SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
Download to read offline
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
1
BAB 1: TEKNOLOGI PENDIDIKAN
1.0 Pengenalan
Sesiapa sahaja yang sedang melaksanakan tugas berhadapan dengan komputer
atau sedang mengakses internet untuk untuk apa sahaja tujuan sama ada membina
hubungan sosial melalui laman muka buku (Facebook, Twitter dsb), mencari bahan
atau resepi masakan baru atau sedang mereka bentuk persembahan multimedia,
individu tersebut sebenarnya sedang menggunakan teknologi terkini. Jika sekiranya
seorang pendidik atau pelajar pula yang menggunakan komputer untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran, maka teknologi yang digunakan sering kali dirujuk
sebagai teknologi dalam pendidikan.
1.1 Konsep Teknologi
Istilah teknologi umumnya seringkali dikaitkan dengan alat teknologi moden
terutamanya alat elektronik seperti komputer, televisyen, radio, perakam pita video,
pemain cakera padat, perakam kaset audio, projektor paparan hablur cecair (LCD),
kamera digital dan telefon bimbit. Teknologi bermaksud produk atau alat media serta
proses yang digunakan untuk membangunkan negara atau menyelesaikan sesuatu
masalah dalam sistem pendidikan atau latihan.
Mengikut Galbraith (1967), technology is the systematic application of scientific
or other organised knowledge to practical tasks, yang membawa maksud teknologi
adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik
atau pengetahuan lain yang tersusun, digunakan secara sistematik sehingga mampu
mempamerkan amalan praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas
tersebut mencapai kejayaan. Aplikasi sistematik di sini bermaksud teknik yang
digunakan perlulah mempunyai kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu sistem
yang menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pengetahuan lain yang
tersusun bermaksud pengetahuan yang belum diuji dan dibuktikan secara saintifik
tetapi diterima amalannya sebagai suatu pengetahuan yang benar berdasarkan
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
2
pengalaman dan pengamatan manusia terhadap sesuatu tindakan. Pengaplikasian
pengetahuan saintifik pula merujuk kepada teknik yang digunakan untuk
mengaplikasikan idea atau teori di mana teknik ini telah diuji dan didapati berjaya
manakala aplikasinya pula telah disahkan melalui ujian.
Teknologi juga mengikut Finn (1960) membawa maksud suatu proses ke arah
penyelesaian masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat
yang berkesan dan teruji serta penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang
ilmu untuk menghasilkan tugasan pembelajaran yang praktikal. Manakala Evans dan
Nation (2000) menyatakan, “Technology is not a tool – it is an art or science of how to
use a tool for a purpose.”
Selain daripada itu, Smaldino et.al (2004) menyatakan bahawa teknologi adalah
sebagai produk atau bahan di mana penghasilan perkakasan dan perisian adalah hasil
dari proses teknologi itu sendiri. Contohnya komputer (perkakasan) dan bahan CD-
ROM (perisian) adalah hasil teknologi. Saettler (1990) turut menegaskan bahawa
teknologi bukan hanya merujuk kepada penggunaan mesin sahaja, bahkan turut
meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik. Menurutnya, teknik lebih penting
daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu, proses amat diperlukan. Proses
pula perlu dilihat dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Kadangkala teknologi juga dilihat sebagai arus
pembangunan atau pemodenan dan biasanya apabila sesuatu organisasi itu maju dan
berkembang adalah kerana pengaruh dan kesan penggunaan alat teknologi itu sendiri.
1.2 Konsep Pengajaran
Secara umumnya pengajaran membawa maksud proses mengajar di mana
keberkesanan penyampaian maklumat boleh terbukti dengan perubahan tingkahlaku
pelajar. Manakala pembelajaran pula bermaksud proses belajar yang berlaku apabila
guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam proses memberi dan menerima.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
3
Pullias dan Young (1968) menyatakan, “Pengajaran itu keseluruhannya
merupakan cara membimbing murid untuk memperolehi sejumlah pengalaman yang
cukup bermutu hingga mampu sejauh mungkin menolong pembinaan kemungkinan-
kemungkinan sebagai manusia”.
Mengikut Ramsden (1988) konsep pengajaran adalah “Belajar atau
pembelajaran di sekolah seharusnya merupakan satu pergerakan ke arah
pembentukan insan yang berupaya menyelesaikan persoalan yang kompleks,
mengiktiraf kuasa dan keelokan konsep-konsep sesuatu bidang pelajar, dan
menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dalam menyelesaikan masalah di luar
kelas.”
Manakala menurut Trigwel, Prosser, & Lyons (1997), konsep pengajaran adalah
“Proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka berkebolehan dan
berkemungkinan untuk belajar.”
1.3 Konsep Teknologi Pendidikan
Teknologi pendidikan adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan
kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bahagian Teknologi
Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia (1991) mentakrifkan teknologi
pendidikan adalah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Crowell (1971), dalam Encyclopedia of
Education menjelaskan bahawa, "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia,
peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada
pendidikan" .
Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1988), mentakrifkan teknologi
pendidikan sebagai proses yang kompleks dalam mengalisis keperluan pendidikan
secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan
mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara
untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
4
Seels & Reechy (1994) bersama The Association for Educational
Communication and Technology‟s (AECT) menyatakan teknologi pendidikan adalah
teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan
menilai proses serta sumber untuk pembelajaran, (Instructional technology is the theory
and practice of designing, development, utilization, management and evaluation of
processes and resources for learning).
Molenda (2000) mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai “…the profession
in which a knowledge of the science of instruction and art of teaching, gained by study
and experience, are applied to develop and manage, with economy and elegance,
instructional materials and systems that contribute to the provision of humane, effective
learning environments necessary to advance the progressive well-being”.
Seterusnya Reiser (2001), menjelaskan bidang teknologi pendidikan merupakan
“The field of instructional design and technology encompasses the analysis of learning
and performance problems, and the design, development, implementation, evaluation
and management of instructional and non-instructional processes and resources
intended to improve learning and performance in a variety of settings, particularly
educational institutions and the workplace. Professionals in the field of instructional
design and technology often use systemic instructional design procedures and employ a
variety of instructional media to accomplish their goals. Moreover, in recent years, they
have paid increasing attention to non-instructional solutions to some performance
problems. Research and theory related to each of the aforementioned areas is also an
important part of the field”.
1.5 Domain Dalam Teknologi Pendidikan
Domain dalam Teknologi Pendidikan melalui dua (2) fasa iaitu;
Fasa pertama: Tahun 1977
Fasa kedua: Tahun 1994
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
5
1.5.1 Domain Teknologi Pendidikan Fasa Pertama Tahun 1977
Domain Teknologi Pendidikan Fasa Pertama adalah berdasarkan definisi
Teknologi Pendidikan oleh The Association for Educational Communication and
Technology‟s (AECT) 1977:
“Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang
melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis
masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian
kepada masalah-masalah. Proses pembelajaran itu pula mempunyai matlamat dan
terkawal”.
Berdasarkan definisi tersebut, terdapat tiga (3) fungsi:
i. Pengembangan pengajaran
ii. Sumber pembelajaran
iii. Pengurusan pengajaran
i. Pengembangan Pengajaran:
a) Penyelidikan
b) Reka bentuk
c) Penerbitan
d) Penilaian
e) Logistik
f) Penggunaan
g) Pengedaran
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
6
Fungsi pengembangan pengajaran ini ialah menganalisis masalah-masalah
pembelajaran serta mereka bentuk, melaksana dan menilai penyelesaian kepada
masalah ini. Ia melibatkan satu proses yang mengandungi beberapa peringkat.
Peringkat pertama ialah mengkonsepsikan model teoritikal bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyelidikan dijalankan bagi memperoleh maklumat
saintifik berkenaan murid, pengajaran dan pembelajaran, sumber pembelajaran dan
sebagainya. Di sini teori dan model dihasilkan dan diuji.
Setelah dikenal pasti teori dan model yang sesuai, maka tugas seterusnya
adalah merekabentuk pengajaran yang selari dengan teori tersebut. Tegasnya, teori kini
ditukar menjadi suatu spesifikasi yang akan menjadi asas kepada pembinaan
pengajaran. Ia dimulakan dengan analisis terhadap murid, menulis objektif, memilih
strategi pengajaran, memilih media pengajaran dan juga menentukan spesifikasi media
tersebut.
Daripada spesifikasi ini, penerbitan media pengajaran dilaksanakan, skrip ditulis,
grafik dan gambar dihasilkan. Selain itu, program pengajaran berpandukan komputer
dan pengendalian alat turut diadakan. Dalam aspek penghasilan atau penerbitan,
segala macam media pengajaran boleh dihasilkan asalkan ada spesifikasinya. Media
pengajaran yang telah dihasilkan tidak boleh terus digunakan. Ia harus dinilai terlebih
dahulu agar benar-benar memberi kesan yang dihajatkan.
Aspek yang paling dititikberatkan dalam proses penilaian ini ialah dari sudut
kemampuannya menepati kehendak objektif. Di samping itu, penilaian terhadap kualiti
teknikal turut dilakukan. Daripada penilaian yang dilakukan, cadangan akan
dikemukakan sama ada hasil penerbitan ini diterima, ditolak atau diterima dengan
pembaikan.
Setelah disahkan keberkesanannya, barulah media sedia untuk digunakan. Di
peringkat penggunaan ini, murid dibantu untuk memilih sumber pembelajaran (media
pengajaran sebahagian daripadanya) yang sesuai dengan pembelajaran mereka serta
membantu mereka menggunakan sumber yang dipilih. Kemajuan murid dipantau
semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran ini.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
7
Untuk memastikan sumber pembelajaran sentiasa tersedia, logistik atau tempat
pengumpulan perlu disediakan. Di sinilah sumber pembelajaran dikatalog, diselenggara
dan diedarkan. Akhir sekali, bagi memastikan perkembangan teknologi pendidikan
dapat diikuti, peringkat penyebaran pula memastikan agar maklumat tentang teknologi
pengajaran dikumpulkan dan disebarkan, melalui pemberian khidmat nasihat, latihan
dan pemberitaan.
ii. Sumber Pembelajaran:
a) Mesej
b) Manusia
c) Bahan
d) Peralatan
e) Teknik
f) Tempat atau keadaan
Sumber pembelajaran terdiri daripada mesej, manusia, bahan, peralatan, teknik
dan tempat atau keadaan (settings). Setiap komponen boleh digunakan secara terpisah
atau secara kombinasi bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pada
peringkat penggunaan dan logistik, sumber pembelajaran ini dipilih, digunakan dan
disebarkan. Oleh itu, domain ini merupakan produk daripada proses yang berlaku
dalam domain atau fungsi pengembangan pengajaran.
Sumber pembelajaran ialah apa sahaja yang menyimpan dan/atau menghantar
maklumat kepada murid. Satu daripadanya ialah mesej. Mesej mengandungi maklumat
yang diterima oleh murid. Misalnya, isi pelajaran, arahan dan lain-lain. Manusia
bertindak sebagai penyimpan dan penghantar atau penyebar mesej. Manusia dalam
konteks sekolah adalah seperti pengetua, guru, murid dan ibu bapa. Bahan juga adalah
penyimpan mesej yang akan disebarkan seperti nota, buku, pita video, modul
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
8
pembelajaran, cakera padat dan sebagainya. Peralatan pula berfungsi menghantar
maklumat yang tersimpan di dalam bahan seperti projektor, perakam audio, pemain
cakera video dan sebagainya. Teknik ialah bagaimana bahan, peralatan dan manusia
digunakan bagi menghantar maklumat seperti perbincangan, lawatan, mel elektronik
dan lain-lain.
Tempat atau keadaan merupakan keseluruhan persekitaran. Mesej akan disebarkan
seperti bilik darjah, bilik sumber, makmal sains dan lain-lain lagi. Berhubung dengan
sumber pembelajaran, tidak semuanya direka bentuk khusus untuk pembelajaran.
Bagaimanapun, kebanyakannya masih boleh digunakan sebagai sumber pembelajaran
seperti iklan televisyen, akhbar, katalog barangan pengguna, cerita dari filem atau
televisyen, muzium, zoo, internet dan pelbagai lagi. Dalam hal ini, sumber yang tersedia
ada sama pentingnya dengan sumber yang dihasilkan. Oleh yang demikian, guru dan
murid perlu mengetahui bagaimana menggunakan sumber-sumber tersebut secara
berkesan.
iii. Pengurusan Pengajaran:
a) Pengurusan organisasi
b) Pengurusan kakitangan
Fungsi pengurusan pengajaran adalah menyelaras dan mengawal fungsi
pengembangan serta fungsi sumber pembelajaran dan lain-lain fungsi supaya teknologi
pengajaran dapat berjalan dengan berkesan. Fungsi ini meliputi pengurusan organisasi
dan pengurusan kakitangan. Fokus pengurusan organisasi ialah mentadbir projek
dengan cara mengenal pasti keperluan organisasi, menentukan matlamat dan objektif.
Seterusnya, menguruskan soal perbelanjaan, pembelian serta perkara yang berkaitan
dengan prosedur pentadbiran bagi hubungan dalam dan luar organisasi.
Pengurusan kakitangan pula terlibat dengan perkara yang berkaitan dengan
pengambilan, penyeliaan dan penilaian pekerja. Tujuan utama pengurusan kakitangan
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
9
ialah mewujudkan hubungan baik serta meningkatkan keberkesanan komunikasi antara
pekerja. Jelasnya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi pengajaran dilaksanakan
secara bersepadu di mana usaha manusia, prosedur dan idea bagi mencapai satu
objektif tertentu diintegrasikan seterusnya, untuk menyelesaikan sebarang masalah,
semua fungsi perlu bergerak secara sistematik dan bersepadu.
1.5.2 Domain Teknologi Pendidikan Fasa Kedua Tahun 1994
Domain Teknologi Pendidikan Fasa Kedua adalah berdasarkan definisi
Teknologi Pendidikan oleh The Association for Educational Communication and
Technology‟s (AECT) 1994:
“Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk , membangun,
mengguna, dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran”.
Rekabentuk
 RB Sistem Pengajaran
 RB Mesej
 Strategi Pengajaran
 Ciri-ciri Pelajar
Pembangunan
 Teknologi
Percetakan
 Teknologi
Audiovisual
 Teknologi
Berasaskan
Komputer
 Teknologi
Bersepadu
Penggunaan
 Penggunaan Media
 Difusi dan Inovasi
 Pelaksanaan
 Polisis dan Peraturan
Pengurusan
 Pengurusan Projek
 Pengurusan Sumber
 Peng Sistem Penyampaian
 Pengurusan Maklumat
Penilaian
 Analisis Masalah
 Pengukuran Rujukan
 Kriteria
 Penilaian Formatif
 Penilaian Sumatif
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
10
Berdasarkan definisi tersebut, terdapat lima (5) fungsi;
i. Rekabentuk
ii. Pembangunan
iii. Penggunaan
iv. Pengurusan
v. Penilaian
i. Domain Rekabentuk:
 Rekabentuk Sistem Pengajaran
 Rekabentuk Mesej
 Strategi Pengajaran
 Ciri-ciri Pelajar
Reka bentuk adalah proses menyatakan syarat yang khusus untuk pembelajaran.
Domain ini merupakan sumbangan terbesar teori teknologi pengajaran kepada bidang
pendidikan yang lebih besar. Tujuan reka bentuk adalah untuk mewujudkan strategi
bersekala besar dalam penghasilan produk seperti program dan kurikulum, serta yang
berskala kecil, seperti pelajaran dan modul. Sebagai contoh, permohonan teori
pengajaran dan pembelajaran untuk reka bentuk kursus atau kurikulum sekolah,
analisis ciri-ciri pelajar dan juga dalam konteks pembelajaran (persekitaran fizikal,
keperluan, tugas), perancangan strategi pengajaran, serta interaksi manusia-komputer /
muka reka bentuk untuk sistem yang direka bagi memudahkan pembelajaran.
ii. Domain Pembangunan:
 Teknologi Percetakan
 Teknologi Audiovisual
 Teknologi Berasaskan Komputer
 Teknologi Bersepadu
Domain Pembangunan adalah proses menterjemahkan spesifikasi reka bentuk
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
11
ke dalam bentuk fizikal. Domain pembangunan merangkumi pelbagai teknologi yang
digunakan dalam pengajaran. Bagaimanapun, domain ini tidak diasingkan daripada
teori dan amalan yang berkaitan dengan pembelajaran dan reka bentuk. Ia berfungsi
bebas daripada pengurusan penilaian, atau penggunaan. Pada asasnya, domain
pembangunan boleh digambarkan oleh mesej yang didorong oleh kandungan, strategi
pengajaran yang merupakan teori dan manifestasi fizikal seperti teknologi perkakasan,
perisian dan bahan-bahan pengajaran. Oleh itu, teknologi cetak, teknologi audiovisual,
teknologi berasaskan komputer, dan teknologi bersepadu (seperti multimedia interaktif),
boleh dibangunkan untuk tujuan pengajaran.
iii. Domain Penggunaan:
 Penggunaan Media
 Difusi dan Inovasi
 Pelaksanaan
 Polisi dan Peraturan
Domain Penggunaan adalah suatu tindakan menggunakan proses dan sumber
untuk pembelajaran. Mereka yang terlibat dalam penggunaan adalah
bertanggungjawab untuk memadankan pelajar dengan bahan dan aktiviti tertentu,
menyediakan pelajar untuk berinteraksi dengan bahan-bahan terpilih dan
melaksanakan aktiviti, memberi bimbingan semasa perbincangan, menyediakan
penilaian keputusan dan menggabungkan penggunaan ini ke dalam prosedur
berterusan dalam sesebuah organisasi.
iv. Domain Pengurusan:
 Pengurusan Projek
 Pengurusan Sumber
 Peng Sistem Penyampaian
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
12
 Pengurusan Maklumat
Domain Pengurusan melibatkan mengawal teknologi pengajaran melalui
perancangan, menyusun, menyelaras dan menyelia. Individu dalam bidang ini kerap
dipanggil untuk menyediakan pengurusan dalam pelbagai ketetapan. Sesuatu
pelaksanaan teknologi pengajaran mungkin terlibat dengan usaha seperti pengurusan
projek pembangunan pengajaran atau pengurusan pusat media sekolah. Matlamat
sebenar untuk aktiviti pengurusan boleh berbeza daripada penetapan sesuatu program
atau aktiviti, tetapi kemahiran pengurusan asas kekal malar tanpa mengira
persekitaran.
v. Domain Penilaian:
 Analisis Masalah
 Pengukuran Rujukan
 Kriteria
 Penilaian Formatif
 Penilaian Sumatif
Domain Penilaian ialah proses menentukan pencapaian dan melengkapkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah penentuan rasmi dari segi kualiti,
keberkesanan atau nilai program, produk, projek, proses, objektif, atau kurikulum.
Dalam domain penilaian terdapat empat kategori iaitu penilaian analisis masalah
pengajaran, penilaian kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif. Sebagai contoh,
teknologi pengajaran mungkin bertindak sebagai perunding, mengenal pasti jurang
antara objektif dan hasil pembelajaran sebenar untuk program atau projek dan
mencadangkan beberapa maklum balas bagi sebarang perubahan.
1.6 Prinsip-prinsip Teknologi Pendidikan
Menurut Roblyer (2003), teknologi pendidikan adalah kombinasi antara proses
dan alatan yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
13
memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini iaitu komputer dan teknologi yang
berkaitan. Kadangkala teknologi juga dilihat sebagai arus pembangunan atau
pemodenan dan biasanya apabila sesuatu organisasi itu maju dan berkembang adalah
kerana pengaruh dan kesan penggunaan alat teknologi itu sendiri. Justeru, teknologi
pendidikan dapat dijustifikasikan sebagai penggunaan prinsip-prinsip saintifik untuk
merancang dan melaksanakan sistem pengajaran. Penekanan adalah kepada
pencapaian objektif pendidikan yang tepat dan ianya boleh diukur, pemusatan kepada
murid dan bukan kepada mata pelajaran.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) menyatakan prinsip teknologi pendidikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran hanya merupakan sebagai bahan bantu
kepada guru untuk mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan
pengajaran. Teknologi pendidikan digunakan untuk membantu guru mengajar dan
membantu murid belajar suatu kandungan mata pelajaran dengan lebih berkesan.
Tegasnya, teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media,
organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam
pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.
Pada prinsipnya, sumber pendidikan digunakan untuk mencapai objektif dan
peringkat perkembangan pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan seperti;
i. pengenalan topik
ii. perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
iii. penutup atau kesimpulan topik pelajaran
iv. penilaian kefahaman terhadap sesuatu topik.
Sumber pendidikan juga perlu digunakan mengikut masa yang sesuai untuk
mengoptimum proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan sumber pendidikan
perlu dirancang dalam tiga peringkat, iaitu;
i. Sebelum penggunaan - merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya
dengan topik yang diajar.
ii. Semasa penggunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting
yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
14
iii. Selepas penggunaan - merancang aktiviti lanjutan atau pengayaan dan juga
aktiviti pengukuhan.
1.7 Peranan Dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran
Pembelajaran
Dengan perkembangan pesat penggunaan komputer dan perisian pengajaran,
muncul peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya
komputer sehingga timbul suatu lagi literasi yang diistilahkan sebagai literasi komputer
(Heinich et al., 1996). Literasi komputer yang merujuk kepada kemahiran memperoleh
maklumat, berfikir dan berkomunikasi menggunakan komputer dalam abad ini jauh
melebihi kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) suatu ketika dahulu. Murid-murid
kini perlu berliterasi komputer sekiranya mereka ingin bersaing di pusat-pusat pengajian
atau di tempat kerja mereka. Sehubungan itu, dalam menuju era teknologi dan
informasi serta meningkatkan produktiviti, sistem pendidikan negara memerlukan
perubahan dari segi model pendidikan yang ada sekarang kepada suatu model baru
iaitu melalui penggunaan teknologi seperti perisian pengajaran yang boleh
menghasilkan sumber tenaga kerja yang diperlukan untuk pembangunan negara.
Anjakan ke arah penggunaan teknologi pendidikan dan perisian pengajaran juga
adalah sangat penting kerana bentuk pembelajaran pada masa hadapan sudah
pastinya tidak sama seperti keadaan sekarang. Kelas pada masa hadapan mungkin
bukan lagi dalam bentuk bilik, sebaliknya kemungkinan proses pengajaran dan
pembelajaran boleh berlaku 24 jam sehari di mana murid sendiri yang akan
menentukan masa dan tempat mereka perlu belajar. Pengajaran juga tidak boleh hanya
terbatas kepada proses menyampaikan maklumat, tetapi murid perlu diajar kemahiran
untuk memperoleh maklumat.
Teknologi pendidikan merupakan aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-
teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dengan
pelbagai kelebihannya, teknologi pendidikan mampu memainkan peranan yang penting
bagi mencapai objektif ini. Antara peranan dan kepentingan teknologi pendidikan yang
dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran ialah;
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
15
i. Membina kemahiran kognitif
ii. Menggalakkan pembelajaran kendiri
iii. Menjadikan pembelajaran aktif
iv. Menggalakkan pembelajaran yang menghiburkan
v. Mempelbagaikan latar belakang dan kaedah belajar
vi. Mengatasi masalah bilangan murid yang ramai
vii. Melibatkan lebih daripada satu deria
viii. Menjimatkan masa pembelajaran
ix. Membantu meningkatkan pencapaian akademik murid
x. Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran Positif
xi. Menggalakkan Pendekatan Koperatif
xii. Menggalakkan Pendekatan Kolaboratif
xiii. Mengubah pengalaman pembelajaran
xiv. Mengubah sistem atau pendekatan pengajaran
xv. Mengubah peringkat membuat keputusan
i. Membina Kemahiran Kognitif
Menurut Gagne (1985), murid perlu mengulangi pelajaran beberapa kali
untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran. Proses pengulangan yang
dilakukan melalui perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan lebih
membantu murid mengingati sesuatu maklumat berbanding proses
pengulangan melalui bahan bercetak. Sesuatu maklumat yang disampaikan
dalam bentuk verbal (contoh: lisan dan teks) berserta dengan bentuk visual
(contoh: gambar, animasi dan video) akan meningkatkan lagi kadar ingatan
dan mencapai semula maklumat dari memori (Mayer, 2001).
ii. Menggalakkan Pembelajaran Kendiri
Keupayaan menyediakan platform pembelajaran kendiri serta jadual belajar
yang sesuai dengan murid merupakan dua (2) kelebihan perisian pengajaran
dalam teknologi pendidikan yang telah dibuktikan melalui kajian.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
16
Pembelajaran kendiri melalui perisian pengajaran adalah lebih baik
berbanding kaedah tradisi, di mana melalui pembelajaran kendiri ini murid
boleh mengawal pembelajaran berdasarkan tahap kemampuan serta
kesesuaian mereka.
iii. Menjadikan Pembelajaran Aktif
Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan mempunyai kelebihannya
dari sudut interaktif yang tidak ada pada media pengajaran lain. Interaktiviti
menggalakkan pembelajaran aktif berlaku dalam kalangan murid pada
sebarang peringkat umur dan komputer adalah satu-satunya media yang
mempunyai potensi ini (Sewell, 1990). Semakin dinamik interaktiviti, semakin
aktif proses pembelajaran akan berlaku. Melalui pembelajaran aktif, banyak
kelebihan dapat dicapai seperti menarik tumpuan murid, membina ingatan
jangka panjang, pembelajaran lebih pantas dan peningkatan motivasi belajar.
iv. Menggalakkan Pembelajaran Yang Menghiburkan
Elemen multimedia terutamanya animasi telah menjadikan pembelajaran
berasaskan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan itu sesuatu yang
menghiburkan dan menjanjikan pelbagai kemudahan yang tidak pernah
terfikir oleh manusia sebelum ini serta tidak membosankan (Jamalludin,
Baharudin & Zaidatun, 2001; ChanLin, 2000). Penerapan nilai hiburan yang
tidak berlebihan dalam pendidikan sebenarnya akan memberi kesan yang
baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran asalkan ianya tidak
menganggu pembelajaran.
v. Mempelbagaikan Latar Belakang Dan Kaedah Belajar
Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan membolehkan penyampaian
isi pelajaran kepada murid dalam bentuk yang mudah difahami dan lebih
menarik berbanding buku atau media lain dan mampu memenuhi strategi
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
17
belajar yang bervariasi (Ellis, 2004). Setiap individu mempunyai corak
pembelajarannya yang tersendiri. Pengajaran secara tradisi tidak dapat
memenuhi masalah corak pembelajaran yang berbeza ini. Namun perisian
pengajaran dalam teknologi pendidikan kini dapat memberikan segala
kemudahan ini kepada murid.
vi. Mengatasi Masalah Bilangan Murid Yang Ramai
Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan dapat mengatasi masalah
keberkesanan pengajaran sekiranya melibatkan bilangan murid yang ramai.
Guru sememangnya dapat menumpukan pengajaran secara individu
sekiranya jumlah murid adalah kecil. Namun, sekiranya berurusan dengan
murid yang ramai, penumpuan secara individu adalah di luar kemampuan
mereka (Heinich et al., 1996). Guru juga akan dapat bersama murid di suatu
tempat yang sama pada suatu tempoh yang terhad, hal ini juga menjadi
faktor penghalang bagi para guru untuk melakukan penumpuan secara
individu terhadap setiap murid. Masalah ini dapat diatasi dengan penggunaan
perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan yang menawarkan
kebolehan menyampaikan maklumat kepada setiap murid secara individu
serta menjamin pencapaian yang baik.
vii. Melibatkan Lebih Daripada Satu Deria
Pendidikan menerusi perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan akan
menggerakkan setiap deria murid untuk terlibat sama dalam proses
pembelajaran. Hal ini bermaksud, deria penglihatan, pendengaran, sentuhan
dan minda seseorang murid itu akan tertumpu dan terlibat secara aktif dalam
proses tersebut (Vaughan, 1998). Penglibatan lebih daripada satu deria
membawa impak positif terhadap proses pembelajaran. Pembelajaran yang
menggunakan satu deria sahaja adalah kurang berkesan berbanding dengan
pembelajaran yang menggunakan pelbagai deria (Neo & Neo, 2001).
viii. Menjimatkan Masa Pembelajaran
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
18
Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan dapat menjimatkan masa
pembelajaran seseorang murid. Banyak dapatan kajian mendapati
penggunaan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan mampu
mengurangkan tempoh pembelajaran murid jika dibandingkan dengan
kaedah tradisi (Khairul Hashim, 2003).
ix. Membantu Meningkatkan Pencapaian Akademik Murid
Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan keberkesanan teknologi
pendidikan melalui penggunaan perisian pengajaran dari sudut peningkatan
pencapaian murid. Hal ini dapat dilihat melalui tinjauan yang dijalankan
melibatkan 946 kajian dari tahap pra-sekolah sehingga ke tahap universiti
oleh North Central Regional Educational Laboratory, Amerika Syarikat
(NCREL). Setiap kajian ini merumuskan bahawa penggunaan perisian
pengajaran dalam teknologi pendidikan menunjukkan kesan positif terhadap
pencapaian murid serta dapatan markah yang tinggi dalam peperiksaan
(NCREL, 2002) terutamanya terhadap murid lemah (Newby et al., 2000).
x. Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran Positif
Penggunaan tekonologi pengajaran yang berkesan dapat merangsang
persekitaran pembelajaran yang positif (berkesan) dan dapat menarik minat
murid. Penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan laptop, tayangan
slaid dapat meransang perhatian murid secara optimum jika dilaksanakan
dengan sistematik. Terdapat pelbagai pendekatan pembelajaran yang dapat
dilaksanakan di dalam kelas dengan mengunakan teknologi pendidikan bagi
menjana persekitaran pembelajaran yang berkesan.
xi. Menggalakkan Pendekatan Koperatif
Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid
bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli
kumpulannya. Dalam pendekatan ini, semua ahli hendaklah bekerjasama di
dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah yang diberikan. Di dalam
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
19
pendekatan ini guru bertanggungjawab untuk memastikan murid dapat
berkerjasama di dalam kumpulan dengan baik. Kemahiran bersosial dalam
kalangan ahli kumpulan dititikberatkan supaya dapat membantu ahli
kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan yang positif. Dalam
melaksanakan pendekatan ini guru hendaklah memberikan motivasi kepada
murid seperti pengiktirafan dan penghargaan sekiranya dapat melaksanakan
tugas yang diberikan dengan baik.
Sebagai contoh, dalam mata pelajaran sains, guru memberikan tugasan
kepada murid untuk mencari sesuatu maklumat yang berkaitan dengan
Sistem Solar. Murid diberikan masa untuk mencari maklumat secara
berkumpulan di dalam perpustakaan dan makmal komputer. Hasil dapatan
tersebut dibentangkan di dalam kelas dengan menggunakan aplikasi media
yang dihasilkan oleh murid. Aktiviti sebegini dapat melahirkan murid yang
mempunyai keyakinan diri yang tinggi, celik teknologi maklumat (IT) dan
dapat berkomunikasi dengan berkesan.
xii. Menggalakkan Pendekatan Kolaboratif
Pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia
memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu
idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan. Dalam pendekatan ini, murid
akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang sesama
mereka dan menyelesaikan masalah bersama. Dalam pendekatan ini juga,
setiap ahli kumpulan hendaklah memberikan komitmen bagi melaksanakan
tugas yang diberi dan sedia untuk saling membantu bagi meningkatkan
prestasi akademik meraka.
Sebagai contoh, dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran sains, guru
meminta murid mencari satu penyelesaian bagi satu permasalahan seperti
faktor yang mempengaruhi pengaratan. Murid diminta untuk mengkaji faktor
yang mempengaruhi pengaratan dan melakukan satu eksperimen bagi
menyokong pendapat mereka. Di sini, guru dapat menggalakkan murid untuk
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
20
menggunakan pelbagai sumber media pengajaran bagi membantu mereka,
seperti tayangan slide show, hasil pemerhatian dan perolehan maklumat dari
sumber internet. Di samping menggalakkan murid berkomunikasi, guru juga
dapat memberikan penekanan terhadap penggunaan teknologi pendidikan
seperti mencari bahan di internet.
xiii. Mengubah Pengalaman Pembelajaran
Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat mengubah pengalaman
pembelajaran. Pengalaman pembelajaran amat penting untuk menjadikan
pembelajaran yang berkesan, iaitu pembelajaran yang dapat mengubah
tingkah laku murid. Oleh yang demikian, pengalaman pembelajaran
merupakan aspek yang penting di dalam pelaksanaan kurikulum.
Bagi menjayakan kurikulum, perancangan yang teliti dan rapi hendaklah
diatur supaya ia dapat membantu murid mendapatkan pengalaman
pembelajaran berlandaskan objektif yang ditentukan oleh guru berdasarkan
sukatan pelajaran (KSSR – Standard Pembelajaran) yang telah digubal.
Perancangan seperti penggunaan media yang sesuai sama ada
menggunakan aplikasi komputer, simulasi, tunjuk cara atau apa jua bahan
yang dapat membantu murid memahami pembelajaran hendaklah ditentukan
agar pemikiran secara kritis dan kreatif dapat dijana di dalam kelas supaya
murid mampu mengaplikasikan pembelajaran dengan kehidupan seharian
mereka.
Teknologi pendidikan ini juga telah merubah sistem pengajaran dengan
adanya pelbagai kaedah dan teknik-teknik pembelajaran seperti
pembelajaran secara berkumpulan atau bersendirian, bersama sumber
manusia (tenaga pengajar) dan bahan teknologi (perisian komputer),
pembelajaran koperatif dan melibatkan murid secara aktif di samping
menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritis dan kreatif. Perubahan ini
penting bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada
murid bagi menguasai sesuatu pelajaran.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
21
xiv. Mengubah Peringkat Membuat Keputusan
Seperti yang telah kita ketahui, di Malaysia sukatan pelajaran (Standard
Pembelajaran – KSSR) ataupun kurikulum sekolah telah ditentukan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan tersebut telah digubal
berlandasakan aras kemahiran murid mengikut peringkat umur. Semasa
perancangan sukatan atau standard pembelajaran atau kurikulum ini diolah
dan digubal, perancang kurikulum akan berkerjasama dengan pereka
pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pendidikan dalam
kurikulum sekolah.
Pada masa dahulu, penggunaan media dirancang semasa kurikulum
dilaksanakan. Oleh yang demikian, pelbagai masalah telah timbul seperti
kurangnya persediaan guru semasa melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dan kesukaran mendapatkan bahan media yang sesuai untuk
membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Di sini dapat
dijelaskan peranan teknologi pendidikan telah berperanan merubah
kebiasaan yang telah dilaksanakan pada masa dahulu. Sistem pendidikan
kini lebih efisyen dan mampu melahirkan pembelajaran yang berkesan
kepada murid dalam masa yang lebih singkat.
Dengan adanya teknologi pendidikan, pelaksanaan pengajaran
berlandasakan kurikulum yang telah ditetapkan menjadi lebih berkesan,
mudah, berteknologi terkini dan memberikan impak positif kepada
pembelajaran murid dan seterusnya sistem pendidikan.
xv. Mengubah Sistem Atau Pendekatan Pengajaran
Selain daripada mengubah peringkat membuat keputusan, teknologi
pendidikan juga berperanan untuk mengubah sistem atau pendekatan
pengajaran. Hasil pembaharuan teknologi pendidikan ia dapat mempengaruhi
sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi
pendidikan juga dapat menukar sistem atau pendekatan pengajaran
konvensional, menerima sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
22
terbuka atau sistem sekolah bebas. Sebagai contoh, hasil teknologi
pendidikan kini dapat menghasilkan sistem yang lebih sistematik dan teratur
yang dapat memberi manfaat kepada guru dan murid serta memudahkan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Penciptaan perisian bagi menyediakan jadual
waktu guru (System Windows), dan yang terkini sistem pengajaran
berdasarkan „IES‟ (Interaction Education System) dapat memudahkan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Dalam perisian IES guru
menggunakan komputer semasa pelaksanaan pengajaran dan murid
memberikan maklum balas dengan menggunakan „remote control‟ secara
individu untuk memberikan maklum balas. Melalui sistem ini guru dapat
mengesan hasil pembelajaran dengan lebih cepat iaitu pada setiap kali
pengajaran. Guru juga dapat mengenalpasti aras kefahaman murid secara
individu dengan lebih mudah.
Teknologi pendidikan juga telah merubah sistem pengajaran dengan adanya
sistem pembelajaran jarak jauh yang menggunakan teknologi maklumat
sebagai pengantara ilmu. Jelaslah di sini teknologi pendidikan dapat
mewujudkan persekitaran pengajaran yang positif. Hasil kajian dan ciptaan
teknologi yang canggih daripada para ilmuan cerdik pandai telah
memungkinkan perubahan kepada kepelbagaian sistem dan pendekatan
yang lebih produktif bagi melahirkan generasi ilmuan yang lebih ulung.
Aktiviti Rangsangan:
1. Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi?.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi pendidikan ?
3. Apakah kepentingan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran?
4. Bagaimanakah teknologi digunakan untuk pembelajaran?
5. Apakah domain teknologi pengajaran?
6. Apakah peranan domain teknologi pengajaran?
7. Apakah perkaitan antara domain-domain teknologi pengajaran?
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
23
8. Apakah peranan teknologi pendidikan terhadap pembelajaran?
9. Bagaimanakah teknologi pendidikan memberi kesan terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran?
10.Apakah peranan lain teknologi pendidikan?
11.Mengapakah teknologi diperlukan dalam pendidikan masa kini?
BIBLIOGRAFI
AECT . Association for Educational Communications and Technology (1977). The
definition of educational technology. Washington DC: AECT.
AECT, Association for Educational Communication and Technology (1994). The
definition of educational technology. Washington: AECT.
AECT, Association for Educational Communication and Technology (2004). Definition
and Terminology Committee document #MM4.0. The meanings of educational
technology. Washington DC: AECT.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Akses pada November 12, 2012 daripada
[http://bibliografi.moe.edu.my/sumberpendidikan/images/psp/Huraian_Sukatan_Modul_
Bab_1.pdf]
Evans T. & Nation D. (Eds) (2000), Changing university teaching: Reflections on
creating educational technologies. London: Kogan Page.
Galbraith, J.K. (1967). The new industrial state. Boston: Houghton Mifflin.
Hedges, William D. Hopkins, L. Thomas. The encyclopedia of education. Vol. 4. New
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
24
York, NY: Crowell-Collier Educational Corporation, 1971.
Yusup Hashim. (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Siri Pendidikan Fajar Bakti.

More Related Content

What's hot

Langkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tylerLangkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tylerFatimah Al-Dayana
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekIentan Nazurana
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanNur Fazlin Mohd Naim
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksiSohib AlQuran
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaranTien Yu Yu
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 
Topik 4 pembangunan media pengajaran
Topik 4 pembangunan media pengajaranTopik 4 pembangunan media pengajaran
Topik 4 pembangunan media pengajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnSALWANIERAZLI
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 

What's hot (20)

Langkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tylerLangkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Model sosial
Model sosialModel sosial
Model sosial
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksi
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 
Topik 4 pembangunan media pengajaran
Topik 4 pembangunan media pengajaranTopik 4 pembangunan media pengajaran
Topik 4 pembangunan media pengajaran
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 

Similar to EDU 3105 Teknologi Dalam Pendidikan

Materi bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikan
Materi bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikanMateri bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikan
Materi bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikanfachriadelisutia
 
Topik 1 teknologi pendidikan
Topik 1 teknologi pendidikanTopik 1 teknologi pendidikan
Topik 1 teknologi pendidikanTan Yin
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008
Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008
Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008EDUCATIONAL TECHNOLOGY
 
Educational Technology
Educational TechnologyEducational Technology
Educational Technologynana
 
Tgs.prof.tina ict dalam pembelajaran
Tgs.prof.tina ict dalam  pembelajaranTgs.prof.tina ict dalam  pembelajaran
Tgs.prof.tina ict dalam pembelajaranlavanter simamora
 
Pergeseran istilah educational technology
Pergeseran istilah educational technologyPergeseran istilah educational technology
Pergeseran istilah educational technologyJajang Nurjaman
 
Konsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikanKonsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikanMui Peng Soon
 
Educational Technology Area Athia Fidian Fix.pptx
Educational Technology Area Athia Fidian Fix.pptxEducational Technology Area Athia Fidian Fix.pptx
Educational Technology Area Athia Fidian Fix.pptxAthiaFidian
 
Educational Technology Area Athia Fidian Fix.pdf
Educational Technology Area Athia Fidian Fix.pdfEducational Technology Area Athia Fidian Fix.pdf
Educational Technology Area Athia Fidian Fix.pdfAthiaFidian
 
Kawasan dan Bidang Garapan Teknologi Pendidikan
Kawasan dan Bidang Garapan Teknologi PendidikanKawasan dan Bidang Garapan Teknologi Pendidikan
Kawasan dan Bidang Garapan Teknologi PendidikanRiski Putri Puspitahati
 
Profesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi Pendidikan
Profesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi PendidikanProfesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi Pendidikan
Profesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi Pendidikanphomie otari
 

Similar to EDU 3105 Teknologi Dalam Pendidikan (20)

Materi bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikan
Materi bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikanMateri bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikan
Materi bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikan
 
Topik 1 teknologi pendidikan
Topik 1 teknologi pendidikanTopik 1 teknologi pendidikan
Topik 1 teknologi pendidikan
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
 
Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008
Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008
Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008
 
Educational Technology
Educational TechnologyEducational Technology
Educational Technology
 
Perkembangan tp
Perkembangan tpPerkembangan tp
Perkembangan tp
 
Tgs.prof.tina ict dalam pembelajaran
Tgs.prof.tina ict dalam  pembelajaranTgs.prof.tina ict dalam  pembelajaran
Tgs.prof.tina ict dalam pembelajaran
 
Pergeseran istilah educational technology
Pergeseran istilah educational technologyPergeseran istilah educational technology
Pergeseran istilah educational technology
 
Bab 1 eit 311
Bab 1 eit 311Bab 1 eit 311
Bab 1 eit 311
 
Konsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikanKonsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikan
 
Perspektip tp
Perspektip tpPerspektip tp
Perspektip tp
 
Fti209 tgs kon_tek
Fti209 tgs kon_tekFti209 tgs kon_tek
Fti209 tgs kon_tek
 
Kata pengantar 1
Kata pengantar 1Kata pengantar 1
Kata pengantar 1
 
Educational Technology Area Athia Fidian Fix.pptx
Educational Technology Area Athia Fidian Fix.pptxEducational Technology Area Athia Fidian Fix.pptx
Educational Technology Area Athia Fidian Fix.pptx
 
Educational Technology Area Athia Fidian Fix.pdf
Educational Technology Area Athia Fidian Fix.pdfEducational Technology Area Athia Fidian Fix.pdf
Educational Technology Area Athia Fidian Fix.pdf
 
Edu3105 bab01
Edu3105 bab01Edu3105 bab01
Edu3105 bab01
 
Edu3105 bab01(1)
Edu3105 bab01(1)Edu3105 bab01(1)
Edu3105 bab01(1)
 
Kawasan dan Bidang Garapan Teknologi Pendidikan
Kawasan dan Bidang Garapan Teknologi PendidikanKawasan dan Bidang Garapan Teknologi Pendidikan
Kawasan dan Bidang Garapan Teknologi Pendidikan
 
Profesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi Pendidikan
Profesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi PendidikanProfesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi Pendidikan
Profesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi Pendidikan
 
Bab1 unit 1 definisi te knologi pendidikan
Bab1 unit 1 definisi te knologi pendidikanBab1 unit 1 definisi te knologi pendidikan
Bab1 unit 1 definisi te knologi pendidikan
 

More from peggylau9318

35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativitipeggylau9318
 
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01peggylau9318
 
Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanpeggylau9318
 
Seni dlm pendidikan m1
Seni dlm pendidikan m1Seni dlm pendidikan m1
Seni dlm pendidikan m1peggylau9318
 
Peta minda teori pemerolehan bahasa
Peta minda teori pemerolehan bahasaPeta minda teori pemerolehan bahasa
Peta minda teori pemerolehan bahasapeggylau9318
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranpeggylau9318
 
Kaedah multisensori
Kaedah multisensoriKaedah multisensori
Kaedah multisensoripeggylau9318
 
Pengenalan disleksia
Pengenalan disleksiaPengenalan disleksia
Pengenalan disleksiapeggylau9318
 
访问华文教师
访问华文教师访问华文教师
访问华文教师peggylau9318
 
Laporan mingguan 15
Laporan mingguan 15Laporan mingguan 15
Laporan mingguan 15peggylau9318
 

More from peggylau9318 (13)

35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
 
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
 
Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikan
 
Seni dlm pendidikan m1
Seni dlm pendidikan m1Seni dlm pendidikan m1
Seni dlm pendidikan m1
 
Peta minda teori pemerolehan bahasa
Peta minda teori pemerolehan bahasaPeta minda teori pemerolehan bahasa
Peta minda teori pemerolehan bahasa
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaran
 
Panji panji ppk
Panji panji ppkPanji panji ppk
Panji panji ppk
 
Kaedah multisensori
Kaedah multisensoriKaedah multisensori
Kaedah multisensori
 
Isl tajuk 2
Isl tajuk 2Isl tajuk 2
Isl tajuk 2
 
Pengenalan disleksia
Pengenalan disleksiaPengenalan disleksia
Pengenalan disleksia
 
访问华文教师
访问华文教师访问华文教师
访问华文教师
 
Jsu pengamatan
Jsu pengamatanJsu pengamatan
Jsu pengamatan
 
Laporan mingguan 15
Laporan mingguan 15Laporan mingguan 15
Laporan mingguan 15
 

EDU 3105 Teknologi Dalam Pendidikan

  • 1. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1 BAB 1: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1.0 Pengenalan Sesiapa sahaja yang sedang melaksanakan tugas berhadapan dengan komputer atau sedang mengakses internet untuk untuk apa sahaja tujuan sama ada membina hubungan sosial melalui laman muka buku (Facebook, Twitter dsb), mencari bahan atau resepi masakan baru atau sedang mereka bentuk persembahan multimedia, individu tersebut sebenarnya sedang menggunakan teknologi terkini. Jika sekiranya seorang pendidik atau pelajar pula yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, maka teknologi yang digunakan sering kali dirujuk sebagai teknologi dalam pendidikan. 1.1 Konsep Teknologi Istilah teknologi umumnya seringkali dikaitkan dengan alat teknologi moden terutamanya alat elektronik seperti komputer, televisyen, radio, perakam pita video, pemain cakera padat, perakam kaset audio, projektor paparan hablur cecair (LCD), kamera digital dan telefon bimbit. Teknologi bermaksud produk atau alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan negara atau menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan. Mengikut Galbraith (1967), technology is the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks, yang membawa maksud teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun, digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan. Aplikasi sistematik di sini bermaksud teknik yang digunakan perlulah mempunyai kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu sistem yang menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pengetahuan lain yang tersusun bermaksud pengetahuan yang belum diuji dan dibuktikan secara saintifik tetapi diterima amalannya sebagai suatu pengetahuan yang benar berdasarkan
  • 2. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2 pengalaman dan pengamatan manusia terhadap sesuatu tindakan. Pengaplikasian pengetahuan saintifik pula merujuk kepada teknik yang digunakan untuk mengaplikasikan idea atau teori di mana teknik ini telah diuji dan didapati berjaya manakala aplikasinya pula telah disahkan melalui ujian. Teknologi juga mengikut Finn (1960) membawa maksud suatu proses ke arah penyelesaian masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji serta penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan pembelajaran yang praktikal. Manakala Evans dan Nation (2000) menyatakan, “Technology is not a tool – it is an art or science of how to use a tool for a purpose.” Selain daripada itu, Smaldino et.al (2004) menyatakan bahawa teknologi adalah sebagai produk atau bahan di mana penghasilan perkakasan dan perisian adalah hasil dari proses teknologi itu sendiri. Contohnya komputer (perkakasan) dan bahan CD- ROM (perisian) adalah hasil teknologi. Saettler (1990) turut menegaskan bahawa teknologi bukan hanya merujuk kepada penggunaan mesin sahaja, bahkan turut meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik. Menurutnya, teknik lebih penting daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu, proses amat diperlukan. Proses pula perlu dilihat dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kadangkala teknologi juga dilihat sebagai arus pembangunan atau pemodenan dan biasanya apabila sesuatu organisasi itu maju dan berkembang adalah kerana pengaruh dan kesan penggunaan alat teknologi itu sendiri. 1.2 Konsep Pengajaran Secara umumnya pengajaran membawa maksud proses mengajar di mana keberkesanan penyampaian maklumat boleh terbukti dengan perubahan tingkahlaku pelajar. Manakala pembelajaran pula bermaksud proses belajar yang berlaku apabila guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam proses memberi dan menerima.
  • 3. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 3 Pullias dan Young (1968) menyatakan, “Pengajaran itu keseluruhannya merupakan cara membimbing murid untuk memperolehi sejumlah pengalaman yang cukup bermutu hingga mampu sejauh mungkin menolong pembinaan kemungkinan- kemungkinan sebagai manusia”. Mengikut Ramsden (1988) konsep pengajaran adalah “Belajar atau pembelajaran di sekolah seharusnya merupakan satu pergerakan ke arah pembentukan insan yang berupaya menyelesaikan persoalan yang kompleks, mengiktiraf kuasa dan keelokan konsep-konsep sesuatu bidang pelajar, dan menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dalam menyelesaikan masalah di luar kelas.” Manakala menurut Trigwel, Prosser, & Lyons (1997), konsep pengajaran adalah “Proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar.” 1.3 Konsep Teknologi Pendidikan Teknologi pendidikan adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bahagian Teknologi Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia (1991) mentakrifkan teknologi pendidikan adalah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Crowell (1971), dalam Encyclopedia of Education menjelaskan bahawa, "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" . Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1988), mentakrifkan teknologi pendidikan sebagai proses yang kompleks dalam mengalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 4. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 4 Seels & Reechy (1994) bersama The Association for Educational Communication and Technology‟s (AECT) menyatakan teknologi pendidikan adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran, (Instructional technology is the theory and practice of designing, development, utilization, management and evaluation of processes and resources for learning). Molenda (2000) mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai “…the profession in which a knowledge of the science of instruction and art of teaching, gained by study and experience, are applied to develop and manage, with economy and elegance, instructional materials and systems that contribute to the provision of humane, effective learning environments necessary to advance the progressive well-being”. Seterusnya Reiser (2001), menjelaskan bidang teknologi pendidikan merupakan “The field of instructional design and technology encompasses the analysis of learning and performance problems, and the design, development, implementation, evaluation and management of instructional and non-instructional processes and resources intended to improve learning and performance in a variety of settings, particularly educational institutions and the workplace. Professionals in the field of instructional design and technology often use systemic instructional design procedures and employ a variety of instructional media to accomplish their goals. Moreover, in recent years, they have paid increasing attention to non-instructional solutions to some performance problems. Research and theory related to each of the aforementioned areas is also an important part of the field”. 1.5 Domain Dalam Teknologi Pendidikan Domain dalam Teknologi Pendidikan melalui dua (2) fasa iaitu; Fasa pertama: Tahun 1977 Fasa kedua: Tahun 1994
  • 5. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 5 1.5.1 Domain Teknologi Pendidikan Fasa Pertama Tahun 1977 Domain Teknologi Pendidikan Fasa Pertama adalah berdasarkan definisi Teknologi Pendidikan oleh The Association for Educational Communication and Technology‟s (AECT) 1977: “Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah. Proses pembelajaran itu pula mempunyai matlamat dan terkawal”. Berdasarkan definisi tersebut, terdapat tiga (3) fungsi: i. Pengembangan pengajaran ii. Sumber pembelajaran iii. Pengurusan pengajaran i. Pengembangan Pengajaran: a) Penyelidikan b) Reka bentuk c) Penerbitan d) Penilaian e) Logistik f) Penggunaan g) Pengedaran
  • 6. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 6 Fungsi pengembangan pengajaran ini ialah menganalisis masalah-masalah pembelajaran serta mereka bentuk, melaksana dan menilai penyelesaian kepada masalah ini. Ia melibatkan satu proses yang mengandungi beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah mengkonsepsikan model teoritikal bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyelidikan dijalankan bagi memperoleh maklumat saintifik berkenaan murid, pengajaran dan pembelajaran, sumber pembelajaran dan sebagainya. Di sini teori dan model dihasilkan dan diuji. Setelah dikenal pasti teori dan model yang sesuai, maka tugas seterusnya adalah merekabentuk pengajaran yang selari dengan teori tersebut. Tegasnya, teori kini ditukar menjadi suatu spesifikasi yang akan menjadi asas kepada pembinaan pengajaran. Ia dimulakan dengan analisis terhadap murid, menulis objektif, memilih strategi pengajaran, memilih media pengajaran dan juga menentukan spesifikasi media tersebut. Daripada spesifikasi ini, penerbitan media pengajaran dilaksanakan, skrip ditulis, grafik dan gambar dihasilkan. Selain itu, program pengajaran berpandukan komputer dan pengendalian alat turut diadakan. Dalam aspek penghasilan atau penerbitan, segala macam media pengajaran boleh dihasilkan asalkan ada spesifikasinya. Media pengajaran yang telah dihasilkan tidak boleh terus digunakan. Ia harus dinilai terlebih dahulu agar benar-benar memberi kesan yang dihajatkan. Aspek yang paling dititikberatkan dalam proses penilaian ini ialah dari sudut kemampuannya menepati kehendak objektif. Di samping itu, penilaian terhadap kualiti teknikal turut dilakukan. Daripada penilaian yang dilakukan, cadangan akan dikemukakan sama ada hasil penerbitan ini diterima, ditolak atau diterima dengan pembaikan. Setelah disahkan keberkesanannya, barulah media sedia untuk digunakan. Di peringkat penggunaan ini, murid dibantu untuk memilih sumber pembelajaran (media pengajaran sebahagian daripadanya) yang sesuai dengan pembelajaran mereka serta membantu mereka menggunakan sumber yang dipilih. Kemajuan murid dipantau semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran ini.
  • 7. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 7 Untuk memastikan sumber pembelajaran sentiasa tersedia, logistik atau tempat pengumpulan perlu disediakan. Di sinilah sumber pembelajaran dikatalog, diselenggara dan diedarkan. Akhir sekali, bagi memastikan perkembangan teknologi pendidikan dapat diikuti, peringkat penyebaran pula memastikan agar maklumat tentang teknologi pengajaran dikumpulkan dan disebarkan, melalui pemberian khidmat nasihat, latihan dan pemberitaan. ii. Sumber Pembelajaran: a) Mesej b) Manusia c) Bahan d) Peralatan e) Teknik f) Tempat atau keadaan Sumber pembelajaran terdiri daripada mesej, manusia, bahan, peralatan, teknik dan tempat atau keadaan (settings). Setiap komponen boleh digunakan secara terpisah atau secara kombinasi bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat penggunaan dan logistik, sumber pembelajaran ini dipilih, digunakan dan disebarkan. Oleh itu, domain ini merupakan produk daripada proses yang berlaku dalam domain atau fungsi pengembangan pengajaran. Sumber pembelajaran ialah apa sahaja yang menyimpan dan/atau menghantar maklumat kepada murid. Satu daripadanya ialah mesej. Mesej mengandungi maklumat yang diterima oleh murid. Misalnya, isi pelajaran, arahan dan lain-lain. Manusia bertindak sebagai penyimpan dan penghantar atau penyebar mesej. Manusia dalam konteks sekolah adalah seperti pengetua, guru, murid dan ibu bapa. Bahan juga adalah penyimpan mesej yang akan disebarkan seperti nota, buku, pita video, modul
  • 8. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 8 pembelajaran, cakera padat dan sebagainya. Peralatan pula berfungsi menghantar maklumat yang tersimpan di dalam bahan seperti projektor, perakam audio, pemain cakera video dan sebagainya. Teknik ialah bagaimana bahan, peralatan dan manusia digunakan bagi menghantar maklumat seperti perbincangan, lawatan, mel elektronik dan lain-lain. Tempat atau keadaan merupakan keseluruhan persekitaran. Mesej akan disebarkan seperti bilik darjah, bilik sumber, makmal sains dan lain-lain lagi. Berhubung dengan sumber pembelajaran, tidak semuanya direka bentuk khusus untuk pembelajaran. Bagaimanapun, kebanyakannya masih boleh digunakan sebagai sumber pembelajaran seperti iklan televisyen, akhbar, katalog barangan pengguna, cerita dari filem atau televisyen, muzium, zoo, internet dan pelbagai lagi. Dalam hal ini, sumber yang tersedia ada sama pentingnya dengan sumber yang dihasilkan. Oleh yang demikian, guru dan murid perlu mengetahui bagaimana menggunakan sumber-sumber tersebut secara berkesan. iii. Pengurusan Pengajaran: a) Pengurusan organisasi b) Pengurusan kakitangan Fungsi pengurusan pengajaran adalah menyelaras dan mengawal fungsi pengembangan serta fungsi sumber pembelajaran dan lain-lain fungsi supaya teknologi pengajaran dapat berjalan dengan berkesan. Fungsi ini meliputi pengurusan organisasi dan pengurusan kakitangan. Fokus pengurusan organisasi ialah mentadbir projek dengan cara mengenal pasti keperluan organisasi, menentukan matlamat dan objektif. Seterusnya, menguruskan soal perbelanjaan, pembelian serta perkara yang berkaitan dengan prosedur pentadbiran bagi hubungan dalam dan luar organisasi. Pengurusan kakitangan pula terlibat dengan perkara yang berkaitan dengan pengambilan, penyeliaan dan penilaian pekerja. Tujuan utama pengurusan kakitangan
  • 9. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 9 ialah mewujudkan hubungan baik serta meningkatkan keberkesanan komunikasi antara pekerja. Jelasnya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi pengajaran dilaksanakan secara bersepadu di mana usaha manusia, prosedur dan idea bagi mencapai satu objektif tertentu diintegrasikan seterusnya, untuk menyelesaikan sebarang masalah, semua fungsi perlu bergerak secara sistematik dan bersepadu. 1.5.2 Domain Teknologi Pendidikan Fasa Kedua Tahun 1994 Domain Teknologi Pendidikan Fasa Kedua adalah berdasarkan definisi Teknologi Pendidikan oleh The Association for Educational Communication and Technology‟s (AECT) 1994: “Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk , membangun, mengguna, dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran”. Rekabentuk  RB Sistem Pengajaran  RB Mesej  Strategi Pengajaran  Ciri-ciri Pelajar Pembangunan  Teknologi Percetakan  Teknologi Audiovisual  Teknologi Berasaskan Komputer  Teknologi Bersepadu Penggunaan  Penggunaan Media  Difusi dan Inovasi  Pelaksanaan  Polisis dan Peraturan Pengurusan  Pengurusan Projek  Pengurusan Sumber  Peng Sistem Penyampaian  Pengurusan Maklumat Penilaian  Analisis Masalah  Pengukuran Rujukan  Kriteria  Penilaian Formatif  Penilaian Sumatif
  • 10. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 10 Berdasarkan definisi tersebut, terdapat lima (5) fungsi; i. Rekabentuk ii. Pembangunan iii. Penggunaan iv. Pengurusan v. Penilaian i. Domain Rekabentuk:  Rekabentuk Sistem Pengajaran  Rekabentuk Mesej  Strategi Pengajaran  Ciri-ciri Pelajar Reka bentuk adalah proses menyatakan syarat yang khusus untuk pembelajaran. Domain ini merupakan sumbangan terbesar teori teknologi pengajaran kepada bidang pendidikan yang lebih besar. Tujuan reka bentuk adalah untuk mewujudkan strategi bersekala besar dalam penghasilan produk seperti program dan kurikulum, serta yang berskala kecil, seperti pelajaran dan modul. Sebagai contoh, permohonan teori pengajaran dan pembelajaran untuk reka bentuk kursus atau kurikulum sekolah, analisis ciri-ciri pelajar dan juga dalam konteks pembelajaran (persekitaran fizikal, keperluan, tugas), perancangan strategi pengajaran, serta interaksi manusia-komputer / muka reka bentuk untuk sistem yang direka bagi memudahkan pembelajaran. ii. Domain Pembangunan:  Teknologi Percetakan  Teknologi Audiovisual  Teknologi Berasaskan Komputer  Teknologi Bersepadu Domain Pembangunan adalah proses menterjemahkan spesifikasi reka bentuk
  • 11. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 11 ke dalam bentuk fizikal. Domain pembangunan merangkumi pelbagai teknologi yang digunakan dalam pengajaran. Bagaimanapun, domain ini tidak diasingkan daripada teori dan amalan yang berkaitan dengan pembelajaran dan reka bentuk. Ia berfungsi bebas daripada pengurusan penilaian, atau penggunaan. Pada asasnya, domain pembangunan boleh digambarkan oleh mesej yang didorong oleh kandungan, strategi pengajaran yang merupakan teori dan manifestasi fizikal seperti teknologi perkakasan, perisian dan bahan-bahan pengajaran. Oleh itu, teknologi cetak, teknologi audiovisual, teknologi berasaskan komputer, dan teknologi bersepadu (seperti multimedia interaktif), boleh dibangunkan untuk tujuan pengajaran. iii. Domain Penggunaan:  Penggunaan Media  Difusi dan Inovasi  Pelaksanaan  Polisi dan Peraturan Domain Penggunaan adalah suatu tindakan menggunakan proses dan sumber untuk pembelajaran. Mereka yang terlibat dalam penggunaan adalah bertanggungjawab untuk memadankan pelajar dengan bahan dan aktiviti tertentu, menyediakan pelajar untuk berinteraksi dengan bahan-bahan terpilih dan melaksanakan aktiviti, memberi bimbingan semasa perbincangan, menyediakan penilaian keputusan dan menggabungkan penggunaan ini ke dalam prosedur berterusan dalam sesebuah organisasi. iv. Domain Pengurusan:  Pengurusan Projek  Pengurusan Sumber  Peng Sistem Penyampaian
  • 12. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 12  Pengurusan Maklumat Domain Pengurusan melibatkan mengawal teknologi pengajaran melalui perancangan, menyusun, menyelaras dan menyelia. Individu dalam bidang ini kerap dipanggil untuk menyediakan pengurusan dalam pelbagai ketetapan. Sesuatu pelaksanaan teknologi pengajaran mungkin terlibat dengan usaha seperti pengurusan projek pembangunan pengajaran atau pengurusan pusat media sekolah. Matlamat sebenar untuk aktiviti pengurusan boleh berbeza daripada penetapan sesuatu program atau aktiviti, tetapi kemahiran pengurusan asas kekal malar tanpa mengira persekitaran. v. Domain Penilaian:  Analisis Masalah  Pengukuran Rujukan  Kriteria  Penilaian Formatif  Penilaian Sumatif Domain Penilaian ialah proses menentukan pencapaian dan melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah penentuan rasmi dari segi kualiti, keberkesanan atau nilai program, produk, projek, proses, objektif, atau kurikulum. Dalam domain penilaian terdapat empat kategori iaitu penilaian analisis masalah pengajaran, penilaian kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif. Sebagai contoh, teknologi pengajaran mungkin bertindak sebagai perunding, mengenal pasti jurang antara objektif dan hasil pembelajaran sebenar untuk program atau projek dan mencadangkan beberapa maklum balas bagi sebarang perubahan. 1.6 Prinsip-prinsip Teknologi Pendidikan Menurut Roblyer (2003), teknologi pendidikan adalah kombinasi antara proses dan alatan yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan
  • 13. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 13 memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini iaitu komputer dan teknologi yang berkaitan. Kadangkala teknologi juga dilihat sebagai arus pembangunan atau pemodenan dan biasanya apabila sesuatu organisasi itu maju dan berkembang adalah kerana pengaruh dan kesan penggunaan alat teknologi itu sendiri. Justeru, teknologi pendidikan dapat dijustifikasikan sebagai penggunaan prinsip-prinsip saintifik untuk merancang dan melaksanakan sistem pengajaran. Penekanan adalah kepada pencapaian objektif pendidikan yang tepat dan ianya boleh diukur, pemusatan kepada murid dan bukan kepada mata pelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) menyatakan prinsip teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hanya merupakan sebagai bahan bantu kepada guru untuk mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Teknologi pendidikan digunakan untuk membantu guru mengajar dan membantu murid belajar suatu kandungan mata pelajaran dengan lebih berkesan. Tegasnya, teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran. Pada prinsipnya, sumber pendidikan digunakan untuk mencapai objektif dan peringkat perkembangan pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan seperti; i. pengenalan topik ii. perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep iii. penutup atau kesimpulan topik pelajaran iv. penilaian kefahaman terhadap sesuatu topik. Sumber pendidikan juga perlu digunakan mengikut masa yang sesuai untuk mengoptimum proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan sumber pendidikan perlu dirancang dalam tiga peringkat, iaitu; i. Sebelum penggunaan - merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik yang diajar. ii. Semasa penggunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 14. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 14 iii. Selepas penggunaan - merancang aktiviti lanjutan atau pengayaan dan juga aktiviti pengukuhan. 1.7 Peranan Dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Pembelajaran Dengan perkembangan pesat penggunaan komputer dan perisian pengajaran, muncul peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya komputer sehingga timbul suatu lagi literasi yang diistilahkan sebagai literasi komputer (Heinich et al., 1996). Literasi komputer yang merujuk kepada kemahiran memperoleh maklumat, berfikir dan berkomunikasi menggunakan komputer dalam abad ini jauh melebihi kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) suatu ketika dahulu. Murid-murid kini perlu berliterasi komputer sekiranya mereka ingin bersaing di pusat-pusat pengajian atau di tempat kerja mereka. Sehubungan itu, dalam menuju era teknologi dan informasi serta meningkatkan produktiviti, sistem pendidikan negara memerlukan perubahan dari segi model pendidikan yang ada sekarang kepada suatu model baru iaitu melalui penggunaan teknologi seperti perisian pengajaran yang boleh menghasilkan sumber tenaga kerja yang diperlukan untuk pembangunan negara. Anjakan ke arah penggunaan teknologi pendidikan dan perisian pengajaran juga adalah sangat penting kerana bentuk pembelajaran pada masa hadapan sudah pastinya tidak sama seperti keadaan sekarang. Kelas pada masa hadapan mungkin bukan lagi dalam bentuk bilik, sebaliknya kemungkinan proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku 24 jam sehari di mana murid sendiri yang akan menentukan masa dan tempat mereka perlu belajar. Pengajaran juga tidak boleh hanya terbatas kepada proses menyampaikan maklumat, tetapi murid perlu diajar kemahiran untuk memperoleh maklumat. Teknologi pendidikan merupakan aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik- teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dengan pelbagai kelebihannya, teknologi pendidikan mampu memainkan peranan yang penting bagi mencapai objektif ini. Antara peranan dan kepentingan teknologi pendidikan yang dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran ialah;
  • 15. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 15 i. Membina kemahiran kognitif ii. Menggalakkan pembelajaran kendiri iii. Menjadikan pembelajaran aktif iv. Menggalakkan pembelajaran yang menghiburkan v. Mempelbagaikan latar belakang dan kaedah belajar vi. Mengatasi masalah bilangan murid yang ramai vii. Melibatkan lebih daripada satu deria viii. Menjimatkan masa pembelajaran ix. Membantu meningkatkan pencapaian akademik murid x. Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran Positif xi. Menggalakkan Pendekatan Koperatif xii. Menggalakkan Pendekatan Kolaboratif xiii. Mengubah pengalaman pembelajaran xiv. Mengubah sistem atau pendekatan pengajaran xv. Mengubah peringkat membuat keputusan i. Membina Kemahiran Kognitif Menurut Gagne (1985), murid perlu mengulangi pelajaran beberapa kali untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran. Proses pengulangan yang dilakukan melalui perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan lebih membantu murid mengingati sesuatu maklumat berbanding proses pengulangan melalui bahan bercetak. Sesuatu maklumat yang disampaikan dalam bentuk verbal (contoh: lisan dan teks) berserta dengan bentuk visual (contoh: gambar, animasi dan video) akan meningkatkan lagi kadar ingatan dan mencapai semula maklumat dari memori (Mayer, 2001). ii. Menggalakkan Pembelajaran Kendiri Keupayaan menyediakan platform pembelajaran kendiri serta jadual belajar yang sesuai dengan murid merupakan dua (2) kelebihan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan yang telah dibuktikan melalui kajian.
  • 16. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 16 Pembelajaran kendiri melalui perisian pengajaran adalah lebih baik berbanding kaedah tradisi, di mana melalui pembelajaran kendiri ini murid boleh mengawal pembelajaran berdasarkan tahap kemampuan serta kesesuaian mereka. iii. Menjadikan Pembelajaran Aktif Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan mempunyai kelebihannya dari sudut interaktif yang tidak ada pada media pengajaran lain. Interaktiviti menggalakkan pembelajaran aktif berlaku dalam kalangan murid pada sebarang peringkat umur dan komputer adalah satu-satunya media yang mempunyai potensi ini (Sewell, 1990). Semakin dinamik interaktiviti, semakin aktif proses pembelajaran akan berlaku. Melalui pembelajaran aktif, banyak kelebihan dapat dicapai seperti menarik tumpuan murid, membina ingatan jangka panjang, pembelajaran lebih pantas dan peningkatan motivasi belajar. iv. Menggalakkan Pembelajaran Yang Menghiburkan Elemen multimedia terutamanya animasi telah menjadikan pembelajaran berasaskan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan itu sesuatu yang menghiburkan dan menjanjikan pelbagai kemudahan yang tidak pernah terfikir oleh manusia sebelum ini serta tidak membosankan (Jamalludin, Baharudin & Zaidatun, 2001; ChanLin, 2000). Penerapan nilai hiburan yang tidak berlebihan dalam pendidikan sebenarnya akan memberi kesan yang baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran asalkan ianya tidak menganggu pembelajaran. v. Mempelbagaikan Latar Belakang Dan Kaedah Belajar Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan membolehkan penyampaian isi pelajaran kepada murid dalam bentuk yang mudah difahami dan lebih menarik berbanding buku atau media lain dan mampu memenuhi strategi
  • 17. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 17 belajar yang bervariasi (Ellis, 2004). Setiap individu mempunyai corak pembelajarannya yang tersendiri. Pengajaran secara tradisi tidak dapat memenuhi masalah corak pembelajaran yang berbeza ini. Namun perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan kini dapat memberikan segala kemudahan ini kepada murid. vi. Mengatasi Masalah Bilangan Murid Yang Ramai Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan dapat mengatasi masalah keberkesanan pengajaran sekiranya melibatkan bilangan murid yang ramai. Guru sememangnya dapat menumpukan pengajaran secara individu sekiranya jumlah murid adalah kecil. Namun, sekiranya berurusan dengan murid yang ramai, penumpuan secara individu adalah di luar kemampuan mereka (Heinich et al., 1996). Guru juga akan dapat bersama murid di suatu tempat yang sama pada suatu tempoh yang terhad, hal ini juga menjadi faktor penghalang bagi para guru untuk melakukan penumpuan secara individu terhadap setiap murid. Masalah ini dapat diatasi dengan penggunaan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan yang menawarkan kebolehan menyampaikan maklumat kepada setiap murid secara individu serta menjamin pencapaian yang baik. vii. Melibatkan Lebih Daripada Satu Deria Pendidikan menerusi perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan akan menggerakkan setiap deria murid untuk terlibat sama dalam proses pembelajaran. Hal ini bermaksud, deria penglihatan, pendengaran, sentuhan dan minda seseorang murid itu akan tertumpu dan terlibat secara aktif dalam proses tersebut (Vaughan, 1998). Penglibatan lebih daripada satu deria membawa impak positif terhadap proses pembelajaran. Pembelajaran yang menggunakan satu deria sahaja adalah kurang berkesan berbanding dengan pembelajaran yang menggunakan pelbagai deria (Neo & Neo, 2001). viii. Menjimatkan Masa Pembelajaran
  • 18. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 18 Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan dapat menjimatkan masa pembelajaran seseorang murid. Banyak dapatan kajian mendapati penggunaan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan mampu mengurangkan tempoh pembelajaran murid jika dibandingkan dengan kaedah tradisi (Khairul Hashim, 2003). ix. Membantu Meningkatkan Pencapaian Akademik Murid Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan keberkesanan teknologi pendidikan melalui penggunaan perisian pengajaran dari sudut peningkatan pencapaian murid. Hal ini dapat dilihat melalui tinjauan yang dijalankan melibatkan 946 kajian dari tahap pra-sekolah sehingga ke tahap universiti oleh North Central Regional Educational Laboratory, Amerika Syarikat (NCREL). Setiap kajian ini merumuskan bahawa penggunaan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan menunjukkan kesan positif terhadap pencapaian murid serta dapatan markah yang tinggi dalam peperiksaan (NCREL, 2002) terutamanya terhadap murid lemah (Newby et al., 2000). x. Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran Positif Penggunaan tekonologi pengajaran yang berkesan dapat merangsang persekitaran pembelajaran yang positif (berkesan) dan dapat menarik minat murid. Penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan laptop, tayangan slaid dapat meransang perhatian murid secara optimum jika dilaksanakan dengan sistematik. Terdapat pelbagai pendekatan pembelajaran yang dapat dilaksanakan di dalam kelas dengan mengunakan teknologi pendidikan bagi menjana persekitaran pembelajaran yang berkesan. xi. Menggalakkan Pendekatan Koperatif Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Dalam pendekatan ini, semua ahli hendaklah bekerjasama di dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah yang diberikan. Di dalam
  • 19. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 19 pendekatan ini guru bertanggungjawab untuk memastikan murid dapat berkerjasama di dalam kumpulan dengan baik. Kemahiran bersosial dalam kalangan ahli kumpulan dititikberatkan supaya dapat membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan yang positif. Dalam melaksanakan pendekatan ini guru hendaklah memberikan motivasi kepada murid seperti pengiktirafan dan penghargaan sekiranya dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran sains, guru memberikan tugasan kepada murid untuk mencari sesuatu maklumat yang berkaitan dengan Sistem Solar. Murid diberikan masa untuk mencari maklumat secara berkumpulan di dalam perpustakaan dan makmal komputer. Hasil dapatan tersebut dibentangkan di dalam kelas dengan menggunakan aplikasi media yang dihasilkan oleh murid. Aktiviti sebegini dapat melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, celik teknologi maklumat (IT) dan dapat berkomunikasi dengan berkesan. xii. Menggalakkan Pendekatan Kolaboratif Pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan. Dalam pendekatan ini, murid akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang sesama mereka dan menyelesaikan masalah bersama. Dalam pendekatan ini juga, setiap ahli kumpulan hendaklah memberikan komitmen bagi melaksanakan tugas yang diberi dan sedia untuk saling membantu bagi meningkatkan prestasi akademik meraka. Sebagai contoh, dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran sains, guru meminta murid mencari satu penyelesaian bagi satu permasalahan seperti faktor yang mempengaruhi pengaratan. Murid diminta untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi pengaratan dan melakukan satu eksperimen bagi menyokong pendapat mereka. Di sini, guru dapat menggalakkan murid untuk
  • 20. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 20 menggunakan pelbagai sumber media pengajaran bagi membantu mereka, seperti tayangan slide show, hasil pemerhatian dan perolehan maklumat dari sumber internet. Di samping menggalakkan murid berkomunikasi, guru juga dapat memberikan penekanan terhadap penggunaan teknologi pendidikan seperti mencari bahan di internet. xiii. Mengubah Pengalaman Pembelajaran Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat mengubah pengalaman pembelajaran. Pengalaman pembelajaran amat penting untuk menjadikan pembelajaran yang berkesan, iaitu pembelajaran yang dapat mengubah tingkah laku murid. Oleh yang demikian, pengalaman pembelajaran merupakan aspek yang penting di dalam pelaksanaan kurikulum. Bagi menjayakan kurikulum, perancangan yang teliti dan rapi hendaklah diatur supaya ia dapat membantu murid mendapatkan pengalaman pembelajaran berlandaskan objektif yang ditentukan oleh guru berdasarkan sukatan pelajaran (KSSR – Standard Pembelajaran) yang telah digubal. Perancangan seperti penggunaan media yang sesuai sama ada menggunakan aplikasi komputer, simulasi, tunjuk cara atau apa jua bahan yang dapat membantu murid memahami pembelajaran hendaklah ditentukan agar pemikiran secara kritis dan kreatif dapat dijana di dalam kelas supaya murid mampu mengaplikasikan pembelajaran dengan kehidupan seharian mereka. Teknologi pendidikan ini juga telah merubah sistem pengajaran dengan adanya pelbagai kaedah dan teknik-teknik pembelajaran seperti pembelajaran secara berkumpulan atau bersendirian, bersama sumber manusia (tenaga pengajar) dan bahan teknologi (perisian komputer), pembelajaran koperatif dan melibatkan murid secara aktif di samping menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritis dan kreatif. Perubahan ini penting bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada murid bagi menguasai sesuatu pelajaran.
  • 21. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 21 xiv. Mengubah Peringkat Membuat Keputusan Seperti yang telah kita ketahui, di Malaysia sukatan pelajaran (Standard Pembelajaran – KSSR) ataupun kurikulum sekolah telah ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan tersebut telah digubal berlandasakan aras kemahiran murid mengikut peringkat umur. Semasa perancangan sukatan atau standard pembelajaran atau kurikulum ini diolah dan digubal, perancang kurikulum akan berkerjasama dengan pereka pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pendidikan dalam kurikulum sekolah. Pada masa dahulu, penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan. Oleh yang demikian, pelbagai masalah telah timbul seperti kurangnya persediaan guru semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan kesukaran mendapatkan bahan media yang sesuai untuk membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Di sini dapat dijelaskan peranan teknologi pendidikan telah berperanan merubah kebiasaan yang telah dilaksanakan pada masa dahulu. Sistem pendidikan kini lebih efisyen dan mampu melahirkan pembelajaran yang berkesan kepada murid dalam masa yang lebih singkat. Dengan adanya teknologi pendidikan, pelaksanaan pengajaran berlandasakan kurikulum yang telah ditetapkan menjadi lebih berkesan, mudah, berteknologi terkini dan memberikan impak positif kepada pembelajaran murid dan seterusnya sistem pendidikan. xv. Mengubah Sistem Atau Pendekatan Pengajaran Selain daripada mengubah peringkat membuat keputusan, teknologi pendidikan juga berperanan untuk mengubah sistem atau pendekatan pengajaran. Hasil pembaharuan teknologi pendidikan ia dapat mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi pendidikan juga dapat menukar sistem atau pendekatan pengajaran konvensional, menerima sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas
  • 22. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 22 terbuka atau sistem sekolah bebas. Sebagai contoh, hasil teknologi pendidikan kini dapat menghasilkan sistem yang lebih sistematik dan teratur yang dapat memberi manfaat kepada guru dan murid serta memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Penciptaan perisian bagi menyediakan jadual waktu guru (System Windows), dan yang terkini sistem pengajaran berdasarkan „IES‟ (Interaction Education System) dapat memudahkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Dalam perisian IES guru menggunakan komputer semasa pelaksanaan pengajaran dan murid memberikan maklum balas dengan menggunakan „remote control‟ secara individu untuk memberikan maklum balas. Melalui sistem ini guru dapat mengesan hasil pembelajaran dengan lebih cepat iaitu pada setiap kali pengajaran. Guru juga dapat mengenalpasti aras kefahaman murid secara individu dengan lebih mudah. Teknologi pendidikan juga telah merubah sistem pengajaran dengan adanya sistem pembelajaran jarak jauh yang menggunakan teknologi maklumat sebagai pengantara ilmu. Jelaslah di sini teknologi pendidikan dapat mewujudkan persekitaran pengajaran yang positif. Hasil kajian dan ciptaan teknologi yang canggih daripada para ilmuan cerdik pandai telah memungkinkan perubahan kepada kepelbagaian sistem dan pendekatan yang lebih produktif bagi melahirkan generasi ilmuan yang lebih ulung. Aktiviti Rangsangan: 1. Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi?. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi pendidikan ? 3. Apakah kepentingan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran? 4. Bagaimanakah teknologi digunakan untuk pembelajaran? 5. Apakah domain teknologi pengajaran? 6. Apakah peranan domain teknologi pengajaran? 7. Apakah perkaitan antara domain-domain teknologi pengajaran?
  • 23. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 23 8. Apakah peranan teknologi pendidikan terhadap pembelajaran? 9. Bagaimanakah teknologi pendidikan memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran? 10.Apakah peranan lain teknologi pendidikan? 11.Mengapakah teknologi diperlukan dalam pendidikan masa kini? BIBLIOGRAFI AECT . Association for Educational Communications and Technology (1977). The definition of educational technology. Washington DC: AECT. AECT, Association for Educational Communication and Technology (1994). The definition of educational technology. Washington: AECT. AECT, Association for Educational Communication and Technology (2004). Definition and Terminology Committee document #MM4.0. The meanings of educational technology. Washington DC: AECT. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Akses pada November 12, 2012 daripada [http://bibliografi.moe.edu.my/sumberpendidikan/images/psp/Huraian_Sukatan_Modul_ Bab_1.pdf] Evans T. & Nation D. (Eds) (2000), Changing university teaching: Reflections on creating educational technologies. London: Kogan Page. Galbraith, J.K. (1967). The new industrial state. Boston: Houghton Mifflin. Hedges, William D. Hopkins, L. Thomas. The encyclopedia of education. Vol. 4. New
  • 24. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 24 York, NY: Crowell-Collier Educational Corporation, 1971. Yusup Hashim. (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Siri Pendidikan Fajar Bakti.