingdalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bagi tujuan menentukan 17
  18. 18. kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah, adabaiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengardan bertutur) dalam bilik darjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa pengajarankemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutandan menyaling. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiranyang hendak diajar dalam bilik darjah merancang dan memilih aktiviti yang sesuaimengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh menentukan fokus utamapengajarannya sama ada menguasai menguasai kemahiran mendengar atau bertutur.Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar, guru sebenarnya juga mengajarkemahiran bertutur. Sehubungan dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antarastrategi pengajaran mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerapkali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.Pendekatan Pengajaran Kemahiran BertuturModul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja, pendekatan situasidan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua jenis pendekatan ini amat berkaitandengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar)dalam bilik darjah(a) Pendekatan SituasiPendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan olehMackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semuaunsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalampola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teoristruktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untukmembolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulubeberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain, menguasaikemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan juga aspekstruktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan danpenguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Dengandemikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut:(a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi; 18
  19. 19. (b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat;(c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul;(d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan, keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah;(e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam latihan bertutur;(f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik. Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunak an alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu;(g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul.Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid sukar memindahkan pengetahuankemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupanseharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perludihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya, guru ingin membantu murid-murid memilih bahasauntuk digunakan dalam situasi tertentu. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perluberdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalamkehidupan harian mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran,misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapanbahasa mereka secara bersendirian. Ini bermakna murid tidak mampu memindahkankemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjahuntuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalanganmasyarakat. 19
  20. 20. (b) Pendekatan KomunikatifPendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalampendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan kemahiran bertutur bukan sahajameliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap, mengingati, menyebut sistem bunyidan struktur dalam sesuatu bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untukmenggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksibahasa. Ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertuturmerangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalamkemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi ataukomunikasi bahasa. Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputikecekapan bahasa tetapi juga kecekapan berkomunikasi, pendekatan komunikatifmencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:(a) Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. Dengan demikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur;(b) Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah;(c) Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut. Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan;(d) Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan; dan(e) Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan l ebih berjaya jika murid mempun yai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan. Dengan demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi semakin perlu. 20
  21. 21. Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalampertuturan. Dengan itu, aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapatmenyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. Contohnya, menyebut sesuatu dialogatau karangan lisan sebagaimana berikut.Wanita : Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke?Kakitangan pos : Pak cik ?Wanita : (terdiam)Kakitangan pos : Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil pak cik?Wanita : Maafkan saya. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu baru berumur 30 tahun. Dia pak cik saya.Kakitangan pos : Lain kali panggil saya abang atau encik. Saya berkahwin pun belum.Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajarankemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan dalam pengajarankemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-murid menggunakan unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakansesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Tanpa latihan daripada guru, murid-muridtidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasayang tepat dan berkesan.Kaedah Pengajaran Kemahiran BertuturTelah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melaluidua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsurbunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa); manakala pendekatan komunikatifmengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikutkonteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaranyang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatankomunikatif.Kaedah TerusKaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan caramendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalamperbualan tersebut. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda 21
  22. 22. mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yangmereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa.Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara, antaralain:(a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut;(b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain;(c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai;(d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif, dan(e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul.Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkanseperti berikut:(a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna.(b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi.(c) Guru menggunak an teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut.Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan bai k . Merekajuga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapatmempraktik atau mengguna kan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah.Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaranyang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupunbahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuaidigunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat. 22
  23. 23. Kaedah Fonetik atau Kaedah LinguistikKaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasadalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa ataupunmenghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu,perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itudikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalamkonteks bahasa yang dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilihdan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketikamemilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyidaripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu: coffee - kopi school - sekolah radio - radio bicycle - basikal biscuit - biskutManakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga. Subjek Kata kerja Objek Saya pergi ke sekolah. I go to school. Dia minum susu. He drinks milk.Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran denganmenggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut:(a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran;(b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut;(c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa; dan(d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru. 23
  24. 24. Kaedah Audio-LingualKaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan muridmenjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah pengajaranini berlandaskan prinsip-prinsip berikut:(a) Bahasa adalah alat pertuturan buka n penulisan;(b) Bahasa merupakan s atu kebiasaan atau kelaziman;(c) Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa;(d) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan(e) Bahasa berbeza anta ra satu sama lain.Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini jugaberanggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentukkelaziman pertuturan murid. Dengan demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaanbahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambilcontoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian,unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secaraintensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaandengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahamikebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Untukmemastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkahpengajarannya seperti berikut:(a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing;(b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut;(c) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan(d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah inijuga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz.Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yangsebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yangdihafaz. 24
  25. 25. Kaedah KomunikatifPembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi.Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:(a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif.(b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.(c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana.(d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata lain, pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut.(e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan.Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif inibertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), danmenguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam kontekspenggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa.Teknik Pengajaran Kemahiran BertuturKaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau carauntuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. Apabila seseorang gurumemilih dan menentukan langkah-langkah pengajaran, cara penyampaian isi kandunganpelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih 25
  26. 26. dan menentuka n teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dankaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabung kanbeberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yangdipercayainya paling berkesan.Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakanoleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat. Antara lain ialahteknik:(a) Latih tubi; (b) Bercerita;(c) Bersoal jawab; (d) Perbualan / dialog/ wawancara(e) Perbincangan; (f) Berbahas/ debat(g) Main peranan dan si mulasi; (h) Sumbang saran(i) Drama atau lakonan; (j) Melapor berita(k) Permainan bahasa; (l) Pengajaran puisi(m) Penyelesaian masalah; (n) Tunjuk cara Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas, dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat rujukan mengenai konsep, cara pengendalian, kelebihan dan kelemahan bagi setiap teknik tersebut. Buatlah catatan nota dan peta minda yang sesuai bagi setiap teknik berkenaan.Aktiviti Pengajaran Kemahiran BertuturTeknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran.Sebagaimana teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa prosemengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, modul ini hanyamembincangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilikdarjah. 26
  27. 27. Latih Tubi SebutanLatih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa, sebutandan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz olehmurid. Bola. Murid-murid, ikut cikgu sebut. Ali menendang bola. Ali menendang bola di padang. Bola. Ali menendang bola. Ali .Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalamperkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang bolehmenghasilkan makna yang ber beza. daki - laki tari - lari malu - baluLatih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itudengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadimasalah kepada murid. Misalnya, kelemahan menyeb ut fonem /p/- Pandang pandan tepi pagar depan padang.- Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas. 27
  28. 28. NyanyianSeni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-murid. Aktivitinyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyimemerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu. Selamat datang. Sila masuk ke dalam. Mari kita duduk. Apa khabar sekarang. Sudilah minum. Janganlah segan-segan. Minum air kopi. Makan kuih di pinggan.Latihan Pandang dan SebutGambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkanpertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakangambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Di samping itu, kad imbasanbergambar, carta bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan. i. Pak Abu seorang petani. ii. Dia bekerja di sawah. iii. Dia mengguna kan kerbau untuk membajak tanah. 28
  29. 29. Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid muurid Tahun 4.Karangan LisanKarangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid berdasarkanbahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan rangsangan kepada muriduntuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menuliskarangan bebas.Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibacaataupun senarai gambar yang disediakan. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendakimenjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji. Kemudian, murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataanmereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebihpenting daripada menghasilkan karangan bertulis.Memproses MaklumatAktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. Umumnya, murid-muridmempunyai jurang maklumat. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana timbul keperluan 29
  30. 30. untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuanmenyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan.Contoh: Senarai barang yang diberi oleh guru. · Khemah · Lampu picit · Makanan kering · Makanan basah · Alat memasak · Pakaian · Baldi · Alat menjahit · Pisau Murid diminta berimaginasi bahawa mereka · Kapak akan pergi berkhemah di bukit selama tiga · Bantal hari. Tiap-tiap seorang hanya boleh · Selimut membawa barangan seberat tidak melebihi · Air 20 kilogram. Kumpulan mesti mengambil · Susu tin keputusan apa yang paling perlu mereka · Cangkul bawa dari senarai yang diberi oleh guru. · Surat khabar Mereka juga dikehendaki memberi alasan · Radio mengapa mereka membuat keputusan · Mancis api begitu.Interaksi SosialAktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosial/situasitertentu, dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan, perbincangan, simulasi danlakonan. Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada peringkat yanglebih mencabar.Contoh: Lakonan TerkawalMurid A : Pada suatu petang, anda tiba di sebuah hotel. Anda berjumpa penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik kosong atau tidak. Tanyakan harga bilik itu. Beritahu berapa malam anda akan bermalam di situ. Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta anda.Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan pekerjanya yang peramah. Hotel mempunyai dua bilik kosong, satu bilik 30
  31. 31. untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. Harga bilik untuk seorang ialah RM 10.00 dan RM 15.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam. Di belakang hotel ada tempat letak kereta. Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi pelanggannya. ( Kamaruddin Hussin : 2001) Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan berikut: (a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut; (b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku (c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog yang terdapat dalam gambar ini.RumusanPerhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaranbahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. Dalam proses pengajaran danpembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahania kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik danlengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yangbermutu serta pembelajaran yang berkesan. 31
  32. 32. Tajuk 4 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Penyediaan Rancangan Pen gajaran Aktiviti Mendengar dan Bertutur · Objektif, Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti · Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan PembelajaranSinopsisRancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set pengetahuanlengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran kemahiran mendengar danbertutur dalam bilik darjah. Antara lain Rancangan Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikitbanyak mengandungi keterangan mengenai objektif, langkah pengajaran sebelum, semasadan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan denganpembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar, prinsip-prinsip asas mengenainya perludipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru dapat dipertahankan.Hasil Pembelajaran1. Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan2. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, pengasilan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur;Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanaka Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran n Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif 32
  33. 33. Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur: Komponan Persediaan Mengajar Persediaan Penyampaian PenutupMaklumat Am Set Induksi KesimpulanPengetahuan Sedia Ada Perkembangan PenilaianObjektif Pengajaran i. Kemahiran Peneguhan TugasanIsi Pelajaran ii. Kemahiran Ulasan Kendiri menerangkan Ilustrasi iii. Kemahiran Menggunakan Papan Tulis iv. Kemahiran Variasi Rangsangan v. Kemahiran MenyoalMenulis Ranca ngan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan BertuturMenyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur penting,sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar kemahiran berbahasayang lain. Cuma, berbanding dengan kemahiran membaca dan menulis, kemahiranmendengar dan bertutur merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yangberikutnya. Justeru, dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajarankemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakanaktiviti pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlumenentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan(menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan,menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) danafektif (memilih).Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan BertuturPerancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut:(a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P) Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas, iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti; (ii) guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad 33
  34. 34. kiu, kad imbasan, bahan stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam proses P & P; (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.(b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P) Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu (i) murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan; (ii) guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individu sekiranya perlu.(c) Peringkat susulan dan penilaian Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada, (i) objektif pengajarannya tercapai atau tidak, (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, (iii) apakah kekuatan @ kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan, dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam perkara (i iii), guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya. Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh meminta murid melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang).Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran(a) Bahan yang sesuaiPrinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar danbertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuaidengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan),pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid,suasana dan kecenderungan pembelajaran murid: 34
  35. 35. Kesesuaian dengan perkara PenjelasanObjektif dan matlamat (a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapatpengajran membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran; (b) Selaras dan menepa ti hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia; (c) Sesuai dengan kebudayaan, adat res am, kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan.Pendekatan, kaedah dan (a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannyateknik pengajaran ditentu lebih terdahulu.Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan (b) Mengambil kira latar belakang pendidikan, status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar;Suasa pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid- murid; (b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan; dan (c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong, menggerak, merangsang, mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnyaMinat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar.Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatiankepada perkara-perkara berikut:(b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan dengannya, bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada yang kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang 35
  36. 36. mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum, (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan datang, dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi!(c) Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P & P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat, latar belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu teratur mempunya i hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi) bahan bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji.(d) Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas;(e) Bahan yang jimat dan murah perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah);(f) Bahan yang praktikal dari segi boleh guna, ekonomik digunakan secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya;(g) Bahan yang bersifat luwes - bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah.Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengaradalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiranbertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut:Aktiviti latih tubi untuk pertuturanAktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik menggunakanalatan seperti pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-kad imbasan tanpa gambardan bergambar, filem dan slaid. 36
  37. 37. Aktiviti peniruan dan hafazanBahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh guru dandisesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnya adalah seperti dialog,seni kata lagu, dan petikan karangan.Aktiviti kemahiran komunikatifAlat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana melalui pitarakaman ini murid dapat mendengar contoh contoh sebutan, nada, intonasi dan gayapengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. Selain itu, murid dapat melihat carapenggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak tangan, kepala, mimik muka danlain-lain yang dapat menyampai kan sesuatu maksud. Misalnya:(a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara kepada kelas;(b) Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut;(c) Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang diramalkan, dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah dipersetujui bersama;(d) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan;(e) Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman; dan(f) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk penulisan.Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. Aktiviti lawatanboleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti perbincangan. Antara l ain,aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat tempat-tempat bersejarah, kawasan-kawasan perindustrian, kawasan melombong dan tempat-tempat peranginan. Di sampingitu, alat bantu mengajar dalam bentuk pandangan seperti gambar, rajah, peta, jadual, iklanboleh juga membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif. 37
  38. 38. Aktiviti pengumuman lisanPengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuma n yang dibuat di lapangan te rbang, distesen keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu. Perhatian kepada semua penumpang Malaysian Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah. Pesawat akan berlepas pada pukul 3.00 petang. Semua penumpang diminta masuk melalui pintu B3.Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur mestilah terdiridaripada bahan bahan yang authentic ataupun bahan-bahan yang diambil daripadasumber asal. Contohnya, laporan cuaca, berita pengumuman, wawancara, forum, bacaansajak, syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaanpelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohioleh murid-murid.Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan beberapa aktivitibertutur. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat bantu mengajar digunakanuntuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur.Boneka(a) Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi. 38
  39. 39. (b) Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog Tutu, dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka.(c) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka.(d) Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi memainkan boneka. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain.(e) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka.(f) Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi.Bahan Kartun(a) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog.(b) Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan mengguna kan bahasa yang sesuai.(c) Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya.(d) Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan.Video dan Bahan Sastera(a) Murid menonton ra kaman drama.(b) Murid dibahagikan kepada kumpulan.(c) Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah, Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat.(d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan membuat tindakan sendiri. 39
  40. 40. Gambar Foto (potret) (a) Murid diminta menerangkan keadaan emosi seorang kanak-kanak yang terdapat dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama ada sedih, gembira, takut, marah dan sebagainya. (b) Murid kemudian meramalkan peristiwa yang mencetuskan perasaan demikian. (c) Murid diminta menyenaraikan beberapa perkara yang mena rik tentang pemuda itu (d) Murid membuat karangan pendek tentang kanak-kanak tersebut.KesimpulannyaPenggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai mengikutkeadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. Apa yang penting ialah bagaimanamurid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksnakan itu menggunakan bahasadengan berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur, memberikan pendapat secara kreatifdan kritis. Sesungguhnya, keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauhmanakah deria seseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang melibatkanpelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu adalah perluuntuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna. Anda telah membaca beberapa jenis teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar kemahiran bertutur. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian yang menggunakan teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. 40
  41. 41. Tajuk 5 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur.SinopsisPenilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. Pun demikian dalampengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, aspek penilaian terutamanya perihalmenentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai mengukur prestasi kemahiranmendengar dan bertutur dalam kalangan murid-murid bukan sesuatu yang mudah. Justeru,modul ini mencadangkan beberapa prinsip dan prosedur memilih, menentu danmenggunapakai instrumen tretentu sebagai alat mengukur kemahiran mendengar danbertutur salam kalangan murid.Hasil Pembelajaran1. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan2. Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur.Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif 41
  42. 42. PengenalanKemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh, membuattaakulan, memproses dan kemudian menyampaikan maklumat: bertutur denganmenggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat, betul dan berkesan. Selain itu,kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang menyebut frasadan ayat-ayat yang dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul dan membuathentian mengikut unit-unit makna yang sesuai. Nada, kenyaringan dan kelantangan suaramesti dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. Aspekkepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik muka, gerak mata, tangan dansebagainya banyak membantu seseorang murid menyatakan perasaan, idea danpandangan seseorang mengenai sesuatu. Semua ini akan menghidupkan lagi suasanapertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan.Seseorang yang dianggap petah berkata-kata, ialah seseorang yang menguasaiperbendaharaan kata, memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengan konteksuntuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat. Dengan itu, dia mampumembent uk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat dari segi makna dan struktur. Diajuga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yangberbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza pula.Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan, ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yangperlu diguna mengikut situasi yang sesuai. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai ujaran-ujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah, mempersilakan makan,meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga, bahasa Melayu mempunyaisistem panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawankita bertutur. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yangkita hadapi. Tegasnya, pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itudengan betul, iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengankonteks-konteks tertentu. Sehubungan dengannya, penilaian dan pengujian terhadapkemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu berbahasaini. 42
  43. 43. Bahagian-bahagian Penilaian BertuturPenilaian bertutur terbahagi kepada dua:Pertama: penilaian kemahiran menyebutPenilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid padaperingkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang belum boleh bertutur dalambahasa yang mereka pelajari. Misalnya, dalam kalangan murid-murid bukan Melayu,mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda yang kuat sehingga menyebabkanbahasa Melayu yang mereka gunakan itu mengalami gangguan.Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek daerah.Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan murid yang sukarmembunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman sepertikh, gh, sy, z, v, s dan f.Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem, suku kata,frasa dan ayat-ayat. Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsur tekanan, hentian danintonasi.Penilaian kemahiran bertuturKemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan denganmenggunakan bahasa, iaitu untuk melahirkan perasaan, pendapat, kehendak dansebagainya. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan ayat-ayatsecara spontan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan.Baiklah. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam kemahiranbertutur ini? Mari kita rumuskan semula. Penilaian lisan memfokus kepada sebutan danpertuturan. Pertamanya, untuk melayakkan seseorang itu diterima sebagai penutur yangfasih dan berkesan, ia perlulah dapat menyebut bunyi bahasa dengan betul mengikut nadadan intonasi yang sesuai dengan konteks pertuturannya, kemudian, diadun pula dengan ciri-ciri paralinguistik dan ketatasusilaan bahasa yang santun. Keduanya, seseorang itu tidakmungkin petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang cukup. Denganitu, dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan kata yang luas. Bersama ketepatantatabahasa barulah seseorang itu dapat mel ahirkan perasaan dan pendapat secara spontandan tepat dengan mak sud yang hendak disampaikan. 43
  44. 44. Teknik menguji kemahiran bertutur Mengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan. Murid mendengar sebutan perkataan, frasa atau ayat yang diperdengarkan oleh guru sama ada daripada pita rakaman atau disebut sendiri, mengikut gaya sebutan yang betul mengikut konteks dan situasi. Ayat-ayat itu boleh dipetik daripada bahan bercetak seperti cerita. Menyebut perkataan pasangan minimal Murid menyebut Membaca kuat. pasangan perkataan Ujian membaca kuat yang sukar disebut dan boleh digunakan untuk dideikriminasikan murid yang telah tahu bunyinya. Guru membaca. Dengan memaparkan perkataan membaca kuat, murid TEKNIK dan menyuruh murid dinilai dari segi MENGUJI menyebutnya. kelancarannya KEMAHIRAN Kemudian guru membaca dengan MENYEBUT memaparkan perkataan nada, intonasi dan lain yang hampir sama gaya mengikut bunyi dan menyu ruh wacana dan konteks murid menyebut. ayat-ayat dalam Kemudian guru petikan yang dibaca merumuskan perbezaan itu. bunyi kedua perkataan tersebut. Pemarkatan. Untuk memudahkan pemark atan ditentukan bahaw a hanya satu atau dua perkara sahaja yang dinilai (misalnya intonasi ayat dan penyebutan dua atau tiga fonem yang menjadi masalah.Bertutur dengan gerak balas terhadBertutur mengikut arahanMengikut teknik ini, guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi gerak balassecara terhad terhadap arahan tersebut. Misalnya, 44
  45. 45. Guru : Beritahu rakan kamu bahawa sa ya akan datang ke rumahnya esok.Murid : Ali, cikgu akan ke rumah kamu esok.Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini.Guru : Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang tua yang tidak kamu kenali. Tuturkan bagaimanakah kamu harus meminta bantuan daripada orang tua itu. Kamu hendaklah menggunakan kata sapaan dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang tua itu.Bertutur berdasarkan gambarDi sini, gambar, peta, objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu digunakan danbeberapa soalan dikemukakan oleh guru. Murid perlu memberi gerak balas kepada soalan-soalan itu.Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambara di atas.Misalnya:(a) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini?(b) Apa yang sedang mere ka lakukan?(c) Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang bertutur itu? (soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritis). 45
  46. 46. Membaca Kuat(a) Aspek yang diuji - sebutan, pe rtuturan dan intonasi.(b) Bahan - sederhana panjang, sesuai dengan umur murid dan tahap penguasaan bahasa. Masa yang sesuai untuk membaca ialah 2-3 minit.Kelebihan: Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid tetap danterkawal. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti kecekapan menyebutbunyi, kecekapan memberhentikan pembacaan mengikut unit makna dan nahu, dankecekapan mengucapkan ayat dengan nada, intonasi, dan tekanan yang betul.Kelemahan: Tidak menunjukkan ciri-ciri komunikasi yang sebenar mengikut konteks keranamurid hanya membaca bahan. Oleh itu, aspek-aspek kecekapan memilih struktur katahormat, spaan membina ayat secara natural dan spontan tidak dapat dinilai.Bertutur Secara BerpanduBertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada mur id bertutur denganmenggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai. Pertuturan mereka tidaklah terikatkepada perbendaha raan kata dan bentuk-bentuk ayat soalan guru sebaliknya merekaberpeluang memilih perkataan dan membina ayat-ayat mereka sendiri. Walaubagaimanpun, batasan masih ada, iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepadasesuatu yang telah ditetapkan oleh guru. Antara teknik-teknik yang tergolong dalampenilaian jenis ini ialah:Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru.(a) Guru memberi murid petikan cerita pendek;(b) Murid membaca senyap;(c) Guru membaca kuat petikan;(d) Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru;(e) Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan dibaca oleh guru). Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan dibaca oleh murid). Kecekapan menggunakan kata, frasa dan ayat dengan gaya bercerita yang be tul. 46
  47. 47. Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara: · Murid diminta mengingat atau mengimaginasikan sesuatu dan menjelaskan sesuatu mengenainya. Misalnya: percutian semasa cuti sekolah. · Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur secara spontan, tanpa bimbingan guruMain perananTeknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur. Guru perlu memikirkan situasitertentu yang membolehkan murid memainkan peranan tertentu. Guru perlumenerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan murid melakonkan apa yangdikehendakinya. Penilaian ini boleh dijalankan secara individu ataupun secaraberpasangan. Misalnya: Pilih dua orang murid, masing-masing diarahkan untuk memainkan peranan, murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai seorang awam yang hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut yang baru sahaja disaksikannya, tidak jauh dari balai polis itu. Minta kedua-dua murid melakonkan peranan masing-masing secaara spontan.Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang sesuai dengansituasi dan dengan penutur tertentu, di samping dapat menilai berbagai-bagai subkemahiranbertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini.Temu bual dan Temu dugaTeknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan cara memberipeluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan menggunakan kecekapanberbahasa mereka sendiri. Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar dalamkalangan penemuramah dengan penemuduga, sama ada antara guru dengan murid ataumurid dengan murid. Dengan demikian, guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-muridmenggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar. 47
  48. 48. Pemarkatan Ujian BertuturTerdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji kemahiran berturur,iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara holistik.Pemarkatan Secara ObjektifPemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat rendah yangbelum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum boleh bertutur denganlancar. Soalan yang dikemukakan pula berbentuk item yang memerlukan murid memberigerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendekberdasarkan gambar; menjawab soalan-soalan pendek yang mudah, ataupun menyebutayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. Untukmenentukan markat yang sesuai, senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakanpada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi setiap gerak balas yang merekaberikan.Bahagian ABaca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang betuli. Kami bertiga sahabat baik berlainan sekolahii. Tolong ambilkan ayah surat khabar itu.iii. Dengan siapa adik bermain bola tadiiv. Wah, besarnya rumah awak!Bahagian BJawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap.i. Apakah cita-cita kamu?ii. Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu?iii. Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu?Bahagian CTeliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang disediakan. Soalan: i. Apakah yang dilakukan oleh orang-orang itu? ii. Apakah alat-alat yang digunakan oleh mereka? iii. Bagaimanakah cara mereka melakukannya? 48
  49. 49. Penilaian kemahiran lisan, antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan berikut:(a) memadan kan memadankan objek dengan tulisan; gambar dengan tempatnya dan memadan kan harga dengan objeknya; memadankan pasangan, aspek yang berlawanan, sama dan sebagainya.(b) megelompok misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya; buah-buahan, tempat kediaman, kumpulan etnik dan sebagainya.(c) menyusun dan melengkapkan menyusun maklumat mengikut saiz, warna, umur, kepentingan dan seumpamanya; menyusun perkataan menjadi ayat, peristiwa, isi karangan dll.(d) menyelesaikan masalah menerangkan cara untuk sampai ke destinasi tertentu dengan selamat;(e) berinteraksi melalui telefon, lakonan, dialog, forum dll(f) simulasi main peranan dalam lakonan, forum dll(g) projek perbincangan mengenai prestasi, prosedur, bahan projek: kos, pelaporan dll.Senarai Semak untuk Pemarkatan.Nama Murid: ..................................................................................................... Markat Bahagian No: Gambar Nombor Soalan 2 1 0 1 2 A 3 J= 4 5 1 J = 2 3 4 5 49

×